Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 65

CAWANGAN AUDIT ICT

BAHAGIAN AUDIT DALAM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BIL. PERKARA MUKASURAT
1. Pengenalan 1

Apa Itu ICTS?

2. Manual 1
3. Akses Sistem 1
4. Pengguna 2
5. Login 2
6. Entri Data

Menu Tukar Katalaluan
3

Menu Kemaskini Profil
5
7. Menu Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (ICTS) 6

Maklumat Am
7

Makmal Komputer


Makmal Komputer
8

Pentadbiran
18

Penyelenggaraan
21

Pengesahan Chrome Book
24

Pengesahan VDI Thin Client
27

Pusat Akses
30

PPSMI
35

1Bestarinet


1Bestarinet
37

Virtual Learning Enviroment (VLE)
43

MBMMBI


Peralatan
49

Perisian
55
8. Maklumat Umum 61
9. Fungsi Butang 61
10. Akronim Dan Singkatan 62

Edisi II : Oktober 2013 1


1. PENGENALAN
Manual Pengguna ini merupakan panduan kepada Sistem Pengurusan Inisiatif ICT
Sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses, PPSMI, 1Bestarinet dan Makmal
Bahasa (MBMMBI) yang selepas ini dikenali sebagai ICTS .

Manual ini disediakan dalam beberapa bahagian untuk kemudahan kepada pengguna
sistem di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

1.1 APA ITU ICTS?
ICTS adalah satu aplikasi atas talian yang dibangunkan untuk mengumpul,
menganalisis dan melaporkan status operasi Makmal Komputer, Pusat Akses,
Makmal Bahasa (MBMMBI), status penyelenggaraan peralatan ICT sekolah dan
status pelaksanaan program 1Bestarinet di sekolah-sekolah seluruh Malaysia di
bawah seliaan KPM. Keberkesanan dan kejayaan ICTS memerlukan kerjasama
serta peranan daripada pihak yang terlibat iaitu sekolah, PKG, BTPN, BTP, PPD
dan J PN.

2. MANUAL
Manual ini disediakan untuk kemudahan kepada pengguna sistem untuk memberikan
kefahaman dan melicinkan usaha pelaksanaan dan pelaporan serta kunci masuk ke
dalam ICTS.

3. AKSES SI STEM
3.1 Setiap pengguna yang ingin menggunakan ICTS memerlukan ID Pengguna dan
Kata Laluan seperti yang dibekalkan.
3.2 ID Pengguna dan Kata Laluan adalah sebagai kawalan keselamatan pada
sistem ini.
3.3 Alamat URL adalah seperti berikut :
http://www.moe.gov.my/bad/icts

Edisi II : Oktober 2013 2


3.4 Sekiranya anda gagal akses kepada sistem dengan menggunakan ID Pengguna
dan Katalaluan anda, sila hubungi pentadbir sistem menerusi emel berikut :
helpdesk.icts@moe.gov.my

4. PENGGUNA
4.1 Pengguna ICTS terbahagi kepada dua kategori iaitu :
Entri Data - Sekolah (J uruteknik / Guru Penyelaras Bestari)
Laporan - Pengurusan Atasan / J PN / PPD / BTP / BTPN / PKG

5. LOGI N
5.1 Berikut adalah halaman muka depan ICTS setelah akses ke URL
http://www.moe.gov.my/bad/icts seperti RAJAH 1 di bawah :

RAJAH 1












Halaman Muka Depan ICTS

a) ABA0001
b) password
c) Klik untuk masuk
Entri ID Pengguna

Edisi II : Oktober 2013 3




5.2 Untuk mengakses ke ICTS, pengguna perlu ikuti langkah-langkah berikut seperti
di dalam RAJAH 1 :
a) Masukkan ID Pengguna yang sah
(Contoh ID Pengguna : ABA0001)
- Kod Sekolah bagi pengguna sekolah / PTJ
b) Masukkan Katalaluan yang sah
(Contoh Kata Laluan : password)
c) Klik pada butang setelah masukkan ID Pengguna dan Kata
Laluan untuk mengakses sistem

5.3 Setelah pengguna akses ke dalam sistem, pengguna klik pada profil untuk
kemaskini profil dan juga tukar kata laluan.

6. ENTRI DATA
Entri Data adalah pegawai yang akan memberi maklumat dan mengunci masuk pada
sistem. Terdapat 2 Menu Asas bagi entri data iaitu :
i) Menu Tukar Katalaluan
ii) Menu Kemaskini Profil

6.1 MENU TUKAR KATALALUAN
Tujuan menu ini adalah untuk membolehkan pengguna menukar katalaluan.
Berikut ialah tatacara menukar katalaluan pengguna.






Edisi II : Oktober 2013 4


RAJAH 2













Halaman Utama Pengguna

i) Sekiranya ID Pengguna dan Kata Laluan adalah sah semasa pengguna
log masuk ke dalam ICTS, halaman utama seperti di RAJAH 2 akan
dipaparkan. Pada halaman ini, pengguna boleh menukarkan katalaluan
yang baru bagi tujuan keselamatan.
ii) Dalam paparan ini, terdapat 2 bahagian iaitu :
(a) Maklumat Pengguna
(b) Tukar Katalaluan
iii) Sila tukar Katalaluan (lama) kepada Katalaluan (baru). Pengguna boleh
memilih sebarang kata laluan dalam bilangan terbaik ialah 8 aksara /
angka.
iv) Setelah pengesahan Katalaluan Baru dilakukan, klik pada butang
untuk menyimpan katalaluan dan meneruskan capaian yang lain.
Kata Laluan Dibekalkan
Ulang Kata Laluan Baru
Klik Simpan
(a) Maklumat Pengguna (b) Tukar Kata Laluan
Kata Laluan Baru
Klik Untuk Kemaskini Profil

Edisi II : Oktober 2013 5



6.2 MENU KEMASKINI PROFIL
Menu ini membolehkan pengguna mengemaskini profil pengguna. Berikut ialah
tatacara mengemaskini profil pengguna.

