Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 117

PERSATUAN

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA



PENDIDIKAN
PALANG MERAH DAN BULAN
SABIT MERAH
SEJARAH PALANG MERAH
Jean Henry Dunant

Tahukah anda kenapa Hari Palang
Merah /Bulan Sabit Merah Sedunia
disambut pada 8 hb. Mei setiap tahun?
Tarikh itu ialah ialah tarikh lahir bagi
Jean Henry Dunant, orang yang
mengilhamkan kewujudan persatuan
ini. Sebagai Ahli PBSM, eloklah anda
tahu serba sedikit tentang sejarah
hidupnya.
Jean Henry Dunant dilahirkan
pada 8 Mei 1828 di Geneva,
Switzerland. Bapanya ialah
seorang ahli perniagaan yang
kaya dan berpengaruh di
Geneva, manakala ibunya
seorang yang lemah-lembut
dan kuat beragama. Ibunya
yang banyak mendidik Jean
Henry sejak kecil, dan kerana
itu apabila besar sikap Jean
Henry mengikut sikap ibunya
itu.
Henry Dunant membesar sebagai anak dalam
keluarga yang berada dan menerima banyak
kemewahan kerana kedudukan bapanya, tetapi
dia juga dilatih berdisiplin dan bersikap
bangsawan. Pada masa itu Geneva dipengaruhi
kuat oleh sentimen keagamaan, dan Jean Henry
juga tidak ketinggalan. Dia amat mementingkan
kepercayaan dan moral yang tinggi.

Zaman remajanya banyak dihabiskan dengan
menyertai beberapa pergerakan, dan juga
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
keagamaan atau kebajikan. Antara pergerakan
yang dimasukinya ialah Kesatuan Kristian dan
Yahudi (pada masa itu popular di Eropah) dan
League of Alms yang bertujuan membantu
golongan miskin, sakit atau sengsara. Dia juga
selalu melawat ke penjara untuk menolong
memulihkan banduan.
Pergerakan yang paling diminatinya ialah
Kesatuan Pemuda-pemuda Kristian (The
Young Mens Christian Union atau YMCU),
yang pada masa itu bergerak di
Switzerland, Perancis dan Belgium. YMCU
adalah setara dengan Young Mens
Christian Association atau YMCA di
England. Beberapa YMCU dan YMCA
bergabung pada tahun 1955 membentuk
Kesatuan Sedunia, dan orang yang
memberi cadangan awal pembentukan itu
ialah Jean Henry sendiri.

Walaupun tekun dengan pergerakan seperti
itu, Jean Henry juga mula mengorak
langkah dalam bidang perniagaan.
Semasa berumur 21 tahun (1849), dia
bekerja sambil belajar di sebuah bank di
Geneva. Tujuannya ialah untuk
mempelajari selok belok perbankan. Dia
belajar dengan begitu baik sehinggakan
dalam masa 4 tahun sahaja (1853) dia
dilantik menjadi Pengurus Besar salah
sebuah anak syarikat bank di Algeria.
Walau bagaimanapun, dia meletakkan
jawatan pada tahun itu kerana ingin
memulakan perniagaan sendiri.
Selepas beberapa tahun
perniagaannya berjalan lancar dan
Jean Henry memperoleh banyak
keuntungan. Masa depannya amat
cerah dan nampaknya dia akan
mengikut jejak bapanya menjadi
seorang ahli perniagaan yang kaya
dan berpengaruh. Tetapi satu
peristiwa penting telah mengubah
perjalanan hidupnya.
Perniagaannya memerlukan Jean Henry banyak
bergerak dari satu tempat ke satu tempat, dan
salah satu negara yang perlu dijelajahinya ialah
Itali. Pada Jun 1859, ketika berumur 31 tahun,
beliau sampai ke suatu tempat bernama
Castiglione delta Pieve di utara Itali, di mana
Peperangan Solferino sedang berlangsung tidak
jauh dari situ. Peperangan ini berlaku antara
tentera Austria dengan gabungan tentera Perancis
dan Sardinia, dan selepas berlangsung selama 16
jam medan perang dipenuhi dengan 40000 askar
yang terkorban atau cedera.
PEPERANGAN SOLFERINO
Pekan kecil di mana Jean Henry sampai
itu penuh dengan askar-askar yang
cedera, dan pasukan perubatan tentera
yang tidak lengkap tidak mampu
merawat mereka. Beribu-ribu askar
cedera ditinggalkan begitu sahaja.
Penduduk pekan dan Jean Henry telah
cuba menolong setakat yang boleh,
tetapi mereka juga tidak dapat berbuat
banyak, kerana semua mereka tidak
terlatih atau berpengalaman menghadapi
situasi sedemikian. Ramai antara askar
itu akhirnya meninggal dunia.
Kenangan di Solferino
Pengalaman pahit itu telah
meninggalkan kesan yang amat
mendalam kepada Henry
Dunant. Apabila dia balik ke
Switzerland, mula memikirkan
cara-cara mengelakkan
kesengsaraan, atau sekurang-
kurangnya mengurangkannya
dalam peperangan.
Pengalamannya di Solferino dan
cadangan-cadangan yang
difikirkannya ditulis dalam
sebuah buku yang diberi tajuk A
Memory of Solferino (Kenangan
di Solferino).
Dia mengambil masa 3 tahun menulis buku tersebut,
dan buku itu diterbitkan pada November 1862. Buku
itu mengandungi gambaran yang lengkap tentang
peperangan yang disaksikan sendiri oleh matanya,
dan amat mengharukan sesiapa yang membaca.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jean
Henry ialah :

1. pada masa aman, patut ditubuhkan suatu
persatuan yang bertujuan membantu merawat
orang-orang yang cedera semasa perang oleh
sukarelawan yang bersemangat dan berkelayakan

