Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Oleh

Siti Rugayah Hj. Tibek


Jabatan Peng. Dakwah dan Kepimpinan
FPI UKM.



SENI LAKON (DRAMA, TEATER DAN FILEM)
DARI
PERSPEKTIF ISLAM


Maksud Drama
Kamus Dewan (1993, 694) menerangkan maksud
lakon kepada tiga perkara :
pertama cerita yang dipentaskan,
kedua karangan yang berupa sandiwara iaitu
berbentuk dialog dan
ketiga ialah sesuatu peristiwa atau kejadian
Ayat al-Quran yang Berbentuk Seni
Lakon (dialog).
Rasyid Reda (t.t., 1:346) menyatakan bahawa
kisah dalam al-Quran dapat menggerakkan
pemikiran dan jiwa untuk mengambil iktibar
daripadanya.
Kisah yang dibentangkan dalam al-Quran ialah
Kalam Allah yang mengandungi peristiwa realiti
masa lalu yang mengandungi petunjuk kepada
kebenaran dan agama (al-Razi t.t., 3:702).
Kisah dalam al-Quran dipenuhi dengan
pengajaran dan nasihat.
Bentuk Drama dalam al-Quran
sebagai Wasilah Dakwah
Ahmad Ghalwusy (1978, 293-313) menerangkan bagaimana
kisah dalam al-Quran berfungsi sebagai wasilah atau
media dakwah iaitu dengan cara:-

Menanamkan motivasi ke dalam jiwa pendakwah. Kisah benar
tentang peristiwa lalu bagaimana para Rasul sebelum ini
berdakwah dengan tabah akan menjadi contoh kepada
pendakwah. Semangat mereka untuk terus menjalankan dakwah
semakin meningkat, cabaran yang dihadapi dianggap kecil
berbanding cabaran yang telah dihadapi oleh para Rasul.
Menerangkan asas dakwah Islam ialah akidah yang benar iaitu
keimanan kepada Allah, Rasul-Rasul, Malaikat, kitab-kitab dan
Hari Akhirat.
Menjelaskan kedudukan golongan sasaran. Kisah dalam al-
Quran menjelaskan bagaimana ragam golongan sasaran.
Mereka sering memberi tentangan terhadap dakwah yang
disampaikan.
Kepercayaan yang diwarisi dari nenek moyang menjadi
penghalang dakwah. al-Quran menerangkan kedegilan kaum
kafir kerana mereka berpegang kepada adat.

contoh bentuk seni lakon yang
terdapat dalam al-Quran
Kisah nabi Ibrahim (a.s) yang terdapat dalam surah al-An
c
am
ayat 74-81.
Al-Qurtubi (t.t., 7: 45) menyatakan pengakuan tersebut
semasa Nabi Ibrahim masih kecil.
Terdapat juga antara ahli tafsir yang berpendapat bahawa
Nabi Ibrahim menggunakan pendekatan ini untuk menolak
pemikiran kaumnya bersesuaian dengan keadaan mereka
yang menyembah berhala (Ibn Kathir t.t., 2:151).
al-Alusi (t.t., 7:173) dan al-Tabari (1954, 7:242) pula
menjelaskan bahawa Nabi Ibrahim telah menolak
penyembahan planet-planet sejak kecil melalui fitrahnya
yang suci dan dia adalah seorang yang mentauhidkan
Allah.
Oleh itu dialog ini adalah perbincangan atau munazarah
antara Nabi Ibrahim dengan kaumnya.


Hadis yang Berbentuk Seni
Lakon
Antaranya Hadis yang membicarakan tentang teras Islam
(Muslim dalam al-Nawawi t.t., 1:188, Kitab al-Iman, Bab
Bayan al-Iman wa al-Islam wa al-Ihsan). Hadis
diriwayatkan oleh
c
Umar Ibn al-Kattab;

