Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

ISLAM DI JEPUN

Jepun pada dasarnya bukan sebuah tempat yang mengamalkan


agama secara spesifik. Amalan agama sering dilihat tidak lebih
sebagai tradisi dan adat dan bukan sebagai amalan rohani.

Amalan animisme yang dianuti oleh majoriti rakyat Jepun
adalah amalan Shinto yang mempercayai bahawa dewa-dewa
serta roh nenek moyang mereka menjadi pelindung dan
memastikan nasib baik. Confucianisme (falsafah
menggabungkan penyembahan nenek moyang) telah
dimasukkan ke dalam kod etika sosial dan Jepun.

Teori Henji-Sonjaku (Shinto dilihat sbg Jelmaan Buddha)
Pengenalan
Kebanyakan masyarakat Jepun mengamalkan asimilasi amalan Buddha dan
Shinto. Ada pendapat mengatakan bahawa Jepun datang ke dalam dunia
sebagai Shintos dan keluar sebagai Buddha
Antaranya dalam amalan harian, mendiang keluarga dihiasi dengan gambar-
gambar dan akan di hidangkan kek beras, garam dan air suci. Pengebumian
biasanya dilakukan dengan upacara Buddha manakala semasa kelahiran dan
perkahwinan disambut dengan upacara Shinto.
Bagi penganut Shinto, tempat-tempat suci dan kuil-kuil hanya dilawati sebagai
sebahagian daripada acara tahunan dan upacara khas menandakan terdapat
aktiviti kehidupan. Antaranya seperti perayaan kuil, lawatan kuil tahun baru
(hatsumode), lawatan ke kubur keluarga semasa Festival Bon, hari
memperingati peringkat dalam kehidupan individu termasuk lawatan pertama
kuil bayi yang baru lahir (miyamairi).
Ciri-ciri lain agama lain ialah membenarkan perkahwinan dgn penganut
agama lain & pendidikan agama tidak diajar dalam silibus sekolah
WELTANSCHUUNG AGAMA DAN FALSAFAH DI
JEPUN
Sikap orang Jepun terhadap fungsi agama adalah
sama dengan pendirian orang-orang Cina.

Mereka mencampuradukkan agama matahari dengan
agama nenek moyang, bezanya mereka menganggap
Maharaja mereka adalah Tuhan.
Terdapat 2 konsep ketuhanan dalam kepercayaan
Jepun, iaitu;
1. mempercayai entiti kuasa luar biasa yang
memelihara,
menjaga dan mengasihi (konsep syurga & dunia
dalam
ajaran Konfuisan, Amida, dewa-dewa Shinto serta
dewa
tempatan dan nenek moyang.

2. mempercayai realiti bagi asas dalaman atau dalam
ertikata
yang lebih mudah adalah asas kepada suatu
kejadian atau
kewujudan. Oleh kerana kepercayaan ini,
masyarakat
Jepun percaya bahawa Shintoisme dikaitkan dengan
konsep kami (jiwa atau roh).

Pengenalan:Kehadiran Islam di Jepun
sebelum era 1900
Pada era kegemilangan Jepun (zaman Meiji), bermula pada
1868, hanya dua buah negara di Asia yang merdeka iaitu
negara Jepun dan Kesultanan Turki Uthmaniyyah.

Hubungan persahabatan di antara Jepun dan Turki bermula
apabila Sultan Abd Hamid II telah menghantar seramai 600
orang pegawai dan tentera yang diketuai oleh Laksamana
Uthman Pasha 1890 dengan sebuah kapal bernama al-Togrul.

Rombongan ini telah ditimpa ribut taufan sewaktu dalam
perjalanan pulang ke Turki, sehingga mengorbankan seramai
550 nyawa. Rombongan yang masih hidup telah dihantar
pulang ke negara Turki dengan kapal Jepun.Para syahid pula
telah dikebumikan di kawasan yang berdekatan dengan
tempat kejadian.

