Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya pencemaran.

Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN
- Bunyi enjin kenderaan dan kilang
- Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai
- Pembakaran terbuka
- Pelepasan asap kenderaan
CONTOH KARANGAN
Malaysia mempunyai pencemaran alam sekitar yang sangat tinggi kebanyakannya kerana revolusi
baru perindustrian mereka. Mereka tidak sedar bahawa ini boleh menjadi satu masalah yang besar
dan cuba untuk mengurangkan ia pada masa hadapan. Untuk mengatasi kemelut ini daripada
berlarutan, kita hendaklah menyelidiki masalah ini hingga ke akar umbi.
Antara punca berlakunya pencemaran ialah bunyi enjin kenderaan dan kilang yang akan
menyebabkan pencemaran bunyi dan menganggu ketenteraman penduduk setempat. Selain daripada
itu, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai akan membawa kepada peningkatan tahap pH di dalam
air dan membunuh hidupan akuatik yang menjadikan sungai sebagai habitat mereka.
Dalam masa yang sama, pembakaran terbuka merupakan punca kepada pencemaran udara dan
berpotensi meningkatkan Indeks Pencemaran Udara ke tahap yang membahayakan. Akhir sekali,
pelepasan asap kenderaan yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti karbon monoksida
mampu menyebabkan hujan asid.
Konklusinya, sebuah jaringan kolaborasi hendaklah diwujudkan semua pihak dapat berganding bahu
dan menyelesaikan masalah pencemaran yang sudah menjadi isu setelah sekian lama. Ayuh,
sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
(165 patah perkataan)

You might also like