Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SJK (T) BANDAR SPRINGHILL MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN 1/2014

1.0 Ucapan aluan 1.1 En.S.Susilkumar selaku ketua Jawatan kuasa Disipiln mengalu-alukan kehadiran semua guru. 1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua guru dalam meningkatkan tahap disiplin pada tahun 2013.Diharap kerjasama murni ini akan diteruskan untuk tahun 2014. 1.3 Menjelaskan tanggungjawab semua guru untuk mengamalkan peraturanperaturan yang sedia ada demi kebaikan sekolah. 2.0 Ucapan aluan 1.1 GPK 1 ,Pn.Kala mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat unit Disiplin. 1.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada badan disiplin yang telah menjalankan tugas dengan baik pada tahun 2013. 1.2 Menjelaskan peranan Jawatankuasa Disiplin Sekolah serta mengingatkan bahawa semua guru mempunyai peranan sebagai guru disiplin di sekolah.

3.0 Pembentangan minit mesyuarat yang lalu 3.1 Minit mesyuarat kali kedua 2013 dibentangkan untuk tatapan semua guru. 3.2 Dicadang oleh : Pn.Anbarasce 4.0 Perkara berbangkit 4.1 Pas keluar masih belum diedarkan. Diharap ia diedarkan secepat mungkin sebelum sesi persekolahan 2014 dimulakan. 5.0 HEM 5.1 Memohon semua guru membaca buku Panduan Pengurusan Disiplin Sekolah dan Pekeliling ikhtisas yang berkaitan untuk memantapkan pengurusan disiplin. 5.2 Melaporkan segala isu disiplin dengan segera agar dapat mengambil tindakan Disokong oleh: Pn.S.Karthiyani

sewajarnya.Mematuhi peraturan sekolah dengan sepenuhnya. 5.3 Melarang semua guru untuk menjatuhkan maruah pelajar di khalayak. 5.4 Melarang semua guru melaksanakan hukuman dera terhadap pelajar kecuali guru yang diberi kuasa olehnya untuk berbuat demikian. (makluman:Semua guru) 6.0 Pelantikan AJK badan Disiplin Pengerusi : Pn.N.Seedah Guru besar Cemerlang

Timb.Pengerusi : Pn.P.Saraswathy GPK HEM Guru Disiplin Setiausaha : En.Susilkumar : Cik T..Latha

Guru Pengawas : Pn.S.Viniothini AJK : 1.Pn.S.Umadevi (Guru Kaunseling) 2. Semua Guru 7.0 Rancangan Tahunan Badan Disipiln 2014 7.1 Guru Disiplin menerangakan mengenai perancanagn 2014.Beliau menyatakan bahawa kita masih mengikuti moto,visi dan misi yang sama untuk 2014. (lampiran) 7.2 Rekod salah laku murid untuk setiap kelas disediakan.Diminta semua guru perlu mengisi buku tersebut dan akan dikumpul untuk membuat laporan. Jika masalah berkenaan sangat serius ia akan dirujuk kepada Guru Besar dan di maklum kepada Ibu bapa. Segala maklum balas dari perjumpaan dengan ibu bapa akan dibuat catatan dalam buku laporan. 7.3 Program Token Kehadiran masih diteruskan kerana ia telah member satu impak yang positif dikalngan murid-murid.Setiap guru kelas akan diberikan borang kehadiran dan perlu diisi dan perlu deserahkan kepada guru disiplin 3 bulan sekali.Murid yang mempunyai kehadiran 100% dalam tempoh tiga bulan akan diberikan token di tapak perhimpunan pada awal bulan April ,Ogos dan November. ( makluman:Guru kelas )

8.0 Peraturan Sekolah 8.1 Peraturan sekolah yang digubal pada tahun 2009 masih diguna semula untuk tahun 2014. 8.2 Memohon menjelaskan kandungan peraturan sekolah kepada semua pelajar dari semasa ke semasa .Peraturan lain yang baharu( atau perubahan kepada peraturan yang sedia ada) perlu mendapatkan persetujuan daripada Jawatankuasa Disiplin sebelum dilaksanakan. ( makluman: Semua Guru ) 9.0 Kuasa Guru Merotan Murid 9.1 Guru-guru tidak berkuasa untuk merotan pelajar. 9.2 Guru-guru diminta membaca pekeliling ikhtisas Bil.7/2003. (makluman:Semua guru) 10.0 Pas Keluar 10.1 Diminta semua guru memastikan murid memakai pas keluar ketika keluar dari kelas apa jua urusan. 10.2 Sekiranya murid yang keluar tanpa pas diminta semua guru menegur murid berkenan dan maklum kepada guru disiplin. ( makluman:Semua guru ) 11.0 Spot Check 11.1 Spot check akan diadakan dari semasa ke semasa bersama guru pengawas dan pengawas Maklumat akan ditulis dalam buku Spot check untuk perhatian guru HEM. (makluman:Semua guru) 12.0 Hal-hal lain 12.1 GPK HEM meminta semua guru mata pelajaran turun bersama murid waktu pulang ke rumah bagi memastikan murid ikut barisan dan keadaan senyap. Beliau juga mengingatkan semua guru bahawa tindakan disiplin yang dikenakan terhadap pelajar adalah semata-mata untuk mendisiplinkan dan

bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental pelajar. 12.2 Guru bertugas diingatkan supaya mengawas pelajar pada waktu rehat agar dapat membeli makanan dalam keadaan yang senyap 12.3 Guru-guru diminta mengawasi pelajar-pelajar sepanjang waktu persekolahan supaya pengurusan disiplin dapat dimantapkan dari semasa ke semasa. (makluman:Semua guru)

13.0 Ucapan penangguhan mesyuarat 13.1 Mesyuarat Unit Disiplin telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

_________________________ ( Susilkumar A/L Supramaniam ) Guru Disiplin

________________________ ( Saraswathy GPK Hem A/P Periasamy )

SJK ( T) BANDAR SPRINGHILL MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN 1 / 2014

Tarikh : 23 Disember 2013 Masa : 4.00 Ptg- 4.30 petang Tempat : Bilik Gerakan Hadir
1. Pn.R.Kala ( GPK 1 )

2. Pn.Saraswathy ( GPK HEM ) 3. Cik.Letchumey ( GPK Koku) 4. En.Susilkumar ( Guru Disiplin ) 5. Pn.Vinothini Nair ( Guru Pengawas ) 6. En.Gunasekaran 7. Cik.T.Latha 8. En.Muhammad Azam bin Aziz 9. Cik.Umadevi ( Guru Kaunseling ) 10.Cik.Shaliny 11. Pn.Anbarasce 12. En.Kannan 13. Pn.Suguna 14. Pn.Logarani 15. Pn.Vinimalar 16. Pn.Punitha 17. Cik,Karthiyani 18. Cik.Nithiavathi 19. Cik.Rajalakshmi 20. Pn.Kala 21. Pn.Uvaneedha 22.En.Krishnakumar 23.Pn.Intan

Tidak Hadir 1. Pn.N. Seedah 2. Pn.Sheela

You might also like