Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1

MINIT MESYUARAT PENGAKAP


KUMPULAN SK KIANDONGO BIL 1/2011

TARIKH : 2 MAC 2011 (RABU)
MASA : 3.00 HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : KELAS TAHUN 6, SK KIANDONGO, TONGOD (TELUPID)

KEHADIRAN :

1. EN. MOHD RASHDAN HAFIZ BIN ABD RASHID (GURU PENASIHAT)
2. SDR. AERON DIMO
3. SDRI. AIROLINA JULIS
4. SDRI. ANGLIE PETRUS
5. SDRI. ECHLINAH PHILIP
6. SDRI. ELYOENA JASMI
7. SDRI. HELNAH GINAL
8. SDR. JANUS MAIKA
9. SDR. JELIKMUS PHILIPMUS
10. SDRI. JULLETTA RUTH KOH
11. SDRI. MERLINAH JOHNATUN
12. SDRI. NATALIA LUDAS
13. SDR. NIC DEANVER PETRUS
14. SDRI. NORJIANAH AIM
15. SDRI. NORFAEZAH LAIDIN
16. SDR PENDI SALIM
17. SDR. RAFI RIKO STEWART
18. SDR. RENLLY RAMDOSE
19. SDR. VINDRY KUKONG
20. SDR. WILLSON MATTURIS
21. SDR. YOEL LILIP
22. SDR. ZAC FALCATHER FILIPUS

AGENDA :
1. UCAPAN ALU-ALUAN GURU PENASIHAT
2. PERLANTIKAN ORGANISASI
3. PERANCANGAN AKTIVITI
4. LAIN-LAIN HAL
5. PENUTUP

1. UCAPAN ALU-ALUAN GURU PENASIHAT
Cikgu Rashdan selaku guru penasihat merangkap Pemimpin Pengakap sekolah ini merakam ucapan jutaan terima
kasih di atas kehadiran ahli Pengakap Kanak-kanak (PKK) pada pertemuaan kedua dan memaklumkan tujuan
mesyuarat ini adalah untuk melantik sebuah organisasi baru dan sekaligus membubarkan organisasi yang diwujudkan
pada tahun 2010.

2. PERLANTIKAN ORGANISASI

2.1 Perlantikan dimulai dengan pencalonan Pengerusi PKK yang akan bertindak sebagai Ketua Pek di
dalam membantu Guru Penasihat mengendali kumpulan. 3 Calon disenaraikan iaitu Sdr. Renlly
Ramdose, Sdr. Zac Falcather Filipus dan Sdr. Julletta Ruth Koh.
2.2 Perlantikan dilaksanakan secara undian dengan Sdr. Renlly Ramdose mendapat 7 undian, Sdr Zac
Falcather mendapat 11 undian manakala Sdri. Julletta mendapat hanya 1 undian.
2.3 Majoriti ahli bersetuju melantik Sdr. Zac Falcather sebagai Ketua Pek Pengakap Kanak-Kanak SK
Kiandongo yang baru bagi tahun 2011, di samping memilih Sdr. Renlly Ramdose sebagai Penolong
Ketua dan Sdri Julletta Ruth Koh sebagai Setiausaha Kumpulan.
2.4 Guru Penasihat memaklumkan ahli-ahli pengakap dipecahkan kepada 3 kumpulan yang dipanggil
sebagai sekawan. Nama sekawan dipetik berdasarkan nama watak dari Cerita Hutan iaitu Baloo,
Bangheera dan Rama.
2.5 Senarai nama ahli kumpulan adalah seperti Lampiran A.
2.6 Guru Penasihat menerangkan tatacara apabila setiap kali perjumpaan bermula di dalam kelas. Ketua
Pek akan meminta semua ahli berdiri dan menyanyikan lagu Persekutuan Pengakap Malaysia, lagu
Undang-Undang Pengakap serta diikuti bacaan lafaz Persetiaan Pengakap.
2.7 Guru Penasihat memaklumkan bahawa tatacara akan bermula selepas aktiviti Laungan Agong diadakan
di tapak perhimpunan.

3. PERANCANGAN AKTIVITI
2

3.1 Semua ahli pengakap sekolah akan dicadangkan kepada pihak sekolah untuk didaftarkan sebagai ahli
yang sah di sisi perlembagaan dan pendaftaran kumpulan akan dibuat pada tahun ini.Semua ahli
diminta mengisi borang pendaftaran ahli dan bayaran RM 3.00 dikenakan.
3.2 Guru Penasihat membentangkan perancangan aktiviti berdasarkan Lampiran B.Antara aktiviti yang
dirancang adalah masakan, pandu arah, isyarat, gajet, ikatan dan pertolongan cemas.
3.3 Guru Penasihat memaklumkan dalam jangkamasa terdekat akan diadakan satu Perkhemahan Kem
Keahlian di dalam Zon Tongod.
3.4 Ahli-ahli Pengakap yang berpotensi berpeluang menyertai Kem Korobori yang dijangka diadakan pada
awal Oktober ini.
3.5 Ahli-ahli pengakap dinasihatkan sentiasa menabung khususnya apabila terdapat aktiviti luar yang
dianjurkan oleh Pengakap Daerah Telupid.
3.6 Sekawan yang aktif dan kerap menghadiri perjumpaan berpeluang merebut hadiah yang akan
disampaikan pada Malam Seribu Kenangan.
3.7 Ahli pengakap yang aktif dan cemerlang berpeluang dicalonkan dalam Bintang Ko-Kurikulum Sekolah
yang turut mengambilkira penglibatan dalam sukan dan persatuan.

4. LAIN-LAIN HAL
4.1 Saudara Zac mengucapkan terima kasih di atas perlantikkan beliau dan berharap semua ahli dapat
bekerjasama dengan beliau.
4.2 Semua ahli pengakap digalakkan membeli T-Shirt Pengakap, Buku Log dan memakai Kasut Hitam.
4.3 Guru Penasihat mencadangkan agar ahli yang aktif akan diberi pinjaman uniform pengakap dan akan
dipakai pada setiap hari pertama dan ketiga setiap bulan.
4.4 Guru Penasihat meminta semua ahli menghafal persetiaan, undang-undang Pengakap, Rukunegara,
Cerita Hutan dan Lagu Persekutuan Pengakap.
4.5 Semua ahli diwajibkan membawa Buku Catatan dan Kad Kehadiran Aktiviti.

5. PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.50 petang. Guru Penasihat berharap semua ahli dapat mematuhi segala undang-
undang Pengakap dan bekerjasama di antara sama lain.
Disediakan oleh,

....................................................
(JULLETA RUTH KOH)
Setiausaha
Pengakap Kanak Kanak
SK Kiandongo, Tongod (Telupid)
Disahkan oleh,

....................................................
(MOHD RASHDAN HAFIZ BIN ABD RASHID)
Guru Pemimpin
SK Kiandongo, Tongod (Telupid)

You might also like