Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU GURU BIMBINGAN DAN

KAUNSELING
Proses bimbingan dan kaunseling menyediakan satu sistem bertanggungjawab
bersama antara guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa, rakan sebaya
dan ahli-ahli dalam sistem sekolah. Akan tetapi, bukan semua sekolah mempunyai
seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru itu, kadang-kadang guru
biasa juga perlu menjalankan fungsi-fungsi seorang guru bimbingan dan kaunseling.
Peranan guru-guru biasa adalah sangat penting kerana mereka mengenali murid-murid
dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan
dengan tingkah laku bermasalah semua murid-murid mereka.
Peranan guru-guru biasa dalam bimbingan dan kauseling adalah seperti meneliti
kedua-dua keperluan intelektual dan psikologi murid-murid. Guru-guru juga perlu
memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendah yang berkaitan dengan
konsep kendiri yang rendah. Sebagai guru bimbingan, mereka perlu dibekalkan dengan
kemahiran-kemahiran dan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling supaya mereka dapat
membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau mereka yang tidak
dapat menumpukan perhatian mereka dalam bilik darjah.
Guru juga perlu bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan menggendalikan
sesi-sesi konsultasi dengan ibu bapa. Selain daripada itu, mereka perlu mengendalikan
penyelidikan dalam sekolah yang membantu mereka untuk membantu keperluan dan
profil murid-murid mereka. Mereka juga perlu menjadi individu-individu yang kritikal dan
pembantu-pembantu yang efektif serta mempunyai kesedaran kendiri dalam aspek nilai
dan pandangan dunia berkaitan dengan prosedur-prosedur bimbingan dan kaunseling.
Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan prosedur-
prosedur berikut :
o Pertama sekali, mengenalpasti murid-murid yang memiliki konsep kendiri yang
rendah atau mereka yang menunjukkan tingkah lalu bermasalah di dalam bilik
darjah.
o Kedua, mengumpul data mengenai murid-murid bermasalah yang berkait
dengan kebolehan dan pengalaman lampau.
o Akhir sekali, memberikan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid
yang menunjukkan tingkah laku bermasalah secara individu atau pun secara
kumpulan.
Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan peranannya
sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah,
mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas
seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid
supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah
supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus
bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan
mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.
Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana
sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang
kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada
masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta
keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai
pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi.
Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek,
membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing
menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya.
Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa, bosan
dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid berkenaan supaya mereka
dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara
aktif dengan murid-murid yang lain.
Sekiranya murid menghadapi masalah kelurga, guru perlu cuba menasihati dan
berbincang dengan murid untuk mencari punca berlakunya masalah keluarga. Guru
boleh membimbing murid sekiranya murid tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri
.Jika masalah adalah serius dan perjumpaan ibu-bapa perlu dilaksanakan..
Guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan
tingkah laku murid-murid. Sekiranya mendapati murid-murid menghadapi masalah ,
guru perlu sebagai pembimbing , membimbing murid mencari cara menyelesaikan
masalah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah tidak wujud seperti tidak
menumpu perhatian semasa p& p dijalankan, tidur di dalam kelas, bergaduh dan
membuli murid lain dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru untuk
membantu murid menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh
semua guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan justerunya sasaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai.
Sebagai kesimpulannya jelas memperlihatkan bahawa, guru mengambil pelbagai
peranan yang penting di bilik darjah. Beliau bertanggungjawab menyediakan suatu
persekitaran yang kondusif. Sebagai pembimbing murid-murid, guru bertindak sebagai
pengurus bilik darjah, sebagai perancang, membantu dan membimbing murid
mengatasi masalah, mengembangkan kebolehan murid, dan membimbing murid
membuat keputusan. Guru membimbing anak menjadi manusia dewasa susila yang
cekap dan mandiri.

You might also like