Dalam hadis ini Jibrail telah berlakon sebagai seorang
tetamu yang bertanya kemudian Rasulullah menjawab. Al-
Nawawi menyatakan soalan yang diajukan kepada
Rasulullah bukan untuk mendapat penjelasan bagi
penanya tetapi bertujuan untuk menyampaikan pengajaran
kepada jemaah yang bersama Rasulullah pada waktu itu.
Selain itu kepada umat Muhammad yang membaca hadis
ini dapat menggambarkan peristiwa ini dengan jelas
kerana segalanya diterangkan dengan terperinci. Watak
yang dilakonkan oleh Jibrail ialah seorang tetamu yang
berpakaian kemas dan tidak menunjukkan seorang yang
menempuh perjalanan yang jauh lebih meyakinkan
bahawa tetamu ini bukan manusia biasa.
Seni Lakon Dalam Sejarah
Perkembangan Islam.
Wayang kulit digunakan oleh Wali Songo di
kepulauan Jawa untuk berdakwah. Mereka
membuktikan keupayaan wayang kulit menarik
minat masyarakat untuk memeluk Islam
Wayang Kulit bukan hanya digunakan oleh
keturunan Jawa tetapi juga beberapa buah
negara Arab termasuk Moroco, Tunisia dan Syria.
Turki pernah masyhur dengan Wayang Kulit
karagos (Abd. Rahman Napiah 1983: 38).
Karagos bererti Pahlawan Bermata Hitam
adalah dibawa dari luar Turki.
sambungan
Pada zaman Abbasiah pula pernah muncul
drama yang dinamakan al-Ta
c
ziah yang
dipelopori penganut fahaman Syiah, yang
mengadakan hari peringatan tragedi Karbala iaitu
peristiwa pembunuhan Hassan dan Hussin (Ibid:
50). Drama ini bertujuan melahirkan tanda
kesedihan atas pembunuhan kedua-dua cucu
Rasulullah di samping menghidupkan suasana
politik Syiah.
Suatu bentuk sastera yang dikenali sebagai al-
Maqamat juga telah muncul di zaman Abbasiah.
Para pengkaji drama telah menggolongkan al-
Maqamat sebagai sebuah seni drama. Al-
Maqamat berbentuk penceritaan yang
dilakonkan dengan menggunakan memek muka

Aspek Positif Seni Lakon
Pengisahan sejarah dengan penghayatan yang tinggi
kerana dipersembahkan seolah-olah sedang berlaku.
Perantara untuk memberi keterangan yang lebih jelas.
Salah satu bentuk rekreasi bagi melapangkan pemikiran
dan menghiburkan untuk mengembalikan kecergasan.
Menganalisis masalah masyarakat dan mencari jalan
penyelesaiannya.
Membina kemampuan penonton untuk memberi kritikan
dan pandangan.
Menimbulkan kesedaran dalam diri penonton.
Perantaraan pendidikan khususnya di sekolah-sekolah
Membantu kerah perubahan sosial yang positif.
Menjelaskan balasan baik bagi kebaikan dan balasan
buruk bagi setiap keburukan.
Aspek Negatif
Mencemari tatasusila agama. Membangkit dan
merangsang ke arah yang tidak baik. Contohnya
menunjukkan cara-cara melakukan rompakan,
pergaulan antara lelaki dan perempuan dan
sebagainya.
Mencemari sejarah dengan melakonkan sesuatu
yang tidak menepati sejarah. Selalunya lakonan
seperti ini memang bertujuan untuk menutup apa
sebenarnya yang berlaku dalam sejarah.
Melekakan penonton hingga lupa tanggungjawab.
Menimbulkan rasa sombong di kalangan golongan
tertentu, seperti orang yang mempunyai kedudukan
dan kekayaan, apabila lakonan sering menunjukkan
keistimewaan golongan ini.
Hukum Seni Lakon Dalam
Islam
Drama pada sifat asalnya sebagai cerita tidaklah
meragukan keharusannya. Kerana asal semua
perkara itu adalah harus melainkan ada nas yang
menunjukkan haramnya. Hadis Rasulullah (saw)
yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi (al-Tirmizi
1987, 3: 134, Abwab al-Libas, bab Ma Jaa fi Lubs al-
Fira);
Maksudnya:
Rasulullah telah ditanya tentang mentega, keju dan
pakaian Fira, Rasulullah menjawab halal ialah setiap
yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab Nya, Haram
ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab
Nya dan yang tidak dijelaskan dimaafkan ke atas
mu.

Pandangan Ulama
Seni lakon pada asalnya adalah harus berdasarkan
kepada kaedah setiap sesuatu yang tidak
disebutkan oleh nas tentang haramnya adalah
dianggap harus.
Drama yang tidak membatasi pergaulan antara
wanita dan lelaki adalah haram begitu juga dengan
drama yang mendedahkan aurat.
Drama mestilah tidak memberi kesan buruk kepada
pelakon dan penontonnya. Ini bersesuaian dengan
kaedah setiap yang membawa kepada haram
adalah haram.
Seni lakon merupakan saluran pendidikan yang
berkesan dengan bertindak sebagai contoh dan
teladan

You might also like