Sistem Tiga Zaman

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

1

Pengenalan
Pembahagian zaman manusia pada mulanya telah diilhamkan oleh penyair Yunani
Hesiod yang mengkelaskan manusia telah melalui empat zaman iaitu zaman Emas, Perak,
Gangsa dan Besi. Penyair Yunani Hesoid turut menyatakan hanya zaman Gangsa dan zaman
Besi adalah berasaskan kepada penggunaan logam. Beliau mengetahui daripada puisi
tradisional seperti Iliad serta artifak gangsa yang banyak terdapat dalam masyarakat Yunani
bahawa sebelum penggunaan besi untuk membuat alat dan senjata, gangsa telah menjadi
bahan pilihan. Walau bagaimanapun, besi adalah lebih murah berbanding gangsa, maka
dengan itu masyarakat beralih kepada penggunann besi. Beliau menggambarkan satu
turutan logam, tetapi ia adalah degradasi dan bukannya suatu perkembangan . Malah,
Hesiod dalam puisinya menggambarkan bahawa perkembangan telah mengalami
kemerosotan moral iaitu manusia semakin menjadi kejam dan ganas.
Walau bagaimanapun, Lucretius iaitu seorang penyair dan ahli falsafah Rom sekitar
tahun 99SM hingga 55SM menggantikan kemerosotan moral dengan kemajuan manusia.
Beliau menyatakan bahawa perkembangan manusia berlaku dalam konsep evolusi iaitu sifat
dunia secara keseluruhan diubah mengikut zaman dan semuanya harus melalui fasa-fasa
yang berturutan. Lucretius menganggap bahawa peleburan awal logam berlaku secara tidak
sengaja dalam kebakaran hutan. Menurutnya lagi, penggunaan batu-batu diikuti dengan
penggunaan tembaga mendahului penggunaan besi.
Kemudiannya di akhir abad ke -16, Michele Mercati iaitu Penguasa Botanical Garden
Vatican mempercayai bahawa Vigaris seraunia iaitu batu berbentuk baji yang seolah-olah
berbentuk seperti kapak dan kepala anak panah adalah artifak dan mencadangkan bahawa
evolusi sejarah ini diikuti oleh satu skim.
1
Mercati menimbulkan persoalan terhadap dirinya
bahawa mengapa orang lebih suka untuk mengeluarkan artifak batu daripada logam?
Jawapan beliau kepada persoalan ini ialah metalurgi adalah tidak diketahui pada masa itu.
2


_________________
1
Goodrum, Matthew R. Questioning Thunderstone and Arrowheads: The Problem of Recognizing
and Interpreting Stone Artifacts in The Seventeenth Century. United State: Brill
Group. 2008. Hlm 494.
2
Ibid. Hlm 496
2

Beliau memberi contoh petikan daripada Alkitab (Bible) untuk membuktikan bahawa dalam
masa Alkitab tersebut batu adalah bahan pertama yang digunakan. Beliau juga
menghidupkan sistem tiga zaman Lucretius yang menyifatkan sebagai tempoh yang masing-
masing berdasarkan kepada penggunaan batu dan kayu serta gangsa dan besi.
Pada 12 November 1734, Nicholas Mahudel iaitu seorang doktor dan juga seorang
antikuari Perancis yang berminat dalam penyelidikan Prasejarah telah membaca kertas kerja
pada persidangan awam Royal Akademi, di mana beliau mentakrifkan tiga kelaziman iaitu
batu, gangsa dan besi dalam urutan kronologi. Beliau telah membentangkan kertas kerja
beberapa kali pada tahun itu tetapi telah ditolak sehingga pada semakan November akhirnya
diterima dan diterbitkan oleh Akademi pada tahun 1740. Mahudel menyatakan tidak hanya
satu kegunaan batu tetapi dua lagi, setiap satu untuk gangsa dan besi. Malah, beliau juga
mengatakan bahawa alat gangsa dan besi meniru penggunaan batu.
Akhirnya satu langkah yang penting dalam pembangunan konsep Sistem Tiga Zaman
dalam menjelaskan perkembangan zaman manusia khususnya masyarakat Prasejarah telah
diperkenalkan oleh seorang Kurator Muzium Negara Denmark di Copenhagen yang bernama
Christian Jurgensen Thomsen pada sekitar tahun 1788 hingga 1865 yang mana
mentakrifkan zaman manusia prasejarah mengikut kronologi dari zaman Batu diikuti
dengan zaman Gangsa kepada zaman Besi.
3
Sistem Tiga Zaman ini telah menjadi asas dan
panduan kepada ahli sejarah dan arkeologi seterusnya dalam mengenali masyarakat
prasejarah secara lebih menyeluruh.





__________________
3
Hougthn Mifflin Harcourt, The American Heritage Science Dictionary. America: American Heritage
Dictionaries.2005. Hlm 628.


3

Pengertian Sistem Tiga Zaman
Gambar 1.0 : Christian Jurgensen Thomsen (1788-1865)

Sumber: http://www.google.com.my/archaeology/researchprojects/Rowle. Diakses
pada 24 Mei 2012.
Sistem Tiga Zaman ialah sistem yang mengkategorikan tempoh arkeologi prasejarah yang
merujuk kepada zaman Batu, Gangsa dan Besi serta satu sistem inovatif yang berasaskan
kepada andaian perkembangan dalam teknologi manusia dari batu kepada gangsa dan
seterusnya besi.
4
Sistem ini telah dibangunkan oleh ahli arkeologi Denmark Christian
Jurgensen Thomsen pada sekitar tahun 1788 hingga 1865. Pada tahun 1816, Thomsen
dilantik sebagai Kurator Antikuiti Muzium Negara Denmark di Copenhagen.
5
Beliau telah
menganjurkan koleksi artifak muzium di Scandinavia mengikut bahan asal artifak tersebut
dibuat iaitu sama ada daripada batu, gangsa atau besi.
6
___________________
4
Meaning of Three Ages System dalam http://www.definition-of.net/three+age+system. Diakses
pada 24 Mei 2012.
5
Mark Q.S and Robert M Yohe II. Archaeology: The Science of the Human Past. United State:
Omegatype Typography. 2003. Hlm 168.
6
The Three Age of Archaeology: Stone Age, Bronze Age and Iron Age dalam
http://archaeology.knoji.com. Diakses pada 24 Mei 2012
4

