Konsep Kesepadudfdfsdfsdfsdfan, Penggabungjalinan Dan Integrasi Dalam Pendidikan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Konsep

kesepaduan,
penggabungjalinan
dan integrasi


Kesepaduan

Bersepadu dan kesepaduan bermaksud
bersatu, bercantum, dan bersama.
Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal
bersepadu menjadi kesatuan yang utuh
(Kamus Dewan Edisi 4, Halaman 1112,Baris
16).
Konsep dalam PnP- Kesepaduan merupakan
perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu
pengetahuan kemahiran, bahasa serta nilai-
nilai dalam semua matapelajaran secara
integrasi dan menyeluruh.

Kesepaduan
Kesepaduan merupakan penjalinan dan
pengadunan unsurunsur ilmu pengetahuan
kemahiran bahasa serta nilai nilai
Guru mestilah menekan aspek kesepaduan
dalam merancang strategi pembelajaran.

Kesepaduan
Antara teknik yang terkini digunakan bagi
membolehkan kesepaduan berlaku;
Penggabungjalinan beberapa kemahiran
dapat diperoleh secara serentak dan terpadu.
Contohnya : Topik pengiraan BMI dalam
Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan
Matematik dalam Pendidikan Jasmani.

Kesepaduan
Proses menyatukan isi atau kandungan
daripada mata pelajaran lain.
Contoh : Guru mengajar pergerakan kreatif
dan pada masa yang guru menggabungkan
muzik. Oleh itu murid dapat mempelajari ilmu
muzik yang sesuai untuk dipadankan dengan
pergerakan kreatif.

Kesepaduan
Kesepaduaan dari segi bahan pengajaran dan
pembelajaran.
Contoh : Bahan pengajaran dan pembelajaran
digunakan sama untuk beberapa permainan
tertentu. Aktiviti yang guru jalankan
menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan
diolah mengikut kemampuan dan tahap murid
itu sendiri
Kesepaduan
Kesepaduan yang berbentuk intra (berlaku
dalam satu mata pelajaran)
Contoh : Ilmu pengetahuan bercantum
dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran.
Dalam PJ, mengajar kemahiran bola sepak dan
menyelit nilai murni dan moral. Bagi
menjamin perkembangan JERIS murid.

Kesepaduan
Kesepaduan yang berbentuk inter
(yang berlaku dengan menggabungkan
pengetahuan atau pengetahuan dengan mata
pelajaran lain)
Contoh Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk
mengenali bahagian tubuh kita. Di sini
pergabungan dengan subjek sains.

Kesepaduan
Kesepaduan antara aspek teori dengan amali.
Contoh : PJ yang teori yang terkandung buku
juga bersepadu dengan amali yang sediakan
unruk murid-murid.


Kesepaduan
Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum
dengan aktiviti kurikulum.
Contoh : PJ yang ada mengajar tajuk
kemahiran asas olahraga seperti lari lompat
berpagar. Ini bercantum dengan aktiviti
kokurikulum di sekolah seperti persatuan
olaharaga.

Kesepaduan
Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah
dengan luar bilik darjah.
Contoh : Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan
dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di
luar bilik darjah. Pengenalan aktiviti pengajaran di
dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti
di luar bilik darjah. Aktiviti yang dilakukan di luar
bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu
murid dapat ekplorasi aktiviti dengan lebih baik.


Kesepaduan
Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran.
Contoh : Strategi diatur terlebih dahulu sebelum
pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam
rancangan pengajaran harian. Teknik dan strategi
sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu
pengajaran dan tajuk pengajaran.

Kesepaduan
Ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai
dan bahasa
Pengalaman pembelajaran antara
mata pelajaran.
Teori dan amali
Di dalam bilik darjah dan luar bilik
darjah, alam persekitaran &
pengalaman hidup harian
STRATEGI
KESEPADUAN
Nilai-nilai murni
merentas kurikulum
Bahasa
merentas
kurikulum
Penyerapan Ilmu
di antara mata
pelajaran
Isi kandungan di antara
kurikulum dengan
kokurikulum
Kemahiran di
antara mata
pelajaran
KESEPADUAN KBSM
Penggabungjalinan
dalam
pendidikan jasmani

Penggabungjalinan
Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

Pertama, penggabungjalinan antara
kemahiran-kemahiran yang ada di dalam satu
matapelajaran itu.

Keduanya ialah penggabungjalinan kemahiran
daripada beberapa matapelajaran yang lain.

Penggabungjalinan
Terdapat tiga jenis penggabungjalinan.

- Pertama, Penggabungjalinan antara kemahiran
dalam satu mata pelajaran.
- Kedua, penggabungjalinan dengan kemahiran
mata pelajaran lain.
- Ketiga, menggabungkan kedua-dua jenis
penggabungjalinan dalam satu pengajaran.



Penggabungjalinan antara kemahiran dalam satu mata pelajaran.


