Sejarah Hoki Dunia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

SEJARAH HOKI: Pengenalan, Asal Usul Hoki, Perkembangan Hoki

Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukanbuli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu

dipanggilcommock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan denganPrince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang\ berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturanperaturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

CARA BERMAIN DAN UNDANG-UNDANG HOKI

PERATURAN ASAS HOKI Seperti permainan- permainan yang lain hoki juga mempunyai peraturan asasnya yang tersendiri. . Antara peraturan-peraturan asas yang perlu dititikberatkan dalam permainan Hoki ialah seperti berikut: i) Komposisi pasukan Setiap perlawanan mempunyai 2 buah pasukan yang berentap. Setiap pasukan mempunyai 11 orang pemain. Pemain boleh diganti, tetapi tidak melebihi 11 orang dalam suatu masa. Penjaga gol perlu ada dalam setiap masa perlawanan, dan sekiranya tercedera perlulah digantikan dengan penjaga gol yang lain. - Jika penjaga gol diarah keluar oleh pengadil, maka salah seorang pemain di atas padang perlulah menggantikan penjaga gol tersebut dan pasukan tersebut perlu bermain dengan kekuatan 10 orang satu pasukan.

ii) Mengganti pemain Setiap pasukan dibenarkan untuk menggantikan pemain berdasarkan 16 orang pemain yang telah dinamakan. Gantian pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada sudut penalti yang diambil. Gantian pemain dari luar tidak dibenarkan sekiranya terdapat pemain yang dihukum keluar. Selepas hukuman sementara, pemain tersebut boleh diganti tanpa memasuki padang. Pemain boleh digantikan pada bila-bila masa tetapi permainan tidak akan dihentikan untuk menggantikan pemain. Namun, permainan akan diberhentikan sekiranya ingin menggantikan penjaga gol. Pemain yang diganti hendaklah masuk/keluar berhampiran garisan tengah dan penjaga gol dibenarkan masuk/keluar melalui garisan belakang.

iii) Ketua pasukan - Setiap pasukan hendaklah mempunyai seorang ketua pasukan atau kapten dalam kalangan mereka. - Jika kapten terpaksa keluar disebabkan oleh cedera atau dihukum, maka pemain lain perlulah menggantikan tempatnya sebagai kapten. - Tugas kapten ialah untuk menjaga kelakuan pemain dan memastikan gantian pemain dibuat dengan betul. iv) Pakaian dan peralatan pemain Setiap pasukan perlulah memakai pakaian yang seragam berlainan dengan pasukan lawan. Pakaian penjaga gol perlulah berlainan daripada ahli pasukan sendiri dan pasukan lawan. Perlindungan kepala adalah wajib bagi setiap penjaga gol kecuali apabila menghadapi penalty stroke.

v) Perlawanan dan keputusannya

Setiap perlawanan dibahagikan kepada dua separuh masa, dimana 35 minit dibahagikan kepada satu separuh masa. Waktu rehat yang diberikan hanyalah lima minit. Masa rehat tambahan perlulah mendapat persetujuan kedua-dua pihak. Pasukan yang menjaringkan banyak gol dikira sebagai pemenang. Jika kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol atau menjaring bilangan gol yang sama, maka mereka dianggap sebagai seri.

vi) Permulaan permainan Kedua-dua kapten pasukan boleh memilih sama ada mahu memulakan permainan dahulu atau memilih gol yang hendak diserang. Pada separuh masa kedua, pilihan kapten ditukar. Permainan dimulakan dengan hantaran tengah. Hantaran tengah dilakukan pada setiap kali memulakan perlawanan sama ada pada awal separuh masa atau selepas gol dijaringkan. Sekiranya gol dijaringkan, pasukan yang melepaskan gol membuat hantaran tengah. Ciri-ciri hantaran tengah: - dilakukan di tengah padang - bola boleh dihantar ke mana-mana arah, namun tidak kepada pemain yang lakukan hantaran tersebut. - apabila pengadil menghentikan perlawanan, permainan mula semula dengan lakuan buli. - selepas penalty stroke yang gagal dijaringkan, permainan mula semula dengan pukulan 15 meter.

