Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

i

ABSTRAK





Kajian ini dijalankan untuk mengkaji prosedur pensterilan peralatan pergigian di
klinik pergigian di samping menghuraikan jenis-jenis pensterilan serta menerangkan
bahan-bahan disinfektan yang digunakan dalam prosedur pensterilan. Penggunaan
kelengkapan yang bersesuaian dengan teknologi kini yang dilengkapi pelbagai jenis alat
yang mampu membantu dan melancarkan rawatan Pegawai Pergigian ke atas pesakit.
Justeru, Pembantu Pembedahan Pergigian perlu peka mengenai prosedur pensterilan
yang betul ke atas semua peralatan pergigian yang diperlukan sebelum, semasa dan
selepas rawatan dilaksanakan. Pensterilan yang dibuat adalah berdasarkan prosedur yang
ditetapkan selaras dengan tujuannya iaitu membasmi peralatan pergigian dari terdedah
kepada pelbagai jenis mikroorganisma seperti bakteria, kulat, yis, dan sebagainya.
Mikroorganisma ini boleh menyebabkan penyakit seperti Hepatitis B, HIV,
Tuberculosis, Herpes, Pneumonia dan sebagainya. Oleh itu, disinfeksi dan pensterilan
peralatan pergigian adalah penting dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kontaminasi
terhadap peralatan pergigian dan jangkitan silang merebak ke atas pesakit serta anggota
pergigian.


ii

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada Pengarah Pusat Pergigian
Kanak-kanak dan Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang iaitu Dr Hasenah
binti Mohd Zali dan Pengurus Projek, Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
iaitu Dr Demon Anak Tugang serta Local Preceptor, Pegawai Pergigian Kanan, Klinik
Pergigian Arau iaitu Dr Maizura binti Abd Rahman di atas bimbingan dan dorongan
yang telah diberi sepanjang tempoh penyediaan laporan kajian ini.
Kepada suami, Abdul Razak bin Ishak serta anak-anak tersayang di atas
dorongan untuk menyiapkan laporan kajian ini sehingga berjaya.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua Warga Pergigian di Klinik Pergigian
Arau, Arau, Perlis dan Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis. Selain itu, sekalung
penghargaan kepada rakan-rakan serta semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan kajian ini.

You might also like