Beliau menunjukkan bahawa artifak boleh dikelaskan kepada beberapa jenis dan jenis ini
diubah dari masa ke semasa dalam cara yang berhubung kait dengan penguasaan peralatan
seperti senjata batu, gangsa dan besi. Thomsen berhujah tidak sesiapa pun yang yang akan
menggunakan peralatan batu jika gangsa telah digunakan dan tiada sesiapa yang mahu
untuk menggunakan alat-alat gangsa jika telah mula menggunakan besi. Oleh itu, kemajuan
mesti datang daripada urutan kronologi.
7
Thomsen berpendapat bahawa pembahagian
zaman ini menunjukkan signifikasi kronologi iaitu, batu telah digantikan dengan gangsa
yang kemudiannya diikuti dengan besi. Menurut beliau, zaman kebudayaan manusia
terbahagi kepada Zaman Batu iaitu bermula sekitar 2.5 juta SM hingga sekitar 3500 SM,
Zaman Gangsa bermula sekitar 3500 SM sehingga 1200 SM dan akhir sekali iaitu Zaman
Besi yang bermula sekitar 1200 SM sehingga 500 M.
Selepas itu, Jens Jacob Asmusen Worsae menggantikan Thomsen pada tahun 1831
sehingga tahun 1835. Beliau merupakan ahli arkeologis professional terkenal yang pertama
yang telah membuat kajian terhadap Sistem Tiga Zaman seterusnya mengesahkan ianya
sebagai The Law Of Association.
8
The Law of Association merupakan andaian yang
dibina daripada Sistem Tiga Zaman iaitu objek yang diletakkan di dalam kubur yang juga
merupakan sebahagian daripada sistem pengkebumian yang umumnya menunjukkan
budaya kebendaan yang wujud ketika pengkebumian dilakukan. Justeru itu, kaedah Sistem
Tiga Zaman ini diterima sebagai pembahagian umum terhadap tahap kebudayaan. Pada
tahun 1834 hingga tahun 1913 Sir John Lubbock membahagikan Zaman Batu kepada Period
Paleolitik dan Period Neolitik. Pada akhir abad ke 19, Period Mesolitik telah dikenal-pasti.
9

_________________
7
Definition : Three Age System dalam http://www.wordiq.com/definition/Three-age_system. Diakses
pada 24 Mei 2012.
8
Three Age System dalam http://www.bibarch.com/concepts/ArchPeriods.html. Diakses pada 24 Mei
2012
9
Three Age System dalam http://www.bibarch.com/concepts/ArchPeriods.html. Diakses pada 24 Mei
2012



5

Zaman Batu (2.5 juta SM hingga sekitar 3500 SM)
Gambar 2.0 : Alatan batu pada Zaman Batu

Sumber: http://www.any.biz/2010/09/the-un-stone-age/. Diakses pada 24 Mei
2012

Zaman Batu ialah satu tempoh prasejarah yang luas iaitu semasa batu telah digunakan
sebagai bahan utama dalam kehidupan seharian manusia. Tempoh zaman ini berlangsung
selama kira-kira 2.5 juta tahun dan berakhir antara 4500 SM hingga 2000 SM. Zaman Batu
merupakan zaman pertama dalam Sistem Tiga Zaman. Artifak Zaman Batu termasuklah alat-
alat yang digunakan oleh manusia dan spesis terdahulu dalam Homo Genus dan
Paranthropus. Alat-alat batu diperbuat daripada berbagai-bagai jenis batu. Umpamanya, flint
dan rijang yang dibentuk (atau diserpihkan) untuk digunakan sebagai perkakas pemotongan
dan senjata, manakala basalt dan batu pasir digunakan untuk alat-alat batu berasah seperti
batu kisar.
10
Kayu, tulang, cangkerang, tanduk rusa dan bahan-bahan lain juga digunakan
secara meluas pada zaman ini. Pada akhir zaman ini, endapan seperti tanah liat telah
digunakan unutk membuat tembikar.

Zaman Batu merangkumi penerapan teknologi pertama yang meluas dalam evolusi
manusia serta penyebaran kemanusiaan dari Savana Afrika Timur ke bahagian-bahagian lain
di dunia. Zaman ini berakhir dengan perkembangan pertanian, pembela-jinakan sebilangan
haiwan dan peleburan bijih tembaga untuk menghasilkan logam. Zaman Batu diistilahkan
___________________
10
The Stone Age dalam http://history-world.org/stone_age.htm. Diakses pada 25 Mei 2012.

6

sebagai prasejarah kerana manusia masih belum memulakan penulisan. Istilah Zaman
Batu telah digunakan oleh ahli arkeologi unutk menandakan zaman pra-metalurgi yang
alat-alat batunnya (artifak-artifak) jauh lebih tahan berbanding dengan alat-alat yang
diperbuat daripada bahan-bahan lain (yang lebih lembut). Pada tahun 1865 John Lubbock
dalam buku klasiknya, Zaman-Zaman Prasejarah menyatakan Zaman Batu terbahagi
kepada tiga sub-zaman iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Sebenarnya, turutan
fasa-fasa amat berbeza dari satu wilayah ke satu wilayah.
11

