Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Soalan 1 7

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.



1 Ketua Kampung Asam Gelogor telah __________ masalah kerosakan jalan di
kampung itu kepada wakil rakyat.
A mengucapkan C mengeluarkan
B mengajukan D membebelkan

2 Hamid berasa ___________ apabila berada di jambatan gantung yang tinggi itu.
A cemas C gayat
B loya D sedih

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah







3 Pergerakan Adi Hakim dalam pertandingan silat olahraga kelihatan _________ kerana
dia memang pesilat yang cekap.
A tangkas C lasak
B teliti D laju






PAKEJ PERCUTIAN
BAHASA MELAYU
Tingkatan satu
Arahan :

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.


4 Tariq bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik _________ dia juga aktif
dalam bidang sukan.

A lalu C sambil
B tambahan D tetapi

5 Pihak bomba mengambil masa selama tiga puluh minit untuk memadamkan api yang
sedang ____________ itu.
A marak C membara
B menyala D membesar

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.





6 Pihak polis sedang giat menjalankan __________ untuk mencari punca kematian ahli
perniagaan yang terkenal itu.
A kajian C pemerhatian
B pemantauan D penyiasatan

7 Petani itu telah ditahan polis kerana dia __________ penjenayah yang sangat
berbahaya.
A mengubati C menyelamatkan
B melindungi D menyembunyikan

Soalan 8 14

Ayat-ayat berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan
D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Walaupun beberapa buah negara telah bersetuju untuk membantu menyelesaikan
A B
konflik antara kedua buah negara itu, namun peperangan masih berlarutan.
C
Tiada kesalahan.
D

9 Tong-tong gas di dalam lori itu terdampar ke dalam parit apabila lori itu terbabas lalu
A B C
melanggar sebatang pokok. Tiada kesalahan.
D

10 Pelajar perempuan itu ditegur oleh gurunya kerana memakai baju yang jarang ketika
A B
menghadiri ke kelas tambahan. Tiada kesalahan.
C D

11 Bilik itu dicat oleh kami pada hari Sabtu yang lalu. Tiada kesalahan.
A B C D

12 Pelajar yang bersikap bina tak bina pada peraturan sekolah telah diberi amaran oleh
A B C
pengetua. Tiada kesalahan.
D

13 Wakil rakyat itu akan melawat kampung-kampung yang terletak di bahagian
A
pendalaman negeri Sabah pada minggu hadapan. Tiada kesalahan.
B C D

14 Keadaan di kawasan itu menjadi haru-biru dengan bunyi jentolok apabila kerja-kerja
A B
pembinaan projek lebuhraya dimulakan. Tiada kesalahan.
C D


Soalan 15 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Encik Mohan memulas telinga Rajesh yang nakal itu.
II Penoreh itu kelihatan sedang memulas keringat di ladang getah.
III Perut Halim memulas selepas makan gulai itu.
IV Ah Tuck memulas pemutar skru itu sekuat tenaganya.

A I dan III sahaja C I, III dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, II dan IV sahaja

16 I Saya tidak mahu ambil pusing tentang kata-katanya itu.
II Saya rasa pusing melayan kerenah kanak-kanak nakal itu.
III Pusingkan badan kamu, kata Azlina kepada peragawati itu.
IV Kawasan itu musnah teruk dilanda pusing beliung.

A I dan III sahaja C I, II dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja




17 I Saya tidak mahu pergi ke Kuala Lumpur pada waktu puncak.
II Terdapat sebuah banglo besar di puncak bukit itu .
III Nenek dan datuk saya sangat arif dalam seni puncak silat .
IV Dia semakin bertambah sombong apabila berada di puncak kejayaan.

A I dan III sahaja C I, II dan IV sahaja
B II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja

Soalan 18 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

18 Penghidap penyakit JE akan mengalami demam, sakit kepala, letih, loya, dan muntah
selama beberapa hari.
A Pengidap sakit JE
B Pengidap pesakit JE
C Penghidap kesakitan JE
D Penghidap penyakit JE

19 Segala aduan dikemukakan akan diambil perhatian oleh pihak sekolah.
A Segala aduan-aduan dikemukakan
B Segala aduan yang akan dikemukakan
C Segala aduan yang dikemukakan
D Segala aduan dikemukakan

20 Projek ini mesti kita melaksanakan dengan sebaik-baiknya mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
A kita laksanakan dengan sebaik-baiknya
B dilaksanakan oleh kita dengan sebaik-baiknya
C yang kita laksanakan dengan sebaik-baiknya
D kita melaksanakan dengan sebaik-baiknya

21 Asma bukan sahaja cantik, begitu juga rajin bekerja.
A juga rajin bekerja
B tetapi juga rajin bekerja
C tetapi rajin bekerja
D begitu juga rajin bekerja


Soalan 22 - 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.

