Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

Ekonomi menurut Islam



Iaitu segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha yang
bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup manusia.
Dalam pengertian Islam, ekonomi satu sains sosial
yang mengkaji masalah-masalah ekonomi manusia
yang didasarkan kepada asas dan nilai Islam.
Ekonomi dalam Islam adalah sebahagian drpd asas
kepada masyarakat dan negara Islam.
Sistem ekonomi Islam adalah bersumberkan wahyu
bukan berteraskan akal semata-mata
Institusi Kewangan Islam

Institusi kewangan @ perbankan = institusi yang diberi hak untuk
menjalankan aktiviti mengumpul dana @ sumber kewangan
daripada orang ramai atau institusi lain, dan menggunakan sumber
tersebut bagi tujuan pinjaman atau pelaburan.
Ianya juga diertikan sebagai institusi yang mencipta dan
memperniagakan instrumen kewangan di samping memudahkan
aliran kewangan dan aliran sumber-sumber antara peserta2 pasaran
kewangan.
Antara institusi kewangan Islam;
Baitulmal
Bank
Sistem barter
Gadaian
Baitulmal

Institusi baitulmal di zaman Rasulullah dan khulafa al-rasyidin
berperanan mengurus hasil pendapatan negara dan membiayai
perbelanjaan negara.
Sumber pendapatan baitulmal pada waktu permulaan Islam:
Harta khas zakat fitrah dan zakat harta
Harta am fai (harta rampasan bukan melalui peperangan), ghanimah
dan rikaz (harta karun)
Cukai kharaj (cukai tanah), jizyah (cukai ke atas orang bukan Islam),
usyur (cukai perniagaan)
Harta kebajikan wakaf, pusaka, wasiat, sedekah dsb
Baitulmal masa kini (di Malaysia) adalah di bawah bidangkuasa
Majlis Agama Islam Negeri2 dan peranannya adalah terhad, iaitu;
Mengurus harta wakaf, zakat dan harta sumber am (pusaka, wasiat,
sedekah, hibah, hasil sewaan, nazar)

Bank

Iaitu institusi yang menawarkan perkhidamatan kewangan seperti
simpanan wang, pinjaman dsb.
Perbankan Islam ialah perbankan yang selaras dengan sistem nilai atau
syariat Islam.
Perbankan Islam di Malaysia bermula apabila Lembaga Tabung Haji pada
tahu 1969 memperkenalkan transaksi Islam untuk memboleh orang Islam
menyimpan wang secara ansur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan
menunaikan haji dan melibatkan diri dalam penanaman modal dalam
bidang perusahaan, perlandangan dan hartanah berdasarkan syariat Islam.
Pada tahun 1983, Bank Islam Malaysia sebagai bank Islam pertama telah
ditubuhkan di bawah akta Bank Islam 1983. Objektifnya menjalankan
operasi sebagai bank perdagangan berlandaskan syarak dan menyediakan
kemudahan perbankan kepada orang awam khususnya orang Islam.
Pada 1993, Skim Perbankan Tanpa Faedah diperkenalkan di mana institusi
perbankan konvensional dibenar menawarkan produk dan perkhidmatan
perbankan Islam
Sistem Barter

Iaitu satu sistem di mana berlaku pertukaran barang
atau perkhidamatan dengan barang atau perkhidmatan
lain bagi memenuhi kehendak atau keperluan.
Ianya berlaku dalam urusniaga sebelum wujudnya
mata wang.
Sistem ini dianggap wujud ketidakadilan dan
mempunyai unsur riba.
Rasulullah telah perkenalkan sistem mata wang bagi
menggantikan sistem barter.
Di zaman khulafa al-Rasyidin, mata wang mula
diperkemaskan dari segi bentuk.

Gadaian

Dalam bahasa Arab - Ar-Rahnu.
Iaitu meletakkan sesuatu barang yang berharga sebagai jaminan kepada
sesuatu hutang yang diperolehi seorang pemberi hutang dengan perkiraan
bahawa sekiranya orang yang berhutang tidak dapat melunaskan
hutangnya, maka si pemberi hutang boleh mendapatkan kembali barang
atau wangnya daripada barang gadaian itu.

Rukun gadaian:

1) Pemberi gadai (Rahin) dan penerima barang gadaian (Murtahin).
2) Hutang (Marhun Bih)
3) Sighah (Ijab dan Qabul)
4) Penerimaan barang gadaian oleh pemberi hutang secara mutlak.
5) Barang gadaian - barang yang halal dan sah untuk dijual beli menurut
pandangan syarak.

You might also like