Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

ISI KANDUNGAN

1.0

PENGENALAN

2.0

DEFINISI & TAKRIF 2.1 2.2 2.3 Definisi Kanak-kanak Definisi Kanak-kanak Berkeperluan Khas Definisi Kanak-kanak Jalanan

3.0

PUNCA & SEBAB KANAK-KANAK JALANAN 3.1 3.2 3.3 3.4 Kemiskinan Masalah Keluarga Pendatang Asing Rumusan

4.0

MASALAH YANG DIHADAPI

5.0

PERANAN & DASAR KERAJAAN 4.1 4.2 4.3 4.4 Dasar Kanak-kanak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Rumah Kebajikan / Rumah Perlindungan / Pusat Jagaan

6.0

PERANAN BADAN BERKECUALI 5.1 Rumah Nur Salam Yayasan Chow Kit (Darul Salam)

7.0

KESIMPULAN

LAPORAN PEMBENTANGAN KANAK-KANAK JALANAN

PENGENALAN Kanak-kanak adalah individu yang memerlukan perhatian, kasih saying dan pendidikan yang sempurna untuk mereka berkembang dari segi perkembangan fizikal dan kognitif. Kanak-kanak boleh di definisikan sebagai seorang yang di bawah umur lapan belas tahun seperti yang termaktub dlam Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak dan Akta Kanak-kanak 2001 (Jabatan Kebajikan Masyarakat 2012/. Mereka seharusnya diberkan hak untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup yang sempurna serta belaian kasih sayang. Mereka juga berhak mendapatkan identiti warganegara, perlindungan daripada kesukaran atau rintangan yang dihadapi seperti eksploitasi dan jenayah. Namun begitu, atas beberapa factor mereka terlibat dengan isu kanak-kanak jalanan. Isu ini bukan pekara yang boleh dipandang remeh sebaliknya memerlukan pendekatan dan pencegahan yang perlu dilakukan agar masa depan kanak-kanka ini terbela dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang berdaya saing di masa hadapan. Laporan ini akan menghuraikan mengenai definisi kanak-kanak jalanan, isuisu yang berkaitandan juga permasalahan yang akan dihadap mengenai anak-anak jalanan serta badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan kanak-kanak jalanan ini.

DEFINISI KANAK-KANAK Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Kanak-kanak (juga

digelarkan budak atau anak kecil) ialah manusia yang muda, iaitu seorang yang masih belum mencapai baligh. Istilah kanak-kanak adalah berbeza dengan anak meskipun mempunyai kaitan yang sangat rapat

DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Kanak-kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) terdiri daripada kanakkanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas ( gifted ) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka ( Heward 2003 ). Kanak-kanak berkeperluan khas juga merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku dan emosi dan ciri-ciri fizikal. Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah laku

Istilah lain juga telah digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail ( 2001 ), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka ibu bapa sendiri.

DEFINISI KANAK-KANAK JALANAN Menurut Gossling dan rakan-rakan dalam Risalhah & rakan (2011)

mendefinisikan kanak-kanak jalanan kepada dua kategori iaitu: Children on the street : o Kanak-kanak yang mempunyai keluarga yan menjaga mereka, tetapi kanak-kanak ini mengemis atau berkerja di jalanan dan tidur di mana-mana rumah seperti rumah rakan-rakan atau sedara maranya

Children of the street o Kanak-kanak ini adalah kanak-kanak jalanan yang hidup di jalanan dan tidak mempunyai keluarga. Kebiasaaannya mereka ini keluar dari rumah dan hidup di sekitar jalanan bagi mendapatkan makanan dan juga perlindungan.

