Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Program Pembangunan Sukan

Kumpulan 4
HUMAIRA BINTI ISMAIL
NORAINI BINTI BACHOK
NUR ANNISSA ANIS BINTI SABIRAN
NUR ANIS NABILA BINTI SALIM

- Aspek Perancangan, Pengelolaan dan Pentadbiran
- Pembangunan Jurulatih
- Kenal Pasti Bakat
- Pembangunan Atlet
Minggu 10
Aspek Perancangan,
Pengelolaan dan Pentadbiran
ASPEK PERANCANGAN

Objektif Utama:
- Pembangunan sukan akan menekankan kepada
penambahbaikan institusi dan organisasi untuk
meningkatkan profesionalisme serta menggalakkan
pencapaian yang lebih baik dalam sukan.
3 Teras Strategik dalam Pembangunan Sukan:

A) Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan
institusi persatuan sukan - menggalakkan pencapaian
yang lebih baik dalam sukan.

B) Membangunkan budaya kesukanan dalam
kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan
pelbagai program sukan.

C) Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui
sukan dan rekreasi.

A) Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi
persatuan sukan - menggalakkan pencapaian yang lebih baik
dalam sukan.
SEKTOR KERAJAAN
- Memberi penekanan kepada lapan sukan teras iaitu
olahraga, akuatik, badminton, boling, bola sepak,
gimnastik, hoki dan skuasy.
- Pejabat Pesuruhjaya Sukan akan terus menganjur
program latihan untuk pemegang jawatan dengan
memberi tumpuan kepada pentadbiran dan
pengurusan.
SEKTOR SWASTA
- Digalakkan untuk melengkapi usaha kerajaan
menyedia kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan
yang akan dibangunkan untuk tujuan kediaman,
komersil dan perindustrian.

- Rancangan jangka panjang - penyediaan dan
pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi akan
digubal.
- Perkongsian dengan sektor swasta akan dipergiat bagi
membantu usaha mengenal pasti bakat muda serta
menyedia peluang yang lebih kepada generasi muda
menyertai aktiviti sukan.
B) Membangunkan budaya kesukanan dalam kalangan
rakyat Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai program
sukan.
- Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan
sukan akan dianjur untuk terus meningkatkan
penyertaan masyarakat dalam sukan - program
pembangunan kecergasan dan aktiviti luar.
- Program baru berasaskan kekuatan dan ketahanan
yang boleh menarik penyertaan lebih ramai di
kalangan belia akan diperkenal.

- Program dan aktiviti ini akan meningkat dan
menggalakkan pelancongan sukan dan menyumbang
kepada pertumbuhan industri sukan.

C)Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat
melalui sukan dan rekreasi.
- Program gaya hidup aktif akan diteruskan bagi
membolehkan belia terutamanya di peringkat akar
umbi menyertai acara sukan.
- Bagi mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidup
sihat dalam kalangan orang ramai, lebih banyak
program kesedaran seperti kempen, program
pendidikan kecergasan di tempat kerja dan taman
awam akan diteruskan dalam tempoh Rancangan.
Aspek Pengelolaan
Peningkatan kemudahan sukan:
Beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat
negeri dan daerah akan di naik taraf.
Langkah akan diambil untuk memastikan
penyelenggaraan dan penjagaan kemudahan
dilakukan dengan sempurna termasuk
penguatkuasaan peraturan dan prosedur mengenai
penggunaan kemudahan tersebut.
Penyediaan atlet pelapis
Akses yang lebih kepada program latihan di luar
negara akan disediakan untuk memastikan atlet
cemerlang dalam sukan berprestasi tinggi pada
peringkat antarabangsa.
Usaha akan terus diambil untuk menyedia lebih ramai
atlet muda untuk menyertai pertandingan pada
peringkat antarabangsa melalui program latihan dan
kejurulatihan yang sistematik.

Pembangunan sukan sekolah
Pendekatan yang lebih bersistem - mengenalpasti dan
menyediakan atlit di peringkat sekolah rendah dan
menengah akan diguna pakai bagi mewujudkan asas
yang lebih baik bagi membolehkan penyertaan dalam
sukan berprestasi tinggi.
Lebih ramai guru pendidikan jasmani akan
ditempatkan di sekolah rendah manakala mata
pelajaran olahraga dan gimnastik akan dijadikan
sebahagian daripada kurikulum pendidikan.
Program pembangunan sukan sekolah - diperkukuh
termasuk menaik taraf kemudahan sedia ada,
membina dua sekolah sukan baru, penglibatan dan
penyertaan yang lebih cemerlang di peringkat
antarabangsa serta penyediaan lebih ramai jurulatih
yang berkelayakan dan berkebolehan.
Sekolah akan digalakkan untuk menganjur aktiviti
selepas waktu sekolah bagi menyediakan peluang
kepada pelajar untuk menambah baik kemahiran
mereka dalam sukan yang dikenali dan melibatkan diri
dalam aktiviti baru di bawah bimbingan jurulatih yang
baik.
Program Kejurulatihan
Satu program khas akan diperkenalkan untuk akreditasi
jurulatih yang terlibat dalam menjalankan program
pembangunan atlet manakala bekas atlet dan atlet sedia
ada yang berpengalaman akan digalakkan untuk
mengikuti latihan yang perlu untuk menjadi jurulatih.