2. apabila ketua-ketua ketenteraan negara berjumpa,
mereka patut mengambil peluang untuk merumuskan
beberapa prinsip antarabangsa yang dijadikan
konvensyen dan dipersetujui oleh semua, dan akan
menjadi asas kepada persatuan yang merawat orang
yang cedera dalam peperangan
Bukunya mendapat sambutan hangat,
dan cadangan-cadangan Jean Henry
mula diperkatakan oleh orang ramai.
Jean Henry menjadi terkenal dan sering
dijemput memberi ucapan dan
menerangkan cadangan-cadangannya.
Dia melawat hampir semua ibu negara
di Eropah, dan dapat berjumpa dengan
ramai orang yang berpengaruh. Sama
ada keluarga diraja atau orang
kebanyakan, semuanya mendengar dan
menyetujui cadangannya.
Jawatankuasa Berlima
Setahun kemudian, pada 17 Februari 1863,
ditubuhkanlah satu jawatankuasa yang dipanggil
International Comittee for the Relief of Wounded in
time of war (Jawatankuasa Antarabangsa untuk
Perawatan Orang-orang Cedera semasa perang).
Jawatankuasa pengasas ini lebih dikenali dengan
nama Comittee of Five (Jawatankuasa Berlima) kerana
ahli-ahlinya ada 5 orang. Jean Henry Dunant dilantik
sebagai Setiausaha, manakala Pengerusinya ialah
General Guillaume-Henri Dufour. Ahli-ahli yang lain
ialah Gustave Moynier, Louis Appia dan Thodore
Maunoir.
Satu persidangan telah dipanggil pada 26
Oktober tahun yang sama oleh jawatankuasa
ini iaitu International Geneva Conference
(Persidangan Antarabangsa Geneva), dan 16
negara beserta 4 institusi menghantar wakil.
Dalam persidangan pertama ini agenda
utamanya ialah penubuhan persatuan seperti
cadangan pertama Jean Henry Dunant, dan
semasa inilah lambang palang merah mula
dicadang untuk digunakan.

Selepas persidangan ini, banyaklah negara
mula menubuhkan Persatuan Palang Merah
peringkat kebangsaan.
Konvensyen Geneva
Pertama 1864
Setahun kemudian, Jawatankuasa Berlima telah
memanggil beberapa negara pada tahun 1864
untuk mengadakan pula persidangan antara
diplomat bertujuan mewujudkan konvensyen yang
pertama berkenaan undang-undang peperangan,
seperti cadangan kedua Jean Henry Dunant.

Beberapa diplomat dari 55 negara telah hadir, dan
persidangan ini merupakan Persidangan
Diplomatik (Diplomatic Conference) yang
pertama. Konvensyen yang terhasil mengandungi
10 artikel dan dinamakan Geneva Convention for
the Amelioration of the Condition of the Wounded
in Armies in the Field, atau lebih dikenali
sekarang sebagai Konvensyen Geneva Pertama.
Cadangan-cadangan Jean Henry nampaknya hampir
menjadi kenyataan, tetapi beliau sendiri pada
ketika ini mula kurang diperkatakan. Beliau
memang seorang yang pandai menulis dan berbual-
bual, tetapi dalam mesyuarat dan persidangan yang
bersifat rasmi beliau lebih gemar mendiamkan diri.
Akibatnya orang lain yang lebih praktikal mula
mengambil alih populariti.

Akibat terlalu menumpukan perhatian kepada
jawatankuasa yang baru itu, Jean Henry juga telah
mengabaikan perniagaannya. Perniagaannya
mengalami kerugian dan akhirnya syarikatnya
jatuh muflis pada tahun 1867. Jean Henry terpaksa
menjual hartanya untuk melunaskan hutang
syarikat. Dia meletakkan jawatan dalam
Jawatankuasa Berlima, dan mengambil keputusan
meninggalkan Geneva. Pada masa itu umurnya baru
39 tahun.
Pada tahun yang sama juga Persidangan Palang
Merah Antarabangsa julung-julung kali diadakan
antara Jawatankuasa Berlima dengan persatuan-
persatuan kebangsaan yang telah ditubuhkan
setakat itu. Ini membawa makna secara rasmi
tertubuhlah persatuan sukarelawan terlatih seperti
yang dicadangkan oleh Jean Henry Dunant.
Malangnya beliau sendiri tidak ada di Geneva untuk
menyaksikannya.

Untuk 20 tahun seterusnya, Jean Henry Dunant
merantau di negara-negara Eropah dan hidup dalam
kesusahan. Beliau hanya bergantung kepada
pemberian rakan-rakan dan keluarganya untuk sara
hidup. Sekali-sekala ada juga beliau muncul di
khalayak ramai di Perancis, Jerman, Itali dan
England, tetapi sebahagian besar hidupnya beliau
bersendirian.
Jean Henry tidak ada di Switzerland ketika
International Comittee for the Relief of Military
Wounded in time of war menukar nama kepada
International Comittee of Red Cross atau ICRC
(Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa) pada
tahun 1876. Nama ICRC kekal sehingga hari ini dan
merupakan satu jawatankuasa yang amat
berpengaruh di dunia. Tiada siapa di Geneva tahu di
mana beliau ketika itu.

Pada tahun 1887, ketika usianya 59 tahun, Jean
Henry sampai di sebuah bandar kecil bernama
Heiden di Switzerland. Beliau telah berkelana
selama 20 tahun dan merasa dirinya terlalu tua dan
letih, oleh itu beliau membuat keputusan menetap
di situ. Ada orang-orang di bandar itu yang
mengenalinya, dan mereka memberi bantuan dan
penghormatan sewajarnya kepada beliau.
Beliau hidup dengan aman dan tenteram di
Heiden, dan masih mengambil tahu tentang
persatuan yang dilhamkannya yang kini menjadi
sangat popular, walaupun ramai orang di Geneva
menganggap beliau sudah mati. Pada tahun 1892,
usia tua dan kesihatan yang tidak menentu
memaksa beliau tinggal di hospital, sehinggalah
beliau ditemui oleh seorang wartawan pada tahun
1895.
Wartawan itu menemuramah beliau, dan kemudian
menyiarkan berita mengenai Jean Henry Dunant,
penulis buku Kenangan di Solferino dan orang
yang bertanggungjawab mewujudkan Persatuan
Palang Merah, yang masih hidup dan berada di
hospital di Heiden. Dalam masa yang singkat
beliau menjadi terkenal semula, ramai orang
menghubunginya dengan surat penghargaan dan
bermacam-macam tawaran membantu beliau. Jean
Henry menghargai tawaran-tawaran yang diberi,
tetapi menolak dengan baik. Beliau sudah tua dan
tidak perlukan apa-apa lagi.
Kemuncak penghargaan kepada Jean Henry
Dunant ialah penganugerahan Hadiah Nobel
Keamanan yang pertama pada tahun 1901,
yang dikongsi bersama dengan Frederic
Passy, seorang rakyat Perancis. Majlis
penganugerahan di adakan di Christianal,
Sweden, tetapi Jean Henry tidak dapat hadir
kerana sakit tuanya. Hadiah dan pingat
Nobel itu kemudian dikirim kepadanya di
Heiden.
Jean Henry Dunant meninggal pada
30 Oktober 1910 di Heiden, dengan tidak
punya apa-apa tetapi meninggalkan
2 perkara yang amat berharga kepada dunia
iaitu Persatuan Palang Merah dan
Konvensyen Geneva.
4 Konvensyen Geneva 1949
Selepas Konvensyen Geneva Pertama 1864,
hingga tahun 1949, beberapa siri konvensyen lain
telah digubal oleh Persidangan Diplomatik untuk
menetapkan beberapa peraturan dalam
peperangan. Selain di Geneva, beberapa
konvensyen juga digubal di The Hague, Belanda,
menghasilkan apa yang dipanggil Konvensyen The
Hague. Selain daripada membuat peraturan baru,
konvensyen yang sedia ada juga telah
diperkembangkan dan diubahsuai beberapa kali.

