Laporan Scorea

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 114

LAPORAN BERTULIS

PENILAIAN KEPATUHAN SYARIAH


PRODUK DAN PELAN PEMASARAN
BERBILANG TINGKAT
(MULTI-LEVEL MARKETING)
SYARIKAT KENSHIDO INTERNATIONAL
SDN BHD




























Disediakan oleh

Panel Penasihat Syariah (PPS) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali (Pengerusi PPS)
Azizi Bin Che Seman (Ahli PPS)

Mei 2010
i
PENAFIAN/DISCLAIMER
LAPORAN PENILAIAN KEPATUHAN SYARIAH SYARIKAT KENSHIDO
INTERNATIONAL SDN BHD INI DISEDIAKAN OLEH PANEL PENASIHAT
SYARIAH YANG DILANTIK ATAS PERMINTAAN SYARIKAT KENSHIDO
INTERNATIONAL SDN BHD SENDIRI DAN TIDAK DIBERIKAN DENGAN
MAKSUD DIPEGANG SEBAGAI SUATU NASIHAT UNDANG-UNDANG
YANG DIJADIKAN SANDARAN ATAU MENGIKAT. LAPORAN INI
DISEDIAKAN DI DALAM KAPASITI INDIVIDU AHLI-AHLI PANEL
PENASIHAT SYARIAH TERSEBUT YANG MEMPUNYAI KELULUSAN
RASMI DI DALAM BIDANG SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN
SEJUMLAH PENGALAMAN DI DALAM PENGKHUSUSAN MUAMALAT
ISLAM SERTA USUL-USUL DAN CABANG-CABANG ILMU BERKAITAN.
WALAUPUN JAWATAN YANG DIPEGANG MASING-MASING DI
INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BERPRESTIJ DI MALAYSIA
IAITU UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA DAN UNIVERSITI
MALAYA BOLEH MEMBERI KREDIBILITI KEPADA KELAYAKAN SETIAP
DARI MEREKA NAMUN LAPORAN INI DISEDIAKAN BUKAN DI DALAM
KAPASITI MASING-MASING SEBAGAI TENAGA PENGAJAR DI INSTITUSI-
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG BERKENAAN DAN BUKAN JUGA DI
DALAM KAPASITI MASING-MASING SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA
SYARIAH KEPADA BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD. SANDARAN
TERHADAP LAPORAN PENILAIAN KEPATUHAN SYARIAH INI ADALAH DI
ATAS TANGUNGJAWAB DAN RISIKO PIHAK YANG MEMILIH UNTUK
BERBUAT DEMIKIAN.






















Laporan ini mengandungi 114 halaman bercetak termasuk halaman judul
Halaman | ii

Kandungan
PENAFIAN/DISCLAIMER ..................................................................................... i
Kandungan .......................................................................................................... ii
Panduan Transliterasi ........................................................................................ v
1. Latarbelakang ............................................................................................. 1
2. Latarbelakang Ringkas Ahli-ahli Panel Penasihat Syariah ..................... 4
2.1 Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali (Pengerusi PPS) .......................... 4
2.2 En. Azizi Bin Che Seman (Ahli PPS) ................................................... 4
3. Proses Penilaian Kepatuhan Syariah ........................................................ 5
4. Pendekatan PPS di Dalam Menjalankan Proses Penilaian
Kepatuhan Syariah ..................................................................................... 8
4.1 Produk ................................................................................................. 9
4.2 Pelan Pemasaran ................................................................................ 9
5. Isu-Isu Umum Tentang MLM .................................................................... 10
5.1 Justifikasi Upline Mendapat Komisen Dari Jumlah Jualan (Sales
Volume) Yang Diusahakan Oleh Downlines, Terutamanya di
Peringkat Yang Begitu Jauh ke Bawah Atau di Dalam Istilah
Biasa Masyarakat: Usaha dan Penat Lelah Orang di Bawah
Cuma Mengayakan Orang di Atas ................................................... 10
5.1.1 Keterangan Ringkas Tentang Rukun dan Syarat Jualah
dan Kaitannya Dengan Struktur MLM .................................. 12
5.1.2 Isu Upah (Komisen) Yang Diberikan Datang Sebagai
Sebahagian Dari Hasil Atau Natijah Kerja Yang
Diupahkan ............................................................................ 17
5.2 Kemungkinan Sasaran Jualan Yang Menjadi Ciri Asas MLM
Membawa Kepada Penindasan Dan Penganiayaan Kerana
Pengedar Yang Telah Berpenat Lelah Menjalankan Usaha
Tidak Mendapat Ganjaran (Reward) Yang Diharapkan Apabila
Tidak Mencapai Sasaran (Hit Target) Yang Ditetapkan .................... 21
5.3 Kemungkinan Berlakunya Dua Aqad Dalam Satu (Safqatayn Fi
Safqah) Yang Ditegah Syara Kerana Operasi MLM Mungkin
Dianalisa Sebagai Satu Transaksi Yang Melibatkan Dua Aqad
Pada Satu Masa Yang Sama Iaitu Aqad Jual Beli Di Mana
Pengedar Membeli Barangan Atau Produk Daripada Syarikat
Dan Dalam Masa Yang Sama Berlaku Aqad Wakalah Di Mana
Pengedar Dilantik Oleh Syarikat Sebagai Wakil Untuk
Halaman | iii

Memasarkan Produk Dan Untuk Melantik Wakil-Wakil Pengedar
Yang Lain .......................................................................................... 23
5.4 Justifikasi Peserta MLM Mendapat Untung Dan Pendapatan
Yang Banyak Tanpa Mengeluarkan Modal Atau Dengan Usaha
Yang Sedikit Atau Tanpa Apa-Apa Usaha Langsung. ....................... 26
5.5 Kemungkinan Berlakunya Ghabn Fahisy Yang Ditegah Oleh
Syara ................................................................................................ 27
5.5.1 Konsep Ghabn ..................................................................... 27
5.5.2 Kesan Ghabn Dari Segi Sah Aqad Atau Sebaliknya ........... 28
5.6 Kemungkinan Berlakunya Brokerage Berganda Atau Brokerage
Atas Brokerage .................................................................................. 33
5.7 Kemungkinan Berlakunya Unsur-Unsur Perjudian (Gambling) Di
Dalam MLM ....................................................................................... 33
6. Isu-Isu Khusus Tentang Operasi MLM Kenshido International
Sdn Bhd ..................................................................................................... 34
6.1 Pemerhatian Umum Tentang Produk Yang Dipasarkan
Kenshido International Sdn Bhd Iaitu Portal Pendidikan ScoreA ...... 34
6.2 Pemerhatian Umum, Penilaian Kepatuhan Syariah dan
Cadangan-cadangan Berkaitan Pelan Pemasaran Kenshido
International Sdn Bhd ........................................................................ 34
6.2.1 Isu Syariah Yang Mungkin Timbul Dari Penggunaan
Pelan Binary ......................................................................... 40
6.2.2 Kemungkinan Untuk Pelan Pemasaran Yang Overpay ........ 45
6.2.3 Syarat Maintenance dan Auto-Maintenance Sebagai
Syarat Kelayakan Memperolehi Bonus/Komisen ................. 47
6.2.4 Jumlah Komisen Yang Lebih Besar Yang Dibayar
Kepada Pemegang Pakej Yang Lebih Besar
Sedangkan Penajaan Dilakukan Oleh Pemegang Pakej
Yang Lebih Kecil .................................................................. 55
6.2.5 Cadangan Supaya Bonus K-Reward Dibayar Secara
Compressed ......................................................................... 58
6.2.6 Cadangan Pemastian Keseimbangan Antara Pelan
FSB dan Pelan LSB ............................................................. 59
6.2.7 Cadangan Pemastian Kepatuhan dan
Keberkuatkuasaan Undang-undang Yang Tidak Lari
Dari Kepatuhan Syariah ....................................................... 60
6.3 Isu-Isu Syariah Yang Membabitkan Operasi Dan Perlaksanaan ....... 62
6.3.1 Pernyataan Yang Berlebih-Lebihan (Overstatement)
dan Menokok Tambah Secara Keterlaluan (Excessive
Exaggerations) ..................................................................... 62
6.3.2 Unsur-unsur Pemaksaan ..................................................... 65
6.3.3 Amalan Price Undercutting .................................................. 66
6.3.4 Amalan Cross Line dan Curi Downline ............................ 71
Halaman | iv

6.4 Perkara-Perkara Yang Asalnya Bukan Dianggap Melibatkan
Isu-Isu Syariah Tetapi Dibimbangi Ada Kemungkinan Sekiranya
Tidak Ditangani Dengan Baik Akan Membawa Kepada
Berlakunya Keadaan Yang Menimbulkan Isu-Isu Syariah ................. 74
6.4.1 Kemungkinan Berlaku Inventory Front-Loading Dan
Rank Buy Up ........................................................................ 74
7. Cadangan-Cadangan Umum Yang Kelihatan Tidak Berkaitan
Secara Langsung Dengan Proses Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Syarikat Kenshido International
Sdn Bhd Namun Wajar Disentuh Dengan Tujuan
Penambahbaikan ...................................................................................... 86
7.1 Cadangan-Cadangan Yang Berkait Langsung Dengan
Tanggungjawab-tanggungjawab Agama ........................................... 86
7.2 Cadangan-Cadangan Yang Secara Asasnya Berkait Dengan
Operasi Perniagaan: ......................................................................... 91
8. Cadangan Supaya Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Disediakan Sebagai Capaian Di Laman Web Rasmi Kenshido
International Sdn Bhd .............................................................................. 96
9. Kesimpulan Dan Keputusan .................................................................... 96
Lampiran 1: Seni Bina Rangkaian ScoreA ...................................................... 98
Lampiran 2: Performance Bonus ..................................................................... 99
Lampiran 3: Perkongsian Keuntungan Bulanan Syarikat (Company
Monthly Profit Sharing) .......................................................................... 100
Lampiran 4: Leadership Bonus Melalui Sistem Blok ................................... 101
Lampiran 5: Leadership Bonus Melalui Konsep Breakaway ...................... 104
Lampiran 6: Simulasi Hierarki Sempurna Pelan Binary .............................. 105
Lampiran 7: Jawapan Syarikat Kenshido Sdn. Bhd. Berkenaan
Amalan Price Undercutting .................................................................... 106
Lampiran 8: Jawapan Syarikat Kenshido Sdn. Bhd. Berkenaan
Amalan Front Loading ............................................................................ 107
Penghargaan ................................................................................................... 108
Halaman | v

Panduan Transliterasi
Konsonan
Huruf Arab Huruf Latin Huruf Arab Huruf Latin
d
b t
t z
th
j gh
h f
kh q
d k
dh l
r m
z n
s h
sh w
s y
Vokal
Pendek Panjang Diftong
a adam a bayatan Ay bay
i min i al-manhaji Aw qawl
u hum u Masud

LAPORAN BERTULIS PENILAIAN KEPATUHAN SYARIAH PRODUK DAN
PELAN PEMASARAN BERBILANG TINGKAT (MULTI-LEVEL MARKETING)
SYARIKAT KENSHIDO INTERNATIONAL SDN BHD


1. Latarbelakang
Suatu bentuk pemasaran perniagaan
1
yang berkembang pesat di Malaysia
adalah pemasaran berbilang tingkat (multi-level marketing) atau dikenali juga
sebagai pemasaran berangkaian (network marketing) (selepas ini akan dirujuk di
dalam laporan ini sebagai MLM). Ringkasnya, ia adalah suatu sistem yang
membenarkan sesuatu jenis atau sejumlah jenis produk atau khidmat perniagaan
disalurkan kepada pengguna melalui suatu rantaian pengedar-pengedar yang
masing-masing berada di dalam pelbagai tingkat (level) (dari sinilah datangnya
istilah multi-level), dengan sejumlah komisen tertentu dibayar kepada pengedar-
pengedar (yang mungkin juga mereka sendiri merupakan pengguna-pengguna
akhir (end-users) kepada produk-produk tersebut atau sebahagian darinya)
bergantung kepada jumlah/volume produk yang berjaya dijual
2
dan mengikut
kelayakan yang ditetapkan melalui pelan pemasaran (marketing plan) atau skim
ganjaran (reward scheme) syarikat yang menganjurkan MLM itu.
Semenjak kemasukan syarikat MLM terkenal dari Amerika Syarikat ke Malaysia
pada tahun 1976, cara mempromosi, menyalur dan menyerahkan produk-produk
atau khidmat-khidmat perniagaan ini ini telah menyaksikan peningkatan
momentum yang sangat ketara dan telah menarik ramai pengikut (dan tidak
kurang juga penentang). Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan menunjukkan bahawa jualan yang terhasil melalui
industri MLM ini telah menjana jumlah yang bukan sedikit malah menjangkau
bilion Ringgit Malaysia setahun.
3

Laporan ini walaupun dibuat secara umumnya di dalam Bahasa Melayu, namun perkataan-
perkataan dan istilah-istilah di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab digunakan juga secara
agak bebas. Panel Penasihat Syariah mengakui bahawa adalah lebih kemas dan mengikut
peraturan sekiranya penggunaan bahasa ini diseragamkan seboleh mungkin menggunakan
Bahasa Melayu sahaja, namun faktor kekangan masa adalah antara faktor utama PPS
menggunakan istilah-istilah, perkataan-perkataan, malah ayat-ayat yang terlintas di fikiran di
dalam bahasa yang terlintas ketika menyediakan laporan bertulis ini demi memastikan makna
yang hendak disampaikan adalah sebagaimana yang dimaksudkan.
1
Istilah perniagaan ini digunakan secara kasar di sini kerana secara lebih tepat istilah ini
mungkin boleh disanggah dengan hujjah bahawa tidak semua yang dilabelkan MLM layak
dirujuk sebagai perniagaan sebenar.
2
Istilah dijual di sini adalah dari perspektif syarikat. Dari perspektif lain, pergerakan produk
kepada pengguna akhir mungkin tidak terhasil dari aktiviti jualan, malah mungkin di dalam
sesetengah keadaan tidak berlaku pun pergerakan produk kepada pengguna akhir.
3
http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=453&Itemid=419, 4
Mei 2010.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 2

Malangnya industri MLM ini bukan sahaja menyaksikan perkembangan yang
positif, malah turut juga menyumbangkan ke arah aktiviti-aktiviti kewangan yang
negatif. Sebagaimana ia menarik dan berpotensi untuk digunakan (used) bagi
memasarkan produk, ia juga menarik dan berpotensi untuk disalahgunakan
(abused) bagi tujuan penipuan dan mengaut keuntungan jangka pendek dengan
cara yang sekurang-kurangnya meragukan (dubious) kalaupun tidak sampai ke
tahap terang-terangan melanggar undang-undang (outright illegal) atau tidak
beretika (unethical).
Agak mengejutkan untuk kita menyedari bahawa industri yang melebar luas ini
tidak mempunyai mekanisma atau peraturan-peraturan khusus
4
seperti industri
perbankan dan pelaburan Islam yang diketahui sangat terselaras (highly
regulated) bagi memastikan kepatuhan amalan-amalan di dalam industri ini
kepada kehendak-kehendak dan peraturan-peraturan syariah. Lebih
mengejutkan, belum terdapat kajian yang betul-betul mengkhusus dan
mendalam
5
dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam terhadap isu ini. Keadaan ini
pada awalnya mungkin disebabkan oleh kurangnya minat di kalangan peserta-
peserta Islam untuk menilai peluang kewangan yang ditawarkan oleh MLM dari
ukuran syariah atau mungkin juga sebahagian dari mereka terdorong untuk
berpendirian mengambil mudah (take for granted) bahawa MLM tidak melanggar
apa-apa peraturan syariah. Suatu sebab lain yang tidak mustahil juga telah
menyumbang kepada keadaan ini adalah kurangnya pengetahuan (familiarity) di
kalangan sarjana-sarjana Islam yang berkemahiran, khususnya dalam bidang
muamalat Islam, terhadap sejarah dan latarbelakang MLM, karakteristik-
karakteristiknya, sebab-sebab dan cara-cara bagaimana ia berfungsi serta istilah-
istilah yang khusus yang digunakan di dalam industri ini. Unfamiliarity ini mungkin
menjadi antara faktor-faktor penghalang yang menjauhkan sarjana-sarjana yang
berkepakaran ini dari mengkaji dan menetapkan garis panduan-garis panduan
yang sepatutnya bagi industri MLM ini.
6

Rupa-rupanya terserlah juga hikmahnya apa yang dikenali sebagai internet
investment schemes
7
yang menjadi begitu popular dan berleluasa di Malaysia

4
Terdapat Akta J ualan Langsung 1993 yang diluluskan oleh Parlimen dan dilaksanakan
yang lebih bertujuan untuk memastikan perniagaan jualan langsung yang mematuhi lunas
undang-undang dan tuntutan etika dan lebih terangkum di bawah undang-undang perlindungan
pengguna (consumer protection law) dan tidak menjurus secara khusus ke arah pematuhan
syariah. Apapun, memang diakui persoalan-persoalan etika, kepatuhan undang-undang dan
perlindungan pengguna berkemungkinan besar merupakan sebahagian dari faktor-faktor yang
boleh menentukan atau mempengaruhi status kepatuhan syariah juga.
5
Lihat, sebagai contoh, komen dan seruan yang dibuat oleh Professor Madya Dr Hailani Muji
Tahir supaya kajian-kajian terpeinci dijalankan oleh sarjana-sarjana islam semasa tentang
amalan-amalan MLM dan mekanisma-mekanismanya di dalam kertas kerja beliau bertajuk
Islam dan Persoalan Ekonomi Semasa, p.17 yang dibentangkan pada 6
hb
Ogos 2004 di
Seminar Fiqh Semasa anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
6
Lihat komen Zaharuddin Abd Rahman, Money, You & Islam, h.185: The complex issues in
MLM and perhaps the lack of interest by Syariah scholars in MLM are possible explanations for
the limited number of opinions by scholars regarding this matter.
7
Skim-skim pelaburan internet ini kemudiannya dibongkar sebagai scams, suatu bentuk
penipuan dan diisytiharkan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 3

sekitar tahun-tahun 2006 dan 2007 yang telah secara tidak langsung mengheret
industri dan amalan-amalan MLM ke kancah perdebatan tentang status halal
haramnya. Tulisan-tulisan, artikel-artikel dan pandangan-pandangan mula
diutarakan tentang status halal haram MLM di akhbar-akhbar, majalah-majalah
dan lebih meluas lagi di laman-laman web di internet. Malah ada badan-badan
tertentu di luar negara, walaupun didorong oleh sebab-sebab yang berbeza, telah
turut juga mengeluarkan fatwa tentang MLM.
8

Oleh kerana struktur pemasaran MLM merupakan satu struktur yang berkembang
pesat dan semakin popular, suatu bentuk penetapan hukum dan garis panduan
pematuhan syariah adalah tidak dapat dielakkan dan sangat-sangat diperlukan.
Berlatarbelakangkan kesedaran ini, maka syarikat Kenshido International Sdn
Bhd telah mengambil inisiatif untuk melantik Panel Penasihat Syariah (selepas ini
dirujuk sebagai PPS). Pelantikan secara rasminya dibuat bermula 1 Oktober 2009
dan diumumkan secara rasmi pada 31 Oktober 2009. PPS dilantik untuk melihat,
memahami, mengkaji, menganalisa dan membuat keputusan samada produk dan
juga pelan pemasaran Multi-level Marketing (MLM) yang digunapakai untuk
memasarkan produk Kenshido International Sdn Bhd adalah patuh syariah
(syariah compliant) atau tidak. Langkah penilaian kepatuhan syariah yang
dijalankan secara sukarela oleh syarikat Kenshido ini adalah suatu langkah yang
sangat baik dan patut diberi pujian dan sokongan lebih-lebih lagi demi kebaikan
umat Islam yang semakin prihatin terhadap status halal haram sumber rezeki
mereka.
Kedua-dua ahli PPS yang dilantik tersebut adalah saudara Engku Ahmad Fadzil
bin Engku Ali selaku Pengerusi PPS dan En. Azizi bin Che Seman sebagai ahli
PPS. Kedua-dua ahli PPS dilantik dengan bayaran saguhati bulanan dan saguhati
mesyuarat selama tempoh menjalankan tugas ini. Namun perlu ditekankan di sini
sebagaimana yang ditekankan oleh PPS kepada syarikat Kenshido International
Sdn Bhd sejak awal-awal lagi bahawa bayaran saguhati yang diterima adalah
untuk masa dan tenaga yang dicurahkan bagi menyelesaikan tugas dan
menunaikan amanah yang diberikan dan BUKAN untuk menentukan atau
mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh PPS. Keputusan PPS, sebaik
yang termampu diusaha dan dihasilkan oleh kedua-dua ahli PPS, adalah
dengan hidayah, taufiq dan inayah daripada Allah S.W.T. berdasarkan prinsip
dan ketetapan dalam hukum Islam serta kajian secara objektif dan akademik yang
telah dilakukan.

8
Sebagai contoh: fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan
Fatwa Arab Saudi (Permanent Committee in Saudi Arabia for Research and Fatwa) dan
Majelis Ulama Indonesia DKI Jakarta.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 4

2. Latarbelakang Ringkas Ahli-ahli Panel Penasihat Syariah
2.1 Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali (Pengerusi PPS)
Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali, anak kelahiran Terengganu, mendapat
pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tahun 1986
dan menyambung pelajaran peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia di dalam bidang Undang-undang sehingga
dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda LL.B (Second Class (Upper) Honours) pada
tahun 1993. Setahun selepas itu, pada tahun 1994, beliau sekali lagi
dianugerahkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ijazah Sarjana Muda,
kali ini mengkhusus ke arah undang-undang Islam iaitu LL.B (Syariah)(First Class
Honours). Pada tahun 1995, beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan
Peguamcara Mahkamah Tinggi (Malaya). Selepas beberapa tahun di Universiti
Jordan, Amman, pada tahun 2000 beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana
Kehakiman Islam oleh Kuliah Syariah universiti tersebut. Mulai tahun yang sama
hinggalah sekarang Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali adalah tenaga pengajar di
Jabatan Undang-Undang Islam, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan pengalaman mengajar Undang-
undang Probet dan Perwarisan (Sivil dan Islam), Usul Fiqh, Sistem Perundangan
Islam dan lain-lain. Bermula Disember 2008 beliau diberi cuti belajar untuk
melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya di bawah seliaan Prof. Dr. Joni Tamkin bin Borhan dengan tesis berkaitan
Multi-level Marketing dari segi Undang-undang Islam. Keterdedahan beliau
terhadap amalan MLM bermula sejak beliau seorang pelajar di Universiti Islam
Antarabangsa sekitar tahun 1990-an. Keterdedahan beliau terhadap MLM dilihat
memberi kelebihan pemahaman yang lebih mendalam (deeper insight and
understanding) dan memudahkan kefahaman tentang keterangan-keterangan dan
istilah-istilah yang dibekalkan kepada PPS ketika menilai kepatuhan syariah
amalan MLM khususnya yang diamalkan oleh syarikat Kenshido International Sdn
Bhd. Beliau juga adalah salah seorang ahli kepada Jawatankuasa Syariah Bank
Muamalat Malaysia Berhad semenjak April 2005 hingga sekarang.
2.2 En. Azizi Bin Che Seman (Ahli PPS)
En. Azizi bin Che Seman, anak kelahiran Kelantan, mendapat pendidikan awal di
Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu sehingga tahun 1990 dan menyambung
pelajaran peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya di dalam bidang
Syariah sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) Kelas
Pertama pada tahun 1996. Pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana
Ekonomi oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mulai 1997 hinggalah
sekarang En. Azizi adalah tenaga pengajar di Jabatan Syariah dan Ekonomi,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan pengalaman mengajar
subjek-subjek muamalat, ekonomi, pasaran modal Islam dan lain-lain. Bermula
2007 beliau diberi cuti belajar untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD di
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya di bawah seliaan Prof. Dr. Joni
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 5

Tamkin bin Borhan dengan tesis berkaitan sukuk istisna. Walaupun beliau
sebelum itu berpengalaman luas menjalankan kajian secara berseorangan atau
berkumpulan di dalam isu-isu muamalat Islam yang lain seperti kajian tentang
takaful, perbankan Islam, zakat, wakaf dan sebagainya, beliau boleh dikatakan
tidak mempunyai sebarang keterdedahan terhadap amalan MLM sebelum
tugasan yang diamanahkan oleh Kenshido International Sdn Bhd. ini. Ketiadaan
keterdedahan beliau terhadap MLM dilihat memberi kelebihan dalam bentuk
persepsi bebas (unbiased perception) dan tidak terikat dengan kecenderungan
tertentu ketika menilai kepatuhan syariah amalan-amalan MLM dan diharap dapat
mengimbangi pandangan seorang lagi ahli PPS yang telah mendapat
keterdedahan awal tentang amalan MLM. Beliau juga adalah Pengerusi kepada
Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad semenjak April 2005
hingga sekarang.
3. Proses Penilaian Kepatuhan Syariah
Proses penilaian kepatuhan syariah untuk produk ScoreA, Kenshido International
Sdn. Bhd bermula dengan pelantikan PPS yang dianggotai oleh saudara Engku
Ahmad Fadzil bin Engku Ali selaku Pengerusi PPS dan En. Azizi bin Che Seman
sebagai ahli PPS. Tempoh lantikan adalah dari 1 Oktober 2009 hingga 28
Februari 2010.
Dalam tempoh tersebut PPS telah melakukan penyelidikan dengan bantuan pihak
Kenshido International Sdn Bhd sendiri. Satu siri mesyuarat telah diadakan pada
tarikh-tarikh berikut:
Bil Tarikh Perkara
1 10 Nov
2009
Pengenalan awal tentang syarikat Kenshido International Sdn.
Bhd.
Pengenalan kepada produk portal pendidikan ScoreA
Penjelasan oleh Panel Syariah berkenaan proses pemerolehan
status patuh syariah produk dan pelan pemasaran Kenshido Int.
Sdn. Bhd.
Produk
Pelan pemasaran
2 16 Nov
2009
Penjelasan awal tentang produk portal pendidikan ScoreA dan
pelan pemasaran syarikat Kenshido Int. Sdn Bhd. oleh En. Kelvin
Kok (Vice President, Kenshido Int. Sdn. Bhd.)
3 24 Nov Sambungan penjelasan tentang pelan pemasaran oleh En. Kelvin
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 6

Bil Tarikh Perkara
2009
4 8 Dis 2009 Pelan pemasaran syarikat Kenshido Int. Sdn. Bhd. FSB dan
pakej-pakej yang ditawarkan En. Muhammad Imran Bin Abdul
Hadi (usahawan ScoreA)
5 15 Dis 2009 Sambungan penjelasan pelan pemasaran FSB
6 21 Dis 2009 Sambungan penjelasan pelan pemasaran FSB
7 5 Jan 2010 Perbincangan tentang isu maintenance
Isu overpay
8 2 Feb 2010 Penjelasan menyeluruh tentang sistem ganjaran atau pelan
pemasaran syarikat Kenshido Int. Sdn. Bhd. merangkumi FSB dan
LSB oleh En Romeyzee Zainuddin (Senior Manager, Market
Research Department, Kenshido International Sdn. Bhd.)
Perbincangan isu front-loading dan rank buy up
Penelitian terhadap jumlah pendapatan dan bayaran bulanan
Kenshido
Penjelasan terhadap sistem pangkat
9 4 Feb 2010 Penjelasan oleh En Lou Kim Ang (IT Senior Manager, Kenshido
International Sdn. Bhd.) berkenaan isu overpay simulasi ganjaran
Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada PPS sendiri serta dihadiri oleh wakil
pengurusan Kenshido dan wakil usahawan ScoreA iaitu:
i. Pn. Norlelawati Binti Abdul Razak
ii. Pn. Jahlilawati Binti Abu Bakar
iii. En. Muhammad Imran Bin Abdul Hadi
iv. En. Zari Effendi Bin Ruzali
Secara umum, dalam setiap mesyuarat penjelasan telah diberikan oleh pihak
Kenshido tentang produk serta kaedah dan modus operandi pelan pemasaran
yang digunakan. Maklumat yang diperolehi di sini telah dianalisis dan dibahaskan
oleh PPS berdasarkan prinsip serta hukum dalam muamalat Islam.
Selain itu, PPS juga telah melakukan lawatan tapak ke pusat server Kenshido di
Bangunan AIMS, Changkat Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 21 Januari 2010.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 7

Tujuan lawatan adalah untuk memastikan bahawa syarikat Kenshido International
Sdn Bhd benar-benar mampu menyediakan perkhidmatan yang dijanjikan melalui
produk ScoreA sendiri serta pengendalian pangkalan data pelanggan dan
pengedarnya. Daripada penjelasan yang diberikan serta fakta-fakta yang
dibekalkan, PPS berpuas hati bahawa Syarikat Kenshido International Sdn. Bhd.
mempunyai kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan sebagaimana yang
dijanjikan (sila rujuk Lampiran 1 untuk spesifikasi terperinci).
Di samping itu, PPS juga menghadiri beberapa program lain yang berkaitan untuk
mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkenaan produk serta pelan
pemasaran serta mendapatkan gambaran sejelas mungkin bagaimana konsep-
konsep dan teori-teori diaplikasikan secara praktikal. Butiran terperinci berkenaan
program-program yang telah diikuti dan tarikh-tarikh berkenaan adalah seperti
berikut:
Bil Tarikh Program Lokasi
1 10 Jan
2009
BOOM Business Official
Opportunity Meeting
Wisma Kenshido,
No. 1-1, 1-2, 1-3,
Jalan PJU 5/6 Dataran Sunway PJU 5,
47810 Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor
2 16 Jan
2010
NDO New Distributors
Orientation
ZRB, Bandar Tasik Selatan
Suite 26-1, Jalan 3/146,
Metro Business Centre,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur
4 19 Jan
2010
TTC Table Talk Closing ZRB, Bandar Tasik Selatan
Suite 26-1, Jalan 3/146,
Metro Business Centre,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur
3 24 Jan
2010
NDO New Distributors
Orientation
ZRB, Bandar Tasik Selatan
Suite 26-1, Jalan 3/146,
Metro Business Centre,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 8

4. Pendekatan PPS di Dalam Menjalankan Proses Penilaian Kepatuhan
Syariah
Perlu ditegaskan di sini bahawa pandangan syara berkenaan cara-cara manusia
bertransaksi antara satu sama lain di dalam urusan kehidupan mereka pada
asalnya adalah pandangan yang membenarkan (mubah). Penelitian menyeluruh
(Istiqra) fuqaha terhadap dalil-dalil Al-Quran dan Al-Sunnah membawa mereka
merumuskan kaedah bahawa asal hukum sesuatu perkara itu adalah al-ibahah,
keharusan, dibenarkan oleh syara sehinggalah datang dalil yang membuktikan
pengharamannya. Kaedah umumnya adalah Al-asl fi al-asyya al-ibahah (
) (hukum asal sesuatu perkara itu adalah keharusan iaitu dibenarkan)
9

atau dikenali sebagai asl al-ibahah ( ) (asal keharusan).
MLM pada zahirnya merupakan satu konsep perniagaan yang mengamalkan
sistem pemasaran berangkaian (network marketing) yang melibatkan upline
(orang atas) dan downline (orang bawah) dalam kaedah memasarkan produk
perniagaan. Oleh itu, tidak lari dari hakikat untuk mengatakan bahawa
pandangan asal syara (hukum asal) tentang amalan MLM adalah konsep
sebegitu dibenarkan kerana ia semata-mata satu kaedah atau strategi
memasarkan produk perniagaan.
Persoalan seterusnya ADALAH: adakah amalan tersebut kekal di atas hukum
asalnya iaitu dibenarkan atau adakah terdapat dalil-dalil yang membuktikan
pengharamannya?. Kaedah yang terpakai adalah beban pembuktian (burden of
proof) tertanggung di atas orang yang membuat dakwaan (maksudnya orang
mendakwa sesuatu yang bertentangan dengan asal) berdasarkan kaedah al-
bayyinah ala al-muddai ( ) yang ditetapkan di dalam hadith junjungan
Nabi Muhammad S.A.W.
10
. Di dalam konteks amalan MLM, oleh kerana hukum
asalnya adalah dibenarkan atau dengan istilah yang lebih biasa digunakan dan
difahami masyarakat: HALAL, maka mereka yang mendakwa MLM ini haram
perlu membawa bukti-bukti dan dalil-dalil yang mencukupi bagi mengesahkan
dakwaan tersebut sedangkan mereka yang mendakwa MLM halal masih lagi
berteduh di bawah payung kaedah asl al-ibahah yang disebutkan tadi.
Ringkasnya, PERSOALAN YANG UTAMA yang perlu dijawab oleh PPS ialah:
adakah terdapat dalil-dalil dan bukti-bukti yang mencukupi untuk membuat

9
Ini adalah pegangan majoriti besar fuqaha dan ahli usul. Pandangan-pandangan yang berbeza
tidak disokong oleh dalil-dalil yang kuat, sebaliknya tertolak dengan banyak dalil-dalil yang
menunjukkan kebenaran pendapat yang menjadi pegangan majoriti besar fuqaha dan ahli usul
tersebut. Lihat Muhammad Sidqi bin Ahmad A-Burnu, Al-Wajiz fi Idah Qawaid al-Fiqh al-
Kulliyyah, hh.191-197.
10
Abu Al-Hasan Al-Karkhi menerangkan kaedah ini sebagai (Al-asl anna man saadahu al-zahir
fa al-qawl qawluhu wa al-bayyinah ala man yaddai khilaf al-zahir
) iaitu barang siapa yang dakwaannya disokong oleh yang zahir,
maka dakwaannya dianggap benar, dan bukti pula perlu dibawa oleh orang yang mendakwa
sesuatu yang bertentangan dengan yang zahir. Orang yang berpegang dengan yang asal
adalah orang yang berpegang dengan yang zahir. Ibid., hh.179-180
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 9

keputusan bahawa struktur pemasaran MLM yang melibatkan upline dan
downline ditegah oleh syara?
Proses menjawab persoalan ini perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati
kerana mengharamkan sesuatu yang halal tidak kurang seriusnya dari
menghalalkan sesuatu yang haram lebih-lebih lagi menginsafi bahawa kaedah asl
al-ibahah menjadikan status quo berpihak kepada hukum harus atau halal.
Ketelitian proses ini menuntut pengkaji memahami dengan jelas tentang MLM
termasuk sejarah kewujudan MLM itu sendiri kerana memberi hukum terhadap
sesuatu perkara tidak lain adalah cabang atau natijah daripada kefahaman
(tasawwur) yang jelas terhadap perkara tersebut (al-hukm ala al-syay far an
tasawwurih ). Tasawwur atau gambaran yang berbeza
biasanya akan membawa kepada penetapan hukum yang berbeza. Analisa dan
penetapan hukum tentang MLM antara lain memerlukan penganalisa sedar dan
memaklumi (aware) tentang sejarah kemunculan MLM, sejarah skim ponzi, skim
piramid, kaitan, persamaan dan perbezaan antara MLM dan skim-skim lain
tersebut, kemungkinan wujudnya skim piramid yang memakai label MLM,
kepincangan-kepincangan MLM samada yang berpunca dari sistem MLM itu
sendiri mahupun yang sebenarnya membarah disebabkan oleh faktor manusia
(human factors) dan sebagainya.
Proses penilaian kepatuhan syariah ini dilakukan terhadap DUA komponen utama
iaitu:
1) Produk yang dipasarkan; dan
2) Pelan pemasaran yang digunapakai bagi memasarkan produk tersebut.
4.1 Produk
Produk yang dipasarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd setakat
proses ini dijalankan adalah portal pendidikan atau latihan peperiksaan secara
output learning yang dikenali sebagai ScoreA Programme.
4.2 Pelan Pemasaran
Pelan pemasaran yang digunapakai pula adalah pelan hybrid yang
menggabungkan pelan binary melalui Fast Start Bonus (FSB) dan pelan yang
asasnya berbentuk stairstep-breakaway melalui Leadership Bonus (LSB).
Sebelum pergi secara khusus membincangkan kedua-dua komponen ini, adalah
penting untuk PPS menyentuh tentang isu-isu umum yang selalu diperdebatkan
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 10

tentang MLM dan seterusnya memberi ulasan dan menetapkan pendirian
berkaitan isu-isu ini.
5. Isu-Isu Umum Tentang MLM
5.1 Justifikasi Upline Mendapat Komisen Dari Jumlah Jualan (Sales
Volume) Yang Diusahakan Oleh Downlines, Terutamanya di Peringkat
Yang Begitu Jauh ke Bawah Atau di Dalam Istilah Biasa Masyarakat:
Usaha dan Penat Lelah Orang di Bawah Cuma Mengayakan Orang di
Atas
ULASAN: Kritikan ini merupakan antara kritikan yang paling popular bagi
menentang MLM kerana ia dilihat sebagai satu bentuk penganiayaan di mana
dowlines di dalam sistem MLM digambarkan bersusah payah berusaha,
sedangkan yang kaya raya cuma pihak syarikat atau penganjur skim dan
segelintir orang atas iaitu uplines yang dibayangkan cuma melakukan penajaan
ahli-ahli di bawahnya kemudian cuma menggoyang kaki mengecap hasil yang
lumayan. Dari sudut syariah, ada persepsi yang melihat kekayaan orang atas
(uplines) yang disumbangkan oleh usaha dan achievement orang di bawah
(downlines) adalah tanpa justifikasi yang diiktiraf oleh syara kerana kekayaan
tersebut tidak berpunca dari salah satu dari yang berikut: mal/ (harta/modal
yang disumbangkan), amal/ (usaha yang dilakukan) ataupun daman/
(jaminan yang diberikan) lantas ianya termasuk di dalam skop memakan harta
orang lain dengan cara yang batil.
Sebelum PPS pergi secara lebih khusus membincangkan isu ini, sebagai
latarbelakang perlu dinyatakan dengan jelas BAHAWA semata-mata mengaut
keuntungan dari usaha dan penat lelah orang lain tidak menjadikan sesuatu
amalan itu tidak patuh syariah asalkan pengumpulan harta dan keuntungan
tersebut dilakukan dengan cara yang diiktiraf syara seperti melalui mudarabah,
ujrah dan lain-lain.
Dengan erti kata lain, tanpa bukti-bukti dan dalil-dalil perlanggaran syariah,
hukum asal masih tetap sama iaitu al-ibahah. Adakah salah seseorang itu
mengambil manfaat atau keuntungan dari usaha mahupun jual beli orang lain?
Asalnya tentulah tidak salah asalkan jangan dilakukan dengan cara-cara yang
jelas ditegah oleh syara. Malah, syara membenarkan kita memakan, mengguna,
mengambil manfaat atau mengambil harta yang asalnya milik orang lain dengan
syarat ia dilakukan dengan cara-cara yang dibenarkan syara dan bukannya
dengan cara yang batil iaitu yang ditegah oleh syara.
PPS, setelah menganalisa fakta-fakta yang dibekalkan dan berbincang,
mendapati struktur MLM adalah berdasarkan jualah (), suatu aqad
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 11

