Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

SPP.

30/22/4 (14)
1



KERAJAAN MALAYSIA
_______________________________________
PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
BILANGAN 1 TAHUN 2013
_______________________________
PERMOHONAN PENGECUALIAN TEMU DUGA PELANTIKAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41
BAGI CALON-CALON KATEGORI CEMERLANG
TUJUAN
1. Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara permohonan
pengecualian temu duga pelantikan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi calon-calon kategori
cemerlang di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

DEFINISI CALON KATEGORI CEMERLANG
2. Definisi calon kategori cemerlang bagi maksud Pekeliling
Perkhidmatan ini ialah:
2.1 Guru Cemerlang, Guru Besar Cemerlang dan Pentadbir
Cemerlang
(i) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
(PPPLD) yang dinaikkan pangkat sebagai Guru Cemerlang
atau Guru Besar Cemerlang atau Pentadbir Cemerlang; dan
SPP.30/22/4 (14)
2

(ii) Tiada dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh
perkhidmatan.
2.2 PPPLD Cemerlang Dalam Pengajian
(i) PPPLD yang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah
Sarjana Muda dan mendapat kelulusan sekurang-kurangnya
di peringkat Kelas 2 Atas atau Purata Nilai Gred Kumulatif
(PNGK) 3.50;
(ii) Memperolehi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
sekurang-kurangnya 90 peratus bagi tempoh tiga tahun
terakhir; dan
(iii) Tiada dikenakan tindakan tatatertib sepanjang tempoh
perkhidmatan.
LATAR BELAKANG
3. Salah satu anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
20132025 ialah mentransformasikan profesion keguruan menjadi
profesion pilihan. Antara langkah yang diambil ialah dengan
mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 dalam kalangan
30 peratus graduan terbaik dalam negara untuk menceburi bidang
keguruan.

4. Bagi menggalakkan PPPLD belajar dengan lebih cemerlang, SPP
bersetuju calon-calon yang dikategorikan sebagai calon cemerlang
dikecualikan dari proses temu duga untuk pelantikan tetap PPPS Gred
DG41.

5. Usaha ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada calon yang
cemerlang dalam bidang akademik dan ikhtisas. Langkah ini selaras
dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan profesion keguruan dan
mengekalkan bakat terbaik dalam bidang keguruan.
SPP.30/22/4 (14)
3

SYARAT PERMOHONAN PENGECUALIAN TEMU DUGA PELANTIKAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41
BAGI CALON-CALON KATEGORI CEMERLANG
6. Selepas calon mengemukakan permohonan pelantikan PPPS Gred
DG41 secara atas talian (online), calon perlu mengemukakan salinan
dokumen-dokumen yang berikut kepada SPP:

6.1 PPPLD Yang Dinaikkan Pangkat Sebagai Guru Cemerlang,
Guru Besar Cemerlang atau Pentadbir Cemerlang
(i) Salinan Kad Pengenalan;
(ii) Salinan Surat Kenaikan Pangkat;
(iii) Salinan Ijazah Sarjana Muda;
(iv) Salinan Transkrip;
(v) Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini; dan
(vi) Pengesahan Ketua Jabatan bahawa calon tiada dikenakan
tindakan tatatertib sepanjang tempoh perkhidmatan
(contoh pengesahan Ketua Jabatan adalah seperti di
Lampiran A).

6.2 PPPLD Lulus Cemerlang Peringkat Pengajian Ijazah
Sarjana Muda
(i) Salinan Kad Pengenalan;
(ii) Salinan Ijazah Sarjana Muda;
(iii) Salinan Transkrip;
(iv) Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini;
(vii) Pengesahan Ketua Jabatan bahawa calon tiada dikenakan
tindakan tatatertib sepanjang tempoh perkhidmatan
SPP.30/22/4 (14)
4

(contoh pengesahan Ketua Jabatan adalah seperti di
Lampiran A);dan
(v) Pengesahan Markah LNPT bagi tiga tahun terakhir (contoh
Pengesahan Markah LNPT adalah seperti di Lampiran B)

7. Kegagalan calon-calon kategori cemerlang mengemukakan salinan
dokumen-dokumen tersebut menyebabkan proses tapisan untuk
pengecualian temu duga pelantikan tidak dapat dilaksanakan.
Kesannya calon akan ditemu duga sama seperti permohonan lain.

8. Pelantikan calon cemerlang ke jawatan PPPS Gred DG41 adalah
tertakluk kepada kekosongan jawatan.
TARIKH KUAT KUASA
9. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh dikeluarkan.

Sekian. Terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA





(SULAIMAN BIN WAK)
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
Putrajaya

Tarikh : Mac 2013





SPP.30/22/4 (14)
5

Edaran kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 8, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 8, Blok E8, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

s.k:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Perkhidmatan
Blok C1- C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA

Setiausaha
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1-5 dan 12-14 Blok E12 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA






SPP.30/22/4 (14)
6

Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2-6, Blok E13
Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Pengarah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2
Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Pengarah
Jabatan Pendidikan Islam & Moral
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 10 & 11, Blok E12
Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Ketua Nazir Sekolah
Jemaah Nazir Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 4-5, Blok E15
Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri


SPP.30/22/4 (14)
7

Setiausaha Bahagian
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Urus Setia Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Peti Surat 11359, Jalan UMS
88450 KOTA KINABALU

Setiausaha Bahagian
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Urus Setia Cawangan Sarawak
Tingkat 4, Wisma Satria BDC
Lorong B, Jalan Stutong
93350 KUCHING

8


LAMPIRAN A
(Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2013)

PENGESAHAN KETUA JABATAN MENGENAI KEDUDUKAN TATATERTIB
BAGI CALON KATEGORI CEMERLANG
YANG MEMOHON PENGECUALIAN TEMU DUGA


Saya yang menjawat sebagai
(Nama Ketua Jabatan)

dengan ini mengesahkan bahawa:
(Gelaran jawatan sekarang)

Nama :.............................

.
(Nama Guru Kategori Cemerlang)

No.Kad Pengenalan :

Gred :
(Gred jawatan semasa)



Tandakan ( ) Tarikh dikenakan
tindakan tatatertib
Jenis hukuman
tatatertib (nyatakan)
Pernah dikenakan
tindakan tatatertib

Tidak pernah dikenakan
tindakan tatatertib





.
(Tandatangan Ketua Jabatan)

Nama :
Jawatan :
Tarikh :


9

LAMPIRAN B
(Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2013)


PENGESAHAN KETUA JABATAN
MENGENAI PENCAPAIAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN
BAGI CALON KATEGORI CEMERLANG
YANG MEMOHON PENGECUALIAN TEMU DUGA


Saya yang menjawat sebagai
(Nama Ketua Jabatan)

dengan ini mengesahkan bahawa
(Gelaran jawatan sekarang)
markah Laporan Penilaian Prestasi pegawai di bawah bagi tiga tahun berturut-turut
adalah seperti berikut:


Nama :..........................................................................................

.......................................................................................................................................
(Nama Guru Kategori Cemerlang)

No.Kad Pengenalan :..........................................................................................

Gred :..........................................................................................
(Gred jawatan semasa)


TAHUN MARKAH
2010
2011
2012




.
(Tandatangan Ketua Jabatan)

Nama :
Jawatan :
Tarikh :

You might also like