Akhirnya suatu Peruntukan Muktamad
Konvensyen Geneva dikemukakan pada 12 Ogos
1949 yang mengandungi :
Konvensyen Pertama peraturan berkenaan
melindungi askar cedera/sakit di medan
perang
Konvensyen Kedua peraturan berkenaan
melindungi askar cedera/sakit/ karam di
laut (Konvensyen ini juga dikenali sebagai
Konvensyen Maritim)
Konvensyen Ketiga peraturan berkenaan
layanan terhadap tawanan perang
Konvensyen Keempat peraturan berkenaan
melindungi orang awam semasa peperangan
Keempat-empat konvensyen ini
dihimpunkan sekali dan dijadikan satu
dokumen baru yang dinamakan Konvensyen
Geneva 1949.
Protokol Tambahan 1977

Oleh kerana perubahan dalam politik
dunia, beberapa peraturan baru dibuat
untuk melengkapkan Konvensyen
Geneva, tetapi tidaklah dinamakan
Konvensyen Geneva Kelima. Ia hanya
dipanggil Protokol Tambahan
(Additional Protocol), dan digubal pada
tahun 1977.
Protokol tambahan tahun 1977

Protokol Tambahan I - Perlindungan
untuk Mangsa Persengketaan Bersenjata
peringkat Antarabangsa

Protokol Tambahan II - Perlindungan
untuk Mangsa Persengketaan Bersenjata
peringkat Bukan Antarabangsa

4 Konvensyen Geneva 1949 beserta 2
Protokol Tambahan 1977 yang merupakan
hasil usaha Palang Merah / Bulan Sabit
Merah ini kini diterima umum sebagai
peraturan utama dalam Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa atau UUKA
(International Humanitarian Law - IHL).

UUKA ini lebih popular dengan nama
Undang-undang Perang. Kesemuanya
mengandungi kira-kira 400 artikel, dan anda
perlu mempelajari bahasa undang-undang
untuk memahaminya!
Selain daripada hasil usaha Palang
Merah / Bulan Sabit Merah, UUKA juga
mengandungi peraturan daripada badan
lain seperti Bangsa-bangsa Bersatu.
Lambang Palang Merah / Bulan
Sabit Merah
Seperti yang anda telah tahu,
lambang Palang Merah mula-mula
sekali dicadang digunakan semasa
Persidangan Geneva Antarabangsa
1863 yang dipanggil oleh
Jawatankuasa Berlima. Lambang ini
secara khususnya ialah lambang
palang berwarna merah yang
diletakkan di atas permukaan
berwarna putih. Lambang ini
sebenarnya ialah bendera negara
Switzerland yang diterbalikkan
warnanya,dan merupakan
penghormatan kepada negara
tersebut.
Dalam Persidangan Diplomatik yang
membentuk Konvensyen Geneva Pertama
1864, negara-negara yang hadir bersetuju
mengiktiraf lambang tersebut sebagai
lambang perkhidmatan perubatan dalam
perang dan dimasukkan dalam peraturan
peperangan.

Lambang ini dipakai pada bendera yang
digunakan di hospital, ambulans dan pasukan
penyelamat. Ia juga dipakai lengan orang yang
menandakan sipemakainya berada di pihak
yang neutral. Bangunan, kenderaan atau
orang yang ada lambang ini tidak boleh
diserang, malah sepatutnya diberi
perlindungan dan pertolongan oleh mana-
mana pihak pun.
Lambang bulan sabit merah pula mula-mula
digunakan oleh Empayar Ottoman Turki semasa
berperang dengan Rusia dalam tahun 1876 1878.
Peperangan itu dipanggil Perang Timur (Eastern
War), dan Tentera Turki yang beragama Islam
merasa tidak selesa dengan lambang palang yang
merupakan simbol bagi agama Kristian. Walaupun
Turki telah menandatangani Konvensyen Geneva
Pertama, ia mengisytiharkan tidak akan
menggunakan lambang palang merah sebaliknya
menggunakan lambang baru iaitu bulan sabit
merah. Bagaimana pun ia masih menghormati
lambang palang merah yang digunakan oleh pihak
lain dalam peperangan itu.
Lambang bulan sabit merah ini hanya
diiktiraf secara rasmi oleh Persidangan
Diplomatik pada tahun 1929, yang
juga mengiktiraf satu lagi lambang
yang digunakan oleh Negara Parsi iaitu
lambang singa dan matahari merah.
Pada tahun 1980, Parsi yang menjadi
Republik Islam Iran juga mula
menggunakan lambang bulan sabit
merah.
Oleh itu sekarang ini ada 2 lambang rasmi
yang diterimapakai oleh dunia iaitu palang
merah dan bulan sabit merah. Setakat
tahun 2000, ada 136 persatuan kebangsaan
menggunakan lambang palang merah,
manakala 40 lagi menggunakan lambang
bulan sabit merah.
Ada 2 kegunaan lambang ini. Kegunaan lambang
yang asal adalah untuk perlindungan, yang lebih
terpakai semasa peperangan. Contohnya, Kor
Perubatan angkatan tentera hampir semua negara
menggunakan lambang palang atau bulan sabit
merah kepada anggota pasukannya, khemah
perubatan, dan semua kenderaan perubatannya.

