Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

NAMA FADZILAH BT MOHAMAD

UMUR 32 TAHUN

TEMPAT KELAHIRAN KULA TERENGGANU

ALAMAT KG. KEBOR BESAR, MANIR, 21200 KULA
TERENGGANU, TERENGGANU
STATUS BERKHAWIN

BILANGAN ANAK 2 ORANG

BILANGAN ADIK-BERADIK 7 ORANG

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA ANAK KEDUA

TARIKH PERKHIDMATAN 04.01.2010

TARIKH PERKHIDMATAN DI SK MERANG 16.6.2010

PENGALAMAN MENGAJAR 5 TAHUN

PENGALAMAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
3 TAHUN
JAWATAN LAIN DI SK MERANG PENYELARAS LINUS BAHASA MELAYU
GURU KELAS TAHUN 1 IMAN








NAMA NORSUWAIBAH BINTI KAMARUDDIN
UMUR 32 TAHUN
TEMPAT KELAHIRAN TERENGGANU

ALAMAT KAMPUNG TANJUNG PAYA, 20000
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
STATUS BERKHAWIN

BILANGAN ANAK 2 ORANG

BILANGAN ADIK-BERADIK 7 ORANG

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA ANAK KETIGA

TARIKH PERKHIDMATAN 08.02.2010

TARIKH PERKHIDMATAN DI SK MERANG 08.02.2010

PENGALAMAN MENGAJAR 5 TAHUN

PENGALAMAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
3 TAHUN
JAWATAN LAIN DI SK MERANG GURU SPBT
GURU KELAS 3 IMAN

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS SEMASA MELAKUKAN SESI KAUNSELING DI SK
MERANG
1) Kemahiran Melayan

Hubungan baik telah dijalinkan pada peringkat permulaan sesi kaunseling supaya
temubual kaunseling diteruskan dengan mesra, serta mengikut langkah yang diaturkan.
Dengan hubungan ini kaunselor sekolah tersebut dapat menjalin hubungan baik dengan
membuka jalan temubual seperti meyambut kedatangan klien dengan mengucapkan :
Kaunselor : Saya berasa sangat gembira. Saya berharap saudara boleh memberitahu apa
yang sebenar berlaku. Kita bersama-sama mencari ikhtiar untuk kebaikan. Silakan.

Kedudukan Klien. Sebelum klien memulakan kaunseling , kaunselor perlu
menguruskankan tempat duduk klien supaya klien dapat memerhati, berhadapan dan
bercakap dengan kaunselor dengan lebih selesa.
Bertenang. Kaunselor dan klien telah berada dalam kedudukan yang baik supaya
komunikasi di antara berdua dapat difahami dengan mudah.
Kedudukan tubuh Kaunselor. Kaunselor berada dalam kedudukan tubuhnya, iaitu
condong ke hadapan seolah-olah dia bersedia untuk mendengar masalah yang disampaikan
oleh klien.
Perawakan muka. Semasa melakukan sesi kaunseling, air muka kaunselor berada dalam
keadaan senyum, suka dan bersedia untuk memahami dan mengingat kembali apa yang
disampaikan oleh klien. Keadaan muka kaunselor yang masam menyebabkan klien berasa
tawar hati untuk menerangkan sesuatu.
Tentangan mata. Kaunselor telah merenung atau menentang mata klienya dengan penuh
perhatian semasa bercakap bagi menunjukkan kesediaan melibatkan diri dalam pertemuan
yang diadakan. Sekiranya klien berasa malu, bolehlah kaunselor mengubahkan
psaudarangan ke arah lain bagi membolehkan dia mencurahkan perasaan dengan lancar.
Mengikuti percakapan klien. Kaunselor telah mengikuti perkembangan percakapan klien
dan memberi dorongan minimum bagi menggalakan dia meneruskan perkara- perkara yang
penting. Sebagai contoh kaunselor telahmenggunakan kata-kata seperti teruskan, lantas,
baik, ya, jadi, dan sebagainya. Kaunselor juga menggunakan pergerakan fizikal seperti
mengangguk kepala.
2) Kemahiran Komunikasi Asas

Semasa sesi temu bual klien, kaunselor telah meminta penjelasan semula daripada
klien dengan membuat refleksi. Dengan membuat refleksi maka kaunselor menggambarkan
bahawa dia benar-benar menghayati perasaan dan tanggapan yang diluahkan oleh
kliennya mengikut seperti yang yang dialami oleh kaunselor sendiri.

