Implikasi Melanggar Peraturan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1

TAJUK :
BINCANGKAN IMPLIKASI KE ATAS SESEBUAH ORGANISASI SEKIRANYA
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB)
1993 (PINDAAN 2002) TIDAK DIPATUHI OLEH PENJAWAT-PENJAWAT AWAM.

1. PENGENALAN
Setiap penjawat awam yang tertakluk kepada peraturan-peraturan pegawai
awam hendaklah pada setiap masa didalam perkhidmatannya sentiasa mematuhi
peraturan-peraturan yang terkandung didalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awan
(Kelakuan Dan Tatatertib). Ini adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran
perjalanan tugas-tugas didalam sesebuah jabatan atau organisasi.
Sebarang pelanggaran mana-mana peraturan oleh penjawat awam atau
seseorang pegawai akan boleh menyebabkan seseorang pegawai itu boleh
dikenakan tindakan tatatertib. Oleh itu setiap pegawai atau penjawat awam
hendaklah sentiasa mematuhi peruntukan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan kepada penjawat awam
adalah kelakuan dan tatatertib. Ia merupakan perkara yang diperuntukkan secara
nyata didalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993
Pindaan 2002.
Tatakelakuan membawa maksud disiplin atau peraturan yang perlu dipatuhi
oleh kakitangan awam atau penjawat-penjawat awam sepanjang berkhidmat di
dalam jabatan kerajaan. Agensi awam bermaksud Kementerian atau Jabatan
Kerajaan (Persekutuan atau Negeri) dan Pehak Berkuasa Tempatan. Ketua Jabatan
pula bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi samada
diperingkat ibu pejabat,bahagian,seksyen atau unit didalam sebuah agensi awam.
Ini termasuk Ketua Perkhidmatan Awam atau mana-mana pegawai yang diberi
kuasa atau pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh ketua jabatan diperingkat
ibupejabat. Pegawai atau pegawai awam bermaksud seseorang yang dilantik secara
tetap, sementara atau kontrak oleh sesebuah pihak berkuasa untuk berkhidmat
dengan sesebuah agensi awam.
2

Mengikut Perintah Am Bab D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tatatertib) seseorang Penjawat Awam tidak boleh melanggar
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan seperti
membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi
seseorang pegawai juga tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap
orang lain
seseorang pegawai tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa dadah
merbahaya
seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya
berada dalam keterhutangan kewangan yang serius dan
lain-lain lagi yang boleh menyebabkan seseorang penjawat awam itu boleh
dikenakan tindakan tatatertib
Oleh yang demikian adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk
menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib keatas pegawai bawahannya dan
mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-
apa pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini. Seseorang
pegawai yang gagal untuk menjalankan kawalan dan pengawasan keatas pegawai
bawahannya,atau untuk mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang
melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini,hendaklah disifatkan
cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab,dan dia boleh
dikenakan tindakan tatatertib.
Maka adalah menjadi tugas Pihak Berkuasa Tatatertib untuk memaklumkan
Ketua Perkhidmatan Awam sebaik sahaja tindakan tatatertib dimulakan terhadap
seseorang pegawai dan juga keputusan tindakan tersebut setelah ianya selesai.

2. JENIS TINDAKAN TATATERTIB YANG BOLEH DIKENAKAN TERHADAP
PENJAWAT AWAM YANG MELAKUKAN KESALAHAN TATATERTIB
Dalam Perintah Am 36, Bab D, ada menyatakan jenis tindakan tatatertib
seperti amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji,
turun pangkat dan buang kerja yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang
melakukan kesalahan tatatertib. Salah satu hukuman yang berkenaan atau
3