Manakala menurut Ritcher dan Tosesi dalam Risalhah dan rakan (2011) pula mengenalpasti kanka-kanak kepada tiga kategori iaitu:

Kanak-kanak Bandar Kanak-kanak Bandar dikategorikan kepada lima jenis iaitu kanak-kanak tebuang, kanak-kanak pelarian, kanak-kanak kawasan kotor dan sesak, kanak-kanak sampah terbuang dan kanak-kanak beluar. Kanak-kanak yang terdiri daripada kanak-kanak terbuang iaitu kanak-kanak yang di buang oleh keluarga, kanak-kanak pelarian yang melarikan diri akibat eksploitasi atau keganasan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu. Seterusnya kanak-kanak akwasan kotor dan sesak pula ialah kanakkanak yang mendiami tempat yang sempit, komuniti yang padat serta kawasan yang kotor. Manakala kanak-kanak sampah terbuang pula ialah kanka-kanak yang mendiami tempat atau kawasan pembuangan sampah dan kanak-kanak belukar pula ialah kanak-kanak yang mendiami kawasan yang tidak dibangunkan dalam kawasan Bandar dan kebiasaanya berhampiran atau di dalam belukar.

Kanak-kanak di atas jalan raya Kanak-kanak di atas jalan raya ialah kanak-kanak yang berkerja di jalan raya untuk menambahkan pendapatan ibu bapa dan pulang ke rumah pada waktu senja. Antara cara berkerja mereka ialah meminta sedekah ataupun melacur.

Kanak-kanak di tepi jalan raya Kanak-kanak di tepi jalan raya merupakan kanak-kanak yang tinggal & berkerja di jalan raya untuk mendapatkan makanan dan pelindungan.. Kanak-kanak ini kebanyakkannya tidak mempunyai keluarga. Mereka tinggal dalam kelompok untuk meindungi diri mereka. Kanak-kanak ini hidup nomad kerana tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK JALANAN Menurut definisi yang diberikan pada awal kenyataan tadi dinyatakan bahawa kanak-kanak adalah individu yang berumur lapan belas tahun ke bawah. Oleh itu, ciriciri kanak-kanak jalanan secara umumnya adalah kanak-kanak yang berumur lima hingga lapan belas tahun. Mereka didapati selalu berkeliaran dan berada di tempat umum seperti jalanan, pasar, dan tempat-tempat hiburn selama lapan belas sehinga dua puluh empat jam sehari. Penampilan mereka pula adalah kusam dan tidak terurus. Kebanyakkan ereka tidak bersekolah atu berhenti bersekolah dan ini menyebabkan taraf pendidikan mereka rendah. Masalah ini wujud disebabkan factor kemiskinan keluarga yang mana ibu bapa tidak mampu untuk menampung perbelanjaan sekolah mereka dan juga memerlukan bantuan mereka untuk menambah pendapatan keluarga. Oleh hal yang demikian tidk menjadi satu perkara yang pelik jika mereka tidak mendapat pengawasan ibu bapa atau orng dewasa. Mereka juga tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya dari ibu bapa. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai nilai moral yang tinggi akibat tidak mendapat didikan yang sempurna daripada ibu bapa.

PUNCA ATAU FAKTOR PENYEBAB KANAK-KANAK MENJADI KANAK-KANAK JALANAN Terdapat beberapa factor penyebab kepada berlakunya kanak-kanak jalanan. Faktor utama ialah kemiskinan hidup (Mohamed K.A dan Eme T.O & rakan dalam Risalhah dan rakan 2011). Hal ini kerana taraf hidup bapa dan ibu yang rendah akibat taraf pendidikan dan jenis perkerjaan informal yang dijalankan. Selain itu, terdapat juga ibu yang berkerja sebagai pelacur, ibu bapa yang terlibat dengan penagihan dadah kerana kesempitan dan desakan hidup. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat bersekolah dan mereka berpeleseran dijalanan akibat kurangnya perhatian daripada ibu bapa. Kadang kala, kanak-kanak ini juga membantu ibu bapa mencari nafkah hidup bagi meneruskan kehidupan mereka sehari-hari. Disebabkan hal-hal ini mereka terjerumus dalam kehidupan sebagai anak jalanan

