Permainan Kepanduan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PERMAINAN KEPANDUAN

CONTOH PERMAINAN KIM


CARI DAN INGAT
Tempat Permainan: Tapak yang cukup luas ( rujuk contoh lakaran)
Tujuan: a. Melatih ahli dalam berbagai kemahiran kepanduan
b. Menguji sebahagian daripada item dalam Ujian Kelas Dua iaitu
Kims Game, Simpulan dan Ikatan dan Tanda-tanda Mengesan.
c. Menguji ketahanan fizikal ahli.
Stesyen 1: Kumpulan diberi 30 barang untuk dikenalpasti bagi
Permainan Kim.
2: Mencari Tanda-tanda Mengesan yang ada.
3: Lalui Commander Crawl
4: Mengingat dan menulis senarai barang untuk Permainan Kim.
5: Mencari tanda mengesan seterusnya.
6: Menjalankan tugasan mengikut mesej yang diberi.

BLIND MANS BLUFF
Tujuan:
a. Melatih ahli mematuhi arahan ketua
b. Meletakkan kepercayaan kepada ketua.
Cara Permainan:
a. Pilih tapak yang sesuai di padang sekolah.
b. Kumpulan berbaris di belakang ketua. Tutup mata ahli dengan
skaf (kecuali ketua).
c. Ketua memimpin ahli-ahli di sekeliling tapak. Ia boleh menipu
mengenai 3 perkara.
d. Pada akhir permainan, ketua perlu laporkan jika ada ahlinya yang
tidak mengikut arahan atau telah menipu.

IKUT CAKAP SAYA / TUNJUK-TUNJUK
Tujuan:
a. Mematuhi arahan/ tidak mudah terpengaruh.
b. Memberi penempuan
Cara Permainan:
a. Ketua memberi arahan, semua ahli menyentuh hidung
menggunakan jari telunjuk.
b. Ketua meminta ahli mendengar arahan dan melakukan gerakan
jari telunjuk mengikut arahan yang disebut oleh ketua.
c. Pada masa yang sama ketua akan menyentuh bahagian yang lain
daripada yang disebutnya contoh:
Jika ketua menyentuh pipi tetapi sebenarnya dalam masa yang
sama menyebut dagu atau bahagian yang lain, ahli sebenarnya
dikehendaki menyentuh dagu (bahagian yang disebut ketua).
d. Jika peserta salah, akan didenda menyanyikan lagu Tepi-tepi-
tepi dsb.
INGAT-INGAT LUPA
Tujuan: a. Melatih ahli selalu sedia dan cekap.
b. Memupuk kerjasama di kalangan ahli kumpulan.
c. Menguji tahap atau daya ingatan.
Cara Permainan:
a. Ketua kumpulan diminta supaya mengumpul barang-barang yang
ada di persekitaran (sekurang-kurangnya 30 barang).
b. Beri masa kepada peserta untuk melihat dan mengingat nama
barang yang dipamerkan. (Dalam masa 30 saat bergantung
kepada bilangan barang).
c. Kemudian tutup barang dengan kain.
d. Peserta dikehendaki menyenaraikan barang yang dilihat dalam
masa 20 saat.
e. Kumpulan yang kalah akan dikenakan denda.
TEKA SIAPA?
Tujuan: a. Supaya ahli dapat bermesra dengan ahli lain.
b. Selalu sedia.
Cara Permainan:
a. Peserta 10-20 orang (ahli sudah kenal antara satu sama lain.
b. Alat yang perlu kain cadar atau tikar.
c. Setiap kumpulan akan memilih seorang ahli duduk di hadapan
ketika kain direntangkan tinggi. Ahli kumpulan tidak dapat melihat
siapa yang duduk di depan bagi kumpulan lawan.
d. Apabila kain dijatuhkan, ahli kumpulan yang duduk di depan
sekali akan menyebut dengan pantasnya nama lawannya.
e. Ahli yang paling tepat dan pantas dapat meneka dapat 1 mata
untuk kumpulannya.

You might also like