Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENGENALAN

Arca ialah hasil seni berbentuk tiga dimensi (3D) yang


biasanya diperagakan dalam ruang tertentu untuk nilai
estetik atau gunaan.
Arca mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada tiga
bidang lain di dalam Seni Halus iaitu Lukisan, Catan dan
Cetakan. Ia merujuk kepada hasil karya seni halus yang
dibentuk melalui aktiviti binaan.
Perkataan arca berasal daripada perkataan sculpture
yang bermaksud menebuk, memotong dan sebagainya.
Arca menggabungkan kedua-dua asas seni reka iaitu
unsur dan prinsip rekaan. Biasanya arca diperbuat
daripada logam besi, batu, kayu, lilin, plaster of paris
(POP) dan sebagainya.
JENIS-JENIS ARCA
Arca terbahagi kepada dua jenis iaitu ;
i. Arca Estetik
ii. Arca Berfungsi
Arca boleh berbentuk realis atau
berbentuk abstrak, bergantung kepada
kreativi pengkaryanya.
ARCA ESTETIK
Arca estetik merupakan suatu
bentuk binaan yang mempunyai
nilai estetik untuk tujuan peragaan
atau perhiasan.
Arca estetik biasanya diletakkan di
dalam ruang tertentu mengikut
konsepnya samada di dalam galeri
atau ruang terbuka.
ARCA BERFUNGSI
Arca berfungsi mempunyai
nilai estetik tetapi dalam
keadaan yang sama boleh
digunakan untuk tujuan
tertentu.
TEKNIK-TEKNIK MEMBINA ARCA
Arca Luakan
Menggunakan bahan seperti tanah
liat, kayu atau plaster of paris
(POP), iaitu bahan yang mudah
diluakkan untuk mendapatkan
bentuk tertentu.
Arca Tambahan
Menggunakan kayu, besi, PVC, dan
bahan-bahan lain yang sesuai.
Dibina dengan cara menambah atau
mencantum bahagian-bahagian
tertentu sehingga menjadi bentuk
yang dikehendaki.
Arca Timbulan
Dihasilkan dengan memahat keluar
atau menambah bahan menjadi
tersembul keluar imej tertentu
daripada permukaan dua dimensi
(2D) dalam bentuk tiga dimensi (3D).
Arca Asemblaj
Dihasilkan dengan
mencantumkan bahan-bahan
yang berlainan sehingga
menjadi rupa bentuk tertentu
mengikut perancangan
pengarca.
Arca Binaan
Jenis bahan yang sama untuk membina,
menambah atau mencantum sehingga
menjadi satu struktur yang lebih besar.
Bahan yang digunakan biasanya ialah besi,
kayu, kertas, plastik dan kaca.
Arca Mobail
Biasanya arca jenis ini digantung dan
memerlukan keseimbangan dan
kestabilan untuk berfungsi.
Arca Dinding
Merupakan hasil penyatuan catan
dan ukiran.
JOM
BEKARYA
!!!

You might also like