kombinasi dua atau lebih hukuman yang berkenaan boleh dikenakan oleh pihak
berkuasa tatatertib.
Terdapat dua perintah yang menyenaraikan jenis hukuman iaitu Perintah Am
36, Bab D 1980 dan Perintah Am 42, Bab D 1968. Namun begitu, kedua-dua
perintah ini mempunyai sedikit perbezaan. Ia dapat dilihat bagi hukuman turun gaji
tidak disenaraikan dalam Perintah Am 42, Bab D 1968, manakala bagi tindakan
tahan kenaikan gaji dan menamatkan perkhidmatan tidak disenaraikan dalam
Perintah Am 36, Bab D 1980.
Setiap jenis tindakan tatatertib yang digariskan dalam Perintah Am 36, Bab D
1980 mempunyai huraian dan intipatinya tersendiri. Tindakan yang pertama ialah
amaran (warning). Dalam Perintah Am Bab D tiada bahagian lain yang
menghuraikan berkenaan amaran sama ada berkaitan dengan cara tindakan
amaran atau setakat mana hukuman tersebut dikenakan. Meskipun begitu, dalam
Perintah Am 43, Bab D 1968 ada dinyata dan dihuraikan berkenaan hukuman
amaran tersebut. Dalam Perintah Am 43, Bab D 1968 ada diperuntukkan berkenaan
sekiranya seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib berkaitan dengan kerja
atau kelakuan yang tidak memuaskan di bawah Perintah Am 36 dan dia tidak
mampu membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah, maka hukuman amaran atau
celaan boleh dijatuhkan oleh pihak berkuasa tatatertib ke atas tertuduh mengikut
aspek yang sewajarnya. Seterusnya, hukuman berkenaan mestilah direkodkan
secara bertulis dan simpanan rekod rasmi berkaitan kejadian juga perlu disediakan.
Denda (fine) adalah sebarang hukuman dalam bentuk wang yang dikenakan
kerana sesuatu kesalahan yang dilakukan (Mozley and Whiteleys Law Dictionary
dalam Abdul Aziz Hussin, 2002). Denda juga boleh didefinisikan sebagai hukuman
dalam bentuk wang yang dikenakan atas kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh
seseorang penjawat awam. Oleh itu, denda tidak boleh dikenakan dengan cara
menyuruh berlari mengelilingi pejabat, melarang keluar makan tengahari dan
menghalang bercakap dengan sesiapa sepanjang waktu kerja.
Penjawat awam yang bersalah boleh menyelesaikan denda dengan
menyerahkan wang tunai atau melalui potongan gaji atau melalui ganjaran pencen
bagi yang hampir bersara. Jumlah wang denda yang dikenakan adalah tidak
4

melebihi jumlah tiga hari gaji pokok penjawat awam berkenaan bagi setiap kali
hukuman kesalahan sepertimana yang termaktub dalam Perintah Am 37 (a) Bab D.
Manakala bagi penjawat awam yang telah didenda melebihi sekali dalam sebulan
kalendar, maka jumlah denda mestilah tidak melebihi daripada 15 % gaji pokok.
Menurut Abdul Aziz Hussin (2002), emolumen ialah segala sasaran kewangan
penjawat awam yang berkenaan, tidak termasuk sebarang elaun (seperti elaun
khidmat awam, elaun memangku, elaun tanggung kerja, elaun pemandu, dan lain-
lain).
Tindakan tatatertib seterusnya ialah lucut hak emolumen (forfeiture of
emoluments). Kebiasaannya, lucuthak emolumen dikenakan bagi kes tidak hadir
bertugas. Tidak bekerja maka gaji tidak dibayar atau tiada kerja tiada gaji, itulah
konsep asas lucuthak gaji. Hukuman lucuthak gaji boleh berlaku dalam dua jenis
keadaan, iaitu terhadap penjawat awam yang tidak hadir bertugas tanpa cuti, atau
tanpa kebenaran, atau tanpa sebab yang munasabah dan terhadap penjawat awam
yang digantung kerja kerana kes jenayah dan akhirnya dia dibuang kerja mengikut
Perintah Am 37 (b), Bab D. Perbezaan antara denda dan lucuthak emolumen ialah
hukuman lucuthak gaji tidak mempunyai atau tertakluk kepada sebarang had
maksimum seperti yang ditentukan dalam hukuman denda. Ada kemungkinan,
hukuman lucuthak gaji hanya setengah gaji hari penjawat awam.
Tempoh hari penjawat awam tidak hadir bekerja sama ada tidak hadir bekerja
tanpa cuti atau tanpa kebenaran yang sah atau tanpa sebarang sebab yang
munasabah perlu diambilkira dalam jumlah gaji yang dilucuthak. Contohnya,
sekiranya seseorang penjawat awam tidak hadir bekerja selama setengah hari,
maka gajinya dipotong separuh hari dan jika tidak hadir bekerja selama enam hari,
maka gaji yang dipotong ialah bagi jumlah enam hari gajinya. Namun begitu,
langkah lain boleh diputuskan oleh pihak berkuasa tatatertib selain daripada langkah
yang dinyatakan.
Seseorang penjawat awam yang tidak hadir bekerja tanpa sebarang alasan
yang kukuh tidak layak mendapat sebarang gaji atau emolumen bagi tempoh
tersebut seperti mana prinsip tiada kerja tiada gaji yang juga dinyatakan dalam
Perintah Am 14 (A), Bab C 1974. Suatu perakuan mengenai ketidakhadiran
5

