Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KAJIAN TEMPATAN TAHUN 4 BENTUK MUKA BUMI CIRI-CIRI LEMBANGAN DAN PINGGIR LAUT

Pinggir Laut Merupakan kawasan tanah rata yang menghadap laut, iaitu garisan pertemuan di antara kawasan darat dan laut. Pinggir laut di negara kita mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti tanjung, teluk, pantai dan pulau. Di Malaysia semua negeri mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Kuala Lumpur dan Putrajaya Kawasan Pinggir laut yang terlindung sesuai dimajukan sebagai kawasan petempatan, pelabuhan perikanan dan pelabuhan moden.

Lembangan Kawasan tanah rendah yang rata, luas dan disaliri oleh sebatang sungai dan cawangancawangannya. Luas lembangan bergantung kepada saiz sungai, pola sungai, dan bentuk muka bumi kawasan yang disaliri. Lembangan mempunyai tanah yang subur untuk menjalankan aktiviti pertanian dan menjadi tumpuan penduduk. Di sepanjang alur sungai terdapat pelbagai bentuk muka bumi seperti air terjun, jeram, lata, liku sungai , tetambak, tasik ladam, muara dan delta.

You might also like