Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Tarikh : 14.Jan.

2008
No.Ruj: ht/ 0108(102)

Kepada ;

Yang Berkenaan,

Tuan,

Proposal Sistem Penyebaran / Sistem Hebahan Maklumat Aktiviti Masjid 2008


Kepada Para Jemaah/Qariah Ataupun Kepada Sesiapa Yang Berminat
Menyertai aktiviti Masjid.

Perhatian pihak tuan merujuk kepada perkara di atas.

Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memperkenalkan kaedah yang mudah
dan berkesan bagi menjemput dan menggalakkan muslimin dan muslimah kita
menyertai aktiviti di masjid.

Memandangkan kesibukan ibukota Kuala Lumpur yang memaksa penghuninya


mengejar masa, ramai antara muslimin dan muslimah terlepas peluang
menghadiri ceramah , menyertai kursus dan apa jua aktiviti masjid yang
dianjurkan.

Boleh dikatakan kesemua masjid mengalami masalah ini.

Persoalannya ;
Apakah mereka yang sibuk mencari nafkah untuk keluarga tidak layak menyertai
aktiviti dimasjid?
Adakah pesara-pesara sahaja yang layak memenuhi kuliah dan ceramah?

Oleh kerana Pegawai Pentadbiran @ Pengurusan Masjid masa kini telah


mencapai tahap “ Fully Educated “ dan berpelajaran tinggi kami
memperkenalkan beberapa kaedah untuk menangani masalah tersebut

Bersama ini disertakan cadangan-cadangan untuk diteliti oleh pihak


tuan.Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Terang Nusa Enterprise.

………………………….
Mohd Hairry Tohalus
Tel : 012 6101657
Proposal Sistem Penyebaran / Sistem Hebahan Maklumat Aktiviti Masjid
2008 Kepada Para Jemaah/Qariah Ataupun Kepada Sesiapa Yang Berminat
Menyertai aktiviti Masjid.

Kaedah 1 : Sistem Hebahan SMS

- Sistem ini akan memaparkan nama masjid di skrin telefon penerima SMS.
Contohnya ;

From : Al Falah Yang terpapar di skrin telefon.

Tuan dijemput untuk


menghadiri ceramah
pada:………………
…………………….
(160 abjad)

- Ia adalah system penyimpanan data, No.Telefon dan Alamat Email.

- Hanya dengan satu klik system ini akan menghantar kepada keseluruhan
nombor yang telah disetkan didalam komputer kami.

- Kos penghantarannya 11 sen / SMS

Apa yang perlu dilakukan hanyalah, pihak masjid menyenaraikan semua nombor
telefon mereka yang berminat menyertai aktiviti.
Karang mesej yang ingin disampaikan (160 abjad).
Hantarkan kepada kami berserta bayaran 11 sen/ SMS

Kebaikan system ini;


Ia dapat menyampaikan maklumat kepada semua ahli yang berminat menyertai
aktiviti masjid. Semua ahli akan dapat mengetahui maklumat, aktiviti dan berita
terkini masjid.

Keburukan system ini;


Pihak yang menghantar mesej (Masjid) akan mengeluarkan kos penghantaran
SMS kepada ratusan ahli.

Oleh yang demikian kami juga mencadangkan alternatif yang kedua iaitu…..
Kaedah 2 : Sistem SMS INFO

Sistem ini akan akan menjawab soalan yang diberikan oleh penghantar SMS.

Sebagai contoh a ;

Peserta inginkan maklumat mengenai aktiviti ceramah minggu ini. Jadi peserta
akan menaip … MECD INFO CERAMAH hantarkan ke 33886

Pihak kami secara Auto akan menjawab soalan itu dalam beberapa saat
saja berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak masjid masjid.

Sebagai contoh b ;

Peserta inginkan maklumat mengenai aktiviti Bacaan Qur’an minggu ini. Jadi
peserta akan menaip … MECD INFO QURAN hantarkan ke 33886

Pihak kami secara Auto akan menjawab soalan itu dalam beberapa saat
saja berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak masjid masjid.

Kebaikan system ini;


Kos SMS akan ditanggung oleh peserta yang inginkan informasi.

