Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PT21003 INTRODUCTION TO EXPERIMENTAL PSYCHOLOGY

LAB REPORT : IKONOK BOX DISEDIAKAN UNTUK: PN. RAZIMAH HANIM OSMAN

NAMA
ABD AZIZ BIN ABU BAKAR AHMAD SHUKRI BIN KENANAS HAZMI BIN AB. HALIM MUHAMAD NUR AZAM BIN MOHD NASIR MOHD ANUAR BIN IBRAHIM RAJA NOR HANIF BIN RAJA KAMARULZAMAN ZULFIKAR BIN MOHD NOOR

NO.MATRIK
BP11110011 BP11110020 BP11110099 BP11160536 BP11110188 BP11110383 BP11110517

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kecerdasan memori berdasarkan daya ingatan responden terhadap warna dan saiz bulatan yang berbeza pada bongkah kayu di Ikonok Box. Kajian ini juga ingin melihat perbandingan dalam kalangan responden dari aspek jantina iaitu lelaki dan perempuan. Seramai 16 orang sampel yang terdiri daripada 8 lelaki dan 8 orang perempuan yang rata-ratanya merupakan pelajar tahun 2 di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial di Universiti Malaysia Sabah. Dalam kajian ini kami menggunakan kaedah pemerhatian dan kaedah design within subject iaitu responden yang sama untuk ujian yang berlainan. Kata kunci : kecerdasan memori, daya ingatan responden, warna dan saiz bulatan yang berbeza pada bongkah kayu, pelajar UMS.

BAB 1 : PENGENALAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kecerdasan memori berdasarkan daya ingatan responden terhadap warna dan saiz bulatan yang berbeza pada bongkah kayu di Ikonok Box. Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Pada asalnya, istilah kecerdasan ini mula diperkenalkan oleh Sir Francis Galton. Galton menyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Walaupun beliau gagal membina sebuah ujian kecerdasan tetapi beliaulah yang memperkenalkan konsep kecerdasan. Ia melibatkan proses mental dan strategi memori seseorang respoden di dalam memikirkan cara yang terbaik untuk memudahkan mereka mengingati dan menyusun dengan betul susunan bongkah kayu di Ikonok Box.

Kecerdasan memori pula merujuk kepada kebolehan seseorang untuk mengingati sesuatu objek. Kajian tentang memori berdasarkan daya ingatan respoden terhadap warna di dalam menyusun bongkah kayu di dalam Ikonok Box. Hal ini melibatkan golongan pelajar Universiti Malaysia Sabah yang berfokus kepada pelajar SPKS. Pemilihan respoden di pilih secara rawak. Responden sebanyak 16 orang yang dibahagi kepada dua bahagian iaitu lelaki sebanyak 8 orang dan 8 orang perempuan. Berkaitan dengan kajian lepas iaitu kajian

daripada Frans W. Cornelissen, Mark W. Greenlee (1999) dalam kajian mereka mengenai Visual memory for random block patterns defined by luminance and color contrast menyatakan bahawa memori seseorang adalah dipengaruhi oleh ransangan. Jika banyak ransangan yang diterima maka memori akan meningkat. Dalam pada itu, menurut kajian bertajuk Location and color biases have different influences on selective attention oleh Jillian H. Fecteau, Ilia Korjoukov, Pieter R. Roelfsema (2009) menyatakan bahawa pembelajaran

statistik pasti memberi kesan kepada perhatian selektif visual: sama ada membuat lokasi sasaran, warna, atau conteks lain mungkin akan memudahkan kelajuan sasaran dapat dikesan atau dikenalpasti. Hal ini menyokong kajian kami yang ingin melihat rangsangan warna terhadap memori sampel dalam menyelesaikan susunan bongkah kayu yang berwarna dan tidak berwarna. Selain daripada itu, menurut penulisan R.Funny Mustikasari Elita yang bertajuk memahami memori mendefinisikan memori berfungsi untuk menyimpan data dan program. Namun begitu dari sudut pandangan Yusof Boon dalam penulisannya menyatakan satu daripada kebolehan manusia yang amat menakjubkan ialah ingatan. Beliau turut menambah, ingatan umpama otot pada tubuh kita. Semakin kita menggunakannya, semakin kuat otot kita. Daya ingatan boleh diperkuat dari semasa ke semasa. Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa daya ingatan perlu dirangsang pada setiap masa. Selain daripada itu, berdasarkan kajian oleh Norhayuza Mohamad (2001) menggambarkan ingatan merupakan satu proses mental dan merupakan elemen psikologi terpenting yang mengasaskan pembelajaran.