Faktor kedua pula ialah keruntuhan system kekeluargaan (Mohamed K.A dan Eme T.O & rakan dalam Risalhah dan rakan 2011). Oleh kerana ibu bapa sibuk bekerja, mereka tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak dan apabila desakan hidup membebankan dan pelbagai masalah wujud, maka berlakulah kepincangan di dalam system kekeluargaan. Apabila berlakunya pertelagahan di dalam keluarga dan seterusnya penceraiaan berlaku maka kanak-kanak akan menjadi mangsa. Ada diantara mereka memilih untuk hidup di luar masalah keluarga dengan memilih untuk hidup di jalanan. Ada juga dalam kalangan kanak-kanak ini dihalau dari rumah (Mohamed K.A dan Eme T.O & rakan dalam Risalhah dan rakan 2011) akibat daripada masalah yang ditimbulkan di dalam keluarga. Seterusnya terdapat factor anak-anak jalanan yang ditinggalkan dari kecil dan kehilangan tempat bergantung dan rumah disebabkan migrasi (Mohamed K.A dan Eme T.O & rakan dalam Risalhah dan rakan 2011). Antara sebab kanak-kanak yang ditinggalkan adalah disebabkan ibu yang melahirkan mereka tanpa bapa tanpa bapa, atau disebabkan oleh factor desakan hidup yang menyebabkan ibu bapa memelihara mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup dengan belas ikhsan komuniti di jalanan dan membesar sebagai anak jalanan. Selain itu, terdapat factor migrasi yang menyebabkan anak-anak jalanan ini hilang tempat bergantung dan juga tempat tinggal. Akibatnya jalanan menjadi rumah mereka dan punca rezeki mereka untuk meneruskan kehidupan.

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK JALANAN Masalah utama yang dihadapi oleh kanka-kanak jalanan ini ialah masalah kemiskinan. Hal ini kerana ibu bapa mereka tidak dapat menyediakan kemudahan asas yang mencukupi. Faktor-faktor desakan hidup yang memaksa mereka hidup dalam kemiskinan. Mereka juga ada kalanya terpaksa mengikut ibu bapa mencari pendapatan supaya keperluan asas dapat diperoleh. Oleh itu, mereka tidak dapat mengecapi kesenangan seperti kanak-kanak laian sebaya mereka dan kebanyakan daripada mereka hidup berdikari dan matang dari usia mereka sepatutnya.

Masalah yang kedua dihadapi oleh kanak-kanak ini ialah masalah kesihatan. Menurut kajian Noraini (2009) menyatakan bahawa kadar nutrisi ang diterima oleh kanak-kanak jalanan adalah kurang. Hal ini kerana cara pengambilan makanan yang tidak teratur dan tidak bernutrisi menyebabkan kanka-kanak ini mudah untuk mendapat penyakit. Selain itu, kanak-kanak ni juga berisiko untuk mendapat penderaan fizikal dan seksual akibat daripada tekanan hidup yang dialami oleh keluarga. Masalah seterusnya ialah masalah pendidikan. Majoriti kanak-kanak jalanan adalah kanak-kanak yang rendah taraf hidupnya. Hal ini disebabkan oleh beberapa kemungkinan. Kemungkinan yang pertama ialah ibu bapa kanak-kanak ini tidak mampu untuk menghantar mereka ke sekolah disebabkan factor kemiskinan. Ada juga diantar mereka yang sanggup berhenti sekolah untuk membantu ibu bapa menambahkan pendapatan keluarga. Selain itu, masalah yang semakin meruncing kini ialah mereka tidak mempunyai sijil lahir yang mana ada sijil lahir ini amat diperlukan sebagai bukti kewarganegaraan dan juga dperlukan untuk mendaftarkan mereka ke sekolah. Melalui temu bual yang dijalankan bersama sukarelawan di Rumah Nur Salam ada yang menyatakan bahawa kanak-kanak ini tidak mempunyai sijil lahir kerana beberapa sebab. Antara sebabnya ila dokumen siji lahir itu hilang akibat ibu bapa yang sering berpindah randah. Sebab kedua pula ialah anak yang di lahirkan itu anak yang tidak sah taraf. Hal ini menyebabkan ibu bapa tidak mahu mnedaftarkan kelahiran mereka dan akibtanya mereka tidak dapat menikmati pendidikan yang sempurna. Sebab ketiga adalah disebakan oleh anak yang lahir ini bukan warganegara Malaysia. Mereka juga tidak layak untuk mendaftarkan diri ke sekolah kerana tidak ada dokumen yang membuktikan kewarganegaraan mereka. Antara factor-faktor ini mereka dikategorikan sebagai kanak-kanak terpingir yang mana tidak mendapat hak-hak yang sepatutnya dimiliki oleh mereka di dalam Malaysia.

