Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BORANG TEMUBUAL

Nama guru : Puan Rosilah Binti Hamid


Tahun : 5 K
Tarikh : 7.3.2012

Temubual ini dilaksanakan dalam bilik guru semasa guru tersebut sedang rehat.
Guru pelatih : Assalamualaikum cikgu. Cikgu, boleh tak saya nak tanya beberapa
soalan. Saya ada assignment tentang masalah disiplin murid dalam
kelas. Kalau boleh, boleh tak cikgu kongsi pengalaman cikgu dengan
saya?
Puan Rosilah: Boleh. Apa salahnya. Selagi saya boleh jawab soalan awak itu, saya
akan jawab.
Guru Pelatih : Cikgu dah berapa lama mengajar kat sini ya? Susah tak mengajar kat
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ni cikgu? Maklum la, di sini kan
mereka menggunakan Bahasa Mandrin sebagai pengantar. Susah
juga kita nk berkomunikasi dengan mereka kan cikgu?
Puan Rosilah : Oh, saya baru saja 3 tahun mengajar di sini fara. Saya baru
dipindahkan ke sini. Masa mula mula posting dulu susah juga saya
nak sesuaikan diri tapi lama lama okay dah. Saya dah belajar serba
sedikit Bahasa Mandrin dengan cikgu cikgu bangsa Cina di sini.
Guru Pelatih : Wah, bagusnya cikgu ni. Hehe. Cikgu, saya tengok guru guru dalam
sekolah ini majoriti membawa rotan masuk ke dalam bilik darjah.
Kenapa ya? Diorang takut tak dengan rotan ni cikgu? Berbalik kepada
assigment saya tadi, boleh tak cikgu terangkan serba sedikit masalah
disiplin yang pernah oleh murid murid dalam kelas yang cikgu ajar?
Puan Rosilah : Hehe. Memang pun. Ramai yang bawa rotan. Kalau pegang rotan ni
diorang takut sikit nak buat masalah. Selama saya mengajar di sini,
ada beberapa masalah yang murid saya pernah lakukan contohnya
macam bergaduh dalam kelas, buli kawan, dan tak mendengar kata.
Tak mendengar kata dan selalu bermain antara satu sama lain
semasa saya mengajar adalah masalah yang selalu saya hadapi.
Guru Pelatih : Oh macam tu rupanya. Jadi, bila mereka bermain dalam kelas apa
tindakan yang cikgu ambil untuk mengatasi masalah tersebut?
Puan Rosilah: Selalunya saya akan asingkan budak budak tu. Fara, budak budak
ni kebanyakannya ada kawan karib dia, macam kawan yang dia rapat.
Kawan macam tu la yang dia selalu bermain sama tu. Jadi kita mesti
asingkan mereka kalau nak kelas tu berjalan lancar. Kalau tidak
memang mereka tak kan dengar cakap kita.
Guru Pelatih : Oh, macam tu ya cikgu. Saya faham sekarang. Cikgu, berdasarkan
pengalaman cikgu apa masalah disiplin yang paling berat yang anak
murid dalam kelas cikgu lakukan?
Puan Rosilah : Masalah yang paling berat bagi saya setakat ni mereka buli rakan
kelas sendiri. Murid - murid tersebut bukan sahaja membuli malah
berani memeras ugut seorang rakan mereka. Mereka meminta wang
kepada rakan mereka dan menggugut untuk melakukan sesuatu jika
rakan mereka itu tidak memberi mereka wang. Perkara ini berlarutan
sehingga ibu bapa murid yang dibuli tersebut datang ke sekolah dan
memarahi saya kerana tidak mengambil tindakan. Sedangkan saya
tidak tahu apa yang terjadi. Mungkin murid tersebut takut untuk
memberitahu saya.
Guru Pelatih : Ye cikgu. Mungkin murid tu takut nak beritahu cikgu kot. Tapi saya
rasa tak sepatutnya ibu bapa murid tu datang sekolah marah cikgu.
Mereka sepatutnya berbincang dan cakap dengan baik sebelum
memarahi cikgu.
Puan Rosilah : Biasalah tu fara. Kita sebagai guru ni kena banyak bersabar. Ibu bapa
kadang kadang tak faham dengan situasi kita.
Guru Pelatih : Betul tu cikgu, saya sokong seratus peratus pendapat cikgu tu. Terima
kasih ya cikgu sebab sudi luang masa berbual dengan saya dan
kongsi pengalaman cikgu. Saya hargai sangat.
Puan Rosilah: Sama sama Fara. Saya tak kisah. Apa salahnya saya tolong awak.
Satu hari nanti, awak akan jadi macam saya juga.



