Zaman Batu dapat dibahagikan kepada zaman Paleolitik (Zaman Batu Tua), zaman
Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) dan zaman Neolitik (Zaman Batu Muda). Zaman
Paleolitik berlangsung dari 2.5 juta hingga 100,000 tahun lalu.
12
Zaman Mesolitik (Zaman
Batu Pertengahan) iaitu sekitar 11,660 tahun dahulu dan berakhir dengan kegiatan
pertanian terawal dan berbeza tarikh permulaannya mengikut rantau geografi. Malah,
zaman Neolitik (Zaman Batu Muda) berlangsung sekitar 10000 hingga 5000 tahun lalu yang
turut berkembang secara berbeza-beza di antara kawasan di dunia.
Tempoh Zaman Paleolitik (Zaman Batu Tua) sekitar 2.5 juta hingga 100 000 tahun
yang lalu, masyarakatnya menggunakan alat batu repihan untuk menetak. Mereka hidup
berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain dan biasanya tinggal di kawasan
terbuka iaitu di luar dan dalam gua serta sekitar tasik. Memburu binatang liar serta
memungut hasil hutan dan mengamalkan cara hidup sara diri dengan menggunakan alat
batu sebagai alat utama dalm kehidupan seharian. Mereka juga mengamalkan kepercayaan
animisme serta mengamalkan upacara perkuburan.
13
Pada zaman ini juga, manusia Peking
dan manusia Jawa telah wujud. Di Afrika, Eropah dan Asia , manusia Neanderthal telah
hidup pada awal tahun 50 000 SM. Manakala pada tahun 20 000 SM, manusia Cro Magnon
sudah menguasai kebudayaan moden di Afrika dan Eropah.
__________________
11
Zaman Batu dalam http://www.scribd.com/doc/19730033/Zaman-Batu. Diakses pada 25 Mei 2012
12
Zaman Paleolitik dan ciri-cirinya dalam http://notasejarah.tripod.com/zmnpaleolitik.htm. Diakses
pada 25 Mei 2012
13
Zaman Prasejarah dalam https://docs.google.com/viewer. Diakses pada 25 Mei 2012


7

Kota Tampan, Lenggong, Perak merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya
bukti-bukti penempatan manusia semenjak Zaman Paleolitk telah ditemui. Tapak-tapak
arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung
Temelong. Penemuan Arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak iaitu
rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada tahun 1990. Peralatan batu
berusia 100,000 tahun telah digali berdekatan dengan Kampung Geluk dan Kampung
Temelong. Malah, di kawasan sekitar Lenggong juga ditemui bebrerapa kawasan pembuatan
peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia
prasejarah.
14
Selain itu, tapak peninggalan Prasejarah Zaman Paleolitik juga terdapat di daerah
Lahad Datu iaitu di kawasan tapak terbuka Mansuli dan Makau.
15
Alat batu terdiri daripada
alat repeh dan alat penetak dengan bahan asas daripada batuan rijang. Malah, terdapat alat
penetak bersaiz besar serta ditemui juga peralatan batu untuk membuat alat di tapak
terbuka Mansuli. Artifak batu yang ditemui seperti alat repeh dan alat pebel juga terdapat di
tapak terbuka Makau.
16
Alat-alat batu yang tertua dikenali sebagai batu pancung seperti yang ditemui di
Olduvai Gorge Tanzania. Alat batu ini berkemungkinan telah dibuat lebih dari 1 juta tahun
yang lalu oleh Australopithecus. Batu patah dipanggil Eolits telah dianggap sebagai alat yang
terawal tetapi ia juga mustahil untuk membezakan batu-batu buatan manusia dengan
pengubahsuaian yang dihasilkan secara semula-jadi. Manusia spesis awal Zaman Paleolitik
dikenali sebagai Home Erectus termasuk yang terdapat di Choukoutienian China dan
Clatonian, Chellean dan Abbevillian Acheulian serta Lealloisian yang diwakili dari pelbagai
tempat Eropah, Afrika dan Asia dari tahun 100,000 hingga 500,000 tahun dahulu.
17
____________________
14
Lenggong dalam http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-69867.html. Diakses
pada 25 Mei 2012
15
Jeffrey Abdullah et al. Bukti Kebudayaan Paleolitik di Lahad Datu, Sabah: Laporan Awal. Jurnal
Arkeologi Malaysia. Vol 21. 2008. Hlm 22
16
Ibid, Hlm 23
17
The Stone Age dalam http://history-world.org/stone_age.htm. Diakses pada 25 Mei 2012.

8

Tempoh zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) berlangsung sekitar 11,660
tahun dahulu dan berakhir dengan kegiatan pertanian terawal. Antara ciri-ciri zaman ini
ialah alat-alat yang dihasilkan sudah lebih baik berbanding pada Zaman Paleolitik kerana
alat batu sudah mulai dihaluskan pada bahagian tertentu mengikut keperluan. Masyarakat
zaman ini juga menjadikan gua atau batu karang sebagai tempat berlindung dan masih
memburu serta mengumpul hasil hutan. Walau bagaimanpun, menggunakan alatan batu
dalam proses mendapatkan sumber makanan. Masyarakat ini juga masih mempercayai
kepercayaan animisme.
18
Zaman Mesolitik sebagai budaya Hoabinhian yang dicirikan oleh teknologi pebel
bundar tersepih, dan tanpa sebarang tembikar. Penyelidikan terdahulu mentakrifkan
Mesolitik Semenanjung Malaysia sebagai mempunyai hubungan rapat dengan Hoabinhian di
Vietnam berdasarkan jenis alat yang digunakan. Segala serpihan tembikar di lapisan ini telah
dianggap sebagai campuran Neolitik.
19
Daripada bukti-bukti himpunan cangkerang dan
tulang-tulang binatang seperti, rusa, kera dan beruang yang patah dan sering kali ditemui
hangus boleh dikatakan bahawa penduduk zaman ini terdiri daripada pemungut makanan
dan pemburu. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh pusat Arkeologi Malaysia,
Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik.
Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa,
Lenggong, Perak kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada zaman Paleolitik.

