Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR

84500 PANCHOR, MUAR


JOHOR DARUL TAKZIM

Tuan Guru Besar,


Sekolah Kebangsaan Sungai Raya,
84000,Muar,
JOHOR.

No Tel / Faks : 069737751


Kod Sekolah : JBA 5051

4 Mac 2013

Tuan,
PINJAMAN ALATAN SUKAN UNTUK LATIHAN PENYERTAAN KEJOHANAN
SOFTBALL PERINGKAT MSSD
Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa SK Panchor bercadang untuk menyertai
Kejohanan Softball peringkat MSSD yang akan berlangsung pada 16 April 2013 sehingga 17 April
2013.
2.
Kami telah membuat cadangan untuk mengadakan latihan intensif kepada para pemain
selama sebulan. Sehubungan dengan itu, kami memerlukan sokongan tuan untuk meminjam alatan
sukan iaitu GLOVE SOFTBALL kepada pihak sekolah kami bermula 4 Mac 2013 sehingga 17
April 2013.
3. Kami sangat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan ini.Kerjasama dari pihak
SK Sungai Raya adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

SUKAN UNTUK SEMUA


Saya yang menjalankan tugas,

MOHD ZULHIRZI BIN ZAINAL


S/USAHA SUKAN SK PANCHOR

You might also like