Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU

PEMBIMBING


PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU BIMBINGAN

Proses bimbingan dan kaunseling menyediakan satu sistem bertanggungjawab
bersama antara guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa, rakan
sebaya dan ahli-ahli dalam sistem sekolah. Akan tetapi, bukan semua sekolah
mempunyai seorang guru kaunselor dalam sistem persekolahan. Justeru itu, kadang-
kadang guru biasa juga perlu menjalankan fungsi-fungsi seorang guru bimbingan
dan kaunseling. Peranan guru-guru biasa adalah sangat penting kerana mereka
mengenali murid-murid dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan
maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah semua murid-murid
mereka.
Peranan guru-guru biasa dalam bimbingan dan kauseling adalah seperti meneliti
kedua-dua keperluan intelektual dan psikologi murid-murid. Guru-guru juga perlu
memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendah yang berkaitan dengan
konsep kendiri yang rendah. Sebagai guru bimbingan, mereka perlu dibekalkan
dengan kemahiran-kemahiran dan ilmu dalam bimbingan dan kaunseling supaya
mereka dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah vandalism atau
mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam bilik darjah.

Guru juga perlu bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan menggendalikan sesi-
sesi konsultasi dengan ibu bapa. Selain daripada itu, mereka perlu mengendalikan
penyelidikan dalam sekolah yang membantu mereka untuk membantu keperluan dan
profil murid-murid mereka. Mereka juga perlu menjadi individu-individu yang kritikal
dan pembantu-pembantu yang efektif serta mempunyai kesedaran kendiri dalam
aspek nilai dan pandangan dunia berkaitan dengan prosedur-prosedur bimbingan
dan kaunseling.

Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan
prosedur-prosedur berikut:
1. Pertama sekali, mengenalpasti murid-murid yang memiliki konsep kendiri yang
rendah atau mereka yang menunjukkan tingkah lalu bermasalah di dalam bilik
darjah.
2. Kedua, mengumpul data mengenai murid-murid bermasalah yang berkait
dengan kebolehan dan pengalaman lampau dan
3. Akhir sekali, memberikan sesi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid
yang menunjukkan tingkah laku bermasalah secara individu atau pun secara
kumpulan.


Peranan pertama: Sebagai Pengurus Bilik Darjah
Di dalam bilik darjah , selain mengajar , guru juga memainkan peranannya
sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah,
mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas
seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi, mengurus murid-murid
supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah
supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus
bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan
mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan.
Kecekapan guru mejalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana
sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang
kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

Pengurusan Keadaan Fizikal Bilik Darjah:
Pengurusan keadaan fizikal bilik darjah berkaitan dengan penyusunan kerusi-eja
murid, alat-alat, ruang, sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Tujuan
pengurusannya ialah supaya mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta
keadaan fizikal bili darjah yang bersih kemas dan teratur. Di antaranya ialah kerja
yang boleh guru membimbing murid-murid ialah:
1) Menyapu lantai dan beranda.
2) Membersihkan papan kapur.
3) Menyusun kerusi-meja.
4) Mengemas ruang dan sudut pembelajaran.
5) Menyusun buku-buku dan majalah di sudut bacaan.
6) Menghias dan menjaga alat-alat yang dipamerkan.
7) Menjaga penggunaan lampu dan kipas.
8) Mengelap cermin tigkap dan menghias meja kerusi.
Untuk menjamin murid-murid menjalankan tugas-tugas tersebut, guru hendaklah
menyediakan satu jadual kerja supaya setiap murid dapat melibatkan diri dalam
pelaksanaan tugas menjaga kebersihan dan kekemasan bilik darjah. Prinsip
pembahagian kerja-kerja tersebut ialah tanggungjawab untuk setiap murid hendaklah
adil dan saksama supaya mereka dapat menjalankan kerja tanpa sebarang
rungutan.

Pengurusan Persekitaran Pengajaran-Pembelajaran:
Organisasi bilik darjah KBSR dan KBSM mengandungi satu keistimewaan iaitu di
samping ruang aktiviti pembelajaran secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran
yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan pula disediakan.
Sehubungan itu, banyak aktiviti kumpulan adalah dijalankan dalam ruang-ruang
pembelajaran seperti sudut Matematik, Pendidikan seni, ruang bacaan dan
sebagaiya.

Aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan dalam sudut atau pembelajaran ialah aktiviti
pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan , aktiviti bacaan tambahan,
perbincangan dan sebagainya. Di samping itu, ruang-ruang pembelajaran juga
digunakan untuk mempamerkan bahan-bahan pelajaran dan hasil kerja atau murid-
murid dalam kelas.
Dalam kerja pengurusan sudut dan ruang pembelajaran , guru haruslah membimbing
dan memastikan bahawa sudut dan ruang itu adalah dikelolakan dalam keadaan
yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pelajaranyang
sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran. Untuk
mencapai tujuan ini, guru boleh melantik seorang ketua daripada kumpulan murid
untuk membantunya supaya menjaga dan membimbing rakan-rakan sedarjah
menggunakan ruang dan sudut pembelajaran dengan cara yang betul.

Penguruan Peraturan Bilik Darjah:
Peraturan bilik darjah yang ditetapkan hendaklah jelas, ringkas serta mudah
diikuti. Untuk memastikan semua pelajar mematuhi peraturan bilik darjah, guru
hendaklah membimbing dan bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan
peraturan tersebut. Sekiranya semua murid bekerjasama dan rela mematuhi segala
peraturan bilik darjah yang ditetapkan, masalah disiplin dalam bilik darjah akan dapat
dikurangkan.