Tempoh zaman Neolitik berlaku sekitar 10000 hingga 5000 tahun lalu yang
berkembang secara berbeza-beza di antara kawasan di seluruh dunia. Masyarakat zaman ini
telah mula mendirikan petempatan kekal dan hidup dalam kelompok yang besar. Alatan
batu yang digunakan pada zaman ini sudah diasah atau dipolis sehingga menjadi lebih halus
dan indah. Masyarakat Neolitik telah mencipta kapak yang diperbuat daripada batu yang

__________________
18
Zaman Batu Tengah (Mesolitikum) dalam http://herydotus.wordpress.com/2012/02/01/. Diakses
pada 25 Mei 2012
19
Heine Geldern. R. Urheimat und Fruheste wanderungen der austronesier dalam Anthropos27.

1932. Hlm 15




9

digilap dan ditajamkan dan menggunakan bajak dan cangkul yang diperbuat daripada baru
granit. Di samping itu, tembikar tenun dan batik juga sudah dikenal-pasti. Zaman ini dikenali
sebagai zaman bercucuk tanam kerana masyarakatnya sudah mulai bercucuk tanam untuk
keperluan hidup. Malah, bajak dan roda turut dihasilkan. Pendukung kepada budaya ini
adalah Homo Sapiens dengan ras Mongoloide (mayoritas) dan ras Austromelanosoide
(minoritas).
20

Bukti-bukti kewujudan tempoh Neolitik di Asia Tenggara dan Malaysia adalah di Bukit
Tengkorak, Semporna, Sabah. Kajian arkeologi yang sistematik dan saintifik telah dijalankan
di Bukit Tengkorak. Hasil kajian arkeologi yang diperolehi menunjukkan Bukit Tengkorak
merupakan sebuah tapak pembuatan tembikar prasejarah yang terbesar di Asia Tenggara.
Antara bukti arkeologi yang telah ditemui terdiri daripada ribuan serpihan tembikar
prasejarah dan tanah liat yang digunakan untuk pembuatan tembikar. Ekskavasi arkeologi di
Bukit Tengkorak turut menunjukkan ia kaya dengan pelbagai artifak arkeologi seperti alat
batu mikrolit (kecil), batu pemukul kulit kayu, beliung, sisa-sisa tulang haiwan serta
cangkerang dan tulang ikan laut.
21
Ini membuktikan wujudnya aktiviti subsisten seperti
pemburuan haiwan dan penangkapan ikan serta pengumpulan cangkerang. Malah,
ekskavasi di Bukit Tengkorak juga membuktikan mengenai penghijrahan manusia dan
perdagangan atau pertukaran prasejarah maritim di Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Cishan terletak di kaki gunung Tahang. Ekskavasi ke atas tapak ini telah dilakukan
pada tahun 1976 dan 1997.
22
Dalam ekskavasi ini didapati bahawa kawasan ini sebenarnya
didiami oleh masyarakat Neolitik. Artifak yang ditemui di kawasan ini telah menunjukkan
peningkatan dari segi ciri-ciri pembuatannya sebagai contoh tembikar yang telah ditemui
menunjukan kebanyakan dihiasi dengan pelbagai corak dan juga reka bentuk yang menarik.
Di antara reka bentuk tembikar yang telah ditemui ialah seprti tembikar berkaki tiga, dan
terdapat tembikar yang mempunyai alat pemegang. Selain itu juga telah ditemui alatan
__________________
20
Kehidupan Manusia Purba:Zaman Batu dan Zaman Logam dalam http://sejarah.info/2011/11/.
Diakses pada 25 Mei 2012
21
Keunikan Bukit Tengkorak dalam http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/44407. Diakses
pada 25 Mei 2012
22
Gina L Barnes,1999, The Archaeology Of China, Korea, And Japan, London: Thomos And Hudson
Ltd. Hlm 27
10

harian yang diperbuat daripada tulang yang memperlihat pelbagai jenis dan kegunaan yang
lebih spesifik. Masyarakat yang mendiami kawasan ini juga turut menggunakan alatan batu
sebagai alatan kegunaan harian utama seperti penggunaan kapak, dan juga alat pemotong
daging. Melalui ekskavasi ini juga dapat disimpulkan bahawa masyarakat yang mendiami
kawasan ini bukan sahaja tertumpu kepada bidang pertanian tetapi turut melakukan aktiviti
pencarian hasil hutan seperti pemburuan haiwan dan melakukan aktiviti menangkap ikan.

Alat-Alat Batu Pada Zaman Batu
Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)
Gambar 3.0 : Kapak Genggam

Sumber : http://blog.baliwww.com/?pp_album=main&pp_cat. Diakses pada 25
Mei 2012.
Dinamakan sebagai kapak genggam kerana alat tersebut serupa dengan kapak tetapi tidak
bertangkai dan cara menggunakannya dengan cara mengenggam. Kapak genggam juga
terkenal dengan sebutan dengan chopper yang ditakrifkan sebagai alat penetak.
23
Zaman ini
merupakan masa di mana hasil buatan alat-alat dari batunya masih kasar dan belum diasah.
___________________

23
Zaman Batu dalam http://www.scribd.com/febzz/d/13139889-Zaman-Prasejarah. Diakses pada
25 Mei 2012

11


Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)
Gambar 4.0 : Kapak Genggam (Peble) atau dikenali sebagai Kapak Sumatera.

Sumber : http://peta-kota.blogspot.com/2011/07/zaman-batu.html. Diakses pada
25 Mei 2012.
Kapak Genggam Peble ini ditemukan di bukit-bukit kerang di pinggir pantai yang dikenali
sebagai Kjoken Modinger. Malah terdapat juga alat-alat kebudayaan Mesolitikum yang
ditemukan di gua-gua yang disebut Abris Sous Roche. Adapun alat-alat tersebut adalah
Flaces (alat serpih) iaitu alat-alat kecil yang diperbuat daripada batu dan berguna untuk
mengupas makanan.
24
Manusia pendukung kebudayaan zaman Mesolitik ialah bangsa
Papua-Melanosoid. Zaman ini merupakan zaman peralihan di mana cara pembuatan alat-alat
kehidupannya lebih baik dan lebih halus dari Zaman Batu Tua.