RAJAH 3













Halaman Kemaskini Profil Sekolah

i. Untuk Kemaskini Profil, klik butang yang terdapat pada
sebelah kiri skrin atau terus ke menu Profil di sebelah atas skrin seperti
di RAJAH 3.
ii. Klik pada butang setelah maklumat profil dikemaskini.
Halaman seperti pada RAJAH 4 menunjukkan profil sekolah telah
dikemaskini.


Sila pastikan profil
sekolah / PTJ
adalah betul
Klik Untuk Kemaskini Profil
Klik Untuk Kemaskini Profil

Edisi II : Oktober 2013 6

RAJAH 4
Halaman Maklumat Sekolah / PTJ Telah Dikemaskini

7. MENU PENGURUSAN I NI SI ATI F I CT SEKOLAH (I CTS)
Terdapat 6 Menu Utama yang terdapat pada muka hadapan ICTS iaitu :
i) Maklumat Am
ii) Makmal Komputer
iii) Pusat Akses
iv) PPSMI
v) 1Bestarinet
vi) MBMMBI

RAJAH 5
Menu Utama Sistem ICTS


Edisi II : Oktober 2013 7





Menu ini adalah untuk mengemaskini Maklumat Am sekolah.
Pada bahagian ini, pengguna perlulah mengunci masuk maklumat seperti berikut :
i. Maklumat Guru ICT dan J uruteknik (J ika berkenaan)
ii. Bilangan Pelajar / Murid, Guru, Ibubapa, Bilik Darjah dan Makmal Bahasa
iii. Guru Panitia BM, BI dan Penyelaras VLE
Klik pada butang untuk mengisi maklumat di atas.
Setelah maklumat diisi dengan lengkap, klik pada butang untuk menyimpan
maklumat tersebut. Paparan seperti RAJAH 6 adalah paparan maklumat yang telah berjaya
dikemaskini dan disimpan.

RAJAH 6
Halaman Maklumat Am


1
MAKLUMAT AM


Edisi II : Oktober 2013 8





Menu ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan Makmal Komputer di
sekolah. Terdapat 5 menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :
i. Makmal Komputer
ii. Pentadbiran
iii. Penyelenggaraan
iv. Pengesahan Chrome Book
v. Pengesahan VDI Thin Client

2.1 Makmal Komputer
Pada bahagian ini, terdapat 4 sub menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :
A. Makmal
B. Status Peralatan
C. Dokumen Sokongan
D. Pengesahan
Pengguna perlu klik pada untuk mengisi
maklumat Makmal Komputer.

A. MAKMAL
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan Makmal Komputer.
Pada RAJAH 7(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.





2
MAKMAL KOMPUTER


Edisi II : Oktober 2013 9


RAJAH 7(a)
























Halaman Makmal

Rujukan perkara di dalam RAJAH 7(a) adalah seperti di JADUAL 1 di bawah :


Pemilihan Model
Makmal Komputer Yang
Terdapat Di Sekolah

Edisi II : Oktober 2013 10


JADUAL 1
Bil Perkara Penerangan Rujukan
1.
Makmal
Beroperasi

YA - J ika Makmal Komputer digunakan untuk
proses Pengajaran & Pembelajaran (P & P) dan
pelajar menggunakan komputer.

TIDAK - J ika Makmal Komputer tidak boleh
digunakan untuk proses Pengajaran &
Pembelajaran (P & P) atau pelajar hanya
mendengar penerangan daripada guru.

TIDAK BERKENAAN - J ika tidak disediakan
Makmal Komputer.

a) J adual Makmal
b) J adual Penggunaan
Komputer



2.


Makmal
Komputer
Tidak
Beroperasi

Peralatan Rosak - Melibatkan peralatan ICT
seperti komputer.

Peralatan Lupus - Melibatkan peralatan ICT
yang telah dilupuskan.

Masalah Elektrik - Makmal tiada bekalan
elektrik, board elektrik terbakar dll.

Masalah Rangkaian - Switch rosak, tiada
talian internet dll.

Masalah Bangunan Bumbung / siling bocor,
lantai pecah, dinding retak dll.

Lain-lain J ika terdapat masalah lain dengan
menyatakan masalah yang dihadapi.

a) Laporan yang
dibuat oleh pihak
sekolah
b) Keadaan Makmal
Komputer

Edisi II : Oktober 2013 11



B. STATUS PERALATAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengisi maklumat berkenaan dengan
status peralatan yang terdapat di Makmal Komputer.
Pengguna perlu mengisi bilangan peralatan yang diterima dan rosak (jika ada)
di dalam status peralatan.
Pengguna boleh merujuk kepada Sijil Akuan Penerimaan (SAP) untuk
mengetahui bilangan peralatan yang dibekalkan ke sekolah.
JADUAL 2 adalah rujukan rajah yang perlu diisi oleh pihak sekolah
berdasarkan pemilihan pada model Makmal Komputer.
J ika ada peralatan yang tidak dibekalkan ke sekolah seperti CCTV, pengguna
perlu mengisi di Bil. Diterima dan Bil. Rosak sebagai 0 . Pengguna tidak
boleh membiarkan maklumat tersebut blank.

3.
Status
Peralatan
ICT

BAIK Lebih 80% Peralatan ICT dalam Makmal
Komputer boleh digunakan.

ROSAK - Lebih 20% Peralatan ICT dalam
Makmal Komputer rosak dan tidak boleh
digunakan.

PERLU PENGGANTIAN
Peralatan ICT dalam Makmal Komputer adalah
usang (lebih 5 tahun dan belum mendapat
kelulusan pelupusan).
Tidak boleh digunakan dalam proses
Pengajaran & Pembelajaran (P & P) pelajar.

DALAM PELUPUSAN
Sekolah telah mendapat kelulusan dan belum
dapat penggantian untuk pelupusan peralatan
ICT.

a) J adual
Penyelenggaraan
Komputer

Edisi II : Oktober 2013 12




JADUAL 2
BIL. MODEL MAKMAL KOMPUTER RAJAH
1. M1(10/12 +1 komputer)
RAJAH 7(b)i
2. M2(20 +1 komputer)
3. M3(40 +2 komputer)
4. Multiseat
5. VDI Thin Client RAJAH 7(b)ii
6. Chrome Book RAJAH 7(b)iii
7. Lain-lain RAJAH 7(b)i

Rajah di bawah adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah
berdasarkan kepada pemilihan model Makmal Komputer.


