Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Contoh permainan bahasa melayu

Contoh: Permainan Membina Ayat Tunggal


1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B (satu
kumpulan 6 hingga 8 orang).
2. Setiap kumpulan murid itu diberi nombor 1 hingga 6.
3. Murid diminta berbaris mengikut kumpulan masing-masing mengikut susunan
nombor yang telah diberi.
4. Kad perkataan diletakkan di dalam bakul di tengah-tengah antara kedua-dua
kumpulan tersebut.
5. Apabila guru menyebut nombor ahli kumpulan, misalnya nombor 3, murid dari
kedua-dua kumpulan tersebut akan berlari ke arah bakul untuk mengambil kad
perkataan itu.
6. Murid yang berjaya terlebih dahulu mengambil kad perkataan itu, akan menyebut
perkataan yang diperolehnya. Misalnya murid nombor 3 dari kumpulan A yang telah
berjaya, dia akan mempamerkan kad perkataan kepada kelas dan menyebutnya,
rumah
7. Murid nombor 3 dari kumpulan B mesti membina ayat tunggal dengan menggunakan
perkataan rumah. Sekiranya murid tersebut tidak berjaya membina ayat dalam
tempuh yang tertentu, satu markah hanya diberikan kepada kumpulan A sahaja.
Aktiviti ini akan dilakukan berulang kali mengikut nombor yang berlainan.

Contoh: Menyusun Ayat Mudah Mengikut Urutan yang Betul
1. Murid mendengar penerangan guru mengenai cara bermain dam ular yang ditayangkan
melalui komputer riba. Mereka bermain secara kumpulan (tiga atau empat orang
sekumpulan). Apabila dadu yang dilontar itu menunjukkan angka dua atau empat,
kumpulan murid itu perlu menyusun ayat yang diletakkan oleh guru di dalam sebuah bakul.
2. Wakil kumpulan akan melontar dadu mengikut giliran kumpulan. Kumpulan yang melontar
dadu selain dari angka dua dan empat boleh menggerakkan buah damnya pada slaid dam ular.
Mereka tidak perlu menyusun ayat.
3. Wakil kumpulan yang melontar dadu terkena pada angka dua atau empat perlu menyusun
ayat. Misalnya kumpulan A melontar dadu dan mendapat nombor dua. Mereka akan
menyusun semula ayat seperti;

Syafi payung merah ada disusun menjadi Syafi ada payung merah.

4. Sekiranya murid kumpulan itu berjaya menyusun ayat, barulah buah damnya akan
digerakkan. Jika tidak berjaya buah dam tidak boleh digerakkan.


Radio Ajaib
Objektif: Melatih pelajar mendengar dan mengenalpasti.
Bahan: Rakaman suara binatang, fenomena alam, perbualan dan lain-lain.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Anda kemudiannya memperdengarkan bunyi dari rakaman anda. (persediaan yang
rapi diperlukan).
3. Anda meminta kumpulan tertentu menjawab / meneka secara bergilir.
4. Kumpulan yang berjaya meneka bunyi yang gagal diteka kumpulan lawan akan
mendapat markah bonus.

Nota:
Anda boleh mempelbagaikan rakaman. Susunan rakaman mestilah daripada mudah
kepada sukar seperti daripada bunyi suara binatang kemudian fenomena alam,
suasana sekolah dan diakhiri dengan perbualan.


Membentuk Perkataan

Objektif: Supaya pelajar mahir membentuk perkataan daripada huruf-huruf yang
diberi.
Bahan: Kad yang mengandungi huruf tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan

Langkah:
1. Setiap kumpulan pelajar diberi senarai perkataan yang tidak betul susunan ejaannya.
2. Mereka dikehendaki menyusun huruf-huruf yang diberi supaya membentuk
perkataan yang betul ejaannya.
3. Peruntukan masa tertentu untuk setiap soalan yang diberi.


Nota:
Cara yang sama juga boleh digunakan untuk permainan membentuk ayat. Dalam
permainan ini anda perlu menyediakan kad-kad yang mengandungi perkataan untuk
disusun membentuk ayat yang betul.
Untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar, anda boleh memperuntukkan masa
yang singkat dalam satu-satu soalan. Keadaan ini juga boleh menambahkan lagi
tarikan dan keseronokan pelajar.