penjawat awam tersebut kepada pihak berkuasa yang membayar gaji dan
emolumen mestilah dibuat oleh Ketua Jabatan bagi melancarkan pemotongan gaji
dan emolumen bagi tempoh tersebut dilakukan dan tindakan ini hanya satu syarat
yang perlu dipatuhi, tidak termasuk dalam tindakan tatatertib.
Seterusnya ialah tangguh pergerakan gaji (deferment of salary movement).
Menunda atau memindahkan tarikh kenaikan gaji penjawat awam yang berkenaan
ke suatu tarikh yang lain pada masa hadapan merupakan definisi bagi hukuman
tatatertib tangguh pergerakan gaji. Ia boleh dilaksanakan bagi tempoh 3, 6, 9, 12
bulan atau lebih mengikut budi bicara yang diberikan dan pada tarikh ulang tahun
pergerakan gaji penjawat awam berkenaan. Justeru itu, dalam tempoh dan
sepanjang hukuman berkuatkuasa, penjawat awam tersebut tidak layak menerima
sebarang pergerakan gaji.
Terdapat keadaan yang menangguh pergerakan gaji kerana tidak dapat
disahkan dalam jawatan atau tidak lulus peperiksaan yang disyaratkan. Namun
begitu, dalam dua keadaan ini bukanlah termasuk dalam tindakan tatatertib, tetapi
berlandaskan kepada pemenuhan syarat perkhidmatan sahaja seperti yang
termaktub dalam Perintah Am 47, Bab A 1973.
Hukuman turun gaji (reduction of salary) Perintah Am 42, Bab D bererti gaji
penjawat awam yang terlibat dikurangkan tidak melebihi tiga pergerakan gaji
berdasarkan segmen gaji dan kadar peningkatan gaji. Tempoh hukuman yang
dikenakan mestilah tidak melebihi 3 tahun dan tidak kurang daripada setahun pada
tarikh hukuman dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib. Dalam tempoh hukuman juga,
penjawat awam yang bersalah tidak layak menerima sebarang pergerakan gaji dan
pergerakan gaji akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas
hukuman ditamatkan.
Jenis tindakan tatatertib yang keenam ialah turun pangkat (reduction in rank).
Turun pangkat bererti gred penjawat awam diturunkan ke gred yang lebih rendah
dalam skim perkhidmatan yang sama. Gaji pengawai ditetapkan pada satu mata gaji
dalam jadual gaji bagi gred yang dikurangkan itu supaya lebih rendah dan
berhampiran dengan gaji akhir sebelum hukuman (Peraturan-peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993). Lazimnya, penjawat awam yang melakukan
6

kesalahan tatatertib yang pada awalnya wajar dibuang kerja, akan tetapi atas faktor
hukuman di ringankan, maka hukuman tatatertib turun pangkat hanya dikenakan.
Selain itu, penjawat awam yang difikirkan tidak sesuai dan tidak berkelayakan lagi
untuk terus menyandang jawatan sekarang atas faktor-faktor tertentu seperti kualiti
kerja merosot, sifat peribadi, tahap kesihatan yang kritikal kerana kesalahan sendiri
(contohnya menghidap AIDS) dan lain-lain boleh disyorkan hukuman turun pangkat.
Hukuman tatatertib buang kerja (dismissal) merupakan hukuman dan langkah
terakhir bagi penjawat awam yang melakukan sebarang kesalahan tatatertib yang
tidak boleh dibicarakan dengan hukuman lain. Ia bererti penjawat awam tersebut
akan ditamatkan perkhidmatannya.

3. IMPLIKASI
Akibat perlanggaran peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib di kalangan
penjawat awam pelbagai implikasi dapat dirumuskan apabila pegawai yang terbabit
didapati bersalah dan dikenakan tindakan tatatertib. Ia turut memberi kesan kepada
negara, jabatan, individu dan sebagainya. Pelanggaran peraturan-peraturan di
kalangan penjawat awam akan juga memberi kesan dari segi produktiviti anggota
tersebut dalam menghasilkan tugas hariannya. Pegawai terbabit tidak akan dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau dengan baik dan berkesan. Ini akan
membawa kepada perkara-perkara yang menyalahi undang-undang yang
sepatutnya tidak berlaku seperti rasuah, pecah amanah dan sebagainya kerana
tekanan tekanan hidup dan untuk bermewah-mewah dan menunjuk-nunjuk didalam
kehidupan seharian pegawai terbabit.
Seterusnya, pelanggaran peraturan turut mencemarkan imej Negara dimata
dunia dan Negara akan terjejas kestabilannya, terutama sektor awam. Jabatan akan
secara langsung menerima akibatnya apabila ada kakitangan yang diambil tindakan
kerana melanggar peraturan. Jikalau seseorang kakitangan didapati terlibat dan
bersalah dalam pelanggaran peraturan yang member kesan mendalam kepada
jabatan dan Negara maka pegawai terbabit hendaklah dibuang kerja kerana
akibatnya adalah sangat besar.
7