(contract) yang berorientasikan hasil (result-oriented) atau berorientasikan
pencapaian (performance-oriented). Cuma jualah di dalam MLM adalah lebih
canggih (sophisticated) dan berstruktur (structured) berbanding jualah klasik
serta bersifat revolving (berulang) sedangkan jualah klasik bersifat one-off (sekali
beri).
Di dalam struktur MLM, syarikat menjadi orang yang membuat janji (promise) atau
tawaran (offer) (dalam konteks jualah orang yang membuat janji atau tawaran ini
diistilahkan sebagai jail ()) untuk memberi ganjaran tertentu kepada sesiapa
atau orang tertentu yang berjaya mencapai hasil atau merealisasikan matlamat
tertentu. Ahli atau pengedar pula menjadi orang yang cuba mendapatkan
ganjaran yang ditawarkan dengan jalan merealisasikan matlamat (target) yang
ditetapkan. Sesama ahli pula, mereka adalah peserta bersama (co-participants)
dalam jualah berstruktur (structured jualah) tersebut. Tidak timbul isu
mengayakan orang atas di dalam struktur ini dan sekiranya berlaku pun tidak
menyebabkan sebarang perlanggaran syariah.
Malah, pemerhatian panel penasihat syariah terhadap hasil sebenar di dalam
industri MLM umumnya dan MLM yang diamalkan di Kenshido International Sdn
Bhd khasnya menunjukkan tidak sedikit downlines yang memotong (overtake)
atau berjaya mengatasi pendapatan uplines terkadang dalam perbezaan yang
sangat ketara kerana mereka mencapai matlamat yang ditetapkan lebih baik dari
uplines mereka. Pemerhatian PPS juga menunjukkan, dari segi praktikal, ramai
uplines yang telah berpenat lelah bagi membantu downlines mereka mencapai
matlamat masing-masing terkadang tanpa habuan secara langsung dari volume
yang dihasilkan. Malah, di dalam keadaan-keadaan sebegitu, tidak keterlaluan
sekiranya dikatakan MLM turut melibatkan proses mengayakan orang bawah
(downlines) melalui usaha dan kerjasama yang juga secara tidak langsung turut
menyumbang kepada pendapatan orang atas (uplines). Yang penting setiap
peserta (amil dalam konteks jualah) tidak kira sama ada beliau seorang
downline atau upline mendapat apa yang dijanjikan berasaskan tahap
pencapaian (each participant, be him a downline or upline, gets what he is
promised with based on eachs performance) dan mengikut pelan pemasaran
yang telah dipersetujui bersama.
Walaupun pada asalnya apabila terdapat lebih dari seorang yang berjaya
merealisasikan matlamat (target) di dalam aqad jualah atau dengan erti kata lain
apabila ada sekumpulan orang yang bekerjasama untuk merealisasikan matlamat
(target) yang ditetapkan di dalam aqad jualah, maka upah atau ganjaran yang
diberikan hendaklah dikongsi secara sama rata, PPS berpandangan di dalam
struktur MLM ganjaran tersebut boleh diagih-agihkan secara berbeza-beza
mengikut pencapaian setiap individu yang dinilai berdasarkan pelan pemasaran
yang ditetapkan. Pandangan ini berdasarkan hakikat bahawa penetapan
pengagihan secara samarata antara co-participants di dalam aqad jualah
walaupun jumlah sumbangan kerja mereka adalah berbeza-beza adalah
berdasarkan anggapan tidak wujud kayu ukur (dawabit/ ) bagi menentukan
sumbangan kerja setiap dari mereka yang boleh menjadi asas pengagihan yang
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 12

mengikut kadar kerja setiap seorang dari mereka
11
, sedangkan pelan pemasaran
di dalam perniagaan MLM pada penilaian PPS adalah memadai sebagai suatu
formula (dawabit) yang boleh dijadikan asas pengagihan ganjaran yang berbeza.
Analisa di atas adalah berdasarkan tanggapan bahawa usaha setiap ahli adalah
merupakan sebahagian dari usaha keseluruhan ahli-ahli bagi mencapai satu
matlamat (target) jualan yang ditetapkan oleh syarikat. Analisa alternatif yang
mungkin lebih tepat adalah setiap ahli memasuki aqad jualah yang independent
dari aqad jualah yang dimasuki oleh ahli-ahli yang lain lalu masing-masing
mendapat ganjaran yang berbeza-beza berdasarkan tahap kejayaan masing-
masing merealisasikan matlamat (target) jualan masing-masing yang diukur oleh
pelan pemasaran yang ditetapkan walaupun pencapaian itu bukan sahaja
dihasilkan secara bersendirian malah kemungkinan besar turut dihasilkan secara
berkumpulan.
Berdasarkan sebab-sebab yang diterangkan di atas, PPS membuat keputusan
bahawa berdasarkan aqad jualah antara syarikat sebagai promisor atau offeror
(jail) dan peserta-peserta sebagai promisees atau accomplishers of the target
(amil/) yang sesama mereka merupakan co-participants (al-musytarikun fi al-
amal/ ), MLM dari sudut justifikasi pengambilan untung secara
komisen melalui hubungan downlines dan uplines ini secara asasnya adalah
PATUH SYARIAH.
Keputusan meletakkan struktur MLM di bawah aqad jualah (structured jualah)
menuntut PPS menyentuh beberapa isu berkaitan iaitu:
5.1.1 Keterangan Ringkas Tentang Rukun dan Syarat Jualah dan
Kaitannya Dengan Struktur MLM
Definisi Jualah
Jualah dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang diberikan/diperuntukkan
kepada seseorang kerana melakukan sesuatu. Dari segi syara pula, ia
didefinisikan sebagai komitmen untuk memberi imbuhan tertentu atas kerja yang
tertentu. Mazhab Maliki mendefinisikan jualah sebagai upah/ijarah/ujrah ke atas
manfaat yang tidak dipastikan keberhasilannya. Contohnya seorang berkata:
Siapa yang memulangkan kenderaan saya yang hilang, atau membuat binaan

11
Lihat Mustafa Al-Khinn et al., Al-Fiqh al-Manhaji, Jilid 3, h.146 di mana dinyatakan bahawa
sekiranya telah berpakat melaksanakan kerja tersebut lebih dari seorang, maka hendaklah
mereka berkongsi ganjaran yang diberikan secara samarata walaupun sumbangan kerja
mereka berbeza-beza kerana kerja tersebut tidak dapat diukur untuk dijadikan panduan bagi
mengagihkan ganjaran tersebut mengikut nisbah kerja yang disumbangkan oleh setiap
seorang dari mereka.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 13

begini, atau menggali lubang sedalam ini atau sebagainya, maka dia berhak
mendapat jumlah RM1000.
Dalil Pensyariatan Jualah
Mazhab Hanafi tidak mengiktiraf jualah kerana aqad tersebut mengandungi
unsur gharar (ketidakpastian) iaitu dari segi ketidakpastian jenis dan jumlah kerja
serta tempoh yang diperlukan berbanding kaedah umum dalam ijarah yang
memerlukan perkara-perkara tersebut diketahui. Walau bagaimanapun, mereka
membenarkan jualah dalam kes memulangkan hamba yang hilang berdasarkan
prinsip istihsan.
Fuqaha jumhur sebaliknya mengiktiraf aqad jualah berdasarkan dalil daripada
al-sunnah di mana Baginda S.A.W. pernah memperakukan tindakan seorang
sahabat yang menjampi seorang pesakit dengan meletakkan syarat supaya
dibayar dengan beberapa ekor kambing sekiranya pesakit tersebut berjaya
disembuhkan.
12

Selain itu, terdapat sokongan dalil
13
daripada al-Quran tentang kisah Nabi Yusuf
a.s.:
l! .1. _. ,l.l _.l ,l> ., `_.- ,-, !. ., ',s __
Orang-orang menteri menjawab: "kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang
memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor
unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu".
Golongan kedua ini juga berhujah dengan alasan bahawa terdapat keperluan
kepada aqad ini, di mana terdapat orang yang mampu melakukan sesuatu yang
tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Justeru, adalah wajar orang yang
melakukan tindakan tersebut dengan jayanya diberi penghargaan dalam bentuk
upah atau sebagainya.
Walaupun nampak ada beberapa persamaan di antara aqad jualah dan aqad
ijarah yang mana kedua-duanya melibatkan elemen kerja dan upah, namun ada
beberapa perbezaan antara kedua-duanya yang perlu disedari. Dalam konteks

12
Rujuk Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ijarah, Bab ma yuta fi al-ruqyah, no. hadith 6156;
Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Salam, Bab jawaz akhdh al-ujrah ala al-ruqyah.
13
Ini disebut istinas/ yang mana walaupun tidak disepakati sebagai sumber hukum (kerana
syariat umat-umat yang terdahulu dari umat Nabi Muhammad S.A.W. tidak disepakati di
kalangan ahli usul adakah layak dijadikan sumber hukum atau tidak) namun sekurang-
kurangnya boleh dijadikan dalil sokongan.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 14

aqad jualah, ketidakpastian dari segi kerja tidak akan menjejaskannya. Ini
berbeza dengan ijarah di mana ketidakpastian seumpama itu akan menyebabkan
aqad ijarah terbatal. Dengan erti kata lain, jualah adalah aqad yang
berorientasikan hasil dan bukan berorientasikan proses/kerja yang dilakukan.
Jika hasil yang dikehendaki dapat dipenuhi, maka pihak yang melakukannya
berhak ke atas imbuhan yang telah dijanjikan. Selagi hasil yang dikehendaki
belum dapat dipenuhi, selagi itu pihak yang berusaha untuk memenuhinya tidak
berhak ke atas imbuhan yang telah dijanjikan. Dari sudut ini sekali lagi jualah
berbeza dari ijarah yang mana di dalam ijarah, dibolehkan mensyaratkan upah
dibayar sebelum kerja dilakukan sedangkan di dalam jualah pensyaratan
sedemikian membatalkan aqad jualah. Selain itu, jualah adalah aqad tidak
mengikat (ghayr lazim/ ), sedangkan ijarah adalah aqad mengikat
(lazim/)
14
.

14
Lihat Mustafa Al-Khinn et al., op. cit., h.148 di mana disenaraikan LIMA perbezaan antara
jualah dan ijarah.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 15

Rukun-rukun J ualah
Umumnya di dalam aqad jualah ada terdapat EMPAT rukun:
PERTAMA: Aqidan () iaitu dua pihak yang melakukan aqad yang terdiri
daripada pertama, jail () iaitu orang atau pihak yang membuat tawaran kerja
untuk dilaksanakan hasilnya dan mengikat janji untuk memberi ganjaran untuk
hasil yang dicapai dan kedua, amil () iaitu orang atau pihak yang berusaha
melakukan kerja bagi mencapai hasil yang disyaratkan dengan tujuan
mendapatkan ganjaran yang dijanjikan.
KEDUA: Sighah () iaitu ijab () tawaran yang menunjukkan keizinan dari
jail kepada amil untuk berusaha mencapai matlamat yang disyaratkan sebagai
hasil kerja yang bakal diberi ganjaran. Qabul () penerimaan tawaran oleh amil
secara lisan atau seumpamanya di dalam aqad jualah tidak disyaratkan.
Memadailah dengan melakukan kerja yang menghasilkan natijah yang
disyaratkan untuk layak mendapat ganjaran yang dijanjikan. Namun di dalam
amalan MLM, amil iaitu peserta MLM dikehendaki mendaftar sebagai ahli di
mana pendaftaran tersebut boleh dianggap sebagai penerimaan (qabul)
daripadanya terhadap tawaran jail iaitu syarikat.
KETIGA: Amal () iaitu kerja
15
yang ditetapkan oleh jail untuk dilakukan oleh
amil dengan jayanya sebagai syarat bagi amil melayakkan diri untuk
mendapatkan ganjaran.
KEEMPAT: Iwad () iaitu ganjaran atau imbuhan yang dijanjikan oleh jail
kepada amil sekiranya berjaya melaksanakan misi yang ditetapkan.
Syarat-syarat Jualah
Kelayakan pihak-pihak yang beraqad pihak yang menawarkan al-jail ()
hendaklah mempunyai kelayakan untuk melakukan transaksi (baligh, berakal dan
cerdik). Oleh itu, aqad ini tidak sah jika dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila
atau yang dihalang menguruskan hartanya disebabkan bodoh. Pihak yang
melakukan kerja pula iaitu al-amil () hendaklah seorang yang mengetahui
tentang pengumuman yang dibuat oleh al-jail.
Imbuhan atau bayaran yang dijanjikan hendaklah berbentuk harta dan diketahui
(malum/). Jika ia tidak diketahui, aqad jualah tidak sah. Syarat ini akan
diperincikan di bawah di dalam perbincangan isu upah (komisen) yang diberikan
datang sebagai sebahagian dari hasil atau natijah kerja yang diupahkan.

15
Secara lebih tepat, apa yang dimaksudkan dengan amal di sini bukanlah kerja itu sendiri,
tetapi hasil dari kerja tersebut.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 16

Seterusnya, manfaat atau hasil kerja yang hendak dijayakan hendaklah diketahui
(malum/) dan dibenarkan untuk dilakukan dari segi syara. Oleh itu tidak sah
jualah untuk melakukan sesuatu yang diharamkan seperti membunuh, menyihir
seseorang dan seumpamanya.
Antara syarat-syarat jualah adalah perlaksanaannya tidak ditentukan tempoh.
Walau bagaimanapun syarat ini diletakkan oleh fuqaha mazhab Maliki sahaja.
Adakah Kombinasi Kerja (Effort) Dan Hasil (Result) Di Dalam Struktur MLM
Menjejaskan Aqad Jualah?
Dari keterangan-keterangan yang diberikan di atas, jelas aqad jualah adalah
bersifat result-oriented dan bukannya effort-oriented. Disebabkan itu,
ketidakpastian terhadap jenis, jumlah dan tempoh kerja yang perlu dilakukan bagi
merealisasikan hasil (result) yang dikehendaki tidak menjejaskan kesahihah
aqad. Berbeza dengan ijarah, di mana ketidakpastian

(jahalah/) berkaitan
jenis, jumlah dan tempoh kerja bakal menjejaskan kesahihannya, di dalam jualah
ketidakpastian sedemikian adalah dimaafkan (mughtafarah/) kerana hajat
yang menuntut kelonggaran sebegini
16
.
Di dalam struktur MLM biasanya akan didapati kombinasi kerja (effort/activity) dan
hasil (result) yang perlu dipenuhi sebelum seseorang peserta layak mendapat
ganjaran yang ditawarkan. Pendaftaran keahlian, pembelian pakej-pakej produk
tertentu
17
, kehadiran ke kursus-kursus anjuran syarikat dan sebagainya boleh
dikategorikan sebagai semata-mata usaha atau aktiviti dan bukannya hasil. Hasil
di dalam aktiviti MLM asasnya adalah jumlah jualan yang berjaya direkodkan oleh
syarikat hasil dari usaha seseorang peserta secara bersendirian dan juga
berkumpulan.
Adakah kombinasi usaha atau aktiviti (effort or activity) dan hasil (result) sebegini
dibenarkan atau adakah ianya menjejaskan aqad jualah di dalam MLM?
Mengikut penilaian yang dibuat oleh PPS, kombinasi sebegini tidak sepatutnya
menjejaskan aqad jualah, malah mampu mengurangkan amaun ketidakpastian
(jahalah) berkaitan kerja yang perlu dilakukan. Oleh kerana aqad jualah sah
dengan wujudnya ketidakpastian sedemikian, maka tentulah ia lebih layak (
) sebagai satu aqad yang sah apabila ketidakpastian (jahalah) tersebut
berkurangan. Malah, ketidakpastian berkaitan jenis, amaun dan tempoh kerja di

16
Dr Mustafa Al-Khin et al., op. cit., h.145.
17
Pembelian pakej-pakej produk zahirnya adalah semata-mata aktiviti dan bukannya hasil
walaupun disebaliknya mungkin berlaku proses merealisasikan hasil. Awalnya, peserta MLM
menjayakan jualan (kepada orang lain atau kepada diri sendiri), kemudian membeli produk dari
syarikat untuk diserahkan kepada pembeli atau untuk digunakan sendiri. Yang mungkin
berlaku melalui pembelian pakej-pakej produk adalah turutan (sequence) yang sebaliknya iaitu
peserta membeli produk terlebih dahulu sebelum menggerakkannya kepada pengguna-
pengguna akhir termasuk kepada dirinya sendiri.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 17

dalam aqad jualah adalah sesuatu yang dimaafkan mengambil kira faktor hajat
dan keperluan, BUKANNYA sesuatu yang disyaratkan.
5.1.2 Isu Upah (Komisen) Yang Diberikan Datang Sebagai Sebahagian
Dari Hasil Atau Natijah Kerja Yang Diupahkan
Sepanjang pengetahuan PPS, isu upah yang dijanjikan untuk kerja yang
dilakukan atau untuk hasil yang dicapai diambil sebagai sebahagian dari hasil
atau natijah kerja yang diupahkan itu sendiri merupakan suatu isu yang tidak
pernah dibangkitkan sebelum ini sebagai suatu sebab untuk mempertikaikan
kepatuhan syariah amalan MLM. Pada pandangan PPS isu ini adalah a very valid
syariah issue yang perlu dianalisa, dibincangkan dan diputuskan kerana amalan
MLM dari segi praktisnya adalah berteraskan kepada amalan pembayaran upah
sebegini.
Isu ini terbit dari larangan yang ditetapkan di dalam hadith berkaitan
(hadith riwayat al-Darqutni). Larangan ini berkaitan dengan amalan masyarakat
Arab pada masa dahulu yang menyerahkan sejumlah gandum kepada pengisar
gandum untuk dikisar dengan bayaran upah ditetapkan sebagai sebahagian
daripada tepung yang bakal dihasilkan nanti. Sebahagian fuqaha menyatakan
bahawa berdasarkan hadith ini, bayaran upah tidak boleh dalam bentuk hasil
kerja yang dilakukan oleh orang yang diupah. Alasan yang diberikan, selain dari
hadith yang disebutkan di atas, adalah kadar upah yang tidak diketahui (tidak
dapat dipastikan berapa amaun tepung yang bakal dihasilkan nanti, walaupun
bahagian (peratusan atau nisbah) yang diperuntukkan kepada pengisarnya telah
ditetapkan).
Oleh sebab itu sebahagian fuqaha amat tegas di dalam melarang pembayaran
upah dalam bentuk sebegini. Di dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji ala Madhhab al-
Imam Al-Shafii dinyatakan dengan tegas bahawa praktis menjanjikan peratusan
tertentu dari hasil tuaian, 10% misalnya, sebagai upah menuai; menjanjikan
peratusan tertentu, 2% contohnya, dari jumlah kutipan yang berjaya dikutip bagi
pihak persatuan dan seumpamanya kepada petugas persatuan atau lainnya yang
bertugas mengutip sumbangan tersebut; menjanjikan kepada ajen hartanah dan
seumpamanya sebahagian dari nilai jualan hartanah yang berjaya diuruskan
dalam bentuk peratusan tertentu seperti 2 atau 3 peratus dari harga hartanah
yang berjaya dipersetujui antara pemilik dan pembeli, kesemua bentuk
persetujuan pembayaran upah sedemikian adalah pekerjaan yang jelek dan
melanggar syara kerana ketidakpastian (jahalah) yang ada pada jumlah sebenar
upah yang dijanjikan
18
.
Berdasarkan pendirian sebegini, kepatuhan syariah amalan MLM boleh
dianggap runtuh dari akar umbinya kerana pembayaran komisen di dalam

18
Mustafa Al-Khinn et al., op. cit., hh.131-132.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 18

struktur MLM kebanyakannya
19
tidak lari dari konsep peratusan dari jumlah jualan
yang berjaya dihasilkan. Sebab itulah PPS berpendapat, seperti yang dinyatakan
di atas, bahawa isu ini adalah suatu isu syariah yang serius yang perlu dianalisa,
dibincangkan dan diputuskan dengan sewajarnya.
Walau bagaimanapun, mazhab Maliki membenarkan amalan sebegini kerana
pada dasarnya kadar tersebut telah dinyatakan. Pandangan ini diutarakan juga
oleh fuqaha mazhab Hanbali melihat kepada keuntungan yang dibahagikan
mengikut kadar atau peratusan itu sebenarnya terhasil dari usaha orang yang
diupah seolah-olah mudarabah.
20
Berkenaan hadith yang digunakan oleh
golongan fuqaha yang tidak mengharuskan amalan sebegini, golongan fuqaha
yang membenarkannya menyatakan bahawa hadith tersebut tidak sahih.
21

Analisa PPS terhadap pendapat-pendapat yang berbeza antara fuqaha silam ini -
Allah Taala jua yang Maha mengetahui - menunjukkan ada kesepakatan antara
mereka dari sudut pensyaratan bahawa upah/ujrah, baik di dalam ijarah apatah
lagi jualah, mestilah diketahui (malumah/ ) dan tidak boleh tidak diketahui
(majhulah/). Perselisihan pendapat yang berlaku lebih menjurus kepada
question of fact (tahqiq al-manat/ ): adakah penetapan upah secara
menetapkan peratusan tertentu dari hasil kerja yang diusahakan itu merupakan
penetapan upah/ujrah yang dianggap telah diketahui (malumah) ataupun masih
tidak diketahui (majhulah)?
Sebahagian fuqaha seperti fuqaha Hanafiah dan Syafiiyyah menganalisa
penetapan upah sebegini sebagai masih lagi tidak mengubah nature upah yang
dijanjikan itu dari keadaannya tidak diketahui (majhulah) kepada diketahui
(malumah) oleh itu tidak dibenarkan dan sebahagian yang lain seperti fuqaha
Malikiyyah dan Hanabilah menilai penetapan kadar atau peratusan tertentu dari
hasil kerja itu sebagai upah telah menjadikan upah/ujrah tersebut diketahui
(malumah) oleh itu dibenarkan.
Dengan rasa hormat yang mendalam terhadap para fuqaha, baik yang silam
mahupun yang semasa, yang berpegang kepada pendapat yang pertama iaitu
tidak mengharuskan penetapan upah sebegini kerana dianggap menjanjikan upah
yang tidak pasti amaunnya, PPS cenderung menyokong dan mentarjihkan
pendapat yang kedua yang melihat penetapan upah secara kadar atau peratusan
ini TIDAK menjadikan upah tersebut tidak diketahui (majhulah), sebaliknya telah
dianggap diketahui (malumah) secara kadar dan peratusan berdasarkan faktor-
faktor berikut:

19
PPS menggunakan istilah kebanyakan di sini kerana kelihatannya ada juga pembayaran
yang dilakukan di dalam pelan pemasaran MLM dengan jumlah yang tepat seperti pembayaran
yang dilakukan di dalam pelan binary yang berkonsepkan one to one pairing iaitu sekian RM
untuk setiap pairing yang berlaku, bukannya sekian peratus.
20
Lihat perbincangan tentang isu ini Abdullah bin Ahmad bin Qudamah, Al-Mughni, j. 6, Lubnan:
Dar al-Fikr, hh.15-17.
21
Lihat Wahbah al-Zuhaili (1985), Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, j. 4, Syria: Dar al-Fikr, h.750.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 19

1) Melihat kepada asas larangan menetapkan upah yang tidak diketahui itu
sendiri. Asas larangan ini adalah kerana upah di dalam aqad ijarah dan
jualah adalah salah satu dari dua subjek pertukaran (consideration atau
iwadayn/) di dalam kontrak pertukaran (muawadat/) sama
seperti harga (thaman/) di dalam aqad jual beli (bay/), maka ia tidak
boleh bersifat tidak diketahui atau tidak dipastikan jumlahnya kerana ini
selain meyebabkan ketidakpastian berkaitan subjek yang menjadi
pertukaran, berpotensi menimbulkan pertikaian dan perbalahan di antara
kedua-dua pihak yang memasuki aqad. Pertikaian sedemikian tidak atau
sepatutnya tidak timbul di dalam aqad ijarah atau jualah di mana upah
telah ditetapkan mengikut kadar atau peratusan tertentu dari hasil kerja
atau keuntungan yang dihasilkan kerana dengan kadar atau peratusan
yang ditetapkan tersebut, pihak-pihak yang beraqad telah atau sepatutnya
telah dapat mengira habuan masing-masing. Sekiranya upah menjual
sesuatu barang ditetapkan pada kadar separuh atau 50% dari harga yang
telah ditentukan untuk barang tersebut maka secara asasnya kedua-dua
pihak telah mengetahui dan bersetuju dengan amaun upah yang
ditetapkan. Oleh sebab itu kita dapati di dalam transaksi perbankan Islam
dan pasaran modal Islam misalnya, sarjana-sarjana dan pakar kewangan
Islam membenarkan janji (wad/) untuk melakukan aqad jual beli di
mana penetapan harga di dalam aqad jual beli yang dijanjikan itu
dilakukan melalui suatu formula yang telah dipersetujui bersama. Maka,
penetapan upah kerja berdasarkan formula yang dipersetujui bersama
sudah tentu, pada penilaian PPS, lebih patut dibenarkan kerana ia ada
kaitan dengan pemberian insentif terhadap usaha yang dilakukan oleh
orang yang menerima upah bagi mendapatkan hasil yang bakal menjadi
sumber pembayaran lalu dari sudut itu ada persamaan, sebagaimana yang
dinyatakan oleh fuqaha-fuqaha Hanabilah, dengan mudarabah di mana
penetapan pembahagian untung ditetapkan mengikut kadar atau
peratusan.
22

2) Larangan-larangan dan sekatan-sekatan di dalam muamalat asasnya
adalah untuk mengelakkan pertikaian, penganiayaan dan ketidakwujudan
keredaan bersama yang sebenar (genuine mutual consent/taradi
haqiqi/ ) pihak-pihak yang bertransaksi dan seterusnya
menyebabkan berlaku perbuatan memakan/mengambil harta orang lain
dengan cara yang batil di dalam urusan sesama manusia. Penetapan upah
secara kadar dan peratusan dari hasil kerja umumnya tidak membawa
kepada pertikaian, penganiayaan dan ketiadaan keredaan bersama
(mutual consent) pihak-pihak yang terlibat. Malah sebaliknya, amalan
penetapan upah berdasarkan kadar atau peratusan tertentu dari hasil

22
Mungkin boleh dihujjahkan bahawa analogy ini adalah analogy yang berbeza kerana di sana
cuma berlaku wad untuk membeli atau menjual; harga telah menjadi diketahui (malumah)
ketika aqad jual beli dimeterai nanti sedangkan di sini amaun sebenar upah belum diketahui
dengan tepat ketika aqad berlaku. Pada pandangan PPS perbezaan ini tidak sepatutnya
memberi kesan kepada hukum kerana di sana wad bersifat mulzim/ (binding and therefore,
actionable) menyebabkan pihak yang berjanji diikat untuk membeli atau menjual pada harga
yang bakal ditetapkan kemudian berdasarkan formula yang telah dipersetujui bersama.
Wallahu alam.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 20

kerja, terutamanya di dalam urusan yang bersifat perniagaan atau jual beli,
umumnya mewujudkan keadaan menang-menang (win-win situation)
kepada kedua-dua pihak yang beraqad. Di dalam urusan jual beli hartanah
melalui khidmat agen, misalnya, penetapan upah sebanyak 2% dari harga
jualan hartanah berkenaan sebagai upah kepada agen (dengan syarat
harga jualan minimum
23
telah ditetapkan dan dipersetujui bersama) adalah
sesuatu yang asasnya dipersetujui bersama dan menguntungkan kedua-
dua pihak, tuan punya hartanah dan agen hartanah. Ini adalah kerana lebih
tinggi harga jualan yang dapat dijayakan oleh agen, lebih tinggi habuan
yang bakal diperolehi oleh agen dan tuan punya hartanah tersebut.
Sekiranya RM100,000 ditetapkan sebagai harga jualan minimum hartanah
berkenaan, agen sebenarnya telah mengetahui bahawa sekiranya dia
berjaya menjual hartanah tersebut, maka upah minimum yang bakal
diperolehi adalah RM2,000 dan tuan punya hartanah telah mengetahui
harga yang bakal diperolehi adalah RM98,000 setelah ditolak kos
pembayaran upah agen. Sekiranya hartanah tersebut berjaya dijual pada
harga yang lebih tinggi, maka pihak-pihak yang bertransaksi, tuan punya
hartanah dan agen hartanah kedua-duanya memperolehi habuan yang
lebih besar dan oleh itu keredaan bersama boleh dianggap telah wujud
kerana keredaan menerima habuan yang sedikit umumnya adalah bukti
keredaan menerima habuan yang lebih banyak ( ).
Sebenarnya amalan seumpama ini telah berlaku dalam banyak aktiviti ekonomi.
Contohnya, broker yang mengambil upah dalam bentuk komisen daripada hasil
jualan yang diuruskannya atau agen takaful yang dibayar berdasarkan
penyertaan yang dibuat oleh klien-kliennya dan seumpamanya.
Sekiranya diutarakan bangkangan bahawa di dalam amalan MLM, bukan sahaja
jumlah sebenar upah atau komisen tidak diketahui dengan tepat pada awal aqad,
malah samada peserta yang melakukan usaha-usaha perniagaan tersebut bakal
mendapat upah/komisen sendiri adalah sesuatu yang tidak pasti, PPS melihat
bahawa ketidakpastian mendapat upah adalah suatu isu dan ketidakpastian
jumlah sebenar upah yang bakal diperolehi pula adalah suatu isu lain yang
berbeza. Ketidakpastian mendapat upah/komisen di dalam MLM adalah
disebabkan oleh nature yang ada pada aqad jualah seperti yang telah
diterangkan di dalam tajuk 5.1 di atas dan lebih khusus lagi di dalam tajuk 5.2 di
bawah di mana ganjaran hanya layak di perolehi sekiranya dan hanya sekiranya
(if and only if) hasil (target) berjaya dicapai. Ketidakpastian jumlah sebenar
upah/komisen yang diperolehi pula adalah suatu isu lain yang sebagaimana yang
diterangkan di sini tidak sepatutnya menjejaskan kepatuhan syariah amalan ini
kerana upah/komisen itu telah dianggap diketahui melalui kadar atau peratusan
atau formula yang ditetapkan di dalam pelan pemasaran MLM yang berkenaan.
Wallahu alam.

23
Harga jualan maksimum juga boleh ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua agen dan tuan
punya hartanah demi memastikan hartanah tersebut tidak terlampau sukar untuk dijual kepada
pembeli. Namun, harga jualan minimum pada pandangan PPS adalah sesuatu yang mesti
ditetapkan untuk mengelakkan jahalah yang boleh membawa kepada pertikaian.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 21

5.2 Kemungkinan Sasaran Jualan Yang Menjadi Ciri Asas MLM Membawa
Kepada Penindasan Dan Penganiayaan Kerana Pengedar Yang Telah
Berpenat Lelah Menjalankan Usaha Tidak Mendapat Ganjaran
(Reward) Yang Diharapkan Apabila Tidak Mencapai Sasaran (Hit
Target) Yang Ditetapkan
ULASAN: Ganjaran berdasarkan sasaran tercapai bukanlah suatu perkara yang
asing di dalam aqad. Malah dari suatu sudut, ia merupakan sesuatu yang integral
di dalam aqad. Ganjaran harga yang diraih oleh penjual di dalam jual beli,
misalnya, berdasarkan sasaran yang dicapai iaitu pemindahan hak milik barang
yang dijual kepada pembeli. Ganjaran duit sewaan yang diraih oleh pemberi
sewa, sebagai contoh, berdasarkan sasaran yang dicapai iaitu membenarkan
penggunaan manfaat dari barang yang disewa kepada penyewa dan sebagainya.
Apapun, contoh-contoh tersebut diakui mungkin agak jauh berbanding sasaran
jualan dan komisen yang dipraktikkan di dalam MLM.
Secara lebih hampir, aqad jualah seperti yang telah diterangkan di atas adalah
merupakan suatu bentuk aqad klasik yang dibenarkan yang hanya memberi
ganjaran apabila sasaran tercapai. Sebagai contoh mudah aqad jualah yang
asas, Encik Ali misalnya mengumumkan: Sesiapa yang jumpa lembu saya yang
hilang dan pulangkan kepada saya, saya berikan kepadanya wang sebanyak
RM200. Si Abu yang berminat dengan tawaran tadi berusaha bersungguh-
sungguh menggunakan tenaga dan wang ringgit mencari lembu Encik Ali yang
hilang tetapi tidak berhasil dan oleh itu tidak berhak mendapat ganjaran yang
dijanjikan. Si Bakar yang juga tahu tentang tawaran tersebut bernasib baik kerana
kebetulan dengan mudah terjumpa lembu itu dan memulangkannya kepada Encik
Ali lalu layak mendapat ganjaran. Adakah berlaku penganiayaan terhadap Si Abu
yang telah berpenat lelah menjalankan usaha tetapi tidak mendapat ganjaran
yang diharapkan apabila tidak mencapai sasaran yang ditetapkan? Jawapannya
tentulah tidak berlaku sebarang penganiayaan kerana pihak-pihak yang terlibat
jelas dan reda bahawa ganjaran hanya akan diberi jika matlamat atau sasaran
telah dicapai dan bukan semata-mata atas usaha yang dicurahkan.
Suatu contoh mudah yang lain: Encik Abu berkata kepada Cikgu Bakar: Kalau
Cikgu Bakar ajar anak saya sehingga dia boleh membaca saya beri Cikgu Bakar
RM500. Cikgu Bakar berusaha bersungguh-sungguh mengajar anak Encik Abu
tetapi dia tetap tidak boleh membaca. Hasilnya Cikgu Bakar tidak berhak
mendapat RM500 yang dijanjikan walaupun telah menghabiskan masa dan
tenaga mengajar anak Encik Abu kerana di situ syarat yang ditetapkan oleh Encik
Abu bersifat result oriented.
Berlainan halnya sekiranya Encik Abu berkata Cikgu Bakar tolong ajar anak saya
membaca empat jam seminggu selama sebulan, saya beri Cikgu Bakar RM500.
Samada anak Encik Abu selepas itu boleh membaca atau tidak, selagi Cikgu
Bakar telah menjalankan kerja yang disyaratkan iaitu mengajar anak Encik Abu
membaca dalam tempoh tersebut, maka Cikgu Bakar berhak mendapat RM500
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 22

yang dijanjikan kerana syarat di sini adalah job-oriented atau effort-oriented
BUKAN target-oriented atau result-oriented.
Adakah berlaku penindasan dan penganiayaan di dalam contioh-contoh yang
diberikan tadi? Adakah berlaku perlanggaran konsep taradi () atau mutual
consent antara pihak-pihak yang terlibat? Sifat (nature) jualah sendiri adalah
berorientasikan hasil (result-oriented atau target-oriented). Pihak-pihak yang
terlibat tahu kesan dari mencapai atau tidak mencapai sasaran yang ditetapkan,
lalu kenapa pula perlu timbul isu penindasan dan penganiayaan?
Secara umumnya ulama menerima syarat-syarat yang dipersetujui bersama
antara pihak-pihak yang bertransaksi berdasarkan panduan RasululLah S.A.W.
bahawa orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat yang mereka telah
persetujui ( ). Cuma terkadang mereka
berselisih pendapat berkaitan sesuatu syarat kerana ada yang menganggap
syarat tersebut termasuk menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang
halal lalu terkeluar dari umum keterikatan tadi.
Penjual kereta, ajen hartanah, ajen takaful, pengurus aset dan sebagainya juga
ada diberi komisen berdasarkan pencapaian sasaran. Sekiranya tidak selesa
dengan syarat yang bersifat result-oriented maka dinasihatkan jangan memilih
untuk terlibat dengan struktur sedemikian. Tiada paksaan; pilihlah untuk terlibat
dengan transaksi yang mempunyai syarat-syarat yang bersifat effort-oriented.
Rumusannya, oleh kerana struktur MLM ini dianalisa sebagai jualah berstruktur
(structured jualah) maka ganjaran berasaskan pencapaian sasaran adalah
natural consequence dari aqad yang dipilih dan tidak menyebabkan penindasan
atau penganiayaan dan seterusnya TIDAK melibatkan sebarang perlanggaran
syariah dari sudut itu.
Tidak timbul isu penganiayaan kerana ganjaran disediakan di dalam struktur yang
berorientasikan hasil/sasaran. Apabila hasil tidak tercapai, maka ganjaran tidak
berhak dituntut.
24
Sekali lagi ditekankan, sekiranya tidak selesa dengan aqad
yang berorientasikan hasil semata-mata (purely result-oriented) seperti jualah
boleh pilih yang berorientasikan usaha (effort-oriented) seperti ujrah (upah yang
diberi dalam bentuk fi tetap atau gaji misalnya).
Oleh sebab itu, PPS membuat keputusan bahawa konsep pencapaian sasaran
sebagai pra-syarat mendapat bonus atau komisen yang menjadi ciri utama MLM
secara asasnya adalah PATUH SYARIAH.

24
Lihat Mustafa Al-Khinn et al., op. cit., h.146.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 23

5.3 Kemungkinan Berlakunya Dua Aqad Dalam Satu (Safqatayn Fi
Safqah) Yang Ditegah Syara Kerana Operasi MLM Mungkin Dianalisa
Sebagai Satu Transaksi Yang Melibatkan Dua Aqad Pada Satu Masa
Yang Sama Iaitu Aqad Jual Beli Di Mana Pengedar Membeli Barangan
Atau Produk Daripada Syarikat Dan Dalam Masa Yang Sama Berlaku
Aqad Wakalah Di Mana Pengedar Dilantik Oleh Syarikat Sebagai
Wakil Untuk Memasarkan Produk Dan Untuk Melantik Wakil-Wakil
Pengedar Yang Lain
ULASAN: Ada kritikan terhadap kepatuhan syariah amalan MLM berdasarkan
analisa bahawa MLM melibatkan berlakunya dua aqad dalam satu yang dilarang
oleh baginda Rasulullah S.A.W. Isu safqatan fi safqah ( ) asalnya
berdasarkan tiga hadith Nabi Muhammad S.A.W.:
a) Larangan bay dan salaf ( ) jual beli dan hutang hadith riwayat
Amr ibn Syuayb dan Abu Hurayrah.
b) Larangan bayatayn fi bayah ( ) dua jual beli dalam satu jual
beli hadith riwayat Abu Hurayrah.
c) Larangan safqatayn fi safqah ( ) dua aqad dalam satu
aqad hadith riwayat Ibn Masud.
Umar Abdullah Kamil dalam tesis beliau
25

memberikan huraian serta penafsiran terhadap ketiga-tiga hadith ini. Secara
ringkas maksud hadith-hadith ini adalah seperti berikut:
a) Hadith larangan ini bermaksud tidak boleh menghimpunkan
transaksi hutang dan jual beli dalam satu aqad. Ini terpakai dalam
konteks gabungan aqad qard (hutang pinjaman) dan salam
(tempahan), qard dan sarf (tukaran wang), qard dan ijarah (upah/sewa).
Al-Khattabi menjelaskan maksud larangan ini dengan memberikan
contoh seperti seorang yang menyatakan: Saya jual barang ini kepada
kamu dengan harga 50 dinar dengan syarat kamu beli barang saya
yang bernilai seribu dirham secara hutang. Contoh lain: Saya jual
barang ini kepada kamu dengan harga X dengan syarat kamu
meminjamkan kepada saya seribu dirham.
b) Hadith tafsirannya adalah lebih mirip kepada bay al-inah
walaupun terdapat beberapa tafsiran lain yang berbeza atau hampir
sama dengan tafsiran hadith pertama di atas.
c) Hadith larangan ini pula merujuk kepada keadaan jual
beli di mana terdapat dua harga yang berbeza. Contohnya jika dibeli
tunai harganya RM1000 dan jika dibeli secara hutang harganya
RM2000. Tawaran dilakukan dengan dua harga ini tetapi penerimaan
yang dibuat tidak menentukan harga yang mana yang dipilih (atau
kaedah bayaran mana yang diambil).