BORANG TEMUBUAL
Nama guru : Puan Tei Kit Kei
Tahun : 5 H
Tarikh : 7.3.2012
Temubual ini dilaksanakan di kantin pada waktu rehat.
Guru pelatih : Selamat pagi Puan Tei. Saya Farahiya. Puan boleh panggil saya
Fara. Saya mengganggu Puan Tei ke sekarang?
Puan Tei : Tidaklah. Ya, kenapa Fara? Apa yang saya boleh bantu kamu?
Guru Pelatih : Saya ada satu assignment tentang pengurusan disiplin bilik darjah dan
untuk melaksanakan tugasan assignment ini saya perlu
mengenalpasti masalah masalah disiplin yang berlaku dalam bilik
darjah. Boleh tak saya nak tanya Puan Tei beberapa soalan tentang
masalah masalah disiplin yang sering berlaku dalam bilik darjah?
Puan Tei : Ooh, boleh. Saya tiada kelas sekarang. Saya free sampai pukul 1.
Banyak juga masalah disiplin dalam kalangan murid murid sekolah
ini. Terutamanya sekolah ini adalah sekolah rendah. Murid murid
masih kecil dan baru mula mahu belajar. Mesti banyak bersabar
dengan mereka.
Guru Pelatih : Ya, betul tu Puan Tei. Selama Puan Tei mengajar di sekolah ini,
apakah masalah disiplin yang Puan Tei sering hadapi sewaktu
mengajar di dalam kelas?
Puan Tei : Macam macam saya sudah lalui Fara. Saya sudah lama mengajar
di sekolah ini. Sudah 7 tahun. Tapi masalah disiplin yang paling
banyak berlaku dalam bilik darjah adalah murid selalu bising dalam
kelas. Tidak mahu dengar cakap. Terutamanya, murid tahun 1
hingga tahun 3. Kalau tak bawak rotan, memang susah untuk kita
kawal kelas. Mereka cuma takut pada rotan tapi tidak takut pada kita.
Guru Pelatih : Oh, macam tu ya Puan Tei. Selain daripada tu, apa lagi masalah
disiplin yang selalu berlaku dalam kelas Puan Tei? Ada tak
masalah disiplin yang paling berat yang pernah dilakukan oleh
murid Puan Tei?
Puan Tei : Banyak lagi Fara. Masalah tidak hantar kerja rumah, malas buat
latihan, kacau rakan mereka semasa saya mengajar, conteng buku,
melawan dan bersikap kurang ajar pada saya pun ada. Antara
masalah disiplin yang paling berat yang pernah saya alami ialah
masalah murid tidak menyiapkan kerja rumah dan mengganggu
rakan lain semasa saya sedang mengajar. Terdapat seorang murid
yang selalu lewat menghantar tugasan dan kadangkala dia tidak
menghantar buku latihan yang saya minta. Dia juga seorang yang
hiperaktif dan sering mengganggu rakan yang berhampiran dengan
nya.
Guru Pelatih : Jadi, apa tindakan Puan Tei? Puan Tei cuba cara macam mana?
Puan Tei : Saya cuba tanya dia apa sebenarnya masalah dia. Tapi dia tidak
mahu cakap dengan saya. Mungkin dia takut sama saya. Saya
minta ibu bapa murid itu datang ke sekolah untuk berbincang
tentang masalah anak mereka ini. Kemudian, saya difahamkan
bahawa ibu bapa murid ini sudah bercerai dan tidak tinggal
bersama lagi. Mungkin hal ini serba sedikit telah memberi kesan
kepada pelakuan murid tersebut.
Guru Pelatih : Oh, macam tu. Ye la Puan Tei. Bagi saya, ibu bapa memainkan
peranan penting dalam mendidik anak anak mereka. Puan Tei
ada anak berapa?
Puan Tei : Ya, betul tu. Saya setuju dengan Fara.
Guru Pelatih : Terima kasih ya Puan sebab sudi luang masa berbual dengan
saya. Saya sangat hargai jasa Puan. Terima kasih lagi sekali.
Puan Tei : Tiada masalah Fara. Sama sama.
ISI KANDUNGAN

























BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan
-Konsep Pengurusan Bilik Darjah

1
2.0 Konsep Pengurusan Disiplin Bilik
Darjah

1 -3
3.0 Laporan Masalah Disiplin

4 -6
4.0
4.1
Cadangan mengatasi
menggunakan model Modifikasi
Tingkah Laku Skinner

7-10
4.2 Cadangan mengatasi
menggunakan model Pengurusan
Kelompok Kuonin

10-13
5.0 Penutup

14
6.0 Rujukan

15






Lampiran




SOALAN TEMUBUAL
1. Apakah masalah disiplin murid yang sering cikgu hadapi semasa
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah?
2. Apakah masalah disiplin yang paling berat yang murid cikgu pernah lakukan di
dalam bilik darjah?
3. Bagaimanakah cara cikgu mengatasi masalah tersebut?
4. Apakah punca masalah disiplin tersebut berlaku?

You might also like