vii) Kelakuan, aksi dan gerakan yang tidak dibenarkan Bermain bola dengan back stick Terlibat dalam permainan tanpa kayu hoki di tangan. Menggunakan kayu hoki secara agresif, berbahaya atau mengangkat tinggi kayu hoki. Menyentuh, memegang atau menangkap kayu atau pakaian lawan. Bola tidak boleh diudarakan daripada pukulan kecuali untuk menjaringkan gol. Kayu hoki lebih tinggi daripada paras bahu. Pemain lebih dekat dari lima meter daripada pihak lawan yang sedang menerima bola tinggi. Namun pemain berkenaan boleh menghampiri pihak lawan selepas bola itu diterima dan dikawal di atas padang. Penyerang memasuki gol lawan dengan sengaja semasa mereka menahan gol. Pemain menukar kayu hoki dengan sengaja ketika hendak melakukan pukulan sudut atau penalti. Membuang masa dengan sengaja.

Menghalang pemain. Menahan, menyepak, menyentuh atau mengangkat bola dengan mana-mana bahagian badan. Menyentuh atau menghalang pemain semasa merebut bola. Membuang alat atau benda ke dalam padang ke arah bola pemain atau pengadil. Penjaga gol baring di atas bola. Penjaga gol bermain tanpa alat keselamatan. Penjaga gol menyentuh bola di luar kawasan dengan tangan, kaki atau mana-mana bahagian badan.

_______________________________________________________________________ KEMAHIRAN ASAS

Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar. Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi. 4.1 MENGGELECEK Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu: CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK - Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan. - Badan dibongkokkan sedikit dan lutut menggelecek longgar dibengkokkan. - Mata memandang bola ketika membuat tolakan. - Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Kedudukan kayu hoki 45 ke tanah Pegangan seperti menggelecek longgar. Badan juga seperti menggelecek longgar

menggelecek rapat

menggelecek Indian

Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang. Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki. Pemain menukar pegangan dengan membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar. Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu. Mata seperti menggelecek rapat. Badan mengikut pergerakan bola. Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek longgar lebih praktikal untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah untuk dipelajari dan senang untuk difahami. ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR
1. Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan hanya 2. 3. 4. 5.

satu biji bola. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola. Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B memperoleh bola tersebut.

A --------------10 meter-------------- B

6. Teruskan latihan dengan menambah jarak antara dua kumpulan tersebut

sehingga pelajar benar-benar mahir. 7. Tingkatkan kemahiran pelajar-pelajar dengan menggunakan skitel. 8. Pelajar dikehendaki berbaris satu garisan dengan skitel berjarak 10 meter. 9. Pelajar pertama akan menggelecek bola hoki ke arah skitel dan membuat membuat pusingan lalu patah balik ke arah kumpulan pelajar. 10. Pelajar tersebut perlu mengawal bola itu dan memastikan pelajar kedua memperoleh bola tersebut. 11. Pelajar kedua mengulang semula perlakuan pelajar pertama dan begitulah seterusnya sehingga pelajar terakhir di dalam kumpulan tersebut melakukan aktiviti ini.

4.2 MEMUKUL Kemahiran memukul merupakan kemahiran yang penting berbanding kemahirankemahiran lain di dalam kemahiran asas hoki. Kelebihan kemahiran memukul ialah bola boleh digerakkan dalam keadaan laju dan jauh. Jurulatih perlu memastikan ketepatan pukulan oleh pemain. MEKANIK MEMUKUL BUTIRAN MENGAJAR - Letakkankepala kayu hoki di atas tanah - Tangan kiri diletakkan di hujung kayu dan digenggam secara longgar Pegangan - Tangan kanan diletakkan di bawah tangan kiri. - Kedua-dua tangan akan membentuk bentuk V apabila ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan jari kayu hoki. - Bahu kiri menghadap sasaran atau

