Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 21

BAB 1

KEMUNCULAN DAN
PERKEMBANGAN NASIONALISME
DI ASIA TENGGARA
MAKSUD IMPERIALISME
Dasar meluaskan pengaruh dan wilayah.
Menjajah negara lain.
Bermula abad ke 16 (1500 masihi).
Hasrat menguasai politik, ekonomi dan
sosial.
KUASA IMPERIALIS BARAT
&
Negara yang dijajah
Portugis Melaka, Timor Timur
Sepanyol Filipina
Belanda Indonesia
Britain Tanah Melayu, Burma
Perancis Indochina
Amerika Syarikat Filipina
FAKTOR-FAKTOR
IMPERIALISME BARAT (SPM 2004)
Mempunyai kedudukan strategik.
Mempunyai tanah yang subur.
Kaya dengan bahan mentah.
Membekalkan bahan mentah konsisten.
Memerlukan pasaran baru.
Penggunaan kapal berkuasa wap.
Pembukaan Terusan Suez.
Penciptaan telegraf.
Persaingan kuasa-kuasa barat.
Menyebarkan agama kristian.
Mendakwa mereka lebih bertamadun.

KEISTIMEWAAN ASIA TENGGARA
Menarik minat kuasa imperialis

Mempunyai kedudukan strategik terletak
di antara China dan India.
Tanah yang subur sesuai dengan pelbagai
jenis tanaman. (tebu, kopi, getah).
Kaya dengan bahan mentah (rempah, bijih
timah, kayu jati, petroleum)
Pasaran luas kerana penduduk ramai.
PERUBAHAN SISTEM POLITIK (SPM 2004)
Memperkenalkan sistem birokrasi barat.
Menubuhkan kerajaan pusat.
Melantik Gabenor Jeneral @ Pesuruhjaya Tinggi sebagai
ketua pentadbir.
Menubuhkan biro @ jabatan untuk melicinkan
pentadbiran.
Melantik pegawai barat mengetuai biro.
Memperkenalkan undang-undang barat.
Memaksa pemerintah tempatan menerima penasihat
barat.
Menubuhkan jabatan kerajaan (pelajaran,pertanian).
FILIPINA
sebelum penjajahan sepanyol

Terdiri daripada daerah-daerah kecil
(barangay).
Diperintah oleh golongan datu.
Wujud Kerajaan-kerajaan Islam di selatan
kepulauan Filipina.
FILIPINA
semasa penjajahan sepanyol
Memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat.
Gabenor Jeneral sebagai pemerintah.
Ketua Datuk Bandar mentadbir wilayah.
Gabenor Kecil mentadbir bandar.
Sistem Encomienda dilaksanakan peringkat
tempatan.
Encomiendero mengetuai pentadbiran tempatan.
Penyatuan barangay.
Sistem pemerintahan tradisional merosot.
Pengaruh golongan Datu merosot.
INDONESIA
sebelum penjajahan Belanda

Terdapat beberapa buah kerajaan yang
berasingan (Mataram, Bantam).
Kerajaan diketuai oleh raja.
Golongan pembesar membantu raja.
Pentadbiran tempatan diketuai oleh
pembesar daerah (Bupati).
INDONESIA
semasa penjajahan Belanda

Pentadbiran pusat diperkenalkan.
Gabenor Jeneral sebagai pemerintah.
Pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan.
Pegawai Belanda mengawasi pentadbiran.
Pembesar Daerah @ Bupati digantikan.
Penubuhan jabatan kerajaan (pelajaran, pertanian).
Penubuhan Dewan Tempatan.
Dewan Tempatan Penasihat pentadbiran Belanda.
Penubuhan Volksraad (Majlis Rakyat).
Volksraad sebagai langkah berkerajaan sendiri.
BURMA
sebelum penjajahan British
Mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
Pemerintahan Dinasti Konbaung.
Raja sebagai ketua pemerintah.
Raja sebagai penaung Sami Buddha.
Terdapat Hluttaw @ Majlis Diraja.
Wun (pegawai tinggi kerajaan) membantu raja
peringkat pusat.
Myothugyi (ketua bandar) ketua pentadbiran
peringkat bandar.
Ahmudan (pegawai diraja) pegawai khas raja.
Athi (pembesar tradisional) ketua pentadbiran daerah.
BURMA
semasa penjajahan British

Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi.
Menghapuskan sistem beraja Dinasti Konbaung.
Menghapuskan jawatan pembesar tradisional.
Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma (1887).
Pengenalan Akta Perkampungan Burma (1889).
Akta melenyapkan terus sistem pentadbiran tradisional.
Myo-ok (pegawai bandaran) mentadbir daerah.
Undang-undang barat diperkenalkan.
Majlis Perundangan ditubuhkan.
Menubuhkan jabatan (pelajaran, kesihatan,perhutanan).
INDOCHINA
sebelum penjajahan Perancis

Pentadbiran kerajaan pusat berkuasa mutlak.
Pembesar tempatan berkuasa penuh.
Golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi.
Golongan Mandarin dipengaruhi sistem
pentadbiran Tanah Besar China.
Golongan Mandarin dipilih melalui peperiksaan.
Peperiksaan dalam bidang Bahasa dan
Kesusasteraan China.

