Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Perjuangan tokoh sebelum dan selepas merdeka serta agenda perjuangan mereka perlu sentiasa diingati dan dipraktikkan supaya tidak lari daripada landasan perjuangan sebenar. Kita mempunyai ramai tokoh di kalangan masyarakat Melayu, India dan Cina seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Tun V T Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock yang banyak berjuang untuk kemerdekaan negara. Tumpuan rencana ini adalah berkisar kepada perjuangan Cheng Lock, salah seorang tokoh utama dalam misi memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Walaupun Cheng Lock sudah lama meninggalkan kita, semangat kepemimpinan dan prinsip beliau akan tetap diingati, dikagumi dan perlu dicontohi pemimpin MCA yang lain. Prinsip yang dipegang teguh oleh beliau ketika memimpin kaum Cina suatu masa dulu seharusnya terus dihayati biarpun beliau sudah tiada lagi. Antara kata-kata Cheng Lock yang boleh dipegang dan dihayati ialah: Satu bangsa Malaya boleh dicipta dengan mewujudkan perasaan muhibah semua kaum yang menduduki Malaya yang akan menganggap satu sama lain sebagai satu bangsa, satu tanah air.1 Tun Tan Cheng Lock antara pemimpin dari masyarakat cina yang dilahirkan di Tanah Melayu. Suatu ketika dahulu orang cina datang ke Tanah Melayu untuk mencari harta kekayaan dan pulang semula ke negara asal. Memandangkan Tun Tan Cheng Lock dilahirkan dan dibesarkan di Tanah Melayu yang ketika itu terdapat pelbagai kaum, menyebabkan beliau mempunyai sikap baru tidak seperti nenek moyang beliau. Tun Tan Cheng Lock dan generasi berikutnya mula menganggap Tanah Melayu sebagai negara mereka, bukan lagi sebagai orang cina di seberang laut. Mereka mula menumpukan taat setia pada Tanah Melayu sebagaimana orang Melayu yang menjadi peribumi. Sehingga penghujung abad ke-19, penjajah Inggeris telah menerima tentangan daripada penduduk Melayu. Pada awal abad ke-20, penjajah Inggeris terpaksa menghadapi tentangan kaum cina yang diwakili Tun Tan Cheng Lock. Beliau menuntut hak sebagai pemimpin tempatan untuk sama-sama mentadbir tanah Melayu bersama orang-orang Melayu.

Frances Muna Empari, Berita Harian Online, dikemaskini pada 22 Mei 2010 daripada http://www.bharian.com.my/articles/PemimpinMCAmesticontohiChengLock/Article/print_html