Seterusnya masalah yang di hadapi oleh kanak-kanak jalanan adalah masalah emosi dan social (E.M Salem & ABD El-Latif, 2002). Akibat tekanan hidup yang sangat mendesak, perilaku ibu bapa yang tidak bermoral, keadaan rumah yang sempit, kawasan perumahan yang padat dan kotor serta kurangnya kasih sayang dan perhatian keluarga menyebabkan kanak-kanak jalanan ini mengalami masalah emosi dan social. Mereka akan bertindak di luar batasan dan menjadi ganas, tidak beradab dan sering menimbulkan masalah social. Antara masalah yang di lakukan adalah kegiatan yang tidak bermoral, pelacuran, melahirkan anak luar nikah, pergaduhan atau gangsterisme, vandalism, penagihan dadah, pengedar dadah, mencuri dan meragut. Semua kegiatan yang dinyatakan ini jika tidak dibendung akanmendatangkan muadarat pada masyarakat masa akan dating. Manakala dari segi social pula mereka tidak mendapat hak social seperti kanak-kanak yang lain menyebabkan timbul anggapan kurang senang masyarakat terhadap mereka. Taraf pendidikan yang rendaah juga

menyebabkan mereka tidak mendapat memperoleh pekerjaan yang baik serta menyebabkan mereka ketinggalan jauh dari segi pemodenan dalam arus globalisasi.

DASAR YANG BERKAITAN DENGAN HAK KANAK-KANAK A. DASAR KANAK-KANAK NEGARA Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting, yang menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pada tahun 2008, terdapat seramai 10.5 juta (37.9%) orang kanak-kanak daripada 27.7 juta penduduk Malaysia. Dengan itu, pihak Kerajaan amat prihatin kepada kesejahteraan dan kepentingan kanak-kanak. Sehubungan ini, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995. Konvensyen ini memberi tumpuan terhadap kebajikan dan kehidupan kanak-kanak yang menjurus kepada aspek kelangsungan hidup (survival), perlindungan (protection), perkembangan (development) dan

penyertaan (participation).

Sebagai sebuah Negara Pihak (State Party) kepada CRC, Malaysia amat prihatin dan komited terhadap tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang merupakan generasi pewaris negara masa hadapan. Kepentingan golongan kanak-kanak jelas dibuktikan dalam pernyataan Wawasan 2020 di mana institusi keluarga dan kanak-kanak merupakan salah satu fokus yang diberi keutamaan dalam usaha negara mencapai status negara maju di samping melahirkan masyarakat yang saksama dan penyayang. Dasar Kanak-Kanak Negara adalah satu dasar mengenai hak kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak agar dapat menikmati peluang dan ruang untuk mencapai perkembangan holistik dalam persekitaran yang kondusif. Dasar Kanak-Kanak Negara bertujuan untuk melahirkan individu yang sihat, cergas, berilmu, inovatif, kreatif, berjati diri, berdaya saing, progresif dan mempunyai nilai-nilai murni. Terdapat enam objektif utama dasar ini. Antaranya ialah: Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan diberi jagaan, pemeliharaan, kasih sayang, perkhidmatan kesihatan, sokongan dan bantuan sosial; Setiap kanak-kanak termasuk kanak-kanak kurang upaya mempunyai hak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi; dan seterusnya diberi habilitasi, rehabilitasi dan diintegrasi ke dalam keluarga dan masyarakat; Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk perkembangan holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian; Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk bersuara, menyertai (turut serta) dan melibatkan diri mengikut tahap keupayaan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan terbaik dan kesejahteraan mereka;