Cara berdiri

Bola -

Ayunan -

Badan -

Kuasa untuk memukul bola

arah pukulan. Kedudukan badan seimbang. Kaki dijarakkan lebih kurang lebar bahu. Jari kaki kanan bersudut tegak dengan bahu manakala jari kaki kiri lebih kurang 30 - 40. Kedudukan bola selari dengan jari kaki dan berjarak selesa. Pukulan lurus, ayunan bermula dari ayunan belakang ke ayunan bawah dan ikut lajak. Pada masa kayu hoki dihayun ke belakang, pinggul berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan sambil bola dipukul. Kayu hoki mesti memukul bola hoki dengan kuat dan rata agar bola bergerak ke tempat yang dituju. Pada masa bola dipukul, berat badan berada pada kaki kiri begitu juga semasa badan kita ikut lajak. Tumit kanan dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki. Momentum badan dan pemindahan berat badan perlu tepat agar kuasa untuk memukul lebih tinggi. Selain daripada momentum dan pemindahan berat badan, kekuatan bahu dan lengan, kelajuan dengan pecutan ayunan ke bawah dan kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul juga menjadi faktor penting untuk memperoleh kuasa untuk memukul bola hoki.

Bagi memantapkan kemahiran memukul, pelajar perlu didedahkan dengan latihan ansur maju terlebih dahulu. ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MEMUKUL
1. Berdiri satu langkah di belakang bola.

2. 3. 4.

5.

Pelajar mengambil satu langkah ke hadapan lalu memukul bola kepada pasangan. Tambahkan langkah kepada dua atau tiga. Ulang semula seperti (1), tetapi dalam keadaan berlari. Menolak bola, kemudian berlari dan seterusnya memukul bola kepada pasangan. Berdiri dengan bola tiga langkah di hadapan dan di luar kawasan D. Kemudian, tolak bola masuk ke dalam kawasan D lalu mengejarnya. Pukul bola ke dalam gol kira-kira di garisan D atau beberapa sentimeter di dalam kawasan D. Memukul bola yang bergerak dari kanan.

a) Secara berempat: A menolak bola ke B B memukul bola ke C C menolak bola ke D D memukul bola ke A Selepas melakukan 10 pukulan A menukar tempatnya dengan B dan C bertukar tempat dengan D.

A D b) Berdua di kawasan D, pemain di sebelah kanan barisan A menolak bola kepada pasangannya di barisan B yang akan memukul bola ke dalam gol. c) Seperti di (b), cuma tukarkan arah iaitu tolakan dari arah kiri. Namun, pastikan pelajar mahir dengan aktiviti pukulan dari arah kanan agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika membuat latihan seperti di (c).
6. Pelajar memukul bola satu demi satu sebanyak 5 biji di hadapan pintu gol.

4.3

MENGUIT/MENGUIS Kemahiran ini selalunya dipraktikkan oleh penjaring sesuatu pasukan. Kemahiran adalah strok tolakan yang dinaikkan dan berpusing. Cara memegang kayu hoki bagi kemahiran ini hampir sama seperti kemahiran menolak iaitu cara pegangan, pergerakan tolakan, tidak ada ayunan kerana kayu hoki berada di

belakang bola hoki, memerlukan pergelangan tangan yang kuat dan mengikut lajak dengan baik. Kedudukan bola berada di hadapan kaki hadapan. Berat badan bagi seorang pemain hoki ketika menguis berada di kaki belakang sebelum dipindahkan ke kaki hadapan supaya bola mendapat peluncuran yang baik. Pergelangan tangan turut memutar dengan cepat supays kuitan itu berputar dan menyukarkan penjaga gol untuk mengawal kehadiran bola dari arah hadapan. Semasa menyentuh bola, kayu hoki perlulah menghadap ke atas sedikit. Namun, bahagian paling sukar untuk kemahiran ini ialah ketika melakukan putaran. Bagi memastikan putaran terjadi, kekalkan sentuhan kayu dengan bola seberapa lama yang boleh dengan menyentuh sebelah kanan bola terlebih dahulu kemudian sebelah bawah bola. Seterusnya, kayu hoki menyentuh sebelah kiri bola lalu menguit bola dengan jari kayu hoki. ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGUIT/MENGUIS
1. Satu garisan 60 cm dari lantai ke dinding dilukis dan melakukan latihan menguit 2. 3. 4. 5.

