Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

5.

Kecerdasan Pelbagai
Gardner (1998) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai kebolehan
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana
masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan
perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Kecerdasan pelbagai boleh dibahagikan kepada lapan jenis iaitu, yang
pertama verbal linguistik. Kecerdasan ini menunjukkan kebolehan menggunakan
kata-kata secara berkesan dalam aktiviti lisan dan penulisan. Kebolehan mengingat
maklumat, menyakinkan orang lain serta bercakap tentang bahasa itu sendiri
merupakan antara kategori kecerdasan verbal linguistik.

Kedua, kecerdasan logik-matematik, iaitu kebolehan menggunakan nombor
secara berkesan dan bijak berhujah. Kategori ini termasuklah memahami kelompok
nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta kebolehan menjangka.

Ketiga, kecerdasan visual ruang, iaitu kebolehan mengesan dan
menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan
mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

Keempat ialah kecerdasan kinestatik, iaitu kebolehan menggunakan badab untuk
menyatakan idea , perasaan dan menyelesaikan masalah. Kelima, kecerdasan muzik,
iaitu kebolehan mengesan irama dan lagu, mengenal lagu yang mudah serta
membezakan atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah.

Keenam, kecerdasan interpersonal, iaitu kebolehan memahami perasaan ,
motivasi , tabiat serta hasrat orang lain. Ketujuh ialah kecerdasan intrapersonal, iaitu
kebolehan memahami diri sendiri daripada segi kekuatan , kelemahan, hasrat dan
kehendak. Kecerdasan ini dapat membantu individu menangani perasaan , beradap
sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.


Kelapan, kecerdasan naturalis, iaitu kebolehan mengenali dan mengaplikasi
tumbuh-tumbuhan , galian dan binatang termasuk rumput dan batu-batan serta
pelbagai flora dan fauna. Ia juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya
daripada segi pakaian.


6. Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme merupakan satu teknik pembelajaran yang
melibatkan pelajar untuk membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan
yang sedia ada dalam dirinya dimana pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru
dengan pembelajaran lama yang sedia ada.

Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh
membantu pelajar membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan
dan seterusnya pensyarah akan memainkan peranan mereka sebagai pembimbing atau
fasilitator dalam memperkembangkan pengetahuan sedia ada pelajar di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat
melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka
sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.



7. Pembelajaran Kontekstual


Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses
maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna
kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan
tindak balas mereka sendiri).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari
maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang
itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Kaedah
kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu
membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka,
dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

Pembelajaran kontekstual juga ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu,masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan
dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran
berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan
menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

You might also like