Apa-apa yang ada lambang ini adalah dilindungi
oleh perjanjian Konvensyen Geneva tidak boleh
diserang dengan apa cara sekalipun, malah perlu
dibantu oleh mana-mana pihakpun. Lambang yang
digunakan untuk tujuan perlindungan mempunyai
saiz atau dimensi yang besar supaya mudah
kelihatan dari jauh.
Jika lambang ini disalahgunakan
seperti diletak pada kenderaan
yang digunakan untuk melakukan
serang hendap, pihak yang
melakukannya telah melakukan
satu jenayah perang yang berat.

Kegunaan yang lebih baru pula iaitu
semasa aman ialah untuk pengenalan,
iaitu sesiapa yang memakai lambang
tersebut dikenali mempunyai pertalian
dengan Pergerakan Palang Merah atau
Bulan Sabit Merah. Contoh yang paling
mudah ialah uniform PBSM anda yang
mempunyai lambang bulan sabit merah
di lengan, dan baju-T PBSM anda yang
yang mempunyai lambang bulan sabit
merah di bahagian belakangnya dan di
kocek hadapan. Sesiapa jua di seluruh
dunia yang melihat pakaian anda itu
akan kenal anda adalah ahli PBSM.
PRINSIP-PRINSIP
ASAS PERGERAKAN
PALANG MERAH DAN
BULAN SABIT MERAH
7 Prinsip-prinsip asas Pergerakan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa ini telah diisytiharkan
secara rasmi semasa Persidangan Palang
Merah Antarabangsa ke-20 yang
diadakan di Vienna, Austria pada tahun
1965.
Kemanusiaan (Humanity)
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa dibentuk untuk memberi bantuan
tanpa pilih kasih kepada orang-orang yang cedera di
medan perang, dan berusaha dalam kemampuannya
di peringkat antarabangsa dan kebangsaan untuk
mengelakkan atau mengurangkan kesengsaraan
manusia di mana-mana jua. Tujuannya ialah untuk
melindungi nyawa dan kesihatan, dan memastikan
kehormatan manusia dijaga. Ia menggalakkan saling
persefahaman, persahabatan, kerjasama dan
keamanan yang berkekalan di kalangan insan.
Kesaksamaan (Impartiality)
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa tidak akan pilih kasih berdasarkan
apa-apapun, seperti kewarganegaraan, bangsa,
kepercayaan agama, taraf hidup, kepercayaan
politik dan sebagainya. Ia berusaha untuk
mengurangkan penderitaan setiap individu
berpandukan hanya kepada keperluannya, dan
memberi keutamaan kepada kes-kes kesusahan
yang perlu perhatian segera.
Keberkecualian (Neutrality)
Untuk mendapatkan kepercayaan penuh setiap
orang, Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah Antarabangsa tidak akan menyebelahi mana-
mana pihak yang bertelagah, dan tidak akan
mengambil bahagian atau terlibat dalam
kontroversi sama ada bersifat politik, bangsa,
agama atau ideologi.
Kebebasan (Independence)
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
Antarabangsa ialah badan yang bebas. Persatuan
Kebangsaan pula menolong kerajaan negaranya
dalam memberi perkhidmatan kemanusiaan dan
tertakluk di bawah undang-undang negara
tersebut, tetapi mestilah sentiasa mengekalkan
kuasa autonomi supaya boleh bertindak pada bila-
bila masa selaras dengan prinsip-prinsip
Pergerakan.
Perkhidmatan Sukarela
(Voluntary Service)
Pergerakan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah Antarabangsa ialah
pergerakan membantu secara sukarela
dan tidak didorong dengan apa
carapun untuk mencari keuntungan.
Ketunggalan (Unity)
Di sesebuah negara hanya boleh ada satu
sahaja Persatuan Kebangsaan, sama ada
Persatuan Palang Merah atau Persatuan
Bulan Sabit Merah. Ia mestilah terbuka
kepada semua. Ia juga mestilah
menjalankan tugas-tugas kemanusiaan di
setiap pelosok negara.
Kesejagatan (Universality)
Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah Antarabangsa adalah pergerakan
sedunia. Dalam Pergerakan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah Antarabangsa, setiap
Persatuan Kebangsaan mempunyai taraf yang
sama, dan memikul tanggungjawab dan tugas
yang sama untuk menolong satu sama lain.
STRUKTUR DAN ORGANISASI
PERGERAKAN PALANG MERAH
DAN BULAN SABIT MERAH
ANTARABANGSA
Pergerakan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah Antarabangsa mempunyai
struktur yang agak mengelirukan. Ia
terdiri daripada 3 badan yang
berasingan iaitu Jawatankuasa Palang
Merah Antarabangsa, Persekutuan
Antarabangsa Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah, dan persatuan-persatuan
kebangsaan. Mari kita kaji satu per
satu untuk lebih memahami
perbezaannya.
Jawatankuasa Palang Merah
Antarabangsa ICRC
Seperti yang anda telah diterangkan pada awal
tadi, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa
atau ICRC (International Committee of Red Cross)
pada asalnya dinamakan Jawatankuasa
Antarabangsa untuk Perawatan Orang-orang
Cedera semasa perang yang ditubuhkan pada 17
Februari tahun 1863. Oleh kerana ada 5 ahli
pengasasnya, jawatankuasa yang mula-mula ini
lebih popular dengan nama Jawatankuasa
Berlima.
Sebenarnya Jawatankuasa ini ditubuhkan di
bawah Persatuan Kebajikan Masyarakat
Geneva, dengan tujuan asalnya untuk
mengkaji idea-idea Jean Henry Dunant dan
bagaimana idea-idea itu boleh dijadikan
kenyataan. Jawatankuasa ini telah berfungsi
dengan baik sekali, dan setiap kali
menjemput negara-negara bersidang telah
mendapat sambutan yang hebat. Oleh itu ia
beransur-ansur menjadi suatu badan yang
tersendiri.
Pada tahun 1876, nama Jawatankuasa
Palang Merah Antarabangsa, ICRC mula
digunakan, dan nama inilah yang kekal
hingga sekarang.
ICRC kini dianggotai oleh 25 ahli
jawatankuasa, dan semuanya terdiri
daripada warganegara Switzerland. Sudah
tentulah ibupejabatnya juga masih di
Geneva. Sebab utama semua ahlinya
berbangsa Switzerland ialah untuk
mengekalkan sifat neutral ICRC dalam
sebarang konflik, sesuai dengan reputasi
Switzerland sebagai negara yang neutral.
Walau bagaimanapun, ICRC mempunyai
pejabat-pejabat di beberapa rantau dunia,
dan kakitangan dan delegasinya terdiri
daripada pelbagai bangsa. Tahukah anda di
mana pejabat ICRC di rantau Asia Tenggara?
Seperti Jawatankuasa Berlima, ICRC masih
lagi mengekalkan tujuan asal
pembentukannya iaitu melaksanakan
cadangan-cadangan Jean Henry Dunant,
walaupun dalam bentuk yang berbeza
sekarang. Cadangan Dunant yang pertama
berkenaan pembentukan satu persatuan
sukarelawan telah lama menjadi kenyataan,
cuma ICRC bertanggungjawab memeriksa dan
menentukan persatuan yang akan ditubuhkan
pada masa akan datang mampu beroperasi
dan akan mematuhi 7 Prinsip-prinsip Asas
Pergerakan. Jika ICRC memberi
pengiktirafan,barulah persatuan baru itu
menjadi ahli penuh Pergerakan.
Cadangan Dunant yang kedua berkenaan
konvensyen antarabangsa juga telah
menjadi kenyataan, dan ICRC lah yang
bertanggungjawab menyebarkan
maklumat tentang Konvensyen Geneva
dan memantau perlaksanaannya.

