Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Intervensi dalam menangani masalah disiplin murid di sekolah.

Gejala disiplin di sekolah merupakan isi yang masih menjadi masalah utama di sekolah. Isu membuli, merokok, bergaduh, dan sebagainya sering menjadi topik perbincangan hangat setiap lapisan masyarakat. Berdasarkan pengalaman

praktikum kali ketiga ini, masalah disiplin yang sering berlaku di sekolah tersebut ialah kes buli. Terdapat pelbagai intervensi dalam menangani masalah disiplin murid. Antara intervensi yang dicadangkan dalam menangani kes buli ialah melalui pendekatan kasih sayang. Pendekatan ini boleh diterapkan dalam diri murid melalui program-program secara berkumpulan atau kelompok yang menekankan membina hubungan yang baik antara murid dengan murid serta murid dengan guru. Beberapa program yang boleh dijalankan di sekolah bagi menangani masalah kes buli. Antaranya ialah program Agape Love. Konsep Agape Love ialah satu konsep kasih sayang yang menerapkan nilai kasih sayang antara murid tanpa

mengira jantina dan umur. Murid diterapkan dengan nilai menyayangi semua orang tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, ideologi, gaya hidup yang berbeza dan sebagainya. Melalui penerapan konsep ini, isu pelajar dibuli tidak akan lagi timbul kerana murid telah didedahkan dengan perbezaan manusia. Murid akan ditekankan tentang uniknya manusia dan mereka haruslah memberi kasih sayang kepada sesiapa sahaja dan beranggapan bahawa mereka semua adalah bersaudara semasa di sekolah. Selain itu, program kumpulan trainers boleh diwujudkan di sekolah bagi membendung masalah kes buli. kumpulan trainers ini terdiri daripada pengawas serta ketua dan penolong kelas. Kumpulan ini bertindak membimbing murid-murid lain dengan kemahiran yang mereka miliki. Secara tidak langsung, nilai kasih sayang, hormat-menghormati, cintakan ilmu dan bekerjasama dalam kalangan pelajar dapat dipupuk tanpa mengira umur, bangsa, agama, status sosioekonomi, dan sebagainya. Kumpulan trainers akan diajar dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran komunikasi, asas-asas fasilitator, kemahiran belajar, kemahiran asas kaunseling, dan seumpamanya. Di samping itu, kursus FAJAR juga boleh dilaksanakan di sekolah untuk mengatasi masalah buli. FAJAR adalah membawa konotasi bahawa seseorang yang

hendak berjaya hendaklah memulakan kerjanya pada waktu awal pagi. Kursus ini boleh dilaksanakan untuk murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah. Setiap murid yang mempunyai masalah disiplin akan dikumpulkan pada awal pagi dan diberi tugasan oleh guru disiplin. Bentuk tugasan tersebut ialah seperti membantu pengawas menjaga kelas semasa guru sedang taklimat. Murid-murid dalam kumpulan FAJAR ini akan diberi layanan istimewa daripada kaunselor dan guru disiplin. Melalui program ini, mereka aka menjadi lebih rapat dengan kaunselor, guru disiplin, dan pihak sekolah. Malah, akhirnya mereka akan sedar akan kesilapan yang telah dilakukan dan cuba untuk membantu pihak sekolah dalam mengurangi masalah disiplin terutamanya kes buli. Mereka juga bertugas menjadi orang tengah antara rakan-rakan pelajar yang bermasalah dengan pihak sekolah. Kesimpulannya, bagi mewujudkan suasana harmoni di sekolah serta menjamin murid berasa seronok belajar, pihak guru kaunseling dan guru disiplin haruslah bekerjasama bagi memikirkan cara-cara yang sesuai bagi mengatasi masalah disiplin di sekolah.

You might also like