___________________
24
Zaman Batu dalam http://www.scribd.com/febzz/d/13139889-Zaman-Prasejarah. Diakses pada
25 Mei 2012

12

Zaman Neolitik (Zaman Batu Muda)
Gambar 5.0 : Kapak Persegi

Sumber : http://blog.baliwww.com/?pp_album=main&pp_cat. Diakses pada 25 Mei
2012
Kapak Persegi ini ditemui di Sumatera, Jawa, Bali, Maluku, Sulawesi dan Kalimantan. Kapak
Persegi dikenali dengan pelbagai nama iaitu Beliung, Pacul dan Torah yang berfungsi dalam
mengerjakan kayu sebagaimana lazimnya pahat pada zaman Neolitik. Bahan untuk
membuat kapak tersebut ialah daripada batu biasa dan juga batu api atau Chalcedon. Selain
daripada Kapak Persegi, Kapak Bahu, Kapak Lonjong turut ditemui.
25
Jenis-jenis kapak ini
menunjukkan kebudayaan zaman Neolitik kerana hasil buatannya jauh lebih baik dari
sebelumnya serta sudah mula diperhaluskan mengikut keperluan dan fungsi sesuatu alatan
tersebut.



__________________
25
Zaman Batu dalam http://www.scribd.com/febzz/d/13139889-Zaman-Prasejarah. Diakses pada
25 Mei 2012

13

Zaman Gangsa ( 3500 SM hingga 1200 SM )
Gambar 6.0 : Alatan Gangsa pada Zaman Gangsa

Sumber : http://www.butrint.org/explore_2_1.php. Diakses pada 25 Mei 2012.

Zaman Gangsa atau Zaman Perunggu ialah zaman prasejarah semasa manusia membuat
alat-alat daripada sejenis logam yang dipanggil Gangsa. Gangsa ialah pancalogam bersama
dengan sedikit timah.
26
Di sesetengah kawasan, wujud Zaman Tembaga ataupun zaman
yang telah mendahului Zaman Gangsa.
27
Bukti-bukti terawal tentang kerja gangsa wujud sejak pertengahan millenium ke 4
SM dalam budaya Maykop di Kaukasus. Kemudiannya, teknologi ini tersebar dengan pesat
ke Timur Dekat dan selepas itu ke peradaban Lembah Indus. Zaman Gangsa tidak terjadi
pada masa yang sama di seluruh dunia kerana kelompok manusia yang berbeza memulakan
penggunaan gangsa pada masa-masa yang berbeza. Di Eropah barat, Zaman Gangsa
berlangsung sejak 2000 SM hingga 800 SM di Timur Tengah Zaman Gangsa bermula seribu
tahun lebih dahulu. Ahli-ahli arkeologi mempercayai bahawa manusia menjadi lebih teratur
pada Zaman Gangsa kerana membuat alat-alat logam adalah sesuatu kerja yang susah dan
______________________
26
Bronze Age dalam http://www.sciencedaily.com/articles/b/bronze_age.htm. Diakses pada 25
Mei 2012
27
Baszley Bee B. Basrah Bee. Pengantar Arkeologi. Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah. 2009
Hlm 44

14

memerlukan kemahiran khas. Oleh itu, orang-orang yang mempunyai kemahiran baru ini
dianggap sebagai orang yang penting. Kemudian, apabila alat-alat besi menjadi popular
Zaman Gangsa berakhir dan Zaman Besi bermula.
Penduduk pada zaman ini mula menggunakan peralatan yang dibuat daripada
gangsa disebabkan alat-alat gangsa ini adalah lebih tahan lasak daripada alat-alat yang
diperbuat daripada batu. Bukti penggunaan alat gangsa adalah seperti gendang dan loceng
gangsa yang ditemui di Batu Buruk, Terengganu dan Sungai Lang di Selangor. Gendang
gangsa ini dipercayai berasal dari Dongson, Vietnam. Ini kerana Dongson di Vietnam dan
Ban Chiang di Thailand adalah pengeluar alat gangsa utama pada zaman ini.
28
Masyarakat pada zaman ini terus bercucuk tanam, menternak binatang, menangkap
ikan, memburu dan berdagang. Selain itu, mereka juga melombong bijih timah. Mereka
melombong bijih timah dengan menggunakan tulang mawas. Dengan adanya alat yang
diperbuat daripada gangsa, manusia pada zaman ini dapat menggali, menebang dan
menebas sesuatu benda dengan mudah berbanding pada zaman sebelumnya.
Di kepulauan, Van Heekeern 1958 mengatakan bahawa barang-barang logam
gangsa yang ditempah seperti soket gangsa, kapak gangsa dan alat-alat pertanian gangsa
merupakan alat-alat gangsa yang biasa digunakan selatan Sumatera serta seluruh Jawa
hingga ke Bali dan Nusa Tenggara. Walaupun demikian terdapat perbezaan kapak-kapak
dihasilkan di satu-satu tempat. Contohnya, kapak gangsa yang disambung hulunya hanya
dijumpai di Roti, manakala mata kapak yang berbentuk jantung hanya ditemui di Bali.
29

Zaman Gangsa juga boleh dibahagikan kepada beberapa tahap. Misalnya, Zaman
Gangsa Timur Dekat dibahagikan kepada tiga subzaman yang utama iaitu, Zaman Gangsa
Awal iaitu bermula sekitar 3500 sehingga 2000 SM, Zaman Pertengahan pula telah bermula
sekitar 2000 sehingga 1600 SM dan Zaman Gangsa Akhir iaitu telah bermula sekitar 1600
SM sehingga 1200 SM. Pada mulanya metalurgi berkembang di Anatolia Turki moden.

