Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)

digunakan untuk menggantikan kata nama orang.


kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama
(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua
(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama
digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
KGND
Pertama
Bentuk Penggunaan Ayat contoh
aku tunggal
Merujuk kepada diri sendiri apabila berhubung dengan
orang yang rapat dan sama taraf, dan ketika berdoa
kepada Tuhan.
1. "Kedatangan aku ke mari membawa hajat yang besar,
Manisah," kata Ziana kepada rakan karibnya itu.
2. Ya Allah, aku memohon petunjuk-Mu," lafaz Pak Man
dalam doanya.
saya tunggal
Merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan
orang yang baru dikenali atau sesiapa sahaja dalam
keadaan rasmi.
1. "Rumah saya tidak jauh dari sini," kata Rahim kepada
orang tua yang bertanya kepadanya itu.
2. Saya berasa bertuah menjadi rakyat Malaysia.
beta tunggal
Digunakan oleh raja, permaisuri, sultan dan kaum
kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.
1. "Berani awak mengingkari perintah beta," titah baginda
sultan dengan murkanya.
2. "Beta izinkan mamanda menteri berangkat sekarang juga,"
titah Sultan Ali.
patik tunggal
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan sultan,
permaisuri, raja dan kerabat diraja.
1. Kata Bendahara Melaka, "Patik menjunjung perintah,
tuanku."
2. "Patik datang ke mari membawa hajat yang besar,
tuanku," sembah Hang Kasturi kepada Sultan Mahmud.
daku tunggal
Merujuk kepada diri sendiri dan hanya digunakan jika
perkataan sebelumnya berakhir dengan huruf "n".
1. Adakah engkau masih ingat akan daku?
2. Oleh sebab tidak sependapat dengan daku, akhirnya kami
berpisah juga.
hamba tunggal Merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu.
1. "Hamba telah banyak melihat corak hidup manusia," kata
pengembara itu kepada Engku Azlina.
2. "Jangan hamba dihina begini," rayu saudagar itu kepada
Malim Kundang.
kami jamak
Merujuk kepada si penutur dan temannya apabila
bercakap dengan pihak kedua.
1. "Kami akan menyertai kem motivasi di sekolah," kata Ali
dan Siti kepada ibu mereka.
2. Ami dan John memberitahu cikgu mereka,"Kami tidak
tahu membuat projek itu."
kita jamak
Merujuk kepada si penutur dan orang yang
mendengarnya.
1. Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara kita.
2. "Jika kita bersatu, kita akan menjadi kuat," kata Eda
kepada rakan-rakannya.



(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua
digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.
kata ganti nama diri kedua juga terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
KGND
Kedua
Bentuk Penggunaan Ayat contoh
awak tunggal
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat,
panggilan orang atasan kepada orang bawahan dan
digunakan oleh suami dan isteri apabila bercakap.
1. "Awak tidak boleh merokok di dalam pejabat," kata
pengurus itu kepada keraninya.
2. "Bila awak mahu datang ke rumah saya?" tanya Salmah
kepada sahabat karibnya.
kamu tunggal
Digunakan oleh orang yang lebih tua atau dewasa
dan ditujukan kepada anak, para pelajar dan
sebagainya
1. "Kamu masih belum sihat lagi, Man?" Kudus bertanya.
2. "Mengapakah mata kamu merah, Amin?" Halim
bertanya kepada adiknya.
engkau tunggal
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat dan
dengan Tuhan apabila berdoa.
1. "Apakah yang engkau lakukan ini?" Zuren bertanya
kepada Ku Li.
2. Ya Allah, Engkaulah yang maha mengetahui.
dikau tunggal
Digunakan dalam tulisan sebagai objek kepada
kata sendi dan kata kerja transitif yang ejaannya
berakhir dengan huruf "n".
1. Aku akan memperkenalkan dikau dengan kawan-
kawanku yang lain.
2. "Saya amat rindu akan dikau," kata Hasan kepada teman
wanitanya.
tuanku tunggal
Digunakan apabila bercakap dengan sultan, raja
dan kerabat diraja; bermaksud "tuan yang mulia".
1. "Segala titah tuanku akan patik patuhi," kata Hang Tuah.
2. "Patik ke mari bersama-sama dengan anak dan isteri,
tuanku" sembah Tun Pepatih.
anda tunggal / Merujuk kepada diri orang yang kedua/ orang yang 1. Anda dikehendaki membaca arahan dengan teliti
jamak dilawan bercakap apabila tiada berhadapan dengan
kita. Contohnya dalam siaran radio, televisyen atau
dengan orang yang sebaya.
sebelum menjawab soalan.
2. Jika anda berminat untuk menyertai syarikat kami, sila
hubungi kami dengan segera.
kalian jamak
Merujuk kepada diri orang kedua atau orang yang
dilawan bercakap yang bilangannya melebihi
seorang/bilangan banyak.
1. Kalian diharap bertenang kerana para hakim sedang
mengira markah.
2. "Apakah yang kalian buat di sini?" Husin bertanya
kepada rakan-rakannya.
(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.
KGND
Ketiga
Bentuk Penggunaan Ayat contoh
dia / ia tunggal
Untuk menggantikan nama diri orang yang
diceritakan/dicakapkan sama ada rakan sebaya atau orang
yang lebih muda.
1. Dia berjanji akan berubah, tidak lagi bersikap malas
seperti dahulu.
2. Ahmad terjatuh kerana ia ditolak oleh kawannya.
nya tunggal
Digunakan untuk menggantikan kata ganti dia/ia, nama
binatang dan nama benda. Tidak boleh berdiri sendiri dan
ditulis serangkai dengan perkataan yang mendahuluinya.
1. Munirah memanggil Masni sambil melambai padanya.
2. Burung itu tidak boleh terbang kerana sayapnya patah.
baginda tunggal
Untuk menggantikan nama sultan, raja, kerabat diraja
yang diperkatakan.
1. Sultan Samad menitahkan Perdana Menteri pergi
mendapatkan anakanda baginda di Temasik.
2. Bagina Sultan jarang-jarang melawat ke sini.
beliau tunggal
Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati seperti ibu
bapa, pemimpin dan guru.
1. Semua anak beliau belajar di luar negara.
2. Menteri Pelajaran tidak dapat hadir kerana beliau berada
di luar negara.
mereka jamak
Untuk menggantikan nama diri orang ketiga yang
dicakapkan yang bilangannya melebihi seorang.
1. Rumah mereka ranap ditiup angin ribut.
2. Mereka bergotong-royong membersihkan kampung.

You might also like