Kanak-kanak, ibu bapa, penjaga, komuniti dan masyarakat sedar akan hak kanak-kanak untuk kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan; dan

Penyelidikan dan pembangunan mengenai kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan kanak-kanak dilaksanakan dari semasa ke semasa

B. DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK


Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan. Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi

menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka. Dasar Perlindungan Kanak-Kanak ini merupakan satu dasar yang mengandungi pernyataan mengenai prinsip perlindungan kanak-kanak selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001. Dasar ini memberi tumpuan kepada aspek advokasi, pencegahan, khidmat sokongan dan penyelidikan dan pembangunan bagi melindungi kanak-kanak. Secara khususnya, Dasar

Perlindungan Kanak-Kanak bertujuan untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat perlindungan daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi. Dasar ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran dan komitmen semua pihak, termasuk setiap anggota masyarakat dalam melindungi kanak-kanak. Objektif penubuhan dasar ini adalah seperti berikut:

meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama;

mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak; menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanak organisasi masing-masing;

melindungi

setiap

kanak-kanak

daripada

sebarang

bentuk

pengabaian,

penderaan, keganasan dan eksploitasi; menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara langsung dengan kanak-kanak; meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak; dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik

perlindungan terhadap kanak-kanak.

C. KONVENSYEN HAK KANAK-KANAK Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak telah diterima dengan rasminya oleh Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu yang ke - 44 pada 20 November 1989 secara konsensus. Pada 26 Januari 1990, Konvensi itu telah dibuka untuk ditandatangani ketika menyambut ulang tahun ke-30 Deklarasi Hak-hak Anak (1959-1989) dan ulang tahun ke 10 Tahun Antarabangsa Kanak-kanak (1979-1989). Konvensi mengenai Hak Anak telah dikuatkuasakan pada 2 September 1990 selepas 30 hari ianya diiktiraf oleh 20 negara.

Kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen mengenai Hak Kanakkanak pada 28.12.94 dan telah guna pakai pada 7.2.95 akan tetapi Kerajaan Malaysia telah membuat reservasi terhadap fasal 1,2,7,13,14,15,22,28,37,40 kerana

bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan nasional. Tetapi reservasireservasi tersebut akan ditarik balik pada keadaan dan masa yang sesuai oleh kerajaan Malaysia. Pada 25.2.99 Kerajaan telah menarik balik beberapa reservasi dan masih lagi mengadakan reservasi bagi fasal 1,2,7,13,14, 15,28 para 1(a) dan fasal 37. Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak mendorong Kerajaan supaya lebih bertanggungjawab untuk kesejahteraan kanak-kanak sebagai mengiktiraf hak mereka. Konvensi itu juga menghuraikan segala keperluan kanakkanak berasingan dari keperluan orang dewasa. Konvensyen itu menekankan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun mempunyai hak seperti: Untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan pemeliharaan yang sempurna serta belaian kasih sayang dalam suasana kekeluargaan. Untuk mendapat identiti sebagai individu dan warganegara. Untuk mendapat perlindungan dari kesukaran atau rintangan dalam hidup semasa dalam kecemasan, peperangan, dalam pelarian, dalam keadaan tidak berupaya dan dari exploitasi atau jenayah.

Konvensyen itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan orang dewasa dengan mengambil kira keperluan seperti: Kerjasama antarabangsa dalam usaha memberi perlindungan kepada kanakkanak. Peranan dan tanggungjawab keluarga dan negara dalam memberi perlindungan dan menjaga kepentingan kanak-kanak. Memberi tekanan kepada hak kanak-kanak membesar mengikut budaya, kepercayaan atau agama, keluarganya. Memberi perlindungan kepada kanak-kanak sebatang kara yang memerlukan keluarga ganti / pelihara.