25
Umar Abdullah Kamil (2000), Al-Qawaid al-Fiqhiyyah al-Kubra wa Atharuha fi al-
Muamalat. Mesir: Dar al-Kutub.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 24

Tafsiran-tafsiran tentang safqatayn fi safqah boleh jadi lebih luas dan pelbagai
dari apa yang diringkaskan di atas. Di dalam bukunya, Money, You & Islam,
Zaharuddin Abd Rahman (lebih popular sebagai Ustaz Zaharuddin atau UZAR) di
dalam rangka menganalisa kepatuhan syariah MLM berdasarkan isu safqatayn fi
safqah ini ada membuat rumusan tentang kaitan antara safqatayn fi safqah
dengan amalan-amalan MLM. Elok dipetik di sini bahagian-bahagian yang
berkaitan dari rumusan beliau di dalam versi Bahasa Melayu sebagaimana yang
terdapat di dalam artikel asal beliau Isu Syariah Dalam Perniagaan MLM:
26

ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut
beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-
1) ..
2) ..
3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini
dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah
kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran
ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. (Al-Mughni , 6/332 ;
Al-Um, 3/67 ; Aridatul Ahwazi, 5/239 )
Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu
berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual
barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi
wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan
aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu
akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000
setiap bulan"
Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang
bersifat lazim?
a- J ual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim
b- Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang
bersifat lazim.
c- Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah
d- Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju'alah,
juga kelihatan tiada masalah.
e- Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada
jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu
perbincangan dan ijtihad.
Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat
maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim. Jika aqad itu ghayru
Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad
lazim"
4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut
dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia
membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian
kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-
Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .
Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu
aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh concluded'.

26
http://www.zaharuddin.net/content/view/222/100/
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 25

Petikan di atas pada pandangan PPS bersifat self-explanatory bagi mereka yang
memahami istilah-istilah yang digunakan penulis dan oleh itu tidak memerlukan
huraian lanjut.
Dengan hormat kepada pandangan beliau yang dipetik di atas, PPS setelah
melihat dan menganalisa amalan-amalan dan terma-terma di dalam MLM secara
umum dan amalan-amalan dan terma-terma di dalam MLM yang diamalkan
syarikat Kenshido International Sdn Bhd secara khusus mendapati apa yang
sebenarnya terhasil bukanlah mengikat jual beli yang berlaku dengan
tanggungjawab pengedaran produk iaitu: Saya jual produk ini kepada kamu
dengan harga RM X dengan syarat kamu menjadi wakil pengedar kepada
syarikat untuk mengedarkan produk ini kepada orang lain (terma yang sebegini
juga menjadikan jual beli tersebut muallaq dan tidak sah) sebaliknya memberi
pilihan atau keistimewaan (option or privilege) kepada pembeli tersebut untuk
mengedarkan produk kepada orang lain. Jual beli telah selesai, sah dan mengikat
(tertakluk kepada khiyar, sekiranya ada, atau cooling-off period yang ditetapkan
undang-undang, sekiranya terpakai). Dengan erti kata lain, pengedar diberi hak
(bukan tanggungjawab) untuk menghasilkan jualan-jualan tertentu samada secara
perseorangan atau pun berkumpulan
27
bagi melayakkan dirinya memperoleh
komisen yang ditetapkan berdasarkan formula di dalam pelan pemasaran setelah
membuat belian tersebut. Seolah-olah dikatakan kepadanya Oleh kerana kamu
telah membeli produk kami dalam jumlah sekian sekian, kami memberi pilihan,
keistimewaan dan hak kepada kamu untuk mendapat ganjaran sekiranya kamu
berjaya menghasilkan sasaran sepertimana yang ditetapkan di dalam pelan
pemasaran syarikat. Ianya BUKAN, berdasarkan analisa atau takyif sebegini,
safqatayn fi safqah walaupun melibatkan lebih dari satu aqad.
Produk AITAB yang banyak ditawarkan di dalam perbankan Islam, contohnya,
melibatkan dua aqad yang berbeza iaitu aqad ijarah (sewaan) dan bay (jual beli)
yang kedua-duanya bersifat lazim namun ia tidak termasuk di dalam safqatayn fi
safqah yang ditegah syara kerana kedua-dua aqad tadi walaupun kelihatan
sepintas lalu sebagai telah dipakejkan menjadi satu, namun pada hakikatnya
setiap aqad berdiri dengan sendiri. Produk berasaskan Syirkah Mutanaqisah atau
Musyarakah Mutanaqisah, sebagai misal yang lain, melibatkan banyak aqad
yang berbeza namun secara umumnya tidak menjadikannya termasuk ke dalam
transaksi safqatayn fi safqah yang ditegah syara. Yang penting, setiap aqad
berdiri dengan sendiri dan tidak mengikat keberhasilan aqad yang lain di dalam
arrangement tersebut.
Selain itu, penelitian yang dibuat terhadap terma-terma dan syarat-syarat di
dalam borang keahlian Kenshido International Sdn Bhd dan maklumat-maklumat
yang diperolehi dari beberapa syarikat MLM yang lain serta pengesahan yang
diperolehi daripada pihak pengurusan Kenshido secara khusus mengesahkan
bahawa pembelian produk atau pakej produk telah selesai dan mengikat tanpa

27
Istilah PS (Personal Sales) dan PGS (Personal Group Sales) biasa digunakan dalam konteks
ini.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 26

tergantung kepada berlakunya pengedaran produk kepada orang lain kemudian
dari itu DAN bahawa pengedar atau pembeli TIDAK sekali-kali dilantik menjadi
wakil mahupun pekerja (neither agent nor employee) kepada Kenshido dalam
memasarkan produk mereka. Sebaliknya setiap seorang dari mereka menjual
produk tersebut dalam kapasiti sendiri sebagai penjual atau peniaga bebas
(Independent Business Operator) dan bukan sebagai wakil syarikat. Status
independent ini sesuai dengan analisa aqad jualah yang bersifat tidak mengikat
(ghayr lazim).
PPS berpandangan, dengan menghormati pandangan-pandangan yang berbeza,
bahawa berdasarkan penjelasan yang dibuat di atas, mengkategorikan secara
umum transaksi-transaksi yang berlaku dalam perniagaan MLM sebagai
safqatayn fi safqah yang ditegah syara adalah tidak tepat. Terma-terma asas di
dalam struktur MLM yang meletakkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk
layak mendapat ganjaran dirumuskan sebagai masih lagi berada di dalam rangka
jualah berstruktur (structured jualah) dan BUKAN safqatayn fi safqah dan OLEH
ITU dari sudut yang dibincangkan ini diputuskan TIDAK melanggar syariah.
5.4 Justifikasi Peserta MLM Mendapat Untung Dan Pendapatan Yang
Banyak Tanpa Mengeluarkan Modal Atau Dengan Usaha Yang Sedikit
Atau Tanpa Apa-Apa Usaha Langsung.
ULASAN: Tanggapan bahawa peserta MLM mendapat untung dan pendapatan
yang banyak tanpa mengeluarkan modal atau dengan usaha yang sedikit pada
penilaian PPS adalah tanggapan yang terhasil dari sekurang-kurangnya dua
kegagalan: pertama, kegagalan membezakan antara perniagaan MLM sebenar
dan pyramidal money game yang menyamar dengan memakai baju MLM dan
kedua, kegagalan memahami konsep leverage
28
dalam MLM. Pemerhatian PPS
mendapati on the ground, peserta-peserta MLM ada mengeluarkan modal awalan
(start-up capital) dan modal kerja (operating costs) dan melakukan usaha yang
bukan sedikit untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan walaupun secara
relatifnya modal dan usaha ini biasanya jauh lebih sedikit berbanding modal yang
perlu dikeluarkan dan usaha yang perlu dilakukan untuk mendapatkan
pendapatan yang sama dengan usaha-usaha secara berseorangan.
Konsep perniagaan berangkaian adalah suatu konsep yang secara umumnya
telah diterima secara meluas di dalam dunia perniagaan sebagai suatu bentuk
leveraging yang mampu meningkatkan hasil atau mengurangkan risiko walaupun
dari segi perinciannya mungkin ada terdapat perbezaan-perbezaan antara satu
konsep dengan yang lain. Apabila seseorang peniaga membuka rangkaian
cawangan-cawangan baru, dia pada asasnya melakukan leveraging dari segi
lokasi kerana mampu menjalankan perniagaan di banyak lokasi pada satu-satu

28
Lihat: John Counsel, The Beginners guide to Multi-level Marketing, hh.55-63 perbincangan
tentang konsep leverage . Di h.55, John Counsel mentakrifkan leverage dengan katanya
Leverage is what we use to gain the maximum output from the minimum input.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 27

masa. Melalui sistem franchise pula, franchisor asasnya melakukan leveraging
selain dari segi lokasi, juga dari segi masa, tenaga dan modal dan franchisee pula
melakukan leveraging dari segi brand, produk dan sistem yang telah terbukti
(proven system). Tidak menghairankan apabila sebahagian penulis dan
penganalisa menganggap MLM sebagai sejenis franchise dalam skala yang
berbeza kerana bukan sahaja mempunyai kelebihan-kelebihan yang sama seperti
franchise di suatu sudut (terutamanya dari segi kewujudan sistem yang
terbukti/proven system) malah mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri
berbanding traditional franchise di sudut yang lain (terutamanya dari segi start-up
capital dan overheads (sekiranya perlu) yang jauh lebih rendah berbanding
traditional franchise).
29

5.5 Kemungkinan Berlakunya Ghabn Fahisy Yang Ditegah Oleh Syara
ULASAN: Ada persepsi yang melihat bahawa harga sesetengah produk atau
perkhidmatan yang disalurkan melalui sistem perniagaan MLM adalah terlampau
tinggi dan tidak munasabah serta boleh menimbulkan isu syariah dari sudut ia
mungkin boleh digolongkan sebagai ghabn fahisy.
5.5.1 Konsep Ghabn
Ghabn didefinisikan oleh para fuqaha sebagai penipuan di mana pihak yang
terlibat tertipu dari segi harga yang dibayarnya atau dibayar kepadanya. Dengan
erti kata lain ia bermaksud jualan barang dengan harga yang lebih tinggi atau
lebih rendah daripada harga pasaran dalam keadaan ada pihak beraqad yang
terlibat tidak mengetahui harga pasaran. Jika harga pasaran diketahui dan jual
beli dibuat dengan harga yang berbeza serta dipersetujui bersama, ia tidak
dinamakan sebagai ghabn.
Terdapat dua kategori ghabn: ghabn yang sedikit ( ) dan ghabn yang
banyak ( ). Walaupun, secara umum para fuqaha sependapat dengan
pembahagian sebegini, garis pemisah antara kedua-dua jenis ghabn ini tidak
disepakati. Ada yang meletakkan satu pertiga sebagai penentu. Ini bermakna jika
harga sebenar lebih atau kurang daripada satu pertiga, ia dianggap sebagai
ghabn yang banyak. Jika kurang daripada itu, ia adalah ghabn sedikit. Contohnya
jika harga sebenar/pasaran bagi barang X adalah RM100, tetapi dijual dengan
harga RM140 atau RM60, maka ghabn banyak telah berlaku (sekali lagi dalam
keadaan pihak yang terlibat tidak mengetahui harga pasaran).
Fuqaha lain meletakkan garis panduan dalam bentuk jika harga yang dinyatakan
adalah dalam julat yang dipersetujui oleh penilai yang mahir dalam penentuan

29
Lihat sebagai contoh: John Counsel, The Beginners Guide to Multi-Level Marketing, hh.9-
11.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 28

harga barang berkaitan ( ),
ia dianggap sebagai ghabn sedikit. Sebaliknya jika ia berada di luar julat tersebut,
ghabn banyak telah terjadi. Contohnya: jika barang X dijual dengan harga RM100
dan setelah ditanyakan kepada beberapa orang yang mahir dalam penentuan
barang tersebut, mereka memberikan jawapan berbeza. A menyatakan harganya
adalah RM60, B menyatakan harga sepatutnya adalah RM80 dan C pula
menyatakan bahawa harga sbenar adalah RM90. Dalam keadaan ini harga jualan
(RM100) tidak terdapat dalam mana-mana julat RM60 RM90 yang diperolehi
daripada mereka yang mahir dalam penentuan harga barang X. Justeru, ghabn
banyak telah berlaku. Sebaliknya jika harga yang diperolehi setelah merujuk
kepada penilai-penilai berkenaan adalah dalam julat contohnya RM80 RM110,
maka penjualan asal dengan harga RM100 adalah dianggap sebagai ghabn
sedikit.
5.5.2 Kesan Ghabn Dari Segi Sah Aqad Atau Sebaliknya
30

a) Jika pihak pembeli (atau pihak penjual dalam keadaan tertentu)
mengetahui harga sebenar/pasaran bagi barang yang dijual dan masih
bersetuju dengan harga yang ditawarkan (yang berbeza daripada harga
pasaran), maka jual beli tersebut sah dan mana-mana pihak yang
menanggung kerugian disebabkan perbezaan tersebut tidak boleh
memfasakhkan aqad yang telah dibuat. Ini kerana ia dilakukan dengan
kerelaan yang sepenuhnya daripada pihak-pihak beraqad.
b) Jika pihak berkenaan tidak mengetahui harga pasaran dan berlaku
ghabn yang sedikit, ia juga tidak menjejaskan status kesahan aqad
yang dibuat.
c) Jika pihak berkenaan tidak mengetahui harga pasaran dan ghabn yang
berlaku adalah ghabn yang banyak, pihak tersebut mempunyai hak
khiyar (hak untuk memfasakhkan aqad yang telah dibuat atau untuk
memperolehi harga yang sepatutnya). Hukum ini terpakai dalam
keadaan jika ghabn tersebut disertai dengan penipuan (taghrir/tadlis).
Contohnya:
i. Jika pembeli menyerahkan kepada penjual untuk menentukan
harga dalam keadaan pembeli tidak mengetahui harga sebenar.
ii. Jika pembeli menyatakan kepada penjual: Jualkan kepada saya
dengan harga yang kamu jual kepada orang lain. Penjual
sebaliknya menjual dengan harga yang lebih tinggi.
iii. Jika pembelian tersebut untuk pihak-pihak seperti orang yang
tidak cerdik dalam bertransaksi atau orang muflis.
d) Jika ia berlaku dalam keadaan tiada penipuan maka pihak yang terlibat
tidak mempunyai sebarang hak untuk memfasakhkan aqad yang telah
dibuat.
Secara umum, PPS melihat apa yang berlaku di dalam industri MLM di dalam
keadaan di mana produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang

30
Umar Abdullah Kamil (2000).
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 29

ditawarkan pada harga yang tinggi itu dibeli oleh peserta-peserta, umumnya
peserta-peserta yang membeli produk pada harga yang tinggi tersebut bukannya
terpedaya kerana jahil atau tidak berkemahiran tentang harga (PPS tidak menolak
kemungkinan ada scattered cases di mana peserta-peserta memang tertipu
membayar harga yang tinggi), sebaliknya diperdayakan oleh rasa tamak ingin
mengaut keuntungan yang banyak dan berlipat ganda melalui skim yang
disertai.
31

Secara lebih khusus, dalam konteks aqad yang dibuat antara Kenshido dengan
pelanggan/pengedarnya, harga yang telah ditetapkan adalah berbeza-beza
berdasarkan jumlah produk yang dibeli. Persoalan di sini adalah berapa harga
yang sepatutnya bagi produk-produk tersebut. Produk yang ditawarkan adalah
bersifat maya (virtual) dan tidak berbentuk nyata (tangible). Walaupun terdapat
beberapa produk lain yang wujud di pasaran yang mungkin mempunyai ciri yang
hampir sama, perbezaan masih ketara antara produk-produk berkenaan dari segi
kemudahan-kemudahan yang ditawarkan. Justeru, tiada penanda aras
(benchmark) tertentu yang boleh dirujuk untuk menentukan sama ada harga yang
ditetapkan untuk produk-produk ScoreA adalah melebihi harga pasaran atau
kurang daripadanya.
Aspek kedua di sini adalah hakikat bahawa pihak pembeli khususnya telah
bersetuju dengan harga yang telah ditetapkan.
Perkara ketiga pula berkaitan dengan kadar keuntungan yang diambil. Adakah
boleh pihak syarikat mengambil keuntungan berlipat kali ganda
32
. Persoalannya
adakah ini dianggap sebagai ghabn atau tidak? Pada dasarnya syara tidak
menetapkan kadar keuntungan maksimum tertentu yang boleh diambil oleh
penjual. Kadar keuntungan atau harga jualan adalah tertakluk kepada persetujuan
antara pihak pembeli dan penjual. Satu contoh terbaik untuk kes ini adalah hadith
berkenaan Urwah al-Bariqi yang diberikan satu dinar oleh Rasulullah S.A.W.
untuk membeli seekor kambing. Beliau menggunakan wang tersebut untuk
membeli dua ekor kambing dan menjual salah seekor daripadanya dengan harga
satu dinar. Beliau seterusnya membawa kepada Baginda S.A.W. kambing yang
seekor lagi berserta satu dinar hasil jualan kambing yang pertama. Rasulullah

31
Lihat: John Counsel, The Beginners Guide to Multi-Level Marketing, hh.33-34. Di h.34 John
menerangkankan:
The irony of their scheme was that no one victimized by it could legitimately call foul! because
they were, in fact, victims of their own greed. Willing to turn a blind eye to any personal
misgivings, they sought to get rich by introducing others, just as willing (and greedy), into the
scheme.
32
Dalam keadaan sifat produk yang berbentuk maya, biasanya modal yang dikeluarkan tidak
terlalu tinggi berbanding dengan harga produk yang dijual. Walau bagaimapun, PPS
dimaklumkan bahawa modal asal pembentukan syarikat, pembelian perkakasan termasuk
server dan urusan penyenggaraannya serta kos dalam bentuk lain seperti pengurusan dan
sebagainya adalah agak besar.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 30

S.A.W. tidak menyatakan bahawa transaksi tersebut batal. Sebaliknya Baginda
S.A.W. mendoakan keberkatan kepada Urwah.
33

Berdasarkan analisis yang diterangkan di atas, PPS berpuas hati bahawa secara
umum tidak timbul isu ghabn fahisy dalam transaksi MLM amnya dan di dalam
transaksi yang dibuat antara Kenshido dengan pembeli/pengedarnya secara
khusus. Namun begitu tidak bermakna PPS berpegang bahawa harga yang
terlampau tinggi bagi produk-produk yang dipasarkan melalui perniagaan MLM
langsung tidak menimbulkan isu syariah, ia BOLEH menimbulkan isu syariah
tetapi dari sudut yang berbeza.
Harga yang begitu tinggi untuk produk-produk yang ditawarkan pada penilaian
PPS boleh menjadi petanda (indication) bahawa produk yang ditawarkan melalui
perniagaan MLM tersebut tidaklah tulen (genuine), sebaliknya hanya berfungsi
sebagai pelindung (cover up) kepada suatu bentuk money game. Ketidakpatuhan
syariah, pada pandangan PPS dengan menghormati pandangan-pandangan
yang berbeza boleh timbul dari sudut ini dan bukan dari sudut ghabn fahisy
seperti yang telah dibincangkan di atas.
Di dalam bukunya How To Build A Multi-Level Money Machine, networker
berpengalaman, Randy Gage mencadangkan dua soalan yang perlu ditanya dan
kemudiannya dijawab secara jujur sebagai due diligence untuk memilih sebuah
syarikat MLM yang bagus yang mana pada pandangan PPS boleh juga
digunakan sebagai acid test bagi mengenalpasti perniagaan MLM yang pada
hakikatnya berfungsi sebagai money game. Kata Randy Gage:
Let me give you two questions to ask first. This will simplify things for you
a great deal. Any company that you dont get a positive answer to both of
these questions, you can cross off your list immediately.
Question 1: If you were not involved in the business opportunity, would
you buy this product or service anyway?
Be honest with yourself. If the answer is no, find another company. If the
opportunity youre involved with is not centered on products you believe in
and will personally use -it is highly unlikely that you will be successful with
this company... Now if you can answer yes, you can move to...
Question 2: Would you buy that product or service at that price?
If you wouldnt pay the price for your products on the open market, its
unlikely anyone else will. Dont think people will pay more for a product

33
Dalam riwayat yang lain Urwah membeli seekor kambing dan dijual kambing tersebut dengan
harga dua dinar. Beliau seterusnya membeli seekor kambing lain dengan harga satu dinar dan
membawanya kepada Rasulullah s.a.w. berserta dengan satu dinar bakinya.
Hadith riwayat al-Tirmidhi
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 31

simply because they might get a bonus check. Its been shown time and
again they wont
34

35

Sebagai catatan, berdasarkan maklumat-maklumat yang disalurkan kepada PPS,
PPS berpuas hati bahawa berkaitan produk portal pendidikan ScoreA yang
dipasarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd, jawapan kepada kedua-
dua soalan di atas adalah positif: Ya, tanpa terlibat dengan perniagaan
syarikat Kenshido sekalipun, pengguna masih berminat untuk membeli
produk yang ditawarkan dan pada harga yang ditawarkan. Untuk kedua-dua
persoalan ini PPS tidak ada apa-apa keraguan (keraguan yang menuntut PPS
membuat analisa mendalam dan melakukan perbincangan panjang adalah pada
jumlah produk yang sewajarnya dibeli oleh seseorang pengedar secara sekaligus
yang mana merupakan suatu isu lain yang dibincangkan dengan panjang lebar di
dalam tajuk 6.4.1 inventory front-loading di bawah).
Sekiranya bakal peserta sesebuah perniagaan MLM mengambil dan
mengamalkan panduan-panduan asas yang diberikan oleh Randy Gage ini
dengan sejujur-jujurnya PPS percaya dia dapat menyelamatkan dirinya dari
banyak perangkap dan jerat money games yang sentiasa muncul dari masa ke
semasa dengan pelbagai label, slogan dan gimmick di dalam industri MLM.
Malangnya, yang kerap berlaku terutamanya di negara kita, tidak sedikit yang
begitu cepat teruja untuk menjadi kaya dengan cepat dan mudah sehingga
terlupa untuk menganalisa perkara-perkara teras (fundamentals) sebegini
sebaliknya memilih untuk menyulam angan-angan dengan pelbagai slogan
seperti slogan Bukan Jual Produk, Tapi Jual Sistem, slogan 4D (Duduk Diam
Dapat Duit) dan bermacam-macam lagi. Walaupun agak panjang lebar, PPS
berpendapat elok dipetik secara menyeluruh contoh yang diberikan oleh Randy
Gage berkaitan perkara ini kerana apa yang dinyatakan oleh beliau adalah
sesuatu yang begitu realistik dan kerap berulang terjadi terutamanya di negara
Malaysia kita tercinta ini. Kata Randy Gage:
Dont be misled by hype and attempt to market an overpriced product.
Like any industry, Network Marketing has a small segment of
opportunists with no integrity. Theyre good at fueling the hype machine,
creating what appears to be legitimate excitement and momentum, but is
actually a carefully orchestrated front.

34
Apa yang dinyatakan oleh Randy Gage di sini pada pandangan PPS adalah apa yang
sepatutnya berlaku di dalam keadaan normal. Di dalam keadaan seseorang telah dirasuk oleh
rasa keterujaan melampau berkaitan potensi kewangan pelan pemasaran berkenaan,
keadaan yang sebaliknya kerap berlaku sebagaimana yang diterangkan oleh Randy Gage di
dalam contoh yang dipetik oleh PPS selepas ini.
Kedudukan Randy Gage sebagai networker berpengalaman mendapat pengiktirafan dari ramai
industry players dan analysts antaranya Editor-in-Chief majalah Upline dan pengarang The
Greatest Networker in the World, Johnn Milton Fogg, Chairman & CEO kepada Oxyfresh
Worlwide Inc., Richard Brooke dan lain-lain lagi.
35
Randy Gage, How to build a Multi-Level Money Machine, hh.29-30.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 32

For example, lets suppose they are promoting a company that sells a cup
of coffee for $10. They made a sweetheart deal with the coffee company
who gave them some extra money and other up-front goodies. Then they
come to you with this hot deal. Youre skeptical. Ten dollars for a cup of
coffee, you say, isnt that expensive?
Are you crazy? they reply. Everyone is buying this coffee. Look at my
bonus check. I made $5,000 my first month! This month Im going to make
$8,000.
Ten dollars for a cup of coffee seems awfully steep to you. But $5,000 his
first month...
You begin to think that if all those other people are buying that coffee, it
must be something special. Youve just been seduced by the dark side of
the force. The allure of fast cash clouded your judgement and you let greed
overcome your common sense.
The next thing these opportunists do is convince you to buy in at a big
dollar level. They convince you that youll get a head start and start as a
director, or can be car-qualified in your first month, and other such
nonsense. So you buy $10.000 worth of coffee. You make $2,000 your first
month and receive a $500 car allowance. Pretty cool, right?
But where did that $2,500 come from? From your $10,000. But you are not
thinking about that...
Because your sponsor just showed you his latest check and hes now up to
$20,000 a month.
Now, of course, what he neglected to mention is that hes making that kind
of money because he gets suckers like you to buy $10,000 worth of cups of
coffee (which are sitting in your garage...and the coffees getting cold)!
36

Now there are people all over town with $10,000 worth of cups of coffee
cooling off in their garage, and theyre feverishly working to get in new
people...so they can unload all of their cold coffee. More people join, the
meetings get bigger (they take on a revival air), and the hype machine
kicks into high gear...
People keep paying the $10 for a cup of coffee, because they have dreams
of getting $5,000 bonus check their first month. Sooner or later, however,
someone will say, Are you nuts? Ten bucks for a cup of coffee? I can get it
at the diner for three.
Now the hype deflates like a punctured ballon. Attrition starts at the bottom
and moves up, level...by level...by level. In the end, lots of people have

36
Mungkin ini adalah sebahagian dari faedah memetik kata-kata Randy Gage secara panjang
lebar berkaitan perkara yang menyedihkan ini kerana sebagai seorang networker dan
pengamal yang telah bergelumang di dalam industri MLM ini dan pernah melalui pelbagai
pengalaman melalui penglibatan beliau, baik dan buruk, beliau mampu menyatakan sesuatu
hakikat dengan cara yang sepatutnya dinyatakan: bluntly straight to the point yang mungkin
tidak sesuai untuk dinyatakan secara begitu direct oleh PPS sebagai pihak yang membuat
penilaian dan pemantauan kepatuhan syariah.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 33

$10,000 worth of coffee in their garage, which theyre now desperately
trying to sell at the flea market as iced coffee.
What a rip off and what a tragedy. All of which could have been avoided if
you had just asked yourself, Would I pay $10 for a cup of coffee if I were
not trying to qualify for a bonus check?
37

PPS percaya apa yang beliau contohkan di atas bagi kebanyakan orang yang
pernah mengambil tahu tentang MLM merupakan sesuatu yang seperti telah
biasa kita dengar berlaku di sekeliling kita, cuma dengan produk dan harga yang
berlainan sahaja. Kesimpulannya, exorbitantly priced products mengikut analisa
PPS boleh menimbulkan isu syariah dari sudut ia menjadi indikasi bahawa
produk-produk tersebut tidak lain hanyalah berfungsi sebagai penutup (cover-up)
kepada suatu aktiviti money game dan menjadi lebih parah apabila digabungkan
dengan amalan inventory front-loading yang dibincangkan dengan panjang lebar
dalam tajuk 6.4.1 di bawah.
5.6 Kemungkinan Berlakunya Brokerage Berganda Atau Brokerage Atas
Brokerage
Oleh kerana MLM pada analisa PPS adalah transaksi jualah dan bukannya
samsarah (brokerage) maka tidak timbul isu brokerage berganda yang
dibangkitkan ini.
5.7 Kemungkinan Berlakunya Unsur-Unsur Perjudian (Gambling) Di
Dalam MLM
Analisa PPS mendapati tidak wujud elemen perjudian di dalam MLM.
38
Risiko
berjaya atau tidak berjaya membina rangkaian dengan jalan menaja ahli-ahli baru
di bawah (downlines) masih lagi termasuk di dalam ruang lingkup pengambilan
risiko yang munasabah (acceptable risk taking) di dalam menjalankan
perniagaan. Isu syariah mungkin akan timbul sekiranya proses perekrutan
(recruiting) ahli baru ini bukan dijalankan untuk menjalankan perniagaan tulen
(genuine business) melalui pemasaran produk, sebaliknya digunakan sebagai
head hunting bagi mendapat komisen semata-mata melalui kemasukan ahli baru.
Di dalam situasi sebegitu, pelanggaran syariah berlaku BUKAN disebabkan oleh
elemen perjudian (lebih-lebih lagi peserta boleh berusaha memastikan dari segi
sebab musabbab outcome dengan melakukan lebih banyak penajaan ahli-ahli
baru dan bukannya berserah kepada nasib semata-mata). Sebaliknya, ia tidak

37
Randy Gage, How to Build A Multi-Level Money Machine, hh.30-32.
38
Ini adalah analisa PPS secara umum. Analisa yang lebih terpeinci mungkin menunjukkan
wujud elemen perjudian (gambling) di dalam pelan tertentu MLM seperti forced matrix apabila
digabungkan dengan penjualan produk yang tidak genuine, sebaliknya sebagai topeng kepada
sistem semata-mata.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 34

patuh syariah disebabkan oleh ia dilakukan sebagai money game iaitu suatu cara
memakan atau mengambil harta orang lain dengan cara yang batil.
6. Isu-Isu Khusus Tentang Operasi MLM Kenshido International Sdn Bhd
6.1 Pemerhatian Umum Tentang Produk Yang Dipasarkan Kenshido
International Sdn Bhd Iaitu Portal Pendidikan ScoreA
Walaupun produk yang dipasarkan oleh Kenshido International Sdn Bhd iaitu
portal pendidikan ScoreA Programme bukan produk yang nyata (tangible)
sebaliknya produk maya (virtual), PPS tidak nampak sebarang sebab yang boleh
menjadikan produk tersebut tidak patuh syariah. Lebih-lebih lagi dari pemerhatian,
analisa yang dibuat oleh dan maklumbalas yang dibekalkan kepada PPS, PPS
mendapati produk tersebut mempunyai manfaat sebenar (genuine benefit) yang
tidak bergantung kepada pelan pemasaran (independent of the marketing plan)
dan dengan penerangan yang jelas oleh pengedar-pengedar dapat menarik minat
pengguna untuk membayar harga yang ditetapkan untuk mendapat manfaat-
manfaat yang ditawarkan meelalui produk tersebut.
Oleh sebab itu PPS tanpa ragu-ragu memutuskan bahawa produk portal
pendidikan ScoreA Programme yang dipasarkan syarikat Kenshido International
Sdn Bhd adalah PATUH SYARIAH.
6.2 Pemerhatian Umum, Penilaian Kepatuhan Syariah dan Cadangan-
cadangan Berkaitan Pelan Pemasaran Kenshido International Sdn
Bhd
Pelan pemasaran yang diguna pakai oleh Kenshido International Sdn Bhd adalah
pelan pemasaran hybrid yang secara istilahnya merujuk kepada pelan pemasaran
yang menggabungkan dua atau lebih jenis pelan pemasaran
39
dan secara
popularnya merujuk kepada pelan pemasaran yang menggabungkan pelan binary
dan mana-mana pelan lain yang dianggap tradisional seperti pelan stairstep-
breakaway atau pelan unilevel.
Di dalam pelan pemasaran hybrid Kenshido International Sdn Bhd, cara
pembayaran komisen terbahagi kepada DUA bahagian utama iaitu Fast Start
Bonus (FSB) iaitu bonus yang dikira secara harian dan dibayar secara mingguan
dan Leadership Bonus (LSB) iaitu bonus yang dikira dan juga dibayar secara
bulanan. Fast Start Bonus (FSB) sebahagian besarnya menggunakan pelan

39
Lihat Randy Gage, How to build a Multi-Level Money Machine, hh: 53-54
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 35

binary sementara Leadership Bonus (LSB) sebahagian besarnya menggunakan
pelan stairstep-breakaway.
Secara terperinci, Fast Start Bonus (FSB) terbahagi kepada tiga jenis
pembayaran utama:
1) Referral bonus atau sponsoring bonus (bonus memperkenalkan atau
bonus penajaan) yang dikenali sebagai Edu-Reward;
2) Pairing bonus (bonus pasangan) yang dikenali sebagai K-Match;
3) Royalty bonus, overriding bonus (bonus royalti atau bonus mengatasi) atau
terkadang dirujuk juga oleh sesetengah networkers sebagai matching
bonus (bonus padanan) yang dikenali sebagai K-Reward.
Bonus memperkenalkan atau bonus penajaan (referral bonus atau sponsoring
bonus) dikenali sebagai Edu-Reward. Apabila seorang ahli berjaya
memperkenalkan seseorang yang lain mendaftar ahli sebagai downlinenya dan
membeli salah satu dari pakej-pakej produk portal pendidikan ScoreA FSB yang
ditawarkan oleh Kenshido, maka orang yang memperkenalkan itu layak menerima
bonus yang dinamakan Edu-Reward tersebut.
Namun, berapakah jumlah sebenar yang akan dibayar kepada package
introducer atau sponsor dipengaruhi oleh dua faktor:
FAKTOR PERTAMA: Status pakej tertinggi yang dibeli oleh orang yang
menaja (sponsor) pada masa dia melakukan sponsoring.
FAKTOR KEDUA: Status pakej yang dibeli oleh peserta yang ditaja
(disponsor).
Pembayaran Edu-Reward boleh difahami secara ringkas melalui jadual di bawah:
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 36

Jadual 1: Kelayakan Edu-Reward
Yang
menaja

Yang
ditaja
e-biz e-partner
e-
entrepreneur e-max
e-biz 70 70 70 70
e-partner 70 140 210 210
e- entrepreneur 70 210 800 800
e-max 70 210 800 1500
Bonus pasangan (pairing bonus) yang dikenali sebagai K-Match pula dibayar
mengikut struktur binary kiri dan kanan. Kiraan bonus berdasarkan placement tree
dan proses pairing berlaku secara satu lawan satu (one to one) tanpa mengira
level iaitu setiap akaun yang didaftarkan di sebelah kiri setiap akaun (atau dikenali
juga sebagai business center) milik seseorang peserta tidak kira di level mana
sekalipun akan dipadankan dengan akaun yang didaftarkan di sebelah kanan
akaun berkenaan tanpa mengira level. Setiap pairing melayakkan seseorang
peserta mendapat RM80.00 kecuali sepuloh pairings yang pertama di dalam
sesuatu tempoh maintenance cuma dibayar RM60.20 kerana RM19.80 setiap
pairing digunakan untuk mencukupkan auto-maintenance sebanyak RM198.00
bersamaan 75BV.
Akaun yang belum dipasangkan dikira akaun yang menunggu (pending) dan akan
dipasangkan apabila wujud akaun pasangan di pihak yang bertentangan di kiri
atau kanan dari akaun atas kepada akaun-akaun tersebut. Tidak berlaku jumlah
akaun-akaun terkumpul dilupuskan dari kiraan (flushed) dengan semata-mata
perjalanan masa, sebaliknya pelupusan kiraan akaun (flushing) bagi tujuan
pairing berlaku apabila akaun berkenaan telah mencecah jumlah pairing
maksimum pada hari tersebut iaitu 10 pairs sebelum penyertaan di dalam
program latihan anjuran syarikat yang dikenali sebagai S.I.R. (Start It Right) dan
12 pairs selepas penyertaan di program tersebut. Ini adalah pairing harian
maksimum untuk ahli-ahli pemegang pakej selain dari pakej e-max. Pemegang
pakej e-max pula layak mendapat pairing harian maksimum 12 pairs sebelum
penyertaan di dalam S.I.R. dan 14 pairs selepas penyertaan (penambahan
bilangan pairing selepas penyertaan di program latihan anjuran syarikat pada
pandangan PPS adalah satu bentuk pemberian insentif yang baik kerana ia
menggalakkan peserta-peserta menimba ilmu yang diperlukan ketika mula-mula
menjalankan perniagaan MLM anjuran syarikat Kenshido International Sdn Bhd
supaya mereka dapat melakukannya dengan cara yang betul seperti yang
diisyaratkan oleh nama program itu sendiri: Start It Right.). Oleh itu, umumnya
pairing harian maksimum selain untuk pemegang pakej e-max adalah RM960
sehari (12 pairs x RM80) dan RM1120 sehari untuk pemegang pakej e-max (14
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 37

pairs x RM80). Pairing harian maksimum ini adalah untuk satu akaun yang
dimiliki, bermakna peserta-peserta yang memiliki lebih dari satu akaun dengan
pembelian pakej-pakej produk yang ditawarkan mempunyai potensi pairing
harian maksimum yang berganda mengikut bilangan akaun tambahan yang
dimiliki.
Bonus royalti atau bonus mengatasi (royalty bonus atau overriding bonus) atau
terkadang dirujuk juga oleh sesetengah networkers sebagai bonus padanan
(matching bonus) yang dikenali sebagai K-Reward adalah bonus yang dibayar
dengan menjadikan jumlah bonus K-Match sebagai ukuran atau padanan kepada
bonus K-Reward iaitu seseorang upline dibayar 5% dari jumlah K-Match yang
diperolehi downlines pada hari tersebut sedalam empat generasi mengikut
sponsoring genealogy (setakat proses penilaian kepatuhan syariah dilakukan
kelayakan empat generasi ini dikira secara tidak compressed). Jumlah K-Match
downlines cuma sandaran ukuran atau sumber padanan dan BUKAN sumber
bayaran K-Reward upline, bermakna sekiranya K-Match downline pada hari
tersebut adalah RM960, upline akan memperolehi 5% dari jumlah tersebut iaitu
RM48 tanpa menjejaskan K-Match downline tersebut yang tetap dibayar RM960
dan bukannya RM912 (RM960-RM48).
Bonus ini selain menggalakkan dan mengiktiraf sumbangan upline membantu
perniagaan downline dengan mengikat kedua-dua jenis bonus supaya apabila
semakin besar K-Match yang berjaya diperolehi downline maka semakin besar K-
Reward yang layak diterima oleh upline, ia juga boleh dianggap suatu mekanisma
untuk meringankan (mitigate) kekurangan dan tekanan di dalam struktur binary
yang tidak membenarkan pembayaran bonus sekiranya hanya sebelah kaki
sahaja yang aktif (dirujuk juga di kalangan networkers sebagai masalah kaki
gajah).
Dua jenis pembayaran sampingan juga disediakan di dalam plan FSB iaitu:
1) Processing fee (upah pemprosesan)
2) Incentive fee (upah insentif)
Kedua-dua pembayaran sampingan ini bersifat sekali beri (one time); untuk
processing fee diberi kepada pemegang pakej e-entrepreneur atau pemegang
pakej e-max sahaja ketika pendaftaran kemasukan ahli baru di dalam
rangkaiannya dengan belian dan pendaftaran pakej e-partner (RM32.00), e-
entrepreneur (RM80.00) dan e-max (RM80.00) sahaja dan untuk incentive fee
diberi kepada ahli atau pengedar baru yang berjaya membuat penajaan ahli baru
dengan belian pakej tertentu dalam bilangan yang ditetapkan dalam tempoh yang
terhad sahaja. Sekali tempoh ini berlalu tanpa ahli berjaya menggerakkan pakej-
pakej tertentu kepada sebilangan tertentu ahli baru, peluang untuk mendapat
incentive fee ini dikira luput.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 38