_________________
28
Ahmad Jelani Halimi. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. 2008. Hlm 11.
29
Ibid, Hlm 13

15

Gunung-ganang di Anatolia kaya dengan mendapan tembaga dan timah. Tembaga juga
dilombong di Cyprus, Mesir, Gurun Negev, Iran serta di Teluk Parsi. Tembaga biasanya
dicampur dengan arsenik, tetapi permintaan timah yang semakin bertambah menyebabkan
pengasasan laluan perdagangan jauh dari Anatolia. Tembaga yang amat berharga diimport
melalui laluan laut kepada Maharaja Mesir Kuno dan Mesopotamia.

Zaman Besi ( 1200 SM - 500 M )
Gambar 7.0 : Alatan besi pada Zaman Besi

Sumber : http://www.krugerpark.co.za/iron-age-kruger-national-park.html. Diakses
pada 25 Mei 2012

Dalam bidang arkeologi, Zaman Besi ialah tingkat perkembangan mana-mana masyarakat
yang menggunakan alat-alat besi seperti perkakas dan senjata secara ketara. Zaman Besi
merupakan zaman utama yang terakhir selepas Zaman Gangsa dalam Sistem Tiga Zaman
yang mengelaskan masyarakat-masyarakat prasejarah. Tarikh dan konteksnya berbeza-
berbeza bergantung kepada negara atau kawasan geografinya. Secara klasik, Zaman Besi
dianggap bermula pada abad ke 12 SM di Timur Dekat Kuno, India Kuno bersama tamadun
Yunani Rigveda dan Yunani bersama-sama dengan Zaman Gelap Yunani. Di kawasan Eropah
yang lain, Zaman Besi bermula terlebih dahulu. Zaman Besi bermula pada abd ke 8 SM di
Eropah Tengah dan dalam tamadun Nok di Afrika Barat menjelang tahun 1200 SM.
30
_________________

30
Duncan E. Miller dan N.J. Van Der Merwe. 'Early Metal Working in Sub Saharan Africa' Journal of
African History. Vol 35. 1994. Hlm 18

16

Zaman Besi biasanya ditakrifkan tamat di Mediterranean dengan bermulanya tradisi sejarah
pada Zaman Keyunanian dan Empayar Rom, agama Buddha dan Jainisme di India,
Konfusianisme di China dan Zaman Pertengahan Awal di Eropah Utara.

Zaman Besi berhubungan dengan suatu tahap di mana produksi besi adalah salah
satu bentuk paling rumit dalam kerja logam. Kekerasan besi, titik lebur yang tinggi dan
sumber bijih besi yang melimpah, membuatkan besi menjadi pilihan. Malah, besi adalah
lebih murah daripada gangsa. Ini mempengaruhi pemilihan besi sebagai logam yang paling
umum digunakan.
31
Oleh sebab it, penggunaan besi diperkenalkan secara langsung kepada
Amerika dan Australasia melalui penjajahan Eropah, tidak adanya sebarang Zaman Besi di
kedua-dua lokasi tersebut. Lebih tiga ribu tahun yang lalu, masyarakat Hitties di Timur
Tengah mula menggunakan relau untuk mengasingkan besi daripada bijihnya dan
dituangkan bagi menjadikan alat-alat yang diperlukan. Besi lebih bersifat mempunyai
ketajaman dan lebih tahan lebih lama daripada tembaga.
32

Di Malaysia, temuan arkeologi tapak-tapak manusia Zaman Besi dikenal pasti dengan
jumpaan artifak besi bersoket di lembangan Sungai Tembeling, Bukit Jong, Kampung
Nyiong, Teluk Lubuk Puai dan Tersang Pahang, Changkat Menteri, Sungkai dan Sungai Plus
di Perak.
33
Tapak-tapak peninggalan artifak Zaman Besi ini kebanyakannya terletak
berhampiran dengan sungai atau pesisir pantai. Ini membuktikan keadaan muka bumi
mempengaruhi artifak dan teknologi masyarakat selain perkembangan sosial dan budaya.
Temuan data arkeologi yang meliputi alatan besi dan tulang mawas di Klang, Selangor dapat
__________________
31
Zaman Besi dalam http://www.scribd.com/doc/60699560/PRESENTASI-SEJARAH. Diakses pada
Mei 2012
32
Jean Pierre Reymond. Logam dan Rahsianya. Johor Bahru: Pelangi Publishing Group Sdn Bhd.
1995. Hlm 8
33
Zuliskandar Ramli dan Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman. Petempatan Masyarakat Zaman
Logam di Selangor Berdasarkan Data Arkeologi. Sari : International Journal At The Malay
World and Civilisation . Vol 28 (1). 2010. Hlm 45