PERKHIDMATAN

YAND

DISEDIAKAN

OLEH

BADAN

KERAJAAN

BAGI

MEMBANTU KANAK-KANAK JALANAN A. JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Badan yang utam memberi perlindungan kepada kanak-kanak ini ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara perkhidmatan kanak-kanak ialah menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada kanak-kanak daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksplotasi. Di samping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan. Objektif utama perkhidmatan kanak-kanak adalah

memastikan khidmat pemeliharaan, perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanakkanak disediakan dengan cekap dan berkesan.

B.

PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK (PPKK) PPKK ditubuhkan di negeri dan daerah berfungsi sebagai sistem sokongan

kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang dikendalikan oleh PPKK ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan masyarakat setempat. Contoh-contoh program dan aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan pusat jagaan, kelas tuisyen, khidmat kaunseling, kelas komputer dan kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak. Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanakkanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial. Pada tahun 2007, terdapat 131 buah PPKK dan 135 PAKK diseluruh negara. Program PAKK ini memberi faedah dan manfaat kepada kanak-kanak yang tinggal di dalam komuniti sekitar PAKK

C.

PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (PAKK) Penubuhan PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik

dan berkesan dalam usaha mencegah ke penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-kanak. PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak perlu mengenalpasti isu yang ketara dalam sesuatu kawasan dan menentukan peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan. Ini akan membantu dalam penyediaan program dan tempoh masa PAKK patut dijalankan. PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau untuk tempoh masa yang tertentu sahaja. Premis yang digunakan boleh disewa atau didapatkan dengan percuma dangan kerjasama Majlis Tempatan, Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan / sokongan dari perseorangan. Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya oleh keluarga mereka. Keanggotaan PAKK terdiri daripada jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak. Jawatankuasa Kecil ini terdiri daripada tidak kurang dari tujuh orang ahli dan tidak lebih daripada lima belas orang

D.

JABATAN PEMBANGUNAN WANITA & MASYARAKAT Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Malaysia (singkatan:KPWKM) adalah sebuah kementerian yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menilai dasar dan arah untuk mencapai sasaran kesamarataan jantina, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang selari dengan komitmen kerajaan kepada Persidangan penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita|penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita dan Deklarasi Beijing.

KPWKM mewajibkan semua institusi di bawa JKM dan pertubuhan bukan kerajaan mewujudkan dasar perlindungan kanak-kanka masing-masing berpandukan template yang telah dibangunkan. Selain itu KPWKM juga mewujudkan child helpline bagi membolehkan kanak-kanak dan orang ramai membuat laporan secara teru kepada pelindung atau pihak berkuasa keselamatan mengenai sebarang bentuk penderaan, pengabaian, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

E.

YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA Yayasan Kebajikan Negara (YKN) merupakan sebuah tabung kebajikan dibawah

bidang kuasa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. Yayasan ini ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dikawal selia oleh Surat Ikatan Amanah bertarikh 18 Jun 1981. Yayasan ini diperbadankan pada 5

Disember 1981 berdasarkan kelulusan YAB Perdana Menteri Malaysia di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952. Yayasan ini dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong VII pada 6 April 1982. Ketua Pegawai Eksekutifnya ialah YBhg Dato' Rafek Reshidullah yang menggantikan Datuk Sayed A. Rahman Syed Mohd mulai 01 Januari 2014. Bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Kebajikan Negara adalah bantuan kesihatan (perubatan), kebajikan, pendidikan, badan sukarela, bencana alam dan lain-lain. Projek Anjung Singgah YKN dilaksanakan dengan sokongan pihak kerajaan dalam usaha membantu golongan gelandangan bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk hidup berdikari. Anjung Singgah YKN menyediakan kemudahan tempat tinggal sementara, makan minum dan sebagai pusat intervensi bagi mempersiap sediakan mereka menempuhi cabaran hidup agar tidak terpinggir daripada arus pembangunan Negara Anjung Singgah kini beroperasi di Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur dan di Sarawak

You might also like