Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Temuramah bersama CIKGU AZEMI(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kg

Baharu)
Tarikh : 10 Mac 2014
Tempat : Di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

JASMI: Bismilllahhirahmanirahim, Assalamualaikum CIKGU AZEMI dan Selamat
Pagi. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana CIKGU
AZEMIsudi untuk ditemuramah bagi menyiapkan tugasan dalam Program
Sarjana Pendidikan Open University Malaysia. Terima kasih diucapkan
sekali lagi walaupun CIKGU AZEMIsibuk dengan kekangan masa dalam
urusan pentadbiran dan urusan pdp dalam kelas. Saya rasa bersemangat
dan teruja bagi memulakan sesi temuramah bagi mendapatkan input.
Boleh cikgu perkenalkan diri atau latar belakang cikgu?
AZEMI YAZID: Terima kasih diucapkan kepada JASMI kerana menemuramah saya.
Nama saya Azemi bin Yazid. Saya berumur 34 tahun. Lahir pada 1980.
Lahir di Jerthi dan dibesarkan di Tanah Merah. Anak seramai 3 orang.
JASMI: Adakah isteri Cikgu bekerjaya?
AZEMI YAZID: Ya, isteri saya bekerjaya. Isteri saya bertugas di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jerteh.
JASMI: Bolehkah CIKGU AZEMI jelaskan jawatan cikgu sekarang Di Sekolah
Kebangsaan Kg Baharu ?
AZEMI YAZID: Jawatan saya sekarang ini sebagai Guru Besar.
JASMI: Cikgu bertindak Ketua dan dalam masa yang sama cikgu juga terlibat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Bolehkah cikgu nyatakan
berkenaan urusan pentadbiran dan urusan pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.
AZEMI YAZID: Urusan sebagai Guru Besar amatlah besar bagi saya, dan
tanggungjawab paling besar sekali iaitu dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk murid-murid pengurusan. Sebahagian besar
pengurusan adalah melibatkan pengajaran dan pembelajaran.
JASMI: Boleh cikgu ceritakan mengenai latarbelakang pendidikan cikgu?
AZEMI YAZID: Saya memasuki Maktab pada tahun 1998 selama 3 tahun di Institut
Perguruan Darul Aman, di Jitra, Kedah dan tamat pengajian pada 2001.
Saya telah mengajar selama 14 tahun. Pada tahun 2006, saya telah
menyambung pengajian jarak jauh di Open University Malaysia (OUM)
selama 4 tahun. Saya mengambil jurusan Sarjana Muda Sains dengan
Kepujian. Di Maktab dahulu, saya mengambil jurusan Diploma Sains,
major sains dan minor kemahiran hidup.
JASMI: Bolehkah cikgu ceritakan serba sedikit mengenai sekolah tempat cikgu bertugas
sekarang? Dari segi sejarah, jumlah murid, bilangan guru, kedudukan
sekolah dan sebagainya.
AZEMI YAZID: saya bertugas disin dah hamper 5 yahun. Ju,lah murid seramai 700
orang pelbagai bangsa.
JASMI: Berdasarkan kenyataan cikgu, bolehkah saya klasifikasikan bahawa sekolah ini
sekolah yang baik?
AZEMI YAZID: Ye, Sekolah Kampung Baharu ini diklasifikasikan sebagai sekolah yang
ramai murid..
JASMI: Adakah murid-murid sekolah ini datang dari sekitar kampong Kampung
Baharuataupun ada murid-murid dari kampong lain yang datang
bersekolah di sekolah ini?
AZEMI YAZID: Murid-murid Sekolah Kampung Baharuterdiri daripada pelbagai
kampung,
JASMI: Kebanyakan pengangkutan untuk ke sekolah adalah menggunakan pengsnkutan
sendiri.
JASMI: Dengan wujudnya pelbagai kekangan bagi murid untuk hadir ke sekolah,
kekurangan kemudahan asas. Bagaimanakah sambutan atau keinginan
mereka untuk belajar?
AZEMI YAZID : mereka menunujukkan minat yang amat baik , saling beriteraksi dan
menyumbang antara satu sama lai,
JASMI: Sewaktu cikgu mula-mula melapor diri di sekolah ini, apakah fokus utama yang
perlu diubah? Adakah dari segi kebersihan atau pengajaran dan
pembelajaran?
AZEMI YAZID: Pada 1 haribulan 1 2010, saya telah dihantar ke sekolah post Kampung
Baharuini, pertamanya banyak yang perlu diubah, ini kerana sebelum ini
saya mengajar di Petaling Jaya selama 3 tahun dan menetap di
briekfields di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur. Sebelum itu saya
mengajar di Port Klang selama 7 tahun, murid-murid seratus peratus
melayu.
JASMI: Cikgu pernah mengajar di kawasan Bandar, dan apabila cikgu dipindahkan ke
kawasan pedalaman. Boleh cikgu teruskan apa yang perlu diubah di
sekolah ini?
AZEMI YAZID: Pertama sekali saya lihat, perlu mengubah sikap pelajar dan komuniti
guru disekolah agar selari dan selaras. Kita perlu bersatu untuk
cemerlang.
JASMI: Berdasarkan permasalahan yang dinyatakan cikgu tadi, saya simpulkan
kekangan ini dalam bentuk konfliks.
AZEMI YAZID: Faktor utama ialah kekurangan motivasi dan urustadbir sebelum ini
yang tidak mesra.
JASMI: Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, adakah mereka aktif atau pasif
dalam kelas? Apakah yang mereka hadapi semasa dalam kelas? Dari segi
ingatan, atau kesedaran untuk belajar?
AZEMI YAZID: Mereka kurang berkeyakinan diri, tidak Nampak kemungkinan untuk
berubah pada 2010. Sekarang murid telah banyak berubah dari peranan
guru supaya berkeyakinan. Antara mengadakan program nasyid, bacaan
di perhimpunan, pembelajaran melibatkan murid untuk menjawab. Saya
di post Kampung Baharutidak menggunakan konsep memukul, saya
menggunakan konsep nasihat. Sekiranya mereka melakukan kesalahan
kita akan menyiasat, disitu murid suka dating ke sekolah. Dengan itu
banyak perubahan, walaupun begitu peranan guru perlu banyak
berusaha untuk membawa mereka ke zaman teknologi.
JASMI: Keterbatasan sebagai seorang pendidikan di kawasan pedalaman. Khususnya di
kawasan pedalaman di Terengganu bukanlah satu alasan untuk mendidik.
Apakah ada usaha lain bagi menarik minat murid untuk ke sekolah?
AZEMI YAZID: Pertama sekali, peranan guru bagaimana untuk menceritakan kepada
murid tentang dunia luar. Keduanya, pihak sekolah mengadakan kem
untuk murid darjah 6 di luar Gua Musang contohnya ke Bachok, mereka
juga di bawa ke berjalan di Bandar, di situ mereka boleh melihat
pemakaian, pembangunan dan mereka antara nampak dunia luar. Selain
itu, guru-guru banyak mengadakan aktiviti-aktiviti untuk keyakinan
murid seperti senam aerobik setiap khamis dan menjadikan mereka
seronok untuk ke sekolah, dan mereka boleh maju seperti bangsa lain.
JASMI: Apakah konfliks ibubapa adalah kurang kesedaran?
AZEMI YAZID: hubungan ibubapa dengan sekolah tidak akrab, apabila datang guru
besar berlaku perubahan. Apabila hubungan ibubapa dengan sekolah
tidak baik, anak-anak tidak akan ke sekolah. Sebelum tahun 2010, banyak
sejarah yang tidak saya boleh nyatakan di sini. Apabila datang guru
besar baru ini telah memikirkan penyelesaian masalah ini.
JASMI: Selain itu, apakah konflik yang dihadapi oleh ibubapa dalam proses
pembelajaran anak-anak?
AZEMI YAZID: Dikalangan ibubapa ramai yang menyerahkan Tanggungjawab sekolah
dan pihak PIBG memaksa anak-anak ke sekolah untuk belajarJASMI:
Adakah mereka menabung hasil dari bantuan pihak kerajaan? Adakah
pihak sekolah menyediakan seminar kepada ibubapa untuk memberi
kesedaran kewangan bagi menampung pembelajaran anak-anak?
AZEMI YAZID: Ada, banyak program yang kita sediakan untuk ibubapa
JASMI: Apakah pandangan cikgu untuk mengubah pendidikan mereka? Apakah cara
lain?
AZEMI YAZID: Pertama sekali, peranan guru. Guru perlu memberi penampilan yang
hebat, membimbing murid supaya berdisiplin, penampilan diri, hebat,
berkeyakinan diri. Guru perlu menunjukkan contoh yang baik, guru perlu
berdisiplin, dan menganggap murid-murid itu anak-anak kita. Guru perlu
ikhlas melakukan pengorbanan untuk anak-anak orang asli, semua factor
ini membantu perubahan murid-murid secara sedikit demi sedikit.