Untuk plan Leadership Bonus (LSB) pula, TIGA jenis pembayaran bonus
disediakan dan pengiraan dilakukan berasaskan kepada sponsoring genealogy
dan bukannya placement tree. Secara teorinya, untuk melayakkan diri mendapat
bonus di dalam plan LSB seseorang peserta tidak perlu megeluarkan apa-apa
modal kerana tidak ada yuran pendaftaran dikenakan oleh syarikat Kenshido
International Sdn Bhd untuk seseorang mendaftar menjadi ahli. Peserta yang
mendaftar secara percuma ini sudah boleh memulakan perniagaan dengan
mempromosikan produk portal pendidikan ScoreA kepada bakal pengguna dan
mendapat untung runcit dari beza harga ahli dan harga runcit yang disarankan
dan juga dari perkiraan bonus pelan LSB.
Secara praktis, bagaimanapun, seseorang peserta yang bermatlamatkan
perniagaan biasanya akan berusaha mengeluarkan modal sekurang-kurangnya
sebanyak RM596 untuk membeli pakej e-biz kerana semata-mata dengan
pendaftaran percuma tanpa membeli salah satu dari pakej-pakej produk yang
ditawarkan, seseorang peserta bukan sahaja tidak mempunyai stok dalam tangan
untuk memudahkan promosi dan perniagaan bahkan hanya layak mendapat
bonus melalui pengiraan pelan LSB sahaja yang biasanya memakan masa untuk
menghasilkan jumlah bonus yang besar dan belum layak untuk dibayar mengikut
pengiraan pelan FSB kerana bonus-bonus di dalam FSB adalah insentif yang
merupakan natijah dari peserta membeli salah satu dari pakej-pakej yang
ditawarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd, sedangkan pelan FSB
(sebagaimana yang diisyaratkan oleh namanya Fast Start Bonus) berpotensi
membantu peserta mendapat bonus yang ketara (significant) dalam tempoh yang
relatif singkat berbanding pelan LSB.
Ketiga-tiga jenis bonus yang dibayar di dalam plan LSB dan peratusan dari
peruntukan bayaran bonus adalah seperti berikut:
1) Performance Bonus (PB) 15%
2) Company Monthly Profit Sharing (MPS) 20%
3) Leadership Bonus (LB) 65%
Cara pembayaran ini mungkin dirujuk sebagai pembayaran keluar 100% (100%
payout) kerana dari sejumlah yang diperuntukkan untuk bayaran bonus,
kesemuanya telah dikhususkan untuk pembayaran bonus tertentu (PB 15% +
MPS 20% + LB 65% = 100%) walaupun hakikatnya disebabkan oleh sistem BV
yang digunapakai di dalam LSB yang cuma sekitar 38% dari Ringgit Malaysia
(kiraan berdasarkan 75 BV bagi harga ahli untuk portal top up code iaitu RM198),
hanya sebahagian dari hasil jualan digunakan untuk pembayaran bonus (ini
adalah amalan perniagaan yang munasabah kerana tidak wajar dari segi
perjalanan perniagaan untuk memperuntukkan keseluruhan hasil jualan bagi
tujuan pembayaran komisen kepada para pengedar kerana sebahagian dari hasil
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 39

jualan tersebut perlu diperuntukkan bagi membayar pelbagai kos syarikat dan
sebahagian yang lain untuk dibukukan sebagai keuntungan syarikat).
Dari ketiga-tiga jenis bonus dalam pelan LSB, Bonus Prestasi (Performance
Bonus) iaitu 15% dari keseluruhan peruntukan untuk pembayaran komisen (BV)
dibayar secara stairstep (di mana peserta mendapat beza (baki) antara hasil
peratusan yang dilayaki dari jumlah jualan dan hasil peratusan yang dilayaki oleh
downline dari jumlah jualan downline tersebut) dengan syarat peserta melepasi
kelayakan minimum sebanyak 75 BV sebagai personal maintenance. Peratusan
bonus meningkat dari 3% untuk peserta yang mempunyai BV kumpulan
terkumpul (Accumulated Personal Group Sales (APGS)) berjumlah dari 50 hingga
499; 6% untuk BV kumpulan terkumpul 500 hingga 999; 9% untuk BV kumpulan
terkumpul 1000 hingga 1999; 12% untuk BV kumpulan terkumpul 2000 hingga
4999 dan 15% untuk BV kumpulan terkumpul 5000 ke atas. Performance Bonus
15% boleh juga dicapai sekiranya seseorang peserta berjaya mendapat BV
kumpulan minimum 3000 dalam tempoh sebulan kiraan bonus (bukan terkumpul
(accumulated)). Seseorang yang telah melayakkan diri mendapat Performance
Bonus 15% juga telah melayakkan diri naik ke pangkat Pengurus (Manager) dan
berpotensi pula mendapat Bonus Kepimpinan (Leadership Bonus). Sila rujuk
Lampiran 2 untuk gambaran ringkas Performance Bonus yang diterangkan ini.
Perkongsian Keuntungan Bulanan Syarikat (Company Monthly Profit Sharing)
pula adalah, PPS difahamkan, merupakan bonus yang dibayar sebagai untuk
memberi insentif kepada pengedar-pengedar yang rajin membuat jualan peribadi
(personal sales). Dari 20% keuntungan bulanan syarikat yang dikhususkan untuk
pengedar-pengedar yang mempunyai jualan peribadi (personal sales) (PS)) yang
dianggap tinggi, sejumlah 8% diperuntukkan berdasarkan jualan yang direkodkan
sebagai personal sales (PS) iaitu 4% untuk para pengedar yang mempunyai PS
minimum 600 BV dan 4% lagi untuk PS minimum 1200 BV. Kelayakan boleh
dikira secara bertindan (overlapping). Seorang pengedar yang mempunyai 1200
BV, misalnya, layak berkongsi dengan pengedar-pengedar lain yang layak untuk
4% yang pertama (600 BV) dan juga layak mendapat habuan di 4% yang kedua
(1200 BV). Baki 12% lagi diperuntukkan untuk para pengedar yang mempunyai
PGS tertentu iaitu 4% untuk PGS minimum 1000 BV; 4% lagi untuk PGS
minimum 2000 BV dan 4% terakhir untuk PGS 3000 BV ke atas. Sekali lagi
bayaran boleh berlaku secara bertindan (overlapping) untuk para pengedar yang
layak. Sila rujuk Lampiran 3 untuk ringkasan bonus ini.
Di bawah Bonus Kepimpinan (Leadership Bonus) yang mewakili 65% dari
keseluruhan peruntukan untuk pembayaran komisen (BV) pula, apabila seorang
Manager berjaya melahirkan seorang Manager di bawahnya maka dia naik ke
pangkat Pengurus Nilam (Sapphire Manager); sekiranya dua Manager dilahirkan
di dalam sponsoring lines yang berbeza maka dia naik lagi ke pangkat Pengurus
Zamrud (Emerald Manager); sekiranya tiga Manager di dalam sponsoring lines
yang berbeza dilahirkan maka dia naik ke pangkat Pengurus Intan (Diamond
Manager); dan akhirnya sekira empat atau lebih Manager berjaya dilahirkan di
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 40

dalam sponsoring lines yang berbeza di bawah rangkaiannya, maka dia naik ke
pangkat tertinggi iaitu Pengurus Mahkota (Crown Manager).
Di dalam Bonus Kepimpinan (LB) ini, pembayaran 55% dibuat berdasarkan
sistem blok (block system) dengan 3000 BV mewakili satu blok digabungkan
dengan elemen breakaway di mana baki 10% (65%-55%) di peruntukkan untuk
pengedar-pengedar yang telah mencapai pangkat Pengurus Mahkota (Crown
Manager) sahaja apabila berjaya membantu downlines di bawahnya mencapai
pangkat yang sama iaitu Pengurus Mahkota (Crown Manager).
Pembahagian 55% Leadership Bonus berdasarkan sistem blok dilakukan dengan
15% dari nilai BV setiap blok dibayar bagi aras 1 (level 1) untuk semua pangkat
dan bagi aras 2 (level 2) pula 15% lagi diperuntukkan untuk Emerald Manager,
25% untuk Diamond Manager dan 40% untuk Crown Manager.
Untuk Breakaway Bonus sebanyak 10%, ia dibayar kepada Crown Manager
apabila berjaya melahirkan Crown Manager sehingga ke level 3 dan level 4 lalu
downline yang telah mencapai pangkat yang sama tersebut dianggap telah
terpisah/terputus (breakaway) dari uplinenya dari segi jumlah BV kumpulannya
lalu upline seolah-olah diberi saguhati (compensated) melalui Breakaway Bonus
ini (atau di sesetengah syarikat MLM dipanggil Same-Rank Reward) untuk jumlah
BV yang dibawa pergi oleh downline yang sama pangkat tadi sebanyak 5% di
level 3 dan 5% lagi di level 4. Sila rujuk Lampiran 4 untuk Leadership Bonus
melalui sistem blok dan Lampiran 5 untuk Leadership Bonus melalui konsep
breakaway.
ADALAH SANGAT PENTING UNTUK DIINGATKAN di sini bahawa oleh kerana
pelan pemasaran ini mewakili syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum
ganjaran dan komisen dibayar kepada peserta-peserta, maka perlulah
diusahakan sebaik mungkin agar kedua-dua komponen pelan pemasaran ini iaitu
FSB dan LSB untuk disediakan secara jelas, telus dan professional serta
diterangkan sejelas mungkin kepada bakal-bakal peserta bagi mengelakkan
pertelingkahan pada masa yang akan datang. Sekurang-kurangnya keterangan
yang jelas tentang pelan pemasaran yang diamalkan oleh Kenshido International
Sdn Bhd hendaklah dijadikan sebagai suatu capaian di dalam web rasmi syarikat
yang boleh diakses oleh prospek-prospek dan bakal-bakal peserta.
6.2.1 Isu Syariah Yang Mungkin Timbul Dari Penggunaan Pelan Binary
Di dalam kepelbagaian pelan pemasaran MLM, pelan binary merupakan pelan
yang kerap dipandang serong dan menimbulkan banyak kontroversi. Sebahagian
networkers gemar kepada pelan binary yang dianggap mampu memudahkan
penjanaan pendapatan yang tinggi dalam tempoh yang singkat ataupun dalam
satu tempoh yang tidak dianggap lama. Sebahagian yang lain pula berpandangan
negatif terhadap pelan binary yang dianggap sinonim dengan money game.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 41

Sentimen kedua ini tidak sukar difahami oleh mereka yang memerhati
perkembangan short term money games bertopengkan MLM terutamanya di
Malaysia yang kerap menggunakan struktur binary di dalam mengembangkan
rangkaian.
Persoalan yang perlu dijawab di sini adalah: adakah pelan binary yang
digunapakai oleh Kenshido International Sdn Bhd di dalam FSB menyebabkan
pelanggaran syariah (ketidakpatuhan syariah) ataupun tidak. Jawapan kepada
persoalan ini, pada pandangan PPS, adalah menjurus kepada question of facts,
(dari segi usul fiqh diistilahkan sebagai tahqiq al-manat) yang mana question of
law (al-manat/) adalah sekiranya pelan binary tersebut semata-mata suatu
bentuk pyramidal money game, maka ia tidak patuh syariah (kerana apabila ia
adalah semata-mata pelan untuk pyramidal money game, maka sama ada ia
ditopengkan dengan produk ataupun tidak, tidak sepatutnya mengubah status
ketidakpatuhan syariah pelan ini
40
) ataupun sekiranya ia hanyalah satu cara
pengiraan komisen bagi mereka yang berjaya memasarkan produk, maka ia
umumnya adalah patuh syariah. Kata kunci (keyword) untuk pelan binary di dalam
senario yang pertama adalah money game (baik disamarkan dengan produk
atau tidak atau dilabelkan sebagai MLM atau tidak) dan kata kunci untuk pelan
binary di dalam senario kedua adalah pemasaran produk. Oleh kerana which is
which ini lebih merupakan question of facts, PPS percaya bahawa pandangan
daripada pengamal industri yang berpengalaman (experienced practitioners) atau
networkers perlu diambil kira.
Pengamal MLM terkenal dari Amerika Syarikat yang digelar sebagai MLM Guru,
Randy Gage, memberi ulasan berikut tentang pelan binary:
The Binary plan offers many opportunities for abuse that, of course, leads
to many regulatory problems. I believe the basic problem is the income
center system. By its very nature, its ripe for abuse. In some cases
people are encouraged to purchase $5,000 or $10,000 worth of
income centers to instantly qualify for the higher ranks, commissions
or car bonuses. This is just another variation of the front-loading that
was practised by unscrupulous breakaway companies in years past.
Much like a Ponzi Scheme, this plays on the prospects greed, which
impairs his better judgment, and in all hype and hoopla, he does something
stupid. Also, sometimes a distributor may spend big dollars buying income

40
Rujuk komen Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi (Permanent
Committee in Saudi Arabia for Research and Fatwa) yang mengharamkan transaksi sebegini,
antara lain kerana apabila jual beli produk hanyalah sebagai suatu bentuk alasan (pretext)
kepada money game (yang dianalisa oleh jawatankuasa tersebut sebagai melibatkan riba yang
diharamkan), maka kewujudan jual beli tersebut tidak pun mengubah status haram skim
tersebut. Selain dari faktor riba, yang pada pandangan PPS masih lagi contentious, boleh
diperdebatkan, PPS melihat alasan-alasan yang kukuh di dalam Fatwa jawatankuasa tersebut
yang menjadikan faktor memakan harta orang lain dengan cara yang batil dan faktor tipu
daya dengan meletakkan label perniagaan dan jual beli produk pada operasi yang
hakikatnya money game sebagai antara sebab skim sebegini difatwakan haram.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 42

centers to equalize the volume with a stronger line. In either case, once
new distributors start investing large amounts of money, you raise business
opportunity issues and a whole new set of problems.
Seterusnya, Randy Gage menerangkan lagi tentang manipulasi dan masalah
yang sering berlaku di dalam pelan pemasaran binary dan langkah-langkah
pengubahsuaian yang telah diambil bagi mengekang manipulasi dan masalah ini
dari terus berleluasa. Katanya:
The plan is perfect for hype, because you can immediately purchase many
income centers and get a big check your first week. Of course, most of that
check is from your own money, but your prospects dont know that. Big
distributors can claim that they have 50,000 people in their group in only six
months. In actuality, they may only have 3,000 or 4,000, many or all of
whom keep re-entering the organization. And because people can re-enter
the organization, this can make counseling and managing the network
harder. It inherently leads to cross lining, which is bad for business.
Much has been done in the last couple of years to improve Binary. There
are several companies that have done some modifications to greatly
improve the Binary, and ensure that abuses dont occur. Probably the two
most important modifications are one that prevent extra volume being
washed at the end of the week, and safeguards that prohibit
distributors from buying in at large dollar levels. So, if you are looking
at a Binary plan, make sure that it has these two factors covered.
(bahagian yang ditebalkan (bold) adalah penekanan yang ditambah oleh
PPS)
Pemerhatian PPS terhadap pelan binary syarikat Kenshido International Sdn Bhd
menunjukkan bahawa:
PERTAMA, amalan syarikat Kenshido International Sdn Bhd pada masa proses
penilaian kepatuhan syariah dijalankan (difahamkan, beberapa lama dahulu
amalan adalah berbeza) adalah satu nombor Kad Pengenalan hanya dibenarkan
mendaftar sekali sahaja (dahulu, PPS difahamkan satu nombor Kad Pengenalan
boleh didaftarkan dan didaftarkan semula (re-entry) di dalam sistem sehingga 99
kali). Re-entry tidak dibenarkan, hanya package upgrading sahaja dibenarkan
setakat pakej e-max yang bernilai RM10,800 dengan 30 set portal ScoreA
Program dengan cara membayar baki harga antara pakej besar dan pakej kecil
dan diberi beza bilangan baki portal antara pakej besar dan pakej kecil. Income
centers tambahan (atau lebih popular dirujuk di syarikat Kenshido International
Sdn Bhd sebagai akaun) yang mengikut pakej produk yang lebih besar yang
dipilih akan diselit terus di bawah income centers sedia ada ahli berkenaan dan
bukannya di bawah income centers milik downlines.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 43

Kekangan satu nombor KP satu pendaftaran ini (dengan maksimum 11 akaun
atau income centers bagi setiap registered participant) pada penilaian PPS dapat
sedikit sebanyak mengawal kecenderungan tidak munasabah sesetengah ahli
yang ghairah mahu parking sebanyak mungkin akaun-akaun mereka di dalam
rangkaian dengan angan-angan bakal mengaut keuntungan yang berlipat ganda
melalui akaun-akaun tersebut. Begitupun, PPS menyedari kemungkinan bahawa
dengan peraturan satu nombor KP satu pendaftaran sekalipun, masih terdapat
kemungkinan sesetengah ahli melakukan indirect re-entry atau re-entries dengan
cara mendaftarkan proksi atau proksi-proksi mereka di dalam rangkaian
downlines mahupun uplines mereka sendiri. Amalan ini sudah tentu sukar untuk
dikesan atau dikawal oleh syarikat dan biasanya dilakukan oleh networkers
berpengalaman yang biasanya ada kebolehan atau sekurang-kurangnya
keyakinan untuk mengembangkan atau membantu mengembangkan akaun-
akaun proksi-proksi mereka dengan mengambil kira faktor bahawa setiap ahli
berdaftar perlu ada minimum maintenance sendiri untuk layak mendapat bonus
atau komisen, berbeza dengan akaun-akaun di bawah nama seorang ahli
berdaftar yang memerlukan satu minimum maintenance sahaja untuk layak
mendapat bonus atau komisen.
KEDUA, pembelian pakej yang besar di dalam pelan FSB syarikat Kenshido
International Sdn Bhd yang memberikan bilangan akaun yang lebih banyak
kepada peserta yang membeli pakej tersebut TIDAK meningkatkan komisen
peserta tersebut sendiri. Pendeknya, bilangan akaun yang banyak itu hanya
berupaya membantu pairing uplines beliau kerana tidak berlaku pairing sesama
akaun yang dimiliki oleh pembeli pakej sendiri. Oleh itu isu illusory big check yang
dibangkitkan oleh Randy Gage di dalam petikan di atas yang boleh berlaku
dengan pembelian pakej yang memberi banyak income centers tidak terjadi di
sini.
KETIGA, TIDAK berlaku weekly flushing sebagaimana yang disebut oleh Randy
Gage sebagai extra volume being washed at the end of the week. Flushing
yang diamalkan di dalam FSB adalah berdasarkan maximum pairing per day iaitu
antara 10 hingga 14 pairing bergantung kepada pegangan pakej dan kehadiran
ke kursus S.I.R. (Start It Right) anjuran syarikat. Flushing sebegini tidak menekan
peserta-peserta dengan semata-mata pergerakan masa, sebaliknya memberi
reward berdasarkan pakej produk yang berjaya dijual di dalam kumpulan, kiri dan
kanan struktur binary tersebut. Flushing yang diamalkan Kenshido International
Sdn Bhd ini pada pandangan PPS memang diperlukan demi mengekang
berlakunya overpay seperti yang dijelaskan di dalam perbincangan berikut di
bawah.
KEEMPAT, PPS melihat bahawa apa yang diistilahkan oleh Randy Gage sebagai
distributors buying in at large dollar levels adalah relevan dan menuntut
perbincangan yang lebih mendalam dan terperinci. Isu pembelian income
centers yang banyak (zahirnya yang dibeli adalah produk yang ditawarkan melalui
pakej-pakej; income centers cuma akaun yang mengikut setiap pakej produk yang
dibeli) ini akan dibincangkan dengan panjang lebar selepas ini di bawah tajuk
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 44

inventory front-loading. Ringkasnya, maklumat-maklumat yang dibekalkan kepada
PPS mendorong PPS untuk membuat kesimpulan bahawa tiada bukti
menunjukkan pelan binary yang diamalkan Kenshido International Sdn Bhd telah
dimanipulasikan melalui pembelian income centers yang banyak sehingga
menjadi pyramidal money game. Namun begitu, PPS dengan tegas
MENASIHATKAN syarikat Kenshido International Sdn Bhd, sebagaimana yang
disebut di dalam perbincangan tentang isu inventory front-loading di bawah,
supaya mengambil langkah-langkah kawalan yang awal untuk memastikan
kemungkinan berlakunya manipulasi sedemikian dapat dikekang.
Selain dari pemerhatian-pemerhatian yang disebutkan di atas, pemerhatian PPS
terhadap amalan-amalan inventory front-loading yang diamalkan sesetengah
syarikat atau sesetengah kumpulan ahli tertentu di dalam syarikat-syarikat yang
mempunyai lesen AJL dan menjalankan aktiviti mereka berlabelkan amalan MLM
menunjukkan bahawa masalah inventory front-loading dan menjadikan pembelian
produk semata-mata konduit (conduit) untuk melakukan money game bertopeng
ini bukanlah semata-mata berlaku di dalam pelan binary, malah boleh berlaku
juga di dalam pelan-pelan lain seperti stairstep-breakaway dan forced matrix.
Rumusan yang dapat dibuat dari pemerhatian ini adalah: PUNCA MASALAH
yang boleh menyebabkan ketidakpatuhan syariah BUKAN berpunca semata-mata
dari JENIS pelan pemasaran yang digunakan samada binary atau lain-lainnya
tetapi adalah gabungan beberapa faktor yang keseluruhannya membawa kepada
natijah bahawa pelan pemasaran berkenaan bukan lagi menjadi cara mengira
dan memberi ganjaran atau komisen kepada peserta-peserta untuk penjualan
produk, sebaliknya penjualan produk menjadi topeng atau alasan (excuse)
menjalankan money game berdasarkan pelan pemasaran tersebut.
Pemerhatian yang dibuat oleh PPS ketika menghadiri program-program yang
dijalankan di syarikat Kenshido International Sdn Bhd, khususnya B.O.O.M. dan
N.D.O. menunjukkan ada keseimbangan antara penekanan terhadap kelebihan
produk yang mampu menarik minat pengguna akhir sebenar (genuine end-users)
kepada produk yang ditawarkan dan keberkesanan pelan pemasaran yang
mampu menarik minat peserta-peserta untuk menaiktaraf (upgrade) aktiviti-aktiviti
mereka dari semata-mata menjadi pengguna kepada menjadi usahawan juga.
Namun, PPS memberi PERINGATAN YANG SERIUS kepada syarikat Kenshido
International Sdn Bhd dan ahli-ahlinya terutama yang telah mencapai status
leaders supaya mengekalkan atau melakukan penambahbaikan terhadap
keseimbangan ini, iaitu antara daya tarikan produk dan keterujaan terhadap
potensi kewangan pelan pemasaran supaya amalan-amalan MLM di syarikat ini
tidak akhirnya terjerumus kepada disguised money game yang pastinya bakal
mengundang isu ketidakpatuhan syariah yang serius.
Berasaskan fakta-fakta dan keterangan-keterangan di atas, PPS membuat
keputusan bahawa semata-mata penggunaan pelan binary tidak semestinya
menyebabkan berlakunya ketidakpatuhan syariah. Faktor-faktor lain termasuk
faktor-faktor pelaksanaan sebenar pelan binary tersebut perlu diambil kira.
Seterusnya, ketiadaan fakta-fakta yang membuktikan bahawa pelan binary yang
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 45

diamalkan syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah disalahgunakan untuk
menjalankan pyramidal money game dan kewujudan fakta-fakta yang
menunjukkkan bahawa pelan binary di sini hanyalah satu cara pengiraan
pembayaran ganjaran atau komisen untuk kejayaan penjualan pakej-pakej produk
portal ScoreA menjadi asas untuk PPS memutuskan bahawa pelan pemasaran
FSB yang berstruktur binary dari sudut yang dibincangkan ini adalah PATUH
SYARIAH.
6.2.2 Kemungkinan Untuk Pelan Pemasaran Yang Overpay
Salah satu isu yang diambil perhatian oleh PPS adalah kemungkinan pelan
pemasaran yang ditawarkan oleh syarikat Kenshido akan overpay apabila
pengedar-pengedar berjaya perform dengan mencapai sasaran masing-masing
yang ditetapkan, bermaksud jumlah komisen yang dijanjikan untuk dibayar
melebihi jumlah jualan yang dicapai.
Memang diakui, pada asalnya, tidak ada sebarang halangan syara (walaupun
justifikasi ekonomi mungkin agak sukar atau jarang didapati) untuk seseorang
menjanjikan habuan yang lebih besar dari jumlah jualan yang diperolehi kepada
orang lain yang berjaya menjana penjualan tersebut. Contohnya, asalkan berada
dalam keadaan sukarela dan faham, A boleh menawarkan sejumlah RM200
sebagai upah atau komisen kepada seseorang yang mampu menjual setiap
seutas jam tangan yang diniagakannya dengan harga RM100. Dengan tawaran
sebegini, A telah overpay komisen yang dijanjikan kerana dengan upah RM200
itu A telah membayar RM100 lebih dari jumlah jualan yang cuma RM100. Adakah
salah dari segi hukum syara untuk A berbuat demikian? Pada dasarnya tidak
salah, kerana ianya melibatkan willing and consenting parties, pihak-pihak yang
bebas dan merelai di dalam transaksi yang melibatkan hak mereka sebagai
manusia yang mukallaf; malah mungkin A ada sebab atau strategi tertentu yang
mendorongnya membuat tawaran yang bersifat overpay sebegitu. Mungkin A
terdesak atau terdorong untuk melupuskan, untuk menjual jam-jam tersebut atas
sebab-sebab percukaian, promosi jangka pendek atau sebagainya.
Namun, hukum syara tidak beroperasi secara berasingan (in a vacuum) dan teori
semata-mata. Penetapan hukum perlu mengambil kira keadaan persekitaran
(surrounding circumstances), amalan persekitaran (prevalent practice) dan realiti
pelaksanaan (actual application). PPS mengambil kira bahawa di dalam amalan
MLM, menjadi satu tanggapan umum dan sekurang-kurangnya specific prevalent
practice (urf khas/ ) jika tidak hendak dikatakan general prevalent
practice (urf am/ ) bahawa komisen yang dijanjikan untuk dibayar kepada
ahli adalah merupakan sebahagian dari jumlah jualan yang berjaya dijana oleh
ahli tersebut dan rangkaian ahli-ahli lain di bawahnya. Kaedah fiqh menetapkan
bahawa apa yang telah menjadi amalan biasa di kalangan peniaga-peniaga
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 46

adalah dianggap sesuatu yang disyaratkan di kalangan mereka (
).
41

Oleh itu, pelan yang overpay di dalam industri MLM (dari segi realiti perniagaan,
mungkin melibatkan juga pelan yang menyebabkan margin yang ditinggalkan
kepada syarikat selepas pembayaran komisen kepada ahli-ahli menjadi terlampau
kecil untuk kesinambungan operasi perniagaan yang munasabah) menimbulkan
isu syariah yang serius kerana ia tidak lain dan tidak bukan adalah menjanjikan
sesuatu yang berkemungkinan besar atau hampir pasti tidak mampu
dilaksanakan oleh orang yang berjanji. Di dalam konteks MLM, pelan overpay
membawa kepada natijah menjanjikan upah (komisen) yang berkemungkinan
besar tidak mampu dibayar oleh orang yang berjanji apabila orang yang
bersandar kepada janji tersebut telah menunaikan tuntutan-tuntutan sasaran yang
ditetapkan. Pelan overpay juga menjadi amalan biasa orang atau syarikat yang
menjalankan pyramidal money game demi memancing minat peserta untuk
mendapatkan untung jangka pendek yang besar walhal berdepan dengan risiko
ketidakstabilan jangka panjang. Di atas sebab-sebab di atas, PPS berpandangan
pelan pemasaran yang overpay di dalam industri MLM menimbulkan HALANGAN
SYARIAH.
Walaubagaimanapun, suatu faktor lain yang diambil kira di dalam menilai isu ini
adalah tahap kebarangkalian berlakunya overpay tersebut. Sekiranya tahap
kebarangkalian berlakunya overpay adalah terlampau terpencil (remote) atau
hampir mustahil seperti overpay hanya akan berlaku sekiranya berlaku perfect
hierarchy dan perfect hierarchy adalah hampir mustahil berlaku di dalam keadaan
biasa tanpa manipulasi, maka kemungkinan yang terlampau remote ini tidak
menjejaskan kepatuhan syariah pelan pemasaran berkenaan. Ini adalah
berdasarkan kaedah fiqh ( )
42
bahawa perkiraan dilakukan
berasaskan sesuatu yang umum (prevalent) dan meluas dan bukannya sesuatu
yang nadir, yang sangat-sangat jarang berlaku.Oleh itu sesuatu yang nadir itu
kewujudannya dianggap seperti tiada ( ).
Penerangan terperinci telah diberikan kepada PPS tentang pelan pemasaran FSB
(Fast Start Bonus) dan LSB (Leadership Bonus) Kenshido dibantu oleh analisa,
simulasi mudah hierarki sempurna (simple simulation of perfect hierarchy) (sila
rujuk Lampiran 6) serta pemerhatian terhadap peratusan payout sebenar
Kenshido kepada ahli-ahli sepanjang tahun 2008 dan 2009 berbanding kutipan
jualan yang diperolehi oleh syarikat. Semua ini berjaya meyakinkan PPS bahawa
pelan pemasaran Kenshido BUKAN pelan pemasaran yang overpay kerana
sistem flushing yang diamalkan di dalam pengiraan FSB (Fast Start Bonus) dan
BV yang digunapakai di dalam LSB (Leadership Bonus) yang cuma sekitar 38%
dari Ringgit Malaysia (kiraan berdasarkan 75 BV bagi harga ahli untuk portal top
up code) digabungkan dengan sekatan-sekatan pangkat didapati mampu
mengekang berlakunya overpay. Malah, kadar payout sebenar sepanjang dua

41
Muhammad Sidqi bin Ahmad A-Burnu, Al-Wajiz fi Idah Qawaid al-Fiqh al-Kulliyyah, h.306.
42
Ibid., h.295
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 47

tahun yang disebutkan tadi adalah pada kadar purata yang begitu selesa untuk
sebuah syarikat yang mampu berkembang maju.
Berdasarkan faktor-faktor di atas, khususnya kesimpulan bahawa pelan
pemasaran Kenshido BUKAN pelan pemasaran yang overpay, PPS membuat
keputusan bahawa pelan pemasaran Kenshido dari sudut ini adalah PATUH
SYARIAH. Malah, dengan anggapan kebarangkalian berlaku overpay yang
terlampau remote atau hampir mustahil sekalipun, pelan pemasaran ini masih lagi
PATUH SYARIAH berdasarkan kaedah fiqh yang disebutkan di atas tadi.
6.2.3 Syarat Maintenance dan Auto-Maintenance Sebagai Syarat
Kelayakan Memperolehi Bonus/Komisen
Salah satu syarat yang terdapat di dalam pelan pemasaran syarikat Kenshido
International Sdn Bhd (dan juga di dalam banyak pelan-pelan pemasaran
syarikat-syarikat MLM yang lain) yang mungkin boleh menimbulkan isu syariah
dan menuntut perbincangan, analisa dan keputusan adalah syarat personal
maintenance iaitu syarat minimum yang perlu dipenuhi oleh seseorang ahli atau
pengedar sebelum layak menerima bonus atau komisen. Di dalam pelan
pemasaran syarikat Kenshido International Sdn Bhd, komisen yang mungkin
dibayar melalui perkiraan di kedua-dua pelan FSB dan LSB cuma layak diperolehi
sekiranya ahli atau pengedar berkenaan ada melakukan maintain pada sesuatu
sela masa atau tempoh yang berkaitan.
Maintenance di dalam pelan pemasaran syarikat Kenshido International Sdn Bhd
boleh berlaku dengan salah satu dari cara-cara di bawah:
1) Ada melakukan penajaan ahli baru yang membeli sekurang-kurangnya
pakej e-biz bernilai RM596.00;
2) Ada melakukan manual maintenance dengan membeli satu top-up code
yang bernilai harga ahli RM198.00 (75BV) untuk pembayaran komisen
secara umum atau dua top-up codes bernilai harga ahli RM396.00 (150BV)
untuk menerima komisen-komisen tertentu untuk pangkat-pangkat tertentu
di dalam pelan LSB atau belian mana-mana prodok lain yang mempunyai
jumlah BV keseluruhan sebagaimana yang disebutkan;
3) Telah berlaku auto-maintenance yang mencukupi RM198.00 bersamaan
75BV melalui sepuloh pairing pertama yang berlaku di dalam sesuatu
tempoh maintenance di dalam pelan FSB yang setiap satunya tidak
dibayar RM80.00 amaun biasa untuk satu pairing tetapi cuma RM60.20
sahaja kerana RM19.80 untuk setiap pairing yang berlaku di dalam
sepuloh pairing yang pertama bakal menyumbangkan kepada jumlah
RM198.00 nilai satu top-up code.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 48

Syarat maintenance ini (kecuali cara pertama yang sebenarnya jelas menjadikan
penjanaan jualan sebagai syarat kelayakan) mungkin boleh dilihat dari satu sudut
sebagai tidak patuh syariah kerana ia seseolah memaksa ahli membuat belian
bagi melayakkan diri mendapat komisen sedangkan komisen sepatutnya layak
diperolehi dari jualan yang sebahagian besarnya berlaku, secara zahirnya, adalah
dari pembelian yang dilakukan oleh downlines di dalam rangkaian di bawahnya.
Di dalam bukunya, Money, You & Islam,
43
Zaharuddin Abd Rahman ada
mempertikaikan kepatuhan syariah syarat maintenance ini yang diistilahkan
beliau sebagai sales target. Kata Ustaz Zaharuddin (di dalam versi Bahasa
Melayu yang merupakan artikel asal yang dijadikan asas bab berkenaan di dalam
buku tersebut):
pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut
mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua
komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai
harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang
komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu
banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan
sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana
wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan
bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk
penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan
"Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM
500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang
bawahan anda".
44

Sebelum PPS pergi lebih jauh untuk memutuskan pendirian tentang kepatuhan
syariah amalan pensyaratan minimum maintenance atau diistilahkan oleh
sebahagian penulis sebagai sales target atau personal sale ini bagi tujuan
kelayakan mendapat komisen, mungkin elok dirakamkan bahawa sepanjang
pengetahuan dan maklumat yang ada pada PPS, syarikat MLM biasanya tidak
menjadikan kegagalan mencapai minimum maintenance ini sebagai sebab untuk
menamatkan keahlian seseorang ahli sebaliknya cuma dianggap tidak layak
untuk mendapatkan komisen atau komisen-komisen tertentu sahaja. Penamatan
keahlian biasanya dikaitkan dengan tempoh ketidakaktifan yang panjang
(prolonged inactivity), perlanggaran terhadap polisi dan kod etika syarikat atau di
atas permintaan ahli sendiri.
Dengan menghormati sudut pandangan yang diutarakan oleh Ustaz Zaharuddin
yang dipetik di atas, PPS melihat bahawa syarat minimum maintenance ini
umumnya adalah PATUH SYARIAH sekurang-kurangnya dari dua segi atau sudut
penilaian:

43
Zaharuddin Abd Rahman, Money, You & Islam, hh.189-190
44
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=100 04
Mei 2010.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 49

PERTAMA: Dari segi ia hanya satu syarat untuk mengukur pencapaian
minimum seseorang ahli di dalam menyumbangkan jualan kepada syarikat.
Ini adalah kerana dari kacamata syarikat, ahli dengan melakukan
minimum maintenance tersebut telah berjaya (samada produk yang dibeli
adalah untuk digunakan sendiri ataupun untuk dijual semula (resell)
kepada orang lain) merekodkan sejumlah jualan untuk syarikat yang
merupakan jumlah yang paling minimum untuk dikira layak mendapat
bonus.
Sebenarnya, penetapan syarat sebegini dan syarat-syarat lain juga di
dalam sesuatu pelan pemasaran MLM bergantung kepada apa yang ingin
dicapai oleh sesebuah syarikat MLM. Sesetengah syarikat mungkin tidak
menetapkan syarat minimum maintenance sebegini. Namun di dalam
keadaan di mana minimum maintenance tidak disyaratkan, ada
kebimbangan bahawa penekanan dari segi praktis hanyalah kepada
penajaan (sponsoring) atau pencarian ahli-ahli baru (headhunting) semata-
mata yang dibimbangi akhirnya mengakibatkan amalan yang asalnya
berstruktur MLM bertukar menjadi money game bertopeng. Syarikat MLM
yang ingin memastikan jualan ulangan yang tinggi dan berterusan
biasanya akan memasukkan syarat yang berbentuk minimum maintenance
atau personal sale ini. Syarat minimum maintenance ini di sesetengah
syarikat MLM digantikan dengan syarat personal group sales yang bagi
sesetengah networkers dianggap lebih sukar untuk dipenuhi berbanding
syarat personal sales terutama oleh networkers yang melakukan
perniagaan MLM ini secara sambilan atau separuh masa (part-time) dan
bergerak lebih kepada cara melakukan duplikasi pengguna-pengguna setia
(duplicating loyal consumers) berbanding menjual (selling). Di sesetengah
syarikat lain pula, kedua-dua syarat personal sales dan personal group
sales mungkin digabungkan bersama. Ada juga syarikat MLM yang
menjadikan syarat minimum maintenance ini sebagai syarat kelayakan
untuk mendapat jenis-jenis komisen tertentu tetapi bukan syarat untuk
komisen-komisen yang lain.
Dari perspektif ini, syarat minimum maintenance ini hanyalah merupakan
salah satu dari syarat-syarat yang perlu dipenuhi di dalam structured and
revolving jualah yang ditawarkan ini sebelum seseorang peserta dikira
layak untuk mendapat ganjaran-ganjaran yang dijanjikan. Gabungan syarat
yang bersifat usaha (effort) dan hasil (result) di dalam structured jualah
berdasarkan analisa yang dibuat oleh PPS seperti yang diterangkan di atas
di dalam 5.1.1. di bawah tajuk Adakah Kombinasi Kerja (Effort) Dan Hasil
(Result) Di Dalam Struktur MLM Menjejaskan Aqad Jualah? adalah patuh
syariah. Selain dari itu, walaupun secara zahirnya syarat minimum
maintenance ini mungkin boleh dikategorikan sebagai usaha (effort)
semata-mata iaitu perbuatan membeli jumlah produk tertentu, namun
bukan suatu kemungkinan yang jauh untuk mengatakan bahawa secara
realitinya pemenuhan syarat itu sebenarnya termasuk di dalam kelompok
hasil (result). Ini adalah kerana produk yang dibeli di bawah minimum
maintenace atau personal sale ini mungkin hakikatnya akan atau telah
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 50

dijual kepada pengguna akhir dan tidak ada apa-apa halangan baik dari
segi hukum akal, hukum adat mahupun hukum syara bahawa pengguna
akhir berkenaan adalah pengedar itu sendiri.
Cuma dari segi praktisnya, syarikat-syarikat MLM tidak pergi lebih jauh
untuk menyingkap siapakah pengguna akhir kepada produk-produk yang di
dalam rekod syarikat telah dicatatkan sebagai telah dijual. Selain tidak
ada keperluan untuk syarikat melakukan perkara demikian, mungkin tidak
begitu practical and expedient untuk syarikat berusaha mendapatkan
maklumat tersebut kerana bukan semua pengguna akhir merupakan ahli-
ahli syarikat yang berdaftar dan begitu juga sebaliknya bukan semua ahli
syarikat yang berdaftar dan direkodkan sebagai pembeli kepada sejumlah
produk merupakan pengguna-pengguna akhir kepada produk tersebut.
Seterusnya, dari perspektif syarikat yang menjadi pihak yang membuat
tawaran (offeror) atau jail di dalam structured and revolving jualah ini,
selagi sesuatu pembelian oleh ahli telah direkodkan di dalam sistem
syarikat, maka selagi itulah, tanpa mengira atas nama apa pembelian
tersebut direkodkan baik sebagai minimum maintenance (personal sale),
atau personal group sales, direkodkan sebagai jualan ulangan (repeat
sales) atau pembelian pakej kali pertama (entry package), membentuk
accumulative sales volume atau non-accumulative sales volume dan lain-
lain klasifikasi lagi, sekiranya ada, syarikat pada dasarnya telah
mempunyai sumber kewangan yang terjana dari jualan-jualan yang
direkodkan itu untuk tujuan membayar komisen. Oleh itu, adalah sesuatu
yang munasabah untuk sesebuah syarikat MLM mengikat pembayaran
komisen keseluruhannya atau sebahagiannya dengan jumlah jualan
tertentu dan mengikat kelayakan asas untuk menerima komisen dengan
jualan
45
asas yang dijayakan oleh ahli atau pengedar yang berkenaan.
KEDUA: dari sudut bahawa pensyaratan minimum maintenance untuk
melayakkan diri mendapat komisen dari belian yang berlaku di dalam
jaringan pengedar (network of distributors) yang dibina di bawah
seseorang ahli atau pengedar boleh dianggap hanyalah sebagai suatu
bentuk penentuan kelayakan untuk mendapatkan insentif yang diberikan
kepada pelanggan-pelanggan yang setia membeli produk-produk yang
dipasarkan oleh syarikat, yang mana dari perspektif ini seakan-akan loyalty
program. Di dalam loyalty programs, biasanya peserta-peserta digalakkan
atau didorong (encouraged or enticed) untuk melakukan pembelian di
outlets terpilih dengan pemberian mata ganjaran (reward points) tertentu
mengikut nilai dan jenis belian. Jumlah mata ganjaran yang terkumpul
pada nilai tertentu layak untuk ditukarkan kepada hadiah-hadiah tertentu,
baucar-baucar tunai (cash vouchers), dalam bentuk rebate semasa
melakukan pembelian dan lain-lain bentuk ganjaran yang difikirkan mampu
untuk menarik minat peserta berbelanja di outlets yang berkenaan.

