Teori Motivasi Pencapaian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Teori Motivasi Pencapaian

Mengikut McClelland ( 1961 ) , motivasi pencapaian melibatkan proses desakan dalaman sejak
lahir yang berlaku di kalangan individu dengan matlamat bagi mendapatkan kepuasan dan
untuk berjaya di dalam aktiviti perseorangan. Kajian beliau juga menunjukkan bahawa individu
yang mempunyai motivasi pencapaian yang tinggi berkemampuan untuk melakukan sesuatu
tugas dengan baik dan selalu bergerak dengan cergas. Atkinson ( 1965), turut bersependapat
dengan McClelland (1961) dengan menyatakan motivasi pencapaian melibatkan tenaga
dalaman yang terpendam yang mempunyai kemampuan untuk menggerakkan tindakan
seseorang ke arah kejayaan
Motivasi Pencapaian bermaksud penggerak kepada kemahuan dan keinginan seseorang untuk
berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu yang diinginkan. Ia juga boleh dikatakan sebagai
rangsangan bagi kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada
kegagalan. Setiap individu mempunyai matlamat yang ingin dicapai namun apa yang
membezakan individu dengan individu lain adalah sejauh mana tahap motivasi yang ada dalam
diri masing-masing serta bagaimana seseorang berusaha agar matlamat yang diletakkan
mampu dicapai. Dalam konteks sukan pula, para atlet dipengaruhi oleh faktor luaran dan
dalaman yang mendorongnya untuk menyertai sesuatu acara sukan. Terdapat sebahagian atlet
yang melibatkan diri dalam sukan kerana didorong oleh faktor ganjaran dan hadiah yang
ditawarkan manakala faktor dalaman pula menjurus kepada keinginan dan minat dalam bidang
sukan, ingin mencapai tahap kepuasan diri serta keinginan untuk sentiasa kekal sihat dan aktif.
Ciri-ciri atlet yang berjaya adalah apabila mereka memiliki semangat keperluan pencapaian
yang tinggi dan bagaimana mereka melihat erti kejayaan dan kegagalan. Aspek kejayaan dan
kegagalan dalam pertandingan mempunyai interpretasi yang berbeza dalam kalangan atlet.
Ada kalanya kegagalan dianggap berlaku jika hasil persembahan dipengaruhi oleh kualiti
personaliti yang lemah (tiada / kurang berbakat). Namun bagi atlet yang mempunyai tahap
keperluan pencapaian yang tinggi, mereka akan berasa seronok apabila berjaya dan kurang
menunjukkan simptom kebangkitan fisiologi (peningkatan kadar denyutan jantung,
pernafasan/perpeluhan), lebih rasa bertanggungjawap terhadap hasil persembahan, dan
bersedia menerima kekalahan sebagai satu cabaran untuknya.

Terdapat beberapa model motivasi yang diperkenalkan dalam meningkatkan motivasi
pencapaian antaranya adalah :


1. Model McClelland dan Atkinson Individu yang mempunyai motivasi pencapaian
yang tinggi berkemampuan untuk melakukan
sesuatu tugas dengan baik dan selalu
bergerak dengan cergas.
Ciri-ciri individu mempunyai motivasi
pencapaian yang tinggi :
1. Suka membuat kerja yang berkaitan dengan
Pencapaian.
2. Suka mengambil risiko yang sederhana.
3. lebih suka membuat sesuatu kerja yang
mana individu itu bertanggungjawab bagi
kejayaan kerja itu.
4. Suka mendapat maklum balas tentang
sesuatu pencapaian.
5. Lebih mementingkan masa depan daripada
sekarang dan masa lalu.

McClelland (1961)
2. Teori Self Efficacy oleh Bandura Didefinisikan sebagai pertimbangan seseorang
mengenai kemampuannya mengelola dan
melaksana tindakan yang perlu untuk
mencapai prestasi yang telah ditetapkan.
Menurut Bandura (1997), sumber-sumber yang
menyumbang kepada efikasi kendiri:
1.Penguasaan pengalaman (mastery
experience)
2. Pengalaman lampau (vicarious experience)
3. Pemujukan secara lisan (verbal persuasion)
4. Keadaan fisiologi ( Physiological State)
Individu/kumpulan yang mempunyai efikasi
kendiri yang tinggi lazimnya akan berusaha
bersungguh-sungguh, kekal lama dalam
melaksanakan tugasan serta mencapai tahap
pencapaian yang tinggi jika dibandingkan
dengan mereka yang rendah tahap efikasi
kendiri.








3. Teori Motivasi Kecekapan
Harter
Menjelaskan motivasi pencapaian berdasarkan
kepada aspek kecekapan/kebolehan diri.
Atlet yang merasakan mereka mempunyai
kecekapan yang diperlukan untuk melaksanakan
sesuatu tugasan lazimnya akan menghampiri
situasi tersebut manakala mereka yang tidak
mempunyai kecekapan yang diperlukan akan
menjauhi atau mengelakkan diri dari situasi.
Setiap individu mempunyai keinginan serta
motivasi untuk menonjolkan kecekapan. Bagi
memenuhi keinginan tersebut, individu akan
berusaha untuk memahirkan diri dengan
kemahiran tertentu.
4. Model Keyakinan Sukan
Spesifik Vealey
Menjelaskan fenomena motivasi pencapaian
dan keyakinan diri saling berkaitan dalam
sukan.
Keyakinan sukan menurut Vealey (1986),
keyakinan yang dimiliki seseorang tentang
kemampuannya untuk berjaya.
Antara sumber keyakinan diri adalah :
1. Sokongan sosial dan masyarakat.
2. Pengalaman lampau
3. Persediaan mental dan fizikal.
4. Kejayaan persembahan lampau.
5. Keselesaan persekitaran.
5.Teori Persepsi Kebolehan
Nicholls

You might also like