Hasil Kajian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Latar Belakang Majlis Perbandaran Sungai Petani

1952 - Ordinan Majlis Tempatan diluluskan dan diterima pakai. Kemudian dalam tahun 1953,
Lembaga Bandaran Sungai Petani (Sungai Petani Town Board) untuk pentadbiran bandar Sungai
Petani diwujudkan.
Pada 1 Ogos 1975, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda (MDKT.KM) ditubuhkan
dengan meliputi kawasan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun.
Pada 1 Februari 1978, Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) diwujudkan bagi menggantikan
MDKT.KM, berikutan kuatkuasanya Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan
Sementara) dan telah diwartakan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Penubuhan ini melibatkan Penguasa Tempatan Lembaga Bandaran yang digabungkan seperti
berikut :-
Majlis Bandaran Sungai Petani


Lembaga Bandaran Kuala Muda, Kota Kuala Muda, Padang Lembu, Semeling, Tanjung
Dawai dan Tikam Batu
Majlis Tempatan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun
Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) dipertanggungjawabkan untuk mentadbir keseluruhan
kawasan daerah Kuala Muda dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan, kemajuan
projek dan pelesenan. Sungai Petani sekali lagi dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran pada
2 Julai 1994 bersamaan 22 Muharram 1415H dan perisytiharan ini telah disempurnakan oleh
YAB Tan Seri Dato' Seri Haji Osman bin Haji Aroff, PSM, SSDK, DHMS, JMN, JP - Menteri
Besar Kedah Darul Aman ketika itu.
Dengan kenaikan taraf ini, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dipertanggungjawabkan
sepenuhnya terhadap kawalan pembangunan, pelesenan, perancangan, penyediaan kemudahan
infrastruktur dan sebagainya bagi memastikan kemajuan pembangunan bandar dan kemakmuran
hidup penduduk bandar Sungai Petani dan Kuala Muda amnya.


Undang- undang kecil Majilis Perbandaran Sungai Petani

Kaedah-Kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Sungai Petani (Kelakuan dan Tatatertib)
1995
Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1996


Undang-Undang Kecil Kawalan dan Pengawasan Rumah-Rumah Tumpangan (Majlis
Perbandaran Sungai Petani) 1995
Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (Majlis
Perbandaran Sungai Petani) 1995
Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995
Undang-Undang Kecil Larangan Merokok Dalam Panggung (Majlis Daerah Kerajaan
Tempatan Kuala Muda) 1980
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (Majlis Perbandaran Sungai
Petani) 1995 (Akta 133)
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan (Majlis Perbandaran Sungai
Petani) 1995 (Akta 171)
Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995
Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995
Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Perbandaran Sungai
Petani) 1995
Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis
Perbandaran Sungai Petani) 1995
Undang-Undang Kecil Rumah Urut (Majlis Daerah Kuala Muda) 1991


Undang-Undang Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian (Majlis Perbandaran Sungai
Petani) 1995
Undang-Undang Kecil Vandalisme (Majlis Perbandaran Sungai Petani) 1995



Industri Pentadbiran Tempatan: Majlis Perbandaran Sungai Petani

Logo:













Lokasi:



\



Bunga Rasmi :







Objektif :
Mengemaskini Undang-Undang Kecil yang diterimapakai oleh majlis dari semasa ke
semasa, iaitu dengan menggubal dan membuat pindaan sekiranya perlu.
Memastikan tindakan undang-undang berjalan dengan adil dan saksama mengikut
peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
Meninggikan mutu perkhidmatan dan imej jabatan.
Memastikan pegawai-pegawai penguatkuasa agar tidak menyalahgunakan kuasa yang
diberikan.
Memastikan penyelesaian dapat dibuat terhadap aduan yang dikemukakan oleh orang
ramai.

Fungsi Umum
Perkhidmatan Berkualiti
Kawalan Aktiviti Perniagaan
Projek Infrastruktur Perbandaran
Perancangan Perbandaran


Penyediaan Kemudahan Sosial & Rekreasi
Kualiti Penduduk Terhadap Kesihatan Kebersihan & Alam Sekitar





Fungsi-fungsi MPSPK

1. Memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkesan
Pengurusan sisa pepejal
Pembersihan dan pengindahan kawasan
Penyelenggaraan parit dan longkang
Penyelenggaraan bangunan-bangunan awam
Penyelenggaraan tempat-tempat awam
Perundingan dan pengawalan kesihatan awam

2. Mengurus dan mengawal segala hasil, cukai dan peruntukan yang diterima


Cukai taksiran
Bayaran lesen dan denda
Geran tahunan
Geran untuk projek-projek pembangunan
Geran penyelenggaraan jalan
Caruman bantu kadar

3. Melaksanakan projek-projek pembangunan di peringkat tempatan
Kemudahan-kemudahan rekreasi
Infrastruktur bandaran

4. Memainkan peranan sebagai pihak berkuasa perancangan tempatan bagi kawasan
pentadbirannya.

5. Mengatur, mengawal dan merancang kemajuan dan pembangunan tanah dan bangunan
dalam kawasan majlis.

6. Melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke
semasa oleh pihak berkuasa negeri.

7. Sebagai badan kawal selia dalam pelaksanaan pembinaan sesuatu kemajuan.
Meluluskan pelan bangunan.
Memastikan kerja-kerja tanah dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang
ditetapkan.
Memastikan pembinaan bangunan mengikut pelan yang diluluskan.
Memastikan penggunaan sesuatu bangunan mengikut syarat yang ditetapkan.


Mengeluarkan sijil layak menduduki (CFO).


















































Misi
Mewujudkan budaya kerja yang berkualiti, berkemahiran, responsif dan komited dalam
mencapai visi MPSPK.
Menjadikan MPSPK sebagai pemangkin kepada pembangunan dalam mewujudkan perbandaran
yang terancang dan sempurna.


Merancang, mengenalpasti dan melaksana projek-projek sosio ekonomi kepada orang ramai
selaras dengan peranan dan tanggungjawab MPSPK selaku pihak berkuasa tempatan.

Visi
Melahirkan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan Majlis yang cekap dan dinamik ke arah
mewujudkan perbandaran yang selesa dan sempurna serta mempunyai daya maju sosio ekonomi
yang mantap.

Moto
" KE ARAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN "

You might also like