Sekolah Sukan Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

PENGENALAN SEKOLAH SUKAN MALAYSIA


Hasrat untuk menubuhkan Sekolah Sukan di Malaysia telah mula diuar-uarkan pada akhir tahun
80an. Pada 20 Januari 1988, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Sukan Negara, satu
dokumen komprehensif ke arah kemajuan, perkembangan dan pembangunan sukan negara.
Dengan penggubalan Dasar Sukan Negara ini menjadi hasrat dan aspirasi negara untuk
mewujudkan masyarakat yang sihat, cergas, bersatu padu, berdisiplin serta produktif dan dalam
masa yang sama melahirkan satu generasi ahli sukan yang berwibawa untuk mengharumkan
serta mempertingkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Kementerian Pelajaran pula telah memberi penekanan yang baru terhadap peranan sukan dan
aktiviti kokurikulum bagi melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan
intelek. Menyedari betapa pentingnya peranan sukan dalam memupuk perpaduan nasional dan
keperluan melahirkan ahli-ahli sukan berkaliber tinggi maka dalam Rancangan Malaysia Ke-5 (
1991 1995 ) perancangan penubuhan Sekolah Sukan telah diluluskan. Sekolah Sukan ini
mirip kepada Sekolah Berasrama Penuh dengan memberi tumpuan kepada konsep berikut :
a. Pembangunan atlet murid bertaraf dunia.
b. Penggunaan tenaga jurulatih profesional
c. Pengkhususan Sains Sukan merentasi kurikulum
d. Penekanan sukan sebagai kerjaya.
Pada tahun 1996 Sekolah Sukan Malaysia (SSM) yang pertama dinamakan Sekolah Sukan
Bukit Jalil bertempat di dalam Kompleks Sukan Negara. Kejayaaan Sekolah Sukan Bukit Jalil
(SSBJ ) menyediakan atlet-atlet untuk Sukan Komanwel telah membawa kepada pembinaan
Sekolah Sukan Malaysia yang kedua iaitu Sekolah Sukan Bandar Penawar ( SSBP ) di Kota
Tinggi Johor pada tahun 1998.
Seterusnya di dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyediakan peluang dan
kesamarataan dalam bidang sukan kepada murid-murid yang berpotensi dalam bidang sukan,
kerajaan akan membina tiga buah lagi Sekolah Sukan Malaysia dalam Rancangan Malaysia
Ke-9 iaitu di Pahang, Sabah dan Perlis.
DEFINISI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya
bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah
bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Melalui
pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat
diseimbang dan disepadukan.
Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah
Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.
CARA KEMASUKAN
a. Pelajar Sekolah Rendah ( Tahun 5 dan tahun 6 )

Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent
Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan
kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan
kekosongan dan keperluan sukan semasa.Pengambilan atlet murid sekolah rendah ke SSM
adalah berdasarkan keperluan sukan teras negara.

b. Pelajar Sekolah Menengah ( Tingkatan 1 5 )

Kemasukan atlet murid ke SSM adalah melalui proses Kenal Pasti Bakat (Talent
Identification, Talent Search, Talent Scouting), dan pencalonan oleh persatuan sukan
kebangsaan dan MSN. Tawaran kemasukan ke SSM dibuat sepanjang tahun berdasarkan
kekosongan dan keperluan sukan semasa.
Kelayakan minimum akademik atlet murid yang diterima masuk ke SSM adalah 3C di
peringkat UPSR dan 4D di peringkat PMR.

c. Program Prauniversiti

Pengambilan atlet murid program prauniversiti adalah berdasarkan kelulusan SPM serta
memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan. Mereka yang dipilih terdiri daripada atlet murid
yang mewakili negara atau berpotensi mewakili negara dalam masa terdekat. Cara
memohon adalah secara online di laman web KPM. Syarat-syarat kemasukan adalah seperti
berikut :

SYARAT-SYARAT AM :-
Mewakili negara/berpotensi mewakili negara.
Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.
Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara
dan persatuan sukan kebangsaan.
Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.
SYARAT-SYARAT KHAS :
A. ALIRAN SAINS
1. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
2. Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan
i. Biologi
ii. Fizik
iii. Kimia
iv. Matematik Tambahan
v. Teknologi Maklumat
vi. Perdagangan
vii. Ekonomi Asas
viii. Prinsip Akaun
ix. Bahasa Inggeris
x. Lukisan Kejuruteraan
xi. Rekacipta
xii. Teknologi Kejurutera
B. ALIRAN SASTERA IKHTISAS
1. Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan
2. Lulus 2 mata pelajaran berikut :
i. Perdagangan
ii. Ekonomi Asas
iii. Prinsip Akaun
iv. Bahasa Inggeris
v. Lukisan Kejuruteraan
vi. Rekacipta
vii. Teknologi Kejuruteraan
viii. Sains Tambahan
ix. Teknologi Maklumat
x. Biologi
xi. Fizik
xii. Kimia
xiii. Sains Sukan
JUMLAH SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
Sekarang ini SSM ada 2 sahaja iaitu :
1. Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
Kompleks Sukan Negara
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-90587335
Faks : 03-90587153
Kod Sekolah : WEA 0230
2. Sekolah Sukan Bandar Penawar
81900 Kota Tinggi
Johor
Tel : 07-8223027
Faks : 07-8223028
Kod Sekolah : JEA 3015
JENIS SUKAN DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA
BIL. JENIS SUKAN SSBJ SSBP
1 Badminton
2 Bola Jaring
3 Bola Sepak
4 Bola Tampar Lelaki
5 Bola Tampar Perempuan
6 Gimnastik Artistic
7 Gimrama
8 Golf
9 Hoki Lelaki
10 Hoki Perempuan
11 Judo
12 Karate
13 Kriket
14 Lawan Pedang
BIL. JENIS SUKAN SSBJ SSBP
15 Lumba Basikal
16 Memanah
17 Menembak
18 Olahraga
19 Ragbi
20 Renang
21 Renang Berirama
BIL. JENIS SUKAN SSBJ SSBP
22 Sepak Takraw
23 Squasy
24 Tenis
25 Tenpin Boling
26 Teriun
27 Wushu

You might also like