di atas garisan pada dinding tersebut. Berdiri dengan kaki rapat, kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan lalu kuit bola yang berada di hadapan. Berjalan 3 atau 4 langkah ke arah bola dan lakukan kuitan. Seperti di (3), tetapi melakukan larian ke arah bola tersebut. Gelecek bola lebih kurang dalam 3 5 langkah lalu menguit bola. Peringatan. Berhenti sebentar antara menggelecek dengan menguit. Namun, selepas latihan yang berulangan, pelajar akan mengurangkan masa itu sehingga mereka tidak teragak-agak untuk lakukan kemahiran ini tanpa berhenti.

Hoki memerlukan kepantasan, kekuatan, daya tahan dan kemahiran-kemahiran yang menarik untuk menjadikan permainan ini seronok dan mencabar. Bagi memastikan keseronokan dicapai, kita perlulah mempelajari kemahiran-kemahiran asas dahulu. Pada tajuk ini, guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti menggelecek, memukul, menguis dan lain-lain lagi. 4.1 MENGGELECEK Menggelecek merupakan kemahiran asas yang perlu di ajar supaya pemain dapat mengawal bola dengan baik. Terdapat tiga cara untuk menggelecek iaitu: CARA MENGGELECEK BUTIRAN MENGGELECEK Tangan kiri di hujung kayu hoki dengan belakang tangan menghadap ke luar. Longgarkan sedikit pegangan tangan kanan. Badan dibongkokkan sedikit dan lutut dibengkokkan. Mata memandang bola ketika membuat tolakan. Bola hoki harus berada disebelah kanan dan di hadapan kaki kanan. Kedudukan kayu hoki 45 ke tanah Pegangan seperti menggelecek longgar. Badan juga seperti menggelecek longgar Mata sentiasa memandang ke arah bola dan sekilas kepada pemain yang akan bergerak sambil mengkaji situasi padang. Bola harus berada ke kanan dan dihadapan kaki kanan pemain serta sentiasa menyentuh kayu hoki. Pemain menukar pegangan dengan

menggelecek longgar -

menggelecek rapat

menggelecek Indian

membiarkan kayu hoki berpusing di dalam tangan kiri ke posisi yang lebih selesa. Tangan kiri memutarkan kayu sambil meletakkan ibu jari tangan kiri ke arah bawah kayu hoki. Tangan kanan memegang dengan longgar. Bola berada di hadapan pemain dan bergerak dalam arah sisian lebih kurang saiz bahu. Mata seperti menggelecek rapat. Badan mengikut pergerakan bola. Apabila kaki menyentuh tanah, ketukan bola dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri pada masa kanan menyentuh tanah.

Bagi peringkat pelajar sekolah rendah, kemahiran menggelecek longgar lebih praktikal untuk diajar. Hal ini kerana kemahiran ini lebih mudah untuk dipelajari dan senang untuk difahami. ANSUR MAJU BAGI KEMAHIRAN MENGGELECEK LONGGAR Pelajar perlu untuk menggelecek bola mengikut garisan lurus. Gunakan hanya satu biji bola.
1. 2. 3. 4. 5.

Aktiviti dimulakan dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan sama rata. Dua kumpulan ini dipisahkan dengan jarak 10 meter di atas satu garisan yang lurus. Pelajar kumpulan A dikehendaki melalui garisan sambil menggelecek bola. Pelajar perlu mengawal bola agar dalam keadaan lurus. Pelajar mesti berupaya untuk mengawal bola sebelum pelajar daripada kumpulan B memperoleh bola tersebut.

Rujukan http://maribermainhoki.blogspot.com/2012/05/kemahiran-asas-permainan-hoki.html

You might also like