Contoh permainan - bola sepak.
Di dalam permainan ini, terdapat pelbagai kemahiran yang
didedahkan kepada murid seperti menghantar, menggelecek,
menjaring, menendangr dan sebagainya. Guru boleh
menggabungkan dua atau lebih kemahiran dalam satu-satu sesi
pengajarannya, contohnya menggabungkan kemahiran
menggelecek dan menendang. Dalam lakuan ini, murid
dikehendaki menggelecek bola dalam jarak yang ditetapkan
sebelum membuat tendangan dengan teknik yang betul. Di sini,
kita dapat perolehi satu contoh penggabungjalinan dalam
pendidikan jasmani.



Penggabungjalinan dengan kemahiran mata pelajaran lain.
Contoh aktiviti regangan.
Di dalam aktiviti ini, guru boleh menerapkan
kemahiran membilang dan mengira yang diajar
dalam mata pelajaran matematik. Guru hanya
perlu meminta murid-murid membuat pergerakan
regangan sambil mengira dari nombor satu hingga
ke nombor lapan. Melalui aktiviti ini, murid secara
tidak langsung dapat memperbaiki kekuatan
memori mereka terhadap angka.





Menggabungkan kedua-dua jenis penggabungjalinan dalam satu pengajaran
Contoh aktiviti (senamrobik).

Aktiviti ini melibatkan pergerakan, aktiviti membilang dan
muzik. Guru akan memasang muzik yang berbeza rentak
dan kemudian meminta murid-murid melakukan pergerakan
fizikal mengikut rentak lagu. Ketika murid melakukan
pergerakan, mereka juga dikehendaki untuk membilang
beramai-ramai sehingga nombor lapan supaya pergerakan
mereka menjadi seragam, kemas dan teratur. Pengajaran
yang dijalankan akan menjadi lebih bermakna dan
menyeronokkan. Ia bergantung kepada keupayaan guru
untuk member penerangan yang jelas kepada murid
sebelum melaksanakan aktiviti tersebut.





Penggabungjalinan
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGGABUNGJALINAN
Proses penyampaian beberapa kemahiran
Kecekapan melaksanakan aktiviti-membaca,
menulis, menghurai, mengira, mewarna,
menyanyi, melukis, melabel, mengarang,
becerita, berlakon dan sebagainya.
Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara
bersepadu.
Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan
kemahiran bahasa.

Penggabungjalinan
Ciri-ciri Gabungjalin:
Integrasi beberapa kemahiran Prosesnya
bersepadu dan menyeluruh.
Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik
Kemahiran utama menjadi fokus Organisasi
kemahiran fleksibel
Kemahiran diintegrasikan saling kukuh
mengukuh antara satu sama lain.

Penggabungjalinan
Cara mengguna gabungjalin
Mengenalpasti kemahiran utama & sampingan
Kemahiran utama diberi fokus Kemahiran sampingan
dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama
Kemahiran utama digunakan di peringkat
perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan
digunakan di semua peringkat pelajaran
Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah
dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran,
kebolehan & pencapaian murid
Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan
yang sesuai.
Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan
kemahiran yang berikutnya secara logikal
Kemahiran Antara Mata Pelajaran
Penggabunglalinan kemahiran bahasa
dalam mata pelajaran.
Penggabungjalinan berbagai-bagai
kemahiran dalam satu mata pelajaran.
Penggabungjalinan berbagai-bagai
kemahiran antara mata pelajaran.

Penyerapan
Proses menyebati dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur isi pengetahuan
daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi
pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.
Ciri Penyerapan: Mengandungi beberapa unsur
ilmu pengetahuan daripada berbagai-bagai
pelajaran Unsur ilmu pengetahuan diserapkan
secara bersepadu dalam satu mata pelajaran
Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam
proses penyerapan adalah fleksibel

Penyerapan
Organisasi unsur isi kandungan bergantung
kepada unsur utama dan unsur sampingan.
Walau bagaimanapun, unsur utama tetap
diberi penekanan yang lebih
Proses penyerapan berlaku secara serentak
dengan proses penggabungjalinan.
Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan
ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-
bagai kemahiran seperti membaca, menulis
dan mengira.

Penyerapan
Penyerapan; Proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.
Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai
kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam
sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan sebagainya
Pendekatan Pendekatan implisit - penerapan secara x
langsung. Contohnya; Guru berpakaian kemas, jujur,
amanah, tepat masa dll Pendekatan eksplisit -
mengadakan suatu peraturan , arahan, pekeliling dan
sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang
diharapkan dan yang tidak diharapkan.


Penyerapan Ilmu Di Antara Mata
Pelajaran
Penyerapan unsur isi kandungan daripada berbagai-bagai
mata pelajaran dalam satu mata pelajaran.
Penyerapan unsur isi kandungan beberapa mata pelajaran
kepada mata pelajaran lain.
Penyerapan nilai-nilai murni bersama dengan unsur-unsur
isi kandungan daripada beberapa mata pelajaran kepada satu
mata pelajaran yang lain.
Pendekatan dan strategi penyampaian isi pelajaran.

You might also like