RAJAH 7(b)i

















Halaman Status Peralatan Bagi Model M1, M2, M3, Multiseat Atau Lain-lain




Maklumat di
ruangan ini akan
dipamerkan
secara automatik
setelah
maklumat
Bil.Diterima dan
Bil. Rosak dikunci
masuk.

Edisi II : Oktober 2013 13


RAJAH 7(b)ii

























Halaman Status Peralatan Bagi Model VDI Thin Client


Maklumat di
ruangan ini
akan
dipamerkan
secara
automatik
setelah
maklumat
Bil.Diterima
/ Ada dan
Bil. Rosak /
Tiada dikunci
masuk.


Edisi II : Oktober 2013 14


RAJAH 7(b)iii
























Halaman Status Peralatan Bagi Model Chrome Book


Maklumat di
ruangan ini
akan
dipamerkan
secara
automatik
setelah
maklumat
Bil.Diterima
/ Ada dan
Bil. Rosak /
Tiada dikunci
masuk.


Edisi II : Oktober 2013 15

C. DOKUMEN SOKONGAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan
dengan Makmal Komputer.
Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar.
Keterangan gambar yang perlu dimuatnaik adalah seperti JADUAL 3 di
bawah:

JADUAL 3















Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada
butang sekali lagi.
Pada RAJAH 7(c) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh
pihak sekolah.



Bil Gambar Keterangan
1.
J adual
Makmal
J adual penggunaan makmal yang terkini perlu dimuatnaik oleh
pengguna.
2. Peralatan
Peralatan ICT adalah Baik
Gambar komputer yang berkeadaan baik.

Peralatan adalah Rosak, Pelupusan dan Penggantian
Gambar peralatan ICT yang rosak, dalam pelupusan dan
yang perlu penggantian seperti komputer, pencetak, projektor
dan pengimbas.
3.
Bangunan
Makmal
Gambar berkaitan dengan kerosakan seperti bumbung bocor,
bumbung berlubang, penghawa dingin rosak, keretakan dinding
dan lain-lain.

Edisi II : Oktober 2013 16


RAJAH 7(c)




















Halaman Dokumen Sokongan






Pengguna perlu
klik pada butang
ini untuk
muatnaik gambar Jika Pengguna ingin
tukar gambar,
perlu klik pada
butang ini untuk
muatnaik gambar

Edisi II : Oktober 2013 17



D. PENGESAHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan
maklumat Makmal Komputer dan gambar yang dimuatnaik ke dalam ICTS.
Pengguna perlu memasukkan Nama, Jawatan dan juga No.Telefon
sebelum pengesahan dilaksanakan.
Pengguna perlu tick pada Saya mengesahkan semua maklumat adalah
benar .
Selepas pengguna selesai mengisi 4 sub menu di dalam Makmal Komputer,
pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum
klik pada butang
Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 7(d) di bawah :

RAJAH 7(d)





Halaman Pengesahan









Klik Untuk Simpan
Tick Untuk Pengesahan
Maklumat Nama,
Jawatan & No. Telefon
perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 18

2.2 Pentadbiran
Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan senarai
peralatan ICT yang terdapat di lokasi lain selain daripada Makmal Komputer, Pusat
Akses dan juga PPSMI. Dalam capaian pentadbiran, terdapat 2 sub menu yang
perlu diisi oleh pengguna.
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat seperti berikut:
A. Senarai peralatan ICT di lokasi lain (Selain Makmal Komputer, Pusat Akses
dan PPSMI).
B. Peralatan yang melebihi 5 tahun.

A. i) SENARAI PERALATAN ICT DI LOKASI LAIN
(Selain Makmal Komputer, Pusat Akses dan PPSMI)
Pengguna perlu klik pada untuk kunci masuk
maklumat.
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengisi peralatan ICT yang terdapat di
pentadbiran dan juga yang ada pada guru.
Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah seperti di RAJAH 8(a)i di bawah.
J ika ada peralatan yang tidak terdapat di bahagian pentadbiran dan dengan
guru seperti projektor pengguna perlu mengisi di Bil. Diterima dan Bil.
Berfungsi sebagai 0 .

RAJAH 8(a)i







Halaman Senarai Peralatan ICT Di Lokasi Lain (Selain Makmal Komputer, Pusat Akses & PPSMI)
Maklumat di ruangan
ini akan dipamerkan
secara automatik
setelah maklumat
Bil.Diterima dan Bil.
Berfungsi dikunci
masuk.

Edisi II : Oktober 2013 19

ii) PENGESAHAN
Selepas pengguna selesai mengisi maklumat seperti RAJAH 8(a)i di atas,
pengguna perlu mengesahkan maklumat yang diberikan adalah tepat.
Pengguna perlu memasukkan Nama, Jawatan dan juga No.Telefon .
Pengguna perlu tick pada Saya mengesahkan semua maklumat adalah
benar .
Selepas maklumat ini dikunci masuk, pengguna perlu memastikan maklumat
yang diberikan adalah tepat sebelum klik pada butang
Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 8(a)ii di bawah :

RAJAH 8(a)ii







Halaman Pengesahan











Klik Untuk Simpan
Tick Untuk Pengesahan
Maklumat Nama,
Jawatan & No. Telefon
perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 20


B) PERALATAN MELEBIHI 5 TAHUN
Pengguna perlu klik pada sebelum kunci masuk
maklumat ke dalam ICTS.
Pada bahagian ini, pengguna perlu kunci masuk maklumat berkaitan peralatan
ICT yang telah melebihi 5 tahun dan masih belum dilupuskan.
Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah peralatan ICT, lokasi aset dan
tahun aset seperti di RAJAH 8(b) di bawah :