1.2 Peranan Kedua: Sebagai perancang
Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum
memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu
menimbangkan terhaap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan elajaran dan
pengurusan kemudahan.
Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan
pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran
sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif
pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan
tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan
pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang telah dipilih untuk
disampaikan hendaklah boleh membantu murid murid mencapai objektif pelajaran
mereka.
Pemilhan strategi dan kaedah megajar pua berkait rapat dengan pencapaian
objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru
merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid
mencapai objetif pelajaran yang dikehendaki.
Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan menyediakan
bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan
adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi menarik , lebih bermaknadan lebih berkesan.
Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan.
Kemudahan dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi-meja dalam bentuk yang
sesuai dengan strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran.
Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting
dari segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan
guru adalah sesuai dan sistemaik, ia akan melicinkan proses dan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang positif justerunya mencapai objektif pelajaran yang
diharapkan.

1.3 Peranan ketiga: Bantu dan bimbing murid mengatasi masalah
Di bilik darjah, murid-murid sering menghadapi pelbagai masalah sama ada
masalah tersebut adalah berkaitan dengan masalah pembelajaran, sosioemosi serta
keluarga. Oleh itu, selain mengajar , guru dikehendaki memainkan peranan sebagai
pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang mereka hadapi.
Misalnya, guru boleh membimbing sekumpulan murid melaksanakan sesuatu projek,
membimbing menjalankan aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan, membimbing
menyelesaikan masalah matematik yang kompleks dan sebagainya.

Bagi murid yang menghadapi masalah sosioemosi, seperti rasa kecewa,
bosan dan sebagainya, guru hendaklah membimbing murid-murid berkenaan supaya
mereka dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain.
Sekiranya murid menghadapi masalah kelurga, guru perlu cuba menasihati
dan berbincang dengan murid untuk mencari punca berlakunya masalah keluarga.
Guru boleh membimbing murid sekiranya murid tidak mampu menyelesaikan
masalah sendiri .Jika masalah adalah serius dan perjumpaan ibu-bapa perlu
dilaksanakan..
Guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan
tingkah laku murid-murid. Sekiranya mendapati murid-murid menghadapi masalah ,
guru perlu sebagai pembimbing , membimbing murid mencari cara menyelesaikan
masalah secara positif supaya masalah disiplin bilik darjah tidak wujud seperti tidak
menumpu perhatian semasa p& p dijalankan, tidur di dalam kelas, bergaduh dan
membuli murid lain dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru
untuk membantu murid menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu
dipraktiskan oleh semua guru supaya proses p& p dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berkesan justerunya sasaran dan objektif pembelajaran dapat dicapai.

1.4 Peranan keempat: Mengembangkan kebolehan murid
Dalam satu kelas, murid-murid mempunyai tahap kebolehan yang berlainan.
Secara umumnya, kebolehan muid dapat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu
pintar, sederhana dan lemah. Maka, guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti
pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka.Ini telah menggalakkan urid-
murid secara aktif dalam pembelajaran. Bagi murid yang lemah dalam matematik,
guru perlu menjalankan aktiviti pemulihan serta memberikan bimbingan matematik
yang lebih banyak kepada mereka.
Di samping itu, guru haruslah memberi peluang kepada murid-murid yang lebih
lemah untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran supaya mereka
berasa disayang dan akan melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran
dijalankan. Tambahan pula, guru boleh menggunakan teknik atau kaedah menyoal,
teknik peneguhan, , serta memberi dorongan kepada para murid supaya kebolehan
dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah dikembang dengan seimbang iaitu
daripada semua aspek JERIS ( Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan sosial).

1.5 Peranan Kelima: Bimbing murid membuat keputusan
Guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak jika dibandingkan dengan
murid-murid. Maka guru perlu membimbing murid untuk membuat keputusan yang
bijaksana dan rasional dalam pelbagai situasinya dalam kehidupan mereka supaya
mereka tidak kehilangan jalan dalam kehidupan. Guru hanya memberikan cadangan
kepada murid, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah di tangan murid sendiri.
Guru perlu memastikan keputusan yang dibuat oleh murid adalah berpandukan
dengan nilai-nilai moral, agama, terminal dan juga instrumental. Ini disebabkan nilai-
nilai adalah penting dalam memberikan panduan dalam kehidupan manusia.
Guru-guru biasa juga boleh membantu murid-murid untuk memilih mata
pelajaran mata pelajaran yang mereka ingin belajar dan berkomunikasi dengan
mereka secara kerap untuk berfikir tentang bidang-bidang kerjaya yang mereka akan
ceburi pada masa depan kelak.
Kesimpulannya jelas memperlihatkan bahawa, guru mengambil pelbagai
peranan yang penting di bilik darjah. Beliau bertanggungjawab menyediakan suatu
persekitaran yang kondusif. Sebagai pembimbing murid-murid, guru bertindak
sebagai pengurus bilik darjah, sebagai perancang, membantu dan membimbing
murid mengatasi masalah, mengembangkan kebolehan murid, dan membimbing
murid membuat keputusan. Guru membimbing anak menjadi manusia dewasa susila
yang cekap dan mandiri.

You might also like