Alkindi

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

FALSAFAH

ISLAM
WAN FARIZA ALYATI WAN ZAKARIA
AL-KINDI
(185/801-260/873)
Nama penuh: Abu Yusuf ibn Ishaq ibn al-Sabbah ibn Imran
ibn Ismail ibn al-Ashath ibn Qais al-Kindi.
Datuknya al-Ashath ibn Qais adalah sahabat Rasulullah
saw dan penghijrah awal ke Kufah.Ayahnya pula adalah
gabenor di Kufah semasa khalifah al-Mahdi dan al-Rashid.
Suasana Kufah pada abad ke 8 dan 9 Masehi yang
mementingkan aktiviti berbentuk rasional mempengaruhi
pemikiran falsafah al-Kindi.
Beliau belajar al-Quran, nahu, sastera, arithmatik, fiqh
dan ilmu kalam, tapi lebih berminat kepada sains dan
falsafah terutama selepas berhijrah ke Baghdad.

Beliau juga belajar bahasa Greek dan Syria dan
menterjemahkan buku2 berbahasa tersebut ke dalam
bahasa Arab.
Semasa di Baghdad, beliau banyak berhubung dengan
khalifah al-Makmun, Mutasim dan puteranya Ahmad.
Beliau menghadapi masalah pada zaman al-Mutawakkil
kerana fahaman Muktazilahnya sedang khalifah adalah
ahli nas.
Pertentangan dengan khalifah menyebabkan
perpustakaan miliknya dibakar dan beliau meninggalkan
Baghdad.
Beliau meninggal pada 260H antaranya berpunca dari
krisis psikologi akibat dugaan politik-ilmiah tersebut.
Map showing the world in 820 CE
Menghasilkan lebih kurang 250 karya yang
diklasifikasikan kepada 17 kategori, iaitu: (1) Falsafah
(2) logik (3) arithmatik (4) bumi (5) muzik (6) astronomi
(7) geometri (8) planet (9) perubatan (10) astrologi (11)
dialektikal (12) psikologi (13) politik (14) meteorologi
(15) dimensi (16) metafizik (17) ilmu kimia dan bahan.
Sebahagian daripada karya-karya sainsnya telah
diterjemah ke dalam bahasa Latin oleh Gerard of
Cremona dan banyak mempengaruhi pemikiran abad
pertengahan Eropah.
Dikenali sebagai the Philospher of the Arabs.
KARYA-KARYA AL-KINDI
Sumbangan utama beliau ialah kejayaan
mengharmonikan falsafah dan agama. Bagi al-Kindi
kedua-duanya tidak bertentangan sebaliknya membawa
kepada kebenaran.
Hujah beliau tentang kesesuaian falsafah dan agama:
1. Ilmu kalam adalah sebahagian dari falsafah
2. Wahyu dan kebenaran falsafah adalah selari dalam
mencapai kebenaran
3. Pencapaian dalam teologi yang didapati secara logik
sesuai dengan ajaran agama.
SUMBANGAN AL-KINDI TERHADAP FALSAFAH
Walaupun al-Kindi menyanjung falsafah, beliau
mengutamakan teologi (agama) berbanding falsafah.
Yang beliau maksudkan ialah perbezaan antara falsafah
Aristotle dengan agama yang dibawa oleh para Rasul.
Beliau memberi 4 perbezaan atara kedua-duanya:
1.Kedudukan teologi adalah lebih tinggi dari falsafah.
2.Agama adalah berunsurkan ketuhanan sedang falsafah
bersifat kemanusiaan.
3.Metodologi agama adalah keimanan manakala
pendekatan falsafah adalah pendekatan akal.
4. Ilmu yang diperolehi oleh para Rasul adalah secara
langsung daripada Tuhan (wahy/ilham - revealed)
sebaliknya ilmu yang didapati dari ahli falsafah adalah
secara logik dan demonstrasi (acquired).
Bagi al-Kindi, Al-Quran adalah hujah yang pasti, boleh
dipercayai, jelas dan komprehensif manakala hujah
ahli-ahli falsafah adalah berdasarkan demonstrasi dan
bersifat kemanusiaan serta kurang tepat.
Namun beliau memberi ruang kepada pendekatan
falsafah dalam mentafsir Al-Quran.
Al-Kindi adalah ahli falsafah Arab Islam pertama yang
cuba mengharmonikan falsafah dan agama serta
membuka jalan kepada ahli-ahli falsafah terkemudian
seperti al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rushd.
Kebenaran bagi beliau perlu diterima walaupun dari
mana sumbernya.
FALSAFAH AL-KINDI
METAFIZIK KOSMOLOGI
PSIKOLOGI
(JIWA)

