Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

www.mytijarah.

com

www.mytijarah.com

NILAI-NILAI MURNI
Ada 17 Nilai-Nilai Murni
1. Baik hati
2. Berdikari
3. Hemah tinggi
4. Hormat-menghormati
5. Kasih sayang
6. Keadilan
7. Kebebasan
8. Keberanian
9. Kebersihan fizikal dan mental
10. Kejujuran
11. Kerajinan
12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Kesyukuran
15. Rasional
16. Semangat bermasyarakat
17. Patriotisme

1. Baik Hati
Baik hati ialah sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan
orang lain secara tulus ikhlas.
Sikap baik hati dapat dilihat dengan cara menilai tindak tanduk seseorang terhadap
orang lain.
Nilai-nilai lain yang terkandung dalam nilai baik hati ialah belas kasihan,
bertimbang rasa, murah hati, saling faham-memahami dan sedia memaafkan.
2. Berdikari
Berdikari ialah kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung
kepada orang lain.
Nilai-nilai lain yang terkandung dalam nilai berdikari ialah bertanggungjawab,
berupaya bertindak sendiri, jaya diri,dan yakin pada diri sendiri.
3. Hemah Tinggi
Hemah tinggi ialah budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah
lembut serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang individu
dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain.
Nilai-nilai lain yang terkandung dalam nilai hemah dnggi ialah kesopanan,
mengakui kesalahan diri, dan ramah mesra.

www.mytijarah.com

www.mytijarah.com



4. Hormat-menghormati
Hormat-menghormati ialah menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi
sosial dengan memberikan layanan yang sopan.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai hormat-menghormati ialah hormat dan
taat kepada ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan
pemimpin; hormat kepada raja dan negara, patuh kepada undang-undang dan
menghargai maruah diri.

5. Kasih Sayang
Kasih sayang ialah perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan
berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai kasih sayang ialah sayang kepada nyawa
dan alam sekitar, cinta kepada negara dan cinta kepada keamanan.

6. Keadilan
Keadilan ialah perlakuan, pertuturan, dan keputusan yang saksama serta
tidak berat sebelah.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai keadilan ialah adil dan saksama.

7. Kebebasan
Kebebasan ialah boleh melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu
tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama,
masyarakat, dan negara.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai kebebasan ialah kebebasan di sisi undang-
undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.
8. Keberanian
Keberanian ialah kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin
dan tabah hati.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai keberanian ialah berani dengan ddak
membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahan pendirian dan berani
bertanggungjawab.

9. Kebersihan Fizikal dan Mental ,
Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.
www.mytijarah.com

www.mytijarah.com

Kebersihan mental adalah kebersihan pertuturan, perlakuan, pemikiran, dan
kerohanian.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai kebersihan fizikal dan mental ialah
kebersihan diri, kebersihan persekitaran, pertuturan dan kelakuan yang sopan, dan
pemikiran yang sihat dan membina.


10. Kejujuran
Kejujuran ialah sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah, dan
ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai kejujuran ialah amanah, bercakap benar,
dan ikhlas.

11. Kerajinan.
Kerajinan ialah usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan,
kecekalan, daya usaha dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai kerajinan ialah cekal, daya usaha,
dedikasi, gigih, dan tekun.

12. Kerjasama.
Kerjasama ialah usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama
pada peringkat individu,komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu
matlamat.
Nilai -nilai yang terkandung dalam nilai kerjasama ialah persaudaraan,
tanggungjawab bersama, gotong-royong, toleransi, kebaikan bersama, dan
perpaduan.

13. Kesederhanaan
Kesederhanaan ialah sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan
tindakan, sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai
dengan norma dan nilai masyarakat.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai kesederhanaan ialah sederhana dalam
mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
14. Kesyukuran
Kesyukuran ialah perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas
nikmat dan kesenangan , yang diperoleh.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai kesyukuran ialah berterima kasih,
mengenang budi, dan penghargaan.
www.mytijarah.com

www.mytijarah.com

15.Rasional
Rasional ialah boleh berfikir dengan berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan
dapat mengambil tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai rasional ialah boleh membuat
pertimbangan, boleh membuat .penaakulan, dan berfikir secara logik dan terbuka.


l6. Semangat Bermasyarakat
Semangat bermasyarakat ialah kesediaan melakukan sesuatu dengan berdasarkan
semangat kekitaan
.
demi kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian
hidup dalam masyarakat
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai semangat bermasyarakat ialah
bermuafakat, kejiranan, dan peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat.
17. Patriotisme
Patriotisme ialah semangat cinta akan negara.
Nilai-nilai yang terkandung dalam nilai patriotisme ialah cinta akan negara, taat
setia kepada raja dan negara, dan sanggup berkorban untuk negara.

www.mytijarah.com

www.mytijarah.com

You might also like