OBJEKTIF KAJIAN 1. Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan pengaruh kepelbagaian warna dan saiz bulatan pada alatan kajian terhadap daya ingatan. 2. Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan pengaruh warna hitam dan saiz bulatan pada alatan kajian terhadap daya ingatan. 3. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat perbezaan antara kepelbagaian warna dan saiz bulatan serta warna hitam dan saiz bulatan pada alatan kajian terhadap daya ingatan.

HIPOTESIS 1. Tidak terdapat perbezaan kepelbagaian warna dan saiz terhadap daya ingatan mengikut jantina. 2. Tidak terdapat perbezaan warna hitam dan saiz terhadap daya ingatan mengikut jantina. 3. Tidak terdapat perbezaan antara kepelbagaian warna dan warna hitam terhadap daya ingatan mengikut jantina.

BAB 2 : METODOLOGI KAJIAN

Responden Dalam eksperimen yang kami jalankan, kami telah memilih 16 orang peserta secara rawak yang terdiri daripada 8 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan di Universiti Malaysia Sabah. Responden juga terdiri daripada pelajar tahun dua dari Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.

Alatan kajian Alatan dalam kajian ini diberi nama Ikonok box. Alatan kajian ini berbentuk segi empat tepat. Dipermukaan alatan ini terdapat 10 lubang yang berbentuk segi empat sama. Lubang tersebut akan diisi oleh 10 bongkah kayu yang juga berbentuk segi empat sama. Pada permukaan atas bongkah kayu, mempunyai bulatan yang berbeza warna iaitu warna oren, merah, merah jambu, kuning, hijau tua, biru tua, hijau muda jingga,biru muda dan hitam serta berbeza saiznya. Pada permukaan bawah bongkah kayu juga, mempunyai bulatan yang berbeza saiz tetapi sama warna keseluruhan pada bulatan bongkah kayu itu iaitu warna hitam. Di tengah alatan ini, terdapat ruangan yang boleh memasukkan papan petunjuk yang menunjukkan kedudukan bongkah kayu yang sebenar dan betul dari segi saiz dan warna.

Prosedur kajian Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan melibatkan pemilihan sampel secara rawak. Semasa kajian dilaksanakan, setiap responden didedahkan tentang kaedah dan bagaimana eksperimen ini dijalankan. Eksperimen ini dilakukan secara individu didalam satu bilik dimana setiap responden akan didedahkan dengan alat kajian yang diberi nama ikonok box. Dalam kajian ini tiga orang pemerhati berada bersama-sama responden didalam bilik

untuk mengendalikan eksperimen iaitu sebagai penjaga masa, pemerhati dan pemegang papan petunjuk. Dalam eksperimen ini juga pemerhati akan mencatat dan merekodkan keputusan yang dilakukan oleh peserta. Susunan prosedur adalah seperti berikut: 1. Segala etika kerahsiaan dalam kajian ini hanya berada dalam makmal eksperimen sahaja. 2. responden tidak dibenarkan membawa keluar dan menceritakan segala apa yang berlaku di dalam makmal. 3. Kajian yang dijalankan mengandungi 2 eksperimen 4. Responden diberi masa 30 saat untuk memerhati kedudukan warna dan saiz bulatan pada papan petunjuk. 5. Selepas 30 saat, papan petunjuk akan disembunyikan. 6. Responden perlulah menyusun bongkah kayu pada Ikonok Box seperti mana yang terdapat pada papan petunjuk tadi. 7. Responden hanya diberi sekali percubaan untuk meletakkan bongkah kayu di setiap lubang pada permukaan Ikonok Box. 8. Selepas selesai menyusun responden diminta untuk pusing kebelakang agar tidak melihat apa yang kami catatkan terhadap ujian pertama mereka sementara menunggu eksperimen kedua. 9. Arahan seterusnya adalah sama dengan no 4, 5, 6 dan 7. 10. Setelah selesai meletakkan ke-10 bongkah kayu pada setiap lubang di permukaan Ikonok Box tersebut, keputusan yang dilakukan oleh responden akan dicatat dan direkodkan. 11. Keputusan yang dicatatkan bergantung kepada responden sama ada akan diberitahu atau tidak.