ETIKA

Al-Kindi membincangkan falsafah ketuhanannya
dalam buku Fi al-Falsafat al-Ula dan Fi
Wahdaniyyat Allah wa Tanahi Jirm al-Alam.
Pandangan beliau tentang ketuhanan
bertentangan dengan ahli falsafah Greek tetapi
selari dengan ajaran Islam.
Bagi Al-Kindi, Allah adalah Wujud yang
sebenarnya, bukan berasal dari tiada kemudian
ada.
Ia (Allah) mustahil tidak ada dan selalu akan ada
dan akan ada selamanya.
Allah adalah Wujud yang sempurna dan tidak
didahului wujud lain.
METAFIZIK
Wujud-Nya tidak berakhir, sedangkan wujud lain
disebabkan wujud-Nya.
Ia adalah Maha Esa yang tidak dapat dibahagi dan
tidak ada zat lain yang menyamai-Nya dalam
segala aspek.
Ia tidak melahirkan dan tidak dilahirkan.
Tujuan akhir dalam Falsafah Islam ialah untuk
memperolehi ilmu yang meyakinkan tentang Allah.
Tuhan
Wujud-Nya sempurna
Tidak didahului wujud lain
Wujud-Nya tidak berakhir


Maha Esa
Tiada yang menyamai-Nya
Tidak dilahirkan dan tidak
melahirkan
Hakikat
Tuhan
Tidak mempunyai hakikat
aniah (juzi) atau mahiah
(kulli)
Ia unik dan tunggal
Tidak termasuk dalam
benda-benda yang ada
dalam alam
Tidak tersusun dari material
dan bentuk
Sifat
Tuhan
Merupakan Pencipta, bukan
Penggerak Pertama
Esa
Wujud yang Pertama

Wujud-Nya tidak bersebab,
kerana Ia sebab bagi segala
sesuatu
Unggul, tidak bersekutu
Menurut pandangan Al-Kindi, Allah tidak
mempunyai hakikat dalam erti aniah dan mahiah.
Tidak aniah kerana Allah bukan benda yang
mempunyai sifat fizikal dan tidak pula termasuk
dalam benda-benda di alam ini.
Allah tidak tersusun daripada material (al-hayula)
dan bentuk (al-shurah).
Namun Allah juga tidak dalam bentuk mahiah
kerana Dia tidak merupakan genus atau species.
Justeru Allah adalah unik dan tunggal, tiada yang
setara-Nya.

Allah adalah Yang Benar Pertama (al-Haqq al-
Awwal) dan Yang Benar Tunggal (al-Haqq al-
Wahid). Selain dari-Nya, semuanya
mengandungi erti banyak (plural).
Penafiannya terhadap aniah dan mahiah adalah
mirip kepada Muktazilah yang menafikan sifat
dari zat Allah.

Namun dalam pandangan Muktazilah yang
menyatakan bahawa Tuhan mengetahui dengan
ilmu-Nya dan ilmu-Nya adalah zat-Nya) dan
berkuasa dengan kekuasaan-Nya(alim bi ilm wa
ilmuhu zatuhua dan kekuasaan-Nya adalah zat-
Nya (qadir bi qudratihi waqudratuhu zatuhu),
al-Kindi menolak pandangan ini.
Menurut Al-Kindi, Allah hanya boleh
digambarkan dengan penafian/kata-kata negatif:
Allah tidak sama dengan ciptaan-Nya;Allah
tidak berbentuk, Allah tidak berbilang, Allah
tidak berbagi.


Penafian sifat Allah bagi Muktazilah (nafi al-
sifat) bererti Allah mempunyai hakikat,
sedangkan bagi Al-Kindi, Allah tidak mempunyai
hakikat (aniah dan mahiah).
Al-Kindi dalam mengesakan Allah amat
menekankan ketidaksamaan-Nya dengan
ciptaan-Nya.
Allah bagi beliau adalah Pencipta alam semesta
dan pengaturnya yang disebut sebagai ibda.
Pendapat ini berbeza dengan pandangan
Aristotle yang mengatakan Penggerak Pertama
yang tidak bergerak.
Alam adalah ciptaan Allah sebagai Pencipta yang
Esa dan Abadi. Tiada sebarang sifat yang layak
disandar kepada-Nya. Cukup bagi Allah bersifat
dengan sifat yang mutlak.
Allah boleh diketahui melalui penciptaan
makhluk dan pengutusan para Rasul.
Alasan menolak sifat bagi Allah: Ia tertakluk
kepada penghuraian sifat berbentuk logik dan
penghuraian kategori (tertakluk kpd masa dan
ruang).
Pendekatan ini adalah pendekatan Muktazilah
yang bertujuan untuk memberikan keesaan
mutlak (tanzih) kepada Allah.