RAJAH 8(b)
Halaman Peralatan Yang Melebihi 5 Tahun

Selepas maklumat dikunci masuk, pengguna perlu klik pada butang
bagi memastikan maklumat yang dikunci masuk disimpan.
J ika peralatan ICT yang melebihi 5 tahun adalah lebih daripada satu peralatan,
pengguna perlu klik pada butang setiap kali ingin
tambah peralatan ICT dan setiap kali membuat tambahan peralatan ICT,
pengguna perlu klik pada butang





Edisi II : Oktober 2013 21

2.3 Penyelenggaraan
Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan rangkaian
internet dan penyelenggaraan ICT yang terdapat di sekolah. Terdapat 3 sub menu
yang perlu diisi oleh pengguna.
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat seperti berikut:
A. Rangkaian Internet
B. Penyelenggaraan ICT
C. Pengesahan
Pengguna perlu klik pada untuk mengisi
maklumat.

A. RANGKAIAN INTERNET
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan rangkaian internet di sekolah.
Pada RAJAH 9(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah :

RAJAH 9(a)
Halaman Rangkaian Internet







Edisi II : Oktober 2013 22

B. PENYELENGGARAAN ICT
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat sama ada
penyelenggaraan peralatan ICT dilaporkan di dalam STS atau melalui medium
lain serta purata jumlah masa tindakan diambil bagi aduan yang dibuat oleh
sekolah.
Pengguna juga perlu klik sama ada dokumen aset terdapat di sekolah ataupun
tidak. Pengguna juga perlu pastikan yang dokumen tersebut sentiasa
dikemaskini.
Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah seperti RAJAH 9(b) di bawah :

RAJAH 9(b)
Halaman Penyelenggaraan ICT










Edisi II : Oktober 2013 23

C. PENGESAHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan
maklumat rangkaian internet yang dikemaskini ke dalam ICTS.
Pengguna perlu memasukkan Nama, Jawatan dan juga No.Telefon
sebelum pengesahan dilaksanakan.
Pengguna perlu tick pada Saya mengesahkan semua maklumat adalah
benar .
Selepas pengguna selesai mengisi maklumat di atas, pengguna perlu
memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum klik pada butang

Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 9(c) di bawah :

RAJAH 9(c)
Halaman Pengesahan






Klik Untuk Simpan
Tick Untuk Pengesahan
Maklumat Nama,
Jawatan & No. Telefon
perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 24

2.4 Pengesahan Chrome Book
Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan pengesahan
penerimaan Chrome Book yang terdapat di sekolah. Terdapat 3 sub menu yang
perlu diisi oleh pengguna.
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat seperti berikut:
A. Status Chrome Book
B. Dokumen Sokongan
C. Pengesahan
Pengguna perlu klik pada untuk mengisi
maklumat.
J ika terdapat sekolah yang tidak menerima Chrome Book, kenyataan seperti di
RAJAH 10 akan dipaparkan.

RAJAH 10
Halaman Status Penerimaan Chrome Book

A. STATUS CHROME BOOK
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan status penerimaan Chrome Book di sekolah.
Pada RAJAH 10(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.






Edisi II : Oktober 2013 25

RAJAH 10(a)
Halaman Status Chrome Book

B. DOKUMEN SOKONGAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan
dengan Chrome Book.
Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar.
Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada
butang sekali lagi.
Pada RAJAH 10(b) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh
pihak sekolah.
RAJAH 10(b)
Halaman Dokumen Sokongan
Pengguna perlu
klik pada butang
ini untuk
muatnaik gambar
Jika Pengguna ingin
tukar gambar, perlu klik
pada butang ini untuk
muatnaik gambar

Edisi II : Oktober 2013 26


C. PENGESAHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan
status penerimaan Chrome Book di sekolah dan gambar yang dimuatnaik ke
dalam ICTS.
Pengguna perlu memasukkan Nama, Jawatan dan juga No.Telefon
sebelum pengesahan dilaksanakan.
Pengguna perlu tick pada Saya mengesahkan semua maklumat adalah
benar .
Selepas pengguna selesai mengisi 3 sub menu di dalam Pengesahan Chrome
Book di sekolah, pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah
tepat sebelum klik pada butang
Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 10(c) di bawah :

RAJAH 10(c)
Halaman Pengesahan





Klik Untuk Simpan
Tick Untuk Pengesahan
Maklumat Nama,
Jawatan & No. Telefon
perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 27

2.5 Pengesahan VDI Thin Client
Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan pengesahan
penerimaan VDI Thin Client yang terdapat di sekolah. Terdapat 3 sub menu yang
perlu diisi oleh pengguna.
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat seperti berikut:
A. Status VDI Thin Client
B. Dokumen Sokongan
C. Pengesahan
Pengguna perlu klik pada untuk mengisi
maklumat.
J ika terdapat sekolah yang tidak menerima VDI Thin Client, kenyataan seperti di
RAJAH 11 akan dipaparkan.

RAJAH 11

Halaman Status Penerimaan VDI Thin Client

A. STATUS VDI THIN CLIENT
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan status penerimaan VDI Thin Client.
Pada RAJAH 11(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.





Edisi II : Oktober 2013 28

RAJAH 11(a)
Halaman Status VDI Thin Client

B. DOKUMEN SOKONGAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan
dengan VDI Thin Client.
Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar.
Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada
butang sekali lagi.
Pada RAJAH 11(b) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh
pihak sekolah.
RAJAH 11(b)










Halaman Dokumen Sokongan
Pengguna perlu
klik pada butang
ini untuk
muatnaik gambar
Jika Pengguna ingin
tukar gambar, perlu
klik pada butang ini
untuk muatnaik
gambar

Edisi II : Oktober 2013 29

C. PENGESAHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan
status penerimaan VDI Thin Client di sekolah dan gambar yang dimuatnaik ke
dalam ICTS.
Pengguna perlu memasukkan Nama, Jawatan dan juga No.Telefon
sebelum pengesahan dilaksanakan.
Pengguna perlu tick pada Saya mengesahkan semua maklumat adalah
benar .
Selepas pengguna selesai mengisi 3 sub menu di dalam Pengesahan VDI
Thin Client di sekolah, pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan
adalah tepat sebelum klik pada butang
Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 11(c) di bawah :

RAJAH 11(c)
Halaman Pengesahan






Klik Untuk Simpan
Tick Untuk Pengesahan
Maklumat Nama,
Jawatan & No. Telefon
perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 30





Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan Pusat Akses di
sekolah. Terdapat 4 menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :
A. Maklumat Pusat Akses
B. Status Peralatan
C. Dokumen Sokongan
D. Pengesahan
Pengguna perlu klik pada untuk mengisi maklumat
Pusat Akses.