17

dibahagikan kepada lima kategori utama berdasarkan kepada bentuk fizikalnya, iaitu bentuk
kapak bersoket (socketed axes), kapak panjang bersoket (long shafted axes), sabit bersoket
(socketed sockles), pisau bersoket (socketed knives) dan mata lembing bersoket (socketed
spearhead).
34
Pembahagian ini telah dilakukan oleh Sieveking berdasarkan jumpaan alatan
besi yang dikumpul di Malaya pada ketika itu.
35
Di Eropah, awal Zaman Besi dapat dilihat dalam kebudayaan Hallstatt iaitu
berlangsung sekitar 800 SM hingga 450 SM.
36
Kebudayaan Hallstatt ini terletak di antara
kawasan tengah Perancis Barat Hungary dan dari Alps ke pusat Bandar Poland. Ahli
arkeologi Eropah mentakrifkan budaya Hallstatt sebagai kumpulan awal Zaman Besi Eropah
Tengah. Kebudayaan Hallstatt ini adalah bebas daripada satu sama lain tetapi mereka
mempunyai saling kaitan antara rangkaian yang luas seperti aktiviti perdagangan yang
dibuktikan dengan wujudnya budaya kebendaan seperti alatan, gaya perumahan, teknik
pertanian adalah serupa di seluruh rantau ini. Menjelang tahun 600 SM, penggunaan alat-
alat besi ini merebak ke bahagian utara Britain dan Scandinavia. Temuan ahli arkeologi di
tapak Hallstatt menemui satu sifat tersendiri kebudayaan Hallstatt iaitu pengkebumian
menggunakan kenderaan beroda. Kenderaan ini digunakan untuk menggerakkan badan
mayat ke liang kubur. Kenderaan ini dikenali sebagai kereta sorong yang mempunyai roda
besi yang kompleks dengan pelbagai jejari dan kancing besi. Antara 450 dan 400 SM, kuasa
awal Zaman besi Eropah dalam kebudayaan Hallstatt telah runtuh dan satu kebudayaan
baru di sekitar pinggir laut Hallstatt telah muncul pada akhir zaman besi yang dikenali
sebagai La Tene yang mempunyai rangkaian perdagangan yang terkaya di Eropah Tengah
pada ketika itu.
37
La Tene adalah tapak arkeologi yang terletak di Switzerland. Corak
kebudayaan La Tene adalah berbeza dengan kebudayan Hallstatt. Misalnya Hallstatt,
menggunakan kenderaan beroda dalam upacara pengkebumian tetapi budaya La Tene
___________________
34
Ibid. Hlm 51
35
Ibid.
36
Halstatt Culture dalam http://archaeology.about.com/od/ironage/qt/Hallstatt-Culture.htm.
Diakses pada 27 Mei 2012
37
La Tene dalam http://archaeology.about.com/od/ironage/qt/Hallstatt-Culture.htm.
Diakses pada 27 Mei 2012
18

menggunakan sebuah kereta kuda beroda dua. Malah, senjata dan pedang juga diperbuat
daripada besi yang digunakan dalam peperangan. Oleh itu, kedua-dua zaman besi awal dan
akhir di bahagian Eropah terbukti melalui penemuan ahli arkeologi terhadap kebudayaan
Hallstatt dan La Tene.

Kepentingan Sistem Tiga Zaman
Pada abad ke 19, artifak-artifak prasejarah telah dikumpulkan di muzium bersama dengan
koleksi lain namun tiada sesiapa yang tahu berapa lama dan bagaimana hendak meletakkan
dan menyusun artifak-artifak ini.
38
Namun begitu, Christian Jurgensen Thomsen telah tampil
dalam menyelesaikan masalah ini dengan mengemukakan Sistem Tiga Zaman ini. Dengan
itu, beliau dapat menyelesaikan permasalahan ahli-ahli antikuari yang selama itu masih
belum mempunyai cara untuk menyusun dan membuat pentarikhan kepada artifak-artifak
prasejarah yang ditemui.
Sistem Tiga Zaman turut membolehkan ahli arkeologi dapat membezakan aspek
kehidupan, budaya serta kemajuan peralatan masyarakat dalam ketiga-tiga zaman tersebut.
Ahli arkeologi mampu untuk membahagikan jenis-jenis artifak yang ditemui dan mengenal
pasti usia artifak-artifak prasejarah berdasarkan kepada Sistem Tiga Zaman iaitu Zaman
Batu diikuti dengan Zaman Gangsa dan digantikan dengan Zaman Besi. Malah, kita dapat
membahagikan tahap perkembangan manusia meliputi ruang waktu yang bersifat kronologi
berdasarkan bahan peralatan utama mereka. Menurut Thomsen Sistem Tiga Zaman yang
diperkenalkan oleh beliau mempunyai tempoh masa yang tertentu bagi setiap Zaman dan
ianya berlaku secara kronologi.
39
Beliau mengklasifikasikan Zaman Batu berlangsung sekitar
2.5 juta SM hingga 3500 SM, Zaman Gangsa bermula sekitar 3500 SM sehingga 1200 SM
dan akhir sekali Zaman Besi yang bermula sekitar 1200 SM sehingga 500 M .
Pengkajian terhadap zaman prasejarah menjadi lebih mudah, teratur dan sistematik
hasil daripada kewujudan Sistem Tiga Zaman. Ini kerana ahli arkeologi dapat menyusun
__________________
38
Michael Chazan. World Prehistory and Archaeology. Upper Saddle River. H.J : Pretice Hall. 2011.
Hlm 35
39
Three Ages Systm dalam http://www.bbc.co.uk/history/trail/archaeology. Diakese pada 27 Mei
2012.
19

artifak prasejarah mengikut jenis artifak yang ditemui. Misalnya, artifak batu disusun dalam
kajian manusia zaman batu dan begitu juga kepada penemuan artifak jenis gangsa dan
logam yang mana wujud pada zaman gangsa dan zaman logam. Hal ini, sekaligus dapat
menentukan usia artifak mengikut Sistem Tiga Zaman iaitu artifak jenis batu adalah sekitar
2.5 juta SM hingga 3500 SM dan seterusnya bagi jenis artifak gangsa dan besi.Tanpa
pengkelasan, ahli arkeologi menghadapi masalah yang sukar unutk menentukan kelas
artifak yang ditemui. Sistem Tiga Zaman telah memberi gambaran kepada ahli arkeologi
terhadap kajian yang akan dilakukan. Ini membolehkan ahli arkeologi merungkai fenomena
kehidupan manusia prasejarah dengan lebih mendalam.
Jens Jacob Asmussen Worsae seorang ahli arkeologi professional Denmark telah
membuat kajian terhadap Sistem Tiga Zaman seterusnya mengesahkan ianya sebagai The
Law of Association.
40
The Law of Association merupakan andaian yang dibina daripada
Sistem Tiga Zaman iaitu objek yang diletakkan di dalam kubur merupakan sebahagian
daripada pengebumian yang umumnya menunjukkan budaya kebendaan yang telah wujud
ketika pengkebumian dilakukan. Oleh itu, Sistem Tiga Zaman ini dapat dijadikan panduan
asas kepada ahli-ahli arkeologi dalam melaksanakan penyelidikan terhadap tahap
kebudayaan manusia. Malah, sekitar tahun 1834 hingga 1913 Sistem Tiga Zaman telah
menjadi asas kepada Sir John Lubbock dalam pembahagian zaman batu kepada dua
bahagian iaitu Paleolitik (zaman batu awal) serta Neolitik (zaman batu akhir) dan pada akhir
abad ke 19, Mesolitik atau zaman batu pertengahan diiktirafkan.
41
Ini menjadikan kajian
terhadap zaman prasejarah semakin sistematik dan saintifik. Kewujudan sistem ini juga
telah membuktikan dan menggambarkan pembangunan teknologi orang-orang Eropah pada
masa tersebut kerana dapat melakukan kajian yang bersifat saintifik.
Sistem Tiga Zaman menjadi asas kepada para pengkaji dan manusia tentang
pengetahuan manusia prasejarah. Sebelum wujudnya Sistem Tiga Zaman, manusia
menghadapi kekeliruan mengenai usia sebenar bumi dan usia kewujudan manusia. Pada
___________________
40
Three Age System dalam http://www.bibarch.com/concepts/ArchPeriods.html. Diakses pada 27
Mei 2012.
41
Norah Moloney. The Young Oxford Book Of : Archaeology. New York : Oxford University Press.
1995. Hlm 28