Bagi mereka jika Allah mempunyai sifat, bermakna Allah
tertakluk kepada sifat plural yang mustahil bagi-Nya.
Kepercayaan Al-Kindi kepada Tuhan dan huraian hakikat
Allah didasarkan kepada hukum causality (cause and
effect).
Beliau menjelaskan bahawa walaupun Allah adalah
sebagai Penyebab dan alam adalah musabbab kejadian,
aktiviti Allah berlaku dalam pelbagai peringkat
kewujudan seperti alam tinggi dan alam bawah
(material/benda).
Kesemuanya tertakluk kepada peraturan causality.

KOSMOLOGI
Dalam al-Ibanat, al-Kindi sependapat dengan Aristotle
bahawa benda di alam ini dikatakan wujud yang sebenar
apabila terhimpun 4 illat:
1. al-Unshuriyyat (material benda) panas (api), sejuk
(air), basah (tanah), kering (udara)
2. al-Shuriyyat (bentuk benda)
3. al-Failat (pembuat benda, agen) qaribat (dekat),
baidat (jauh).
4.al-Tamamiyyat (manfaat benda)
Alam, menurut beliau, disebabkan oleh sebab yang jauh,
yakni Allah. Ia menciptakan alam dari tiada kepada ada
(creatio ex nihilo).
Penciptaan dari
tiada kepada ada
(creatio ex nihilo)
Bukan sekadar
mencipta, bahkan
mentadbir dan
mengaturnya
Sistem alam al-
kawn wa al-fasad
gerak menjadikan
dan gerak
merosakkan
Sebab gerak material,
bentuk, pembuat,
tujuan/manfaat
Contoh: meja
Bahagian alam:
Alam yang terletak di
bawah falak bulan 4
unsur air, api, udara,
tanah dingin, panas,
kering, basah
Alam yang merentang
dari falak bulan ke
hujung alam tiada 4
unsur, tiada perubahan
dan kemusnahan,
bersifat abadi
Al-Failat
Al-Shuriyyat
al-
Unshuriyyat
Al-
Tamamiyyat
Alam sebagai Bukti Wujudnya Tuhan
Alam ada permulaan, tidak kekal buktinya keterbatasan
waktu dan gerak.jisim, zaman, dan gerak tidak dapat
mendahului wujud.
Alam ini baharu dan ada pencipta (al-muhdith), mustahil
dunia ini tak terbatas dan abadi.
Dalil
baharunya
alam
Sistem alam menunjukkan keseragaman dan kesatuan
tidak berantakan antara satu sama lain
Ia diwujudkan daripada Tuhan yang Maha Esa, terhindar
dari keanekaan, susunan atau hubungan dengan yang lain.
Dalil
keragaman
dan kesatuan
Pentadbiran alam sangat rasional dan harmoni
menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Tuhan.
Terdapat hierarki dalam pencipataan makhluk manusia
sebagai miniatur seluruh ciptaan/mikrokosmos.
Dalil
pengendalian
alam
JIWA, AKAL
Ahli falsafah Islam menggunakan istilah jiwa (an-nafs)
pada istilah (al-ruh) yang sinonim dari al-Quran.
Menurut al-Quran, hakikat ruh adalah urusan Allah,
bukan urusan manusia al-Isra 17:85. Justeru
perbahasan falsafah jiwa oleh ahli falsafah Muslim adalah
berdasarkan falsafah Yunani.
Al-Kindi mengatakan bahawa jiwa adalah jauhar basith
(tunggal, tidak tersusun, tidak panjang, dalam, dan
lebar).
Jiwa mempunyai erti penting, sempurna, dan
mulia.Jauharnya berasal dari Allah, serta mempunyai
wujud tersendiri, terpisah, dan berbeza dengan jasad. Ia
bersifat ruhani dan Ilahi (substancenya sama dgn
substance Penciptanya).
Jiwa yang dimaksudkan oleh Al-Kindi ialah jiwa
yang rasional yang mana tergabung padanya
fungsi akal dan budi yang melahirkan
kebijaksanaan sejati.
Jiwa juga adalah zat yang bersifat immaterial
dan saripati bagi sesuatu.
Jiwa adalah saripati bagi wujud yang hidup, dan
wujud yang hidup itu adalah suatu zat, maka jiwa
adalah juga zat.
Ini berdasarkan pandangan Al-Kindi bahawa
saripati bagi sesuatu berkongsi nama dan definisi
dengan sesuatu itu.