Permainan Teka Lukisan/Lakaran

Objektif : Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimaginasi dengan baik
Bahan: Kertas dan Pensel
Cara bermain: Kelas/Berkumpulan

Langkah:
1. Pelajar duduk ditempat atau di dalam kumpulan masing-masing.
2. Anda akan melukis sesuatu objek sambil meminta pelajar anda meneka apakah
objek yang sedang anda lukis. Pertanyaan anda perlu dilakukan berdasarkan
peringkat lukisan atau lakaran.
3. Kumpulan yang paling banyak dapat meneka dengan tepat dikira pemenang.
4. Aktiviti melukis ini pula diikuti
oleh wakil kumpulan masing-masing manakala
kumpulan lawan membuat tekaan.



Pemainan Telefon Rosak

Objektif: Membolehkan pelajar menghafal beberapa ungkapan tertentu dan
menyampaikannya kepada rakan dengan tepat.
Bahan: Kad yang mengandungi ayat tertentu.
Cara bermain: Berkumpulan.
Langkah:
1. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai
bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu menerangkan apakah langkah-langkah yang perlu diikuti oleh setiap
kumpulan.
3. Ketua kumpulan diberikan sekeping kad yang mengandungi nota atau ayat yang
perlu diingati.
4. Ketua kumpulan tersebut
5. Ketua kumpulan perlu membisikkan ayat yang telah diingatinya itu kepada orang
kedua dan orang kedua pula membisikkan kepada orang ketiga dan seterusnya
kepada orang terakhir.
6. Pelajar terakhir akan menyampaikan maklumat yang didengari melalui bisikan
tersebut.
7. Laporan maklumat kumpulan yang tepat akan dianggap pemenang.




Permainan Kotak Beracun

Objektif: Melatih keberanian pelajar dalam menyebut atau menjawab soalan.
Bahan: Kotak, radio (sumber muzik), lipatan kertas yang mengandungi soalan.
Cara bermain: Kumpulan/Kelas.
Langkah:
1. Permainan ini boleh melibatkan semua pelajar dalam satu kumpulan.
2. Apabila muzik dimainkan, kotak mula diedarkan. Pelajar akan meyerahkan kotak
tersebut kepada rakan sebelahnya dan begirulah seterusnya.
3. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang terakhir yang memegang kotak itu akan
didenda.
4. Pelajar yang didenda, perlu membuka kotak itu dan mengambil lipatan kertas yang
mengandungi soalan (denda), pelajar dikehendaki membaca denda itu dengan kuat.
5. Pelajar yang didenda akan melakonkan / menjawab soalan.
6. Muzik dimulakan semula dan kotak diedarkan semula.
7. Seperti pusingan pertama, apabila mizik diberhentikan, pelajar terakhir yang
memegang kotak itu akan dikenakan denda mengikut arahan yang terdapat pada
lipatan kertas yang terdapat di dalam kotak tersebut.

Permainan Fikir dan Nyatakan

Objektif: Memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir
Bahan: Pen (marker/kapur), papan tulis, beberapa perkataan.
Cara bermain: Kumpulan
Langkah:
1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan yang
dibahagikan perlu mempunyai bilangan ahli yang sama.
2. Anda perlu membuat garisan pada papan hitam mengikut bilangan huruf yang
hendak diteka. Contoh:- ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___
()
3. Selepas itu, pelajar-pelajar perlu meneka huruf-huruf yang bersesuaian yang perlu
diisi pada ruang kosong tersebut. Kumpulan yang silap meneka akan dikenakan
hukuman dimana guru akan melukis orang lidi satu persatu bermula dengan kepala,
diikuti badan, tangan, dan akhir sekali kaki bagi setiap kesalahan teka yang mereka
lakukan.
4. Kumpulan yang pertama melengkapkan gambarajah orang lidi tersebut dikira tewas.
Nota:
Anda boleh menjalankan permainan ini secara berpusingan mengikut peruntukan
masa yang dihadkan.