2.0 LATAR BELAKANG Tan Cheng Lock telah dilahirkan pada 5 April 1883 dan juga merupakan anak ketiga Tan Keong Ann, yang telah melahirkan 7 orang anak lelaki dan perempuan. Beliau juga merupakan salah seorang generasi kelima Peranakan Cina Malaysia. Semasa kecil, beliau tinggal di 111, Jalan Heeren yang terletak di Melaka. Tan Hay Kwan, moyang beliau, merupakan seorang pedagang telah berimigrasi ke Melaka dari Wilayah Chiang Chiew di Wilayah Fujian, China, pada tahun 1771. Tan Cheng Lock merupakan anak ketiga daripada tujuh adik-beradik. Mereka mempunyai tiga orang anak yang dilahirkan antara tahun 1880 hingga 1883 iaitu Siang Cheng, Cheng Siew dan Cheng Lock. Kemudiannya mereka dikurniakan empat orang anak lagi iaitu Guat Choo, Guat Kee Guat Poh dan Cheng Juay. Tan Cheng Lock membesar dalam suasana pembelajaran yang tegas. Kemiskinan hidup menyebabkan beliau belajar bersungguh-sungguh dan telah berjaya dalam hidupnya. Beliau telah menamatkan pengajian Standard VII di Malacca High School pada 1899 dan penerima kedua Biasiswa Tan Teck Guan di sekolahnya. Pelajaran yang cemerlang melayakkan beliau mendapatkan biasiswa, seterusnya melanjutkan pelajaran ke Raffles Institution, Singapura dari tahun 1902 hingga 1908 dalam bidang undang-undang. Pada tahun 1908, usia beliau genap 25 tahun semasa belajar di Raffles Institution. Pihak pentadbiran Raffles Institution telah memberi peluang kepada penuntutnya berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain dari Kolej Eropah dan ini menjadikan beliau lebih matang dan taat kepada British. Di samping itu bagi menanam kesedaran sivik dan ingin meletakkan satu pejabat kolonial di tanah jajahan British. Dengan bantuan sepupu ibunya, Lee Chin Tuan beliau telah bekerja di ladang getah Bukit Kajang sebagai Penolong Pengurus dari 1908 hingga 1910. Beliau juga mendapat bantuan dari Chan Kang Swi, untuk menjadi ahli perniagaan dalam perusahaan di bawah Malacca Pinda Rubber Estates, Ayer Molek Rubber Company dan United Malacca Rubber Estates. Tan Cheng Lock dilantik menjadi hakim di Melaka pada bulan Ogos tahun 1912. Berapa bulan kemudian, beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya bagi Majlis Perbandaran Bandar dan Port di Melaka dari tahun 1912 hingga 1922. Pada tahun 1913, Tan Cheng Lock berkahwin dengan Yeo Yeok Neo iaitu anak kepada Yeo Tin Hye. Ibunya adalah pemimpin bagi masyarakat Hokkien di Melaka. Mereka dikurniakan lima orang anak iaitu Lily Tan Kim Tin Hye, Wee Geok Kin, Tan Siew Sin, Alice Tan Kim Yoke dan Agnes Tan Kim Lwi. Pada 1 Januari 1923, ketika Tan Cheng Lock berumur 40 tahun beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Tidak Rasmi Selat dan S.S. Executive Council dari tahun 1933 hingga

1935. Semasa tempoh memegang jawatan tersebut, beliau memperjuangkan nasib kaum Cina khususnya dari aspek undang-undang perkahwinan, candu, pendidikan dan isu-isu imigresen. Pada 26 September 1935, Tan Cheng Lock telah bersara dari jawatan sebagai Unoffical Member of the Straits Settlements Executive Council. Dalam tahun 1949, beliau telah dilantik menjadi presiden pertama bagi Malayan Chinese Associations (MCA). Tan Cheng Lock adalah generasi kaum Cina awal 1920-an dan 1930-an yang menyumbang kepada asas Malaysia sekarang. Selama hampir 40 tahun beliau bergiat cergas dan aktif dalam ehwal awam. Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 8 Disember 1960 di Hospital Besar Melaka.2

3.0 SUMBANGAN DALAM BIDANG POLITIK

Pada tahun 1912, Tan dilantik oleh kerajaan British sebagai Pesuruhjaya Majlis Melaka serta Jaksa Pendamai Melaka. Beberapa bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Majlis Bandar untuk bandar-bandar dan Pelabuhan Melaka. Pada tahun 1914, Tan menghidupkan semula pertubuhan Sukarelawan Cina Melaka dan menjadi ahli biasanya sehingga 1919. Pada tahun berikutnya, iaitu 1915, beliau menghidupkan semula Persatuan Orang Cina Peranakan-British (SCBA), sebuah persatuan di Melaka yang bertujuan untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat, dan dipilih sebagai Presidennya. Pada tahun1923, Tan dipilih sebagai Ahli Tak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat, satu "jawatan" yang beliau menyandang sehingga 1934. Ketika Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942, Tan melarikan diri ke India dan tinggal disana sehingga 1946. Semasa di sana, Tan melahirkan gagasan untuk mencipta sebuah parti politik Cina di Tanah Melayu. Beliau kemudian memulakan Persatuan Cina Perantauan India (OCAI) yang mengirimkan memorandum kepada Pejabat Penjajah untuk memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang bukan dilahirkan di Tanah Melayu. Persoalan ini kemudian dimasukkan oleh pihak British sebagai salah satu prinsip dalam penubuhan Malayan Union. Malayan Union dibentuk secara rasmi pada 1 April 1946.Penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union menyebabkan Tan dan Parti Komunis Malaya(CPM) bekerjasama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menentang UMNO di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar. Bersama-sama dengan rakan-rakannya, Tan menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu(AMCJA) dan bekerjasama dengan Pusat Tindakan Rakyat (PUTERA) di bawah pimpinan PKMM. Disebabkan penentangan oleh orang-orang Melayu, pihak British membubarkan Malayan Union dan

