Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Dari Arkib: Ulasan Hikayat Abdullah

16/10/2012 by admin Berikut adalah ulasan untuk buku terbitan PTS Litera, Hikayat Abdullah yang telah disiarkan di blog lama saya kira-kira 4-5 tahun dahulu. Oleh itu terdapat sedikit keamaturan pada ulasan tersebut. Tiada perubahan yang telah dilakukan kecuali penambahan pada bahagian maklumat

buku. Tajuk: Hikayat Abdullah Penulis: Hamzah Hamdani Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd Bil. Mukasurat : 400 halaman Harga: RM 29.00 (Semenanjung), RM 32.00 (Sabah/Sarawak) ISBN: 978-983-192-080-0 Laman Web Rasmi PTS Litera Beli Hikayat Abdullah DI SINI Buku Hikayat Abdullah ini saya beli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. Saya sangka bahawa ini ialah buku tentang Pelayaran Abdullah yang didengar semasa kelas sejarah di sekolah menengah. Padahal ini ialah hikayat ini dikarang selepas Pelayaran Abdullah. Saya sendiri menyangka bahawa Munsyi Abdullah hanya terkenal dengan Pelayaran Abdullah. Hikayat Abdullah dalam bentuk asalnya menggunakan bahasa melayu lama yang sukar difahami pada waktu sekarang. Saya pernah dengar seorang penulis mengatakan bahawa tulisan bahasa melayu yang digunakan Munsyi Abdullah tidak menggunakan noktah dan ayat-ayat hanya disambungkan dengan perkataan arakian. Hikayat Abdullah terbitan PTS Fortuna diadaptasikan oleh Hamzah Hamdani agar mudah dibaca dan difahami generasi sekarang. Perubahan hnaya dilakukan pada bab, struktur ayat dan diksi.

Hikayat Abdullah ialah biografi Abdullah bin Abdul Kadir yang dituliskannya sendiri. Abdullah menceritakan segala hal yang berlaku pada dirinya dan masyarakat selat pada masa pemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di Melaka. Disertakan secara detail juga kisah pembukaan Singapura dan pembangunannya pada awal abab ke-19. Abdullah juga turut menceritakan serta mengkritik gaya hidup dan kepercayaan masyarakat berbilang kaum di Melaka pada masa itu. Antara kisah yang menarik perhatian saya ialah cerita Abdullah tentang kepercayaan tahyul masyarakat melayu tentang penanggal dan polong. Abdullah menulis bab ini dengan teliti dari asal usul makhluk-makhluk ini serta cara membunuhnya tetapi tidak juga lupa untuk mengkritik kepercayaan tahyul begini. Beberapa kali dalam hikayat ini Abdullah menuyatakan kebenciannanya terhadap semua jenis perkara karut-marut yang diamalkan masyarakat pada masa itu. Selain cerita tentang masyarakat, paling menarik hati tentang Hikayat Abdullah ini ialah ia sendiri sebuah dokumentasi sejarah. Segala kisah yang diceritakan berlatarbelakang peristiwaperistiwa penting yang berlaku sekitar abad ke-19 di Selat Melaka dari pengembalian Melaka kepada Belanda kepada pembukaan Singapura. Kisah-kisah ini pula ialah diceritakan dari perspektif seseorang yang berada di situ semasa pada masa peristiwa-peristiwa ini berlaku. Tidak seperti buku teks sejarah, kita dibawa menyelami perasaan masyarakat pada waktu itu dan apa yang mendorong tindakan mereka. Kita juga dibawa bertemu tokoh-tokoh sejarah seperti Farquhar, Raffles, Lord Minto, dan Crawford. Dan sekali lagi kita dibawa bertemu mereka di personal level dan tingkah laku serta personaliti mereka diceritakan dengan teliti kerana Abdullah sendiri telah mendampingi mereka. Apa yang menarik ialah kebanyakan watak yang kita kenal sebagai jahat dalam buku teks seperti Raffles dan Farquhar pada pandangan Abdullah ialah tokoh yang beliau sanjungi. Kita seolah-olah bertemu sendiri dengan Raffles dan Farquhar. Kegigihan Abdullah menuntut ilmu terutamanya dalam bidang bahasa dapat kita rasakan ketika membaca Hikayat Abdullah. Walaupun beliau sendiri keturunan peranakan Arab-India, beliau bukan sahaja mengusai bahasa melayu tetapi juga bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan China. Beliau menyayangi ilmu dan bahasa Melayu itu sendiri. Dalam hikayat ini beliau banyak mengkritik kebodohan orang melayu sendiri yang enggan belajar bahasa Melayu. Pada pendapat saya buku ini sangat berguna jika digunakan dalam pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Tentu kelas sejarah lebih menarik dengan adanya teks sampingan seperti buku ini. Saya rasa bertuah kerana dapat mengenali Munsyi Abdullah dan terkesan sekali dengan kisah hidupnnya dalam mencari ilmu.

You might also like