INDOCHINA
semasa penjajahan Perancis
Membentuk sebuah kerajaan pusat.
Menubuhkan Union Indochinoise (Vietnam, Kemboja, Laos).
Perancis menguasai pentadbiran.
Gabenor Jeneral mengetuai pentadbiran.
Bertanggungjawab kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.
Leftenan Gabenor pemerintah wilayah jajahan.
Residen Jeneral membantu Leftenan Gabenor.
Residen Wlayah membantu Residen Jeneral.
Rang undang-undang diluluskan Parlimen Perancis.
Kerajaan Pusat tidak campur pentadbiran kerajaan tempatan.
Kerajaan Tempatan perlu membayar cukai.
Kerajaan Tempatan perlu menyediakan kerahan tenaga.




TANAH MELAYU
sebelum penjajahan British

KMM mengamalkan Sistem Pembesar Empat
Lipatan.
Menjadi ikutan negeri-negeri melayu.
Penaklukan Portugis institusi raja runtuh.
Penaklukan Portugis pentadbiran diketuai oleh
Kapten.
Pemerintahan Belanda institusi raja terhapus.

TANAH MELAYU
semasa penjajahan British
Menubuhkan Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Singapura, Melaka).
Gabenor pemerintah tertinggi NNS.
Residen Kaunselor membantu Gabenor.
Menubuhkan NNMB (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang).
Sistem Residen diperkenalkan di NNMB.
Menubuhkan NNMTB (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Johor).
Sistem Penasihat diperkenalkan di NNMTB.
Residen dan Penasihat British diletakkan di bawah Gabenor NNS.
Tugas mereka menasihati sultan dalam semua perkara.
Agama Islam & adat istiadat melayu dikecualikan.
Memperkenalkan sistem kehakiman barat.
Melaksanakan kutipan cukai tanah & hasil hutan.
Menubuhkan balai polis untuk mengawal keselamatan.
Penghulu kekal mentadbir peringkat kampung.

THAILAND
pemerintahan Raja Mongkut & Raja Chulalongkorn
Birokrasi Barat diperkenalkan.
Raja Mongkut melantik 80 penasihat barat.
Penasihat barat mengetuai pelbagai jabatan.
Penasihat barat melatih pegawai-pegawai tempatan.
Britain (penasihat kewangan, pelabuhan & polis).
Amerika Syarikat (penasihat kastam).
Perancis (penasihat ketenteraan).
Juruaudit Britain berkhidmat dalam perbendaharaan
negara.
Sistem raja berperlembagaan diperkenalkan (1932).
Sistem raja berkuasa mutlak terhapus (1932).

KESAN PENGENALAN SISTEM BIROKRASI BARAT
DI ASIA TENGGARA (SPM 2005)

Sistem pemerintahan beraja terhapus (Indonesia, Burma).
Pemerintahan beraja kekal tetapi peranan berkurangan.
Raja berkuasa dalam bidang agama dan adat istiadat (Tanah Melayu).
Penyatuan wilayah & daerah dibawah pentadbiran pusat.
Peranan pembesar daerah terhapus.
Jawatan penghulu dan pembesar tempatan kekal.
Tugas mereka diawasi pegawai barat.
Tugas pembesar peringkat pusat diganti dengan biro.
Sistem perundangan tradisional terhapus.
Pihak barat mengambil alih tugas mengutip cukai.
Pihak barat memperkenalkan pelbagai jenis cukai & peraturan tanah.
Balai polis ditubuhkan untuk tujuan keselamatan.
Menghapuskan sistem orang suruhan (hamba).
Tercetusnya gerakan nasionalisme.



NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
MAKSUD
Perasaan cinta kepada
bangsa dan negara
Pembebasan
cengkaman
Ekonomi dan budaya asing
Gerakan membebaskan
tanah air daripada dijajah
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN
NASIONALISME

Rakyat tidak berpeluang dalam pentadbiran
moden.
Rakyat kekal dalam ekonomi tradisional.
Dasar penindasan penduduk peribumi (sistem
tanaman paksa, sistem polo).
Wujud sistem kelas elit dan rakyat.
Wujud jurang sosial dikalangan rakyat.
Kemasukan imigran menguasai ekonomi.


FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN
NASIONALISME


Menyatukan rakyat menghadapi penindasan.
Menyatukan rakyat menghadapi kebudayaan barat.
Menyatukan rakyat menghadapi agama kristian.
Gerakan Islah (Indonesia, Tanah Melayu).
Memperjuangkan Pan-Islamisme
(penyatuan dunia islam menentang penjajahan barat).
Persatuan Belia Buddha (Burma).
Agama Kristian menyatukan penduduk Filipina.
Sepanyol menganggap penganut kristian Filipina
kelas dua.

You might also like