A. MAKLUMAT PUSAT AKSES
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan dengan
Pusat Akses.
Pada RAJAH 12(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.
RAJAH 12(a)
Halaman Maklumat Pusat Akses

3
PUSAT AKSES


Edisi II : Oktober 2013 31

B. STATUS PERALATAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengisi maklumat berkenaan dengan status
peralatan yang terdapat di Pusat Akses.
Pengguna perlu mengisi bilangan peralatan yang diterima dan rosak di dalam status
peralatan.
Pengguna boleh merujuk kepada Sijil Akuan Penerimaan (SAP) untuk mengisi
maklumat yang berkaitan.
Pada Rajah 12(b) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 12(b)
Halaman Status Peralatan

C. DOKUMEN SOKONGAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan dengan
Pusat Akses.
Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar.
Gambar yang perlu dimuatnaik adalah seperti JADUAL 4 di bawah :







Edisi II : Oktober 2013 32

JADUAL 4

Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada butang
sekali lagi.
Pada RAJAH 12(c) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh
pengguna.

Bil Gambar Keterangan
1.
J adual
Pusat
Akses
J adual penggunaan Pusat Akses di sekolah yang terkini perlu
dimuatnaik oleh pengguna.
2. Peralatan
Peralatan adalah Baik.
Gambar peralatan yang berkeadaan baik seperti komputer, pencetak,
projektor dan pengimbas.
Pengguna juga perlu kunci masuk keterangan berkaitan dengan
gambar tersebut.

Peralatan ICT adalah Rosak
Gambar peralatan ICT yang rosak seperti komputer, pencetak dan
juga peralatan perabot.
Pengguna juga perlu kunci masuk keterangan berkaitan dengan
gambar tersebut.
3.
Pusat
Akses
Gambar berkaitan dengan kerosakan seperti bumbung bocor,
bumbung berlubang, penghawa dingin, keretakan dinding, penggera
keselamatan dan lain-lain.
Pengguna juga perlu kunci masuk keterangan berkaitan dengan
gambar tersebut.
4.
Pusat
Akses
Berkongsi
Gambar jika ada Pusat Akses yang berkongsi dengan bilik darjah,
pusat sumber, bilik guru dan lain-lain.
Pengguna juga perlu kunci masuk keterangan berkaitan dengan
gambar tersebut.

Edisi II : Oktober 2013 33



RAJAH 12(c)
Halaman Dokumen Sokongan



Pengguna perlu
klik pada butang
ini untuk
muatnaik gambar
Jika Pengguna ingin
tukar gambar,
perlu klik pada
butang ini untuk
muatnaik gambar

Edisi II : Oktober 2013 34

D. PENGESAHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan
maklumat Pusat Akses dan gambar yang dimuatnaik ke dalam ICTS.
Pengguna perlu memasukkan Nama, Jawatan dan juga No.Telefon sebelum
pengesahan dilaksanakan.
Pengguna perlu tick pada Saya mengesahkan semua maklumat adalah
benar .
Selepas pengguna selesai mengisi maklumat di atas, pengguna perlu memastikan
maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum klik pada butang
Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 12(d) di bawah :

RAJAH 12(d)
Halaman Pengesahan









Klik Untuk Simpan
Tick Untuk Pengesahan
Maklumat Nama,
Jawatan & No. Telefon
perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 35





Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan peralatan PPSMI yang
terdapat di sekolah. Terdapat 3 menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :
A. Senarai Peralatan
B. Dokumen Sokongan
C. Pengesahan
Pengguna perlu klik pada untuk mengisi maklumat.

A. SENARAI PERALATAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat peralatan ICT
PPSMI yang diterima di sekolah iaitu komputer riba, komputer peribadi dan projektor.
Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah seperti RAJAH 13(a) di bawah.
J ika semua peralatan PPSMI adalah berfungsi, pengguna perlu mengisi di Bil.
Rosak, Bil. Lupus dan Bil. Hilang sebagai 0 .

RAJAH 13(a)
Halaman Senarai Peralatan ICT PPSMI



4
PPSMI

Maklumat di ruangan jumlah akan dipamerkan
secara automatik setelah maklumat Bil.Diterima,
Bil. Berfungsi, Bil. Rosak, Bil. Lupus & Bil. Hilang
dikunci masuk.

Edisi II : Oktober 2013 36

B. DOKUMEN SOKONGAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan dengan
peralatan PPSMI.
Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar. Setiap
gambar yang dimuatnaik hendaklah disertakan dengan keterangan gambar.
Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah seperti RAJAH 13(b) di bawah :

RAJAH 13(b)
Halaman Dokumen Sokongan

C. PENGESAHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan dengan peralatan
ICT PPSMI yang dikemaskini dan gambar yang dimuatnaik ke dalam ICTS.
Pengguna perlu memasukkan Nama, Jawatan dan juga No.Telefon .
Pengguna perlu tick pada Saya mengesahkan semua maklumat adalah
benar .
Selepas pengguna selesai mengisi 3 menu di dalam PPSMI, pengguna perlu
memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum klik pada butang






Edisi II : Oktober 2013 37





Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan rangkaian 1Bestarinet
yang terdapat di sekolah. Terdapat 2 menu yang perlu diisi oleh pengguna.
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat seperti berikut:
i. 1Bestarinet
ii. Virtual Learning Enviroment(VLE)

5.1 1Bestarinet
Pada bahagian ini, terdapat 5 sub menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :
A. Perkhidmatan Rangkaian (Peralatan & Teknologi Telekomunikasi)
B. Penyediaan Rangkaian
C. Liputan & Prestasi Capaian
D. Dokumen Sokongan
E. Pengesahan
Pengguna perlu mengklik pada untuk
mengisi maklumat 1Bestarinet.