22 Sebelum menceburkan diri dalam bidang penerbitan, beberapa perkara asas
tentang selok-belok penerbitan hendaklah dikenal pasti dan dipelajari terlebih
dahulu.
A Perkara-perkara asas tentang selok-belok dunia penerbitan akan dapat
dipelajari dan dikenal pasti apabila kita nenceburkan diri dalam bidang
tersebut.
B Sekiranya perkara-perkara asas tentang selok-belok dunia penerbitan tidak
dipelajari terlebih dahulu, berkemungkinan besar kita tidak akan menjadi
pekerja yang berjaya.
C Untuk menjadi pekerja yang berjaya, kita hendaklah memastikan perkara-
perkara asas tentang selok-belok dunia penerbitan akan dipelajari dan dikenal
pasti apabila kita menceburkan diri dalam bidang tersebut.
D Perkara-perkara asas tentang selok-belok penerbitan hendaklah dikenal pasti
dan dipelajari terlebih dahulu sebelum melibatkan diri dalam bidang
penerbitan.

23 Kesalahan dan hukuman mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah
cukup berat, iaitu denda RM500 000 atau penjara atau kedua-duanya sekali jika
sabit kesalahan.
A Mana-mana individu atau syarikat yang melanggar Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 akan dikenakan denda RM500 000 atau penjara atau kedua-
duanya sekali jika sabit kesalahan.
B Kesalahan melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling adalah cukup berat, iaitu
akan dijatuhi hukuman denda RM500 000, penjara, dan kedua-duanya sekali
jika sabit kesalahan.
C Hukuman yang cukup berat akan dikenakan terhadap kesalahan melanggar
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda RM 500 000 atau penjara atau
kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
D Denda yang amat berat akan dijatuhkan kepada sesiapa yang melanggar Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda RM500 000, penjara dan kedua-
duanya sekali jika sabit kesalahan akan dikenakan kepada sesiapa yang
melanggarnya.

24 Kerajaan negeri hanya akan memberi peluang kepada pihak luar negara
termasuk media asing untuk menjejaki Bigfoot selepas pasukan yang ditubuh
mempunyai bukti yang kukuh tentang penemuannya.
A Selepas pasukan yang ditubuhkan mempunyai bukti yang kukuh tentang
penemuan Bigfoot, barulah kerajaan negeri akan membuat pertimbangan
terhadap permintaan pihak luar negara termasuk media asing untuk
menjejakinya.
B Peluang kepada pihak luar negara termasuk media asing untuk menjejaki
Bigfoot tidak akan diberi oleh kerajaan negeri selagi pasukan yang ditubuhkan
tidak mempunyai bukti yang kukuh tentang penemuannya.
C Apabila pasukan yang ditubuhkan mempunyai bukti yang kukuh tentang
penemuan Bigfoot barulah kerajaan negeri membuka peluang hanya kepada
pihak luar negara untuk menjejakinya.
D Media asing dan pihak luar negara akan diberi peluang oleh kerajaan negeri
untuk mencari bukti yang kukuh tentang penemuan Bigfoot di negeri ini
bersama-sama dengan pasukan yang telah ditubuhkan.


Soalan 25 32

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Dari tidak ada langsung, baik ada walaupun sedikit, kata Puan Teh.
II Faizah tidak menyangka bahawa dia akan menjadi juara pertandingan itu.
III Encik Ishak amat berpuas hati betul dengan keuntungan syarikatnya pada
tahun ini.
IV Pada waktu pagi, Zalina suka berkebun sayur di belakang rumahnya.

A I dan III sahaja C III dan IV sahaja
B II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

26 I Tiada lain-lain hal perkara berbangkit pada mesyuarat itu.
II Puan Syarifah tidak gemar memelihara kucing.
III Mereka mendakwa melihat makhluk besar di atas bukit itu.
IV Perlawanan itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

A II dan III sahaja C I, III dan IV sahaja
B II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

27 I Encik Tan memperisterikan anaknya dengan anak kawan baiknya.
II Lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza sering sahaja berkumandang di radio.
III Atlet itu perlu berlatih dengan lebih gigih demi untuk mencapai kejayaan.
IV Pak Abu mendamar di hutan sebagai hobi.