http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/malaysiaku/tokoh-dan-pemimpin/tokoh-negara/83-tan-chenglock dikemaskini pada 25 April 2013

membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Dasar ini dibantah oleh komuniti-komuniti perniagaan. Parti Komunis Malaya memulakan pemberontakan bersenjata dan memaksa kerajaan Tanah Melayu mengisytiharkan Keadaan Darurat. Penubuhan Persatuan Cina Tanah Melayu(MCA). Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA adalah untuk: menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu; melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina; bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempenkempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan. Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP dibentuk pada 26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa. Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang. Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigresen 1952, 1953 dan Akta Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Permusuhan antara Tan dan Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditaja oleh UMNO pada 23 Ogos 1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugaskan untuk menulis Perlembagaan Persekutuan.

4.0 SUMBANGAN LAIN

Tun Tan Cheng Lock bergiat cergas dalam perkhidmatan awam selama lebih daripada 40 tahun.3 Beliau menjawat pelbagai jawatan seperti Jaksa Pendamai (1912), Pesuruhjaya Perbandaran Melaka (1912-1922), bergiat dalam Pertubuhan Perunding China Negeri Selat, ahli tidak rasmi Majlis Perundangan Penempatan Negeri-negeri Selat dan menjadi ahli tidak rasmi Majlis Eksekutif Negeri-negeri Selat dari tahun 1933 hingga 1935. Selain itu, Tun Tan Cheng Lock juga menentang kemasukan British ke dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu. Beliau jugalah yang bertanggungjawab mempengaruhi Sir Cecil Clementi untuk memperkenalkan Perkhidmatan Awam Penempatan Negeri-negeri Selat. Selain itu juga, Tun Tan Cheng Lock juga aktif dalam pentadbiran British. Antara badan-badan yang disertai beliau ialah Pertubuhan Sukarelawan Cina Melaka, Majlis Perundangan, Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat dan Majlis Kolej Anglo-Chinese. Tun Tan Cheng Lock juga mengetuai delegasi Majlis Perundangan dan menganjurkan Hartal4. Kemudian pada tahun 1949, beliau terpilih menjadi Presiden MCA yang mempunyai keahlian seramai 200,000 orang. Kebanyakan masyarakat cina yang menganggotai MCA lebih tertumpu di negeri-negeri selat. Peranan Tun Tan Cheng Lock dalam MCA untuk memajukan masyarakat cina amat memberangsangkan. Beliau sentiasa memastikan kebajikan masyarakat cina di Tanah Melayu terjamin. Oleh itu, beliau bersungguh-sungguh membantu masyarakat cina untuk sama-sama mentadbir negara ini bersama-sama orang Melayu. Selain itu, Tun Tan Cheng Lock menggalakkan hubungan mesra dengan orang-orang Melayu. Perkara ini amat penting kerana orang-orang Melayu adalah kaum majoriti yang mempunyai pengaruh kuat untuk mentadbir negara. Hanya dengan kerjasama masyarakat cina dan Melayu membolehkan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Kerjayanya tidak hanya sekadar menganggotai pelbagai pertubuhan tetapi terus bergerak ke hadapan. Tun Tan Cheng Lock sentiasa mengambil peluang untuk terus menonjolkan diri dalam pentadbiran. Ini adalah penting kerana ia dapat membantu masyarakat cina yang masih ketinggalan dari segala aspek. Memang menjadi hasrat beliau untuk terus memastikan masyarakat cina terus maju di negara ini seiring dengan kemajuan masyarakat Eropah khususnya. Memandangkan keaktifan itulah beliau dipilih sebagai Majlis Eksekutif mewakili

3 4

20 Tokoh Politik (2009), Medium Publications. Hlm 179 Hartal adalah mogok umum yang melibatkan pemboikotan bekerja dan melakukan urusan harian secara keseluruhan. Apabila berlakunya Hartal, semua tempat-tempat berlakunya urusan harian seperti pejabat, kedai runcit, kedai makan, mahkamah, akan ditutup.

