BAB 1 Nota Pembangunan Masyarakat

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 23

BAB 1

BAHASA MELAYU MENUJU ERA K-MASYARAKAT

TOPIK UTAMA
KONSEP K-MASYARAKAT DEFINISI BAHASA PRINSIP ASAS BAHASA FUNGSI BAHASA STATUS BAHASA MELAYU DI MALAYSIA CABARAN MENDAULATKAN BAHASA MELAYU

KONSEP K-MASYARAKAT
Konsep

k-masyarakat dikaitkan dengan masyarakat bermaklumat atau information society, network society dan information economies. Masyarakat yang menggunakan jaringan dan teknologi maklumat secara meluas untuk menghasilkan produk, dan perkhidmatan maklumat dan komunikasi dengan jumlah yang banyak.

Wujud seiring pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) Juga merupakan salah satu matlamat Wawasan 2020, iaitu melahirkan masyarakat bermaklumat Sebelum ini faktor-faktor tanah, buruh, modal dan jentera menjadi pemangkin kemajuan pengeluaran, tetapi kini ialah maklumat dan ilmu pengetahuan

istilah k-masyarakat sewajarnya dilihat daripada kedua-dua perspektif ekonomi dan sosial untuk melihat keberkesanan pembangunannya. Nilai kedua-dua aspek ini sewajarnya dipupuk dalam kalangan rakyat negara ini dalam mengharungi cabaran sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Ciri-ciri
Masyarakat berpengetahuan merupakan aset yang cukup berharga dalam menjayakan agenda pembangunan dan arah tuju tadbir urus sesebuah negara. Menurut Evers (2001)

anggota masyarakat yang mempunyai piawaian pendidikan yang lebih tinggi berbanding masyarakat lain

Ciri-ciri

John (2001) menggariskan ciri-ciri KMasyarakat:


mempunyai etika dan nilai moral yang kukuh mempunyai kawalan kendiri (self-regulating) mempunyai pengurusan kendiri (selfmanaging) mempunyai kuasa kerana maklumat dan pengetahuan, berasaskan konsep dignity of humankind atau maruah bangsa

DEFINISI BAHASA
Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia dan alat penyesuaian diri dengan alam sekeliling. Setiap bahasa mempunyai sistem dan peraturan tersendiri.

PRINSIP ASAS BAHASA


Bahasa ialah suatu sistem Bahasa terdiri daripada vokal Bahasa terdiri daripada lambang yang arbitrari Setiap bahasa bersifat unik Bahasa dibina daripada kebiasaankebiasaan

PRINSIP ASAS BAHASA


Bahasa merupakan alat perhubungan Bahasa berhubung erat dengan budaya tempat bahasa tersebut dituturkan Bahasa sentiasa berubah-ubah bersifat dinamik

FUNGSI BAHASA
Fungsi instrumental Fungsi pengendalian Fungsi pemerian Fungsi interaksi Fungsi peribadi Fungsi heuristik Fungsi khayalan

Fungsi Instrumental
Penutur dan pendengar akan melayani sesuatu perkara yang menyebabkan terjadinya sesuatu peristiwa Dikenali sebagai fungsi arahan Mewujudkan tindakan komunikatif bagi menghasilkan keadaan tertentu Contoh:

Berikan

saya dua kilogram gula dan sepuluh biji

telur.

Fungsi pengendalian

Fungsi regulasi Penutur cuba mengawal dan mengendalikan peristiwa-peristiwa yang berlaku Penutur akan menggunakan bahasa berbentuk pengendalian untuk mengawal dan mengatur orang lain Contoh:

Jika kamu tidak hadir ke kelas kamu akan dihalang untuk menduduki peperiksaan akhir.

Fungsi pemerian

Membuat penyataan, menyampaikan maklumat, menjelaskan, atau melaporkan sesuatu perkara Dalam konteks tatabahasa dikenali sebagai ayat penyata Contoh:

Kementerian Perdagangan dan Industri mengumumkan harga produk makanan di negara ini mungkin terpaksa dinaikkan antara 20 hingga 30 peratus berikutan kekurangan bekalan di seluruh dunia.

Fungsi interaksi
Mewujudkan hubungan sesama individu dalam masyarakat Digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi Penutur perlu tahu berbahasa untuk mewujudkan hubungan yang berkekalan.

Fungsi peribadi
Digunakan untuk meluahkan perasaan, emosi, keinginan atau sesuatu yang bersifat peribadi Penutur perlu memahami peraturanperaturan interaksi dan sosiobudaya seseorang

Fungsi heuristik
Penggunaan bahasa untuk tujuan mendapatkan ilmu pengetahuan Disampaikan dalam bentuk pertanyaan yang memerlukan jawapan berdasarkan kajian atau penyelidikan Contoh: Mengapa? Bagaimana?

Fungsi khayalan
Melayani sesuatu perkara yang bersifat khayalan Disampaikan dalam bentuk cerita dongeng, puisi, novel, cerpen tau sajak. Memanipulasi bahasa dengan baik untuk memperindahkan karya.

STATUS BAHASA MELAYU DI MALAYSIA


BAHASA KEBANGSAAN Bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara. Fungsi pemersatu Fungsi pemisah Fungsi prestij Fungsi penyertaan

STATUS BAHASA MELAYU DI MALAYSIA


BAHASA RASMI Bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi dan sebagainya.

CABARAN MENDAULATKAN BAHASA MELAYU


Dominasi bahasa utama dunia di peringkat maya. Persepsi kedudukan bahasa Melayu terhadap penguasaan bahasa Inggeris. Perubahan sistem pendidikan. Persepsi pengamal bahasa Melayu itu sendiri. Berkaitan dengan pelajaran 12 Isu-isu bahasa Melayu

KESIMPULAN

Perkembangan dunia tanpa sempadan perlu dilihat sebagai satu cabaran kepada pengamal bahasa Melayu bagi memastikannya terus kekal disanjung oleh bukan sahaja bangsa Melayu, malah masyarakat lain dengan memanipulasikan bidang sains dan teknologi semaksimum mungkin.

RUJUKAN

A.Chaedar Alwasilah (1992) Asmah Hj. Omar (1993) Bloch, B & Trager, G.L (1942) Halliday, M.A.K (1973) Lea Parjo (2001) Narimah Ismail (2002) Teo Kok Seong (2001) Vikas, N. (2000)

You might also like