Permainan Teka Lakonan

Objektif: Melatih pelajar-pelajar berfikir dan berimiginasi dengan baik
Bahan: Kertas arahan (sampul)
Cara bermain: Kelas/berkumpulan
Langkah:
1. Pelajar duduk di tempat masing-masing.
2. Anda perlu membuat satu lakonan.
3. Pelajar diminta meneka apa yang dilakonkan oleh anda.
4. Kemudian anda perlu memilih seorang pelajar membuat lakonan berdasarkan
arahan dalam sampul yang dipilih.
5. Pelajar lain diminta meneka lakonan tersebut.
6. Seterusnya anda boleh melakukannya berdasarkan perlawanan kumpulan.
Kumpulan lawan akan meneka lakonan wakil kumpulan lain.
7. Penilaian dilakukan berdasarkan ketepatan meneka.

Teka-teki Bahasa Melayu
Sila "highlight"pada ruangan selepas tanda " * " untuk melihat jawapan bagi teka teki dibawah :-)...


1) Syarikat apakah yang terbesar di dunia? *Amerika Syarikat

2) Air apakah yang tidak akan beku? *Air Panas

3) Perkataan apakah yang dieja salah di dalam kamus? *Salah



4) Apakah yang perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan? *Telur

5) Kamu balingnya bila ingin digunakan, dan tariknya bila selesai digunakan? *Sauh

6) Kenapa lelaki perlu beristeri tiga? *Kerana, kalau satu isONE, kalau dua pulak, isTWO, so, kalau
tiga mestilah isTERI

7) Kenapa burung kalau di terbang dan bawak makanan pakai mulut? * Kalau di pakai kepak,
macamana dia nak terbang.

8) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik? * Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang,
tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

9) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais? *Milo ais.

10) Apa bahasa cinanya lantai basah? *li chin.

11) Alat menyelam, tetapi ada kat internet. Apakah ia? *Google

12) Gunung apa yang mempunyai tiga cabang? *Gunung Daik

13) Macamana nak buat duit dalam masa singkat? *Ambil pen, kemudian lukis duit kat atas kertas.

14) Banyak-banyak kelapa, kelapa apa yang popular? *'Kelapa dan orkid baik untuk rambut'



15) Buah apa yang tidak mempunyai otak? *Semua buah.

16) Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal? *Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada
kamu.

17) Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari? *Tiada, sebab burung terbang.

18) Ada tak betik yang bahaya kalau di makan? * Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.

19) Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat? *Letak di depan cermin.

20) Kenderaan apa yang paling menakutkan? * Lori Hantu

21) Jenama apa yang paling mahal? * Yamaha

22) Bom apa yang anti pada api? * Bomba

23) Sel apa yang berada kat luar badan? * Seluar

24) Apa beza disini dan disana? * Huruf 'i' dan 'a'.

25) Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba? *Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

26) Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam? *Sebab batu tak pandai
berenang.

27) Lubang apa yang buat kita segar? *Lu bangun.

28) Satu tubuh 2 nyawa. Siapa ? * Orang Hamil.

29) Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal
hujan di tengah jalan? *Jalan je kat tepi.

30) Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua? *Motor, sebab ada tongkat.

31) Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? * Penguin

32) Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? *Patah Balik
33) Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak
dimakan. *Kuih Donat
34) Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada
kesan tapak kakiku. Kenapa? * Aku berjalan secara mengundur!
35
35) Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
*Ayam jadi banyaklah!!!

36) Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut
sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. * Tapak kaki kitalah.
37) Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? *
Nampak beno nipunyer....
38) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk
memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya
pokok apa tumbuh dulu? * Dua-dua tak tumbuh sebab dia tanam separuh jer...
39) Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? * Pemandunya lah yang mati...... kalau
kereta kancil dengan rusa
40) Apakah haiwan yang berkaki 3? * Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
41) Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? * Kerana yang menciptanya orang jepun.
Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD...Hahahahha!!!
42) Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam,
sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di
lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam
meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana
mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? * Waktu itu adalah siang hari
bukannya malam!
43) Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? * Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh,
jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
44) Apakah bendanya sebelum dicuci ia putih, lepas dicuci ia menjadi hitam? * Papan Hitam
45) Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah
kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? * Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke
bawah dan memakan rumput.
46) Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? * Buah keranji sebab
dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar
pagar.(berdasarkan pantun melayu)
47) Apakah yang berada diantara langit dan bumi. * Dan
48) Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke
hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah.
Kenapa ? * Sebab anak dia tu perempuan
49) Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar? * Takkan nak bawak piano pulak!
besar tuh!
50) Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak
mendapat sama. Apakah itu? * Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Is

You might also like