kaum cina. Ini merupakan satu penghormatan yang tertinggi pernah diperolehi kaum cina terutama apabila kerajaan British memulakan pentadbiran di Tanah Melayu. Setelah dilantik menjadi ahli majlis perundangan, beliau memainkan peranan aktif dan mendesak diadakan pembentukan semula Majlis Eksekutif dan menggesa diadakan pembentukan semula dalam Majlis Perundangan. Apabila dilantik sebagai ahli tidak rasmi pada tahun 1926, beliau menegaskan bahawa majlis perundangan kekurangan mandat secara tidak langsung daripada rakyat yang diwakili beliau. Ini disebabkan pendapat yang diberikan tidak diendahkan oleh British diperingkat awal lagi. Selain itu, kesemua ahli tidak rasmi majlis berkenaan dicalonkan atau dicalonkan semula atas budi bicara Gabenor dan bukannya melalui perbincangan antara ahli. Oleh itu, ahli tidak rasmi itu bertanggungjawab kepada Gabenor, kecuali dua ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Dewan Perniagaan Singapura dan Pulau Pinang sejak tahun 1924 lagi. Bagi beliau, undang-undang berkenaan adalah merugikan kerana akan berlaku kehilangan dalam ahli-ahli yang berpengalaman. Seterusnya keadaan itu tidak akan mewujudkan kritikan yang berkesan ke atas kerajaan. Tambahan pula, beliau takut sekiranya disingkirkan dan sekali gus kerajaan British akan membuat keputusan tanpa mendengar pendapat ahli-ahli yang lain. Bagi menangani masalah tersebut, beliau mencadangkan supaya setiap barangan dagangan yang terhad diperkenalkan. 5 Setelah cadangan itu tidak mendapat sambutan, beliau mengemukakan semula cadangan barangan dagangan terhad pada tahun 1930-an. Disamping cergas dalam politik, beliau juga memberi perhatian terhadap hal-hal kewangan dan ekonomi. Dalam hal ini, beliau menunjukkan minat terhadap penanaman getah serta penglibatan orang cina dalam penanaman padi. Oleh itu, beliau mula campur tangan dalam pertanian terutama dalam penanaman getah, padi dan ekonomi dalam kerajaan. Beliau menganggap sekatan getah dalam sekatan Stevenson sebagai asas ekonomi Tanah Melayu. Ini memandangkan getah merupakan eksport utama Tanah Melayu selain bijih timah. Tambahan pula permintaan getah amat tinggi di negara-negara Eropah yang ketika itu sedang mengalami perkembangan pembuatan automotif. Beliau turut menentang cadangan para saudagar dari Pertubuhan Dewan Perniagaan cina untuk menghapuskan cadangan itu supaya harga getah sentiasa naik. Pendirian beliau dalam penanaman padi lebih bersikap menentang kerajaan. Pada tahun 1886, negeri-negeri selat mengamalkan polisi yang menggalakkan orang Melayu menanam padi tetapi tidak kepada bukan Melayu. Beliau menentang terhadap sekatan kepada bukan Melayu dalam hal ini. Beliau turut menggesa kerajaan membuka peluang kepada orang cina

20 Tokoh Politik (2009), Medium Publications. Hlm 181

dan india supaya satu kuasa buruh benar-benar dapat dibentuk. Permintaan beliau menarik perhatian kerajaan kerana sejak 1921 hingga 1922, persoalan kecukupan bekalan beras selalu ditimbulkan. Sehubungan dengan itu, Guillemard yang mengambil berat mengenai bekalan makanan untuk tempoh dua bulan dan memerintahkan Jabatan Pertanian supaya mempertimbangkan kemungkinan menggandakan lagi kegiatan menanam padi.

