Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2014

MASA ATURCARA SKRIP PENGACARA


1.05

Murid beratur di dalam dewan
Alu-aluan
Pengacara Majlis.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berusaha Tn. Hj. Syed Sharapudin bin Syed Yahaya
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

Pn. Hjh. Rusnawati bt Wok Ali
Penolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

Pn. Siti Hamidah bt Md Ali
Penolong Kanan HEM Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

En. Ameer Hamzah bin Ibramsah
Penolong Kanan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

Pn. Hjh. Laila bt Mohamed Salleh
Penolong Kanan Petang Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa

Barisan guru-guru dan anak-anak sekalian.

Program Transisi Tahun 1 telah dijalankan bermula dari minggu
pertama, kedua dan minggu ketiga sesi persekolahan 2014. Perlbagai
aktiviti telah dijalankan di dalam kelas sebagai satu usaha untuk
memperkenalkan suasana dan persekitaran baru kepada murid-murid
tahun 1. Pada minggu ketiga ini telah diadakan pertandingan-
pertandingan di dalam kelas bagi
Kemuncak Porgam Transisi Tahun 1 2014 adalah pada hari ini.
Bacaan Doa Bagi menambahkan keberkatan majlis kita pada pagi yang berbahagia
ini,majlis menjemput Ustaz Mohd Amin bin Md. Sidek untuk
memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Amin Amin Ya Rabbal Alamin
Majlis merakamkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Untuk memulakan acara Penutup Minggu Transisi Tahun 1 2014 pada
petang ini, majlis menjemput Pn. Hjh, Rusnawati bt Wok Ali,
Penolong Kanan Kurikulum untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(Ucapan PK Kurikulum)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hjh. Rusnawati
atas ucapan beliau sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn. Hjh. Laila bt Mohamed
Salleh Penolong Kanan Petang untuk menyampaikan ucapan beliau.


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan PK Petang)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Hjh.
Laila atas ucapan sebentar tadi.
Persembahan
Murid Tahun 1
Acara pada petang ini akan diteruskan lagi dengan persembahan-
persembahan dari wakil murid setiap kelas tahun 1.
Tanpa melengahkan masa lagi majlis menjemput murid kelas
__________________ menyampaikan persembahan mereka.

Terima kasih diucapkan kepada kelas _________________ atas
persembahan mereka yang menarik.
Penyampaian
Hadiah
Demikian tadi persembahan murid-murid tahun 1.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para
pemenang pertandingan yang telah diaadakan.
Oleh yang demikian, majlis menjemput Pn. Hjh. Laila untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

1) Pertandingan Mewarna Pendidikan Seni
2) Pertandingan Bahasa Melayu
3) Pertandingan Matematik
4) Pertandingan Pendidikan Agama Islam

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hjh. Laila atas
kesudian menyampaikan hadiah.
Tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang tidak berjaya cuba
lagi di pertandingan yang akan datang.

You might also like