Laporan Program Cakna Kumpulan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Laporan Program Cakna 4m

Kumpulan 1


Ahli Kumpulan:
C. Kesavartheni (Semester 5)
M. Yogeswari ( Semester 5)
Mohammad AIdilfitri (Semester 5)
Abdul Rahim Bin Abdul Rahman ( Semester 1)
Sylvia A/P Edan ( Semester 1)
Ago Rantau B. Ghani (PPISMP Semester 2)


Pada 1/5/2014 bersamaan hari Khamis, PISMP Pemulihan Sem 5 telah
menganjurkan satu program yang bernama Program Cakna 4M. Tujuan program ini
adalah untuk menjana idea guru pemulihan bagi membina kompetensi diri dalam
menangani murid pemulihan. Program ini telah dianjurkan oleh unit kami iaitu unit
pemulihan. Kami telah menjemput 'junior' kami iaitu PISMP Pemulihan sem 1 dan
PPISMP Pemulihan sem 2 untuk memberi sokongan kepada kami. Ahli kumpulan
kami ialah Kesavartheni, Mohamad Aidilfitri Bin Mohamad Radzuan, Yogeswari,
Sylvia, Abdul Rahim dan Ago Rantau. Program ini dijalankan di Kafeteria IPGKTAA.

Pada pukul 8.00 pagi, kami telah memulakan program ini dengan ucapan Pn.
Maznah yang menjadi sokongan bagi menjalankan Program Cakna 4M. Beliau telah
memberi sedikit penerangan tentang program yang kami akan jalankan. Selain itu,
beliau juga telah menunjukkan contoh-contoh BBB yang telah 'senior' kami buat
sebelum ini. Contoh-contoh yang Puan,Maznah tunjukkan sangat membantu kami
semasa sesi membuat BBB dan BBM mengikut masalah yang kami dapati. Selepas
penerangan, kira-kira pukul 8.30pagi kami telah memulakan program kami dengan
membentang masalah yang kami dapat semasa menjalankan praktikum serta
menganalisis masalah tersebut dengan terperinci. Kami dengan 10 kumpulan yang
lain telah membentangkan masalah yang kami dapat dengan menunjukkan
beberapa bukti seperti ujian diagnostik dan hasil kerja murid. 'Junior' kami juga telah
memahami apa yang kami bentang serta menanya soalan yang mereka tidak faham
sangat. kami juga ada melampirkan pembentangan kami dalam bentuk cd di
lampiran. Pembentangan ini berakhir pada pukul 10.30pagi.

Selepas rehat, pada pukul 11.00 pagi program telah diteruskan lagi dengan
aktiviti pembinaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) dalam kumpulan. Setelah menghasilkan RPH dan RPI,
guru pelatih diminta untuk menghasilkan Bahan Bantu Belajar (BBB) dan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) berdasarkan RPH yang dihasilkan. Kumpulan kami telah
menyediakan RPH dan RPI sebelum menghadiri ke slot ini. Ini disebabkan kami
telah mengambil masa menghasilkan RPH dan RPI tersebut untuk membina BBM
dan BBB. Kami telah menghasilkan RPH dan RPI berdasarkan masalah membilang
objek 1 hingga 9 dalam kalangan murid pemulihan.

Kami telah menerangkan cara-cara membuat RPH dan RPI kepada junior
kami. Kumpulan kami telah menghasilkan Jadual Nombor sebagai BBB kami. Kami
telah menggunakan berus pencuci pinggan bagi mewakili nombor. Ini kerana murid-
murid boleh menyentuh semasa membaca nombor tersebut. Murid-murid juga boleh
meneka bentuk sesuatu nombor dengan betul.

Di samping itu, kami telah membina kad nombor yang mempunyai titik
mengikut nombor yang diberikan. Murid diperlukan menyepit titik-titik tersebut
dengan menggunakan penyepit sambil membilangnya. Ini akan membantu mereka
untuk membilang dan juga menggunakan psikomotor masing-masing untuk
menyepit. Ini merupakan BBB yang dihasilkan oleh kumpulan kami.

Setelah semua kumpulan menghasilkan BBB masing-masing, semua guru
pelatih diberi masa untuk makan tengah hari dan berehat selama 1 jam. Selepas
waktu rehat, kami telah memulakan slot yang seterusnya iaitu pembentangan BBB
dan BBM yang kami hasilkan. Kumpulan saya merupakan kumpulan pertama yang
membentang hasil kerja kami. Kami telah menerangkan BBB yang kami hasil di
hadapan semua guru pelatih. Kami telah mendapat komen yang baik daripada Puan
Maznah.
Setelah setiap kumpulan membentang, Puan Maznah telah memberi ucapan
kepada kami. Beliau telah mengucapkan tahniah kepada setiap kumpulan kerana
dapat menjalankan program dengan lancar dan baik. Pada pukul 5.30 petang,
program telah tamat.

Pembentangan Analisis Kumpulan 1















Pembentangan BBB dan BBM

You might also like