Apabila staf kerap melanggar peraturan penjawat awam, ia boleh juga
menimbulkan sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling tidak
percaya, tuduh menuduh, tiadanya kerjasama, sabotaj dan sebagainya. Yang
pastinya semua ini akan dapat menganggu keharmonian hubungan interpersonal
dan jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi, ia akan membantutkan usaha
mencapai matlamat organisasi keseluruhannya.


4. CADANGAN PENYELESAIAN
Masalah pelanggaran peraturan dan tatatertib dikalangan penjawat awam
merupakan masalah yang perlu diselesaikan dengan segera dan secara berkesan.
Menangani masalah terbabit adalah mustahak untuk memenuhi hasrat pemimpin
bagi melahirkan pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ada juga saranan
yang mengatakan bahawa sudah tiba masanya negara ini mencuba untuk
melaksanakan undang-undang Al-Quran bagi memberi pengajaran dan peringatan
supaya aktiviti pelanggaran peraturan dan tatatertib tidak terus menjadi budaya di
dalam masyarakat dan pentadbiran awam.
Penjawat Awam hendaklah terus belajar untuk membendung tekanan hidup
harian dengan tidak melakukan apa juga bentuk pelanggaran peraturan sebagai
jalan penyelesaian. Mereka juga perlu menangani pengaruh dan pujuk rayu untuk
melakukan apa yang mereka tahu adalah salah, melanggar tatatertib dan yang
boleh membawa kepada kehancuran dan kebinasaan didalam sesebuah
organisasi.Ini boleh dipelajari dengan mendalami pelajaran agama dan melakukan
aktiviti-aktiviti yang sihat.
Kalangan penjawat awam juga semestinya diberi pendidikan dan penerangan
mengenai bahaya pelanggaran peraturan dan tatatertib secara berterusan melalui
seminar, pembacaan buku dan media cetak. Mereka perlu memastikan maklumat
bahaya gejala pelanggaran peraturan dan tatatertib yang mereka perolehi
disampaikan kepada rakan dan sahabat. Seterusnya mereka hendaklah menyemat
rasa berani, disiplin, tanggungjawab dan jatidiri untuk membena masa hadapan
yang cerah untuk mereka sendiri, jabatan dan Negara.
8

5. PENUTUP
Jika diteliti dengan berhati-hati adalah amat jelas dan nyata untuk menjadikan
sesebuah organisasi atau jabatan di dalam sesebuah Negara, kerjasama banyak
pihak perlu diterapkan bersama. Ini adalah melibatkan komitmen,sokongan serta
kerjasama terutamanya dari individu itu sendiri, ibu bapa, guru dan masyarakat
keseluruhannya untuk mencapai tujuan murni tersebut.
Dalam mencapai negara yang makmur dengan pembangunan yang semakin
maju, setiap nilai dan dasar yang telah kerajaan perkenalkan hendaklah diambil
berat oleh kakitangan perkhidmatan awam. Nilai-nilai yang diperkenal bukanlah
hanya untuk kepentingan sebelah pihak sahaja tetapi untuk kepentingan dan
kebaikan semua pihak. Walaupun terdapat kelemahan, pihak kerajaan tidak pernah
berputus asa untuk memperbaik prestasi negara dari pelbagai segi demi menjulang
nama Malaysia di mata dunia.
Sehubungan dengan itu, setiap kakitangan awam hendaklah melaksanakan
tugas dengan sebaik-baiknya dan mengamalkan nilai-nilai positif di samping
mengikut etika yang telah ditetapkan. Keadaan ini menunjukkan sokongan
kakitangan kepada pihak pemerintah dalam usaha memartabatkan Malaysia di
mana tanpa sokongan daripada kakitangan awam, adalah mustahil bagi kerajaan
untuk mencapai kegemilangan dan Wawasan 2020 yang menjadi dasar bagi setiap
visi jabatan kerajaan. Maka terapkan nilai dan etika dalam diri agar Malaysia
menjadi yang terbilang dalam kalangan yang terbaik di seluruh pelosok dunia.










9

RUJUKAN

Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 1992

Perintah-Perintah Am, Bab D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan
Tatatertib), 1993

Perintah-Perintah Am Dan Arahan Pentadbiran, International Law Book Services
(ILBS), 2007

Malaysia Kita, International Law Book Services (ILBS), 2007.

You might also like