45
Sekali lagi, istilah jualan di dalam kenyataan ini adalah dari perspektif syarikat semata-mata,
sedangkan dari perspektif pengedar ianya bergantung kepada aktiviti dan hasil sebenar yang
berlaku setelah produk itu dibeli dari syarikat.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 51

Peserta-peserta tidak layak untuk mendapat hadiah atau ganjaran yang
ditawarkan sekiranya mata ganjaran terkumpul tidak mencukupi
sebagaimana yang disyaratkan atau di dalam sesetengah program
sekiranya mata ganjaran terkumpul tersebut telah dikira sebagai tamat
tempoh (expired). Disebabkan syarat-syarat ini, peserta-peserta loyalty
programs mempunyai dorongan dan galakan (dan itupun tujuan utama
loyalty programs diadakan) untuk berbelanja membeli barangan dan
produk-produk yang dijual di outlets yang berkenaan demi melayakkan diri
mendapat ganjaran-ganjaran yang ditawarkan dalam tempoh yang
ditetapkan. Untuk peserta-peserta ini, jelas mereka didorong dan
digalakkan untuk membeli demi mendapat ganjaran namun TIDAK
dipaksa atau ditindas. Taktik atau strategi sebegini pada penilaian PPS
masih lagi termasuk di dalam teknik dan strategi pemasaran yang
dibenarkan kerana ia hanya semata-mata tarikan dan dorongan (attraction
and motivation) untuk membeli dan BUKANNYA paksaan dan penindasan
(coercion and oppression).
Begitu juga halnya dengan syarat minimum maintenance atau personal
sale di dalam pelan pemasaran MLM. It is, from this perspective, a loyalty
program and more. Bukan sahaja peserta-peserta di dalam perniagaan
MLM didorong dan digalakkan untuk membeli jumlah tertentu produk demi
melayakkan diri mendapat ganjaran di atas jumlah belian terkumpul diri
sendiri seperti di dalam loyalty programs, mereka digalakkan untuk
membeli jumlah tertentu produk demi melayakkan diri mendapat ganjaran
di atas belian terkumpul diri sendiri dan peserta-peserta lain di dalam
rangkaiannya juga. Katakunci penting di dalam kedua-dua syarat belian di
dalam loyalty programs dan pelan pemasaran MLM adalah didorong dan
digalakkan untuk membeli jumlah tertentu produk dalam tempoh masa
tertentu dengan tawaran ganjaran dan BUKANNYA dipaksa dan
ditindas untuk membeli. Yang pasti, peserta-peserta ada pilihan samada
ingin terlibat dengan program yang bersifat structured and revolving jualah
sebegini atau tidak. Sekiranya tidak selesa dengan syarat-syarat yang
ditetapkan sebagai pre-requisite bagi mendapatkan ganjaran yang
ditawarkan di dalam program berkenaan melalui pelan pemasarannya,
maka pilihlah untuk tidak melibatkan diri. Di sini izinkan PPS meminjam
kata-kata Ustaz Zaharuddin ketika menerangkan tentang kegelinciran
persepsi sebahagian masyarakat yang menganggap telah berlaku
ketidakadilan dan penindasan di dalam amalan perbankan Islam; mesej
yang sama boleh dihayati di sini dengan aplikasi yang bersesuaian dengan
konteks amalan MLM: There is no vindictiveness, no oppression, and no
consfiscation because everything was declared and agreed by you. If the
terms are unacceptable, the contract should not have been signed.
46

Analisa PPS yang diterangkan di atas walaupun pada penilaian PPS mampu
menjelaskan kepatuhan syariah amalan pensyaratan minimum maintenance atau
minimum personal sale sebelum seseorang ahli atau pengedar layak mendapat

46
Zaharuddin Abd Rahman, Money, You & Islam, h.145
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 52

bonus atau komisen, masih belum mampu memberi justifikasi syariah kepada
amalan auto-maintenance kerana berbeza dengan syarat maintenance biasa
(manual maintenance) yang memberi pilihan kepada peserta untuk memenuhi
syarat tersebut ataupun tidak, di dalam amalan auto-maintenance, sifat auto
tersebut zahirnya tidak memberi apa-apa pilihan kepada peserta. Sebaliknya,
peserta seolah-olah dipaksa untuk membeli sejumlah tertentu produk sebagai
maintenance, suka atau tidak nampaknya mereka terpaksa maintain.
Sebelum pergi lebih jauh untuk membincangkan isu kepatuhan syariah atau
sebaliknya amalan auto-maintenance ini, ada baiknya di sini disingkap beberapa
faedah auto-maintenance kepada ahli atau pengedar (faedah kepada syarikat
memang jelas iaitu memastikan jumlah jualan tertentu sebagai jualan ulangan
minimum yang konsisten dari para ahli atau pengedar).
Pertama, agak jelas bahawa oleh kerana minimum maintenance atau minimum
personal sale adalah syarat untuk kelayakan mendapat bonus, maka amalan
auto-maintenance ini memudahkan para pengedar supaya tidak perlu bimbang
terlepas atau terlupa untuk memenuhi syarat tersebut. Sepanjang pengetahuan
PPS, syarikat-syarikat MLM yang menggunapakai sistem auto-maintenance pasti
akan menyediakan formula yang sedemikian rupa sekira-kira apabila auto-
maintenance berlaku, ganjaran yang diterima oleh pengedar boleh dikira berbaloi
dibandingkan dengan kos maintenance. Sekiranya tidak, pelan pemasaran
berkenaan sudah tentu akan menjadi tidak menarik kepada bakal pengedar.
Sebagai contoh, elok diambil perkiraan auto-maintenance di dalam syarikat
Kenshido International Sdn Bhd sendiri. Kebiasaannya, menurut pelan FSB,
setiap pairing yang berlaku di dalam struktur binary layak dibayar, tertakluk
kepada pairing maksimum untuk setiap hari, sebanyak RM80.00 setiap pair.
Bagaimanapun, sepuloh pairs yang pertama pada tempoh maintenance
berkenaan cuma dibayar RM60.20 kerana RM19.80 telah ditarik ke auto-
maintenance. Sepuloh pairs x RM19.80 bermakna RM198.00 (75BV) telah
terkumpul dan oleh itu pengedar berkenaan dikira telah maintain untuk tempoh
pengiraan bonus yang berkenaan dan selain dari layak memperolehi satu top-up
code yang senilai dengan nilai maintenance itu iaitu RM198.00, layak pula
mendapat bonus K-Match minimum RM602.00 (RM60.20 x 10 pairs). PPS
percaya RM602.00 umumnya adalah sejumlah komisen yang berbaloi berbanding
jumlah yang digunakan untuk auto-maintenance (yang dikira sebagai nilai top-up
code yang dibeli oleh pengedar) sebanyak RM198.00 sahaja. Pengedar tidak
perlu pening kepala mengira samada berbaloi atau tidak berbaloi untuk
melakukan maintenance pada sesuatu tempoh berkenaan kerana sistem auto-
maintenance telah memastikan natijah bahawa apabila auto-maintenance
berlaku, jumlah komisen atau bonus yang layak diterima oleh pengedar sudah
tentu di dalam jumlah yang berbaloi berbanding jumlah yang digunakan untuk
maintenance.
Kedua, faedah dari auto-maintenance ini akan menjadi lebih ketara apabila
pengedar berkenaan meningal dunia (disebabkan sifat perniagaan MLM yang
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 53

diistilahkan sebagai willable atau inheritable, boleh diwasiatkan atau diwariskan
kepada orang lain) atau sekurang-kurangnya hilang keupayaan atau tidak berada
di dalam keadaan yang mampu untuk menjalankan perniagaan MLM tersebut
seperti terlampau sibuk menguruskan perkara-perkara lain, sedang berada di luar
negara dan sebagainya. Di dalam keadaan di mana pengedar telah meninggal
dunia, umumnya selagi perniagaan yang dilakukan oleh pengedar-pengedar lain
di dalam rangkaiannya berjalan atau berkembang, bonus yang sepatutnya
dibayar kepada pengedar berkenaan akan dibayar kepada penama (nominee)
atau pewaris (selalu diistilahkan di dalam borang keahlian syarikat-syarikat MLM
sebagai beneficiary) yang dinamakan oleh pengedar.
CATATAN: Kepatuhan syariah perwarisan bonus ini mungkin boleh
diperdebatkan, namun PPS mengambil pendirian bahawa perwarisan sebegini
umumnya tidak melanggar syariah kerana ia adalah sesuatu yang terhasil
disebabkan dan ada hubung kait dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh
pengedar ketika hayatnya sebagaimana fuqaha mazhab Al-Syafie mengira ikan-
ikan yang masuk, selepas kematian seseorang penangkap ikan, ke dalam
perangkap ikan yang dipasang ketika hayatnya sebagai sebahagian dari harta
pesakanya yang diwarisi oleh waris-warisnya kerana ia ada hubung kait dengan
usaha yang dilakukannya semasa dia masih hidup dan oleh itu asasnya adalah
diwarisi oleh dan perlu dibahagi-bahagikan kepada waris-waris mengikut hukum
faraid. Sepaling tidak, oleh kerana syarikat MLM telah berjanji untuk membayar
bonus yang sepatutnya layak diterima pengedar, sekiranya ada dan beliau masih
hidup, kepada pewarisnya selepas kematiannya, maka mereka terikat dengan
janji ini kerana faktor willability or inheritability of the business and/or income ini
telah dijadikan salah satu faktor kalaupun tidak faktor terkuat, untuk pengedar
bertungkus lumus mengembangkan rangkaian perniagaan MLMnya ketika
hayatnya dulu.
Oleh kerana penama atau pewaris tidak semestinya mengambil tahu tentang
perjalanan perniagaan MLM yang dijalankan oleh pengedar dan syarat-syarat
kelayakan mendapat bonus atau komisen yang ditetapkan oleh syarikat,
kewujudan auto-maintenance dapat mengelakkan pewaris dari terlepas
mendapatkan haknya semata-mata kerana tidak memenuhi syarat minimum
maintenance atau personal sale ini (jumlah yang mungkin diperolehi mungkin
sangat significant dan substantial kerana ada pengedar-pengedar MLM yang
telah sampai ke peringkat perjalanan perniagaan yang auto-pilot mewariskan
jumlah pulohan ribu atau ratusan ribu Ringgit Malaysia sebulan kepada pewaris
mereka).
Walaupun PPS mengambil kira kemungkinan, berdasarkan faedah-faedah auto-
maintenance yang diterangkan di atas, untuk berhujjah bahawa oleh kerana
amalan auto-maintenance ini sebenarnya memberi faedah dan kelebihan kepada
pengedar dan pewarisnya, maka pengedar sepatutnya dianggap telah
memberikan keredaan kepada auto-sale yang berlaku; namun PPS
MENASIHATKAN agar perlaksanaan auto-maintenance dengan cara sebegini
elok dielakkan demi mengelakkan keraguan terhadap kewajaran jumlah yang
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 54

dipotong oleh syarikat untuk auto-maintenance dari segi keredaan sebenar
pengedar yang mana turut menimbulkan keraguan terhadap kesahihan jual beli
yang dianggap telah berlaku secara automatik antara pengedar dan syarikat.
Oleh itu, PPS MENCADANGKAN salah satu dari DUA pendekatan berikut bagi
melaksanakan auto-maintenance dengan cara yang boleh menolak keraguan dah
syubhah:
1) Dengan memberi pilihan kepada pengedar ketika mendaftar keahlian atau
pada bila-bila masa selepas itu untuk tick atau check box tertentu yang
mengatakan dia memberi keizinan kepada syarikat untuk melakukan
pemotongan komisen untuk tujuan auto-maintenance sehingga
dimaklumkan sebaliknya. Pilihan ini ada persamaan dari satu segi dengan
konsep auto-shipment yang diamalkan oleh sesetengah syarikat MLM
dimana pengedar asasnya telah order in advance sejumlah produk tertentu
secara berkala dari syarikat sehingga dimaklumkan sebaliknya. Namun
pilihan ini pada penilaian PPS adalah tidak sesuai dengan konsep auto-
maintenance sebagaimana yang diamalkan oleh syarikat Kenshido
International Sdn Bhd kerana PPS difahamkan auto-maintenance ini
bukanlah alternatif kepada (in lieu of) manual maintenance sebaliknya
adalah seiring dengan (in addition to manual maintenance) bermakna
sekiranya seseorang pengedar telah dianggap maintain sekalipun dengan
cara menaja pengedar baru yang membeli pakej minimum e-biz atau
melakukan manual maintenance dengan membeli satu top-up code atau
lain-lain produk yang mempunyai nilai BV terkumpul minimum yang sama,
peroses auto-maintenance ini tetap berjalan. Bukan itu sahaja, PPS
dimaklumkan sekiranya jumlah yang telah dipotong untuk suatu tempoh
maintenance tidak mencukupi jumlah minimum maintenance, jumlah
tersebut tidak akan diroll forward ke tempoh maintenance seterusnya untuk
digabungkan dengan potongan seterusnya. Sebaliknya, untuk tempoh
maintenance seterusnya satu siri pemotongan baru sebanyak 10 pairs
akan dilakukan dan mana-mana pemotongan sebelum itu seolah-olah
forfeited begitu sahaja. Ini tentu menimbulkan isu kepatuhan syariah. Oleh
itu, sekiranya syarikat Kenshido International Sdn Bhd ingin mengekalkan
perlaksanaan auto-maintenance dalam bentuk yang ada sekarang, PPS
melihat adalah lebih baik ia memilih untuk melakukan dengan cara kedua
di bawah:
2) Dengan menjadikan perlaksanaan auto-maintenance sebagai suatu bentuk
penetapan ganjaran di dalam structured and revolving jualah yang
ditawarkan dan bukannya pemotongan automatik komisen yang
sepatutnya diperolehi oleh pengedar. Ini bermakna apa yang ditawarkan
oleh pihak syarikat kepada pengedar (dan perlu dimaklumkan dengan jelas
dan secara telus (transparent) kepada para pengedar di dalam pelan
pemasaran) ialah untuk hasil pairing yang berlaku di dalam rangkaiannya
telah ditetapkan sebanyak RM60.20 sahaja setiap satu pair dari sepuloh
pairs yang pertama di dalam sesuatu tempoh maintenance sekiranya
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 55

pengedar berjaya menghasilkan, secara perseorangan atau berkumpulan,
sekurang-kurangnya sepuloh pairs atau telah melakukan maintenance
dengan cara-cara lain. Selain dari kelayakan mendapat komisen yang
dijanjikan berdasarkan pelan pemasaran termasuk RM60.20 setiap satu
pair bagi sepuloh pairs yang pertama dan RM80.00 setiap pair bagi pairs
yang seterusnya sehingga tempoh maintenance yang baru, kejayaan
seseorang pengedar, secara perseorangan atau berkumpulan,
menghasilkan minimum sepuloh pairs dalam sesuatu tempoh maintenance
dijanjikan ganjaran dalam bentuk produk (in kind) bukan dalam bentuk
tunai (in cash) iaitu top-up code yang bernilai harga ahli RM198.00.
Dengan cara ini dan dengan pendokumenan pelan pemasaran serta terma
dan syarat yang dilakukan secara professional dan jelas, PPS percaya isu
ketidakpatuhan syariah berkaitan amalan auto-maintenance ini dapat
dielakkan.
Seterusnya, sebagai tambahan dan mengambil kira faktor bahawa untuk
perniagaan jangkamasa panjang, keuntungan dari pembelian ulangan ahli-ahli
sedia ada dan pengguna-pengguna setia adalah sangat penting dan tidak
mustahil mengatasi amaun jualan yang terjana dari pembelian pertama kali ahli-
ahli baru, PPS MENCADANGKAN agar pihak pengurusan syarikat Kenshido
International Sdn Bhd menimbang dengan serius untuk menjadikan auto-
maintenance ini BUKAN dijanakan dari pelan FSB semata-mata, sebaliknya perlu
mengambil kira pelan LSB juga kerana pada masa ini ada pemisahan
(segregation) di antara kedua-dua plan ini di mana FSB adalah digunakan untuk
pembelian pakej oleh ahli-ahli baru sahaja (atau penaiktarafan pakej (package
upgrading) oleh ahli sedia ada) dan LSB untuk belian ulangan ahli-ahli sedia ada.
Wallahu alam.
6.2.4 Jumlah Komisen Yang Lebih Besar Yang Dibayar Kepada
Pemegang Pakej Yang Lebih Besar Sedangkan Penajaan Dilakukan
Oleh Pemegang Pakej Yang Lebih Kecil
PPS mengambil perhatian juga terhadap cara pembayaran one time sponsoring
bonus atau referral bonus yang dikenali di dalam pelan pemasaran Kenshido
sebagai Edu-Reward. Apabila seorang ahli berjaya memperkenalkan seseorang
yang lain mendaftar ahli sebagai downlinenya dan membeli salah satu dari pakej-
pakej FSB yang ditawarkan oleh Kenshido, maka orang yang memperkenalkan itu
layak menerima sponsoring bonus atau referral bonus yang dinamakan Edu-
Reward tersebut.
Namun, berapakah jumlah sebenar yang akan dibayar kepada package
introducer atau sponsor dipengaruhi oleh dua faktor:
FAKTOR PERTAMA: Status pakej tertinggi yang dibeli oleh penaja
(sponsor) pada masa dia melakukan sponsoring.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 56

FAKTOR KEDUA: Status pakej yang dibeli oleh peserta yang ditaja
(disponsor).
Ringkasnya, pemegang pakej tertinggi iaitu pakej e-max layak mendapat
peruntukan maksimum yang diperuntukkan oleh syarikat sebagai introducer
bonus untuk setiap pakej yang ditawarkan. Bonus maksimum untuk penajaan
pakej-pakej adalah RM70 untuk penajaan e-biz, RM210 untuk e-partner, RM800
untuk e-entrepreneur dan RM1500 untuk penajaan e-max. Dengan erti kata lain,
apabila seorang pemegang pakej e-max berjaya memperkenalkan peserta atau
ahli baru yang mengambil pakej e-biz bernilai RM596, beliau layak mendapat
peruntukan maksimum sponsoring bonus e-biz sebanyak RM70. Seterusnya
sekiranya ahli baru yang diperkenalkan itu membeli pakej e-partner bernilai
RM1788 beliau layak mendapat Edu-Reward maksimum bagi memperkenalkan e-
partner iaitu RM210, sekiranya e-entrepreneur bernilai RM5448 diperkenalkan,
Edu-Reward adalah RM800 dan sekiranya e-max bernilai RM10,800 yang
diperkenalkan, maka Edu-Reward yang layak diperolehinya adalah RM1500.
Namun, pemegang pakej-pakej lain yang lebih rendah tidak semestinya
mendapat peruntukan maksimum syarikat bagi Edu-Reward seperti pemegang
pakej e-max. Mereka akan terhad oleh siling (ceiling) kelayakan masing-masing.
Edu-Reward maksimum bagi pemegang pakej e-biz adalah RM70, bagi e-partner
RM210 dan bagi e-entrepreneur RM800. Oleh itu tidak kira apa pakej yang
berjaya diperkenalkan oleh pemegang pakej e-biz hatta e-max yang bernilai
RM10,800 sekalipun, Edu-Reward yang bakal diterimanya cuma RM70 sahaja
tidak lebih dan tidak kurang. Pemegang e-partner pula bertemu ceiling apabila
memperkenalkan pakej e-entrepreneur dengan mendapat Edu-Reward
maksimum yang dia layak iaitu RM210. Sekiranya pemegang pakej e-partner
memperkenalkan pakej e-biz beliau layak menerima RM70 dan sekiranya
memperkenalkan e-partner dia layak mendapat RM140. Pemegang pakej e-
entrepreneur pula menerima Edu-Reward ceiling dengan memperkenalkan pakej
e-entrepreneur iaitu RM800. Pemegang pakej e-entrepreneur menerima Edu-
Reward untuk memperkenalkan pakej e-biz sebanyak RM70 dan pakej e-partner
sebanyak RM210. Sila rujuk Jadual 1 di halaman 36 laporan ini di bawah tajuk
6.2 iaitu Pemerhatian Umum, Penilaian Kepatuhan Syariah dan Cadangan-
cadangan Berkaitan Pelan Pemasaran Kenshido International Sdn Bhd untuk
lebih memudahkan kefahaman.
Yang mungkin menimbulkan persoalan di fikiran sesetengah orang adalah hakikat
bahawa syarikat tidak mengambil semula baki peruntukan maksimum yang telah
diperuntukkan sebaliknya akan memindahkan (pass-up) baki tersebut kepada
pemegang pakej yang lebih besar yang terhampir (dalam susur galur uplines) dan
sekiranya pemegang pakej yang lebih besar yang terhampir tidak layak
mengambil kesemua baki yang diperuntukkan syarikat untuk pakej yang
diperkenalkan, maka baki selepas ditolak jumlah yang layak tadi akan terus
dipindahkan ke atas (passed up) sehingga tiada baki lagi. Bukankah ini akan
menyebabkan ketidak adilan kepada intoducer yang memegang pakej kecil?
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 57

Untuk mengambil contoh yang benar-benar jelas dan ketara, biar kita ambil
introducer atau sponsor yang memegang pakej paling kecil iaitu e-biz yang
mempunyai immediate upline yang memegang pakej terbesar iaitu e-max dan
berjaya memperkenalkan pakej terbesar iaitu e-max. Sebagai pemegang pakej
e-biz, Edu-Reward maksimum yang layak diperolehi untuk memperkenalkan
pakej apa sekalipun adalah RM70. Jadi apabila pemegang pakej e-biz
memperkenalkan e-max beliau cuma mendapat RM70 sebagai Edu-Reward
sedangkan syarikat telah memperuntukkan RM1,500 Edu-Reward untuk setiap
pakej e-max yang berjaya diperkenalkan. Immediate upline kepada introducer
atau sponsor yang berstatus e-biz tadi yang kebetulan memegang pakej e-max
diberi baki peruntukan maksimum yang tidak layak dikecapi pemegang pakej e-
biz itu iaitu RM1,500 RM70 = RM1,430. Bayangkan direct introducer yang
menjalankan tugas memperkenalkan pakej cuma mendapat RM70 Edu-Reward
sedangkan upline beliau yang mungkin tidak terlibat langsung atau tidak tahu
menahu pun tentang penajaan pakej e-max tadi mendapat RM1,430!!!
47

Bukankah ini tidak adil kepada introducer yang berpakej kecil tadi??
Memang diakui, sepintas lalu, seolah-olah telah berlaku suatu bentuk
pembahagian bayaran yang tidak adil di situ. Namun PPS berpendapat
berdasarkan terma-terma aqad jualah, setiap pemegang pakej tahu, telah atau
sepatutnya telah memberikan keizinan dan akhirnya layak mendapat betul-betul
(exactly) apa yang dijanjikan.
Ketidakadilan yang tergambar ini mungkin tidak akan kelihatan timbul sekiranya
syarikat Kenshido tidak mengamalkan konsep peruntukan maksimum yang mesti
dibayar habis. Katakan di dalam contoh di atas tadi, setelah pemegang pakej e-
biz yang menjadi introducer dibayar Edu-Reward RM70 untuk memperkenalkan
e-max, tidak ada apa-apa pembayaran lagi dibuat kepada peserta-peserta lain,
sebaliknya lebihan yang tidak layak diambil oleh introducer tadi cuma dirolled up
kepada syarikat. Tidak ada bezanya, kerana pemegang pakej e-biz tetap layak
mendapat RM70 tidak lebih dan tidak kurang di dalam mana-mana keadaan
sekali pun.
Cuma di dalam keadaan pertama seperti yang diamalkan, ia lebih
menguntungkan peserta berbanding syarikat kerana lebihan dari kelayakan
introducer tidak hanya masuk ke poket syarikat begitu sahaja, sebaliknya dibayar
kepada peserta atau peserta-peserta lain yang layak. Pembayaran sebegini
walaupun lebih menguntungkan peserta berbanding syarikat, telah pun
dipersetujui oleh syarikat melalui pelan pemasaran yang ditawarkannya dan oleh
itu tidak timbul isu ketidakadilan kerana apa yang diberi kepada uplines yang
layak adalah asalnya hak syarikat dan bukan hak downline yang menjadi sponsor
atau introducer.

47
Ini cuma satu andaian, mungkin juga dari segi praktis, upline tersebut ada membantu, malah
tidak mustahil telah memainkan peranan utama meyakinkan ahli baru tadi memilih pakej
e-max.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 58

Isu ketidakadilan yang dibangkitkan di sini, mengikut analisa PPS, cuma
tanggapan (perceived) atau luaran (superficial) semata-mata dan bukan yang
sebenar (actual). Lebih-lebih lagi, peserta masing-masing mempunyai pilihan
untuk mendapat introducer bonus Edu-Reward yang maksimum atau yang lebih
besar dengan melakukan proses penaiktarafan (upgrading) sebelum
memformalkan (formalize) sponsoring dengan hanya membayar beza harga
antara pakej yang kecil dan pakej yang lebih besar dan diberikan baki portal
setelah ditolak jumlah portal pakej kecil dari jumlah portal pakej besar.
Berdasarkan faktor-faktor di atas khususnya kesimpulan bahawa setiap peserta
mendapat apa yang dijanjikan kepadanya melalui aqad jualah tanpa dikurangkan
satu sen pun, PPS membuat keputusan bahawa pelan pemasaran Kenshido dari
sudut itu adalah PATUH SYARIAH.
6.2.5 Cadangan Supaya Bonus K-Reward Dibayar Secara Compressed
K-Reward di dalam plan FSB menjanjikan overriding bonus kepada uplines yang
layak sedalam empat generasi pertama berdasarkan sponsoring genealogy dan
bukannya placement tree dan dikira sebanyak 5% setiap generasi bersandarkan
K-Match yang diperolehi downlines pada sesuatu hari tanpa menjejaskan jumlah
bonus downlines tersebut. Sebagai contoh, sekiranya pada hari tersebut,
seseorang downline yang berada di dalam lingkungan empat generasi pertama
tersebut meraih K-Match sebanyak RM960, maka upline yang layak tadi
mendapat RM48 (5% x RM960) sebagai K-Reward berkaitan downline tersebut.
Downline berkenaan tetap dibayar RM960 dan bukannya RM912 (RM960-RM48).
Jumlah K-match downline tersebut cuma dijadikan sebagai ukuran semata-mata
dan BUKANNYA sumber bayaran.
Pembayaran K-Reward 5% x 4 generasi ini dibuat secara tidak compressed.
Walaupun, tidaklah sampai ke tahap tidak patuh syariah, PPS melihat
pembayaran bonus K-Reward yang dibuat secara tidak compressed ini kurang
memberi keadilan kepada uplines yang sanggup turun ke bawah membantu
membina jaringan untuk indirect downlines yang berada di luar garisan empat
generasi pertama ini kerana indirect downlines berkenaan mempunyai beberapa
generasi uplines yang tidak aktif. Untuk menjadikan plan pemasaran ini lebih adil
dan berinsentif tinggi, PPS MENCADANGKAN agar perbincangan serius
dilakukan di antara pengurusan syarikat dan leaders di kalangan pengedar-
pengedar bagi tujuan menimbangkan viability menjadikan bonus K-Reward 5% x
4 generasi dibayar secara compressed.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 59

6.2.6 Cadangan Pemastian Keseimbangan Antara Pelan FSB dan Pelan
LSB
Pelan pemasaran hybrid syarikat Kenshido International Sdn Bhd walaupun
menggabungkan pelan pemasaran berstruktur binary di FSB dan berstruktur
stairstep-breakaway di LSB namun kedua-duanya terpisah (segregated) dari
sudut bentuk jualan yang dijadikan sumber komisen di setiap pelan. Pembayaran
di pelan FSB bersumberkan jualan yang terhasil dari pembelian pakej-pakej
produk portal pendidikan ScoreA oleh pengedar-pengedar yang baru mendaftar
sebagai ahli sedangkan pembayaran di pelan LSB bersumberkan jualan yang
terhasil dari pembelian produk-produk oleh ahli-ahli sedia ada (jualan
ulangan/repeat sales).
48

Amalan ini berbeza dengan pelan hybrid yang diamalkan oleh sesetengah
syarikat MLM yang menjadikan semua jualan, baik yang terhasil dari pembelian
pakej-pakej produk semasa kemasukan sebagai ahli (entry package) mahupun
yang merupakan jualan ulangan (repeat sale) hasil dari pembelian ahli-ahli sedia
ada, kesemuanya menjadi sumber bayaran di kedua-dua jenis pelan binary dan
pelan-pelan lain yang dijadikan gabungan. Sebagai contoh, sesebuah syarikat
MLM yang menggunakan pelan hybrid hasil gabungan pelan binary dan unilevel
mengira pembayaran di pelan binary dengan melihat di mana sesuatu pembelian
berlaku (tanpa membezakan atas nama apa belian itu berlaku, kali pertama
sebagai entry package atau kali yang keseterusnya sebagai repeat sales) adakah
di sebelah kanan atau kiri struktur binary lalu mengira bonus harian binary apabila
berlaku pairing dan pembelian yang sama dinilai pula dengan ukuran unilevel
dengan melihat di level manakah pembelian itu berlaku lalu dijadikan asas untuk
pengiraan bonus bulanan unilevel pula. Dengan cara begini, excitement yang
datang dari mana-mana jenis pengiraan bonus sekalipun adalah excitement yang
asasnya tercetus dari jualan produk dan bukan semata-mata dari pembelian yang
mengiringi kemasukan ahli baru. Setakat pengetahuan PPS, integration sebegini
diamalkan di dalam pelan pemasaran hybrid yang menggunakan pelan binary
berasaskan pairing secara BV dan bukannya pairing akaun satu lawan satu (one
to one) seperti yang diamalkan di syarikat Kenshido International Sdn Bhd.
Di syarikat Kenshido International Sdn Bhd, dengan pemisahan (segregation)
sumber pengiraan dan pembayaran bonus kedua-dua pelan binary FSB dan
pelan stairstep-breakaway LSB, excitement dengan pembayaran bonus dari pelan
FSB pada dasarnya adalah excitement yang terjana dari pembelian produk yang
mengiringi kemasukan ahli-ahli baru (sekira-kira andainya dibayangkan pada
suatu tempoh pengiraan bonus tidak ada kemasukan ahli baru, maka tidak ada
satu senpun komisen atau bonus melalui FSB yang dibayar walaupun berlaku
pembelian ulangan yang banyak oleh ahli-ahli sedia ada). Yang sebaliknya (iaitu
sekiranya berlaku banyak belian pakej-pakej produk melalui pelan FSB tetapi

48
PPS difahamkan ada sedikit pengecualian untuk pakej e-max di mana berbeza dengan pakej-
pakej lain yang ditawarkan di pelan FSB yang tidak diperuntukkan sebarang BV, oleh itu cuma
menyumbang secara eksklusif untuk pembayaran komisen di FSB, pakej e-max diperuntukkan
600 BV lalu turut menyumbang kepada pembayaran di LSB.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 60

tiada belian ulangan melalui pelan LSB) secara praktisnya tidak berlaku
disebabkan pertamanya, oleh sistem auto-maintenance yang memastikan jualan
yang berlaku melalui pembelian pakej-pakej pelan FSB turut menyumbang
kepada pembelian ulangan di LSB dan keduanya, ada antara pakej-pakej yang
ditawarkan di FSB iaitu pakej e-max diperuntukkan BV yang turut menyumbang
kepada pengiraan bonus di LSB. Namun sekiranya dapat diabaikan faktor auto-
maintenance dan BV yang mengikut pakej e-max ini, dapat kita simpulkan
bahawa walaupun banyak berlaku pembelian pakej-pakej produk oleh ahli-ahli
baru di pelan FSB, sekiranya diandaikan tiada langsung jualan ulangan dari ahli-
ahli sedia ada di pelan LSB(dengan tanggapan tidak berlaku pembelian pakej e-
max yang menyumbang 600 BV dan dengan andaian tidak berlaku auto-
maintenance dari pelan FSB) maka tidak akan berlaku pembayaran komisen
melalui pelan LSB.
Adakah segregation sebegini antara dua jenis pelan pemasaran di dalam pelan
hybrid sebagaimana yang diamalkan sekarang oleh syarikat Kenshido
International Sdn Bhd adalah lebih baik atau konsep integration antara dua jenis
pelan pemasaran sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah syarikat MLM
yang lain sebenarnya lebih baik tentulah suatu perkara yang boleh dikaji,
dibincang dan ditimbangkan. Namun, berdasarkan amalan semasa di syarikat
Kenshido International Sdn Bhd, PPS MENASIHATKAN kedua-dua pihak syarikat
dan ahli-ahli terutama yang telah diangap mencapai status leaders agar
memastikan ada keseimbangan yang baik antara kedua-dua pelan FSB dan LSB
baik dari segi promosi, penekanan, sokongan mahupun dari segi-segi yang lain
kerana there is so much excitement that can be generated through recruitting new
members into the business; the real excitement is from knowing that the business
apart from rewarding members handsomely for introducing new members (and
consumers of the products) is also giving stability and security to members via
steady stream of income generated from consistent repeat sales from exsisting
members (and loyal consumers of the products). Nasihat ini boleh dibaca dan
difahami bersama dengan nasihat yang diberikan di dalam item (1) tajuk 7.2 di
bawah Cadangan-Cadangan Yang Secara Asasnya Berkait Dengan Operasi
Perniagaan.
6.2.7 Cadangan Pemastian Kepatuhan dan Keberkuatkuasaan Undang-
undang Yang Tidak Lari Dari Kepatuhan Syariah
PPS difahamkan bahawa syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah melantik
panel peguam untuk melindungi hak-hak dan kepentingan-kepentingan syarikat
mengikut saluran undang-undang. PPS DENGAN TEGAS MENASIHATKAN agar
pihak syarikat menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh panel peguam yang
dilantik bukan secara defensive dan reactive semata-mata tetapi yang sebaiknya
dilakukan secara preventive dan pre-emptive juga.
Apa yang dimaksudkan oleh PPS di sini adalah, oleh kerana syarikat Kenshido
International Sdn Bhd adalah sebuah entiti yang menjalankan perniagaan yang
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 61

melibatkan penyertaan ramai ahli atau rakaniaga dari pelbagai latarbelakang
serta dengan pelbagai kecenderungan dan tujuan adalah sangat wajar untuk
pihak syarikat memastikan bahawa segala terma dan syarat termasuk pelan
pemasaran yang menjadi asas usahasama antara pihak syarikat dan pengedar-
pengedar dirangka secara jelas dan professional oleh panel peguam yang
dilantik. Segala terma dan syarat perlulah distrukturkan dengan cara yang
menggambarkan maksudnya dengan jelas dan kelak sekiranya perlu boleh
dikuatkuasakan secara undang-undang demi memberi keadilan kepada semua
pihak yang terlibat dan bukan semata-mata memenangkan satu pihak di atas
kerugian pihak yang lain. Ini sesuai dengan prinsip asal MLM sendiri yang
sepatutnya mencipta suasana menang-menang (win-win) dan bukannya menang-
kalah (win-lose). Kenyataan John Counsel di dalam bukunya The Beginners
Guide to Multi-Level Marketing wajar dijadikan panduan asas oleh semua yang
memilih untuk melibatkan diri di dalam industri MLM baik di pihak syarikat
mahupun di pihak pengedar. John Counsel yang melabelkan MLM sebagai the
Fourth Generation business system merumuskan:
The selfish, manipulative, competitive, Win-Lose, dog-eat-dog, deceptive,
exploitative and ultimately self-defeating motives, attitudes and behaviour
that typify First Generation business systems have no place in a succesful
Fourt Generation system.
The successful MLM leader understands the results are the product or
effect of Win-Win relationships. Putting relationships first guarantees
ongoing results. Putting results first ensures the end of the relationships
and the hope of any more results!
49

Seterusnya dokumen-dokumen yang telah disediakan oleh panel peguam
tersebut perlulah pula disemak dan diluluskan oleh orang atau badan yang
berkepakaran dari segi pengetahuan syariah dan juga amalan MLM demi
memastikan bahawa terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan tidak
melanggar tuntutan dan kawalan syariah. Praktis sebegini, mengikut pengalaman
PPS ketika memerhatikan perjalanan pendokumenan di dalam industri perbankan
Islam, sekurang-kurangnya dapat meminimakan, kalaupun tidak menghapuskan
sama sekali, kemungkinan berlaku pertikaian di antara pihak-pihak yang
melakukan urus niaga dan dapat mengelakkan sebarang ketidakpatuhan syariah
yang mungkin boleh berlaku secara tidak disengajakan atau tidak disedari.