Klien: Saya gagal dalam matapelajaran bahasa inggeris. Bagaimana saya harus belajar?
Kaunselor: Saudara berasa kecewa kerana gagal dalam matapelajaran bahasa inggeris di
sekolah.
Pemparafaran. Kaunselor telah merumuskan isi-isi penting yang dinyatakan oleh klien dari
masa ke semasa. Ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman diri klien tentang masalah-
masalah yang dihadapinya. Ia juga membawa kepada kesedaran kendiri yang mungkin
menimbulkan celik akal bagi klien menyelesaikan masalahnya.
Klien : Saya sentiasa khayal dalam kelas. Ini menyebabkan saya tidak dapat menumpukan
perhatian semasa sesi pembelajaran bahasa inggeris dijalankan.
Kaunselor : Nampaknya saudara tidak dapat fokus dalam matapelajaran bahasa inggeris
kerana saudara mungkin tidak berminat dalam subjek ini.

3) Kemahiran Pemudahcara

Menyoal. Soalan-soalan yang digunakan oleh kaunselor merupakan soalan terbuka supaya
dapat memperolehi banyak maklumat dari klien. Soalan tertutup yang memerlukan ya atau
tidak telah dikurangkan.
Klien : Saya rasa saya sentiasa khayal dalam kelas. Ini menyebabkan saya tidak dapat
menumpukan perhatian semasa sesi pembelajaran bahasa inggeris dijalankan.
Kaunselor : Nampaknya saudara tidak dapat fokus dalam matapelajaran bahasa inggeris
kerana saudara mungkin tidak berminat dalam subjek ini.
Mencungkil. Apabila kaunselor mengemukakan soalan, klian hanya akan membincangkan
secara ringkas sahaja. Oleh itu, kaunselor telah sensetif kepada perasaan dan pemikiran
klien. Ia mendorong klien mengkaji masalah-masalah klien dengan lebih mendalam.
Klien : Saya tahu saya ada perasaan pemalas di dalam diri saya. Tapi saya tidak tahu
puncanya.
Kaunselor.: Jadi, saudara tahu saudara ada perasaan pemalas tetapi tidak tahu mengapa.
Cuba saudara berikan situasi di mana saudara berasa lebih malas daripada yang lain.

CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM BIMBINGAN DAN
KAUNSELING DI SK MERANG

Antara cabaran yang dihadapi oleh guru bimbingan dan kaunseling Sk Merang ialah
bilangan murid yang tidak ramai di dalam kelas. Purata bilangan pelajar bagi setiap kelas di
Sekolah Kebangasaan Merang ialah mencapai 25 orang.. Oleh itu, guru-guru mempunyai
masa yang secukupnya untuk memberi tumpuan dan bimbingan kepada setiap murid.
Kesannya, pelajar-pelajar yang sedehana pandai dan lembap tidak ketinggalan dalam
pelajaran mereka tetapi sentiasa tidak fokus di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
Mereka juga jarang ingin mendapatkan sesi bimbingan dan kaunseling.
Cabaran kedua yang dihadapi guru bimbingan dan kaunseling Sk Merang ialah
kemerosotan disiplin pelajar.. Gejala-gejala disiplin pelajar seperti ponteng sekolah,
melawan guru, bergaduh, merosakkan harta sekolah dan lain-lain telah banyak memberi
kesan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru lebih banyak
menghabiskan masa untuk mendisiplinkan pelajar daripada mengajar.
Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh guru bimbingan dan kaunseling Sk Merang ialah
beban kerja yang terlalu banyak. Ini termasuklah kerja-kerja perkeranian seperti menaip
dan menyiapkan stastistik peperiksaan, mengisi dan mengemas kini pelbagai borang serta
fail pelajar. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling Sk Merang turut terlibat dengan
pelbagai kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan kelab. Pelbagai
beban tugas utama mereka di sekolah, iaitu mengajar dan mendidik. Guru bukan sahaja
gagal menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar bahkan gagal memberi bimbingan
kepada pelajar. Kesannya, ramai pelajar yang terbiar dan ketinggalan dalam pelajaran.
Cabaran akhir yang dihadapi guru bimbingan dan kaunseling Sk Merang dalam melahirkan
kecemerlangan ialah sikap pelajar yang malas dan pasif. Ramai pelajar yang malas
membaca dan membuat latihan yang diberikan oleh para guru, sebaliknya menggemari
bahan berbentuk picisan seperti majalah Mangga, URTV, Hai, Ujang dan lain-lain yang
kurang bermanfaat. Sikap malas juga menyebabkan mereka sering mengharapkan guru
memberikan 100 peratus ilmu kepada mereka.. Sikap mereka yang berterusan ini bukan
sahaja memberi kesan negatif kepada diri sendiri bahkan juga kepada negara.
Kesimpulannya, guru bimbingan dan kaunseling Sk Merang menghadapi terlalu banyak
cabaran dan kekangan. Kesepaduan tindakan antara guru, ibu bapa dan masyarakat, selain
pihak berkuasa dituntut demi menangani cabaran ini. Cadangan menambahkan guru disiplin
dan kaunselor di sekolah harus direalisasikan di samping kempen-kempen kesedaran
terhadap buku.

You might also like