Kemampuan jiwa yg utama rasional/akal.
Jiwa, sebagai substance yang berbeza drp jasad
bertindak sebagai pengawal kepada daya-daya
(al-quwwat) yg lahir drpd jiwa.
Beliau menjelaskan bahawa jiwa manusia
mempunyai 3 daya:
1.Daya bernafsu (al-quwwat al-syahwaniyyat)
yang terdapat di perut.
2.Daya marah (al-quwwat al-ghadhabiyyat)
yang terdapat di dada.
3.Daya fikir (al-quwwat alaqliyyat) yang
berpusat di kepala.


Apabila jiwa meninggalkan jasad (tempat tinggal
sementaranya), jiwa akan bersatu kembali dgn
dunia yg real di mana tempat cahaya Pencipta
terbit (dunia Akal).
Tabiat jiwa perlu dibersihkan manusia perlu
membersihkan jiwanya untuk meningkat ke alam
tinggi di mana ia akan menempat dalam cahaya
Pencipta.
Al-Kindi menyamakan manusia yg dikuasai oleh
daya nafsu berbanding jiwa seperti
binatang/haiwan.

Al-Kindi berpandangan bahwa jiwa rasional (intelek)
manusia mempunyai fungsi yang selari tetapi terpisah
dengan pancaindera manusia.
Akal bersifat potensi berupaya menanggapi bentuk-
bentuk intelektual (idea)
Apabila ia berfikir secara aktual ia menjadi akal
aktual.
Kita kemudiannya mampu berfikir tentang idea-idea
ini mengikut kehendak kita. Kemampuan ini dipanggil
sebagai acquired intellect (akal perolehan).
Bagaimana potensi intelek menjadi intelek yang
aktual?
Analogi:
Sensasi bentuk luaran yang dirasai
Intelek bentuk luaran yang boleh ditanggapi

Bentuk luaran ini tidak boleh dipelajari tetapi
diingati kembali daripada keadaan sebelum jiwa
memasukki jasad.
Jiwa yang rasional boleh menanggapi objek
dengan sendirinya tanpa bantuan pancaindera.
Bahkan pancaindera boleh menjadi penghalang
kepada kuasa jiwa untuk mencapai hakikat
sesuatu. Perbandingannya seperti mimpi.
Mimpi melibatkan fakulti imaginasi (fantasia).
Semasa tidur, pancaindera tidak aktif
menyebabkan imaginasi jiwa menjadi bebas dalam
bentuknya yang tersendiri.
Apabila jiwa rasional dibezakan dengan jasad, Al-
Kindi menganggap bahwa ia adalah diri yang
sebenar (true self atau essence) bagi manusia
yang akan kekal selepas kematian jasad.
Menurut al-Kindi, apabila manusia
meninggalkan segala yang berbentuk empiris
atau benda, dan memusatkan pandangan pada
hakikat sesuatu, akan terbuka baginya
pengetahuan tentang yang ghaib dan rahsia
penciptaan.
Sebaliknya, apabila manusia hidup untuk makan,
minum dan material semata, akan tertutup jalan
bagi daya fikirnya untuk mengetahui hal2 yang
mulia dan tidak mungkin mencapai kualiti
kesempurnaan atau kemuliaan menyerupai
kesempurnaan dan kemuliaan Allah.

Al-Kindi menghubungkan jiwa dan akal ini
dalam bentuk nasihat yang praktis.
Hidup ini diumpamakan seperti pengembaraan
manusia di tengah lautan yang menunjukkan
kepada nilai sebenar objek fizikal yang bersifat
sementara dan boleh diambil oleh mana-mana
kuasa.
Kehilangan yang melahirkan kesedihan ini hanya
boleh diatasi dengan menumpukan kepada
sesuatu yang kekal iaitu kebahagiaan jiwa dan
akal dan bukannya pada benda.
RUMUSAN
Al-Kindi merupakan ahli falsafah yang pertama yang
cuba mengharmonikan agama dengan falsafah.
Dari segi kedudukan, agama di tempat pertama,
falsafah sebagai pembantu.
Wallahu alam

You might also like