49
John Counsel, The Beginners Guide to Multi-Level Marketing, h.90
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 62

6.3 Isu-Isu Syariah Yang Membabitkan Operasi Dan Perlaksanaan
6.3.1 Pernyataan Yang Berlebih-Lebihan (Overstatement) dan Menokok
Tambah Secara Keterlaluan (Excessive Exaggerations)
Pernyataan yang berlebih-lebihan (overstatement) dan menokok tambah secara
keterlaluan (excessive exaggerations) di dalam mempromosikan produk atau
perniagaan perlulah dielakkan. Kejujuran dan kredibiliti seseorang peniaga yang
terbentuk dari sikap yang amanah pada asasnya merupakan tuntutan agama
seperti yang digambarkan di dalam hadith sabda junjungan Nabi Muhammad
S.A.W. yang diriwayat oleh Al-Imam Al-Tirmidhi daripada Abu Said Al-Khudri
( ) bermaksud Peniaga yang benar sifatnya
lagi amanah adalah bersama-sama para nabi, siddiqin dan syuhada.
Dari segi kelebihan jangkamasa panjang perniagaan pula, sikap benar dan
amanah memberikan kelebihan yang mampu menarik pelanggan dan network
yang setia kepada peniaga berkenaan. Betapa ramai seasoned networker di
dalam industri MLM yang merungut terpaksa mencari strangers atau network baru
untuk mengembangkan perniagaan MLM yang diusahakannya kerana kenalan
dan network sedia ada sudah hilang kepercayaan terhadap kredibilitinya. Diakui,
sebahagian seasoned networker ini agak kurang bernasib baik kerana acap kali
yang membuat onar adalah pihak syarikat atau penganjur, namun ada juga yang
hilang kredibiliti disebabkan oleh sikap diri sendiri yang berlebih-lebih dan tidak
memberikan maklumat yang tepat ketika mempromosikan perniagaan MLM yang
dahulu menyebabkan apa yang dipromosi sekarang tidak lagi diberi perhatian
serius oleh kenalan dan network sedia ada. Di pihak yang lain, ada seasoned
networker yang mempunyai pengaruh dan kredibiliti yang tinggi di kalangan
networknya menyebabkan sekiranya dia mengambil keputusan untuk menukar
syarikat MLM yang diceburi, sebahagian besar network sedia ada akan sama-
sama mengikut jejak langkahnya. Kesetiaan kadangkala adalah pada networker
yang menjadi leader sesebuah syarikat MLM dan bukan kepada syarikat MLM itu
sendiri.
Pengalaman PPS memantau amalan MLM di syarikat Kenshido International Sdn
Bhd dengan menghadiri program-program yang dijalankan oleh ahli-ahli syarikat
ini kadangkala menemukan PPS dengan segelintir ahli yang terkadang begitu
teruja untuk meyakinkan downlines dan prospects mereka sehingga terdorong
memberi maklumat-maklumat yang tidak tepat baik berkenaan produk, pelan
pemasaran mahupun maklumat-maklumat lain.
Sebagai contoh, ketika proses pemantauan dan penilaian syariah masih lagi
dijalankan dan keputusan masih belum dibuat, ada antara pengedar-pengedar
yang mencanangkan bahawa operasi MLM Kenshido International Sdn Bhd telah
disahkan sebagai patuh syariah oleh ahli-ahli Jawatankuasa Syariah Bank
Muamalat Malaysia Berhad. Kenyataan ini tidak tepat kerana yang menjalankan
proses penilaian kepatuhan syariah untuk syarikat Kenshido International Sdn
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 63

Bhd adalah individu-individu yang kebetulan adalah ahli-ahli kepada
Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad di dalam kapasiti diri
mereka sendiri dan BUKAN di dalam kapasiti mereka sebagai ahli-ahli kepada
jawatankuasa tersebut. Kalaupun Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat
Malaysia Berhad ada meluluskan suatu bentuk kerjasama antara Bank tersebut
dengan syarikat Kenshido International Sdn Bhd, kelulusan tersebut merupakan
suatu isu yang berlainan dan tidak boleh disamakan dengan pengesahan
kepatuhan syariah terhadap operasi MLM yang diamalkan oleh syarikat Kenshido
International Sdn Bhd.
Perkara ini walaupun nampak kecil di mata sesetengah networkers, namun
termasuk di dalam sikap melebih-lebih yang bukan sahaja tercela dari segi
agama, malah dianggap sebagai salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh
networkers di dalam menjalankan perniagaan MLM. Penulis tempatan yang
popular sejak tahun 1990 an menulis tentang MLM, Razzi Armansur, di dalam
buku beliau, Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan Multi-Level Marketing
menyenaraikan sikap melebih-lebih ini sebagai kesilapan ke-6 di dalam senarai
35 kesilapan lazim dalam MLM. Komen Razzi Armansur berkaitan perkara ini:
Mengapa perlu berbohong untuk pelaris? Melebih-lebih adalah
berbohong. Satu melebih akan membawa kepada melebih lain, kerana
satu bohong akan membawa kepada bohong yang lebih besar. Perniagaan
adalah ibadat yang suci tetapi ibadat apakah itu jika dicemari dengan
pembohongan?
Kerana beberapa orang dari beberapa syarikat MLM membawa penyakit
melebih-lebih mengakibatkan wabak melebih-lebih ini menular dari
seorang kepada seorang yang lain di dalam MLM. Bahkan orang yang
benar-benar jujur, memberitahu seadanya, terjejas. Senang cakap, seekor
kerbau membawa lumpur, semua kerbau habis terpalit.
50

Kadangkala overstatement berlaku dalam bentuk membanding-bandingkan dan
secara langsung atau tidak langsung boleh dilihat sebagai merendah-rendahkan
pendirian atau pilihan orang lain. Memang terkadang perbandingan perlu
dilakukan demi membuka fikiran seseorang melihat kelebihan produk-produk atau
peluang perniagaan yang ditawarkan. Namun, perbandingan ini perlulah
dilakukan dengan cara yang berhati-hati supaya tidak sampai memberikan kesan
yang negatif. Sebagai contoh sebenar dari pemantauan yang dilakukan oleh PPS,
PPS mendapati ada sebahagian ahli-ahli syarikat Kenshido International Sdn Bhd
yang di dalam rangka mempromosi kelebihan produk portal pendidikan ScoreA
berkata: Produk kita produk keperluan, sedangkan produk-produk kesihatan
adalah produk sampingan, ada okay, tak ada pun tak apa. Walaupun mungkin
niatnya baik untuk menonjolkan kelebihan dan keunikan produk portal pendidikan
ScoreA yang merupakan produk pendidikan dan pendidikan tentulah suatu
keperluan, namun kenyataan sebegini boleh memberi gambaran negatif terhadap
mereka yang memilih untuk terlibat di dalam perniagaan MLM yang memasarkan

50
Razzi Armansur, Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan Multi-Level Marketing, h.168.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 64

produk-produk kesihatan. Ini pada penilaian PPS adalah berkaitan dengan
kebebasan untuk memilih produk perniagaan dan persepsi yang berbeza di dalam
menilai setiap produk. Sebahagian networkers disebabkan faktor-faktor tertentu
mungkin lebih selesa untuk mempromosikan produk-produk kesihatan berbanding
produk pendidikan dan mungkin mereka melihat bahawa kesihatan adalah
sesuatu yang diperlukan oleh semua manusia di semua peringkat umur berbeza
dengan pendidikan berorientasikan peperiksaan yang cuma diperlukan oleh
sebahagian orang di peringkat umur tertentu sahaja, oleh itu produk kesihatan
adalah lebih merupakan produk keperluan berbanding produk pendidikan.
Perdebatan akan berterusan tanpa faedah sedangkan hakikatnya masing-masing
mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Maka seelok-eloknya
ditumpukan perhatian ke arah usaha-usaha menerangkan sejelas mungkin
faedah-faedah dan keunikan produk yang dipasarkan tanpa perlu merendah-
rendahkan produk atau jenis produk yang dipasarkan oleh syarikat-syarikat lain.
Selain dari overstatement sebegini boleh dianggap seolah-olah merendah-
rendahkan pendirian dan pilihan orang lain, ia juga berpotensi untuk lebih
menyusahkan diri mereka sendiri. Andai kata suatu masa nanti syarikat Kenshido
International Sdn Bhd membuat keputusan, misalnya, untuk memasarkan produk
kesihatan atau penjagaan harian pula, terpaksalah mereka menjilat ludah
sendiri. Berbeza dengan kenyataan yang PPS pernah dengar dari mulut
sesetengah ahli syarikat Kenshido International Sdn Bhd yang lebih kurangnya
begini: Sekiranya networkers yang melibatkan diri dengan produk-produk
kesihatan dan penjagaan diri yang begitu sengit persaingannya pun boleh berjaya
menjadi jutawan, takkan kita yang terlibat dengan produk pendidikan yang sangat
kurang saingannya tak mampu untuk berjaya menjadi jutawan? Kenyataan yang
sebegini berjaya menonjolkan kelebihan peluang perniagaan dan produk yang
dipasarkan tanpa memberi gambaran merendah-rendahkan peluang perniagaan
dan produk yang menjadi pilihan orang lain.
Suatu contoh yang lain, PPS dapati ada sesetengah ahli Kenshido International
Sdn Bhd didorong oleh semangat mempromosi kepentingan produk portal
pendidikan ScoreA, mengeluarkan kata-kata seperti Hanya ibu bapa yang bodoh
sahaja yang tidak mahu anak mereka pandai atau perkataan-perkataan yang
seumpamanya. Memanglah sepintas lalu semacam ada kebenaran juga pada
kata-kata sebegini kerana logiknya mana ada ibubapa yang tidak mahu anak
mereka menjadi pandai. Namun, apabila digunakan di dalam konteks
mempromosi produk portal pendidikan ScoreA, seolah-olah dibuat tanggapan
umum bahawa ibubapa yang tidak berminat menggunakan produk portal
pendidikan ScoreA adalah ibubapa yang tidak mahu anak mereka pandai dan
oleh itu merupakan ibubapa yang bodoh; natijahnya ibubapa yang tidak berminat
menggunakan produk portal pendidikan ScoreA untuk anak mereka adalah
ibubapa yang bodoh! Ini adalah kenyataan yang tidak tepat, melebih-lebih dan
berpotensi menyakitkan hati bakal pengguna. Sesetengah ibubapa mungkin
membuat keputusan belum mahu menggunakan produk portal pendidikan
ScoreA atas beberapa faktor: mungkin belum yakin dengan kelebihan-kelebihan
produk tersebut (dan ini adalah cabaran bagi orang yang memasarkan produk itu
untuk diatasi dengan baik berdasarkan fakta dan bukannya kenyataan-kenyataan
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 65

pedas seperti yang dicontohkan), mungkin belum mempunyai kewangan yang
mencukupi, mungkin ingin menggunakannya di lain masa dan banyak
kemungkinan lagi. Pengedar mungkin boleh menekankan kelebihan produk portal
pendidikan ScoreA dengan cara yang lebih sederhana dan tidak melebih-lebih,
sebagai contoh: Oleh kerana logiknya tidak ada ibubapa yang tidak inginkan
anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran/peperiksaan, maka sekiranya kita
dapat terangkan dengan jelas tentang kelebihan-kelebihan produk portal
pendidikan ScoreA yang kita pasarkan ini di dalam memacu kejayaan anak-anak
mereka dan nilai tinggi yang ditawarkan berbanding harga yang perlu dibayar,
kadar penolakan, insyaAllah, adalah sangat minimum.
Elok juga kalau ahli-ahli Kenshido International Sdn Bhd khususnya dan
networkers di dalam industri MLM umumnya menimba ilmu MLM yang tepat
kerana kejayaan baik di dunia atau akhirat atau kedua-duanya mestilah
berpaksikan ilmu, sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Saidina Ali r.a.:
. .
.
Maksudnya: Sesiapa yang menginginkan dunia, hendaklah dia menuntut
ilmu. Sesiapa yang menginginkan akhirat, hendaklah dia menuntut ilmu.
Sesiapa yang menginginkan kedua-duanya sekali, hendaklah dia menuntut
ilmu.
Penimbaan ilmu tersebut boleh juga dilakukan antaranya dari buku-buku dan
tulisan-tulisan hasil buah tangan networkers dan penulis-penulis berpengalaman
demi memastikan tujuan dan cara menjalankan perniagaan MLM tidak tergelincir
dari landasan yang sepatutnya. Sebagai contoh (tanpa menghadkan kepada buku
ini sahaja, malah leaders yang baik di dalam MLM dipercayai mampu
mencadangkan bahan-bahan bacaan yang baik kepada ahli-ahli di dalam network
masing-masing), PPS dapati buku Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan Multi-
Level Marketing susunan Razzi Armansur yang dipetik di atas mungkin sesuai
dijadikan teks rujukan oleh networkers di Malaysia khususnya yang ingin
menjalankan perniagaan MLM secara betul dan professional kerana di dalamnya
bukan sahaja terkandung 101 panduan cara menjalankan perniagaan MLM
dengan betul, malah disenaraikan juga 35 kesilapan yang biasa dilakukan oleh
networkers (dan oleh itu penting untuk dielakkan) di dalam perniagaan MLM;
antaranya kutuk-mengutuk dan membanding-bandingkan masing-masing
adalah kesilapan yang ke-13 dan ke-14 dalam senarai tersebut.
6.3.2 Unsur-unsur Pemaksaan
Unsur-unsur pemaksaan hendaklah dijauhi di dalam apa jua bentuk perniagaan
termasuk perniagaan MLM. Sesiapa yang memerhati dan mengkaji hukum-hukum
syariah berkaitan muamalat pasti dapat mengesan antara faktor yang paling
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 66

utama yang menjadi asas halal haram sesuatu transaksi adalah faktor wujud atau
tidak perasaan reda meredai yang hakiki (genuine mutual consent) antara pihak-
pihak yang bertransaksi. Syarat-syarat ketat menyangkut tawaran (ijab) dan
penerimaan (qabul), khiyar (option) yang pelbagai disediakan, larangan-larangan
terhadap cara jual beli yang tertentu dan banyak lagi hukum hakam dan peraturan
pada hakikatnya berteraskan pemastian tidak berlakunya sebarang unsur
ketidakwujudan keredaan yang hakiki (genuine mutual consent) antara pihak-
pihak yang bertransaksi.
Oleh itu, sangat penting untuk ahli-ahli Kenshido International Sdn Bhd khasnya
dan networkers yang mengamalkan perniagaan secara MLM amnya untuk
memastikan bahawa cara mereka menjalankan perniagaan MLM bebas dari
unsur paksa memaksa sebegini. Jalankanlah perniagaan MLM secara berhemah
dan professional. Biarlah pelanggan membeli dan prospek mendaftar sebagai ahli
di atas kerelaan hati sendiri dan bukannya sebab ditekan oleh pengedar yang
seolah-olah tidak faham bahasa, hukum dan adab ketika menjalankan
perniagaan. Ada sempadan antara cubaan yang munasabah untuk meyakinkan
pelanggan atau prospek dan tekanan yang tidak wajar untuk memaksa pelanggan
atau prospek. Pelanggan atau prospek yang berjaya diyakinkan dengan fakta dan
logik bakal menjadi loyal customer dan staunch supporter sedangkan pelanggan
atau prospek yang dipaksa dengan helah dan tekanan mungkin hanya menjadi
one-time customer or downline but lifetime enemy. Bakal pelanggan dan prospek
juga boleh membantu dalam hal ini dengan memberi ruang dan peluang terlebih
dahulu kepada pengedar berkenaan membentangkan dulu fakta-fakta tentang
produk yang ingin dijual atau peluang perniagaan yang ingin dikongsi sebelum
menolak, sekiranya tidak tertarik atau berkenan, dengan cara yang baik dan
beradab. Janganlah seboleh-bolehnya ditolak mentah-mentah produk dan
peluang yang ditawarkan tanpa pihak yang menawarkan diberi peluang yang
sewajarnya untuk menyalurkan maklumat. Kedua-dua pihak, bakal penjual dan
bakal pembeli serta bakal upline dan bakal downline, perlu berlaku adil kepada
satu sama lain untuk memastikan suasana perniagaan yang sihat dan produktif.
Hakikatnya, tiada pembeli tanpa penjual dan tiada downline tanpa upline dan
sebaliknya pun begitu. Masing-masing sebenarnya saling perlu-memerlukan
antara satu sama lain, maka janganlah dirosakkan hubungan dua hala ini semata-
mata kerana sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.
6.3.3 Amalan Price Undercutting
Amalan price undercutting perlu ditangani dengan jelas supaya tidak
menimbulkan isu syariah berkaitan kebebasan bertransaksi (hurriyyah al-
tasarruf/ atau freedom of tansaction, action, decision and disposal)
yang dimiliki oleh seseorang pemilik harta. PPS ada mengemukakan soalan
secara bertulis kepada pihak pengurusan Kenshido International Sdn Bhd
berkaitan amalan price undercutting iaitu amalan oleh sebahagian pengedar-
pengedar menjual produk portal pendidikan ScoreA di bawah dari harga runcit
yang disarankan (recommended retail price) oleh pihak syarikat. Soalan PPS
adalah: Apakah sikap Syarikat Kenshido terhadap amalan price undercutting
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 67

sekiranya diamalkan oleh pengedar dan apakah tindakan Syarikat yang akan
diambil dan apakah rasionalnya? dan jawapan yang diberikan oleh pihak
pengurusan Kenshido International Sdn Bhd adalah jelas:
Pihak syarikat memandang SERIUS perkara ini dan amalan penjualan
barangan portal dengan harga yang murah daripada harga asal tidak boleh
diterima oleh pihak syarikat. Para pengedar KENSHIDO tertakluk di dalam
perjanjian jual beli serta terma perniagaan yang ditetapkan oleh syarikat.
Semua pengedar TIDAK DIBENARKAN menjual portal dengan harga
yang kurang daripada harga pasaran rasmi yang ditetapkan oleh pihak
syarikat. Pengumuman rasmi juga telah dibuat di dalam Kenshido News
atau melalui media cetak berkenaan perkara tersebut.
Tindakan surat tunjuk sebab serta penamatan keahlian sebagai pengedar
adalah merupakan tindakan yang akan diambil oleh pihak syarikat. Demi
kebaikan semua pihak bak kata pepatah DISEBABKAN NILA SETITIK
ROSAK SUSU SEBELANGA dan jaminan kebajikan pengedar dan
melindungi hak mereka menjadi teras revolusi pendidikan ini bertahan
lama. (Sila rujuk Lampiran 7)
Walaupun rasional di sebalik pendirian yang di ambil oleh pihak pengurusan
syarikat Kenshido International Sdn Bhd dapat difahami oleh PPS, namun ada isu
syariah yang asas yang perlu diambil kira, dianalisa, dibincangkan dan
diselesaikan. Adalah sesuatu yang tidak disangkal malah oleh pihak syarikat
sendiri bahawa apabila produk-produk portal pendidikan ScoreA dibeli oleh
pengedar baik secara satu persatu mahupun secara pakej, produk-produk
tersebut telahpun DIJUAL kepada pengedar berkenaan. Kesan dari jual beli yang
sah ialah hakmilik barang yang dijual telah berpindah kepada pembeli (di dalam
kes ini, pengedar) dan hakmilik harga yang dibayar berpindah kepada penjual (di
dalam kes ini, syarikat Kenshido International Sdn Bhd).
Bertitik tolak dari hakikat ini, pengedar yang telah membeli produk portal
pendidikan ScoreA, asasnya, mempunyai kebebasan mutlak untuk menjual portal
tersebut pada apa sahaja harga yang dia sukai, malah tanpa apa-apa harga
sekalipun sekiranya dia mahu kerana itu adalah antara kesan kebebasan
bertransaksi (hurriyyah al-tasarruf) yang dimilikinya selaku tuan punya portal
tersebut. Pihak pengurusan Kenshido International Sdn Bhd nampaknya tiada
halangan sekiranya ada pembeli pakej produk portal pendidikan ScoreA yang
membeli dengan niat dan tujuan untuk didermakan kepada pelajar-pelajar yang
memerlukan. Logiknya, sekiranya pengedar berhak untuk memindahmilik portal
miliknya kepada orang lain secara percuma tanpa mengenakan apa-apa bayaran
tentulah dia lebih berhak untuk memindahmilik portal tersebut kepada orang lain
dengan mengenakan bayaran walaupun bayaran yang dikenakan tidak mencecah
harga runcit yang disarankan (recommended retail price) yang ditetapkan oleh
pihak syarikat. Hakikatnya, pada masa itu, pengedar adalah pemilik kepada portal
berkenaan dan bukan lagi syarikat. Ini adalah analisa fiqh yang tidak dapat tidak
perlu dibangkitkan oleh PPS.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 68

Namun begitu, sekiranya amalan price undercutting ini tidak dikawal, ia
berpotensi mendatangkan kesan yang buruk kepada pengedar-pengedar lain
yang berusaha mendapatkan keuntungan yang sewajarnya (legitimate profit)
dengan cara menjual portal-portal milik mereka pada harga runcit yang
disarankan. Adalah sukar untuk seorang pengedar menjual satu set portal
pendidikan ScoreA (2 activation codes dan 2 top up codes) pada harga runcit
yang disarankan iaitu RM596 sedangkan bakal pengguna mengatakan mereka
boleh mendapatkan produk yang sama dari pengedar-pengedar lain pada harga
RM400 atau RM300 misalnya.
Menimbangkan faktor-faktor yang disebutkan di atas dan demi memastikan tidak
berlaku ketidakpatuhan syariah dari sudut ini, PPS MENASIHATKAN syarikat
Kenshido International Sdn Bhd supaya memastikan kawalan yang dilakukan oleh
pihak syarikat terhadap amalan price undercutting adalah BUKAN dalam bentuk
menyekat secara langsung kebebasan pengedar untuk dispose of produk-produk
yang telah menjadi milik mereka dengan cara dan pada harga yang mereka pilih.
Kawalan ini TIDAK wajar dilakukan dengan cara syarikat meletakkan syarat
kepada pengedar supaya menjual produk-produk yang telah mereka beli pada
harga yang ditetapkan oleh syarikat kerana pengedar BUKAN wakil kepada
syarikat untuk menjual produk-produk tersebut, sebaliknya independent business
operator yang telah membeli produk-produk tersebut dari syarikat. Sekiranya
kawalan dibuat dalam bentuk kami jual produk ini kepada kamu dengan syarat
kamu hanya boleh menjualnya semula pada harga RM sekian-sekian ia akan
menyebabkan jual beli itu tidak patuh syariah kerana disyaratkan dengan syarat
yang bertentangan dengan legal effects aqad tersebut (muqtada al-aqd/
)
Kawalan yang dicadangkan oleh PPS adalah dalam bentuk yang tidak langsung
(indirect) iaitu dengan cara menjadikan ketidakterlibatan (non-involvement)
pengedar-pengedar di dalam aktiviti price undercutting sebagai salah satu syarat
untuk layak mendapat ganjaran melalui structured jualah yang diwakili oleh pelan
pemasaran (marketing plan) syarikat dibaca bersama terma dan syarat (terms
and conditions) keahlian. Oleh sebab itu, perkara ini wajar dinyatakan dengan
jelas di dalam terma dan syarat keahlian kerana ia merupakan salah satu syarat
yang bersifat tidak boleh dilakukan (negative requirement) bagi melayakkan
seseorang ahli mendapat komisen atau bonus daripada syarikat, malah mungkin
juga dijadikan sebagai salah satu syarat untuk seseorang ahli dikekalkan
keahliannya.
Kawalan sebegini pada pandangan PPS selain dari tidak menyebabkan
ketidakpatuhan syariah, adalah lebih hampir kepada realiti dan praktis kerana dari
segi praktis, syarikat tidak mempunyai asas atau saluran undang-undang (legal
justification or means) mahupun asas dan saluran syara untuk memaksa atau
mengawal pengedar dari menjual portal yang telah menjadi milik mereka pada
harga yang dipersetujui bersama antara mereka sebagai pemilik/penjual portal
dan pengguna akhir/pelanggan. Hakmilik portal telah bertukar tangan antara
pengedar dan pelanggan dan tidak praktikal (juga tidak berasas) untuk syarikat
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 69

cuba membatalkan atau mengganggu jual beli tersebut. Akan tetapi syarikat
mempunyai legal justification and means untuk tidak membayar bonus dan/atau
membatalkan keahlian ahli berdasarkan terma dan syarat yang terkandung di
dalam syarat-syarat keahlian yang telah atau sepatutnya telah dipersetujui
bersama antara pihak syarikat dan pengedar.
Kalau boleh dibuat bandingan, kawalan sebegini ada persamaan dengan apa
yang diistilahkan sebagai negative covenants di dalam perjanjian-perjanjian
pembiayaan kewangan dan pasaran modal di mana perlanggarannya akan
mencetuskan peristiwa keengkaran (event of default) lalu menyebabkan amaun
yang asalnya dibenarkan dibayar secara ansuran dalam suatu tempoh masa
tertentu menjadi matang dan perlu dibayar segera (due and payable immediately).
Salah satu dari negative covenants yang biasa perlanggarannya dijadikan asas
kepada triggering of an event of default adalah syarat bahawa pihak yang dibiaya
tidak boleh menggunakan wang yang terhasil dari pembiayaan tersebut untuk
tujuan-tujuan selain dari tujuan-tujuan yang telah dinyatakan di dalam perjanjian.
Dalam sesetengah struktur pembiayaan, syarat sebegini mungkin tidak
menimbulkan apa-apa isu syariah tetapi di dalam pembiayaan yang
menggunakan struktur jual beli di mana wang pembiayaan dibayar oleh pembiaya
kepada pihak yang dibiaya atas asas harga yang dibayar oleh pembiaya untuk
pembelian aset tertentu dari pihak yang dibiaya, syarat sebegini menimbulkan isu
syariah yang perlu diperhalusi. Ini adalah kerana wang pembiayaan tersebut
sebagai harga jual beli aset telah berpindah milik kepada pihak yang dibiaya
sebagai penjual lalu pada dasarnya pihak yang dibiaya tersebut mempunyai
kebebasan bertransaksi (hurriyyah at-tasarruf) untuk menggunakan wang yang
telah menjadi miliknya untuk apa-apa tujuan yang disukai tanpa boleh disekat
oleh dictates yang ditetapkan oleh pihak yang membiaya. Namun, secara indirect
pihak yang membiaya boleh melindungi hak-haknya dengan melakukan kawalan
dari sudut yang lain.
Sebagai contoh yang mudah, di dalam hubungan biasa antara dua orang sahabat
A dan B. A ada membeli suatu barang daripada B dan membayar harga barang
tersebut secara tunai. B pula ada membeli barang daripada A dan meminta
supaya dibenarkan membayar harganya secara ansuran kerana walaupun B
mempunyai wang tunai hasil jualan barang kepada A, namun katanya buat masa
ini dia perlukan aliran tunai tersebut demi mengembangkan perniagaan tertentu.
A yang selesa dengan cadangan pembayaran secara ansuran tersebut selagi B
menjalankan perniagaan seperti yang dinyatakan bersetuju untuk membenarkan
B membayar secara ansuran DENGAN SYARAT sekiranya B didapati
menggunakan wang tunainya (wang tunai milik B) untuk tujuan-tujuan lain, A tidak
lagi bersedia untuk memberi penangguhan, sebaliknya B bertanggungjawab
membayar hutang harga beliannya secara segera dan sekaligus. Jadi, di sana
ada dua hak dan tanggungjawab yang berbeza: di suatu sudut A tidak boleh
mengawal secara langsung cara bagaimana B membelanjakan wang tunai milik
dirinya sendiri kerana yang demikian itu adalah hak B sebagai pemilik, namun di
sudut yang lain, A boleh menuntut haknya ditunaikan segera oleh B apabila
syarat-syarat penangguhan tidak dipenuhi.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 70

Demikian juga analoginya di sini. Di suatu sudut, syarikat tidak boleh, secara
langsung, mengawal pada harga apa seseorang pengedar yang telah memiliki
sejumlah portal pendidikan ScoreA ingin menjual portal-portal miliknya. Namun
dari sudut yang lain, di dalam jualah berstruktur (structured juaalah) yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak, syarikat ada matlamat-matlamat yang ingin
dicapai dan dilindungi melalui terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan.
Antaranya, syarikat ingin memastikan wujudnya persaingan yang sihat di antara
pengedar-pengedar di dalam mengedarkan produk portal pendidikan ScoreA
tanpa dijejaskan oleh amalan price undercutting. Oleh itu syarikat berhak untuk
menetapkan suatu negative requirement bahawa untuk layak mendapat komisen
dan/atau kekal sebagai ahli/pengedar syarikat Kenshido International Sdn Bhd,
seseorang pengedar mestilah, antara lain, TIDAK terlibat dengan amalan price
undercutting. Dengan kawalan secara indirect sebegini, ketidakpatuhan syariah
pada penilaian PPS dapat dielakkan.
Tinggal TIGA perkara yang ingin disentuh oleh PPS berkaitan isu price
undercutting ini:
PERTAMA, walaupun diakui kepentingan mengekang amalan price
undercutting ini, syarikat juga masih perlu berhati-hati sebelum
memutuskan telah berlaku amalan price undercutting oleh pengedar-
pengedar tertentu kerana kesan dari keputusan ini bakal menjejaskan
potensi bonus yang bakal diterima oleh pengedar-pengedar tersebut dan
status keahlian mereka. Oleh itu, sekiranya diputuskan tanpa bukti dan
alasan yang mencukupi berpotensi menimbulkan pertikaian dan hubungan
tidak baik antara syarikat dan para pengedar. Syarikat perlu mengambil
kira kemungkinan wujudnya alasan-alasan yang kukuh dan munasabah
untuk seseorang pengedar menjual portal pendidikan ScoreA miliknya
kepada orang lain di bawah dari harga runcit yang disarankan seperti
faktor pertalian persaudaraan dan seumpamanya.
KEDUA, syarikat perlu menyedari bahawa ada antara amalan price
undercutting yang berlaku adalah sebagai kesan sampingan negatif
(negative side-effect) dari amalan inventory front-loading yang
dibincangkan secara terpeinci di dalam 6.4.1. di bawah. Dalam keadaan
yang sedemikian, kawalan terhadap amalan price undercutting sebenarnya
menuntut kawalan terhadap amalan inventory front-loading yang menjadi
puncanya. Adalah tidak bijak untuk melihat dan merawat simptom semata-
mata tanpa mahu menyingkap dan merawat punca masalah.
KETIGA, sekali lagi ditekankan di sini, adalah lebih selamat dan
professional untuk pihak syarikat menyerahkan tugas merangka terma-
terma dan syarat-syarat structured jualah ini kepada pengamal undang-
undang yang berkelayakan bagi memastikan terma-terma dan syarat-
syarat tersebut akhirnya mempunyai kuatkuasa dari segi undang-undang
dan wajar pula selepas itu disemak oleh orang atau badan yang
berkepakaran di dalam bidang syariah bagi memastikan terma-terma dan
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 71

syarat-syarat tersebut bukan sahaja sah dan boleh dikuatkuasakan dari
segi undang-undang (legally valid and enforceable), malah juga tidak lari
dari tuntutan-tuntutan syariah dan kepatuhannya.
6.3.4 Amalan Cross Line dan Curi Downline
Seterusnya, PPS MENCADANGKAN agar amalan CROSS LINE dan juga
CURI DOWNLINE perlulah dikawal dengan mengimbangi antara faktor
kesepakatan yang sepatutnya wujud antara downlines dan uplines dan
perbalahan yang mungkin akan timbul sekiranya amalan ini dibiarkan berleluasa
tanpa kawalan. Cross line berlaku apabila seorang downline berpindah dari
berada di bawah seorang upline kepada berada di bawah seorang upline yang
lain. Istilah curi downline pula merujuk kepada amalan oleh sesetengah
networkers dalam industri MLM mempengaruhi downlines kepada networkers lain
untuk berpindah (cross line) masuk ke dalam network mereka sendiri. Ia adalah
satu amalan yang kerap menimbulkan persengketaan dan perbalahan sesama
networkers.
Ada juga berlaku apa yang dinamakan curi prospek di mana seorang networker
mempengaruhi prospect (bakal downline atau seseorang yang diharapkan bakal
berminat dengan peluang perniagaan MLM yang ditawarkan lalu didaftarkan
sebagai downline) seorang networker yang lain. Amalan sebegini juga berpotensi
menimbulkan perbalahan atau sekurang-kurangnya rasa tidak puas hati
networker yang prospeknya dicuri.
Apakah analisa dan pendirian syariah berkaitan perkara ini? Adakah amalan
sebegini menyebabkan ketidakpatuhan syariah dan apakah tindakan yang wajar
dilakukan pihak syarikat bagi menangani perkara ini? Sebelum PPS pergi lebih
jauh untuk membincangkan samada amalan curi downline ini menyebabkan
perlanggaran syariah atau tidak, wajar dibincangkan terlebih dahulu tindakan
seseorang downline melakukan cross line dengan berpindah dari berada di
bawah uplinenya yang asal kepada upline yang lain adakah melanggar ketetapan
syara? Analisa ini penting untuk didahulukan kerana sekiranya perbuatan cross
line itu sendiri adalah tidak patuh sayriah, maka tidak dapat tidak perbuatan
mempengaruhi, menggalakkan atau menghasut seseorang untuk melakukan
perkara yang tidak patuh syariah adalah juga tidak patuh syariah.
Berdasarkan analisa PPS yang telah diterangkan di atas, telah dirumuskan
bahawa sesama peserta di dalam struktur MLM mereka adalah semata-mata co-
participants (al-musytarikun fi al-amal/ ) yang sama-sama berusaha
merealisasikan targets yang disyaratkan oleh promisor (jail ()) bagi meraih
ganjaran yang dijanjikan oleh promisor (jail ()) tersebut iaitu syarikat MLM
berkenaan. Oleh yang demikian, pada dasarnya tidak ada apa-apa aqad yang
mengikat antara seorang upline dan downline untuk meneruskan kerjasama
mereka yang terjalin melalui hubangan downline dan upline itu. Malah, dari segi
realitinya tidak banyak yang dapat dilakukan oleh seseorang upline mahupun
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 72

syarikat MLM berkenaan apabila seseorang downline tidak lagi berminat untuk
berusaha dan berkerjasama dengan uplinenya. Bukan sahaja seseorang upline
tidak dapat dan tidak sepatutnya memaksa downlinenya meneruskan kerjasama
di dalam network yang sama, malah tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan
sekiranya downline tersebut memilih untuk bekerjasama dengan upline lain di
dalam syarikat MLM yang lain. Ini realitinya yang berlaku di dalam industri MLM
dan ini juga legal effects yang sepatutnya terhasil dari nature aqad jualah yang
tidak mengikat (ghayr lazim).
Dari pemerhatian PPS terhadap apa yang sebenarnya berlaku di dalam
perniagaan MLM secara umum dan perniagaan MLM di Kenshido International
Sdn Bhd secara khusus berkaitan hubungan upline dan downline ini, didapati
pengikat utamanya datang dari faktor relationship, hubungan sesama manusia.
Sepaling kuat pun hubungan upline-downline yang ada di antara mereka boleh
dianggap seolah-olah suatu bentuk MOU (Memorandum of Understanding)
semata-mata dan BUKANNYA suatu hubungan kontrak yang mengikat. Lebih
baik dan bersungguh-sungguh pihak-pihak yang terbabit menyemai, menjaga dan
membaja hubungan ini, semakin baik dan produktif pula hasil yang dibuahkan
bukan sahaja dari sudut perniagaan, malah juga dari sudut persahabatan dan
setiakawan sehingga ada downline yang begitu menghormati uplinenya seperti
hormatnya seorang murid kepada guru atau seakan-akan hormatnya seorang
anak kepada kedua ibu bapanya. Sebaliknya, sekiranya faktor relationship ini
diambil ringan dan diabaikan terkadang upline-downline yang asalnya sahabat
baik menjadi musuh ketat dan yang ada hubungan adik beradik atau tali
persaudaraan menjadi renggang.
Kesimpulannya, walaupun secara idealnya bila ada hubungan yang baik antara
upline dan downline kejadian cross line ini biasanya tidak berlaku, namun faktor
kerjasama dan hubungan sesama manusia memainkan peranan menentukan
kebarangkalian perkara ini berlaku. Selain dari itu, faktor etika kerja dan kejujuran
networkers di dalam mengembangkan rangkaian perniagaan masing-masing
tanpa memijak kaki networkers yang lain juga memainkan peranan. Pada
penilaian PPS, amalan cross line ini walaupun bukan suatu yang digalakkan,
namun secara asasnya TIDAK sampai, mengambil kira faktor-faktor yang
disebutkan di atas, ke peringkat menyebabkan perlanggaran syariah.
Apa yang dibentangkan di atas adalah dari sudut downline yang membuat
keputusan, atas sesuatu sebab atau yang lainnya, untuk berpindah ke bawah
upline yang baru iaitu melakukan cross line. Apa pula pendirian syariah tentang
amalan curi downline? Yang menjadi kebimbangan dan yang mungkin boleh
menyebabkan perlangaran syariah adalah amalan mempengaruhi atau sampai ke
peringkat menghasut seseorang downline untuk membuat keputusan cross line
sedemikian.
Dari satu sudut, boleh dihujjahkan bahawa amalan mempengaruhi atau
menghasut seseorang downline untuk berpindah ke bawah upline yang lain ini
boleh dianggap melanggar syariah melalui qiyas (analogy) kepada larangan
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 73

membeli di atas belian orang lain berdasarkan asas hukum (illah) yang sama iaitu
boleh menimbulkan persengketaan. Dari sudut yang lain, hujjah ini mungkin boleh
dibangkang sebagai tidak begitu kuat kerana qiyas yang dilakukan adalah antara
dua perkara yang berbeza, jual beli (aqd al-bay) adalah suatu aqad dan ianya
bersifat mengikat sedangkan apa yang ada antara upline dan downline adalah
suatu bentuk seperfahaman semata-mata dan jelas tidak mengikat (ghayr lazim).
Bangkangan ini pula boleh ditolak berdasarkan larangan meminang di atas
peminangan orang lain yang mana secara asasnya pertunangan hanya
merupakan suatu bentuk seperfahaman untuk berkahwin dan bukannya suatu
aqad yang mengikat. Namun meminang seseorang wanita yang telah menjadi
tunangan orang lain tetap merupakan sesuatu yang melanggar syariah di atas
dasar ianya boleh menimbulkan persengketaan dan perbalahan antara pihak-
pihak yang terlibat.
Amalan curi prospek pula walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu perlulah
dielakkan demi menjaga hubungan baik sesama pengedar, namun tidak ada asas
yang kukuh untuk mengatakan bahawa seseorang yang cuba dipikat oleh
seseorang ahli syarikat MLM untuk menjadi downlinenya tidak boleh dipujuk oleh
ahli yang lain untuk tujuan yang sama. Prospek yang berkenaan ada kebebasan
untuk memilih berada di bawah upline yang mana yang difikirkan sesuai atau
lebih efisien dan viable dan ahli yang tidak berjaya memenangi hati prospek
tertentu untuk berada di bawahnya hendaklah menerima natijah percaturan
perniagaan ini dengan hati yang terbuka. Cuma perlu diingatkan di dalam proses
pujuk memujuk dan pikat memikat ini, amalan-amalan buruk seperti fitnah
memfitnah, buruk memburuk antara sesama ahli perlulah dielakkan. Amalan
upline mencuri prospek yang diperkenalkan oleh downline sendiri atau mencuri
downline kepada downline sendiri pula sekurang-kurangnya boleh dianggap
perbuatan mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh downline yang
berkenaan atau seperti diistilahkan oleh sesetengah networkers ibarat haruan
makan anak.
Tanpa menyelam begitu jauh ke dalam perbahasan ilmiah tentang isu ini, PPS
menyimpulkan bahawa walaupun dengan tanggapan bahawa amalan ini secara
teknikal tidak sampai ke tahap perlanggaran syariah sekalipun, amalan mencuri
downline ini sekurang-kurangnya adalah bertentangan dengan akhlak dan adab
yang dituntut oleh syariah dan menyalahi golden rule yang pada asasnya tidak
bertentangan dengan panduan syara iaitu: do not do unto others what you do
not want others to do unto you.
Berasaskan kepada perkiraan ini, PPS melihat dan memutuskan bahawa bentuk
kawalan terhadap amalan cross line sebagai satu keseimbangan di antara
usaha mengelakkan pertikaian dan perbalahan di antara sesama ahli dan
kepentingan mengiktiraf kebebasan ahli di dalam memilih untuk terus
bekerjasama dengan seseorang upline atau menjalinkan kerjasama dengan
upline yang baru seperti yang dilakukan oleh sesetengah syarikat MLM termasuk
syarikat Kenshido International Sdn Bhd dengan meletakkan suatu tempoh tidak
aktif yang minimum (minimum inactivity period) sebelum seseorang ahli/pengedar
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 74

dibenarkan untuk didaftar semula di bawah network yang baru adalah sesuai
untuk digunapakai.
Sebagai langkah awalan, elok juga sekiranya bakal pengedar mengambil
panduan dari apa yang disarankan oleh Randy Gage di dalam bukunya, How to
Build a Multi-Level Money Machine. Katanya ketika menerangkan tentang
kepentingan dan kebebasan seseorang peserta MLM memilih uplinenya (bukan
sahaja immediate upline, malah uplines kepada immediate upline yang
diistilahkan beliau sebagai sponsorship line):
Select (your sponsorship line) as you would any business partner. They
are going to be your coaches and your support structure, and youre going
to be spending a lot of time with them in the next two to four years. After
that, hopefully youll be spending the next 20 to 30 years attending
functions, retreats, and getaways with them around the resorts of the world.
There is a pervasive belief that if you are a moral person, you are
compelled to sign up under whoever sold you that first bottle of product, or
first mentioned the name of the company to you., That makes as much
sense as saying you are morally obligated to build your franchise on the
first vacant property you see, even if it is out in the country. This is a
serious business in which you need to make intelligent, well informed
choices.
It is important that your sponsor be someone you like, trust and would
enjoy working with.
6.4 Perkara-Perkara Yang Asalnya Bukan Dianggap Melibatkan Isu-Isu
Syariah Tetapi Dibimbangi Ada Kemungkinan Sekiranya Tidak
Ditangani Dengan Baik Akan Membawa Kepada Berlakunya Keadaan
Yang Menimbulkan Isu-Isu Syariah
6.4.1 Kemungkinan Berlaku Inventory Front-Loading Dan Rank Buy Up
PPS berbincang panjang dan melakukan analisis yang mendalam tentang pakej-
pakej besar yang ditawarkan di dalam pelan FSB terutamanya pakej e-max yang
berharga RM10,800 dengan belian 30 set portal ScoreA program. Perbincangan
panjang dan analisis mendalam ini terpaksa dilakukan dengan tujuan ingin
memastikan bahawa pakej-pakej besar yang ditawarkan syarikat Kenshido
International Sdn Bhd ini tidak disalahgunakan bagi menjerumuskan peserta-
peserta ke dalam amalan inventory front-loading. Inventory-loading atau front-
loading yang juga beroperasi sebagai rank buy up (pembelian pangkat) adalah
suatu amalan yang sekurang-kurangnya dianggap tidak beretika di dalam industri
MLM dan indicative of manipulative network scheme (or scam) yang berpotensi
tinggi menindas dan memperdaya para peserta serta menjurus ke arah money
game yang boleh menjadi sesuatu yang menyalahi undang-undang (illegal).
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 75