JASMI: Guru sebagai agen perubahan. Adakah cikgu setuju dengan kenyataan saya ini?
AZEMI YAZID: setuju, guru bukan sahaja menjadi contoh kepada murid, tetapi guru
juga memberi contoh kepada masyarakat, ibubapa. Sekiranya persatuan
PIBG bekerjasama dengan sekolah, berlakunya perubahan yang sangat
besar kerana guru mempunyai pengetahuan, ilmu dan terpilih. Guru
perlu menggunakan tenaga dia untuk membantu orang lain, guru perlu
menjadikan masyarakat ini baik sepertimana guru itu sendiri. Baik
bermaksud berdisiplin, tidak malas bekerja, bertanggungjawab, memaksa
anak ke sekolah, guru memaksa ibubapa untuk menghantar anak-anak ke
sekolah dan ibubapa sanggup memaksa anak-anak menyertai program
sekolah. Guru penting dalam memberi perubahan kepada murid dan
ibubapa, ibubapa perlukan guru sebagai role model. Peranan guru
seratus peratus dalam mengubah masyarakat orang asli, semua
bergantung kepada guru.
JASMI: Saya selaku pelajar Sarjana Pendidikan, pelajar OUM banyak input yang telah
saya perolehi dari cikgu, dalam subjek Sociology of Education. Saya
mengucapkan terima kasih kepada AZEMI YAZID.
AZEMI YAZID: Sama-sama.

You might also like