Seorang penulis tempatan Jepun, Shotaro Noda, salah seorang
penderma bagi tragedi ini telah datang ke Istanbul. Sewaktu
bertemu dengan Sultan Abd Hamid II, beliau telah diminta
untuk mengajar bahasa Jepun kepada pegawai Turki.
Sewaktu berada di Istanbul, beliau bertemu dengan Abdullah Guillaume,
seorang Muslim Eropah dari Liverpool, Britain yang memperkenalkannya
dengan Islam.Akhirnya Noda memeluk agama Islam dengan dengan nama
Abdul Haleem.
Pada tahun 1893, Torajiri Yamada telah melawat Istanbul bagi memberi
sumbangan kepada keluarga para syuhada dan beliau juga memeluk agama
Islam dengan nama Abd Khaleel. Beliau menetap di Istanbul bagi urusan
perniagaan dan mendalami Islam.
Orang Jepun ke-3 yang memeluk Islam ialah pedagang Kristian yang
bernama Ahmad Ariga.Beliau berminat kepada agama Islam sewaktu
melihat pemandangan masjid yang indah di Bombay India pada 1900.
Tempoh 1900-1920
Pada tahun 1902, wakil Sultan Abd Hamid II (Muhammad Ali) telah
melawat Jepun bagi mendirikan masjid di Yokohama tetapi usahanua
gagal.

Pada tahun 1904-05, Pertav Pasha telah datang ke Jepun memantau
keadaan perang Rusia-Jepun. Beliau berada selama 2 tahun di sana,
bertemu dengan Maharaja Jepun dan menghadiahkan 3 buah buku
dalam bahasa Turki.

Proses islamisasi semakin berkembang setelah perang Rusia-Jepun tamat.
Abbas Mahmoud al-Aqqad, sejarawan Mesir yang terkenal telah
berkahwin dengan wanita Jepun dan dikurniakan beberapa orang anak.
Ada diantara anaknya yang kembali ke Mesir dan sebahagian yang lain
menetap di Jepun.

Qari Sarfaraz Hussein, tokoh daripada India telah melawat Jepun pada
1905-1906 dan telah berdakwah mengenai Islam di Nagasaki dan Tokyo.
Beberapa siaran akhbar juga merakamkan bahawa pada tahun 1906,
sebuah seminar perdebatan agama telah dianjurkan di Tokyo. Hal ini
membuktikan bahawa telah ada kecenderungan orang Islam untuk
mengembara ke Jepun bagi mengembangkan ajaran Islam. Ali Ahmad al-
Jarjawi, seorang peguam syariah dari Mesir telah hadir ke seminar ini dan
menulis buku bertajuk The Japanese Journey.
Al-Jarjawi, Sulaiman, Muhklis Mahmoud(Rusia), Hussien Abd Munim
(India) telah menubuhkan sebuah pertubuhan Islam di Tokyo dan
menyebabkan sebanyak 12,000 orang Jepun memeluk Islam

Pada tahun 1909, , seorang pendakwah dan pengembara terkenal, bernama
Abd Rashid Ibrahimtelah datang ke Jepun untuk berdakwah selama 6 bulan,
dan beliau telah berjaya mengislamkan rakyat Jepun dari kalangan intelektual,
para pegawai dan penulis.

Pada tahun 1910-1912, Mohd Barakatullah daripada Bhopal, India telah berada
di Jepun sebagai pengajar Bahasa Urdu di Pusat Bahasa Antarabangsa di
Tokyo. Beliau telah berjaya mengislamkan ramai rakyat Jepun melalui hasil
penulisan beliau dalam Majalah Islamic Fraternity.

Pada 1908, Ahmad Fadli, seorang pegawai dari Mesir,telah menetap dan
berkahwin dengan wanita Jepun. Beliau telah bertemu dengan Abd Rasheed
Ibrahim dan bekerja dengannya, malah telah membantu menterjemahkan
artikel-artikel mengenai Islam untuk menjadi bahan bacaan masyarakat.





Tempoh Dari 1920-1930
Pada tempoh, masyarakat Jepun mulai
menunjukkan minat yang mendalam dalam
hal ehwal agama Islam, ekonomi dan
kebudayaan Islam. Pada ketika ini, Al-Quran
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun,
buku-buku akademik mengenai Islam juga
telah mula ditulis.




Pada tempoh ini,Jepun menerima penghijrahan besar-besaran
Muslim Tartar dan kebanyakannya menetap di Tokyo, Nagoya dan
Kobe.

Pada tahun 1924, Umar Yamaoka telah pergi ke Mesir dan menuntut
di al-Azhar Universiti.
Pada tahun 1938, sebuah masjid telah berjaya dibina di Tokyo oleh
Abdul Hay Qurban Ali, seorang Muslim Tartar, salah seorang pengasas
percetakan Majalah terkenal di Jepun.
Pada tahun 1936, seorang pendakwah, Alimullah Siddiqi telah datang ke
Jepun dan mendirikan Pusat Islam di sini.
Pada tempoh ini, telah terdapat sebilangan besar muslim Jepun yang
telah menunaikan haji di Mekah. Haji Salleh Suzuki telah diberi
penghormatan untuk bertemu dengan Raja Faisal bin Abd Aziz di Taif,
menjelaskan situasi muslim di Jepun dan memohon bantuan dan
sokongan untuk menyebarkan Islam dengan giat di Jepun.
Tempoh Pada Tahun 1930-1940
Pada tahun 1941, Sheikh Abdullah Togai merupakan salah seorang
utusan daripada Uni.al-Azhar dan menetap di Jepun selama 6 bulan
untuk mengajar Umar Hayashi (Muslim Jepun yang bekerja di Pelantar
Minyak Riyadh, Arab Saudi).

