Percubaan 2013

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Nama : ..

Kelas :
900/2 STPM

PERCUBAAN PENGAJIAN AM
PENGGAL 2
2013

KERTAS 2

( 1 Jam 30 minit )


SMK BATU LAPAN, JALAN PUCHONG
47100, PUCHONG, SELANGOR


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )


Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA
DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN

Kertas ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C

Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A
dan satu soalan dalam Bahagian B dan Bahagian C.

Calon dikehendaki menjawab soalan dalam Bahagian A pada
ruang yang disediakan.

Gunakan helaian jawapan bagi menjawap soalan dalam
Bahagian B dan C. Mulakan setiap jawapan anda pada helaian
kertas yang baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka.
Ikat helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.

Sekiranya bahan yang perlu diperiksa dibuat pada kertas graf
disertakan dalam soalan, helaian berkenaan hendaklah
dipisahkan daripada kertas soalan dan diserahkan bersama kertas
jawapan anda.

Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan diberikan
dalam tanda kurung [ ] .

Untuk kegunaan
pemeriksa
Bahagian A
1
2
3
4
Bahagian B

Bahagian C

Jumlah





Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak dan 1 halaman kosong
900/2 2 STPM

Bahagian A
[ 15 markah ]

Jawab semua soalan.

1. Berikan dua cabaran negara dalam bidang ekonomi pada masa kini. [4]
i.
......................
ii.
......................

2. Bagi mengurangkan jurang ketidakseimbangan pembangunan yang berlaku antara
wilayah, kerajaan telah memperkenalkan koridor pembangunan ekonomi negara.
Jelaskan dua koridor pembukaan yang telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) pada tahun 1976-1980 [4]
i.
......................
ii.
......................

3. Berikan dua objektif Dasar Kepimpinan Melalui Teladan. [4]

........................

4. Konsep cekap dalam Dasar Bersih, Cekap dan Amanah mementingkan sikap: [3]
i.
ii.
iii.



900/2 3 STPM

Bahagian B
[ 20 markah )

Jawab Satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah peruntukan kewangan Persekutuan kepada sektor negara dan
peratus kepada KDNK pada tahun dinyatakan.
Kerajaan terus menyediakan peruntukan kewangan kepada pelbagai sektor negara untuk
memastikan pembangunan negara dapat dipacu berdasarkan pola perancangan yang telah
disusun. Perkhidmatan melibatkan sektor ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran am.
Sektor perkhidmatan ekonomi pada tahun 2008 sebanyak RM21 353 juta meningkat
kepada RM27 863 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2010 sektor ini mengalami pengurangan
sebanyak RM2481 juta akibat kemelesetan ekonomi dunia. Peruntukan ini bagi membiayai
pembinaan, penyelenggaraan untuk menaik taraf jalan dan jambatan, landasan kereta api,
lapangan terbang, pelabuhan dan jeti serta infrastruktur luar bandar.
Sektor perkhidmatan sosial pada tahun 2008 menyumbang sebanyak RM13 717 juta dan
meningkat sebanyak RM5246 juta pada tahun 2009. Peruntukan diberi untuk meningkatkan
infrastruktur dan kemudahan serta menyelenggarakan peralatan universiti, politeknik, pusat
latihan kemahiran, kolej komuniti, dan latihan perguruan. Sektor ini terus mengalami
peningkatan kepada RM20 308 juta pada tahun 2010.
Keselamatan negara dan ketenteraman awam terus diberi keutamaan. Penambahan
kapasiti dan keupayaan kakitangan beruniform diberi tumpuan dengan menaik taraf peralatan
serta meningkatkan pengawasan juga kemahiran. Sektor keselamatan pada tahun 2009 pula
berjumlah RM4547 juta, iaitu berkurang sebanyak RM1232 juta berbanding tahun 2008. Pada
tahun 2010, jumlah sektor ini terus menurun sebanyak RM2051 juta dari tahun 2008.
Pada tahun 2010, sektor pentadbiran am berjumlah RM1802 juta, iaitu berkurang
sebanyak RM389 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2008, jumlah sektor pentadbiran am
berjumlah RM1998 juta. Usaha ini melibatkan peningkatan produktiviti dan kecekapan sistem
penyampaian awam. Pembangunan aplikasi baru ICT dan penggunaan yang lebih meluas dalam
sektor awam akan ditingkatkan berterusan. Peruntukan juga disediakan untuk pengubahsuaian,
pembaharuan dan penyelenggaraan kemudahan kerajaan seperti kuarters, mahkamah dan institut
latihan.
Pada tahun 2008, jumlah perbelanjaan berjumlah RM42 847 juta, iaitu kurang sebanyak
RM10 717 juta berbanding pada tahun 2009 dan sebanyak RM8373 juta pada tahun 2010.
Sementara itu, peratus kepada KDNK pada tahun 2010 berjumlah 7.1% berbanding hanya
sebanyak 5.8% pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak 1.9% pada tahun 2009.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian
Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2011)
900/2 4 STPM