Penyebaran maklumat dilakukan dengan
menggalakkan semua negara
menterjemahkan Konvensyen Geneva,
menggunakan peruntukan Konvensyen
dalam undang-undang negara dan
sebagainya. Pemantauan perlaksanaan
Konvensyen pula bermakna ICRC sering
memainkan peranan dalam peperangan
atau konflik bersenjata.
Contohnya,
Delegasi ICRC akan memeriksa bahawa
orang awam dihormati dan dilindungi dalam
peperangan, tawanan perang diberi layanan
sewajarnya, dan populasi negeri yang
ditawan mendapat bekalan secukupnya.
ICRC mempunyai satu agensi di bawahnya
yang dinamakan Agensi Pengesanan Pusat
(Central Tracing Agency), yang berfungsi
mengumpul maklumat tentang korban dan
tawanan perang, dan memberitahu keluarga
tentera yang terkorban atau ditawan.
Seringkali juga kakitangan IFRC menjadi
orang tengah dalam pertikaian bersenjata,
situasi tebusan dan sebagainya.

Peraturan-peraturan yang sedia ada dalam
Konvensyen Geneva juga sentiasa
diperkembangkan dan ditambah. Badan yang
bertanggungjawab tentang perkembangan
konvensyen ini sekali lagi ialah ICRC sendiri.
ICRC yang menyediakan draf untuk
dibincangkan oleh Persidangan Diplomatik,
sama ada akan dipersetujui atau tidak.
Persekutuan Antarabangsa
Persatuan-persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit
Merah (IFRC)
Hampir setiap negara di dunia sekarang
mempunyai persatuan kebangsaan, sama
ada Persatuan Palang Merah atau Persatuan
Bulan Sabit Merah. Setiap persatuan ini
bernaung di bawah satu badan induk yang
dipanggil Persekutuan Antarabangsa
Persatuan-persatuan Palang Merah dan
Bulan Sabit Merah atau IFRC (International
Federation of Red Cross and Red Crescent
Societies).
IFRC ialah satu badan yang lain daripada
ICRC. Perhatikan perbezaan pada
lambangnya.

Sejarah IFRC bermula pada tahun 1919,
iaitu sebaik sahaja selepas tamatnya Perang
Dunia Pertama. Perang Dunia Pertama itu
telah melahirkan banyak sukarelawan yang
bertugas dalam Persatuan Palang Merah
negara masing-masing. Jutaan sukarelawan
ini memberi khidmat kemanusiaan di medan
perang dan juga di kem-kem tahanan perang,
dan mereka mendapat pelbagai pengalaman.
Timbullah idea untuk mengumpulkan
sukarelawan-sukarelawan ini di bawah
satu badan induk agar ilmu dan
pengalaman tersebut dapat dikongsi
bersama. Presiden Jawatankuasa Palang
Merah Amerika Syarikat, Henry Davison,
mencadangkan ditubuhkan satu
persekutuan Persatuan-persatuan Palang
Merah. Henry Davison memanggil satu
persidangan perubatan di Paris pada
1919, dan mengemukakan cadangannya.

Ia diterima ramai, dan lahirlah apa
yang dipanggil Liga Persatuan-
persatuan Palang Merah. Negara
pengasas Liga ini ialah Amerika
Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan
Jepun. Ibupejabatnya yang mula-mula
ialah di Paris, tetapi kemudiannya
berpindah ke Geneva juga. Dalam
Perang Dunia Kedua, Liga inilah yang
banyak terlibat dalam aktiviti
kemanusiaan.