A. PERKHIDMATAN RANGKAIAN (PERALATAN & TEKNOLOGI
TELEKOMUNIKASI)
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan perkhidmatan rangkaian di sekolah.
Pada RAJAH 14(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.




5
1Bestarinet


Edisi II : Oktober 2013 38

RAJAH 14(a)
Halaman Perkhidmatan Rangkaian (Peralatan & Teknologi Telekomunikasi)





Edisi II : Oktober 2013 39


B. PENYEDIAAN RANGKAIAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan untuk
penambahbaikan bagi memperluaskan capaian 1Bestarinet dan kos
anggaran belanjawan yang terlibat.
RAJAH 14(b) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 14(b)
Halaman Penyediaan Rangkaian

C. LIPUTAN DAN PRESTASI CAPAIAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan untuk liputan
dan prestasi capaian 1Bestarinet di sekolah.
Pengguna juga perlu menjalankan ujian keupayaan rangkaian dengan
menggunakan aplikasi di http://www.speedtest.net untuk mengetahui
capaian yang diterima di sekolah.
RAJAH 14(c) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.










Edisi II : Oktober 2013 40


RAJAH 14(c)
Halaman Liputan Dan Prestasi Capaian










Edisi II : Oktober 2013 41



D. DOKUMEN SOKONGAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu tick sama ada dokumen sokongan
berkaitan dengan rangkaian 1Bestarinet disimpan di sekolah ataupun tidak.
Pengguna juga perlu memuatnaik gambar yang berkaitan dengan
rangkaian 1Bestarinet dengan klik pada butang
Maklumat yang perlu dikunci masuk adalah seperti RAJAH 14(d) di bawah:

RAJAH 14(d)
Halaman Dokumen Sokongan

Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada
butang sekali lagi.




Pengguna perlu klik
pada butang ini untuk
muatnaik gambar
Jika Pengguna
ingin tukar
gambar, perlu klik
pada butang ini
untuk muatnaik
gambar
Pengguna perlu tick pada butang ini
bagi salinan dokumen sokongan yang
ada disimpan di sekolah

Edisi II : Oktober 2013 42


E. PENGESAHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan
dengan perkhidmatan rangkaian di sekolah yang telah dikemaskini dan
gambar yang dimuatnaik ke dalam ICTS.
Pengguna perlu memasukkan Nama, Jawatan dan juga No.Telefon
sebelum pengesahan dilaksanakan.
Pengguna perlu tick pada Saya mengesahkan semua maklumat
adalah benar .
Selepas pengguna selesai mengisi 5 sub menu di dalam 1Bestarinet,
pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat
sebelum klik pada butang
Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 14(e) di bawah :

RAJAH 14(e)








Halaman Pengesahan






Klik Untuk Simpan
Tick Untuk Pengesahan
Maklumat Nama,
Jawatan & No. Telefon
perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 43


5.2 Virtual Learning Enviroment(VLE)
Pada bahagian ini, terdapat 8 sub menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :
A. Pelaksanaan VLE
B. Capaian VLE
C. Pentadbiran VLE
D. Latihan
E. Penggunaan
F. Promosi
G. Liputan Dan Prestasi Capaian
H. Pengesahan
Pengguna perlu mengklik pada untuk mengisi
maklumat VLE.

A. PELAKSANAAN VLE
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan pelaksanaan VLE di sekolah.
Pada RAJAH 15(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 15(a)
Halaman Pelaksanaan VLE


Edisi II : Oktober 2013 44


B. CAPAIAN VLE
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan capaian VLE di sekolah.
Pengguna juga perlu menyatakan tarikh mula capaian VLE di sekolah dan
pemberian ID pengguna dan kata laluan kepada guru / ibu bapa / pelajar
dan lain-lain
Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 15(b) di
bawah :

RAJAH 15(b)
Halaman Capaian VLE

C. PENTADBIRAN VLE
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan pentadbiran VLE di sekolah.
Pengguna perlu memaklumkan sama ada jawatankuasa VLE telah
ditubuhkan di sekolah ataupun belum.
Pada RAJAH 15(c) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.




Edisi II : Oktober 2013 45


RAJAH 15(c)
Halaman Pentadbiran VLE

D. LATIHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan latihan yang telah dilaksanakan oleh pembekal kepada sekolah.
Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 15(d) di
bawah :

RAJAH 15(d)
Halaman Latihan

Edisi II : Oktober 2013 46

E. PENGGUNAAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan penggunaan VLE di sekolah.
Pengguna perlu menyatakan teknik pengajaran, aplikasi dan bahan-bahan
yang digunakan bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di
sekolah.
Pada RAJAH 15(e) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 15(e)
Halaman Penggunaan

Edisi II : Oktober 2013 47

F. PROMOSI
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan promosi VLE yang dijalankan di sekolah.
Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 15(f) di
bawah :

RAJAH 15(f)
Halaman Promosi

G. LIPUTAN DAN PRESTASI CAPAIAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan liputan dan prestasi capaian VLE di sekolah. Pengguna perlu
mengesahkan jika di sekolah pernah menghadapi gangguan aplikasi VLE.
Pada RAJAH 15(g) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 15(g)
Halaman Liputan Dan Prestasi Capaian


Edisi II : Oktober 2013 48

H. PENGESAHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan
dengan pelaksanaan dan capaian VLE di sekolah yang telah dikemaskini
ke dalam ICTS.
Pengguna perlu memasukkan Nama, Jawatan dan juga No.Telefon .
Pengguna perlu tick pada Saya mengesahkan semua maklumat
adalah benar .
Selepas pengguna selesai mengisi maklumat di atas, pengguna perlu
memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum klik pada
butang
Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 15(h) di bawah :

