Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

2.

0 LAPORAN TEMU BUAL


LAPORAN TEMU BUAL BERSAMA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH
KEBANGSAAN LADANG, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

TARIKH : 11 Februari 2014
MASA : 1.00 Tengahari
TEMPAT : Bilik guru Sk Ladang.

3.1 Latar belakang Guru Bimbingan dan Kaunseling
Bagi memenuhi skop tugasan EDU 3107 kursus bimbingan dan kaunseling kanak kanak, kami
telah menemu bual guru bimbingan dan kaunseling di Sekolah Kebangsaan Ladang, Kuala
Terengganu. Temu bual ini telah dijalankan oleh dua orang guru pelatih dan seorang guru
kaunseling. Guru pelatih yang terlibat adalah saya sendiri iaitu Mohamad Kamil Faizuddin dan
Mohamad Fahmi Bin Zakaria. Manakala guru kaunseling yang telah di temu bual adalah
Nurfatimah Bt Awang.
Dalam temu bual yang kami lakukan, kami telah mendapatkan sedikit sebanyak
mengenai biodata beliau. Nama penuh beliau adalah Nurfatimah Bt Awang. Beliau berasal dari
Kampung Losong, Kuala Terengganu. Beliau telah berumur 39 tahun pada tahun ini.
Pengalaman beliau mengajar adalah beliau pernah mengajar di negeri Sabah selama 7 tahun
iaitu di SRJK St. Agnes. Beliau telah berpindah ke SK Ladang pada tahun 2011. Beliau telah
dilantik sebagai guru kaunseling di sekolah ini setelah berada di sini hampir setahun. Sepanjang
memegang jawatan sebagai guru kaunseling di sekolah ini, beliau telah banyak merancang dan
melaksanakan program unit kaunseling untuk murid-murid sekolah ini. Beliau juga banyak
terlibat dalam pembangunan sahsiah murid-murid di sekolah ini kerana rasa tanggungjawab
beliau sebagai seorang guru kaunseling. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi
dalam melaksanakan tugas yang diberi.


3.2 Kemahiran Asas Kaunseling








Berdasarkan temu bual yang dijalankan,kami mendapati bahawa kemahiran-kemahiran asas
yang digunakan oleh beliau adalah kemahiran mendengar, kemahiran memerhati, kemahiran
membina hubungan antara klien dan beberapa kemahiran yang berkaitan. Dalam kaunseling,
guru perlu membina hubungan yang baik dengan klien bagi mendapatkan maklumat yang
diingini. Ini bertujuan sebagai permulaan komunikasi dan memberi keyakinan dan memberi
keyakinan dan kepercayaan murid kepada guru kaunseling.
Dalam pada itu juga,guru kaunseling juga perlu menguasai kemahiran memerhati.
Kemahiran memerhati ini amat diperlukan oleh guru kaunseling kerana melalui pemerhatian
guru dapat mengenalpasti murid yang bermasalah. Contohnya, guru dapat melihat murid yang
bermasalah melalui emosi yang ditunjukkan. Murid yang mempunyai emosi marah dan sedih
kebiasaannya mempunyai masalah. Dari ekspresi yang ditunjukkan ini, maka guru akan lebih
senang untuk mengesan masalah mereka.
Selain dari itu, menurut beliau, bagi mengesan masalah yang dihadapi oleh murid beliau
banyak merujuk kepada guru kelas. Guru kelas akan mengesan masalah yang dihadapi oleh
murid sebelum merujuk kepada guru kaunseling. Menurut beliau juga, kebanyakkan murid di
sekolah ini mempunyai masalah tentang kehadiran ke sekolah. Murid yang tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab munasabah akan dirujuk kepada guru kaunseling bagi tindakan
seterusnya. Laporan yang diberikan oleh guru kelas tentang kehadiran murid dapat membantu
guru kaunseling untuk mengesan masalah murid.
Kemahiran Asas
- Kemahiran
mendengar
-kemahiran
perhubungan
-Kemahiran
komunikasi
-kemahiran
menyoal

-kemahiran
membalas
Menurut beliau juga, unit kaunseling di sekolah ini telah mengadakan beberapa program
di sekolah bagi pembangunan sahsiah murid. Antaranya ialah Program Kem Motivasi dan juga
Kem Solat kepada murid-murid. Program- program ini telah dijalankan pada awal tahun ini dan
mendapat kerjasama daripada guru-guru lain. Kem Solat telah diadakan di Dewan Sk Ladang
dengan kerjasam daripada beberapa orang ustaz dan ustazah bagi menjayakan program
tersebut. Kem ini telah dijalankan selama 1 hari bagi murid-murid tahun 5 dan tahun 6 Sk
Ladang.

You might also like