Sewaktu Jepun menyertai Perang Dunia Kedua, Jepun mempunyai
hubungan yang rapat dengan China, Malaysia dan Filipina dan
menyebabkan penyebaran Islam berkembang, antara yang berjaya di
Islamkan bernama Umar Yukiba, Abdul Munir Watanabe, Sadiq
Imaizumi,Faruq Nagase Dan Matsubasayi.



Tempoh 1940-1960

Mulai tahun 1956-1960, telah muncul Gerakan Tabligh daripada
Pakistan. Kumpulan pertama telah datang ke Jepun pada tahun
1956 bagi menyebarkan ajaran Islam.
Pada tempoh ini, muncul para daie dikalangan masyarakat Jepun
bernama Prof Abd Kareem Saito. Beliau menjadikan kerjaya beliau
sebagai pensyarah di Universiti Takushoku untuk berdakwah
kepada para pelajar untuk mendalami agama Islam.

Pada tempoh ini, terdapat beberapa persatuan Agama Islam (Japan Muslim
Assosiation) dengan aktiviti yang pelbagai;
1. Penerbitan risalah-risalah mengenai Islam yang ditulis oleh Umar Mita.
2. Penerbitan Suratkhabar The voice of Islam oleh Farooq Nagase.
3. Menguruskan penghantaran remaja-remaja Jepun yang ingin
melanjutkan pelajaran ke Uni. Al-Azhar.
4. Menjalankan aktiviti dakwah menggantikan jemaah Tabligh yang telah
kembali ke negara asal.
5. Mewar-warkan Prof Abd Kareem kepada dunia Islam sewaktu lawatan
beliau ke Iraq, Negara Arab Saudi.
6. Merasmikan penubuhan Pusat Islam di Tokyo pada 1965 dengan
sumbangan terbesar diperolehi daripada Duta Kuwait.
TEMPOH 1960-1970
Pada tahun 1970, Raja Faisal Abd Aziz, Arab Saudi telah datang ke Jepun dan memberi sumbangan
yang besar dalam projek penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa Jepun.
Pada awal abd ke 18M, Raja Khalid bin Abd Aziz telah mewakafkan tanah yang dibeli oleh beliau
bagi menubuhkan pusat Islam di Jepun.
Pembangunan Islam berkembang pesat sewaktu pertengahan abad ke18M, melalui penghijrahan
beramai-ramai imigran daripada Indonesia, Bangladesh, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan. Afrika
dan Turki. Para imigran ini memberi sumbangan yang tidak ternilai melalui usaha pembinaan
masjid-masjid, restoran halal dan produk halal, malah menjadikan rumah-rumah mereka sebagai
medan dakwah melalui usrah-usrah yang dijalankan secara mingguan.
Tempoh Dari 1970-1980

Penubuhan Japan Muslim Assosiation
Ditubuhkan pada tahun 1953 pada Pra-Perang Dunia Kedua oleh muslim Jepun yang pulang
selepas berhijrah ke Indonesia, Malaysia dan China.
Antara indvidu yang terlibat aktif dalam usaha menyebarkan Islam melalui pertubuhan ini para
pelajar lulusan al-Azhar, Uni. Madinah dan uni Ummul Qura.
Beberapa pertubuhan Islam di Jepun adalah;
a. Pertubuhan Islam di Hokkaido (Abdullah Arai)
b. Pertubuhan Ikatan Ummah Islam di Kyoto (Ali Kobayashi)
c. Pertubuhan Dakwah Islam di Osaka (Abd Rahim Yamaguchi)
d. Pertubuhan Islam Nara ( Muhammad Makamura)
e. Pertubuhan Wanita Islam di Osaka dan Kyoto (Zeba Kume)
f. Pertubuhan Kebudayaan Arab di Tokyo (Jameelah Takahashi)

SUMBANGAN ISLAM DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT JEPUN

Terima Kasih..

You might also like