20

tahun 1640, Bishop James Ussher dari England menyatakan tarikh penciptaan adalah 23
Oktober 4004 SM merujuk kepada Bible.
42
Ini bermakna manusia telah menduduki bumi
pada sekitar 6,000 tahun yang lalu. Selama berabad, banyak artifak seperti batu tidak dapat
dikenal-pasti dan banyak yang disingkir atau dibuang kerana menggambarkan bahawa
alatan batu yang ditemui tersebut adalah terbentuk akibat fenomena semula jadi bukannya
buatan manusia.
43
Jumpaan alatan batu bersama tulang haiwan yang telah pupus membawa
kepada spekulasi bahawa manusia berkemungkinan telah wujud lebih lama daripada 6,000
tahun dahulu. Anggapan ini tidak diterima, kerana juga menganggap penemuan rangka
tulang dan alatan batu tersebut adalah secara kebetulan.
44
Ini menyebabkan manusia tidak
sedar mengenai kewujudan masyarakat zaman prasejarah. Namun setelah Thomsen
memperkenalkan Sistem Tiga Zaman, kajian terhadap usia kewujudan manusia dengan lebih
mendalam telah dilaksanakan oleh para ahli arkeologi dan saintis dalam merungkaikan
persoalan mengenai usia sebenar bumi. Akhirnya, kewujudan manusia jelas telah dibuktikan
bahawa manusia telah wujud sebelum 6,000 tahun yang lalu berdasarkan kepada tinggalan
artifak daripada manusia Zaman Batu iaitu zaman pertama dalam Sistem Tiga Zaman. Ini
sekaligus menyedarkan para pengkaji dan masyarakat tentang kewujudan manusia
prasejarah suatu ketika dahulu.






___________________
42
Mark Q.S and Robert M Yohe II.2003. Archaeology: The Science of the Human Past. United State:
Omegatype Typography. Hlm 36.
43
Ibid.
44
Ibid.

21

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Sistem Tiga Zaman yang diperkenalkan oleh Christian Jurgensen
Thomsen merupakan sistem yang mengkategorikan tempoh arkeologi prasejarah yang
merujuk kepada Zaman Batu, Gangsa dan Besi serta satu sistem inovatif yang berasaskan
kepada andaian perkembangan dalam teknologi manusia dari batu kepada gangsa dan
seterusnya besi. Zaman Batu bermula sekitar 2.5 juta SM hingga sekitar 3500 SM, Zaman
Gangsa bermula sekitar 3500 SM sehingga 1200 SM dan akhir sekali iaitu Zaman Besi yang
bermula sekitar 1200 SM sehingga 500 M. Walau bagaimanapun, zaman ini tidak berlaku
pada yang sama di seluruh dunia kerana tahap perkembangan kelompok manusia yang
berbeza-beza. Tempoh masyarakat prasejarah ini dapat dibuktikan melalui tinggalan artifak-
artifak manusia zaman prasejarah.
Thomsen telah memperkenalkan suatu sistem yang telah memberi kepentingan
kepada ahli arkeologi mahupun manusia bagi mengetahui perkembangan kebudayaan
manusia prasejarah. Sistem Tiga Zaman ini merupakan langkah awal dalam menyelesaikan
permasalahan penyusunan dan pentarikhan kepada artifak tinggalan manusia zaman
prasejarah. Malah, melalui Sistem Tiga Zaman, manusia akan dapat memahami dengan
mudah perkembangan corak kehidupan masyarakat lalu. Ahli arkeologi turut dapat
melakukan penyelidikan dengan lebih teratur dan sistematik. Ini kerana perbezaan antara
ketiga-tiga zaman dalam sistem tiga zaman ini dapat dibezakan dari aspek kehidupan
masyarakat mereka dan juga kemajuan peralatan yang digunakan oleh masyarakat yang
berbeza ini.
Sistem Tiga Zaman sebenarnya telah memberi kelebihan kepada kita untuk sedar
tentang kewujudan masyarakat zaman prasejarah. Kita dapat mengetahui dan merumuskan
manusia telah melalui tiga peringkat zaman. Tanpa Sistem Tiga Zaman, berkemungkinan
manusia masih dalam kekeliruan terhadap perkembangan manusia sebenar. Walau
bagaimanapun, kajian menyeluruh terhadap manusia zaman prasejarah sehingga kini masih
menimbulkan beberapa persoalan yang belum terjawab. Dengan peningkatan teknologi
pada masa kini dan akan datang diharapkan semua persoalan mengenai manusia zaman
prasejarah dapat diselesaikan.



22

You might also like