Oleh kerana lambang bulan sabit mulai
banyak digunakan, pada tahun 1983 nama
rasminya ditambah menjadi Liga Persatuan-
persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah.
Pada tahun 1991 pula, nama Liga
digugurkan dan diganti dengan Persekutuan.
Sekarang nama rasminya ialah Persekutuan
Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah, atau lebih
mudah dipanggil IFRC sahaja.
Bilangan ahli meningkat dari masa ke
semasa, dan pada tahun 2000, bilangan
negara yang menganggotai Persekutuan ini
ialah 176.
Perbezaan utama dalam bidang tugas antara
IFRC dengan ICRC ialah dari segi skopnya.
Jika ICRC lebih memainkan peranan dalam
peperangan atau konflik bersenjata, IFRC
pula akan memainkan peranan pada waktu
aman. Ia menekankan kepada kesihatan dan
kebajikan terutama di negara-negara ketiga.
IFRC menjalankan program kesihatan,
pendidikan dan bantuan kemanusiaan di
seluruh dunia. Contoh bantuan kemanusiaan
yang sering dijalankan ialah mendapatkan
bekalan makanan dan mengagihkan kepada
mangsa kebuluran.
IFRC juga merupakan badan yang
terkehadapan dalam bencana besar,
sama ada semulajadi atau buatan
manusia. Dengan bekerjasama dengan
persatuan kebangsaan, IFRC akan cuba
memberi bantuan dalam bencana
serangan wabak penyakit, gempabumi,
ribut taufan, banjir, kemalangan
kapalterbang, letupan kilang dan
sebagainya.
Persatuan-Persatuan Kebangsaan
Bolehkah anda berikan
perbezaan lambang persatuan
kebangsaan dengan lambang
IFRC?

Lambang IFRC mempunyai
segiempat merah di
latarbelakangnya, manakala
lambang persatuan kebangsaan
tidak.
Di negara masing-masing, semua
persatuan kebangsaan bertindak
sebagai badan yang membantu
kerajaan dalam hal-hal
kemanusiaan. Tugas utamanya ialah
membantu perkhidmatan perubatan
tentera jika berlaku perang, dan
untuk itu persatuan perlu
mempersiapkan dirinya semasa
aman.


Sebagai tambahan, persatuan juga
menjalankan aktiviti-aktiviti khusus
yang selaras dengan Prinsip-prinsip
Asas, seperti melatih petugas
pertolongan cemas dan jururawat,
program derma darah, menjalankan
dispensari dan hospital, memberi
pertolongan kepada orang-orang yang
sakit dan tak mampu, dan sebagainya.
Antara persatuan kebangsaan yang
aktif di peringkat dunia ialah Palang
Merah British.
Pada tahun 2000, telah ada 176
persatuan kebangsaan yang menjadi
ahli penuh IFRC. Dengan
perkembangan politik dunia semasa,
akan ada lagi persatuan kebangsaan
baru ditubuhkan jika wujud negara
baru. Anda telah tahu bahawa untuk
sesebuah persatuan kebangsaan
ditubuhkan, ia perlulah terlebih
dahulu mendapat pengiktirafan dari
ICRC.
Persidangan Antarabangsa
Ketiga-tiga badan ini iaitu ICRC, IFRC dan
persatuan-persatuan kebangsaan adalah badan
yang bebas dan tidak terikat antara satu sama
lain, tetapi mereka bekerjasama dengan amat
erat sekali. Ketiga-tiganya membentuk apa yang
dipanggil Pergerakan Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah Antarabangsa.

Mereka berjumpa 4 tahun sekali untuk
membincangkan isu-isu semasa dan
perancangan akan datang. Perjumpaan ini
diadakan dalam bentuk persidangan, dan nama
rasmi persidangan ini ialah Persidangan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.
Persidangan ini diuruskan oleh
satu sekretariat khusus yang
beribupejabat di Geneva. Walau
bagaimanapun, tempat
persidangan tidaklah sentiasa di
Geneva, sebaliknya diadakan di
merata dunia.
PERSATUAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Sejarah
Sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
bermula semasa era penjajahan British, selepas
Perang Dunia Kedua. Oleh kerana negara kita
ketika itu di bawah pentadbiran British, maka
persatuan yang ditubuhkan sudah tentulah
merupakan cawangan kepada Palang Merah
British, dengan ibupejabatnya di London.

Cawangan yang pertama ditubuhkan di Borneo
Utara (sekarang Sabah) dan Sarawak. Beberapa
tahun kemudian pada awal tahun 50-an,
beberapa lagi cawangan ditubuhkan di
Semenanjung Tanah Melayu pula, bermula di
Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Selangor.
Ini diikuti dengan Melaka, Johor dan Pahang.
Semuanya menerima arahan dari London.
Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957, tidaklah sesuai lagi
Persatuan Palang Merah di Semenanjung
bertaraf cawangan sahaja dan ibupejabatnya
jauh di London. Satu Akta Parlimen telah
digubal dan diluluskan pada tahun 1962
iaitu Federation of Malaya Red Cross
Society (Incorporation) Act 1962. Akta ini
merupakan akta ke-4 tahun 1962 dan
dikuatkuasakan pada 16 April 1962.

Dengan itu Persatuan Palang Merah
Persekutuan Malaya ditubuhkan dengan
rasminya dan ibupejabatnya di Kuala
Lumpur.
Apabila Malaysia pula dibentuk pada
September 1963 menggabungkan negeri-
negeri Semenanjung dengan Sabah, Sarawak
dan Singapura, Persatuan Palang Merah
Persekutuan Malaya bergabung pula dengan
Persatuan Palang Merah Sabah, Sarawak dan
Singapura (yang kemudian menarik diri)
yang masih lagi menjadi cawangan Palang
Merah British. Satu lagi akta digubal iaitu
Malaysian Red Cross Society (Incorporation)
Act 1965.


Akta ini adalah akta ke-47 tahun 1965, dan
dengan itu tertubuhlah Persatuan Palang
Merah Malaysia.
Sesuai dengan imejnya sebagai negara
yang agama rasminya ialah Islam,
lambang palang merah telah ditukar
dengan lambang bulan sabit merah
pada tahun 1975. Sekali lagi, satu akta
digubal di Parlimen Malaysian Red
Crescent Society (change of name) Act
1975.
Akta ini dikuatkuasakan pada 4
September 1975, dan dengan itu nama
rasmi persatuan ialah Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Nama
inilah yang kekal hingga hari ini.
Kewujudan PBSMM berdasarkan Akta
Parlimen membezakannya dengan satu
lagi persatuan yang berfungsi seakan-
akan sama iaitu St. Johns Ambulance.
Sebarang perlembagaan PBSMM tidak
boleh diubah tanpa dirujuk ke
Parlimen, manakala perlembagaan St.
John boleh diubah dalam mesyuarat
agungnya.
Struktur Organisasi
Oleh kerana penubuhan Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia tertakluk kepada
Akta Parlimen, struktur organisasinya
adalah mengikut kehendak akta
tersebut.

