Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1

TEKS UCAPAN
PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
KPM
SEMPENA
MAJLIS GRADUASI SPM & STPM DAN HARI
ANUGERAH PERMATA 1
SEK. MEN. KEB. AGAMA (P) ALAWIYAH,
KANGAR
TARIKH: 23 APRIL 2014 (RABU)












2

1. Bismillahirrahmanirrahim
2. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

3. Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis.

4. Yang Berusaha Ustaz Wan Ramdzan bin Wan Mamat Timbalan Pengarah
Pengurusan Institusi Pendidikan Islam (PIPA), mewakili Tn Hj. Abdullah
bin Hj. Mohamad Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

5. Yang Berusaha Tn Hj. Mohammad bin Hj. Abd. Ghani, Ketua Sektor
Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perlis, mewakili En Dun bin Kasa,
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Perlis.

6. Yang Berusaha Ustaz Ahmad Nordin bin Awang, Ketua Unit Pengurusan
Institusi Pendidikan Agama (PIPA), mewakili Tn Hj. Mohamad bin Hj. Abd
Ghani, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perlis.


7. Yang Berusaha Puan Hajah Shabariah binti Othman, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah, Kangar,

8. Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Sokri bin Haji Husin, Yang Dipertua
PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah, Kangar,

9. Yang Dihormati Barisan Pengetua Sekolah Menengah Negeri Perlis atau
wakil,

10. Yang Dihormati Penolong-penolong Kanan, AJK PIBG, guru-guru, tuan-
tuan dan puan-puan para waris serta anak-anak pelajar yang dikasihi
sekalian.


3

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menghadiri
Majlis Graduasi Pelajar SPM dan STPM dan Hari
Anugerah Permata 1, SMKA (P) Alawiyah, Kangar pada
kali ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima
kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput saya
menghadiri majlis yang gilang-gemilang ini. Syabas dan
tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
majlis pada hari ini. Saya juga mengucapkan tahniah
kepada para pelajar SPM dan STPM 2013 yang menerima
Sijil Graduasi masing-masing serta pelajar-pelajar yang
menerima anugerah dan pengiktirafan dalam majlis ini.
Tidak lupa juga sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar
4

cemerlang SPM dan STPM 2013. Sesungguhnya,
kejayaan para pelajar ini telah mengharumkan nama
SMKA. Semoga kejayaan ini akan menyuntik semangat
kepada para pelajar lain yang akan menduduki
peperiksaan SPM dan STPM pada tahun ini seterusnya
demi mencipta kejayaan.

Majlis seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara
tahunan yang menandakan selesainya tempoh
pembelajaran secara rasmi bagi seseorang pelajar di
samping merupakan peluang terbaik untuk memberi
pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik. Selain
memberi pengiktirafan, majlis ini juga turut menyuntik
5

semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan
pencapaian masing-masing.

Tuan-tuan dan Puan-puan,
Cabaran pendidikan abad ke-21 yang amat getir,
menuntut komitmen dan perhatian penuh daripda semua
pihak. Selari dengan itu, Bahagian Pendidikan Islam
(BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia, telah diberi
amanah sebagai peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia
dalam menjana generasi berilmu, beriman dan beramal
soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan
kesejahteraan di akhirat. Bagi merealisasikan hasrat murni
ini, maka semua SMKA termasuk SABK yang berada di
bawah seliaan BPI perlu menjadi institusi pendidikan
6

yang terbilang dengan menterjemahkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam bentuk ilmu, kemahiran
dan didikan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Di
sinilah kita menyaksikan peri pentingnya peranan
sesebuah institusi pendidikan khususnya sesebuah SMKA
dalam mendidik para pelajar dengan keperibadian Islam,
membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan
ukhrawi, di samping memperkembangkan potensi pelajar
dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan.
Kecemerlangan sesebuah SMKA memerlukan
kerjasama yang mantap daripada semua pihak, bukan
sahaja pihak pengurusan sekolah, para guru, pelajar
malahan memerlukan sokongan padu daripada PIBG,
tidak ketinggalan alumni sekolah.
7

