Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kaedah/Strategi/Teknik Pengajaran

1 Strategi berpusatkan Guru


Guru memainkan peranan yang utama.
Guru yang menguasai dan mengawal segala aktviti pelajaran.
Guru banyak memberikan penerangan dan murid mendiamkan diri/pasif.
Kaedah dan teknik yang digunakan seperti penerangan, demonstrasi,syarahan,
bercerita dan pengajaran mikro.

2 Strategi berpusatkan Pelajar
Pelajar memainkan peranan yang penting.
Pelajar digalak melibatkan diri secara aktif
Guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid menjalankan
aktiviti pembelajaran.
Kaedah dan teknik yang digunakan seperti inkuiri penemuan, perbincangan, main
peranan dan sumbangsaran.

3 Strategi berpusatkan Bahan
Guru menyampaikan pengajaran dengannya dengan lebih mudah, lebih menarik
serta lebih berkesan.
Pelajar boleh memahami pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri
atau berkumpulan tanpa kehadiran guru.
Kaedah yang berkaitan ialah audio-visual dengan penggunaan projektor,
televisyen, komputer dan sebagainya.

Strategi Pembelajaran Koperatif
Pelajar akan memperoleh kemahiran akademik dan sosial semasa proses
pembelajaran dengan lebih baik
Pelajar perlu saling bekerjasama dalam kumpulan pada semua peringkat
Pelajar akan alami proses pembelajaran antara satu sama lain ketika
bersama-sama rakan sekumpulan
Matlamat kumpulan akan tercapai bergantung kepada kerjasama setiap ahli
Sumbangsaran
Aktiviti kumpulan yang menggalakkan pelajar memberi tumpuan dan
menyumbang idea-idea berkaitan tajuk perbincangan
Semua sumbangan idea diterima tanpa kritikan
Melibatkan aktiviti perkongsian terbuka dan percambahan fikiran pelajar
daripada idea-idea yang didengar untuk membina maklumat baharu
Proses menjana kuantiti idea untuk mengajar penerimaan dan menghormati
perbezaan individu
4 Strategi berpusatkan masalah
Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru.
Pelajar diberi masalah berkaitan isu-isu yang diketahui dengan
mengambilkira kemungkinan faktor-faktor yang mempengaruhi isu dan
pelajar cuba menyelesaikan isu masalah tersebut
Semua idea-idea penyelesaian isu masalah akan diterima untuk mencari
penyelesaian yang terbaik
5 Kaedah Projek
Guru menyediakan satu rangka kerja/kajian tentang sesuatu topik untuk pelajar
mencari maklumat
meningkatkan kemahiran dan keupayaan pelajar untuk mengakses maklumat,
menyusun idea dan berkongsi maklumat dengan orang lain
memberi peluang kepada pelajar untuk membaca pelbagai bahan rujukan dan
sumber
melibatkan pelajar dalam menetapkan matlamat pembelajaran dan dalam
menentukan skop unit kajian
6 Kajian kes
satu cerita/senario/situasi yang dicipta berdasarkan peristiwa sebenar dalam
bentuk naratif untuk dianalisis dan dibincangkan
kajian kes ada unsur-unsur simulasi tetapi pelajar hanya sebagai pemerhati
(penyelesai masalah) dan bukan peserta
merangsang pelajar menyelidik dan menganalisis daripada pelbagai sudut
pandangan atau perspektif secara terperinci
Pelajar terlibat secara aktif dalam penyelidikan terhadap bahan isu-isu asas,
dilema dan isu-isu konflik yang ditemui dan menghasilkan perbincangan yang
reflektif
Menggalakkan pelajar kepada proses pemikiran tinggi

7 Kaedah Penerangan
Guru membuat penjelasan membantu pelajar memperoleh atau mendalamkan
pemahaman mereka tentang sesuatu konsep
membantu pelajar memahami generalisasi dan sesuatu prosedur
Guru cuba mendefinasi konsep, menjelaskan punca dan kesan akibat sesuatu
isu
8 Kaedah bercerita
Guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada
aspek-aspek penting yang hendak diajar.

9 Kaedah Demonstrasi
Guru menunjuk cara dan menerangkan maksud tunjuk cara tersebut
Pelajar memerhati dan melihat dengan jelas, memahami apa yang sedang
berlaku dan akhirnya dapat melakukan
Pelajar perlu diberi demonstrasi untuk memahami sesuatu prosedur

10 Kaedah Kuliah/Syarahan
Guru perlu menjadi penyampai berilmu, perseptif, menarik dan bermotivasi
Kuliah boleh merangsang refleksi, mencabar imaginasi, dan membangunkan
rasa ingin tahu dan rasa inkuiri dalam kalangan pelajar
Guru perlu mengambilkira faktor pengalaman pelajar dan hasil pembelajaran
yang diharapkan kerana kuliah hanya berpusatkan guru dan aktiviti pelajar
pasif
11


Teknik Penyoalan
Soalan perlu diajukan kepada seluruh kelas sebelum meminta pelajar
tertentu memberi respon
Menggalakkan pelajar bercakap dan bertindakbalas di dalam kelas
Kaedah Perbincangan
Satu penerokaan topik lisan, objek, konsep atau pengalaman
Pelajar berpeluang untuk menjana dan berkongsi soalan serta idea-idea
Guru menerima soalan dan komen pelajar tanpa penghakiman untuk
merangsang pertukaran idea
Merangsang pemikiran pelajar mereflek dan mengembangkan idea serta
menggalak interaksi kumpulan yang positif
Kaedah Main Peranan
teknik yang melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi
atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip.
pengalaman secara spontan.
Lakonan menyedarkan pelajar dan membantu mereka melihat masalah dari
perspektif lain

Kerja Lapangan/ Field Trips
Lawatan di luar bilik darjah untuk melakukan pemerhatian/penyiasatan yang
berterusan terhadap sesuatu kerja projek
Beri peluang dan pendedahan peristiwa sebenar kepada pelajar
Kaedah Simulasi
satu bentuk pembelajaran melalui pengalaman yang melibatkan pelajar
secara langsung di dalam keadaan sebenar
Pelajar mengalami realiti senario dan mengumpul makna daripadanya.
Guru akan menyelia dan mengawal aktiviti ini untuk mencapai matlamat
pengajaran
satu strategi yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip konstruktivisme .
menggalakkan penggunaan pemikiran kritikal dan penilaian serta membuat
refleksi terhadap implikasi senario

Kaedah Penyiasatan/inkuari penemuan
memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami dan memperoleh proses
melalui penggumpulan maklumat tentang sesuatu perkara



Pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran kerana bertindak atas
rasa ingin tahu dan minat
melibatkan tahap interaksi yang tinggi dalam kalangan pelajar, guru, kawasan
kajian, sumber dan persekitaran pembelajaran
Amali & Latih tubi
menggalakkan pemerolehan pengetahuan atau kemahiran melalui amalan
berulang-ulang dalam tugas-tugas kecil
kemahiran dibina melalui latih tubi dan amali untuk menjadikan
pembelajaran lebih bermakna
12 Lain-lain : nyatakan

You might also like