Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA LAWATAN KELAB PENCINTA ALAM DAN PELANCONGAN

TARIKH:

22 Mac 2014
TEMPAT: PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH, JABATAN PERHILITAN, KUALA GANDAH, 28500 LANCHANG PAHANG

ANJURAN:

KELAB PENCINTA ALAM SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN Program lawatan berinformasi ini di anjurkan adalah untuk memberi kesedaran dan keperihatinan masyarakat sekolah dan orang ramai terhadap alam sekitar. Selain itu, program lawatan ini juga di harapkan dapat menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar dikalangan murid dan memastikan keunikan kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup pada masa kini dan masa-masa akan datang. 2.0 RASIONAL a) Membolehkan pelajar belajar menghargai hidupan dan alam semula jadi melalui aktiviti yang diadakan. b) Menyebarkan maklumat mengenai kepentingan memelihara sumber alam bagi mengelakkan kepupusan sumber alam. c) Murid dapat mengenali dan menikmati keindahan alam di Malaysia. d) Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk meneroka masa depan yang lebih baik. 3.0 OBJEKTIF a) Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli. b) Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna. c) Supaya para pelajar dapat melihat ekosistem semula jadi dalam konteks yang berbeza. d) Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi. e) Melahirkan minat dan meneroka sambil belajar di kalangan pelajar. f) Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar. g) Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina. 4.0 DESTINASI Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan Deer Land Kuala Gandah Pahang 5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN Tarikh Hari 6.0 : : 22 Mac 2014 Sabtu

KUMPULAN SASARAN Program ini disasarkan kepada semua ahli kelab Pelancongan dan Pencinta Alam SMKD dan dibuka juga kepada pelajar lain yang berminat.

7.0

ANGGARAN PERBELANJAAN 7.1 Penerimaan: BIL PERKARA KUANTITI 1 Peruntukan Kokurikulum RM800.00 (Pengangkutan) 2 Bayaran dari pelajar RM 30 X 40 JUMLAH KESELURUHAN 7.2 Perbelanjaan: BIL PERKARA 1 Sewa 1 buah bas( 44 tempat duduk) 2 Makanan dan Minuman 3 Tiket dan aktiviti JUMLAH KESELURUHAN KUANTITI RM1 200 X 1 RM 10 X 40 RM 10 X 40 JUMLAH RM 1 200.00 RM 400.00 RM 400.00 RM 2 000.00 JUMLAH RM 800.00 RM 1 200.00 RM 2 000.00

8.0

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat ) Guru Penasihat

Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Dokumentasi Pengangkutan Makanan Disiplin Keselamatan Wakil Ting. 2 Wakil Ting. 1 : : : : : : : : : : :

9.0

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA 1. Setiausaha :

Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK. 2. Bendahari :

Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk. 3. AJK Pengangkutan : Menghubungi pihak bas sebuah bas, bayaran, memastikan bas mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan pelajar semasa di dalam bas. 4. AJK Makanan & Minuman : Menguruskan makan dan minum pelajar sepanjang lawatan. 5. AJK Dokumentasi/dokumentari :

Menyediakan peralatan untuk dokumentari/dokumentasi (kamera, videocam) dan mendokumentasikan aktiviti sepanjang program berlangsung. 6. AJK Disiplin :

Memastikan disiplin pelajar sepanjang aktiviti dijalankan. 7. AJK Keselamatan & Kebersihan : Mengawasi keselamatan peserta sepanjang program berjalan. Menyediakan plastik (sampah dan muntah) serta first aid. Memastikan kebersihan sepanjang perjalanan dan penginapan. 10.0 TENTATIF LAWATAN

11.0

PENUTUP Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengalaman dan pengetahuan baru kepada murid-murid SMKD Melalui program ini juga pelajar diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakanrakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh : .. (PN D. JAMAIAH BT A. TIMBANG) Setiausaha Kokurikulum Petang & Penasihat Kelab Pelancongan dan Pencinta Alam SMK Dengkil

Disemak oleh : (EN GUNASEKARAN A/L VADIVELOO) Penolong Kanan Kokurikulum SMK Dengkil

Disahkan oleh : (PN JAMILAH BINTI RAHIM) Pengetua SMK Dengkil

You might also like