Amalan sebegini melibatkan peserta-peserta digalakkan, ditekan atau ditetapkan
membeli stok yang banyak dan melibatkan modal yang besar dengan alasan lebih
menguntungkan kerana dengan belian stok tersebut peserta telah mengambil
jalan singkat (short cut) di dalam mendaki pangkat (ranks) yang ditawarkan
syarikat dan oleh itu layak mendapat atau berpotensi mendapat komisen yang
lebih besar. Peserta kemudiannya cuba menjayakan duplikasi dengan menaja
peserta baru yang juga melakukan front-loading.
Hasil dari praktis ini akan nampak hebat dan mengujakan kerana peserta yang di
atas dapat melonjak ke pangkat yang tinggi dan meraih bonus yang besar dalam
tempoh yang singkat didorong oleh volume yang besar yang terhasil oleh front-
loading peserta-peserta di bawah. Keghairahan (excitement) ini akan merebak
dengan cepat dan membantu duplikasi berlaku sehinggalah kecacatan (flaw)
strategi ini terbongkar. Kecacatan amalan front-loading ini terbongkar apabila
peserta-peserta bahawan tidak mampu melakukan duplikasi front-loading yang
disarankan lalu berada di dalam keadaan tertekan dan rasa terpedaya kerana
tidak mendapat bonus besar yang digembar-gemburkan sedangkan telah
mengeluarkan modal yang besar. Lebih memburukkan keadaan, apabila stok
produk yang banyak di tangan tidak mampu atau begitu sukar disalurkan kepada
genuine end-users (termasuk peserta) tanpa melibatkan kerugian kewangan yang
ketara kepada peserta. Keretakan yang berlaku di peringkat bahawan ini
biasanya lambat laun akan melarat ke atas dan meruntuhkan sebahagian atau
keseluruhan rangkaian yang pada awalnya dibina berdasarkan keterujaan yang
dijana oleh amalan front-loading tersebut.
Memang diakui, pada dasarnya, tidak ada halangan syara untuk seseorang
peniaga memilih untuk mendapatkan stok yang banyak atau sedikit bagi
menjalankan perniagaannya dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti faktor
permintaan dan bekalan, strategi, modal yang termampu, penjimatan kos,
penjimatan masa, faktor convenience dan sebagainya.
Malah, hakikat dunia perniagaan menyaksikan bahawa tidak sedikit peniaga yang
tersilap membuat percaturan dari segi penyimpanan stok mengakibatkan stok di
tangan sebahagiannya atau keseluruhannya tidak mampu dijual, atau dijual tetapi
tidak di dalam jangka masa yang diharapkan atau bukan pada harga yang
mulanya diimpikan malah mungkin terpaksa dijual di bawah kos lalu
menyebabkan kerugian. Walau bagaimanapun, hal-hal yang disebutkan ini tidak
menjadikan pengambilan stok oleh peniaga tersebut melanggar syariah. Malah,
kemungkinan-kemungkinan tersebut boleh dianggap sebagai risiko biasa yang
perlu diambilkira dan dihadapi oleh mereka yang melibatkan diri di dalam dunia
perniagaan.
Walaupun PPS mengakui kebenaran perkara tersebut, namun pemerhatian dan
analisa PPS terhadap latarbelakang, praktis dan jangkaan/harapan (expectation)
di dalam MLM menyebabkan PPS berpendapat hujjah-hujjah di atas tidak wajar
dipakai dengan sewenang-wenangnya di dalam rangka memberi justifikasi
syariah kepada amalan inventory front-loading ini. Ada ciri khusus/unik
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 76

(peculiarities) di dalam amalan MLM berbanding perniagaan konvensional yang
menuntut agar hujjah yang sama perlu dihadapkan kepada penelitian yang lebih
rapi (tighter scrutiny) sebelum diberi lampu hijau bagi mengelakkan berlakunya
penipuan, penindasan dan amalan money game bertopeng (disguised money
game).
Yang nyata, tanpa pelindung (safeguards) yang sewajarnya, suatu skim yang
digambarkan sebagai MLM boleh beroperasi pada hakikatnya sebagai disguised
money game di mana ahli mendambakan imbuhan dan keuntungan dari aktiviti
perekrutan (recruitting) bukannya dari hasil
51
menjayakan jualan
52
. Aktiviti front-
loading walaupun pada zahirnya membayar komisen kepada ahli berdasarkan
jualan yang dijayakan apabila seseorang berjaya diyakinkan untuk membeli stok
yang besar tersebut, namun analisa yang lebih teliti mendedahkan bahawa di
sebalik jualan tersebut apa yang berlaku adalah komisen dibayar berdasarkan
aktiviti headhunting yang telah disekalikan dengan jualan stok yang besar tadi
sebagai topeng kepada money game.
PPS mengakui bahawa mungkin ada garis pemisah yang sangat kabur (a very
blurred line) yang membezakan antara pembelian stok yang genuine bagi tujuan
memudahkan aktiviti perniagaan (facilitating the business activities) dan inventory
front-loading untuk facilitate money game. Namun ini tidak bermakna tiada garis
panduan yang boleh diletakkan sebagai pelindung (safeguards).
Berikut adalah beberapa garis panduan, walaupun tidak menyeluruh (exhaustive),
dijangka mampu sebahagian besarnya (to a certain extent) untuk mengawal
penyalahgunaan:
1) Pembelian stok yang besar hendaklah TIDAK dijadikan sebagai sesuatu
yang dipromosikan sebagai suatu norma (norm), digalakkan atau dijadikan
praktis umum baik oleh syarikat mahupun oleh kumpulan tertentu ahli
kerana biasanya cuma ada segelintir ahli yang bersikap sebagai jurujual
(salespersons), yang mampu menjual banyak produk kepada pengguna
akhir. Untuk ahli-ahli yang berkarakter sebegini secara khusus, pembelian
stok yang besar secara realitinya tidak menimbulkan apa-apa isu syariah
mahupun isu perniagaan (business issues). Namun, tidak boleh diabaikan
realiti bahawa kebanyakan ahli-ahli yang lain cuma mampu menggunakan
sendiri sejumlah kecil produk dan menduplikasikan penggunaan produk
tersebut kepada pengguna-pengguna lain yang turut menjadi ahli atau

51
Lihat bagaimana elemen aktiviti dan hasil ini mempengaruhi legitimacy operasi yang
digambarkan sebagai MLM tersebut: John Counsel, The Beginners Guide to Multi-Level
Marketing, h.106.
52
Yang dimaksudkan dengan jualan di sini tidak bermaksud ahli mesti menjaja dan menjual
produk teersebut kepada pembeli-pembeli lain. Itu mungkin sebahagian sahaja dari aktiviti-
aktiviti yang sepatutnya berlaku. YANG PENTING pada pandangan PPS adalah produk
akhirnya jatuh atau sekurang-kurangnya ada reasonable expectation bahawa produk itu
bakal jatuh ke tangan genuine endusers termasuk ahli sendiri.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 77

kekal sebagai pengguna semata-mata. Sebaliknya, pembelian stok yang
besar hendaklah didorong oleh keperluan sebenar pembeli stok bagi
menyalurkan produk-produk tersebut kepada pengguna akhir termasuk
dirinya sendiri.
Malah, Garis Panduan Permohonan Lesen Jualan Langsung yang
dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) menggariskan bahawa:
2.2 (c) Peserta tidak boleh membeli barang atau perkhidmatan dalam
amaun yang tidak munasabah.
Kekangan ini dijelaskan selanjutnya di dalam garis Panduan tersebut iaitu
Tiap-tiap peserta dikehendaki membeli barang atau perkhidmatan dalam
suatu amaun yang dijangka boleh dijual semula atau digunakan dalam satu
tempoh yang munasabah.
Sudah tentu, berapakah amaun yang munasabah, yang dijangka boleh
dijual semula atau digunakan dalam satu tempoh yang munasabah are
questions of fact yang bakal dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
faktor jenis produk itu sendiri, keunikannya, harganya, keperluan
masyarakat kepada produk tersebut, ketinggian jualan ulangannya dan
lain-lain faktor yang sepatutnya mempengaruhi keputusan pembelian stok
yang besar. Suatu amaun yang dilihat tidak munasabah bagi produk
tertentu mungkin merupakan amaun yang sangat munasabah bagi produk
yang lain. Apa pula satu tempoh yang munasabah juga tidak begitu jelas
dan boleh jadi berbeza antara seorang dan seorang yang lain, antara satu
produk dan produk yang lain.
Apapun, PPS percaya experienced networkers, secara umumnya, mampu
menghidu perbezaan antara pembelian stok yang besar sebagai front-
loading dan pembelian stok yang besar sebagai keperluan untuk
melicinkan operasi perniagaan.
2) Pembelian stok yang besar hendaklah munasabah dengan sifat (nature)
produk tersebut terutamanya dari segi ketinggian atau keluasan
permintaan pengguna terhadap produk dan kemungkinan untuk berlakunya
jualan ulangan (repeat sales) yang kerap terhadap produk tersebut.
3) Harga produk tersebut hendaklah, mengambil kira beberapa faktor seperti
keberkesanan dan keunikan produk tersebut, dinilai sebagai harga yang
sekurang-kurangnya boleh dianggap kompetitif. Harga yang prohibitive,
yang melampau tinggi berbanding produk seumpamanya di pasaran tanpa
justifikasi yang meyakinkan selain menjadi petanda kepada disguised
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 78

money game seperti yang disebut di atas ketika membincangkan isu ghabn
fahisy turut menyebabkan pergerakan produk yang dibeli dalam amaun
yang tinggi tadi kepada genuine end-users menjadi lebih sukar untuk
direalisasikan. Samada harga sesuatu produk itu kompetitif atau tidak,
sekiranya ditimbulkan sebagai isu, perlulah diputuskan oleh mereka yang
berkepakaran. Siapakah mereka yang berkepakaran ini pada pandangan
PPS bolehlah dibincangkan dan diperhalusi lagi. Apapun, sebagai contoh,
mungkin mereka boleh berada di dalam suatu jawatankuasa atau jabatan
khas yang dibentuk di dalam kementerian yang berkenaan.
4) Sekiranya, pembelian stok yang besar ini hendak dipromosikan juga
sebagai suatu amalan umum, maka hendaklah dibuktikan bahawa terdapat
strategi yang umumnya berkesan untuk digunapakai oleh peserta yang
membeli stok yang besar tersebut bagi menyalurkan produk-produk yang
dibeli kepada genuine end-users tanpa berhadapan dengan risiko kerugian
yang ketara. Pembuktian ini tentulah tidak perlu sampai ke tahap beyond
doubts, namun memadai pada kadar balance of probabilities sahaja atau
lebih tepat lagi diistilahkan di dalam fiqh Islam sebagai ghalabah al-
zann( ).
Berbalik kepada pakej e-max yang ditawarkan oleh syarikat Kenshido
International Sdn Bhd di dalam pelan FSB, perlu dianalisa adakah pakej bernilai
RM10,800 tersebut yang mengandungi 30 set portal ScoreA Programme boleh
dianggap perkhidmatan dalam suatu amaun yang dijangka boleh dijual semula
atau digunakan dalam satu tempoh yang munasabah? 30 set portal tersebut
mengandungi 60 activation codes dan 60 top up codes. Setiap activation code
boleh digunakan untuk mendaftar masuk seorang pelajar ke dalam sistem
ScoreA. Proses pengaktifan ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja sepanjang
hayat pembelajaran seorang pelajar bermula seawal darjah 1 sehingga tingkatan
5. Selepas pengaktifan, sistem akan secara automatik pada setiap 15
hb

November tahun berkenaan menaikkan darjah atau tingkatan pelajar tersebut ke
peringkat seterusnya. Ini bermakna bagi activation code, umumnya tiada repeat
sales bila kita melihat dari perspektif setiap pelajar yang menggunakan
kemudahan portal ini. Walaupun faktor ini menarik dan cost-effective kepada
pengguna, namun ia perlu diambil kira di dalam menentukan amaun yang
munasabah yang perlu dibeli sebagai stok oleh pengedar.
Fakta di atas juga bermakna sekiranya pembeli pakej mempunyai lima orang
anak pada umur yang sesuai untuk menggunakan kemudahan portal ScoreA
(sebagai contoh semata-mata, tentu ada pengguna-pengguna yang mempunyai
kurang atau lebih bilangan anak yang bakal menggunakan portal ScoreA ini),
terdapat 55 lagi activation codes yang belum bergerak kepada end-users.
Sekiranya satu activation code berjaya dijual setiap hari bermakna keseluruhan
activation codes di dalam pakej e-max telah bergerak kepada end-users dalam
tempoh hampir dua bulan; sekiranya ianya dilakukan selang sehari, maka
keseluruhan produk digerakkan kepada pengguna akhir dalam tempoh sekitar
empat bulan; sekiranya satu activation code dijual secara purata pada setiap
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 79

minggu maka keseluruhan proses ini memakan masa lebih setahun dan
sekiranya purata jualan activation codes tersebut adalah satu activation code
sebulan, maka keseluruhan proses menggerakkan produk atau perkhidmatan
kepada pengguna-pengguna akhir bakal memakan masa lebih dari empat tahun!
Satu top-up code pula pada asasnya memberikan tempoh penggunaan selama 3
bulan bermula tarikh pengaktifan dan setiap keluarga cuma memerlukan satu top-
up code untuk tempoh tiga bulan tersebut bagi kesemua anak-anak. Kemudahan
ini tentu menjadi semakin menarik dari perspektif pengguna yang mempunyai
semakin ramai bilangan anak yang menggunakan kemudahan ScoreA kerana ia
menjadikan penggunaan produk portal ScoreA ini sangat berkesan kos (cost-
effective). Namun, ini juga bermakna tempoh masa bagi pengguna
tunggal/keluarga tunggal (single user/single family) menggunakan kesemua top-
up code yang dibeli adalah dalam tempoh 15 tahun! Walaupun begitu, perlu
diambil kira kemungkinan bahawa sebahagian dari top-up codes tersebut boleh
dan mungkin dijual kepada pengguna-pengguna lain dengan mengambil kira juga
faktor pertambahan top-up codes kerana monthly maintenance yang antara lain
menyebabkan ahli yang maintain (baik secara manual atau auto) umumnya
berkemungkinan mempunyai sekurang-kurangnya satu top-up code baru setiap
bulan (kecuali sekiranya maintenance berlaku dengan cara sponsoring dan
pairing pada bulan tersebut tidak sampai 10 pairs).
Memang diakui adalah tidak selamat untuk membuat sebarang andaian tentang
apakah kadar pencapaian purata ahli-ahli yang mengambil pakej e-max di dalam
menggerakkan portal-portal yang mereka beli kepada pengguna-pengguna akhir
tanpa melakukan pengumpulan data yang lengkap yang mampu dijadikan asas
kepada suatu statistik yang boleh dipercayai (reliable statistic). Namun PPS
percaya ahli-ahli Kenshido International Sdn Bhd sendiri terutama yang aktif
mengusahakan perniagaan ini umumnya dapat membuat agakan tentang jumlah,
SECARA PURATA, activation codes dan top-up codes yang dapat digerakkan
kepada pengguna-pengguna akhir oleh pengedar-pengedar yang aktif.
Yang penting, PPS percaya walaupun ahli-ahli Kenshido International Sdn Bhd
mungkin akan membuat anggaran yang berbeza-berbeza berkaitan perkara ini,
umumnya mereka akan bersetuju, sekiranya mereka mempunyai kefahaman
yang mencukupi tentang amalan inventory front-loading dan kesan-kesan
buruknya kepada industri MLM, bahawa pembelian pakej e-max tidak wajar
dipromosikan sebagai suatu norma atau praktis umum TANPA menyediakan
strategi umum yang berkesan kepada ramai orang untuk menyalurkan produk-
produk yang telah dibeli tersebut kepada genuine end-users. Memanglah boleh
dibayangkan bahawa bonus ahli boleh meningkat dengan cepat sekiranya apa
yang diamalkan adalah menaja pembelian pakej e-max semata-mata. Seorang
pemegang pakej e-max menaja empat orang pemegang pakej e-max yang mana
setiap orang dari empat orang ini pula menaja lagi empat orang pemegang pakej
e-max dan seterusnya, maka bonus besar yang terhasil dan tempoh yang singkat
untuk menghasilkannya bakal menjadi sangat mengujakan kepada mereka yang
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 80

mengukur kejayaan di dalam perniagaan MLM semata-mata dengan saiz RM
yang dihasilkan dalam tempoh yang singkat tersebut.
Namun PPS berpandangan bahawa sekiranya amalan sebegini dibenarkan
berleluasa tanpa strategi dan pelindung yang sewajarnya maka akhirnya akan
ada ramai peserta-peserta, terutamanya mereka yang telah bergolok-bergadai
atau berhutang dari bank dan sebagainya untuk menghasilkan modal RM10,800
tersebut yang bakal tercedera dan bakal mempunyai pandangan yang sangat
negatif terhadap perniagaan MLM yang ditawarkan oleh syarikat Kenshido
International Sdn Bhd khususnya dan lebih malang lagi bakal mengakarumbikan
persepsi buruk tentang industri MLM secara keseluruhan (a tainted view of the
MLM industry as a whole). Di sana nanti akan kedengaranlah keluhan-keluhan
dan celaan-celaan bahawa MLM ini sama sahaja, semuanya penipu dan
bertujuan memeras duit peserta!
PPS mengambil maklum tentang input yang diberi oleh salah seorang wakil
usahawan ScoreA yang menjadi ahli mesyuarat bersama PPS iaitu Encik
Muhammad Imran bin Abdul Hadi bahawa tidak berlaku front-loading dan rank
buy-up di dalam pelan FSB kerana, berbeza dengan pelan LSB yang
menyediakan pangkat-pangkat seperti Manager, Sapphire Manager, Emerald
Manager dan seterusnya, di dalam pelan FSB tidak ada pangkat-pangkat yang
hendak dibeli dan pakej-pakej yang dicadangkan pula adalah mengikut pelan
pemasaran yang disediakan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd sendiri
dan bukannya hasil manipulasi leaders seperti yang berlaku di dalam sesetengah
syarikat MLM yang lain.
Dengan menghormati input yang diberikan oleh beliau, PPS setelah menganalisa
fakta-fakta yang ada, mengambil pendekatan bahawa tanpa pelindung yang
sewajarnya masih boleh berlaku inventory front-loading dan rank buy-up melalui
pembelian pakej-pakej besar di dalam pelan FSB kerana walaupun tiada pangkat-
pangkat khusus yang diperuntukkan seperti di dalam pelan LSB, namun ada
keistimewaan-keistimewaan kewangan yang telah ditawarkan bersama-sama
dengan pakej-pakej besar, contohnya pakej e-max memberi potensi Edu-Reward
yang tertinggi iaitu RM1,500 berbanding untuk e-entrepreneur cuma RM800, e-
partner cuma RM210 dan e-biz cuma RM70 serta memberi potensi yang lebih
tinggi untuk memperolehi lebihan Edu-Reward yang tidak layak diambil oleh
downlines, memperolehi potensi pairing yang lebih banyak melalui 11 akaun yang
diberikan dan potensi pairing maksimum yang lebih berbanding pakej-pakej lain
iaitu 12 pasangan sebelum S.I.R. dan 14 pasangan selepas S.I.R. (sedangkan
pakej-pakej lain cuma 10 pasangan sebelum S.I.R. dan 12 pasangan selepas
S.I.R.).
Keistimewaan-keistimewaan ini pada penilaian PPS mempunyai kesan dorongan
yang sama untuk disalahgunakan seperti yang berlaku di dalam plan stairstep-
breakaway yang memperuntukkan pangkat-pangkat khusus bagi pencapaian
tertentu. Lebih-lebih lagi pakej e-max (RM10,800 untuk 30 set portal menjadikan
satu portal berkos RM360.00) berbanding dengan pakej-pakej lain yang lebih
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 81

kecil, seperti e-partner (RM1,788 untuk 5 set portal menjadikan satu portal berkos
RM357.60) dan e-entrepreneur (5,548 untuk 15 set portal menjadikan satu portal
berkos RM369.87) tidak mempunyai perbezaan yang ketara dari segi discount
margin yang boleh menggalakkan pengambilan e-max bagi tujuan menjana
untung runcit yang lebih tinggi selain jika dibandingkan dengan e-biz yang kosnya
RM596 untuk 1 set portal.
PPS juga mengambil maklum tentang kemungkinan disoalkan dengan soalan:
adakah salah sekiranya activation codes dan top-up codes yang dibeli tadi
didermakan atau disedekahkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan?
Bukankah cara tersebut akhirnya mampu menyalurkan produk-produk yang
banyak dibeli kepada genuine end-users dan bukankah amalan berderma dan
bersedekah ini amalan yang bukan sahaja dibenarkan, malah digalakkan di dalam
Islam?
PPS mengakui hakikat bahawa pada asalnya tidak salah untuk seseorang itu
membeli produk-produk yang kemudiannya disedekahkan atau didermakan
kepada orang lain. Malah, amalan bersedekah dan berderma terutama dalam
perkara-perkara yang mampu membantu pelajar-pelajar supaya lebih maju di
dalam pembelajaran mereka secara umumnya tentulah merupakan amalan yang
bukan sahaja tidak salah, malah merupakan amalan yang mulia dan digalakkan.
Dari suatu sudut, PPS juga bersetuju bahawa mendermakan activation codes dan
top-up codes portal ScoreA mampu menggerakkan produk-produk yang dibeli
kepada genuine end-users kerana dengan penerangan yang jelas, pelajar-pelajar
yang didermakan produk-produk tadi bakal menjadi genuine end-users kepada
produk-produk yang didermakan, pengguna-pengguna yang betul-betul merasa
seronok dan berbaloi menggunakan produk yang didermakan tadi, berbeza
dengan sesetengah produk yang dipasarkan secara MLM lebih-lebih lagi yang
bersifat maya seperti sesetengah laman web, blogs, e-books dan sebagainya
yang sekiranya dianalisa secara jujur, tidak mempunyai genuine end-users, baik
dengan cara membeli atau didermakan kecuali oleh segelintir kecil orang yang
jumlahnya terlalu sedikit dan boleh diabaikan (negligible) untuk dijadikan sebagai
ukuran keseluruhan kepada ketulenan perniagaan berkenaan (genuineness of the
business).
Namun begitu, PPS melihat akan timbul isu syariah dan akan terbongkar flaw
menderma ini APABILA konsep ini dijadikan sesuatu yang dipromosi sebagai
praktis umum. Demi untuk menggalakkan pengambilan pakej e-max sebagai
amalan front-loading, boleh dipromosikan bahawa setiap peserta yang ingin
menyertai perniagaan ini dikehendaki membeli pakej e-max. Apabila timbul
persoalan (dan persoalan ini pada penilaian PPS merupakan a very valid
concern): Ke manakah hendak dijual produk-produk yang sebegitu banyak
(persoalan ini mungkin tidak timbul dari pembeli pakej yang bersifat
salesperson)?, penyelesaian yang dicadangkan adalah lebih kurang begini: Apa
yang susah? Produk ini adalah produk pendidikan, membantu pelajar untuk terus
maju dalam pelajaran, kita dermakan sahaja, sekurang-kurangnya dapat pahala
membantu pelajar-pelajar menuntut ilmu. Bunyinya cantik, hakikatnya tidak.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 82

Natijah dari itu, apa yang berlaku adalah seorang pemegang pakej e-max akan
mendermakan kesemua atau sebahagian besar dari produk-produk yang dibeli
dan mendambakan keuntungan yang berlipat ganda dengan menaja sebilangan
lagi pemegang pakej e-max yang masing-masing juga disarankan supaya
mendermakan produk-produk yang mereka telah beli melalui pakej e-max tadi.
Alasan sebegini boleh digunakan untuk mewajar dan menghalalkan kebanyakan
amalan front-loading yang hakikatnya menjadikan perniagaan MLM sebagai
konduit kepada operasi money game. Dari sepuluh sistem rawatan air ini,
misalnya, apa salahnya satu set kita gunakan sendiri dan yang lain-lain kita
dermakan kepada ibu bapa kita, kepada masjid dan surau, dewan-dewan orang
ramai, sekolah-sekolah, rumah-rumah anak yatim dan sebagainya? Yang penting
kita perlu taja sekian-sekian ramai orang lagi yang masing-masing duplicate apa
yang kita lakukan. Dari 60 botol health supplement ini apa salahnya empat botol
kita gunakan untuk diri sendiri dan keluarga dan yang lain-lainnya kita
sedekahkan kepada mereka-mereka yang memerlukan, insan-insan malang yang
sedang bergelumang dengan berbagai jenis penyakit namun tidak mampu untuk
membeli produk kesihatan yang mereka perlukan, supaya apabila mereka sihat
nanti setelah mengamalkan health supplement yang kita sedekahkan mereka
dapat menunaikan tanggungjawab mereka yang tergendala kerana penyakit-
penyakit yang mereka hidapi, mereka dapat keluar semula untuk mencari nafkah
untuk keluarga, sekiranya seorang ustaz, dapat menyambung semula kuliah-
kuliah agama yang selama ini tergendala, lalu mengembangkan ilmu kepada
masyarakat, dapat bersembahyang dengan cara yang sempurna semula setelah
sekian lama terpaksa bersembahyang duduk kerana tidak mampu sembahyang
berdiri dan seterus-seterusnya. Sekali lagi, PPS mengulangi pendirian yang
disebutkan sebelum ini: bunyinya cantik, hakikatnya tidak.
Di manakah isu syariah dan flaw konsep membeli, menderma dan menaja ini? Isu
syariah dan flaw ini akan kelihatan dengan menjalankan sedikit acid test.
Tanyalah dengan jujur dan jawablah dengan lebih jujur berapa ramaikah dari
peserta-peserta yang melibatkan di dalam praktis ini yang sebenarnya berlapang
dada untuk menderma produk-produk yang didermakan itu jika tidak kerana
jangkaan mendapat habuan yang lebih besar dengan menaja front-loaders baru
dalam rangkaian tersebut (if not for the expectation of greater reward by
sponsoring new front-loaders into the network)? Sebaliknya, kita akan dapati
majoriti, sekiranya tidak semua, akan keberatan untuk membeli apatah lagi untuk
menderma produk-produk yang dibeli sekiranya dia tahu bahawa selepas itu dia
tidak berjaya mendapatkan habuan kewangan dengan cara berjaya membawa
dowlines yang secukupnya ke dalam rangkaian di bawahnya.
Ini dengan sendirinya telah menyalahi asas asal di dalam berderma atau
bersedekah iaitu mengharapkan pahala dan keredaan daripada Allah S.W.T.
semata-mata atau sekurang-kurangnya dengan tujuan mengeratkan hubungan
dan jalinan dengan mereka yang menerima derma atau hadiah tadi.
53
Sekiranya

53
Mustafa Al-Khinn et al., op. cit., h.102
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 83

terdapat segelintir kecil peserta yang memang hartawan dan dermawan yang
memang berlapang dada mendermakan produk-produk yang dibeli tadi kepada
mereka yang memerlukan tanpa sedikit pun menghiraukan sama ada dia berjaya
menaja downlines di bawah rangkaiannya atau pun tidak, maka bagi segelintir
kecil orang seperti ini terdapat hukum yang khusus bagi mereka. Namun, kayu
ukur di dalam menetapkan hukum adalah mengambil kira apa yang kerap dan
tersebar umum (prevalent) dan bukannya apa yang jarang dan luar biasa
(exceptional) berdasarkan kaedah yang telah disebutkan di atas (
). Pada penilaian PPS, alasan mempromosikan konsep menderma produk
yang dibeli dalam amaun yang besar melalui pakej produk yang besar tadi
sebagai suatu praktis umum adalah nothing but a convenient pretext for practising
front-loading and a seemingly noble excuse to promote disguised money game.
Apabila amalan money game itu haram hukumnya, maka ia sepatutnya kekal
haram walaupun telah disolekkan dengan pelbagai solekan dan disamarkan
dengan pelbagai bentuk penyamaran. Malangnya tidak sedikit nampaknya
mereka yang sanggup menjaja agama dan amalan-amalan yang mulia di dalam
agama demi untuk dijadikan label penutup bagi mengaut keuntungan harta dan
kewangan dengan cara yang batil.
Berdasarkan maklumat-maklumat yang didapati melalui mensyuarat-mesyuarat
dengan pihak pengurusan Kenshido International Sdn Bhd dan wakil-wakil
usahawan ScoreA dan kehadiran wakil PPS sendiri ke program-program yang
telah dinyatakan di dalam jadual di atas, PPS merumuskan:
PERTAMA, pembelian pakej e-max setakat proses penilaian kepatuhan syariah
ini dilakukan BUKAN sesuatu yang dipromosi sebagai praktis umum, sebaliknya
hanya sebagai salah satu dari pilihan-pilihan pakej yang ditawarkan kepada
mereka yang berminat. Malah, input daripada pihak pengurusan Kenshido
International Sdn Bhd menunjukkan bahawa pembelian pakej e-max
menyumbangkan kepada sekitar 1% sahaja dari keseluruhan jualan bulanan
syarikat.
KEDUA, harga produk yang ditawarkan apabila diiringi dengan penerangan yang
sewajarnya terutama cost breakdown bagi satu subjek sebulan dan keunikan-
keunikan serta kelebihan-kelebihan produk seperti jumlah soalan di dalam bank
soalan, e-report card dan sms report card ditambah lagi dengan ciri terbaru yang
interaktif iaitu i-teacher adalah sangat competitive, oleh itu meningkatkan peluang
untuk produk-produk yang dibeli melalui pakej-pakej yang ditawarkan dijual
kepada genuine end-users.
KETIGA, kadar kekerapan repeat sales bagi produk portal ScoreA adalah pada
kadar yang sederhana bagi top-up codes kerana satu top-up code memberi akses
kepada perkhidmatan portal ScoreA selama tiga bulan untuk semua anak yang
berdaftar di dalam sistem dan pada kadar yang boleh dikatakan rendah untuk
activation codes sekiranya dilihat dari perspektif setiap keluarga (bukan dari
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 84

perspektif pengedar, kerana pengedar yang rajin mempromosi produk portal
ScoreA ini mungkin mendapat repeat sales yang tinggi dari keluarga yang
berbeza-beza) kerana hanya satu activation code diperlukan untuk mengaktifkan
seorang pelajar ke dalam sistem dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5. Namun,
kadar repeat sales yang dianggarkan ini perlu juga diseimbangi dengan hakikat
bahawa produk ini bersifat maya dan non-perishable over time.
KEEMPAT, walaupun tanpa kutipan data yang mencukupi bagi membentuk suatu
statistik yang boleh dijadikan sandaran yang kuat, jumlah 60 activation codes dan
60 top-up codes yang didapati melalui pakej e-max mengikut analisa yang dibuat
oleh PPS adalah suatu jumlah yang tidak selamat untuk dipromosikan sebagai
suatu amalan umum tanpa menyediakan strategi yang berkesan dan genuine
bagi menyalurkan sekurang-kurangnya sebahagian besar dari produk-produk
tersebut kepada genuine end-users.
KELIMA, dengan keistimewaan-keistimewaan yang diberikan kepada pemegang
pakej yang besar, terutamanya pakej e-max, tanpa kawalan yang sewajarnya
pakej ini ada potensi untuk disalahgunakan bagi tujuan front-loading dan rank
buy-up (walaupun tanpa pangkat-pangkat khusus yang disediakan oleh syarikat
untuk pelan FSB seperti yang diperuntukkan di dalam pelan LSB) yang
dibimbangi akhirnya akan menjerumuskan peserta-peserta ke dalam disguised
money game yang boleh menyebabkan berlakunya penganiayaan ke atas
sebahagian dari peserta-peserta tersebut.
Hasil gabungan rumusan-rumusan di atas dengan mengambil kira, dari suatu
sudut, harga produk yang kompetitif, keunikan-keunikan dan kelebihan-kelebihan
produk yang boleh menjadi daya penarik kepada pengguna-pengguna akhir, sifat
produk yang tidak perishable over time, amalan semasa yang didapati tidak
mempromosikan pakej besar terutamanya e-max sebagai amalan umum
sebaliknya hanya sebagai satu pilihan dari beberapa pilihan pakej dan dari suatu
sudut yang lain pula, keistimewaan-keistimewaan yang diberikan kepada
pemegang pakej besar terutamanya e-max, amaun produk yang tinggi serta
kadar repeat sales yang dijangkakan serta kemungkinan penyalahgunaan pakej-
pakej besar ini untuk tujuan front-loading dan seterusnya disguised money game,
PPS membuat keputusan berikut:
PERTAMA, berdasarkan fakta-fakta yang ada, PPS mendapati bahawa
penawaran pakej e-max oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd di dalam
pelan FSB dari segi teori dan amalannya adalah tidak melanggar syariah dan oleh
itu diputuskan sebagai PATUH SYARIAH dari sudut yang dibincangkan ini.
KEDUA, PPS DENGAN TEGAS MENASIHATKAN syarikat Kenshido International
Sdn Bhd supaya mengambil langkah-langkah pemantauan dan pencegahan bagi
menghalang pakej-pakej besar yang ditawarkan di dalam pelan FSB dari
disalahgunakan untuk tujuan inventory front-loading dan disguised money game.
Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh syarikat Kenshido
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 85

adalah menetapkan pencapaian-pencapaian minimum yang munasabah sebelum
seseorang peserta dibenarkan menaiktaraf ke pakej yang besar terutamanya
pakej e-max dengan tujuan memastikan peserta berkenaan memang
berkebolehan untuk menggunakan produk-produk di dalam pakej berkenaan to
facilitate genuine business activities dan bukannya semata-mata untuk
mempercepatkan (expedite) amalan front-loading yang akhirnya membentuk
suatu skim yang berupa disguised money game semata-mata.
54

Untuk meraikan segolongan pengedar yang memang business minded atau
memiliki business savvy dan kebolehan berniaga yang mantap serta keyakinan
tinggi untuk menggerakkan produk-produk yang dibeli melalui pakej-pakej besar
dalam suatu tempoh yang munasabah kepada pengguna-pengguna akhir dengan
cara-cara yang dianggap legitimate ways to do business, maka syarikat Kenshido
International Sdn Bhd mungkin boleh menimbangkan suatu bentuk borang
permohonan (atau mana-mana mekanisma kawalan yang difikirkan efektif) yang
perlu diisi dan ditandatangani terlebih dahulu (mungkin dengan disaksikan atau
diluluskan oleh penjawat tertentu di dalam syarikat) oleh bakal pengedar yang
berminat untuk membeli pakej yang besar tanpa memenuhi syarat-syarat
naiktaraf ke pakej besar terlebih dahulu dengan mengisytiharkan bahawa
permohonan tersebut dibuat BUKAN didorong oleh tekanan atau pengaruh mana-
mana pihak atau didorong oleh potensi pendapatan besar yang pantas melalui
amalan inventory front-loading SEBALIKNYA berasaskan keyakinan diri sendiri
bahawa produk-produk yang dibeli tersebut mampu digerakkan kepada
pengguna-pengguna akhir melalui cara perniagaan yang munasabah di dalam
suatu tempoh yang munasabah.
PPS mengambil kira kemungkinan cadangan-cadangan berbentuk kawalan ini
tidak digemari oleh sebahagian dari peserta-peserta yang mengharapkan fast big
bonus dengan memperalatkan pakej-pakej besar yang ditawarkan oleh syarikat
Kenshido International Sdn Bhd tanpa memikirkan kesan-kesan negatif
jangkamasa panjang, namun perlu diingatkan bahawa amalan-amalan
perniagaan yang beretika dan patuh syariah adalah penting demi menghalang
keuntungan besar seseorang usahawan dikaut di atas kekecewaan dan
penganiayaan terhadap ramai usahawan-usahawan yang lain dan bahawa short
term gain should not be attained at the expense of ethical long term growth and
stability. Mungkin elok dipetik di sini apa yang diutarakan di di dalam buku The
Beginners Guide To Multi-Level Marketing:
The road to success has very few travellers. Everyone else is off looking
for shortcuts that dont exist.
55


54
Dari kacamata Usul Fiqh, langkah yang bersifat preventive ini mungkin boleh dikategorikan di
bawah sadd al-dhariah iaitu melarang sesuatu yang asalnya harus demi menyekatnya dari
menjadi jalan atau alat kepada melakukan yang haram.
55
John Counsel, The Beginners Guide to Multi-level Marketing, h.120
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 86

*CATATAN: Berkenaan isu inventory front-loading ini, pihak syarikat Kenshido
International Sdn Bhd telah memberikan indikasi yang positif terhadap cadangan
langkah-langkah kawalan yang diutarakan oleh PPS. Sila rujuk Lampiran 8.
7. Cadangan-Cadangan Umum Yang Kelihatan Tidak Berkaitan Secara
Langsung Dengan Proses Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan
Pelan Pemasaran Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Namun
Wajar Disentuh Dengan Tujuan Penambahbaikan
Walaupun menyedari bahawa proses penilaian kepatuhan syariah yang dilakukan
ini secara teknikal adalah terhad kepada produk dan pelan pemasaran (secara
teori dan juga amali sebenar) syarikat Kenshido International Sdn Bhd, PPS tetap
berpandangan bahawa beberapa cadangan dan teguran perlu dimasukkan sekali
ke dalam laporan ini demi memastikan bahawa proses penilaian kepatuhan
syariah ini boleh membawa kepada kebaikan yang benar-benar dihayati both in
letter and spirit dan bukannya semata-semata sebagai memenuhi tuntutan
mendapatkan label patuh syariah sekadar untuk dijadikan bahan promosi
perniagaan.
7.1 Cadangan-Cadangan Yang Berkait Langsung Dengan
Tanggungjawab-tanggungjawab Agama
1) Pertama, PPS merasa sangat bertanggungjawab untuk mengingatkan diri
kita semua bahawa kewajiban menunaikan solat ke atas umat Islam
adalah merupakan suatu perkara yang sangat perlu dititikberatkan. Adalah
sesuatu yang jelas bercanggah (contradictory) dan berbau kepura-puraan
(hypocrisy) untuk mendabik dada menghebahkan ke sana ke mari bahawa
perniagaan yang dijalankan telah disahkan halal dan patuh syariah oleh
PPS sedangkan amalan diri sendiri sehari-hari telah disahkan haram dan
tidak patuh syariah oleh Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. sendiri.
Umum mengetahui walaupun tidak sedikit yang mengabaikan
kepentingan solat di dalam Islam sehingga diibaratkan oleh baginda
Rasulullah S.A.W. sebagai tiang agama. Sabda Rasululah S.A.W:
.
Maksudnya: Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang
mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya, dan sesiapa yang
meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya
Hadith riwayat Al-Bayhaqi.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 87

Selanjutnya di dalam sebahagian dari hadith yang lebih panjang yang
diriwayat oleh Al-Tabrani daripada Ibn Umar R.A. Baginda junjungan
S.A.W. menegaskan lagi:
... .