Reka bentuk kajian Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk subjek yang sama ( design within subject ). Daya ingatan responden diukur berdasarkan dua ujian iaitu ujian yang pertama ujian kepelbagaian warna dan saiz dan ujian yang kedua ialah ujian warna yang sama iaitu hitam dan pelbagai saiz.

BAB 3 : KEPUTUSAN KAJIAN Analisis Data Bagi menentukan tahap penggunaan strategi memori dan kognitif, data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Nilai min dan sp yang diperolehi ditafsirkan menggunakan cara paired dan independent sampel t- test. Hasil yang diperolehi diambil untuk melihat perbezaan warna dan saiz terhadap daya ingatan. PAIRED T - TEST

Paired Samples Statistics Mean UJIAN PELBAGAI WARNA Pair 1 UJIAN HITAM 7.3125 16 2.33006 .58251 5.6250 N 16 Std. Deviation 2.72947 Std. Error Mean .68237

Paired Samples Correlations N Pair 1 UJIAN PELBAGAI WARNA & UJIAN HITAM 16 Correlation .051 Sig. .851

Paired Samples Test Paired Differences Mean Std. Deviation Std. Error Mean 95% Confidence Interval of the Difference Lower UJIAN PELBAGAI Pair 1 WARNA UJIAN WARNA HITAM -1.68750 3.49702 .87426 -3.55093 .17593 -1.930 15 .073 Upper T Df Sig. (2tailed)

Tidak terdapat perbezaan antara kepelbagaian warna dan warna hitam terhadap daya ingatan. Ujian sampel T berpadanan mendapati kepelbagaian warna dan warna hitam terhadap daya ingatan adalah tidak signifikan kerana ujian pelbagaian warna (M = 5.6250, SD = 2.72947) adalah lebih rendah daripada ujian warna hitam (M= 7.3125, SD = 2.33006), T (15) = -1.930 P > 0.05 (2-tailed). Hipotesis yang dibina diterima. hipotesis diterima disebabkan ujian warna hitam mempengaruhi ujian kepelbagaian warna terhadap daya ingatan. INDEPENDENT T TEST UJIAN SATU BERWARNA

Group Statistics JANTINA LELAKI UJIAN PELBAGAI WARNA PEREMPUAN 8 6.5000 2.13809 .75593 N 8 Mean 4.7500 Std. Deviation 3.10530 Std. Error Mean 1.09789

Independent Samples Test Levene's Test for Equality of Variances F Sig. t df Sig. (2taile d) Equal variances UJIAN SATU assumed Equal -1.313 12.419 .213 -1.75000 1.33296 -4.64344 1.14344 1.511 .239 -1.313 14 .210 -1.75000 1.33296 -4.60892 1.10892 Mean Difference Std. Error Differenc e 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper t-test for Equality of Means

BERWARNA variances not assumed

Tidak terdapat perbezaan kepelbagaian warna dan saiz bulatan pada alatan kajian terhadap daya ingatan mengikut jantina. Keputusan Ujian t menunjukkan terdapat perbezaan kepelbagaian warna dan saiz bulatan terhadap daya ingatan mengikut jantina (t(14) = -1.313, p > 0.05). Hasil menunjukkan daya ingatan lelaki (min = 4.7500, sp = 3.10530) lebih rendah berbanding perempuan (min = 6.5000, sp = 2.13809). hipotesis nol diterima. hipotesis diterima disebabkan hasil ujian kepelbagaian warna dan saiz bulatan mendapati bahawa pelajar wanita mendapat skor yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki.

Jadual 1
Jantina Lelaki Perempuan N 8 8 Min 4.7500 6.5000 SP 3.10530 2.13809 T -1.313 Sig .210

p > 0.05

INDEPENDENT T TEST UJIAN DUA WARNA HITAM

Group Statistics JANTINA UJIAN WARNA HITAM LELAKI PEREMPUAN N 8 8 Mean 7.1250 7.5000 Std. Deviation 2.53194 2.26779 Std. Error Mean .89518 .80178

Independent Samples Test Levene's Test for Equality of Variances F Sig. t df Sig. (2tailed) Mean Difference Std. Error Difference 95% Confidence Interval of the Difference Lower Equal variances UJIAN 2 HITAM assumed Equal variances not assumed -.312 13.8 33 .760 -.37500 1.20175 -2.95541 2.20541 .001 .970 -.312 14 .760 -.37500 1.20175 -2.95249 2.20249 Upper t-test for Equality of Means