A I dan III sahaja C 1, III dan IV sahaja
B II dan IV sahaja D I, II, dan IV sahaja

28 I Rumah itu dibina untuk penempatan semula rakyat-rakyat termiskin di negara
ini.
II Barang-barang yang berat itu tidak terangkat oleh kami.
III Kasut yang mahal diimport dari luar negara.
IV Pertunjukan pentas itu berjaya menarik perhatian ribuan penonton.
A I dan III C II, III dan IV
B III dan IV D I, II dan III


29 I Anak muda sekarang gemar meniru budaya barat yang tidak bersesuaian.
II Pasu bunga itu pecah kerana ia dilanggar oleh adik.
III Kaki Kok Peng luka kerana terpijak paku yang berkarat ketika bermain.
IV Selvi enggan bekerjasama rakan-rakannya untuk menyiapkan tugasan itu.
A I dan III C III dan IV
B I dan IV D I, II dan III



30 I Pemimpin itu meninggalkan sebuah sumbangan yang amat bernilai kepada
Negara.
II Perpaduan yang teguh perlu dipupuk dalam masyarakat yang berbilang-bilang
kaum.
III Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab menjaga keamanan Negara
daripada sebarang ancaman.
IV Dahlia datang terlebih dahulu daripada saya ke majlis keramaian itu.
A II dan III C III dan IV
B I dan IV D II, III dan IV

31 I Para pekerja sedang memperbesarkan jalan menuju ke kampung kami.
II Pokok kelapa di kebun ayah sudah tinggi-tinggi dan patut ditebang.
III Pelajar perempuan itu terpintar di sekolah saya.
IV Kami patuh akan nasihat guru.
A II dan III C I, II dan IV
B II, III dan IV D II dan IV

32 I Pelbagai usaha-usaha dilakukan untuk meningkatkan tahap pencapaian
akademik pelajar-pelajar sekolah itu.
II Anis pergi ke pekan untuk membeli buku dan alat tulis.
III Pak Aman sedang membakar sate ayam yang dipesan oleh pelanggan.
IV Setiap petang emak Basariah berbual-bual dengan jiran tetangga di depan
rumah.
A III dan IV C II, III dan IV
B II dan III D I, III dan IV


Soalan 33 40

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.








33 Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan dialog di atas ialah
A biar lambat asalkan selamat.
B berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
C habis kapak berganti beliung.
D jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

34 Ikram dididik oleh ibunya dengan nilai-nilai murni sejak kecil lagi agar menjadi insan
yang berguna kepada masyarakat apabila besar nanti. Hal ini boleh diibaratkan.
A kalau hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.
B malu bertanya sesat jalan, malu berdayung, perahu hanyut.
C mengajar itik berenang.
D sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

35 Kemalangan jalan raya yang menimpa suaminya dan diikuti pula kematian anak
tunggalnya menyebabkan Mak Cik Sofea berada dalam kedukaan. Situasi yang
menimpa Mak Cik Sofea bolehlah diibaratkan seperti

A sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
B patah tumbuh hilang berganti.
C sudah jatuh ditimpa tangga.
D cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

36 Roslan itulah satu-satunya adik kamu. Walaupun bersalah, dia tetap adik kamu.
Maafkanlah dia," nasihat Pak Atan kepada Jalil. Nasihat di atas sesuai dengan
peribahasa
A air dicincang tiada akan putus
B sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
C buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
D menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

37 Walaupun harga perabot yang dibeli oleh Puan Rokiah amat mahal, namun
beliau tetap berpuas hari kerana masih elok setelah digunakan bertahun-tahun.

Maznah : Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Amanina : Betul tu Maz. Biar kita bersusah sekarang, asalkan senang di kemudian hari.
A Ukur baju di badan sendiri.
B Besar periuk besarlah keraknya.
C Alah membeli menang memakai.
D Ada rupa ada gaya.

38 Ali berbelanja dengan mengikut kemampuan dirinya. Dia tidak sedikit pun
terpengaruh oleh gaya hidup kawan-kawannya yang kaya.
A ikut hati mati, ikut rasa binasa.
B ukur baju di badan sendiri.
C pipit sama pipit, enggang sama enggang.
D ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

39 Kopral Ali dan rakan-rakannya telah berjuang hingga titisan darah yang terakhir
kerana mempertahankan tanah air tercinta.
A harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama
B daripada bercerminkan bangkai, lebih baik mati berkalang tanah.
C alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
D biar berputih tulang, jangan berputih mata.

40 Peribahasa pucuk dicita ulam mendatang bermaksud ?
A mencapai sesuatu yang dihajati dengan mudah.
B mendapat sesuatu dengan tidak disangka-sangka.
C memperoleh sesuatu lebih daripada yang diharapkan.
D memiliki sesuatu tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

You might also like