Pihak pentadbiran masjid tidak perlu Iagi mengumpulkan data dan No.Telefon
peserta yang berminat menyertai aktiviti.

Semua maklumat yang diperlukan dapat dihantar dengan segera, hanya dalam
beberapa saat sistem kami akan menjawab pertanyaan tersebut. Pihak masjid
cuma perlu menghantarkan maklumat melalui email kepada sistem kami.
KOS PENYEDIAAN KEDUA-DUA SISTEM INI CUMA RM 299.00 sahaja.

Pihak masjid boleh menggunakan kedua-dua system kami kerana kadangkala


kedua system ini ada kelebihan setiap satunya.
……………………………………………………………………………………..
Suatu perkara menarik yang ingin kami berikan secara percuma kepada pihak
masjid ialah ;

LAMAN WEB MASJID. (http://www. Nama masjid . mecd.biz)


Kos membina sebuah laman web memang agak mahal, kadangkala upahnya
sahaja mencecah RM 3,000 hingga RM6,000.

Tetapi pihak kami ingin menghadiahkan kepada Pengurusan Masjid secara


PERCUMA supaya segala aktiviti dapat diumumkan kepada masyarakat
sekeliling.
Kami akan melatih Secara PERCUMA Pegawai Masjid yang diamanahkan
menguruskan laman web ini sehingga cekap mengendalikannya.

Saya percaya jika dengan adanya lama web ini, pihak masjid akan akan dapat
menyebarkan aktivitinya malah dapat memasukkan slot-slot ceramah serta
memohon sumbangan dari pembaca laman web ini.

LAMAN WEB (WEBSITE) yang kami peruntukan ;

http://www. (nama masjid) .mecd.biz

Pastinya kita tahu kebaikan sebuah laman web, cuma kadangkala kos
pembuatan dan penyelenggaraannya terlalu mahal. Memerlukan kepakaran
dalam bidangnya yang tersendiri.

Bolehkan Ustaz atau Imam boleh sediakan laman web? Buat sembahyang
jenazah boleh la….!!

Tapi sekarang tidak lagi…kami menyediakan perisian yang mudah dan dapat
digunakan oleh semua Imam dan Ustaz asalkan mereka tahu menaip surat di
komputer!

SISTEM SMS ADUAN / KOMEN

Kami juga memberikan system ini digunakan secara PERCUMA kepada pihak
masjid untuk mengetahui respon, aduan atau apa saja komen dari masyarakat!

Hanya taipkan :

MECD < mesej aduan, komen anda> hantarkan kepada 33886


APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGAPLIKASIKAN
KESEMUA SISTEM INI.
Kaedah 1 : Sistem Hebahan SMS; maklumat dapat dihebahkan kepada semua.

-Apa yang perlu dilakukan hanyalah, pihak masjid menyenaraikan semua


nombor telefon mereka yang berminat menyertai aktiviti. Contohnya maklumat
aktiviti gotong royong yang akan diadakan.

-Karang mesej yang ingin disampaikan (160 abjad) ketika mahu menghantarkan
mesej.

-Hantarkan kepada kami maklumat bersama bayaran 11 sen/SMS.

Kaedah 2 : Sistem SMS INFO; maklumat hanya dihebah kepada yang meminta.
Apa yang perlu dilakukan hanyalah meletakkan iklan seperti ini ;

Contohnya ;
……………………………………………………………………….
Dato’/ Datin / Tuan / Puan,
Yang dihormati.

Pihak Pengurusan Masjid telah menyediakan Sistem Penyampaian Maklumat


kepada penduduk sekeliling yang berminat mengikuti aktiviti-aktiviti Ceramah,
Qiamulail dan sebagainya. Sila layari Laman Web Kami di

http://www. (nama masjid) .mecd.biz

atau anda juga boleh mendapatkan maklumat segera dengan ;

Taipkan ; MECD INFO < Kod > dan hantarkan kepada 33886

Tajuk Aktiviti Kod

Ceramah CER
Belajar Quran QUR .
…………….dan sebagainya.

Sekiranya terdapat cadangan / Aduan / Komen :

Taipkan ; MECD < mesej anda/ komen > dan hantarkan ke 33886.

You might also like