Maksudnya: ... dan tiada agama bagi orang yang tidak bersembahyang.
Hanyasanya kedudukan sembahyang kepada agama adalah seperti
kedudukan kepala kepada tubuh badan.
Perlu difahami bahawa Allah S.W.T. tidak menghalang umat Islam dari
terlibat di dalam perniagaan bagi mencari harta dan keuntungan. Di dalam
Al-Quran Allah S.W.T. tidak memuji suatu golongan muslim yang
menjauhkan diri dari perniagaan dan urusan jual beli, sebaliknya memuji
golongan Muslim yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan urusan jual beli
mereka dari mengingati Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat.
_l> ,l. :.> _,, _s : < ,!| :l.l ,!.,| :l
!> !., l1.. , l1l `.., __
Maksudnya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya
yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut
serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat;
mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan
pandangan.
Surah al-Nur (24:37)
Jelas, mereka yang dipuji oleh Allah S.W.T. di dalam ayat tersebut di atas
BUKANLAH mereka yang menjauhi bidang perniagaan dan meninggalkan
urusan-urusan mencari keuntungan dunia, bahkan mereka adalah
golongan yang berniaga, berdagang dan berjual beli, namun segala urusan
keduniaan mereka ini tidak sampai menyebabkan mereka meninggalkan
kewajiban-kewajiban agama seperti mendirikan sembahyang dan
menunaikan zakat.
Sepanjang proses penilaian kepatuhan syariah ini dijalankan, PPS
mendapati bahawa walaupun ada satu ruang kecil difahamkan telah
dijadikan surau di bangunan ibupejabat Kenshido International Sdn Bhd, ia
tidak begitu mudah diakses (accessible) oleh pengedar-pengedar
menyebabkan pengedar-pengedar Muslim yang prihatin terhadap
tanggungjawab mereka menunaikan kewajiban sembahyang terpaksa
menumpang menunaikan kewajiban solat di surau sebuah restoran
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 88

berdekatan. PPS percaya syarikat Kenshido International Sdn Bhd sebagai
sebuah syarikat MLM yang prihatin untuk mendapatkan status patuh
syariah perlu juga prihatin terhadap perkara ini dan oleh itu dengan
bersungguh-sungguh MENCADANGKAN agar kemudahan surau yang
sesuai, selesa dan boleh diakses oleh pengedar-pengedar sepanjang
tempoh operasi perniagaan wajarlah diwujudkan segera.
*CATATAN: Antara tempoh proses penilaian kepatuhan syariah dijalankan
dan laporan lengkap ini disiapkan, PPS difahamkan bahawa syarikat
Kenshido International Sdn Bhd telah membeli ruang pejabat di bangunan
bersebelahan dengan ibu pejabatnya di tingkat atas restoran yang disebut
sebelum ini dan satu ruang yang cukup selesa telah diperuntukkan bagi
dijadikan surau untuk lelaki dan juga surau untuk wanita. PPS
merakamkan jutaan TAHNIAH kepada syarikat Kenshido International Sdn
Bhd di atas keprihatinan mereka menjalankan dalam kadar yang segera
cadangan yang diberikan oleh PPS ini (sebelum dari laporan ini disiapkan,
cadangan-cadangan telah dimaklumkan oleh PPS kepada syarikat
Kenshido secara lisan dan juga secara bertulis yang ringkas).
2) Seterusnya, PPS melihat keperluan menyentuh tentang kewajipan
membayar zakat yang walaupun asalnya merupakan tanggungjawab
individu muslim yang terbabit, namun boleh dipermudahcarakan oleh
pengurusan syarikat. Pihak syarikat perlulah merujuk kepada orang atau
badan yang berkepakaran di dalam hal ehwal zakat bagi menentukan
JENIS zakat yang mungkin wajib dibayar oleh pengedar-pengedar
beragama Islam dari harta yang dikumpul melalui aktiviti perniagaan MLM
mereka, adakah sebagai zakat perniagaan atau pun zakat wang ringgit
(emas dan perak). Sekiranya dikelaskan sebagai semata-mata zakat
pendapatan, PPS sendiri cenderung kepada fatwa yang menyatakan
bahawa pendapatan bulanan yang diperolehi oleh seseorang setiap bulan
atau lainnya adalah tidak tertakluk kepada kewajiban berzakat dan bahawa
qiyas ke atas zakat tanaman bagi mewajibkan zakat pendapatan adalah
qiyas yang membabitkan dua benda yang berbeza ( ). Oleh itu,
syarikat DICADANGKAN agar menyediakan pilihan supaya pengedar-
pengedar BOLEH MEMILIH untuk membayar zakat, SEKIRANYA WAJIB,
melalui kemudahan yang disediakan syarikat dengan kerjasama Pusat
Pungutan Zakat yang berkenaan. Ahli-ahli, apapun, mempunyai pilihan
untuk membayar zakat, sekiranya wajib ke atas mereka, melalui saluran-
saluran yang lain. Sekali lagi diingatkan, rujukan kepada orang atau badan
yang berkepakaran tentang hal ehwal zakat perlulah dilakukan terlebih
dahulu.
*CATATAN: Antara tempoh proses penilaian kepatuhan syariah ini
dijalankan dan laporan lengkap ini disiapkan, PPS difahamkan bahawa
syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah pun berada di dalam proses
menyediakan kemudahan e-zakat kepada pengedar-pengedar Muslim
dengan kerjasama sebuah Pusat Pungutan Zakat. Sekali lagi TAHNIAH
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 89

diucapkan kepada syarikat Kenshido International Sdn Bhd di atas usaha
dan keprihatinan ini.
3) Seterusnya, PPS ingin menekankan bahawa tanggungjawab menunaikan
haji merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima yang wajib
dikerjakan oleh orang Islam yang mampu. Oleh itu, walaupun kewajiban ini
merupakan sesuatu yang umumnya di luar dari kawalan pihak syarikat,
PPS mengambil peluang ini untuk mengingatkan pengedar-pengedar yang
telah dikatogerikan mampu untuk menunaikan haji lebih-lebih lagi yang
telah mencapai pendapatan yang lumayan melalui perniagaan ini agar
jangan berlengah-lengah dan bertangguh-tangguh lagi di dalam
menunaikan rukun Islam yang kelima ini.
Jangan sesekali begitu hanyut mengejar dan mengecap kemewahan dunia
yang sementara ini sehingga terleka lena dibuai angan-angan panjang lalu
bertangguh-tangguh menunaikan kewajipan-kewajipan agama termasuk
rukun Islam yang kelima ini seolah-olah hidup dan mati kita di dalam
tangan kita sendiri, sedangkan hakikatnya ajal dan maut telah ditetapkan
dan mungkin ia bakal hadir dalam masa terdekat tanpa langsung diduga.
Apalah maknanya bonus yang besar, rumah dan kereta yang mewah yang
diuar-uarkan, sedangkan hidup kita di dunia ini sebenarnya bukan
menongkat langit, akhirnya kita kembali mengadap Ilahi dalam keadaan
ada di antara anggota-anggota Islam kita yang lima cacat tidak tertunai.
Tidak sedikit didapati di dalam industri MLM ini mereka yang selesa
menggunakan istilah-istilah yang Islamic seperti jihad ekonomi,
memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan seumpamanya di dalam
mempromosi perniagaan mereka dan memberi motivasi kepada peserta-
peserta yang lain. Peringatan yang pada pandangan PPS wajar diberikan
adalah: JANGAN sampai apa yang dilaung-laungkan oleh lisan perkataan
mereka itu didustakan pula oleh lisan perbuatan mereka. Apalah intipati
sebenar jihad ekonomi sekiranya pendapatan lumayan yang diperolehi
samada dengan cara melanggar hukum dan adab atau setelah diperolehi
TIDAK disalurkan pula kepada jalan yang diredai dan dianjurkan oleh Allah
S.W.T?? Apalah kefahaman tentang tuntutan fardhu kifayah sekiranya
keperluan melunaskan yang fardhu ain dibiarkan terkontang kanting tidak
dipedulikan?? Sepatutnya ada rasa bimbang dan takut di hati kita semua
jangan-jangan kita termasuk di dalam golongan yang menjaja agama
mereka demi mendapat habuan dunia yang tidak seberapa
Sebagai panduan umum berkaitan penunaian tanggungjawab agama kepada
semua umat Islam yang menceburkan diri di dalam perniagaan MLM khususnya
dan apa-apa bidang perniagaan yang lain umumnya, elok dipetik di sini
terjemahan kepada sebahagian dari nasihat-nasihat yang didapati di dalam kitab
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 90

Tanbih al-Ghafilin bi Ahadith Sayyid al-Anbiya wa al-Mursalin susunan al-Faqih
al-Samarqandi
56
:
Barangsiapa yang ingin agar hasil usahanya merupakan yang baik
(thoyyiban), maka hendaklah dia menjaga LIMA perkara:
Pertama: Janganlah dia melengah-lengahkan ataupun
menyebabkan kekurangan kepada suatu apa pun dari kefardhuan-
kefardhuan yang telah diwajibkan oleh Allah Taala ke atasnya
semata-mata dengan alasan sibuk berusaha mencari rezeki.
Kedua: Janganlah dia menyakiti seorang pun dari makhluk Allah
Taala semata-mata dengan alasan berusaha merebut rezeki.
Ketiga: Hendaklah dia meniatkan dengan usahanya itu dia dapat
mencukupkan keperluan diri dan keluarganya tanpa perlu meminta-
minta mengemis bantuan daripada orang lain dan BUKANLAH
semata-mata demi keseronokan mengumpul dan
memperbanyakkan harta.
Keempat: Janganlah melampau-lampau sangat bermatian-matian
semata-mata dengan alasan mencari rezeki.
Kelima: Janganlah dia menganggap bahawa rezeki yang telah
diperolehi itu terhasil semata-mata dari kebijaksanaan dan
kesungguhannya berusaha, namun perlulah dia meyakini bahawa
rezeki yang telah dia perolehi itu hakikatnya adalah kurniaan Allah
S.W.T. dan usaha ikhtiar yang dilakukannya itu tidak lain hanyalah
sebab yang yang perlu dilakukan semata-mata.
57

Di dalam kitab beliau tersebut, Al-Faqih Al-Samarqandi juga telah memetik kata-
kata hukama (terjemahannya):
Apabila tiada TIGA ciri pada seorang peniaga, nescaya dia akan menjadi
faqir dunia dan akhirat.
PERTAMA: Lisan yang bersih dari TIGA perkara: pendustaan,
percakapan yang sia-sia dan bersumpah-sumpah;
KEDUA: Hati yang suci dari TIGA perkara: tipu daya, khianat dan
hasad dengki;
KETIGA: diri yang menjaga TIGA perkara: solat Jumaat dan solat
berjamaah, menuntut ilmu pada masa-masa tertentu dan memberi
keutamaan kepada menuntut keredaan Allah S.W.T. dari segala-
gala yang lain
58


56
Dialah Imam yang zahid lagi alim, Nasr bin Muhammad bin Ibrahim Al-Samarqandi
57
Al-Samarqandi, Tanbih al-Ghafilin, hh.261-262.
58
Ibid., h.260.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 91

7.2 Cadangan-Cadangan Yang Secara Asasnya Berkait Dengan Operasi
Perniagaan:
1) Pertama, PPS mencadangkan agar kebolehpasaran produk yang
ditawarkan kepada pengguna akhir sebenar (marketability of the
product/products to genuine end-users) perlu dipertingkatkan samada
melalui penambahbaikan (product enhancement) atau kepelbagaian
produk (product diversification). Walaupun menyedari:
a) bahawa perkara ini mungkin telah dititikberatkan oleh syarikat dan
pengedar-pengedar terutamanya yang telah dikategorikan sebagai
leaders; dan
b) hakikat bahawa perkara ini pada asalnya adalah a business concern
and consideration dan bukannya isu syariah,
namun PPS berpandangan perkara ini perlu juga disebut di dalam laporan
ini kerana perkara ini sekiranya tidak diambil berat dari awal dibimbangi
lama-kelamaan boleh membawa kepada keadaan di mana kepatuhan
syariah perniagaan ini menjadi terancam.
Rasional di belakang kebimbangan ini adalah kerana PPS melihat, untuk
mengekalkan kepatuhan syariah perniagaan ini, perlulah ada genuine
movement of products through genuinely legitimate ways to genuine end-
users. Syarikat perlu mengelakkan keadaan di mana produk dibeli baik
buat pertama kali, mahupun sebagai belian ulangan semata-mata untuk
melayakkan diri mendapat bonus dan tidak lagi berasaskan jangkaan
bahawa produk akhirnya akan digerakkan dengan cara yang sesuai
kepada pengguna-pengguna akhir yang sebenar. Elok sekiranya dapat
diambil iktibar dari kata-kata Randy Gage:
Your success in MLM is based upon product getting to the end
consumer who actually uses it and wants more. People who buy
products to get a check end up stockpiling them in their garage and
will eventually stop buying when their garage is full or their credit
card is maxed out.
59

Walaupun analisa yang dibuat oleh PPS mendapati bahawa produk portal
pendidikan ScoreA mempunyai kekuatan-kekuatan yang tersendiri yang
mampu menarik minat pengguna-pengguna akhir yang sebenar seperti
hakikat bahawa pendidikan merupakan suatu keperluan yang
menyebabkan produk-produk berkaitan pendidikan boleh dikatakan,
dengan penerangan yang meyakinkan, mempunyai kadar penolakan yang

59
Randy Gage, How to build a Multi-Level Money Machine, h.30
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 92

rendah, ciri-ciri yang ditawarkan melalui produk ScoreA yang mempunyai
banyak kelebihan berbanding produk-produk pesaing, harga yang
munasabah, track record yang boleh memberi keyakinan kepada bakal
pengguna dan sebagainya, namun ada faktor-faktor yang perlu diambil kira
untuk mendorong keperluan terhadap penambahbaikan dan/atau
kepelbagaian produk (product enhancement and/or diversification).
Antara faktor-faktor ini adalah:
a) produk portal pendidikan ScoreA walaupun boleh dikatakan suatu
produk keperluan yang istimewa dan mempunyai kekuatan tersendiri
berbanding pesaing-pesaing, masih lagi bersifat nasional dan bukannya
antarabangsa, malah bukan juga serantau, bermakna dari segi pasaran
sasaran (target market) ia hanya sesuai dipasarkan di Malaysia dan
bukannya di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat serantau;
b) selain dari dihadkan oleh sifat kebangsaan yang disebutkan di atas,
produk portal pendidikan ScoreA ini pada masa pemantauan kepatuhan
syariah ini dijalankan adalah, secara umumnya, terhad kepada pelajar-
pelajar sekolah antara umur mereka di darjah satu sehingga umur
mereka di tingkatan lima. Walaupun diakui bahawa bekalan pelajar-
pelajar yang berpotensi untuk menjadi pengguna-pengguna kepada
produk portal pendidikan ScoreA sentiasa silih berganti saban tahun,
namun hakikat yang tidak dapat disangkal adalah pengguna-pengguna
akhir kepada produk ini umumnya cuma pelajar-pelajar sekolah sahaja.
c) jualan ulangan yang diharapkan dari penjualan top-up code bagi satu
user family umumnya adalah sekali untuk setiap tiga bulan sedangkan
keperluan untuk mengekalkan (maintain) dengan sekurang-kurangnya
satu top-up code (baik secara manual mahupun auto-maintain) adalah
pada setiap bulan. Berlaku semacam ketakserasian (mismatch) antara
tempoh permintaan kepada produk yang diulang jual dan tempoh
maintenance yang perlu dilakukan. Walaupun ketakserasian ini
mungkin tidak berlaku sekiranya seseorang pengedar merupakan
seorang yang berkarakter jurujual yang mampu menggerakkan produk
kepada ramai pengguna akhir, namun sifat penggandaan yang begitu
besar (the immense power of multiplication) yang ada di dalam network
marketing dinisbahkan kepada peratus networkers yang berkarakter
selling ini boleh mempunyai diluting effect kepada genuine movement
of products to genuine end-users.
d) Kemungkinan persaingan yang boleh menjadi semakin sengit di dalam
memasarkan produk pendidikan maya seperti yang ditawarkan oleh
syarikat Kenshido International Sdn Bhd ini juga mungkin memberi
kesan kepada kebarangkalian pergerakan produk secara yang
munasabah kepada pengguna-pengguna akhir.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 93

Kebimbangan PPS ini mungkin tidak ketara di dalam tempoh perniagaan
ini sedang pesat berkembang maju, tetapi boleh terasa kesannya apabila
perkembangan ini mula mencapai proses penstabilan (stabilization). Ketika
itu, kekukuhan permintaan ulangan terhadap produk yang dipasarkan
bakal menjadi faktor penentu sejauh mana sesuatu perniagaan itu boleh
berkembang atau sekurang-kurangnya boleh bertahan di dalam keadaan
yang stabil. Didorong oleh faktor-faktor yang diterangkan di atas, PPS
DENGAN INI:
a) MENGINGATKAN syarikat Kenshido International Sdn Bhd dan
pengedar-pengedarnya, terutama yang dikategorikan sebagai
leaders agar perlu ada keseimbangan di antara keterujaan
(excitement) yang didorong oleh penajaan ahli-ahli baru dan
keuntungan jangka panjang yang disokong oleh permintaan
sebenar yang berterusan terhadap produk berkenaan dari masa ke
semasa (continuous genuine demand for the product time and
again).
b) MENASIHATKAN syarikat Kenshido International Sdn Bhd agar
sentiasa mempunyai keghairahan (passion) yang tinggi dan tidak
leka (complacent) di dalam memastikan inovasi kepada produk-
produk yang ditawarkan kepada pengguna baik melalui
penambahbaikan (enhancement) mahupun kepelbagaian
(diversification). Syarikat boleh memilih untuk meneruskan fokus
kepada produk-produk yang bersifat intangible seperti yang ada
sekarang ataupun menerokai produk-produk baru yang bersifat
tangible pula. Yang penting, apapun pendekatan yang diambil oleh
syarikat, produk yang ditawarkan perlulah mampu membangkitkan
keinginan kuat pengguna untuk berterusan menggunakan produk
tersebut dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun secara
berterusan. Samada produk itu bersifat adding (bermakna
pengguna perlu menambah produk tersebut di dalam senarai beli
mereka) atau replacing (bermakna pengguna cuma perlu menukar
brand sahaja dari brand lain ke brand yang dipasarkan oleh
syarikat Kenshido International Sdn Bhd), keunikan dan
keistimewaan produk di mata pelangan tentulah sangat penting.
Malah, tidak mustahil pengenalan suatu produk yang biasa (dari
segi ianya biasa digunakan oleh pelanggan) namun luarbiasa (dari
segi keunikan, faedah, kegunaan dan nilai untuk wangnya kepada
pelanggan) diiringi dengan promosi yang mencukupi mampu
melonjakkan jualan syarikat dengan ketara lebih-lebih lagi
mengambil kira bahawa syarikat Kenshido International Sdn Bhd
bukanlah lagi suatu syarikat MLM yang baru hendak menapak
sebaliknya sebuah syarikat MLM yang tidak mustahil telah
memperolehi critical mass yang diperlukan untuk terus berkembang
maju. Untuk tujuan ini adalah sesuatu yang wajar untuk syarikat
Kenshido International Sdn Bhd menimbangkan untuk mempunyai
pasukan khas untuk produk yang inovatif, kreatif dan bersemangat
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 94

tinggi untuk menumpukan perhatian kepada product research,
development and enhancement. Tidak mustahil sekiranya pasukan
ini lahir dari gabungan antara wakil-wakil syarikat dan wakil-wakil
pengedar demi memastikan syarikat kekal berdaya saing dari segi
produk yang ditawarkan kepada pengguna.
2) Seterusnya, PPS mencadangkan agar syarikat Kenshido International Sdn
Bhd menimbangkan agar tempoh sebelum expiry date untuk pengaktifan
portal pendidikan ScoreA sekurang-kurangnya diperpanjangkan
kalaupun tidak hendak dihapuskan sama sekali sesuai dengan sifat
produk yang tidak perishable over time.
3) Seterusnya, walaupun perkara-perkara yang bakal disentuh ini, seperti
yang disebutkan di atas, mungkin tidak sampai ke peringkat menjejaskan
kepatuhan syariah perniagaan yang dijalankan, namun ia wajar diberi
perhatian serius oleh pengurusan syarikat Kenshido International Sdn Bhd
demi untuk memastikan suasana perniagaan yang positif, berdaya saing
dan kukuh. PPS melalui pengalaman berurusan di syarikat Kenshido
International Sdn Bhd berpendapat masih banyak ruang yang boleh
dipertingkatkan dari aspek perkhidmatan pelanggan (customer service),
kemudahan perniagaan (business facilities) dan kecekapan kakitangan
(efficiency of staff ).
PPS percaya sebagai ahli perniagaan berpengalaman, pihak pengurusan
Kenshido International Sdn Bhd tentulah lebih arif bahawa di dalam
perniagaan, pelanggan adalah raja. Yang menarik, di dalam perniagaan
MLM, pengedar-pengedar yang aktif hakikatnya merupakan golongan
pelanggan yang sangat istimewa, jadi mereka bukan calang-calang raja.
Mereka bukan sahaja merupakan pelanggan-pelanggan yang setia, malah
mereka aktif membawa ramai lagi pelanggan-pelanggan yang
sebahagiannya nanti bakal menjadi seperti mereka: pelanggan yang setia
yang membawa ramai lagi pelanggan dan seterusnya. Mereka adalah
frontliners syarikat yang berjuang mengembang dan mempertahankan
syarikat dan berupaya menjadi mata dan telinga syarikat bagi
mendapatkan maklumbalas segera dan percuma. Oleh itu adalah amat
penting syarikat memberi perhatian terhadap usaha memberi layanan dan
kemudahan yang terbaik kepada mereka.
Jangan pula perjuangan mereka di lapangan mempromosikan produk dan
perniagaan syarikat dirimaskan lagi dengan pelayan-pelayan kaunter yang
lokek senyuman, dingin sikap dan kasar bahasa; jangan pula cabaran-
cabaran dan rintangan-rintangan yang mereka hadapi berdepan dengan
karenah pelanggan di luar dirumitkan lagi dengan sistem internet yang
perlahan dan tidak memadai di ibu pejabat dan jangan pula urusan-urusan
mereka yang banyak tidak terkejar dilambatkan lagi oleh maklumat-
maklumat yang tidak lengkap dan sistem kerja yang tidak efisien (perkara-
perkara yang dinyatakan di sini adalah perkara-perkara yang pada
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 95

pengamatan PPS perlu diberi perhatian serius dan diterjemahkan dalam
bentuk tindakan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd bagi
mewujudkan suasana perniagaan yang selesa, kondusif dan produktif dan
tidak semestinya merupakan perkara-perkara yang sedang atau telah
berlaku).
Walaupun syarikat Kenshido International Sdn Bhd mungkin telah pun
melakukan perkara-perkara yang disebutkan nanti, harapnya tidak salah
untuk PPS mengingatkan agar syarikat sentiasa melatih dan menekankan
kepada kakitangan mereka supaya sentiasa mesra pelanggan dan mesra
pengedar dan supaya mempunyai maklumat-maklumat yang tepat dan
mencukupi tentang produk dan prosedur perniagaan bagi membantu
pengedar-pengedar di dalam urusan mereka. Sesetengah pengurusan
syarikat perniagaan tidak membenarkan kakitangan mereka yang berada
di dalam mood yang tidak baik menjawab panggilan telefon demi menjaga
kemesraan yang disalurkan syarikat kepada pemanggil. Malah ada yang
mewajibkan kakitangan mereka menjawab panggilan telefon dengan nada
yang ceria, menyambut pemanggil dengan senyuman (yang walaupun
tidak dapat dilihat, namun dapat dirasai) dan ucapan Happy Morning!
atau lain-lain ucapan yang menyegarkan diikuti dengan nama syarikat dan
pertanyaan mesra apa yang boleh saya bantu?. Malah sedia dimaklumi
bahawa sesetengah syarikat besar merakam perbualan telefon antara
kakitangan mereka dan pelanggan dengan tujuan peningkatan kualiti
perkhidmatan. Perkara-perkara yang nampak kecil sebegini sebenarnya
kerap kali meninggalkan kesan yang mendalam dan natijah yang jauh ke
depan.
Maklumat-maklumat perlulah disampaikan dengan lengkap kepada
pengedar-pengedar agar mereka tidak perlu membuang masa berulang
kali cuba menyelesaikan sesuatu urusan yang sepatutnya boleh, dengan
maklumat yang mencukupi, diselesaikan sekaligus sahaja. Urusan-urusan
yang sudah menjadi lumrah boleh dipermudahkan dengan menyediakan
standard forms untuk diisi dan boleh dihantar semula kepada syarikat baik
secara offline ataupun online berbanding terpaksa mengarang surat dan
sebagainya yang pada zaman IT ini tentulah dianggap tidak efisien,
cerewet dan renyah. Sekiranya sesuatu urusan memerlukan dokumen-
dokumen sokongan, syarikat boleh memudahkan urusan pengedar dengan
menyediakan checklist yang boleh didapati oleh pengedar-pengedar
samada di ibu pejabat dan pusat-pusat perkhidmatan mahupun di laman
web syarikat. Agak sudah terang lagi bersuluh untuk menyebut bahawa
kecukupan dan kecepatan kemudahan internet tentulah sangat-sangat
penting lebih-lebih lagi bagi sebuah syarikat yang bukan sahaja
menyediakan kemudahan back office secara online malah produk yang
dipasarkan pun bersifat online. Suatu sistem yang mudah perlu difikirkan
dan disediakan di mana-mana pengedar-pengedar dapat menyalurkan
idea-idea dan maklumbalas mereka kepada syarikat dengan cepat dan
cekap demi kemajuan dan kekuhan perniagaan yang berpanjangan.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 96

8. Cadangan Supaya Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Disediakan Sebagai Capaian Di Laman Web Rasmi Kenshido
International Sdn Bhd
PPS seterusnya mencadangkan agar laporan bertulis kepatuhan syariah ini
disediakan sebagai capaian di dalam laman web rasmi syarikat Kenshido
International Sdn Bhd sekurang-kurangnya untuk DUA tujuan utama:
1) supaya masyarakat awam khususnya networkers beragama Islam yang
prihatin terhadap isu halal haram kegiatan dan hasil aktiviti MLM,
khususnya yang dijalankan oleh Kenshido International Sdn Bhd boleh
membaca, memahami, menilai dan seterusnya diharap dapat membuat
suatu pendirian yang tidak lagi dibayangi perasaan ragu-ragu dan bimbang
terhadap kegiatan ekonomi yang dijalankan sebagai sumber rezeki dan
pendapatan mereka. Ini diharapkan dapat menyumbangkan ke arah
perjalanan industri MLM yang bukan sahaja profitable dan productive,
malah menepati konsep mencari keuntungan dengan cara yang adil dan
tidak menindas orang lain, selari dengan tuntutan mengambil rezeki yang
halalan tayyiban.
2) Mungkin lebih penting dari itu, supaya pakar-pakar baik dari industri MLM
sendiri mahupun di kalangan ilmuan agama - terutamanya mereka yang
mengkhusus kepada bidang muamalat - dapat membaca, memahami,
menilai dan seterusnya dapat memberi maklumbalas yang membina,
teguran dan kritikan yang jitu, yang diharapkan akan membantu
manambah baik rumusan-rumusan yang telah dibuat dan membetulkan
kesimpulan-kesimpulan yang mungkin sebenarnya telah tercicir dari ikatan
fakta atau tergelincir dari landasan kebenaran. Maklumbalas-maklumbalas
sebegini adalah penting memandangkan proses penilaian kepatuhan
syariah MLM yang dilakukan syarikat Kenshido International Sdn Bhd
boleh dikatakan antara yang terawal dilakukan dalam bentuk sebegini dan
sudah tentu masih banyak lompang-lompang dan kebocoran-kebocoran
yang perlu ditampung.
9. Kesimpulan Dan Keputusan
Setelah lebih dari tiga bulan mengumpul, menganalisa dan membincangkan
maklumat-maklumat berkaitan perniagaan MLM secara umum dan perniagaan
MLM yang dijalankan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd secara
khusus, akhirnya PPS mencapai suatu keputusan, walaupun melalui proses-
proses yang sesetengahnya boleh dikatakan agak mencabar dan rumit, tentang
status kepatuhan syariah produk yang dipasarkan dan pelan pemasaran yang
digunapakai oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd. Berdasarkan kepada
keputusan tersebut suatu bentuk pengesahan dan pensijilan sebagaimana yang
tertera di bawah telah, pada 7
hb
Februari 2010, ditandatangani dan diumumkan.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 97

PENGESAHAN DAN PENSIJILAN KEPATUHAN SYARIAH PRODUK DAN
PLAN PEMASARAN BERBILANG TINGKAT (MULTI-LEVEL MARKETING)
SYARIKAT KENSHIDO INTERNATIONAL SDN BHD
Kami, ENGKU AHMAD FADZIL BIN ENGKU ALI, No. K/P: 690421-11-5203 dan
AZIZI BIN CHE SEMAN, No. K/P: 720417-03-5213 sebagai ahli Panel Penasihat
Syariah yang dilantik oleh Kenshido International Sdn Bhd untuk memantau,
manganalisa dan membuat keputusan tentang kepatuhan syariah produk portal
pendidikan ScoreA dan plan pemasaran berbilang tingkat (multi-level marketing)
yang diamalkan oleh syarikat tersebut dengan ini memberi pengakuan dan
pengesahan bahawa, sejauh pengetahuan kami dan setakat tarikh pengesahan
dan pensijilan ini diberikan dan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang
dibekalkan kepada kami secara terpeinci di dalam mesyuarat-mesyuarat yang
diadakan dan melalui penyertaan kami ke dalam program-program utama yang
dijalankan serta lawatan ke tempat-tempat operasi syarikat dan analisa yang telah
kami lakukan terhadap maklumat-maklumat tersebut dan tertakluk kepada
komen-komen dan saranan-saranan yang diperincikan di dalam laporan bertulis
yang kami sediakan, KAMI DAPATI TIADA SEBARANG PERLANGGARAN
TERHADAP HUKUM-HUKUM SYARA DAN OLEH ITU KEDUA-DUA PRODUK
DAN PLAN PEMASARAN BERBILANG TINGKAT (MULTI-LEVEL
MARKETING) SYARIKAT KENSHIDO INTERNATIONAL SDN BHD (556600-A)
(AJL: 931448) DISAHKAN SEBAGAI PATUH SYARIAH. Allah S.W.T. jua yang
maha mengetahui dan memberi hidayah dan taufiq ke arah kebenaran.
Sekian Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Syarikat Kenshido
International Sdn Bhd
Disediakan oleh:
Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali En. Azizi Bin Che Seman
Pengerusi Ahli
Panel Penasihat Syariah Panel Penasihat Syariah
Kenshido International Sdn. Bhd. Kenshido International Sdn. Bhd.
Mei 2010
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 98

Lampiran 1: Seni Bina Rangkaian ScoreA
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 99

Lampiran 2: Performance Bonus

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 100

Lampiran 3: Perkongsian Keuntungan Bulanan Syarikat (Company Monthly
Profit Sharing)
Achievement Bonus 20%
( i:Personal Achievement=8% ii:Manager Achievement=12%)



Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 101

Lampiran 4: Leadership Bonus Melalui Sistem Blok
Leadership Bonus 65%

i. Sapphire Manager (SM)

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 102

ii. Emerald Manager (EM)

iii. Diamond Manager (DM)

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 103

iv. Crown Manager (CM)

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 104

Lampiran 5: Leadership Bonus Melalui Konsep Breakaway
Break Away Bonus = 5%......5%



Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 105

Lampiran 6: Simulasi Hierarki Sempurna Pelan Binary

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 106

Lampiran 7: Jawapan Syarikat Kenshido Sdn. Bhd. Berkenaan Amalan Price
Undercutting

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 107

Lampiran 8: Jawapan Syarikat Kenshido Sdn. Bhd. Berkenaan Amalan Front
Loading
JAWAPAN BERTULIS UNTUK
LAPORAN BAHAGIAN SHARIAH

Merujuk kepada soalan berkenaan dengan FRONT LOADI NG di dalam pakej e-max
Kenshido, pihak syarikat menitik beratkan cadangan pihak bahagian syariah berkenaan
perkara tersebut.

Mengikut statistik sepanjang tempoh pelaksanaan pakej e-max ini hanya kurang daripada
1% sahaja ia menyumbangkan jualan syarikat. Terbukti juga pakej ini tidak menjadi target
utama syarikat. Oleh yang demikian, kami juga bersedia untuk MENANGGUHKAN
pelaksanaan dan promosi pakej tersebut demi kebaikan dan cadangan daripada pihak
bahagian syariah.

Jesteru itu, pihak syarikat akan mengariskan panduan pelaksanaan baru untuk pakej e-max
dengan menetapkan beberapa syarat WAJIB belian e-max di masa hadapan. Garis
panduan dicadangkan adalah dimana :

Para pengedar perlu melepasi tahap min 4 penajaan baru sebagai SYARAT untuk
upgrading ke e-max pakej.

Pelaksanaan ini MENJAMIN segala pengeluaran portal terjamin PENGAKTIFAN nya
dan menjadikan portal SCORE-A di guna pakai oleh semua pengguna di masa kelak
nanti. Malahan juga segala kemasukan keahlian baru pengedar bukan hanya berdasarkan
kemampuan kewangan semata-mata tetapi komitmen dan kejayaan pengedar menjadi
ukuran kepada penambahan status dan jumlah pengeluaran portal di pasaran nanti.
Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah
Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd
Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010
Halaman | 108

Penghargaan
Selepas kewajiban bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. dan ke bawah junjungan Nabi Muhammad
S.A.W. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang mulia serta ulama-ulama yang
menjadi pewaris kepada baginda junjungan S.A.W. dengan jujur dan amanah dan kewajiban
berterimakasih kepada kedua ibu bapa kami dan guru-guru kami yang daripada jasa dan khidmat
merekalah kami menimba ilmu dan dididik, Panel Penasihat Syariah ingin juga merakamkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak
langsung memberikan sumbangan dalam proses penyediaan laporan ini. Tanpa kerjasama yang
baik dari semua pihak, laporan ini tidak mungkin akan mampu diselesaikan.
Ucapan khas terima kasih dan kalungan tahniah kepada Puan Norlelawati binti Abdul Razak dan
suami En. Loqman Said yang memulakan inisiatif untuk memastikan perakuan patuh syariah ini
diperolehi oleh Syarikat Kenshido Sdn. Bhd. Ucapan yang sama diberikan kepada rakan-rakan
beliau: En. Muhammad Imran bin Abdul Hadi, En. Zari Effendi bin Ruzali dan Pn. Jahlilawati binti
Abu Bakar atas maklumat yang dikongsi bersama PPS sepanjang tempoh kajian dilakukan. Tidak
dilupakan juga ucapan terimakasih kepada Encik Abdul Aziz bin Samad yang walaupun tidak hadir
secara fizikal atau langsung di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan, namun kehadiran
beliau secara tidak langsung sebagai seorang yang dianggap sifu oleh usahawan-usahawan lain
yang hadir dan sebagai pendorong dan penyokong kepada mereka adalah amat dihargai.
PPS juga ingin merakamkan ucapan tahniah secara peribadi kepada kepada En. Jason Kok
(President, Kenshido International Sdn. Bhd.) yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang
proses kajian berlangsung. Tidak lupa juga kepada En. Kelvin Kok (Vice President) untuk
penjelasan tentang beberapa perkara berkaitan pelan pemasaran, En Lou Kim Ang (IT Senior
Manager) untuk kerjasama dalam maklumat terperinci seni bina rangkaian ScoreA, En. Romeyzee
Zainuddin (Senior Manager Market Research Dept.) kerana telah membekalkan maklumat yang
sangat berguna dari kedua-dua perspektif usahawan dan pengurusan syarikat.
Seterusnya, PPS ingin merakamkan penghargaan kepada semua penulis yang dari hasil tulisan
dan kajian merekalah PPS dapat menimba pelbagai ilmu dan maklumat dan dari bantuan analisa
merekalah PPS dapat membuat beberapa rumusan dan kesimpulan, khususnya kepada
Zaharuddin Abd Rahman yang lebih dikenali sebagai Ustaz Zaharuddin atau UZAR di atas usaha-
usaha beliau melalui tulisan-tulisan beliau berkaitan MLM sekitar tahun 2007 yang berperanan
sebagai catalyst, pencetus kepada perbincangan (ilmiah dan juga selainnya) dan kesedaran yang
meluas di kalangan masyarakat khususnya di Malaysia tentang isu kepatuhan syariah atau
sebaliknya amalan-amalan di dalam MLM yang sebelum dari itu nampak kurang dititikberatkan
dan kurang ketara diperbincangkan.

You might also like