Penaung persatuan ialah Seri Paduka
Baginda Yang Dipertuan Agong. Presiden
persatuan pula dipegang oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri. Timbalan
Presiden pula dipegang oleh Yang Amat
Berhormat Timbalan Perdana Menteri. 7
Naib Presiden, yang dipegang oleh :
Yang Berhormat Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri
Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan
Yang Berhormat Menteri Pelajaran
Yang Berhormat Menteri Pendidikan
Tinggi
Yang Berhormat Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri
Perhatikan bahawa jawatan-jawatan di atas
dipegang oleh seseorang berdasarkan
kedudukannya dalam kerajaan. Ini
memudahkan kerjasama antara PBSMM
dengan kerajaan. Jika jawatan dalam
kerajaan itu bertukar orang, maka
pemegang jawatan dalam PBSMM juga
bertukar secara automatik.

Bolehkah anda namakan orang-orang yang
memegang jawatan Penaung, Presiden dan
Naib-naib Presiden pada masa ini?
Majlis Kebangsaan
Majlis Kebangsaan merupakan badan
yang membuat polisi dan dasar
PBSMM. Ia dianggotai oleh 62 orang
ahli, yang terdiri daripada wakil-wakil
Cawangan, wakil-wakil kementerian dan
agensi kerajaan, dan juga ahli-ahli
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan.
Majlis Kebangsaan bermesyuarat 3
bulan sekali.
Jawatankuasa Eksekutif
Kebangsaan
seperti namanya ialah badan yang
menjalankan polisi dan dasar yang
diputuskan oleh Majlis Kebangsaan. Ia
melaksanakan arahan Majlis Kebangsaan,
dan menjalankan aktiviti-aktiviti seharian
PBSMM. Badan inilah yang menggerakkan
Persatuan seperti yang kita tahu hari ini.
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
bermesyuarat sebulan sekali.
Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan
diketuai oleh Pengerusi Kebangsaan,
di bawahnya ada seorang Timbalan
Pengerusi Kebangsaan,
4 orang Naib Pengerusi Kebangsaan,
seorang Bendahari Kehormat Kebangsaan
dan 12 orang Pengerusi Jawatankuasa
Kebangsaan.
Setiausaha Majlis Kebangsaan juga ialah
Setiausaha Agung bagi Jawatankuasa
Eksekutif Kebangsaan.
12 Jawatankuasa Kebangsaan itu ialah :
1. Jawatankuasa Reaksi Kecemasan
2. Jawatankuasa Ambulans
3. Jawatankuasa Program Darah
4. Jawatankuasa Kesihatan dan Perkhidmatan
Masyarakat
5. Jawatankuasa Tenaga Manusia
6. Jawatankuasa Latihan
7. Jawatankuasa Hal Ehwal Undang-undang dan
UUKA
8. JawatankuasaHal Ehwal Antarabangsa
9. Jawatankuasa Penerangan
10. Jawatankuasa Kutipan Derma
11. Jawatankuasa Bangunan
12. Jawatankuasa Pengurusan
Setiap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan
akan melantik pula ahli-ahli Jawatankuasa masing-masing.
Kesemua jawatan dalam struktur organisasi
di atas terdapat di Ibu Pejabat Kebangsaan
(IPK) Kuala Lumpur. Tahukah anda di mana
dalam Kuala Lumpur terletaknya IPK ini?

Anda juga harus tahu setiap negeri di
Malaysia, dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Labuan, membentuk Cawangan
(Branch) kepada PBSM Malaysia. Oleh itu
kita ada 15 Cawangan kesemuanya. Setiap
Cawangan mempunyai struktur organisasi
yang hampir menyerupai Jawatankuasa
Eksekutif Kebangsaan .
Setiap Cawangan pula terdiri daripada
beberapa Chapter (dahulu dipanggil
Daerah) dan juga Sub-Chapter. Sub-
Chapter ini biasanya merupakan
suatu institusi seperti universiti,
maktab perguruan dan sebagainya.
Setakat tahun 2000, ada 119 Chapter
dan Sub-Chapter di seluruh negara.
Tahukah anda sekolah anda berada
dalam Chapter mana?
Aktiviti di peringkat chapter biasanya
dijalankan oleh unit-unit yang terdiri
daripada bahagian Pasukan Bantuan
Sukarelawan atau PBS (Volunteer Aid
Detachment atau VAD), Belia (Youth), dan
Kanak-kanak (Link) . Untuk pengetahuan
anda, ahli-ahli Belia (pelajar sekolah
menengah) dan Kanak-kanak (pelajar
sekolah rendah) membentuk lebih kurang
80% ahli-ahli PBSM Malaysia
keseluruhannya. Setiap unit ini mempunyai
pegawai masing-masing. Bagi unit Belia,
Pegawai Belianya ialah guru penasihat
PBSM yang dilantik oleh sekolah.
Setiap unit yang berdaftar dengan IPK
mempunyai nombor unit yang khas, yang
menunjukkan unit itu dari Cawangan mana
dan dari bahagian apa. Contohnya Unit
PH(Y)44 menunjukkan unit ini ialah dari
Cawangan Pahang (PH), merupakan unit
Youth atau Belia (Y), dan nombor 44
menunjukkan ia merupakan unit ke 44
yang didaftarkan. Ini sebenarnya ialah
nombor unit bagi SMK MARAN.

Tahukah anda nombor unit pasukan PBSM
sekolah anda?
Kita boleh meringkaskan kedudukan
unit-unit dalam PBSMM seperti berikut :
PBS Belia Kanak-kanak
Chapter
Daerah
Sub-Chapter
Institusi
CAWANGAN
Negeri
IBU PEJABAT KEBANGSAAN
Kuala Lumpur
Aktiviti-aktiviti
Sebagai ahli Belia, anda selalunya akan menyangka
aktiviti PBSM ialah apa-apa aktiviti yang anda
jalankan di sekolah sahaja. Sebenarnya, anda dan
pasukan sekolah anda hanyalah sebahagian
daripada PBSMM, oleh itu aktiviti sekolah
hanyalah sebahagian daripada aktiviti PBSMM
secara keseluruhannya. Unit-unit Belia, Kanak-
kanak, dan PBS masing-masing ada aktiviti yang
dijalankan dengan dipimpin oleh pegawai masing-
masing. Di peringkat Chapter ada aktiviti-aktiviti
yang dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa PBSM
Chapter. Begitu juga di peringkat Cawangan
(negeri) ada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
Ahli Jawatankuasa PBSM Cawangan.
Di peringkat kebangsaan, setiap Jawatankuasa
Kebangsaan melaksanakan aktiviti masing-masing,
dan oleh kerana ada 12 Jawatankuasa Kebangsaan,
maka banyaklah aktiviti-aktiviti yang berjalan. Jika
anda rajin membaca akhbar atau mendengar siaran
berita di televisyen, anda tentu pernah melihat
aktiviti-aktiviti PBSMM yang besar-besar.