Tidak terdapat perbezaan warna hitam dan saiz bulatan pada alatan kajian terhadap daya ingatan mengikut jantina. Keputusan Ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan warna hitam dan saiz bulatan terhadap daya ingatan mengikut jantina (t(14) = -.312, p > 0.05). Hasil mendapati daya ingatan lelaki (min = 7.1250, sp = 2.53194) lebih rendah berbanding permpuan (min = 7.5000, sp = 2.26779). hipotesis nol diterima. hipotesis diterima disebabkan hasil ujian warna hitam dan kepelbagaian saiz bulatan mendapati bahawa pelajar wanita mendapat skor yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki.

Jadual 2
Jantina Lelaki perempuan N 8 8 Min 7.1250 7.5000 SP 2.53194 2.26779 T -.312 Sig .760

p >0.05

BAB 4 : PERBINCANGAN

Kelebihan kajian. Reka bentuk kajian ini hanya melibatkan jumlah respoden yang sedikit dan penggunaan masa yang minima, berbanding dengan reka bentuk kajian-kajian lepas yang turut mengkaji tahap kecergasan memori. Selain itu, reka bentuk kajian ini juga

menggunakan 2 jenis ujian dalam masa yang sama iaitu ujian kepelbagaian warna dan ujian berwarna hitam bagi mengkaji tahap kecergasan emosi. Kajian ini juga dapat memberi maklumat tambahan kepada ahli psikologi dan para pengkaji bagi mempertingkatkan lagi pemahaman mereka mengenai proses kognitif yang berfukos kepada daya ingatan. Di samping itu, kajian ini juga dapat menghuraikan persoalan yang timbul tentang kecergasan memori antara jantina. Limitasi Limitasi bagi kajian yang kami jalankan ialah terdapat beberapa aspek, terutamanya dari segi bilangan responden. Hal ini kerana bilangan sampel yang sedikit menyebabkan hasil keputusan yang diperolehi adalah terhad. Selain itu, kajian kami ini juga mendapat kesukaran dalam pemilihan responden. Penetapan responden yang hanya terdiri daripada kelas tutorial yang sama menyebabkan masa untuk kami mengumpul responden agak sukar dan mengambil masa yang lama. Selain itu, juga terdapat carry out effect iaitu dua kajian yang dijalankan dalam masa yang sama, ini bermaksud kesan ujian pertama mempengaruhi ujian yang kedua. Kemungkinan responden menyangkakan bahawa susunan saiz bulatan pada ujian yang pertama adalah sama dengan ujian yang kedua di mana ujian yang kedua hanya berbeza dari segi saiz tetapi sama dari segi warna pada bulatan.

Cadangan Cadangan pada masa hadapan bagi kajian yang kami jalankan yang pertamanya mempelbagaikan bentuk pada corak bongkah kayu (ikonok box). Apabila kepelbagaian pada bentuk akan menyukarkan lagi responden mengingati dan menyusun bongkah kayu mengikut susunan yang betul. Selain itu, juga kajian ini juga perlu mengambil lebih banyak responden agar keputusan kajian tidak ralat dan tidak bias. Disamping itu, kajian pada masa hadapan boleh juga di buat pada suhu dan persekitaran yang berbeza. Hal ini berkemungkinan besar dapat memberikan hasil yang berbeza terhadap daya ingatan terhadap pengaruh warna dan bentuk saiz.

Rujukan

Comeaux, K.R,.(2005). Cognitive Memory Effects On Non-Linear Video- Based Learning,. B.S., Louisiana State University. Frans W.C,.Mark W.G., (1999). Visual memory for random block patterns defined by luminance and color contrast. Glenberg A.M,.(1997) Behavioral and Brain University of Wisconsin,Madison.(1-55). Mei, Heong Yee and Md Yunos, Jailani and Othman, Widad and Hassan, Razali and Tze, Kiong Tee (2010). Penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi marzano dalam penjanaan idea. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA, 2-3 August 2010, Hotel Concorde, Shah Alam. Mohd Azhar B. Hamid (2001). Meningkatkan daya fikir. PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd. Sarah E.H.,danielle. J.D. The Cognitif Consequences of Envy: Attention,Memory,and Self Regulatory Depletion. Texas Christian University. Sciences :Department of Psychology,

You might also like