Kebijaksanaan Tun Tan Cheng Lock terserlah juga dalam bidang ekonomi dan pertanian. Selain itu, sehingga tahun 1920-an, masyarakat tanah Melayu terdiri daripada pelbagai kaum yang bercampur-campur tanpa bersatu dan setiap mereka hidup secara berasingan. Bentuk umum harmoni antara kaum berubah pada awal 1930-an. Kemelesetan ekonomi, kebangkitan nasionalisme Melayu dan polisi-polisi British yang pro-Melayu meluaskan lagi jurang antara orang Melayu dan cina. Dalam keadaan inilah beliau bangun sebagai pemimpin masyarakat cina yang berani memperjuangkan soal pendidikan, bahasa dan imigrasi. Selain itu beliau juga aktif memperjuangkan pembentukan perkahwinan tunggal, serta menyokong kegiatan penagihan dadah. Antara agenda yang disuarakan oleh beliau dalam pendidikan ialah pendidikan dan bahasa Inggeris, pendidikan vernakular cina dan pendidikan secara menyeluruh. Antara idea-idea beliau dalam mengubah sistem pendidikan supaya lebih telus ialah menubuhkan sekolah-sekolah perdagangan dan pertanian, menubuhkan kelas-kelas malam sebagai tambahan pelajaran, pemulihan standard sekolah-sekolah persendirian dan memberi pendidikan kepada orang yang cacat penglihatan. Selain itu, beliau turut menyuarakan pendapat untuk menyediakan biasiswa kepada pelajar pintar yang berjaya supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

5.0 PENGIKTIRAFAN TERTINGGI

Hakikat ini terbukti apabila kira-kira tiga juta rakyat cina pada waktu itu menganggap beliau pemimpin mereka. Malahan beliau bukan sahaja seorang pemimpin, tetapi lebih merupakan satu institusi. Beliau juga dianggap sebagai satu bangsa. Jadi tidak hairanlah British menggelarkan beliau Saga Melaka. Selain itu, beliau merupakan seorang pemimpin berpandangan jauh. Beliau sentiasa memastikan hubungan antara kaum erat. Hal ini adalah keran sikap patriotik yang ada dalam dirinya seperti menggalakkan hubungan antara kaum, menyediakan kemudahan kepada semua kaum, menjadi presiden MCA dan sebagainya. Beliau turut mendapat pengiktirafan daripada Raja Melayu dan British. Antaranya ialah Darjah Paduka Mahkota Johor oleh Sultan Johor, King George Vl oleh British, Komander

Empayar British, Komander Kesatria Empayar British, Order of the British Empire, dan diberi gelaran Tun oleh DYMM Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jalan di Malaysia turut diabadikan namanya sebagai mengenang jasa beliau kepada Malaysia.

6.0 PENUTUP

Sumbangan Tun Tan Cheng Lock amat besar kepada negara Malaysia dalam meletakkan batu asas perpaduan rakyat, walaupun pada mulanya unsur-unsur kecinaan masih wujud. Walau bagaimanapun, setelah memahami pentingnya perpaduan negara, sikap seperti itu semakin terhakis. Beliau bersama Datuk Onn Jaafar berusaha keras untuk menyatukan orang Melayu dengan orang cina. Keadaan itu dapat direalisasikan dengan penubuhan Parti Perikatan pada tahun 1952. Sumbangan beliau amat besar dan menjadi pemangkin kepada perpaduan rakyat pada masa kini. Legasi itu diteruskan lagi oleh pemimpin-pemimpin tanah air dalam memacu kemajuan negara dalam semua bidang. Hal ini adalah penting kerana tanpa perpaduan, kemungkinan besar setiap perkara yang dilakukan dalam negara perlu ada sekatan dan pembahagian kaum supaya tidak bercampur antara satu sama lain. Pastinya negara akan berlaku huru-hara disebabkan pergaduhan dan sebagainya. Sebagai generasi sekarang, kita seharusnya meneruskan apa-apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu seperti Tun Tan Cheng Lock, Datuk Onn Jaafar dan ramai lagi pemimpin berwibawa yang lain supaya dapat dikekalkan keharmonian sebegini untuk tatapan generasi akan datang. Selain itu juga, hubungan antara kaum juga menjadi batu asas dalam pengukuran kemajuan sesebuah negara. Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai lebih daripada tiga kaum terbesar dan dapat mencapai perpaduan walaupun berbilang kaum. inilah keunikan negara kita daripada negara lain. Keunikan ini harus dikekalkan supaya negara berada dalam keadaan politik dan ekonomi yang stabil dan seterusnya menjadi negara contoh kepada negara-negara yang lain.

You might also like