Antara yang biasa ialah memberi bantuan dalam
bencana (banjir, tanah runtuh, bangunan runtuh dan
sebagainya), perkhidmatan ambulans 24 jam,
program derma darah, perkhidmatan kesihatan dan
kebajikan, program latihan pertolongan cemas, dan
lain-lain lagi. Mungkin anda boleh mengumpulkan
berita-berita aktiviti PBSM ini dan pamerkan di
sekolah sebagai salah satu aktiviti mingguan.
STRUKTUR ORGANI SASI
PBSMM
Majlis Kebangsaan
Lembaga Eksekutif Kebangsaan
Cawangan
Chapter
Unit
Pasukan Kebajikan PBS Belia & Kanak-Kanak
Sekretariat
Kebangsaan
Sekretariat
Cawangan
Sekretariat
Chapter
PENAUNG PBSMM
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan
Agong

PRESIDEN PBSMM
YAB Perdana Menteri

TIMBALAN PRESIDEN PBSMM
YAB Timbalan Perdana Menteri

7 NAIB PRESIDEN PBSMM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga &
Masyarakat
Menteri Luar Negeri
Menteri Kesihatan
Menteri Belia & Sukan
Menteri Pelajaran
Menteri Pendidikan Tinggi
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Komposisi Majlis
Kebangsaan PBSMM
Pegawai dipilih
a. Pengerusi Kebangsaan
b. Timbalan Pengerusi Kebangsaan
c. 4 Naib Pengerusi Kebangsaan
d. Bendahari Kehormat Kebangsaan
e. 8 ahli jawatankuasa
2 wakil dari setiap cawangan PBSMM
Ex-Officio : Unit Perubatan Angkatan Tentera Malaysia,
Persatuan Perubatan Malaysia, Wakil setiap
kementerian yang terlibat yang berakitan
Ex-Officio : Setiausaha Agung

5 Zon tersebut adalah ;
a. Zon Utara
(Perlis, Kedah, Penang)
b. Zon Tengah
(Perak, Selangor, W.P Kuala Lumpur
c. Zon Selatan
( Negeri Sembilan, Melaka, Johore)
d. Zon Pantai Timur
(Kelantan, Trengganu, Pahang)
e. Zon Timur
(Sabah, Sarawak, WP Labuan)

PENGERUSI CAWANGAN
TIMBALAN PENGERUSI CAWANGAN
2 ORANG NAIB PENGERUSI CAWANGAN
PENGARAH CAWANGAN
SETIAUSAHA KEHORMAT CAWANGAN
BENDAHARI KEHORMAT CAWANGAN
PEGAWAI PERUBATAN CAWANGAN
PEN. PENGARAH LATIHAN CAWANGAN
PEN. PENGARAH PBS ( VAD ) CAWANGAN CAWANGAN
PEN. PENGARAH BELIA CAWANGAN
PENGUASA PERUBATAN CAWANGAN
KUARTER MASTER CAWANGAN
AJK CAWANGAN
PENGERUSI CABANG
TIMBALAN PENGERUSI CABANG
2 ORANG NAIB PENGERUSI CABANG
PEGAWAI PERUBATAN CABANG
SETIAUSAHA KEHORMAT CABANG
BENDAHARI KEHORMAT CABANG
PENGUASA RAWATAN CABANG
KUARTER MASTER CABANG
PEG. PENJAGA LATIHAN CABANG
PEG. PENJAGA PBS ( VAD ) CABANG
PEG. PENJAGA BELIA CABANG
SEJARAH RINGKAS

PERSATUAN
BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA
Sejarah Ringkas PBSMM
Pergerakan Palang Merah/Bulan
Sabit Merah adalah satu organisasi
kemanusiaan.

Mula ditubuhkan pada bulan April
1948 di Sabah sebagai salah satu
Cawangan kepada Persatuan Palang
Merah British

Selepas negara mencapai kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957, Persatuan Palang
Merah Persekutuan Tanah Melayu telah
diperbadankan dengan kelulusan Akta
Parlimen 1961 ( No. 4 Tahun 1962).
Berkuatkuasa pada 16 April 1962.
Dengan kelulusan Akta Persatuan
Palang Merah Malaysia ( Pertukaran
nama tahun 1962 ), nama dan lambang
persatuan ini telah ditukar menjadi
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA atau PBSMM pada
4 September 1975.
Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia (PBSMM) diletakkan
dibawah tanggungjawab Menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat

Sehingga kini persatuan ini
mempunyai keahlian seramai
250,000 orang yang mana
keahliannya terdiri daripada ;

Ahli Kehormat Seumur Hidup
Ahli Seumur Hidup
Pasukan Bantuan Sukarela
Belia ( Sekolah Menengah )
Link ( Sekolah Rendah )
Kini PBSMM mempunyai 16 Cawangan
yang ditubuhkan di seluruh negara
meliputi Negeri Perlis, Kedah, Pulau
Pinang, Perak, Selangor, W.P. Kuala
Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan,
Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu,
Sabah, Sarawak & W.P. Labuan.
( W.P. Putrajaya dalam proses
penubuhan )

AKTIVITI ASAS PBSMM
Perkhidmatan Ambulans 999 24 Jam
Sekitar Lembah Klang

RESPONS BENCANA
PERKHIDMATAN KESIHATAN DAN
KEMASYARAKATAN
LATIHAN
PBSMM sepanjang usianya
TERIMA KASIH
PERSATUAN
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

You might also like