Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

(BRAINSTORMING)

SUMBANG SARAN (BRAINSTORMING) DI BILIK SENI



Bagi menggalakan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar, kaedah sumbangsaran
boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Asas kepada sumbangsaran ialah mengasingkan
proses penghasilan idea daripada proses penilaian. Aktiviti perlaksanaan sumbangsaran ini perlu
dijalankan dengan memfokuskan kepada kuantiti idea-idea baru dan saranan-saranan yang telah
disampaikan melalui interaksi sesama pelajar.

Definisi Sumbangsaran
Kaedah sumbangsaran ini juga dikenali sebagai Brainstroming, Perah Otak, Pecah Minda dan
Percambahan Fikiran. Walaupun berbagai istilah dalam bahasa diterjemahkan, namun ia tetap
merujuk kepada perkara yang sama dan tidak pernah mengubah kandungan pengertiannya. Perah
otak ini adalah kaedah yang paling popular digunakan dalam teknik kreatif secara berkumpulan.

Unsur-unsur kreativiti adalah merupakan elemen yang utama kepada teknik perbincangan yang
dikenali sebagai kaedah sumbangsaran. Pengasasnya ialah Alex Osborn dan kaedah ini wujud pada
awal tahun 1930an kemudian diperkenalkan pada umum secara rasmi pada tahun 1953 melalui
bukunya berjudul Applied Imagination.

Menurut Rowlinson (1981) di dalam Mohd. Azhar Abd. Hamid, Othman A. Kassim & Muhammed
Fauzi Othman (2005) mentakrifkan kaedah sumbangsaran adalah satu pendekatan yang digunakan
semasa aktiviti perbincangan dalam satu kumpulan untuk mendapatkan seberapa banyak idea dalam
masa yang singkat.

Bagi menggalakkan dan merangsangkan pertumbuhan pemikiran kreatif di kalangan pelajar, maka
kaedah sumbangsaran adalah di antara kaedah yang berkesan boleh dipraktikkan. Asas kepada
kaedah sumbangsaran adalah proses pengasingan penghasilan idea daripada menilai. Aktiviti-aktiviti
dalam kaedah ini perlulah ditekankan kepada jumlah idea-idea dan saranan yang perlu disampaikan
kepada pelajar melalui interaksi di kalangan mereka.

Semasa kaedah sumbangsaran dijalankan, guru perlulah bijak melaksanakan dan mengendalikannya
agar tiada pelajar yang terlepas dari melibatkan diri mereka. Ini bertujuan untuk menggalakan proses
kreativiti berlaku di samping meningkatkan lagi keyakinan pada diri mereka. Pengawalan sesi
sumbangsaran yang sempurna juga akan dapat memastikan agar semua idea dan penyelesaian
masalah yang dibangkit dan dikemukakan oleh seseorang pelajar itu, tidak akan terbantut. Kadang-
kadang penyelesaian masalah yang diberikan mungkin tidak logik.

Manakala proses penilaian, perbincangan dan kritikan perlu dikemudiankan. Ini bertujuan agar
keseluruhan sesi sumbangsaran dapat berjalan dengan lancar. Kecenderungan guru untuk membuat
penilaian bagi melihat sejauh mana keberkesanan sesi sumbangsaran yang dilaksanakan sama ada
ianya berjaya atau sebaliknya boleh mengganggu keseluruhan sesi ini.

Prinsip Asas Sumbangsaran
Kaedah Sumbangsaran adalah satu sesi perbincangan yang melibatkan satu kumpulan individu.
Ketika sesi ini berlaku, penilaian perlu dielakkan bagi memastikan wujud satu suasana yang lebih
produktif. Perkara ini dilakukan dengan cara, setiap ahli kumpulan diberikan peluang dan masa untuk
mengemukakan sebarang idea. Idea-idea yang diberikan tidak boleh dikritik dan dinilai oleh ahli
dalam kumpulannya.

Bersandarkan pada amalan-amalan dan definisi yang dinyatakan oleh Rowlinson, beliau menjelaskan
kepada kita bahawa kaedah sumbangsaran mengandungi enam prinsip yang utama :

(a) Semua ahli yang terlibat dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu hendaklah mengemukakan
penilaian yang hendak dibuat pada suatu idea. Ini bermaksud, setiap daripada seorang ahli tidak
boleh mengkritik idea-idea yang di kemukakan oleh ahli-ahli yang lain.

(b) Tujuan akhir yang hendak diperolehi oleh di dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu adalah untuk
mendapatkan seberapa banyak kuantiti idea yang dibincangkan. Semakin banyak idea yang
dihasilkan, semakin banyak pilihan idea yang boleh difikirkan oleh setiap ahli kumpulan itu. Setiap
ahli kumpulan amat digalakkan memberikan idea.

(c) Setiap ahli kumpulan juga digalakkan berfikir secara bebas dengan menggunakan segala
imaginasi yang ada pada diri mereka.

(d) Semua idea-idea yang dihasilkan boleh digabung, diubahsuai, dikembangkan dan dibaiki bagi
mendapat satu keputusan dan jalan penyelesaian yang terbaik.

(e) Jangka masa yang sesuai bagi sesuatu sesi sumbangsaran yang berkesan adalah antara 15 minit
hingga 30 minit. Lebih lama masa yang digunakan untuk sesuatu sesi sumbangsaran itu, suasanan
sesi berkenaan akan menjadi hambar dan ahli-ahlinya menjadi bosan serta letih. Ini secara tidak
langsung mengakibatkan sesi sumbangsaran berkenaan tidak akan mencapai objektif yang
disasarkan.

(f) Aktiviti ini hendaklah dijalankan secara berkumpulan. Untuk sesi sumbangsaran yang baik ahli-ahli
kumpulan tidak melebihi daripada lima belas orang. Sekiranya satu sesi sumbangsaran itu
mempunyai ahli yang lebih daripada lima belas orang ianya akan menjadi satu sesi yang tidak
terkawal.

Matlamat Sumbangsaran
Matlamat utama sumbangsaran adalah untuk menerbitkan idea sangat bernilai tanpa batasan yang
dianggap logik dalam suasana yang tenang dan menghiburkan.

Di samping itu juga idea-idea daripada ahli kumpulan akan dapat menyelesaikan permasalahan yang
selama ini tidak ditemui jalan penyelesaiannya. Pekara yang paling penting dalam aktiviti
sumbangsaran adalah mencari dan membangunkan idea-idea yang berkualiti berdasarkan pada
idea-idea yang di terbitkan dan dikemukakan oleh ahli kumpulan.

You might also like