RAJAH 15(h)







Halaman Pengesahan









Klik Untuk Simpan
Tick Untuk Pengesahan
Maklumat Nama,
Jawatan & No. Telefon
perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 49





Capaian ini adalah untuk mengemaskini maklumat berkaitan dengan peralatan dan perisian
MBMMBI yang terdapat di sekolah. Terdapat 2 menu yang perlu diisi oleh pengguna iaitu :
i. Peralatan
ii. Perisian

6.1 Peralatan
Pada bahagian ini, terdapat 9 sub menu yang perlu diisi oleh pengguna :
A. Penerimaan Peralatan
B. Dokumen Terimaan
C. Pendaftaran Aset / Inventori
D. Latihan
E. Penggunaan Makmal Bahasa
F. Penyelenggaraan
G. Butiran Peralatan MBMMBI Yang Diterima Oleh Sekolah
H. Dokumen Sokongan
I. Pengesahan
Pengguna perlu klik pada
untuk mengisi maklumat peralatan MBMMBI.

A. PENERIMAAN PERALATAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan penerimaan peralatan MBMMBI di sekolah.
Pengguna juga perlu mengesahkan sama ada peralatan yang diterima
mengikut spesifikasi yang ditetapkan ataupun tidak.
Pada RAJAH 16(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

6
MBMMBI


Edisi II : Oktober 2013 50


RAJAH 16(a)
Halaman Penerimaan Peralatan

B. DOKUMEN TERIMAAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengesahkan maklumat berkaitan
dengan dokumen terimaan peralatan MBMMBI di sekolah.
Pengguna boleh merujuk kepada Delivery Order (DO), Sijil Akuan
Penerimaan (SAP) dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) untuk
sahkan penerimaan peralatan MBMMBI bersamaan dengan fizikal.
Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 16(b) di
bawah :

RAJAH 16(b)
Halaman Dokumen Terimaan




Edisi II : Oktober 2013 51


C. PENDAFTARAN ASET
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan pendaftaran aset / inventori peralatan MBMMBI di sekolah.
Pada RAJAH 16(c) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 16(c)
Halaman Pendaftaran Aset / Inventori

D. LATIHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu engesahkan sama ada telah terima
latihan selepas peralatan MBMMBI diterima di sekolah ataupun tidak.
Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 16(d) di
bawah :

RAJAH 16(d)
Halaman Latihan




Edisi II : Oktober 2013 52

E. PENGGUNAAN MAKMAL BAHASA
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan penggunaan makmal bahasa di sekolah.
Pada RAJAH 16(e) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 16(e)
Halaman Penggunaan Makmal Bahasa

F. PENYELENGGARAAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan penyelenggaraan di sekolah.
Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 16(f) di
bawah :

RAJAH 16(f)
Halaman Penyelenggaraan

Edisi II : Oktober 2013 53

G. BUTIRAN PERALATAN MBMMBI YANG DITERIMA OLEH SEKOLAH
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan butiran peralatan MBMMBI yang diterima oleh sekolah. Pengguna
perlu menyatakan bilangan, jenama dan model yang diterima.
Selain itu, pengguna juga perlu mengesahkan sama ada peralatan
MBMMBI yang diterima mengikut spesifikasi yang ditetapkan ataupun tidak.
Pada RAJAH 16(g) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 16(g)
Halaman Butiran Peralatan MBMMBI Yang Diterima Oleh Sekolah

H. DOKUMEN SOKONGAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan
dengan penerimaan peralatan MBMMBI di sekolah.
Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar.
Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada
butang sekali lagi.

Edisi II : Oktober 2013 54

Pada RAJAH 16(h) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh
pihak sekolah.

RAJAH 16(h)
Halaman Dokumen Sokongan

I. PENGESAHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan
dengan peralatan MBMMBI di sekolah yang telah dikemaskini dan gambar
yang dimuatnaik ke dalam ICTS.
Pengguna perlu memasukkan Nama, Jawatan dan juga No.Telefon
sebelum pengesahan dilaksanakan.
Pengguna perlu tick pada Saya mengesahkan semua maklumat
adalah benar .
Selepas pengguna selesai mengisi 9 sub menu di dalam peralatan
MBMMBI, pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah
tepat sebelum klik pada butang




Pengguna perlu
klik pada butang
ini untuk
muatnaik gambar
Jika Pengguna ingin
tukar gambar, perlu
klik pada butang ini
untuk muatnaik
gambar

Edisi II : Oktober 2013 55

6.2 Perisian
Pada bahagian ini, terdapat 8 sub menu yang perlu diisi oleh pengguna :
A. Penerimaan Perisian MBMMBI
B. Dokumen Terimaan
C. Pendaftaran Aset / Inventori
D. Latihan
E. Penggunaan Makmal Bahasa
F. Butiran Perisian MBMMBI Yang Diterima Oleh Sekolah Di Makmal / Pusat
Akses
G. Dokumen Sokongan
H. Pengesahan
Pengguna perlu klik pada
untuk mengisi maklumat perisian MBMMBI.

A. PENERIMAAN PERISIAN MBMMBI
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan penerimaan perisian MBMMBI di sekolah.
RAJAH 17(a) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 17(a)
Halaman Penerimaan Perisian MBMMBI

Edisi II : Oktober 2013 56

B. DOKUMEN TERIMAAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengesahkan maklumat berkaitan
dengan dokumen terimaan perisian MBMMBI di sekolah.
Pengguna boleh merujuk kepada Delivery Order (DO), Sijil Akuan
Penerimaan (SAP) dan Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) untuk
sahkan penerimaan perisian MBMMBI bersamaan dengan fizikal.
Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 17(b) di
bawah :

RAJAH 17(b)
Halaman Dokumen Terimaan

C. PENDAFTARAN ASET / INVENTORI
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan Pendaftaran Aset / Inventori perisian MBMMBI di sekolah.
Pada RAJAH 17(c) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.