Pihak pentadbiran sekolah serta kakitangan sekolah
perlu mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus dan
efisyen berasaskan nilai-nilai Islam di samping
melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan
efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan
kokurikulum. BPI selaku bahagian yang
bertanggungjawab kepada SMKA dan SABK di KPM
akan sentiasa memastikan kecemerlangan SMKA dapat
direalisasikan dengan mewujudkan prasana yang
mencukupi bagi membolehkan pihak sekolah
mewujudkan persekitaran yang kondusif berteraskan
iklim Dini. Ini selaras dengan transformasi sistem
pendidikan negara untuk tempoh 15 tahun akan datang,
yang bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara
8

ini dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh
mereka dalam merebut peluang dan menangani cabaran
abad ke-21, namun nilai-nilai agama serta sahsiah unggul
tidak diketepikan.
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah akan
menjadi tulang belakang yang sangat signifikan dalam
menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah serta dilihat
mampu menyumbang kepada pendidikan yang berkualiti
di sekolah sama ada menerusi dana mahupun sokongan
moral. Keberkesanan pendidikan ini tidak akan dicapai
tanpa ada perancangan serta gandingan yang mantap
antara pihak sekolah dan PIBG.
9

Begitu juga dengan Alumni sekolah, yang saya lihat
dapat berperanan dalam memberi pelbagai bentuk
sumbangan untuk kecemerlangan sekolah. Bagi individu
yang telah berjaya menamatkan persekolahan, secara
automatik ia bergelar alumni kepada sekolah tersebut,
seperti anak-anak pelajar lepasan SPM dan STPM yang
telah menerima Sijil Graduasi pada hari ini. Sentimen
alumni bagi sesebuah sekolah begitu kuat sekali walau di
mana-mana sahaja anak-anak berada. Hal ini kerana, di
mana-mana sahaja anak-anak berada sama ada
menyambung pelajaran mahupun bekerja, sememangnya
telah tertulis bahawa, anak-anak merupakan bekas pelajar
sekolah ini. Walaupun sudah bergelar alumni sekolah,
seharusnya sesekali anak-anak hadir ke sekolah bagi
10

melihat perkembangan sekolah agar dapat menyumbang
sesuatu kepada sekolah seperti mengadakan kem
motivasi, kem kepimpinan pelajar, alumni juga boleh
menjadi medium kepada pihak sekolah dalam membantu
untuk meningkatkan pembinaan sahsiah pelajar kerana
alumni merupakan produk-produk keluaran sekolah yang
juga menjadi contoh ikutan inspirasi kepada pelajar-
pelajar lain di sekolah untuk menjadi insane yang lebih
hebat lagi.



Tuan-tuan dan Puan-puan,
11

Peranan para ibu bapa tidak terkecuali dalam
memastikan kemenjadian murid yang seimbang dari segi
akademik, sahsiah, kerohanian dan disiplin tidak digalas
oleh pihak sekolah semata-mata. Selain para guru di
sekolah, ibu bapa perlu meneruskan tugas untuk
memastikan anak-anak terus belajar dengan memberikan
perhatian yang sepenuhnya. Sebagai ibu bapa yang
prihatin, sediakan segala kemudahan yang mencukupi
untuk anak-anak belajar di rumah di samping
menjalankan tanggungjawab sebenar kita sebagai ibu dan
bapa dalam mendidik anak-anak seperti yang digariskan
dalam Islam. Kesepaduan antara semua pihak di bidang
pendidikan dan perhatian penuh para ibu bapa tentunya
12

akan melahirkan anak bangsa yang seimbang duniawi dan
ukhrawi, InsyaAllah.
Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada
pihak sekolah yang telah menganjurkan Majlis Graduasi
SPM dan STPM dan Hari Anugerah Permata 1 ini dengan
jayanya. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada seluruh warga SMKA (P) Alawiyah,
Kangar kerana telah menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan dalam bidang kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah bagi tahun 2013. Harapan saya
agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir
kejayaan dalam semua bidang yang akan diceburi.


13

Akhirnya, saya dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim, dengan ini merasmikan
Majlis Graduasi SPM & STPM dan Hari Anugerah
Permata 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P)
Alawiyah, Kangar.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiqwalhidayah
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like