2. Berdasarkan kepada maklumat dalam petikan berikut, sediakan carta yang sesuai untuk
menunjukkan bilangan penagih dadah yang berjaya dikesan di negeri-negeri terpilih di Malaysia
pada tahun yang dinyatakan.
Sebanyak 57.6% orang penagih dadah di Malaysia telah berjaya dikesan pada tahun 2007 di
negeri Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Kelantan. Keadaan
ini menggambarkan bahawa masalah penagihan dadah terutama dalam kalangan remaja hari ini
berada pada tahap yang membimbangkan.

Pada tahun 2007, terdapat sejumlah 21 342 orang penagih yang dikesan di lima buah negeri
berkenaan. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 6486 orang atau 29.53% penagih telah dapat
dikesan di Pulau Pinang. Walaupun Kuala Lumpur merupakan pusat bandar raya utama di
Malaysia, namun jumlah penagihnya hanyalah 4964 orang, iaitu kedua tertinggi selepas Pulau
Pinang. Bilangan penagih dadah yang dikesan di negeri Kelantan mencatatkan bilangan yang
paling sedikit berbanding dengan negeri- negeri yang dinyatakan di atas, iaitu seramai 2603
orang. Jumlah ini menunjukkan pengurangan sebanyak 477 orang berbanding dengan tahun
2009.

Pada tahun 2007, juga bilangan penagih yang telah berjaya dikesan di negeri Johor seramai
3927 orang. Walaupun negeri Perak lebih luas saiznya berbanding dengan negeri Johor, tetapi
bilangan penagih dadah yang dikesan berkurang sebanyak 565 orang jika dibandingkan dengan
negeri Johor. Pengurangan bilangan penagih yang dikesan oleh pihak berkuasa di negeri ini
menunjukkan satu kejayaan yang membanggakan dalam usaha untuk membanteras
penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

Pada tahun 2009, bilangan penagih yang dikesan di negeri Pulau Pinang masih lagi
menunjukkan bilangan yang tertinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Walau
bagaimanapun, bilangan tersebut telah berkurang sebanyak 439 orang atau 6.8% berbanding
tahun 2007, manakala di Perak bilangan penagih yang dapat dikesan berjumlah 3250 orang.
Situasi yang berbeza ditunjukkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan.
Kesemua negeri ini mencatatkan bilangan penagih dadah yang lebih ramai berbanding tahun
2007.

Pada tahun 2009, pihak berkuasa telah berjaya mengesan sejumlah 5760 orang penagih di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menunjukkan peningkatan sebanyak 796 orang atau
16.03% berbanding dengan tahun 2007. Peningkatan ini sering dikaitkan dengan kemasukan
warga asing yang ramai untuk mencari peluang pekerjaan di sekitar ibu negara. Negeri Johor
yang merupakan pintu masuk utama dari Singapura memperlihatkan pertambahan jumlah
penagih dadah yang dikesan, iaitu sebanyak 392 orang berbanding tahun 2007.

Dalam usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat
terutamanya golongan remaja hari ini, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah
untuk mengurangkan kegiatan negatif ini.
(Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Tahunan Persatuan
Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM), 2007-2009)
900/2 5 STPM

Bahagian C
[ 25 markah ]

Pilih satu daripada tajuk di bawah, dan tulis karangan yang panjangnya tidak kurang
daripasda 350 patah perkataan


1. Walaupun Malaysia bergerak ke arah negara maju, warisan budaya tempatan amat penting
dikekalkan kerana mempunyai nilai budaya yang tinggi. Walau bagaimanapun, unsur ini
mula terhakis oleh proses pemodenan dan perlu ditangani segera untuk mengekalkan
kepentingan tersebut. Bincangkan


2. Penemuan pelbagai sumber tenaga alternatif telah banyak memberi manfaat kepada manusia.
Namun banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk memajukannya. Jelaskan.



Disediakan Oleh

.................................
Panel Penggubal Soalan Pengajian Am

SMK Batu Lapan, Jalan Puchong

You might also like