RAJAH 17(c)
Halaman Pendaftaran Aset / Inventori

Edisi II : Oktober 2013 57


D. LATIHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengesahkan sama ada telah
menerima latihan teknikal oleh pembekal bagi penggunaan perisian
MBMMBI di sekolah.
Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 17(d) di
bawah :

RAJAH 17(d)
Halaman Latihan

E. PENGGUNAAN MAKMAL BAHASA
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan penggunaan makmal bahasa di sekolah.
Pada RAJAH 17(e) adalah maklumat yang perlu diisi oleh pihak sekolah.






Edisi II : Oktober 2013 58

RAJAH 167e)
Halaman Penggunaan Makmal Bahasa

F. BUTIRAN PERISIAN MBMMBI YANG DITERIMA OLEH SEKOLAH DI
MAKMAL / PUSAT AKSES
Pada bahagian ini, pengguna perlu mengunci masuk maklumat berkaitan
dengan butiran perisian MBMMBI yang diterima oleh sekolah di Makmal /
Pusat Akses. Pengguna perlu menyatakan bilangan, jenama dan model
yang diterima.
Maklumat yang perlu diisi oleh pengguna adalah seperti RAJAH 17(f) di
bawah :

RAJAH 17(f)
Halaman Butiran Perisian MBMMBI Yang Diterima Oleh Sekolah Di Makmal / Pusat Akses

Edisi II : Oktober 2013 59

G. DOKUMEN SOKONGAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik gambar yang berkaitan
dengan perisian MBMMBI di sekolah.
Pengguna perlu klik pada butang untuk muatnaik gambar.
Gambar yang dimuatnaik oleh pengguna boleh ditukar dengan klik pada
butang sekali lagi.
Pada RAJAH 17(g) adalah keterangan gambar yang perlu dimuatnaik oleh
pihak sekolah.

RAJAH 17(g)
Halaman Dokumen Sokongan

H. PENGESAHAN
Pada bahagian ini, pengguna perlu membuat pengesahan berkaitan
dengan perisian MBMMBI di sekolah yang telah dikemaskini dan gambar
yang dimuatnaik ke dalam ICTS.
Pengguna perlu memasukkan Nama, Jawatan dan juga No.Telefon
sebelum pengesahan dilaksanakan.
Pengguna perlu tick pada Saya mengesahkan semua maklumat
adalah benar .
Pengguna perlu
klik pada butang
ini untuk
muatnaik gambar
Jika Pengguna ingin
tukar gambar, perlu
klik pada butang ini
untuk muatnaik
gambar

Edisi II : Oktober 2013 60

Selepas pengguna selesai mengisi 8 sub menu di dalam perisian
MBMMBI, pengguna perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah
tepat sebelum klik pada butang
Keterangan pengesahan adalah seperti di dalam RAJAH 17(h) di bawah :

RAJAH 17(h)







Halaman Pengesahan
















Klik Untuk Simpan
Tick Untuk Pengesahan
Maklumat Nama,
Jawatan & No. Telefon
perlu diisi oleh pengguna

Edisi II : Oktober 2013 61

8. MAKLUMAT UMUM
Sistem ini telah menyediakan kemudahan butang dan ikon untuk membantu
pengguna semasa menggunakan ICTS.
Setiap butang yang terdapat pada sistem ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Istilah seperti akronim juga digunakan di dalam dokumen ini.

9. FUNGSI BUTANG
Lihat JADUAL 4 untuk memahami fungsi butang yang terdapat pada ICTS.

JADUAL 4
Bil. Ikon / Butang
Nama Ikon /
Butang
Penerangan
1.

Butang Login Akses ke ICTS
2.

Butang Simpan
Menyimpan maklumat yang
telah diisi ke pengkalan data
3.

Butang Browse
Mencari fail gambar untuk
dimuatnaik
4.

Butang Kemaskini
Maklumat Makmal
Mengemaskini maklumat
berkaitan dengan Makmal
Komputer
5.

Butang Kemaskini
Peralatan
Mengemaskini maklumat
berkaitan dengan peralatan ICT
6.

Butang Tambah
Peralatan
Mengemaskini maklumat
berkaitan dengan peralatan ICT
jika terdapat lebih dari 1
peralatan
7.

Butang
Penyelenggaraan
Mengemaskini maklumat
berkaitan dengan
penyelenggaraan dan rangkaian
internet
8.

Butang Kemaskini
Chrome Book
Mengemaskini maklumat
berkaitan dengan penerimaan
Chrome Book di sekolah
9.

Butang Kemaskini
Thin Client
Mengemaskini maklumat
berkaitan dengan penerimaan
VDI Thin Client di sekolah

Edisi II : Oktober 2013 62


10. AKRONI M DAN SI NGKATAN
Rujuk JADUAL 5 untuk rujukan maklumat akronim dan singkatan.

JADUAL 5
10.

Butang Kemskini
Pusat Akses
Mengemaskini maklumat
berkaitan dengan Pusat Akses
11.

Butang Kemaskini
Maklumat
1Bestarinet
Mengemaskini maklumat
berkaitan dengan 1Bestarinet
12.

Butang Kemaskini
Maklumat VLE
Mengemaskini maklumat
berkaitan dengan VLE
13.

Butang Kemaskini
Maklumat MBMMBI
Peralatan
Mengemaskini maklumat
berkaitan dengan penerimaan
peralatan MBMMBI
14.

Butang Kemaskini
Maklumat MBMMBI
Perisian
Mengemaskini maklumat
berkaitan dengan penerimaan
perisian MBMMBI
15.

Butang Batal
Kembali ke halaman
sebelumnya
Bil. Akronim / Singkatan Nama Penuh
1. KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
2. ICTS Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah
3. PKG Pusat Kegiatan Guru
4. BTPN Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
5. BTP Bahagian Teknologi Pendidikan
6. PPD Pejabat Pendidikan Daerah
7. J PN J abatan Pendidikan Negeri




























CAWANGAN AUDIT ICT
BAHAGIAN AUDIT DALAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
CAWANGAN AUDIT ICT
BAHAGIAN AUDIT DALAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NO. TEL : 03-8884 5457
NO. FAKS : 03-8884 5431

You might also like