IPTA - digalakkan untuk menawarkan lebih banyak tempat
kepada pelajar untuk mendaftar pada peringkat ijazah
dalam bidang sains sukan serta program bagi melatih
jurulatih baru.

Contoh program pembangunan sukan :
- Klinik Sukan
- Menganjurkan Sports Education Seminar secara
berterusan
- Program Pembangunan Bakat
- Menyelaras Program Talent ID
Aspek pentadbiran

Badan bertanggungjawab dalam pembangunan sektor
sukan:
- Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
- Kementerian Pendidikan Pertubuhan dan Persatuan
Sukan

Aspek yang dititikberatkan dalam pembangunan
sukan:
- Sekolah Kerajaan dan Sekolah Swasta / MSSR dan
MSSM / Pengurusan / Kejurulatihan / Kemudahan
Sukan / Yayasan Sukan / Intensif / Biasiswa

Pembangunan Jurulatih
Jenis-jenis jurulatih :
1) Idealists
2) Rolling Stone
3) Climbers
4) Ambitious Coacher
5) Hanger - On

Rancangan latihan jurulatih :

1. Menentukan bentuk, jenis dan bidang pengetahuan
yang
disampaikan bagi setiap peringkat latihan.
2. Peruntukan masa yang bersesuaian bagi setiap
pembentangan semasa kursus latihan.
3. Menentukan sumber kemudahan yang mencukupi,
kelengkapan tenaga pengajar bagi setiap peringkat
kursus
latihan.
4. Mengadakan program latihan bagi melahirkan
jurulatih yang berwibawa.
5. Menentukan tenaga pengajar yang layak bagi setiap
tahap latihan kejurulatihan sukan itu.
Pemilihan calon jurulatih :

1. Mempunyai kecerderasan dan kematangan fikiran.
2. Mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan
dan perkembangan manusia.
3. Motivasi yang tinggi dalam bidang dan
perkembangan sukan.
4. Berminat untuk terlibat dalam sukan untuk jangka
masa panjang.
5. Kemahiran mengajar yang menyeronokan dan
berkesan.
Prinsip kejurulatihan :

1. Mempunyai kepakaran dalam bidang sukan dan
dapat
membantu atlet sukan mengembangkan bakat serta
pandai berdirikari.
2. Akui perbezaan antara individu wujud di kalangan
atlet dan sentiasa memikirkan kepentingan atlet
untuk jangka masa panjang.
3. Berhasrat mencapai kecermerlangan berasaskan
matlamat, pertumbuhan, perkembangan dan
pembangunan atlet.
4. Kepimpinan melalui teladan.
5. Berpakaian kemas dan bersesuaian.
Kelebihan jurulatih sukan asing :

1. Dapat menggunakan kepakaran yang dimiliki
serta-merta.
2. Memberi kesan positif secara tidak langsung kepada
jurulatih-jurulatih muda yang kurang berpengalaman.
3. Menjadi Role Model kepada para jurulatih yang
mengikuti program latihan itu.
4. Program latihan dapat diwujudkan dengan lebih
teratur.
5. Mewujudkan sikap mencapai kecemerlangan
dalam bidang sukan dalam kalangan jurulatih yang
mengikuti kursus latihan.
Peranan Jurulatih
Menetapkan tahap pengajaran dan pembelajaran mengikut
keperluan individu.

Merancang program aktiviti sukan berasaskan keperluan
individu yang menjadi peserta dalam latihan.

Mewujudkan suasana keadaan persekitaran pembelajaran
sukan untuk membolehkan atlet belajar sendiri.

Tenaga pengajar memberi panduan dan
bimbingan yang diperlukan oleh para peserta
sukan.

Kenal Pasti Bakat
Kenal pasti bakat sukan :
- Berkembang / keyakinan / perhubungan
- Pemerhatian bakat sukan

Prinsip :
1. Aktiviti fizikal
2. Variasi pola pergerakan
3. Pertumbuhan kanak-kanak
4. Tempoh masa latihan
Sumber Ahli Sukan yang Berbakat dan Terbaik :

1. Sekolah kerajaan dan sekolah swasta
2. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Menengah (MSSM)
3. Kelab dan persatuan sukan tempatan, daerah &
negeri
4. Persatuan Belia
Pembangunan Atlet
Program pembangunan bakat.
Guru PJK ramai ditempatkan di sekolah.
Program pembangunan sukan dinaiktarafkan.
Tambahkan bilangan jurulatih bertauliah
Program persediaan atlet

Pemilihan atlet berdasarkan:
- somatotaip, jisim badan, ketinggian, jisim badan,
pembahagian segmen badan

You might also like